Thursday, March 3, 2011

Kebajikan 20 Peniaga Gerai Makan Greenwood terjaga





Gombak Greenwood - Malang tidak berbau tanpa disedari nasib 20 peniaga gerai makan Majlis Perbandararan Selayang (MPS) telah hilang mata pencarian akibat berlakunya kebakaran disini malam semalam.

Ahli Parlimen Gombak Saudara Y.B Azmin Ali berkata "Kita rasa simpati dengan apa yang berlaku. Insya-ALLAH dalam masa terdekat saya bersama Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia Y.B Datuk Dr Hasan Mohamed Ali akan membantu semua peniaga yang terbabit agar mereka boleh meneruskan perniagaan mereka".

"Kita difahamkan oleh peniaga kebakaran yang berlaku melibatkan semua peralatan elektrik dan perniagaan telah musnah dan mengalami kerugian yang besar.

Sehubungan dengan itu, insya-allah 3 petang ini kita akan adakan mesyuarat khas di PKM DUN Gombak Setia bersama Majlis Perbandaran Selayang, Bomba, Ahli-Ahli Majlis, Ketua-ketua kampung untuk tindakan segera bagi memastikan peniaga disini dapat meneruskan perniagaan dalam tempoh terdekat".

"Kita harap tiada berlakunya sebarang provokasi daripada mana-mana pihak kerana kita telah meminta pihak polis, bomba membuat siasatan punca kebakaran ini berlaku", katanya.

Sementara itu, ADUN Gombak Setia Y.B Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang telah membuat pengumuman kepada semua mangsa yang terlibat dan penduduk yang hadir "Sebagai ADUN Gombak Setia di kawasan ini saya bertanggungjawab untuk membantu rakyat. Insya-allah 20 mangsa yang terlibat akan menerima bantuan gerai sementara waktu agar mereka boleh meneruskan perniagaan mereka dalam tempoh terdekat ini".

Katanya, "Saya, saudara Y.B Azmin Ali bersama Ahli-Ahli Majlis yang hadir pagi ini dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) telah berbincang dan bersetuju agar gerai sementara waktu akan diadakan di kawasan parking buah durian yag berdekatan dengan Shell dan Kg Berlian. Semua peniaga telah bersetuju".

"Dalam masa yang sama saya berharap agar pihak MPS dapat menyediakan laporan selengkapnya serta peruntukkan bagi menyediakan gerai sementara waktu untuk 20 mangsa yang terlibat. Insya-ALLAH saya akan monitor isu kebakaran ini secepatnya, katanya".

Pengakuan mangsa kebakaran Pn Dahlia Salehuddin 35thn peniaga satay dan nasi ayam mempunyai 3 orang anak yang masih bersekolah merasa terkejut dengan apa yang berlaku. Katanya, "Ketika kejadian saya baru balik membeli barang keperluan perniagaan. Saya lihat api menyemarak begitu besar yang melibatkan keseluruhan kedai disini yang beroperasi sehingga 12pagi. Saya tidak pasti punca kebakaran.

Segala kerugian yang saya alami sebanyak RM30,000. Saya harap ADUN Gombak Setia Y.B Datuk Hasan dan Ahli Parlimen Gombak Saudara Y.B Azmin Ali dapat membantu kami yang rata-rata disini adalah golongan yang susah.

Siti Mariani Ismail , 50thn berkata "saya sudah meniaga disini selama 20thn dan selama berniaga disini tidak pernah berlakunya kejadian kebakaran seperti ini. Memang benar-benar terkejut. Semasa kejadian saya baru balik daripada solat isya di rumah dan selepas solat ingin ke gerai namun hati saya tersentap apabila melihat api menyemarak".

"Tukang masak saya yang sedang masak di gerai menyatakan beliau nampak lintasan api daripada pencawang elektrik disini terus masuk ke dapur dan terkena kuali. Tukang masak saya tidak mengalami kecederaan yang serius dan sedang dalam rawatan ringan".

"Saya amat berharap semoga dapat meneruskan perniagaan ini walaupun berlakunya kebakaran yang tidak disangka-sangkakan".

"Inilah salah satu mata pencarian saya untuk menanggung 3 anak yang bersekolah berjauhan daripada keluarga. Seorang anak saya bersekolah di Pondok Tahfiz berusia 21thn, 2 orang lagi bersekolah di Sekolah Asrama dan Sekolah Menengah. Mereka tidak tahu kejadian ini kerana tidak mahu tumpuan pelajaran mereka terjejas".

"Sekiranya saya tidak dapat meneruskan perniagaan lagi sukar untuk saya membiayai yuran anak-anak. Dengan perniagaan inilah dapat membiayai yuran pelajaran anak-anak saya."

"Suami pula semakin tua dan tidak mampu untuk berkerja kuat lagi. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ADUN Gombak Setia dan Ahli Parlimen Gombak yang sudi turun padang melawat gerai kami dengan memberi nafas baru untuk membantu semua peniaga disini. Keperihatinan pimpinan Kerajaan PR bersama agensi yang terlibat amat kami hargai".

"Kerugian yang saya tanggung sekarang sebanyak RM16,300 katanya ketika ditemubual di tempat kejadian pagi ini. Turut hadir bersama YDP MPS, Bomba, Polis, Ahli-Ahli MPS Zon Gombak Pn Khatifah Zamani Sulong, Pn Maznah Abd Aziz, Tn Husnal, Nazir -Nazir Masjid DUN Gombak Setia dan semua ketua-ketua kg".




Editor :khaulah Azwar



Wednesday, March 2, 2011

Mengapa Elaun Guru KAFA tidak diterima lagi?





Bandar Baru Selayang - Sudah masuk bulan ke 3, Penantian bagaikan satu penyeksaan bagi semua guru-guru SRA, SRIA KAFA bagi menanti Kenaikkan imbuhan Guru yang telah dijanjikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak dalam budget pasca yang telah diumumkan pada 15/10/ 2010, 3ptg.

PM, Datuk Sri Najib yang telah memberi harapan kepada rakyat terutamanya golongan pendidik dengan berjanji untuk menaikkan imbuhan Guru KAFA dari RM500 kpd RM800 sebulan budget 2011 yang akan berkuatkuasa pada 5 Jan, 2011 ibaratkan semuanya satu omong-omong kosong.

Suraman B. Makazan daripada Pengetua SRA Nurul Iman berkata, “sukar untuk kita cakap hal ini kerana sebelum Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) memerintah kita pernah memohon kepada kerajaan Pusat (UMNO-BN) agar kebajikan guru dijaga lebih-lebih lagi guru – guru KAFA, Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Rendah Integrasi Agama (SRIA). Rata-rata elaun guru SRA, SRIA, KAFA adalah rendah. Namun kebajikan guru tidak mendapat perhatian sehinggakan kami rasa patah hati untuk menyuarakan hasrat ini lagi kepada Kerajaan Pusat (UMNO-BN)”.

“Namunpun begitu pada PRU ke 12 yang lalu apabila bertukarnya kerajaan dimana PR telah memerintah maka kita buat permohonan sekali lagi. Kami daripada Persatuan Guru Besar Negeri Selangor membuat surat dan menghantar memorandum kepada Y.B Dato’D r Hasan Mohamed Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor agar permohonan kami mendapat perhatian oleh Kerajaan Negeri Selangor dibawah Pakatan Rakyat (PR).

Alhamdulilah, akhirnya guru-guru SRA, SRIA, KAFA telah mendapat kenaikan elaun guru dengan Kenaikan kepada RM1000. Ini memberi nafas baru kepada semua guru. Kenaikan gaji guru perlu diambil berat kerana guru-guru ini banyak mengorbankan masa mereka untuk mendidik para pelajar yang begitu mencabar pada masa ini.

Katanya lagi “Kita tidak tahu mengapa kemasukan elaun guru masih tidak masuk lagi. Sudah masuk bulan ke 3. Terdapat Penangguhan elaun guru yang dijanjikan oleh PM. Pengumuman budget yang diumumkan mereka menyatakan guru-guru akan menerima alaun tersebut berkuatkuasa bulan Jan, 2011. Ini bermakna bulan Januari atau Februari guru-guru sepatut sudah terima imbuhan tersebut namun sehingga kini masih tidak diterima lagi. PM masih tidak menunaikan janji tersebut kepada rakyat. Ramai guru-guru menjadi hampa setiap kali mereka membuat penyemakan melihat akaun mereka masih tidak menerima sebarang imbuhan. Guru-guru sering tertanya-tanya bilakah elaun tersebut akan dapat. Soalan yang sering timbul ini membuatkan kita sebagai pengetua begitu sukar untuk menjawabnya kerana ini adalah janji PM bukan janji pihak sekolah ataupun janji pengetua. Jadi kita harap pihak kerajaan Pusat dapat menunaikan janji tersebut tanpa sebarang penangguhan mahupun berbagai alasan kerana mereka telah umumkan kepada rakyat", katanya.

Ujarnya lagi, dengan pengumuman Menteri Besar (MB) Selangor untuk menaikkan elaun guru RM300 dalam masa terdekat ini setidak-tidaknya dapat mengurangkan kos sara diri yang semakin meningkat. “Alhamdulilah dalam tempoh 3 thn PR memerintah mereka telah menaikkan elaun guru 2 kali. Insya-ALLAH saya yakin Kerajaan PR akan tunaikan janji mereka dalam masa terdekat ini”.

Sementara itu pula, Pegawai Jabatan Perakaunan daripada JAKIM yang dihubungi baru-baru ini berkata, "imbuhan Guru KAFA dari RM500 kpd RM800 yang dijanjikan oleh Kerajaan Pusat (UMNO-BN) yang telah diumumkan oleh PM masih belum ada peruntukkan budget lagi manakala Kenaikan RM300 yang diumumkan oleh Kerajaan Selangor PR insya-allah akan kita tunggu keputusan mesyuarat MNKN dalam masa terdekat dan guru-guru akan mendapat elaun tersebut".

Setiausaha Politik MB Selangor Faekah Husin berkata “Sebenarnya Kerajaan Persekutuan UMNO-BN kena buat atau berikan janji kepada APCO. Dimana kita fahamkan mereka kena buat perjanjian dengan APCO setiap minggu. Samaada janji tersebut dapat dilaksanakan atau tidak lain cerita. Yang penting Janji kepada rakyat mesti ada. Mungkin ini salah satunya cara mereka ingin memikat hati rakyat walaupun sebenarnya kerajaan Pusat (UMNO-BN) tiada budget (peruntukkan)".

Ujarnya lagi “salah satunya memberi imbuhan kepada guru KAFA dengan tidak mempunyai peruntukkan. Guru-guru menantikan bulan jatuh keriba. Semoga rakyat boleh menilai pengurusan UMNO-BN yang membuatkan rakyat terpedaya. Harapan kita semoga rakyat boleh berfikir kerajaan manakah yang lebih tulus”.

"Itulah sebabnya apabila Program 100 Hari Pakatan Rakyat (PR) golongan pendidik diutamakan dengan bertemakan Malaysia perlu diubah sekarang mebuatkan UMNO-BN benar-benar kepanasan sehinggakan PM, Najib mengatakan jika PR melaksanakan Program 100 Hari Pakatan Rakyat dalam buku jingga ini negara akan bankrap berikutan janji PR nak naik elaun guru RM500".


"Sebenarnya Kebajikan pendidik tidak masuk dalam budget (peruntukkan) Kerajaan Pusat UMNO- BN. Ini tidak berlaku kepada Kerajaan PR yang mengamalkan Negeri Berkebajikan. Kerajaan PR menjaga kebajikan rakyat. Ini jelas terbukti sepanjang 3thn PR memerintah golongan pendidik terutamanya SRIA, SRA, KAFA telah menerima kenaikan elauan RM1000 dan bakal menyusul dalam masa terdekat ini RM300 insya-ALLAH guru-guru akan menerimanya".

Kita tunggu keputusan ahli mensyuarat MNKN. Kita sudah teliti dan setakat ini kerajaan negeri tidak mengalami sebarang banckrappun. Fakta PM menyatakan Negara akan mengalami muflis menunjukkan beliau dan Kerajaan UMNO-BN takut dengan perjanjian tersebut. Faekah berkata lagi, “Perjalanannya dan masa depan rakyat di bawah pentadbiran persekutuan sedia ada adalah kabur. Jika perubahan tidak dilakukan sekarang, segala kerosakan bangsa dan negara akan berterusan. Malaysia akan bertukar dari status malap kepada gelap".

Ketua Muslimat Dewan PAS Negeri Selangor, Hjh W. Hasrinah W. Hasan berpendapat UMNO-BN rasa tercabar dengan pengurusan Kerajaan PR. Lebih-lebih lagi elaun guru KAFA akan dinaikkan RM300. Oleh yang demikian mereka sanggup membuat persaingan dengan PR mengenai tawaran-tawaran yang dibuat oleh PR melalui buku jingga.

Itu sebabnya UMNO-BN umumkan berbagai imbuhan kepada rakyat walaupun budget (peruntukkan ) sebenarnya tidak ada. Begitulah juga ura-ura Guru-guru KAFA dikenakan berbagai syarat untuk dapatkan elaun RM500 kepada RM800 sedangkan semasa pembentangan budget dibuat tidak pula dinyatakan syarat-syarat tersebut. Ini menunjukkan dengan meletakkan syarat-syarat tersebut maka dapatlah mengurangkan kos tersebut memandangkan budget tiada, katanya.


Editor :khaulah Azwar


Monday, February 28, 2011

 Masjid: Apa Najib kata jika hidup sezaman Rasulullah?

KUALA LUMPUR, 28 Feb: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat simpati dengan kejahilan pemikiran perdana menteri yang hanya menilai perjuangan Islam dengan jumlah masjid yang dibina.

Perasaan itu diluahkan beliau melalui laman facebook merujuk kepada laporan Utusan Malaysia bertajuk 'Hanya bina dua masjid dalam masa 20 tahun' yang memetik kenyataan Datuk Seri Najib sewaktu berucap di Sekolah Kebangsaan Batu Sawar, Kuala Krau semalam.

Najib didakwa mempersoal adakah PAS memperjuangkan agama kerana hanya membina dua masjid sepanjang 20 tahun memerintah Kelantan.

Dalam responsnya itu, Tuan Guru yang juga Mursyidul Am PAS membayangkan adakah Najib akan mengeluarkan kenyataan sama jika hidup di zaman Rasulullah s.a.w. di Madinah dahulu.

Ini kerana, pada zaman tersebut, baginda hanya membina sebuah masjid sepanjang 10 tahun memerintah Madinah.

"Saya membaca kenyataan Perdana Menteri Malaysia di dalam akhbar Utusan Malaysia pada hari ini.

"Terdetik di hati saya, jika beliau (Najib) berada di zaman Rasulullah s.a.w., adakah kenyataan ini juga akan dikeluarkan bila melihat Rasulullah s.a.w. hanya membina sebuah sahaja masjid sepanjang 10 tahun mentabdir Madinah?"soalnya.

Tambahnya, penilaian sebegitu juga telah mencerminkan pemikiran Najib yang diracuni fahaman sekular mirip pemikiran bekas Perdana Menteri Turki, Mustafa Kamal Antartuk.

"Wallahu'alam. Pemikiran ala Kamal Atarturk sukar dijangka...," tambahnya.

Dalam laporan akhbar pro Umno itu juga, Najib berkata rakyat tidak seharusnya melihat hanya PAS memperjuangkan agama disebabkan oleh slogan parti tersebut yang berbaur Islam seperti 'Membangun Bersama Islam' dan 'Negeri Serambi Mekah'.

Tambahnya lagi, umat Islam juga tidak boleh mengukur keislaman hanya menerusi penampilan seperti berjanggut, berserban dan berjubah.

Sunday, February 27, 2011

SRA menyahut seruan Kerajaan Negeri Selamatkan Remaja Selangor




Sg Tua Batu Caves- Kempen Selamatkan Remaja telah diadakan baru-baru ini di Sekolah Agama Rakyat (SRA) Sg Tua.

Pn Syariffah Mat Yatim, Pengetua Sekolah berkenaan berkata “Program Sambutan Maulidur Rasul setiap tahun kita adakan bersama semua para pelajar dan guru-guru dengan tujuan agar mereka sentiasa mengingati peristiwa kelahiran Nabi saw. Disamping itu kita mengingatkan mereka tentang liku-liku kehidupan Nabi saw bersama keluarga dan para sahabatnya yang telah banyak menghadapi berbagai ujian dan tribulasi untuk menyebarkan dakwahnya kepada umat Islam”.

Adalah satu tanggungjawab kita sebagai pendidik untuk menjalankan tanggungjawab ini kepada semua pelajar agar mereka mengingati sirah Nabi saw. Kalau mereka boleh mengingati Hari Kelahiran seseorang yang mereka sayang bahkan tarikh keramat 14 hb Februari tidak pernah dilupakan. Mereka mengagung-agungkan kelahiran tersebut dengan mengadakan berbagai aktiviti yang kurang sihat. Setiap tahun mereka meraikan tarikh tersebut yang sudah pasti boleh merosakkan akidah mereka sendiri dengan menyambut Hari Kekasih. Meskipin telah diadakan berbagai kempen Anti ”Valentime Day” daripada badan-badan NGO, Masjid, Surau dan semua yang bertanggungjawab demi menjaga akhlak dan akidah umat islam namun mereka seperti tidak mengindahkannya. Mereka meneruskan aktiviti mereka untuk mendapatkan keseronokan yang sementara waktu. Walaubagaimanapun saya ucapkan Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dan berjaya menjalankan kempen tersebut sehinggakan ada diantara remaja-remaja tersebut telah ditangkap untuk disiasat demi memberi kesedaran kepada mereka.

Justeru itulah tanggungjawab kita sebagai pendidik amatlah besar. Bukan mudah menjadi seorang pendidik. Salah satu untuk mengingati pelajar-pelajar ini kita adakan program Maulidur Rasul yang merupakan ikon kepada semua umat islam. Disinilah peranan kita semua agar dapat menyemai dalam minda dan hati mereka setiap tahun untuk mengadakan Hari Kebesaran Junjungan Nabi Muhammad saw agar mereka sentiasa menyintai ALLAH dan Rasullah saw.

Kita juga sambut baik Kempen-kempen yang dianjurkan oleh pihak Kerajaan Negeri yang tidak jemu-jemu mengadakan berbagai kempen untuk selamatkan Remaja Selangor. Terdahulu Kerajaan Negeri telah mengadakan program seperti Generasi Idaman Selangor (GeMS) Spies, Anti Zina dan sebagainya di seluruh kawasan Negeri Selangor demi menyelamatkan remaja-remaja diluar sana. Ini merupakan satu usaha yang sangat murni kerana setiap tahun kita didedahkan isu-isu remaja yang bermasaalah bahkan peratusan remaja lari rumah, melahirkan anak luar nikah, mencuri, pecah rumah, terlibat dengan menagih dadah semakin meningkat dan amat mencemaskan semua pihak.

Dengan itulah pihak sekolah SRA Sg Tua juga ingin membantu usaha ini dan amat berbesar hati untuk bersama dengan duta rasmi Rabbani yang sudi mengadakan Kempen Selamatkan Remaja disekolah ini untuk bersama pelajar-pelajar kami. Mereka berhibur sambil menyebarkan dakwah kepada pelajar-pelajar. Ini merupakan dakwah bilhal (dakwah secara halus) agar golongan ini dapat menerima setiap teguran dengan baik, katanya .

Syariffah berkata lagi, Kempen ini diadakan di seluruh SRA di Negeri Selangor untuk memberi kesedaran kepada remaja-remaja kita semua. Program yang diaturkan adalah rapi seperti Smart Solat, Pembentukkan Sahsiah diri, Jatidiri, Akhlak, Pemupukan nilai-nilai murni dalam jiwa remaja dan sebagainya.

Saya juga difahamkan Kempen tersebut telah berjaya mengumpul remaja seramai 12, 500 pelajar pada fasa pertama. Semoga usaha yang murni ini mendapat keberkatan ALLAH swt bagi membantu dan membimbing generasi muda yang perjalanan kehidupan mereka masih sangat jauh. Tanggungjawab kita sebagai pendidik untuk berhadapan dengan pelajar-pelajar pada masa ini sangatlah mencabar sangat berbeza pada zaman dahulu.

Pelajar-pelajar pada masa ini mudah terikut rentak kehidupan luar dan didedahkan dengan berbagai media semasa. Kalau tidak diperhati, dibimbing dengan betul maka begitu sukar untuk kita melahirkan generasi yang berwawasan dan berjaya dunia akhirat, katanya.



Editor :khaulah azwar

Saturday, February 26, 2011

Bersedia Berkhidmat Untuk Rakyat


Melaka: Calon PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau, Yuhaizad Abdullah , 38 , bersedia untuk berkhidmat kepada masyarakat tanpa mengira kaum.

Yuhaizad berkata, " pengundi di Merlimau adalah jelas iaitu rakyat sentiasa di hatinya dan PAS".

"Saya akan berkhidmat untuk rakyat. Samaada Menang atau kalah itu semua urusan ALLAH swt, yang penting kita usaha. Saya akan jumpa semua pengundi dan banyak isu yang akan dikemukakan".

"Tiada janji khusus kerana saya bukan kerajaan tetapi saya akan membawa suara hati rakyat dan bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat. Saya yakin untuk menang jika tempoh berkempen tidak berlaku sebarang provokasi murahan.

Dan kita harap hari pengundian nanti berlaku dengan adil dan tulus," katanya pada sidang media selepas selesai proses penamaan calon di Perkarangan Dewan Platinium Ploiteknik Merlimau, dekat sini pagi semalam.

Menurut Yuhaizad, beliau akan mengikut strategi kempen yang telah disusun oleh parti bagi memastikan kempen berjalan lancar dan mesej yang ingin disampaikan diterima pengundi.

"Saya akan mengikut strategi yang diatur oleh parti, saya akan turun berjumpa dengan seluruh pengundi di DUN Merlimau.

"Kita tengok nanti bagaimana suasana kempen dan apa yang perlu diubah. Saya sudah bersedia dari segi mental dan fizikal," kata beliau yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa pada sidang media yang sama berharap tempoh kempen kali ini bebas daripada provokasi mana-mana pihak.

"Kita mengharapkan tempoh seminggu berkempen daripada sekarang ini akan berlaku aman dan tenang bagi membolehkan rakyat berfikir sewajarnya siapakah yang layak menerajui Kawasan DUN ini tanpa sebarang provokasi daripada mana-mana pihak untuk memilih calon kita Yuhaizad Abdullah yang bertanding tiket PAS untuk mewakili Pakatan Rakyat (PR) kali ini," katanya.

Terdahulu, sewaktu tempoh bantahan dibuka yang bermula jam 10 pagi , PAS telah mengemukakan bantahan berhubung perletakan jawatan calon BN, Roslan Ahmad daripada sebuah syarikat kerajaan.

Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali berkata, jawatan Roslan dinyatakan sebagai 'tiada' sedangkan tiada surat perletakan jawatan diterima.

Bagaimanapun, bantahan itu ditolak dan Roslan Ahmad turut diumumkan sebagai calon BN.Turut Bersama MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Y.B Wan Azizah Ahli Parlimen Permatang Pauh, Utz Nasharudin Mat Isa Timbalan Presiden PAS dan semua saf pimpinan PR Kerajaan Negeri.



Editor :khaulah azwar

Tuesday, February 22, 2011

Media Alternatif PR sering mendapat tentangan, Mengapa Selangor Terkini tidak diambil tindakan KDN??

Bandar baru Selayang - Edaran surat khabar Selangor Terkini milik UMNO/BN yang telah tersebar luas dibeberapa kawasan Negeri Selangor amat dikesali oleh rakyat yang telah menerima dan membaca akhbar tersebut.

Dengan penerbitan Akhbar Selangor Terkini menunjukkan UMNO-BN seperti tidak cukup untuk monopolikan semua media yang berpihak kepada mereka untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR).

Selain Surat Khabar lidah UMNO/BN Utusan Malaysia dan Saluran Media Televesyen yang banyak berpihak kepada mereka, kini UMNO/BN mengeluarkan pula Surat Khabar Selangor Terkini. Kalau boleh semua media mereka ingin gunakan untuk melakukan perang saraf kepada Kerajaan PR dengan niat memburuk-burukkan pentadbiran kerajaan tersebut kepada rakyat.

Di televesyen pula semua menceritakan kebaikan UMNO/BN yang kononnya pentabiran mereka lebih baik sehinggakan rakyat naik mual untuk mendengar berita-berita yang didengar dalam kaca televesyen dan didada-dada akhbar.

Penerbitan Akhbar Selangor Terkini yang mirip kepada Selangor Kini merupakan agenda buruk UMNO/BN untuk memburuk-burukkan imej Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR). Tindakan mereka sangat diselar dan boleh diambil tindakan tatatertib perundangan malaysia.

Yusni Baharudiddin, berusia 28thn yang ditemui di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Tmn Templer baru-baru ini dengan menghantar Borang Kemasukan Ahli PAS berkata, " Tindakan yang dibuat oleh UMNO/BN ini merupakan satu tindakan yang sangat terdesak.

Mereka menunjukkan imej yang tidak wajar kepada rakyat. Pengisian dalam akhbar ini penuh dengan fitnah dan cerita yang tidak ada kesahihannya. Kita harap rakyat boleh menilai dengan sendirinya.

Katanya, Kita rasa kesal dengan pemerintahan Kerajaan UMNO/BN yang telah menunjukkan budaya cetak rompak kepada rakyat. Meskipun Perdana Menteri Malaysia (PM) Datuk Sri Najib sering menyatakan bahan cetak rompak yang dibuat oleh mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan undang-undang namun mengapa kes ini terjadi dalam parti UMNO/BN tidak pula diambil tindakan undang-undang oleh pihak berwajib.

Disini kita boleh menilai bahawa mereka berkata tidak serupa bikin. Sepatutnya perkara ini tidak seharusnya berlaku. Generasi muda pada masa ini boleh menilai pentadbiran pemerintajan kerajaan pada masa ini.

Kita membaca semua akhbar, internet dan media-media lain bukan hanya satu akhbar saja. Dengan berbagai sumber yang kita dapat sedikit sebanyak kita boleh menilai pentadbiran manakah yang lebih tulus.

Dengan berbagai isu yang timbul seperti dengan kenaikan harga barang, minyak dan lain-lain sehingga rakyat dibebankan dengan masaalah ini. PM seharusnya memikirkan masalaah rakyat yang bependapatan rendah RM1500 kebawah, fakir miskin dan tidak berupaya. Dengan Pendapatan rakyat yang RM1500 boleh dikategorikan sebagai miskin bandar.

Jesteru itu, saya ingin sekali memberi cadangan kepada pihak Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dan Penerbit Selangor kini agar membuat desakan, saman kepada penerbitan Selangor Terkini yang dikeluarkan oleh UMNO/BN.

Penerbitan ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana ini memberi peluang kepada mereka untuk meneruskan kerja kotor mereka. Budaya menipu sudah menjadi satu kebiasaan mereka sehingga rakyat di tipu hidup-hidup.

Surat Khabar Selangor Terkini UMNO - BN ini boleh dikategorikan sebagai haram kerana tidak mempunyai No Siri penerbitan atau berdaftar. Bahkan mereka menggunakan Logo Kerajaan Negeri Selangor tanpa pengetahuan Kerajaan Negeri.

Walaubagaimanapun saya yakin rakyat kini bijak menilai. Mereka akan lihat pengisian yang terkandung dalam surat khabar Selangor Terkini UMNO-BN & Selangor Kini (PR).

Pengisian Selangor Terkini 100% menceritakan keburukan pentadbiran kerajaan PR. Manakala Selangor Kini milik Kerajaan PR pula menceritakan Pentadbiran Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa dengan membantu rakyat.

Selain daripada itu Selangor kini membongkarkan segala masaalah - masaalah yang dihadapi oleh rakyat sekian lama semasa pemerintahan UMNO-BN 50thn memerintah tidak dapat diatasi dengan baik, tetapi dalam 3thn pemerintahan Kerajaan PR, segala masaalah rakyat dapat diatasi meskipun mendapat beberpa kengkangan-kenkangan daripada pihak yang tidak memberi kerjasama dengan PR khusus, katanya.

Sebagai generasi muda disini saya dapat membuat kesimpulan bahawa nampaknya apa yang dilakukan oleh Kerajaan PR telah mendapat perhatian oleh parti UMNO/BN . Mereka meniru semua kerja yang dilakukan oleh PR. Tak salah kalau rakyat melabelkan parti UMNO/BN sebagai Parti Penyamun Tarbus. Menyamun harta rakyat dengan berbagai cara.

Kita harap pihak Kementerian Dalam Negara (KDN) dapat mengambil tindakan segera dan tindakan undang-undang dengan tulus. Melakukan keadilan kepada semua rakyat. Jangan pilih bulu.

Kalau semua media alternatif PR boleh dibuat sekatan seperti Suara Keadilan, Harakah yang dahulu di gam dan beberapa media PR mengapa Media Selangor Terkini yang diciptakan oleh UMNO/BN tidak dibuat sekatan.

Jika mereka tidak mengambil tindakan sewajarnya maka kita boleh katakan KDN juga bersubahat dengan kerja kotor UMNO/BN, ujarnya.

Sementara itu, Tn Hj Baharuddin Syeikh Mohamad berusia 64thn berkata, "Saya merupakan ahli bekas UMNO-BN. Selepas saya pencen dan pada tahun 1999 saya keluar UMNO-BN apabila saya melihat kemelut yang berlaku dalam pentadbiran UMNO/BN.

Peristiwa dimana Dato' Sri Anwar Ibrahim (DSAI) telah dijatuhkan oleh UMNO/BN. Berbagai fitnah dilakukan terhadap DSAI. Budaya chaketing ada dalam UMNO-BN. Katanya lagi, semasa saya mengikuti Mesyuarat Agong UMNO-BN, mereka semua telah menerima buku 50 dalil mengapa Anwar tidak boleh menjadi PM. Buku tersebut telah dimasukkan dalam semua beg peserta perwakilan mesyuarat Agong. Apabila saya membaca buku tersebut saya melihat banyak perkara yang terkandung dalam buku tersebut tidak ada sahihnya.

Oleh itu, saya sarankan agar Kerajaan Negeri Selangor PR berhati-hati dengan Edaran risalah yang dikeluarkan. Untuk mengawalnya memang sukar kerana UMNO-BN mempunyai berbagai tektik kotor untuk memastikan misi mereka tercapai untuk merampas Selangor kembali.

Kepala Surat Khbar Selagnor Kini (Header) boleh juga dibuat oleh UMNO-BN walaupun pengisisannya lain. Cuma kita bimbang rakyat akan terpedaya dengan berita-berita bohong yang dibuat oleh UMNO-BN yang tidak bermaruah.

Ujarnya lagi, saya ingin melihat kemenangan ISLAM. Dengan pentadbiran yang dibawa oleh Kerajaan PR pada masa ini cukup memberi kesedaran pada saya yang dahulu terleka berada didalam parti UMNO/BN. Tetapi saya bersyukur kepada allah swt kerana hidayah diberi juga untuk memilih parti yang lebih baik iaitu menerima parti PAS.

Alhamdulilah sebelum mata saya tertutup kemenangan PR telah kita rasakan pada 2008. Menjadi satu nostalgia pada semua rakyat yang menanti kememangan ini. Walaubagaimanapun kita perlu bekerja keras untuk memastikan kemenangan dalam PRU ke 13 nanti. Jangan terleka dan merasa sangat selesa dengan apa yang kita kecapi pada hari ini. Musuh kita (UMNO-BN) sentiasa memerhati gerak kerja kita.

Jika PR menang dengan dapat menawan Putrajaya saya orang pertama mengiringi Menteri Besar, semua Exco Kerajaan Negeri Selangor, saf-saf pimpinan PR yang lain, katanya dengan penuh semangat ketika ditemui di PKM DUN Tmn Templer baru-baru ini, katanya.

Faizatul Herda Azaman, Penolong Setiausaha Dewan Muslimat PAS Kawasan Selayang , berkata ," Akhbar alternatif sudah banyak kali berhadapan dengan masalah penarikan lesen daripada KDN seandainya ada liputan yang menyetuh sensitiviti UMNO. Sama ada Harakah, Siasah ataupun Suara Keadilan menggunakan saluran yang betul untuk menyalurkan maklumat kepada rakyat dengan mendapatkan lesen daripada KDN.

Yang dipertikaikan bukan masalah takut kepada fitnah atau tidak, PR sangat yakin rakyat semakin matang menilai setiap sen yang dikembalikan oleh Kerajaan Negeri Selangor kerpada rakyat. Malah, rakyat sudah bijak menyaring maklumat sebelum menelan setiap fitnah sebagaimana yang disebarkan di dalam 'akhbar haram' Selangor Terkini.

Jika benar Selangor Terkini melaporkan berita yang telus, mengapa ia tidak mendapatkan lesen daripada KDN? Dan ia diedarkan secara berleluasa. Kita merasakan ada tangan-tangan ghaib yang melindungi Selangor Terkini sehingga ia boleh beredar dan diberi keistimewaan terbit'tanpa lesen, katanya.


Editor : khaulah Azwar

Monday, February 21, 2011

Pasti Melahirkan Jurulatih yang Mantap




Gombak - Bengkel Jurulatih Utama Pasti Negeri Selangor telah diadakan petang semalam di Ibu Pejabat Pasti Malaysia bagi memantapkan gerakkerja ahlijawatankuasa yang dilantik sebelum diadakan program Kursus bersama guru-guru pasti Negeri Selangor.

Berkata Pn Khairiah Mohamed Pengarah Pembinaan Bahan dan Buku Teks "Tujuan utama kita adakan bengkel ini adalah bagi membantu Jurulatih di bawah unit Latihan Pasti Negeri Selangor (LPNS) dan Majlis Guru Pasti Selangor (MGPS) yakin untuk menjadi fasilitator. Disamping itu juga memberi tugasan kepada mereka agar segala perancangan gerak kerja berjalan dengan lancarnya".

"Kursus asas perguruan pasti (KAPP) ini akan diadakan bersiri sebanyak 4 kali setiap tahun . Akan datang adalah kursus KAPP Siri 1 & 4 yang bakal diadakan di Sg Congkak pada 25hb Februari sehingga 27hb februari, 2011, Kursus Persijilan pula di Puncak Lui H. Langat pada 4hb Mac sehingga 6hb Mac, 2011 dan Kursus 4 thn Siri 1 pada 11hb Mac, sehingga 13hb Mac, 2011".

"Kursus ini akan melibatkan guru -guru baru (KAPP1) dan guru-guru pasti yang belum tamat kursus ( KAPP) dan Kursus Sijil Perguruan Pasti (KSP), insya-allah".

"Tujuan kursus yang bakal diadakan ini bagi membantu semua guru-guru terutamanya guru-guru baru untuk memberi keyakinan dan kemahiran yang lebih kepada mereka dalam penyampaian pelajaran kepada para pelajar".

Ini adalah salah satu usaha daripada Pasti Pusat dibawah Dewan Pemuda PAS untuk membantu mereka sebagai pendidik untuk berhadapan dengan kanak-kanak yang berusia 4thn yang sudah pasti mempunyai berbagai ragam dan memerlukan perhatian.

Kita harap semoga dengan adanya perjumpaan dengan mengadakan Bengkel Jurulatih Utama mampu memberi keyakinan kepada guru-guru yang terlibat hari ini sebelum program tersebut diadakan.

Sementara itu, Norjaswati Ismail setiausaha MGP Negeri Selagor berkata, "Alhamdulilah dengan mengikut kursus yang diadakan hari ini telah memberi peluang dan memberi keyakinan kepada saya untuk menjalankan tugasan sebagai fasilitator sebelum berhadapan dengan guru-guru pasti diseluruh Negeri Selangor".

Selain daripada itu perbincangan bidang tugasan juga diadakan hari ini bagi memastikan setiap AJK yang dilantik tahu tangggungjawab mereka pada masa hari kursus tersebut".

Kita tidak mahu pada hari Kursus diadakan menjadi satu kekalutan kepada semua fasilitator mengenai tugasan dan tindakan yang perlu diambil, jika mereka menghadapi kesukaran dalam menjalankan tugasan pada hari program yang bakal diadakan nanti. Dengan adanya bengkel jurulatih hari ini, kami telah didedahkan dengan berbagai ilmu, katanya.

Insya-ALLAH saya yakin dengan penglibatan saya bersama guru-guru yang hadir hari ini mampu melakukan yang terbaik dengan bimbingan oleh Pn Khairiah pada program yang bakal diadakan tidak lama lagi.


Editor : khaulah azwar



SIMFONI KASIH TAUTAN HATI