Sunday, March 25, 2012

Wan Cepat Sembuh, Cuti Di ICU


Bangi, 26 Mac, Alhamdulilah pencarian guruku Hjh Norehan diberkati Alllah setelah 17thn tak jumpa. Pasti semua pelajar SMVPR ingat Hjh Norehan Md Shariff??

Worden yang sgt tegas, suka membebel, pagi2 di kerahkannya semua pelajar berjoging lps subuh setip hujung minggu..

Guru inilah sgt menjadi anti pada semua pelajar yang tak suka dikena bisingkan..

Tetapi disebalik tegasnya ada kelembutan, namun tak semua pelajar mampu mendekatinya.. Apa yang dibebelkan untuk kebaikan, nak lihat semua pelajar berjaya.

Masa batch saya, yang kerap temankan cikgu tidur bilik worden saya, fiza, arwah alang.. sambung study cikgu ajar..

cikgu juga rajin bawa saya balik kampungnya, disini ukhwah kami terputik mengenali keluarga cikgu hjh norehan..

Sempatlah kenal arwah ayah cikgu.. tapi rumah tu hanya 3 beranak je duduk.. sebab lain dh berumah tangga.

Keluarga mereka fikrah islam.. saya senang dgn mereka.

Alhamdulilah terima kasih Ya-Allah kerana temukan saya dengan guru2 SMPR yang cukup prihatin dan penyayang..mereka lah guru yang berdedikasi pada saya.

Kali ini, cuti kami di Hospital Pakar di Bangi kerana ibu cikgu hjh norehan sakit tenat.

Tibanya kami di rumah, saya lihat wan terbaring di kerusi rodanya, nafasnya begitu sesak sekali dan membimbangkan saya. (huhu cikgu hjh norehanpun tak secemas saya).

Kata cikgu hjh norehan, mak yan balik ni ? Mak tengok yan bawa anak murid..mak kenal lagi tak tak anak murid yan ni..

Sunguh tiba2 airmata saya mengalir (Cembeng btl saya ni)..

Kerap saya ckp pada cikgu, keadaan wan tak stabil kena bawa hospital tapi cikgu ckp tunggu malam..

Selepas solat isya berjemaah, kami siap2 untuk dinner.. nak tinggalkan wan, saya dan cikgu rasa berat hati, tapi sebab atas amanah kerja , kena pergi juga..

Di Hotel ICI, hati kami tak tenteram, saya dan cikgu sentiasa perhati masa.. tup..tup dah 10 mlm, cikgu signal saya cabut dpd majlis..

Kami keluar saja dpd majlis dpd sms wan masuk icu..

Dalam kereta, saya cuba tenangkan cikgu.., Kali ni saya jd driver cikgu.. kira-kira 3 jam doktor rawat wan dlm bilik kecemasan.

Tiga hari saya temankan cikgu uruskan wan untuk mandikan wan, suapkan minum.

Rasa kesian tengok wan kena jolok tekaknya untuk buangkan sisa2 makanan. Wan dah kena puasa sepanjang rawatan.. Gas juga dibagi pada wan.

Esoknya Doktor bg pilihan pada keluarga samada nak buat rawatan di sini / Putrajaya??

Bincang adik beradik, dtg CEO Hospital merupakan Bos saya dulu..alahai Hj Shahrom di Al-Amin , sungguh rasa dunia ini mcm kecil saja.

Puas saya mencari Cikgu Hjh Norehan rupa2nya Hj Shahrom abgnya.. erm.. ada hikmah sebalik kejadian.

Tak boleh tidur, kami semua.. jaga wan, mendengar nafas wan betul2 buat hati saya mcm2 rasa til saya sms semua mantan pelajar dan guru2 SMVPR pls doakan wan. Lihat wajah cikgu dan adik beradik, airmata mereka menjadi teman..

Bacaan yasin dan Al_Quran sentiasa kami bacakan..

Harapan hanya satu, moga wan cepat sembuh. Akhirnya adik beradik putus buat pemeriksaan disini saja sebab doktor pakar dpt atasi masalah wan walaupun peralatan tak cukup.

Harap tak jadi apa2 pada wan, nampaknya cikgu hjh norehan tak jadi balik k.k dah emergency..


Saya harap semua mantan pelajar dan guru2 SMVPR sudi mendoakan kesihatan wan, rindukan kata2 wan, senyum nya 17thn lalu. Dulu wan lah org paling banyak bercakap, aktif tapi sekarang semua dh takde.

Setiap kail kami dalam kereta, cikgu hjh norehan tak putus nasihatkan saya dan katanya, saya banga dengan awak.

Sanggup cari guru, dan awak banyak terlibat aktiviti yang memberi manfaat pada perjuangan islam. Terlibat dengan kebajikan dan jd role model untuk pelajar dalam motivasi pelajar.. alhamdulilah..semoga pe yang awak buat pahalanya dpt serpihan pada saya.. yele..cikgu takde anak. cuma anak2 murid yang jd insan ingat pada guru2 akan sedekahkan pahala pada gurunya..

Saya hanya mampu cakap, cikgu doakan saya moga istiqama, semua dilakukan jika diberi sedikit pahala disedekah pada arwah abah dan semua insan2 yang saya syg esp cikgu2 SMVPR. Doakan urusan saya di mudahkan untuk cari Cikgu Liza worden pertama saya.

Saya jadi mcm nipun doa mak, abah, dan guru2 smvpr yang mahukan saya cari jemaah. Alhamdulilah, amanah cikgu tak di lupakan.. berkat semua insan yang kenali saya..

Saya hrp ukhwah kami until Jannah.. saya akan cuba beri khidmat terbaik untuk semua guru2 saya.. so kalau yang sakit pls sms..


Ckgu tepuk belakang saya, tahniah.. dan saya hrp ukhwah kami until Jannah.. saya akan cuba beri khidmat terbaik untuk semua guru2 saya.. so kalau yang sakit pls sms..

Insya-Allah saya tidak keberatan untuk membantu. Kalian sepeti ibubapa saya.


Syafakumullah Wan :(



Editor : Khaulah Azwar

Thursday, March 22, 2012

Isu Penyelenggaran Tanah Perkuburan Kg Changkat Bakal Selesai

Tmn Berjaya, Gombak : Penduduk sekitar Kampung Changkat melahirkan rasa kesalnya dengan penyelenggaraan pengurusan tapak tanah perkuburan islam yang tidak diurus dengan baik .

Tanah perkuburan mempunyai keluasan 3ek. 1rd. 16pl Lot no.: 380 telah beroperasi semenjak 20 tahun (1992).

Ketua Kampung Changkatnya, Zainal Abidin Abu Bakar berkata, kemelut ini berlaku sebelum kerajaan negeri Selangor mengambil alih pengtadbiran.

Kita sering menerima berbagai aduan penduduk apabila waris datang menziarahi pusara keluarga terdapat sisa pembuangan sampah, rumput panjang sehingga sering berlaku banjir kawasan ini.

Ekoran berbagai rungutan diterima kita telah usulkan perkara ini kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang hanya membersih kawasan itu sehingga 31 Disember 2009.

1 Januari, 2010 MPS serahkan kerja penyelenggaran tanah perkuburan islam kepada Jabatan Agama Islam (JAIS) (Ruj. MPS bil. (80)dlm.MPS.3/2-939Jld.2 bertarikh 2/6/2010), katanya.

Tambahnya lagi, saya juga telah mengeluarkan surat kepada MPS dan JAIS untuk atasi isu yang timbul namun sikap lepas tangan Jabatan terlibat amat kita kesali.

"Kita rasa kesal apabila MPS, JAIS enggan beri kerjasama apabila Pakatan Rakyat (PR) ambil alih pemerintahan Selangor, tahun 2008., Seharusnya semua Jabatan wajib beri kerjsama untuk rakyat tetapi jadi sebaliknya”, kata Zainal ketika dihubungi media.

Menurutnya, dengan isu berbangkit satu mesyuarat khas bersama Pusat Khidmat Masyarakat (PKM), Ahli Majlis, Nazir-Nazir Masjid telah diadakan, dan mesyuarat bersetuju gotong – royong telah diadakan pada 2009.

Sementara itu, Ahli Majlis MPS Zon 7, Maznah Abd, Aziz pula menjelaskan, isu berbangkit berlaku sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran lagi.

Selepas PR memerintah, satu mesyuarat telah diadakan dengan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali bersama MPS, JAIS, Nazir-nazir Masjid dan Ketua-ketua Kampung.

Mesyuarat memutuskan untuk melakukan kerja gotong-royong bersama dengan ketiga-tiga masjid, dan telah mendapat persetujuan daripada semua pihak, katanya.

Tambahnya lagi, jawatankuasa penduduk dan ketiga-tiga masjid juga memberi cadangan untuk dikenakan bayaran sebanyak RM400 sebulan, (40 peratus Majis Syakirin, 40 peratus Masjid Simpang Tiga dan Dua puluh peratus Masjid Batu 6 Lama kerana keluasannya kecil). Walaubagaimanapun cadangan itu belum dilaksanakan.

Manakala, Pegawai Hal Ehwal Islam Ketua Unit Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam (JAIS), Mohamad Nazri Sobirin pula menjelaskan, isu penyelenggaran tanah perkuburun, sebenarnya diuruskan oleh Masjid berdekatan walaubagaimanapun kita akan bawa perkara ini ke mesyuarat JAIS untuk pemantauan.

Sehubungan itu, Penyelaras DUN Gombak Setia, Saleh Huddin Nasir yang telah dilantik Menteri Besar Selangor berkuatkuasa 18 Jan, 2012 dalam Mesyuarat Pengurusan Tanah Perkuburan Kampug Changkat bersama Ahli Majlis, JAIS, Nazir – Nazir Masjid, Ketua-ketua kampung di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia semalam telah memutuskan akan diadakan satu mesyuarat khas.

Katanya, “Insya-Allah dalam masa terdekat selepas mesyuarat khas kita akan adakan lawatan turun padang ke tanah perkuburan Kampung Changkat”.

“Cadangan pembayaran Masjid-masjid untukk kerja penyelenggaran akan kita putuskan dalam mesyuarat khas nanti”.

“Insya-Allah kami (PKM) Dun Gombak Setia akan memberi kerjsama mengatasi isu ini. Disamping itu akan memastikan semua kakitangan PKM DUN Gombak Setia meyumbangkan tenaga dalam membantu kerja penyelenggaran tanah perkuburan”.

Saya juga berharap ketiga-tiga Masjid dapatkan sebut harga penyelengaraan tanah perkuburan untuk di bincangkan dalam mesyuarat akan datang, dan insya-allah isu ini bakal selesai secepat mungkin, kata Salleh Hudin merangkap YDP PAS Gombak.

Hadir sama, Ahmad Firdaus Muhammad, Pejabat Agama Islam Daerah Gombak (PAIDG), Ketua Kampung Tengah, Edrus Mohd Yusof, Pegawai Hal Ehwal Islam Ketua Unit Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam (JAIS), Mohamad Nazri Sobirin.

Editor : Khaulah Azwar

Wednesday, March 21, 2012

Kelas Jahitan Percuma Untuk Wanita Dan Pelajar


Klang : Bantuan beg sekolah Hasil kerajaan negeri Selangor telah diagihkan oleh ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar kepada semua pelajar kaum india.


“Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) bukan sahaja memberi bantuan pendidikan sebaliknya disediakan Kemudahan Cuti Tambahan, Program Peningkatan Hasil Bahan Mineral dan Galian, Pusat Dialisis Rakyat, Pusat Khidmat Krisis Sehenti, Pusat Tuisyen Rakyat (PTRS), Skim Kesihatan Wanita, bantuan Skim Mikrokredit untuk rakyat Selangor memulakan pernigaan dan banyak lagi”.

“Menyentuh bantuan air pecuma, kerajaan negeri menawarkan air bersih sebanyak 20 meter padu, bersamaan dengan 20,000 liter atau 5,680 gelen, setiap bulan secara percuma untuk rakyat”.


“Faedah ini adalah untuk semua tanpa mengira taraf ekonomi, kaum, fahaman politik, asalkan tinggal di Selangor, berhak mendapat air percuma tersebut, setiap bulan”, kata Dr Xavier.


Menurutnya, kerajaan negeri Selangor pada 13 Mac 2008 telah mengumumkan dasar pelaksanaan Tujuh (7) Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), termasuk pemberian air percuma 20 meter padu pertama kepada pengguna air domestik yang menggunakan meter individu di Negeri Selangor mulai Jun, 2008.


Tujuan Kerajaan Negeri memperkenalkan dasar ini ialah bagi meringankan beban kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah akibat daripada kadar sara hidup dan inflasi yang tinggi ketika ini, selain itu menunaikan janji manifesto kerajaan (PR) PRU12 yang lalu.

“Inilah janji-janji yang telah kita laksanakan, dan rata-ratanya rakyat Selangor telah menikmati hasil tersebut”, ujar beliau.


Beliau merangkap Pengerusi Tetap Jawatankuasa Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri Selangor mengulas, program bekalan air percuma ini juga adalah salah satu komponen bagi cadangan Penstrukturan semula industri air di Selangor secara holistik dan bersepadu yang diterajui oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

Tujuannya supaya dapat memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan, efektif serta dapat mengurangkan kadar tarif air semasa bagi kemudahan rakyat di Selangor.

Jelasnya, bekalan air percuma 20 meter padu ini layak dinikmati pengguna-pengguna domestik bermeter individu. Bagi pengguna domestik yang menggunakan meter pukal seperti di kondominium, pangsapuri serta apartmen, mereka perlu menukar kepada meter individu terlebih dahulu sebelum menikmati pemberian air percuma ini.

Urusan penukaran meter ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), ucap beliau dalam program bantuan beg Sekolah di Kuil Sri Muthu Mariamman, Klang.

Dalam pada itu, beliau juga telah mengumumkan kepada semua rakyat yang hadir disitu, program kelas jahitan kepada kaum wanita di kawasan itu.

Kelas itu mendedahkan cara mengunakan mesin jahit, untuk menjahit langsir, sari dan baju kurung. Jika pelajar perempuan ingin mengikuti kelas ini mereka juga dialu-alukan.


“Harapan saya semoga program yang dianjurkan untuk kaum wanita, mereka dapat menggunakan kemahiran yang dipelajari untuk menambah pendapatan keluarga.

Selain itu, bagi menggalak semua rakyat berniaga dan keluar daripada kemiskinan”, kata Dr Xavier.


Majlis itu juga disediakan dengan jamuan rakyat.

Editor : Khaulah Azwar

Penyelewengan UMNO -BN Perlu Di Nilai Rakyat


SHAH ALAM 21 MAC : Rakyat di negara ini boleh menilai sejauh mana pencapaian ekonomi dan pembangunan sesuatu negeri di bawah pentadbiran Umno-BN melalui penyelewengan yang dilakukan oleh Umno-BN dalam beberapa kes.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bangi, Dr Shafie Abu Bakar berkata demikian di dalam dewan rakyat hari ini.

Katanya, sebelum ini Kerajaan Pusat memperuntukkan sebanyak RM2.71 billion kepada Umno Selangor untuk tujuan pembangunan tetapi dana rakyat itu sudah disalah gunakan untuk kepentingan politik.

“Banyak perkara atau kes yang boleh dilihat oleh rakyat antaranya Petronas diberi kepada kroninya, Datuk Mokhzani Tun Dr Mahathir sehingga beliau (Mokhzani) disenaraikan antara yang terkaya di Malaysia.

“Saya yakin rakyat juga tidak akan lupa atau menerima kes seperti skandal Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) sebanyak RM250 juta yang diterajui suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri NFC, Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail.

“Begitu juga dengan penyelewengan wang zakat guaman oleh Menteri Dijabatan Perdana Menteri, Penyenaraian saham Felda Global Venture Holding (FGVH) yang boleh mengugat tanah hak milik peneroka felda dan Skim Perumahan 1Malaysia yang dianggap hanya membebankan rakyat berpendapatan rendah kerana bank tidak mahu memberi pinjaman juga rasuah yang diamalkan oleh Menteri Besar terdahulu,” katanya.

Tambahnya, saham bumiputera juga merosot kepada RM2 billion berbanding RM54 billion.

“Kedudukan indeks rasuah negara yang juga menurun kepada tangga 60 berbanding tangga 47 semasa pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi,” katanya.

Jelasnya, penyelewengan wang rakyat yang dilakukan oleh Kerajaan di bawah pentadbiran itu menunjukkan pentadbiran Pakatan Rakyat jauh lebih baik.

Ini kerana simpanan Kerajaan Negeri Selangor meningkat RM1.9 billion berbanding RM500 juta yang ditinggalkan oleh Umno-Bn pada tahun 2007.

Hasan Ali Guna Sidang DNS Untuk Bercakap Soal Peribadi


SHAH ALAM 21 MAC : Terkesan dengan perlucutan jawatannya sebagai Exco Agama, ADUN Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang kini hadir ke Sidang Dewan Undangan Negeri sebagai Ahli Bebas, menggunakan ruang perbahasan hari ini sebagai medan melepas perasaan dan lunak membincangan soal peribadi.

Walaupun ditegur beberapa kali oleh ahli dewan bahawa ucapannya bercanggah dengan Perkara 361 Undang-undang Dewan, Hasan tegar meneruskan ucapanya yang bersifat peribadi itu selain melakukan serangan peribadi terhadap beberapa ahli dewan.

Sikap Hasan yang sering menjadikan isu murtad dan peranan pemimpin kerajaan negeri dari kalangan Islam khususnya PAS menegakkan martabat Islam, dipersoalkan oleh ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim.

Suee Lim mengesa Hasan menjelaskan peranan dan usahanya dalam memberi kefahaman penuh kepada masyarakat bukan Islam semasa mengalas Exco Agama.

“Sudah setengah jam, Gombak Setia membincangkan soal peribadi dan menyerang peribadi Ahli Dewan yang lain berhubung agama Islam dan peranan memartabatkannya.

“Saya ingin tahu apakah yang Gombak Setia lakukan sepanjang tiga tahun sebagai Exco Agama dalam memberi penerangan dan kefahaman terhadap orang bukan Islam seperti soal perlaksanaan hukum hudud,”soalnya.

Sementara itu ADUN Kota Alam Shah, M. Manoharan turut membidas sikap Hasan itu yang lantang membahaskan soal peribadinya, sedangkan sepanjang mengalas jawatan exco beliau sering gagal menjawab soalan didalam dewan dan menjalankan tugasnya dengan baik.

“Saya berasa kesian dengan Gombak Setia, semasa menjadi Exco sepanjang tiga tahun, beliau gagal menlaksanakan tugasnya, sebaliknya hari ini beliau menggunakan ruang ucapan dengan menjadi duri dalam daging,”jelas Manoharan.

Hasan digugurkan daripada jawatannya dalam kerajaan negeri Sebagai Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Januari lalu.

Hassan juga telah di lucutkan sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor setelah tidak membuat rayuan kepada jawatankuasa disiplin PAS Pusat berhubung tindakan pemecatan beliau

Najib diminta nyatakan bila ISA mahu dimansuh

KUALA LUMPUR, 22 Mac: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak diminta menyatakan bila Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dimansuhkan.

Demikian pertanyaan bagi jawab lisan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd Hatta Md Ramli pada persidangan Dewan Rakyat, yang bermula jam 10.00 pagi ini.

Berikut adalah soalan-soalan bagi jawab lisan yang dikemukakan oleh ahli-ahli Parlimen PAS di Dewan Rakyat, hari ini.

Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [Kota Raja] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil Kementerian untuk mengangkat status 370 SJKT bantuan modal kepada SJKT bantuan penuh. Apakah halangan sebenar untuk Kerajaan melaksanakan perkara ini selama lebih 50 tahun Malaysia Merdeka.

Siti Zailah Mohd. Yusoff [Rantau Panjang] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jumlah pelajar yang tercicir dalam pelajaran dan terlibat dengan salah laku dan disiplin sekolah sejak tahun 2007 hingga 2010 setiap tahun.

Dr Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan bagaimanakah Kerajaan mahu memperkasakan semangat dan falsafah 'Global Movement of Moderates' di negara kita sendiri yang sedang menyaksikan pertentangan kaum dan ketajaman perselisihan agama yang semakin meruncing dan kritikal mutakhir ini dengan pihak tertentu dan badan NGO tertentu berasa di kedudukan diserang, di bawah pengaruh pemikiran 'siege mentality'.

Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan usaha-usaha terkini yang dijalankan untuk menarik kunjungan pelancong dari negara jiran Thailand.

Dr. Mohd Hatta Md Ramli [Kuala Krai] minta PERDANA MENTERI menyatakan bila Akta Keselamatan Dalam Negeri akan dimansuhkan.

Muhammad Husain [Pasir Puteh] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan kerugian yang dialami akibat hakisan pantai sepanjang 2011 dan apakah langkahlangkah pencegahan dalam menghadapi masalah fenomena ini pada masa depan.

Datuk Kamarudin Jaffar [Tumpat] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan adakah Kerajaan Malaysia menyokong hak Iran untuk mempunyai teknologi nuklear.

Mohd. Nasir Zakaria [Padang Terap] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah FELDA bercadang menyemak dan mengkaji semula Kos Tanam Semula di bawah Technoplant yang begitu tinggi pada waktu ini.

Salahuddin Ayub [Kubang Kerian] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan Kerajaan terhadap surat daripada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia kepada Perdana Menteri bertarikh 26 Mac 2007 yang menyatakan terdapat bukti yang mencukupi untuk mendakwa Tan Sri Tajudin Ramli, Wan Aisyah Wan Hamid dan Ralph Gotz berikutan kerugian MAS yang berjumlah berbillion ringgit.

Nasharudin Mat Isa [Bachok] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah MAIWP memberhentikan pemberian RM5000 kepada pelajar lulusan Darul Quran sejak 2009 walaupun sebelum ini MAIWP berjanji pelajar yang lulus dari Darul Quran akan menerima RM5000 semasa graduasi sebagaimana sebelum 2009.

Datuk Mahfuz Omar [Pokok Sena] minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapa Koperasi Permodalan Felda tidak dibenarkan memegang secara langsung saham miliknya di dalam Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVH) selepas FGVH disenaraikan.


Tuesday, March 20, 2012

Kembali Ke Pangkuan Ayahbonda, SMVPR




SMVPR banyak mengajar erti sebuah kehidupan.. walau dimana bumi dipijak kehidupan SMVPR tidak pernah terlupus dalam ingatan.. Terima kasih buat semua guru2 atas bimbingan diberikan.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI