Monday, April 9, 2012
Video Kehidupan Hjh Rosmah Mansor dan Hj Najib Tun Razak
Sila offkan halwa telinga untuk dengar video ini. Anda semua nilaikan kehidupan pemimpin UMNo yang rakus sedangkan rakyat hidup kesempitan.
Faekah: Khir Toyo, Tak Tahu Tanya, Jangan Bodoh Sombong
SHAH ALAM : Tindakan Mantan Menteri Besar Selangor, Khir Toyo
menuduh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berbohong berhubung
perlaksanaan Geran Selangorku mendapat reaksi Setiausaha Politik
Menteri Besar, Faekah Husin.
Berikut adalah petikan penuh kenyataan Faekah.
Tindakan Khir Toyo yang menuduh Tan Sri Khalid berbohong benar-benar
tidak melambangkan sifat seorang mantan Menteri Besar.
Beliau yang
mengulas berkenaan pelaksanaan Geran Selangorku kononnya beliau hairan
mengapa geran digunakan untuk projek infrastruktur bukan bantuan kepada
peniaga kecil.
Khir Toyo sepatutnya menjadi orang terakhir yang boleh komen pasal Geran Selangorku. Dua sebab saya katakan sedemikian;
Geran Selangorku adalah wang yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat
hasil dari kutipan hutang yang gagal beliau kutip semasa pentadbirannya.
Hutang Talam yang kesemuanya lebih 400 juta berjaya dikutip kerajaan
hari ini melalui pembayaran tunai dan perolehan aset.
Wang itu jugalah yang kita salurkan semula kepada rakyat melalui 17
program utama. Kegagalan Khir yang dengan sengaja tidak mengutip hutang
tersebut sepatutnya menjadikan beliau malu untuk menyebut apa-apa yang
berkenaan Geran ini, apatah lagi mencela pelaksanaannya.
Sebab kedua ialah kerana Khir gagal menghadirkan diri semasa Dewan
bersidang. Malah upacara pembukaan Dewan oleh DYMM Tuanku juga sanggup
di kesampingkannya. Khir Toyo tidak ubah umpama orang buta takutkan
tongkat. Lebih tepat lagi, bodoh sombong.
Lain kali elok bertanya jika rasa ragu bukan sekonyong-konyong
menuduh orang lain menipu. Sikap Khir yang suka ponteng Dewan,
menjadikannya begitu naÔf dengan program-program yang berada dalam ruang
lingkup Geran Selangorku.
Sepanjang yang saya lihat hanya separuh hari sahaja Khir datang ke
Dewan itupun bagi menutup malu kerana ditempelak Adun Sekinchan beliau
memohon cuti sakit tetapi aktif mengeluarkan kenyataan di blog; laman
sosialnya.
Meskipun hebat di dalam Blog namun semasa hadir selama separuh hari
tersebut, tidak ada satu patah perkataanpun yang dikeluarkannya di dalam
Dewan, jauh sekali untuk berbahas ataupun memberi pandangan bernas.
Malang sekali rakyat Sungai Panjang bila Adunnya hanya mampu bermonolog
di blog.
Untuk pengetahuan Khir, infrastruktur adalah sebahagian dari program
Geran Selangorku dan hanya melibatkan 50 juta, selebihnya adalah untuk
belia, wanita termasuklah program keusahawanan.
Kalau Khir boleh memaparkan carta geran, ini bermakna Khir boleh
mendapat maklumat tepat tentang Geran. Nampaknya Khir sengaja menulis
di blog sekadar untuk mengadu domba dan berniat jahat.
Geran Selangorku mempunyai Jawatan Kuasa Pemandu yang terdiri
daripada pegawai kerajaan dan golongan professional termasuk Timbalan
Pengarah JKR, Jurutera JKR dan QS JKR. Mengatakan ianya diterajui
pegawai MB memang tersimpang sekali. Apatah lagi, Datoí Menteri Besar
langsung tidak terlibat di dalam pemilihan projek mahupun pemilihan
kontraktor.
Perlaksanaan geran ini pula dikendalikan oleh Pejabat Tanah Dan
Daerah dan PBT yang menjalankan proses tender. Tidak ada satupun projek
yang dilakukan secara runding terus. Sekali lagi Khir cuba memperlekeh
kewibawaan pegawai kerajaan yang cuba menjalankan tugas dengan telus.
Nampaknya Khir sukar mempercayainya dan begitu janggal sekali.
Masakan tidak, semasa pentadbirannya ratusan juta projek dilaksanakan
secara runding terus dan lebih hebat lagi projek diberikan kepada pemaju
dan kontraktor yang sama. Inilah yang dikatakan orang, jika seseorang
itu biasa mencuri, maka dia selalu menyangka orang lain juga akan
mencuri sepertinya.
Khir juga sanggup berbohong apabila berkata semasa menjadi MB, tiada
projek kerajaan yang tidak melibatkan Setiausaha Kerajaan Negeri dan
Pegawai Kewangan.
Baru 4 tahun tidak menjadi MB, beliau lupa bahawa projek di bawah ICU
langsung tiada jawatankuasa. Semua projek dilaksana setelah mendapat
unjuran dari Adun melalui Pengarah Pembangunan Negeri untuk disampaikan
kepada ICU untuk dipilih dan pengeluaran waran peruntukan. Ianya
langsung tidak melibatkan Pegawai Kewangan mahupun Setiausaha Kerajaan
Negeri.
Kerajaan Selangor terpaksa menyediakan Geran untuk infra kerana
setelah PR mengambil alih negeri, banyak peruntukan untuk infra tidak
disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan. Malah tuntutan Jabatan Pengairan
dan Saliran ( JPS ) bagi Rancangan Malaysia Ke-10, sejumlah 1 bilion
juga tidak diutamakan.
Apabila banjir berlaku semua pemimpin UMNO-BN Selangor bertempik
kononnya pegawai kerajaan tidak cekap mengawal banjir. Bagaimana JPS
mahu melaksanakan tugas mereka dengan berkesan jika wang peruntukan
penyelenggaraan sungai dan tebatan banjir tidak disalurkan.
Butiran Geran Selangorku telah dibentang pada Exco dan semua data
diberikan kepada ADUN semasa Dewan. Hanya ADUN yang benar-benar prihatin
kepada kebajikan rakyat akan ambil pusing perkara ini. Bagi ADUN yang
suka ponteng, pasti tiada maklumat. Barang pasti golongan ini akan malu
bertanya tetapi mahu menunjuk pandai. Golongan inilah yang dikatakan
sebagai bodoh sombong, umpama si buta bencikan tongkat.
Faekah Husin.
Setiausaha Politik
Menteri Besar Selangor
Setiausaha Politik
Menteri Besar Selangor
Apabila Artis dan Sasterawan Sertai PAS
Kini, semua ramuannya sudah mencukupi. Golongan sastrawan dan artis berbondong-bondong menyertai gerakan untuk mengubah wajah negara ini.
Pihak sastrawan diketuai oleh Sastrawan Negara, Tan Sri Samad Ismail turun ke gelanggang. Ia sudah setahun berlalu.
Kini, golongan artis pula yang berbondong-bondong menyertai PAS.
Terbaru, penyanyi suara emas, Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin (gambar atas) menyertai PAS.
Bukan itu sahaja, beliau telah bercakap di atas pentas PAS bahkan di Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar pula.
Setahun lalu, apabila Bob Lokman mengumumkan penyertaannya ke dalam PAS, ramai yang tidak memandang serius penyertaan beliau.
Namun selepas satu tahun, kesan yang dibawa oleh Bob Lokman jelas kelihatan.
Bukan Aishah sahaja, gitaris paling hebat negara, Sham Kamikazi juga menyertai PAS.
"kontroversi saya masuk PAS ni. Tambah-tambah pula berucap lagi di Markas Tarbiyah PAS ni," kata Aishah dalam ucapannya kira-kira setengah jam di Taman Melewar Jumaat lepas.
(Aishah bergambar dengan banner XPDC Dakwah PAS Batu ke Cambodia)
Menurut Aishah beliau mula serius mendekati PAS apabila mendapat
layanan kurang baik dari seorang menteri wanita yang beliau dekati untuk
mendapatkan pertolongan dan nasihat ekoran masalah penjagaan
anak-anaknya selepas beliau berpisah dengan suaminya yang bukan Melayu."Saya jumpa Datuk Seri bukan nak minta lembu...tetapi untuk kepentingan aqidah anak saya," cerita Aishah.
Selepas beliau memakai tudung, Aishah berkata, pihak yang paling awal menyambutnya adalah Nisa'.
"Saya lihat kumpulan ini jauh berbeza," kata Aishah memuji pendekatan yang diambil oleh kumpulan NGO yang rapat dengan PAS itu.
Menurut Aishah, menyertai PAS bukannya satu kerja mudah bagi beliau kerana beliau menerima tentangan dari kaum keluarga yang rapat dengan beliau sendiri.
Sepupu beliau menyindir bahkan mempetikaikan langkahnya itu.
Melihatkan kepada reaksi mereka, membuat beliau terfikir, "apa yang kita nak terangkan kepada mereka macam ni..
"Bagi mereka taat kepada pemerintah seperti taat kepada raja, bila kita bantah, seperti kita menderhaka...
"Nasib baik mak saya dah tak da ...kalau dia tahu dan berceramah pulak, di markas lagi ni...saya tak tahulah," cerita Aishah.
Menurut Aishah, menyokong pembangkang juga dianggap salah di negara ini padahal ini adalah hak demokrasi masing-masing.
Kerana keengganan beliau untuk bersalam dengan bukan muhrim sahaja beliau telah cuba digam dari sebuah stesyen TV.
"Bila kita sokong pembangkang, kita dianggap jahat...
"sebelum ni saya tak ambil pot lah apa yang berlaku di negara ini...tetapi bila dah kena batang hidup sendiri, ini tak boleh jadi, tak kan nak biar je.." tegas Aishah dalam ucapannya itu.
Turut berucap di majlis 'Artis Berubah, Rakyat Merobah, BN Rebah' adalah Bob Lokman sendiri serta Naib Pengerusi DHPP, Vincent Lee.
Sunday, April 8, 2012
Sepinggan Laksa, Secawan Air Kongsi Dua-Nurul Izzah Anwar
"Yb Nurul Izzah sudah makan, sapa penulis selepas ceramah Tun Ramal 3 DUN Hanya Untuk BN malam kelmarin di Markaz Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar yang dihadiri lebih 2000 rakyat malam itu."
Izzah berkata,
“belum lagi sangat lapar ni, lima program tak sempat untuk makan”.
Bagi
penulis, sesiapa yang terlibat kerja
untuk rakyat, sudah menjadi asam garam kehidupan pasti masa untuk makan akan terlepas.
Mereka lebih utamakan kerja-kerja untuk beri kepuasan pada rakyat.
Tanpa lengah
masa, penulis berkata pada Yb Izzah, Erm, baiklah jom kita makan laksa di Tmn
Melewar, ajak penulis bersama beberapa saf pimpinan PAS Batu kira-kira hampir 12.
30 malam.
Penulis terus buat pesanan untuk Yb Izzah dan berapa
saf pimpinan, tanpa kekok Izzah bisik, Khaulah kita kongsi makan ya.. Lalu
Izzah minta pinggan kosong untuk diberikan pada penulis.
Sepinggan
Laksa dan secawan Air tembikai Sirap kongsi bersamanya. Harga yang tidak sampai
RM5.00.
Penulis terpinga-pinga ketika itu, dan berkata-kata dalam hati, biar betul Yb
Izzah ni, cakap lapar sangat, kenapa nak kongsi.
Penulis sebenarnya tidak keberatan untuk kongsi bersamanya sebab adat dalam kehidupan jemaah
kongsi makan akan mengeratkan siraturrahim. Lagi pun Yb Izzah bukan penulis
tidak kenal, dianggap seperti keluarga.
Kalau terlalu
sibuk dengan progam kami tak lah pergi Hotel
Berjenama, tetapi di singgah restoran kecil untuk dibungkus makan bersamanya.
Jika terlalu
sibuk kadang-kadang kami makan dalam kereta atau berhenti tepi jalan selepas
program.
Tentu semua
pembaca tak percaya bukan?, Makanan yang di makan Yb Izzah hanya kedai-kedai di
Restoran kecil. Menu tak sampai tiga lauk. Ini bukan kedekut tapi berhati-hati agar tidak menyalah guna wang
rakyat.
Anak Bakal Perdana Menteri Ini, sememangnya penulis rasa kagum kehidupannya.
Moga akan kekalkan peribadinya yang tidak suka menunjuk-nunjuk kepada media untuk di kecoh 1 Malaysia
seperti Perdana Menteri, Najib Tun Razak.
Begitu juga penulis
teringatkan Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang tidak begitu
cerewet dalam makanannya selepas merasmikan Persidangan ICT PAS di Taman
Melewar, 22 Oktober lepas.
Tok Guru dan para VIP kelihatan berselera sekali menjamah hidangan. Mereka menjamu selera dan berbual dengan nada yang amat santai.
Pada penulis
soal harga tidak menjadi persoalan. Bukan soal mahal atau murahnya sesuatu
hidangan. Tok Guru tidak pernah melarang sesiapa pun untuk menjamu selera
dengan hidangan yang lazat-lazat. Asalkan mereka mampu dan tidak membazir.
Tok Guru juga tidak pernah menolak jika dijemput menjamu selera hidangan yang mahal dan mewah.
Tok Guru juga tidak pernah menolak jika dijemput menjamu selera hidangan yang mahal dan mewah.
Tok Guru
biasa menghadiri majlis bersama Raja-Raja dan VVIP terkemuka. Moralnya, sama
ada makan cara mewah atau makan cara marhain, adalah sesuatu yang lumrah, yang
tidak perlu ditunjuk-tunjukkan katanya apabila penulis bicara bersama tok guru
selepas menjamu selera.
Tetapi Tok Guru tetap Tok Guru. Sifat tawaduknya bukan dibuat-buat. Dah memang semula jadi sifat Tok Guru begitu. Hidangan yang simple dan murah. Makan digerai bersama rakyat kebanyakan sudah biasa baginya. Tidak perlu dihighlight dalam media, tidak perlu diheboh kepada satu dunia.
Bukan macam
Perdana Menteri 1Malaysia kita. Pada penulis, elok juga ditegur Dato' Seri Mohd
Najib Tun Razak. Kalau dah sifatnya bangsawan, hidup sentiasa dalam kantung
emas, usah nak berlakon seolah-olah berasal dari gubuk yang buruk. Kenapa penulis kata demikian? Pembaca semua pasti ingat apabila PM berjiwa rakyat, sanggup makan nasi sepinggan RM4.00, kononnya Restoran 1Malaysia, begitu hebat menawarkan hidangan yang murah untuk rakyat.
Dalam sekelip
mata rakyat dapat membuktikan, harga makanan yang dimakan Najib, seperti yang
dihebohkan tok-tok dalang media pencacai bukannya RM4.00 tapi RM6.00 sepinggan.
Malunya, dan kadangkala rasa geram dihati penulis kerana PM tidak sudah-sudah
menipu rakyat.
Penulis teringat, semasa lawatannya ke Restoran Ukhwah, di Kuala Lumpur yang dikatakan menawarkan Menu Rakyat, Najib menjamah sepinggan nasi, dua ketul ayam, sepotong daging oreng, tauge, dan papadom. Diriuhkan 1Malaysia bahawa harga sepinggan hidangan PM sangat murah kononnya.
Penulis teringat, semasa lawatannya ke Restoran Ukhwah, di Kuala Lumpur yang dikatakan menawarkan Menu Rakyat, Najib menjamah sepinggan nasi, dua ketul ayam, sepotong daging oreng, tauge, dan papadom. Diriuhkan 1Malaysia bahawa harga sepinggan hidangan PM sangat murah kononnya.
Pengampu-pengampu
Najib pun satu hal. Tak usahlah nak malukan PM kita, kononnya Najib itu RM4.00,
malah ada media pengampu cuba hendak murahkan lagi dengan harga RM3.50.
Akhirnya, tembelang
dan pembohongan Umno-BN terbongkar, dibuktikan apabila kakitangan Ahli Parlimen
Batu, Tian Chua dihantar ke Restoran Ukhwah, mengambil lauk yang sama dengan
Najib, dicaj dengan harga RM6.00.
Apabila didedahkan
dalam media, Menteri Pengguna, Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob terkial-kial
mempertahankan Menu Rakyat 1Malaysia, selepas promosinya untuk menaik dan
mengampu Najib, jadi “backfire” kepada UMNO-BN.
Itulah hebat Umno-BN ini, punya lah nak menunjukkan pemimpin yang berjiwa rakyat, sampai menggunakan cara yang paling bodoh dan kotor, dan memalukan.
Nanti orang akan balas balik pada Najib, nanti rakyat akan kata, buat apa hendak menunjuk-nunjuk makan nasi RM4.00 sepinggan, sedangkan perbelanjaan mewah PM, isteri dan keluarga menelan belanja berjuta-juta ringgit?
Macam mana Najib hendak jawab, pengubahsuaian rumah mewah Seri Perdana yang menelan kos berpuluh juta wang rakyat, dibandingkan ubahsuai rumah Tok Guru hanyalah beratap zink dan berdinding separuh kayu??
Apa Najib hendak beri alasan, jika rakyat mempersoalkan harga beg-beg tangan Rosmah, pelbagai fesyen, pelbagai jenama mewah, sehingga menelan belanja jutaan ringgit?
Apakah tidak dinamakan mewah, berbelanja jutaan ringgit untuk majlis pertunangan anak di Kazakhztan? Duduk di hotel mewah di Dubai dengan harga mencecah RM100 ribu satu malam? Bercuti dengan menggunakan perbelanjaan kerajaan di Perth?
Jika anda memang jenis hidup mewah dan membazir, usahlah berlakon kononnya susah macam rakyat kebanyakan, kononnya menjiwai perasaan dan kehidupan rakyat miskin.
Sedar dirilah wahai Pak Najib, usahlah berlakon hendak jadi tawaduk macam Tok Guru Nik Aziz.
Usah jadi
bahan gelak ketawa rakyat. Rakyat pun dah muak dengan lakonan tidak menjadi
ini. -
Suka penulis
nasihatkan kepada PM agar lebih baik Najib jadi dirinya sendiri. Usah jadi
macam artis yang boleh melakonkan apa sahaja watak.
Berlakon jadi
tok guru membaca tazkirah pun boleh, berlakon jadi kasanova sambil meneguk 'air
kencing syaitan' di kelab malam pun boleh.
Kalau asal
kehidupannya sejak dilahirkan dah “standard”, kehidupan sedia mewah, tiada
salahnya. Teruskan sajalah, tidak perlu hendak dibuat-buat.
Editor : Khaulah Azwar
Kerajaan Negeri Selangor Sedia Kemudahan Sukan Untuk Belia
Gombak : Golongan belia di negeri Selangor akan menikmati kemudahan sukan yang
lengkap daripada kerajaan Negeri
Selangor.
Dr Ahmad Yunus Hairi, Exco Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan, berkata,
“peruntukan itu diperolehi menerusi Geran Selangorku berjumlah RM300 juta yang
dilancarkan kerajaan negeri baru-baru ini.
Saya tidak terlepas untuk
memanfaatkan peruntukan itu untuk memperkasa golongan belia di negeri ini”,
katanya.
“Saya sedang rancangkan di setiap DUN satu padang serbaguna, di
mana setiap padang yang akan disediakan itu memusatkan sukan futsal, bola
jaring dan bola keranjang.
“Justeru, saya minta kerjasama dari ADUN dan Penyelaras DUN untuk
mengenalpasti lokasi terbaik yang bakal mengumpulkan anak muda ini untuk bersukan,”jelasnya.
Menurut Dr Yunus lagi, rancangan dataran anak muda ini boleh
diguna untuk sebarang aktiviti berkaitan belia dan bukannya terhad kepada
satu-satu aktiviti sahaja.
“Menyedari golongan belia sebagai aset berharga kepada negeri,
kita merasakan golongan ini berhak menerima pembaharuan dan pembangunan seperti
ini.
“Menerusi dataran ini, Ahli Majlis, pihak berkuasa tempatan (PeBT)
dan ADUN boleh mendekati golongan belia,”jelas Dr Yunus merangkap ADUN Sijangkang ketika berucap pada sesi
pembukaan Kejohanan Futsal Jelajah Selangor Gen-S 2012 di Daerah Selayang.
Sebanyak 48 Pasukan telah terlibat mengambil bahagian dalam Kejohanan Futsal di Daerah
Selayang .
Kejohanan ini adalah kesinambungan acara tahunan yang diadakan
sejak 2009 yang melibatkan sembilan daerah di bawah kelolaan Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) di seluruh Selangor.
Tambahnya lagi, “kerajaan negeri menerusi Jawatankuasa Tetap Belia
dan Sukan memperuntukkan RM10 ribu kepada setiap PBT bagi menjayakan kejohanan
ini berbanding tahun sebelumnya yang hanya dibiayai oleh PBT sendiri”.
Kejohanan Futsal Jelajah Selangor Gen-S 2011 yang bakal
berlangsung di setiap 9 daerah di bawah kelolaan 12 Pihak Bekuasa Tempatan
(PBT) di seluruh Selangor.
Dalam pertandingan ini nanti, johan akan memenangi RM1,000 beserta medal
dan siijil. Naib Johan RM500.00 medal dan sijil manakala temapat ketiga
RM250.00 medal dan sijil.
Editor : Khaulah Azwar
ADUN Peruntuk RM50,000 Mangsa Banjir
Klang : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Dr Halimah Ali
memperuntukan RM 50,000 bagi menghulurkan
bantuan kecemasan semua mangsa banjir sekitar Kampung Delek disini.
Jelasnya, dengan bantuan diberikan dapat membantu mengemas
rumah dan membeli barang keperluan penduduk.
“Kita mengambil berat
golongan-golongan yang kurang bernasib baik dan saya harap bantuan diberikan
dapat meringankan beban yang mereka tanggung”.
Beliau merangkap Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi
Pembangunan Modal Insan menambah lagi, sehingga hari kita tidak nampak Kerajaan
Pusat turun padang bertemu rakyat disini.
“Saya juga menyelar tindakan pihak yang tidak
bertanggungjawab menyebarkan SMS palsu mengatakan Pejabat saya menyediakan
RM300 untuk mangsa banjir.
Semua mangsa banjir perlu menuntur wang di Pejabat saya.
Mungkin keerja kotor ini adalah musuh politik saya yang ingin jatuhkan saya”,
kata Dr Halimah kepada media.
“Penduduk juga telah mengadu pada saya dengan rasa kesal
sikap tidak peduli kerajaan pusat kepada mereka”, ujar Dr Halimah selepas
menyampaikan bantuan barangan dapur kepada semua mangsa banjir.
Sementara itu, Samsul Bahari Ehsan, Ketua Pengarah Pusat
Khidmat pula berkata, “seramai 99 peratus penduduk mengalami kerugian besar
akibat banjir”.
“Antara kawasan terlibat Kampung Delek Kiri, Kampung Delek
Kanan Baru, Jalan Masjid, Sungai Sireh dan Kampung Keretapi”.
“Insya-Allah selepas bancian selesai dibuat kita akan hantar
nama mangsa banjir kepada Pejabat Daerah untuk tindakan selanjutnya.
Kita juga akan minta bantuan Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM) dan beberapa badan agensi lain untuk menghulurkan bantuan
kecemasan”, katanya.
Ujarnya lagi, “mungkin mengambil masa seminggu untuk semua
proses permohonan bantuan. Bantuan yang diagihkan termasuk RM300 pada semua
mangsa terlibat seperti yang diwawarkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri
Abdul Khalib Ibrahim sekitar Daerah Klang”.
“Bagi rakyat Malaysia yang prihatin ingin menghulurkan bantuan
kepada semua mangsa banjir boleh disalurkan akuan Tabung Kebajikan DUN Selat Klang 100 100 804
20 (Bank Islam Malaysia Berhad –BIMB)”.
Difahamkan Pusat DUN Selat Klang telah menerima sebuah van untuk tugasan kemasyarakatan yang telah
disumbangkan oleh Syarikat Capyield Sdn Bhd.
Editor : Khaulah Azwar
Subscribe to:
Posts (Atom)

