Tuesday, February 1, 2011

PAS mendesak kerajaan Malaysia segera menyelamatkan pelajar dan warga Malaysia di Mesir

KUALA LUMPUR, 1 Feb: PAS mendesak kerajaan Malaysia segera menyelamatkan pelajar dan warga Malaysia di Mesir dengan membawa pulang kesemua mereka ke tanah air.

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, bantahan dan demonstrasi rakyat Mesir kini sudah tidak terkawal dan menyaksikan banyak pertumpahan darah telah berlaku.

Ianya sekaligus meletakkan keselamatan rakyat Malaysia dalam keadaan terancam.

"Saya minta supaya pihak Kementerian Luar Negeri menyediakan beberapa buah kapal terbang dan segera mengambil semua rakyat Malaysia yang dilaporkan berada dalam keadaan tidak selamat di Mesir.

"Tindakan evacuation ini telah dilakukan oleh banyak negara yang prihatin terhadap nasib rakyat di negara tersebut seperti Turki, Kanada, Greece dan Arab Saudi," katanya.

Beliau turut berpendapat tindakan kerajaan mahu menghantar pelajar-pelajar Malaysia yang berada di sana ke negara jiran seperti Jordan, Libya dan Arab Saudi adalah kurang tepat memandangkan protes kebangkitan rakyat telah menjalar ke beberapa buah lagi negara di Timur Tengah termasuk di Jordan sendiri.

Daripada laporan yang diterima, kawasan di Alexandria, ramai rakyat Malaysia berada dalam keadaan tertekan memandangkan perintah berkurung yang dikenakan dan kemudahan untuk mendapatkan makanan terlalu sukar.

Selain itu, kawasan Tir’ah pula berada dalam keadaan yang tidak selamat.

Kawasan Mansurah pula telah dilabelkan kod jingga sebagai tanda amaran akan berlakunya rusuhan secara besar-besaran.

Malah, beberapa faktor ketakutan lain antaranya sejumlah besar banduan telah berjaya meloloskan diri daripada penjara dan dikhuatiri akan berlaku beberapa kes jenayah.

Kesulitan mendapatkan akses komunikasi dan makanan juga adalah antara faktor yang sangat membimbangkan berlaku di negara tersebut.

"Atas dasar keselamatan dan keprihatian ribuan rakyat Malaysia di Mesir, saya mendesak kerajaan Malaysia segera melakukan proses evacuation dan membawa pulang mereka ke negara kita," gesa beliau.

Kerajaan Negeri akan menghantar peruntukkan kewangan bagi membantu pelajar selangor di mesir



Shah Alam -Situasi yang berlaku di Mesir kini membuatkan ibubapa penjaga di malaysia yang telah menhantarkan anak-anak mereka belajar dinegeri tersebut tidak merasa tenang apabila memikirkan keselamatan anak-anak mereka.

Rentetan daripada itu, Kerajaan Negeri Selangor begitu prihatin mengenai masalah pelajar-pelajar Negeri Selangor khasnya dan pelajar-pelajar Malaysia yang lain amnya yang sedang menuntut di Mesir.

Bersama-sama dengan Wisma Putra, Kerajaan Negeri sedang mengikuti perkembangan secara dekat bagi menentukan semua pelajar berada dalam keadaan selamat.

Y.B. Dr. Hjh Halimah Ali Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor bersama Y.B. Dr. Yunus bin Khairi telah mengadakan pertemuan dengan Wisma Putra pada pagi ini dan telah diberi penerangan mengenai kedudukan para pelajar di sana. Beberapa tindakan sedang diambil bagi membawa pulang pelajar-pelajar tersebut ke tanah air.

Kerajaan Negeri melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan menghantar peruntukan kewangan yang difikirkan mencukupi bagi menampung segala keperluan urusan harian para pelajar terutama dalam menghadapi saat-saat genting ini.

Pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bersama Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah menubuhkan Bilik Operasi yang yang beroperasi 24 jam untuk membolehkan ibubapa dan sanak saudara terutamanya mengetahui kedudukan mutakhir pelajar kita di Mesir.

Mereka yang ingin menghubungi Bilik Operasi ini bolehlah menghubungi talian seperti berikut bermula 8.30pagi esok 03-55143520/3534/3538/3539/3576. Pertubuhan sukarela Briged Amal Selangor bersama Yayasan Amal Selangor telah diarah untuk menyediakan tenaga pembantu bagi membantu Bilik Gerakan yang beroperasi 24 jam itu.

Kerajaan Negeri telah mengarahkan semua masjid di negeri Selangor untuk mengadakan solat hajat mendoakan keselamatan seluruh rakyat negeri Selangor dan Malaysia amnya.

Pimpinan Negeri Selangor sentiasa mendoakan para pelajar Selangor dan seluruh rakyat Mesir berada dalam keadaan selamat dan memohon agar Allah S.W.T. sentiasa merahmati mereka.

Editor :khaulah azwar


Monday, January 31, 2011

PAS Prihatin terhadap perkembangan kehidupan orang asli islam


Bukit Lagong Selayang- Kehidupan orang asli bagi yang telah memeluk Islam rata-ratanya tidak mendapat pemantauan yang rapi oleh pihak berkuasa dan pihak Perkim.

Tinjauan daripada media baru-baru ini telah membongkar kesulitan yang dihadapi Orang Asli di Bukit Lagong Selayang dan Orang Asli Batu 13 Gombak bagi mendapat maklumat terperinci mengenai pendidikan anak-anak orang asli, dan orang dewasa setelah mereka memeluk islam .

Mohamad B. Abdullah yang telah memeluk islam selama 7thn berkata "Alhamdulilah saya memeluk islam bukanlah kerana dipaksa atau mengikut sesiapa tetapi hidayah telah diberikan oleh ALLAH swt kepada saya".

Namunpun begitu, walaupun telah memeluk Islam saya masih merasakan jiwa terlalu kosong kerana tidak diisi dengan Ilmu-ilmu agama terutamanya ilmu fardhu ain yang begitu penting kepada kita sebagai individu muslim mempelajari dan mengamalkannya.

Jika Ilmu fardhu ain tidak lepas bagaimana kita ingin mendalami dan mengamal islam secara keseluruhannya. Ibarat kehidupan saya dan beberapa penduduk orang asli disini seperti Sebuah Gua yang gelap yang tidak dipancari cahaya, katanya.

Menurutnya lagi, bagi pelajaran anak-anak disini mereka telah mendapat didikan daripada sekolah kebangsaaan tempat mereka belajar namun bagi saya tidak cukup untuk itu. Mereka seharusnya diberikan kelas pengajian agama seperti orang lain dan mengikuti kelas pengajian Al-Quran. Namun ianya menjadi kekecewaan pada kami disini kerana tiada siapa yang peduli tentang kehidupan orang asli apabila mereka telah memeluk islam .

Sebagai Tok batin disini yang telah memeluk islam selama 7thn beliau juga bercita-cita dan mempunyai hasrat yang tinggi bagi memastikan 9 orang orang islam asli disini daripada 109 orang mendapat didikan agama yang cukup sempurna dengan mengadakan kelas pengajian agama samaada di surau atau dirumah. Mungkin kami tidak mampu untuk membiayai yuran yang tinggi kepada tenaga pengajar tetapi insya-allah kita akan usahakan walaupun pendapatan ibubapa disini sehari RM20 dengan hasil memburu dan mengutip hasil kayu untuk dijual. Jika ada pihak yang berprihatin kami sangat mengalu-alukan untuk menyebarkan dakwah disini.

Menurut Mohamad terdahulu ada juga tenaga pengajar seorang ustaz hadir disini namun ia tidak kekal kerana beliau menyatakan sebagai orang islam kita tidak boleh membela binatang seperti anjing. Seharusnya perkara ini tidak berlaku. Beliau yang mempunyai pendidikan sebagai pendakwah haruslah menjalankan tanggungjawab kepada kami disini. Menjinakkan hati kami kepada ajaran islam. Kami akui kerana tidak faham apa yang dibenarkan dalam islam dan apa yang tidak dibenarkan kerana tiada bimbingan daripada mana-mana pihak, katanya.

Dengan fenomena inilah menyebabkan ramai yang memeluk islam atas nama sahaja tetapi dari sudut amal ibadatnya saya yakin mereka tidak mengetahuinya 100 %. Apabila ditanya sebagai Tok Batin disini apakah beliau pernah suarakan masaalah ini kepada pihak JHEOA agar dapat mengusulkan kepada pihak yang bertanggungjawab. Katanya sudah beberapa kali telah disuara kepada JHEOA dan pihak kerajaan Pusat tetapi tidak diendahkannya jadi rasa kecewa untuk suarakan lagi. Jadi kami disini masih terumbang ambing lagi dan mengharap ada pihak yang sudi membantu kami sebagai seorang muslim. Kita tidak mahu dikatakan Islam atas nama sahaja tetapi apa yang kita perlukan adalah Islam yang mengamal ajaran dengan berpandukan Al-Quran dan Al-Sunnah.

Sementara itu YDP PAS Selayang, Mohamad Abd Rahman berkata, insya-allah beliau akan menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk membantu membimbing orang-orang asli disini. Saya telah meminta pihak Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Tmn Templer membuat kertas kerja yang dikenali sebagi PERINTIS diperingkat permulaan ini untuk diusulkan kepada JAIS agar mendapat kerjasama untuk membantu mereka.

Dalam masa yang sama, kita harap pihak JAIS dapat memberi peruntukkan untuk melantik seorang ustaz yang ditauliahkan untuk membantu mereka disini agar mereka tidak terumbang ambing lagi.

Menurutnya, menjadi satu tanggungjawab kita sebagai orang muslim mengambil berat tentang kehidupan muslimnya yang lain. Insyaalah saya akan cuba meminta keterangan yang rapi kepada pihak JAIS apakah garis panduan yang perlu kita ikuti bagi membantu golongan tersebut.

Bagi saya pemantauan ini wajib di lakukan kerana kita tidak mahu mereka kembali kepada agama mereka. Jika pemantauan ini berterusan dengan memberi dakwah yang betul kepada golongan tersebut insya-allah orang asli yang tidak mempunyai pegangan agama akan turut memeluk islam dengan iringan doa kita sendiri agar hidayah diberikan kepada mereka, ujarnya disini hari ini di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Tmn Templer .

Editor :khaulah azwar

Thursday, January 27, 2011

Jelaskan kepada rakyat Mengapa Bantuan Buku Sekolah 1 Malaysia boleh digunakan



Kg Mahkota - Pemberian Buku Sekolah Latihan percuma oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) kepada rakyat yang berpendapatan rendah RM1500 kebawah, fakir miskin dan OKU telah dijadikan bahan politik oleh Ketua Penerangan Pemuda UMNO-BN, Zainurin Jubri didalam kenyataan akhbar sinar baru-baru ini.

Kenyataan beliau telah disangkalkan oleh Yang dipertua PAS Kawasan Selayang merangkap Penyelaras DUN Tmn Templer, Tn Hj Mohamad Abd Rahman.

Menurutnya UMNO/BN sering mencari kesilapan pentadbiran kerajaan PR yang tulus untuk membantu rakyat selangor. Mereka sering membuat publisiti murahan agar rakyat terpedaya degan retorik mereka yang sudah kering isu.

Pemberian buku latihan percuma di setiap DUN 140, 000 unit buku untuk disalurkan kepada rakyat bukanlah untuk politik. Kalau kita perhatikan sebetulnya terpapar Lagu Negeri Selangor dan hanya meletakkan Terma Hak Rakyat Untuk Rakyat.

Mohamad menjelaskan lagi, disini apa yang kita lihat pihak kerajaan PR hanya meletakkan tawaran-tawaran yang diberikan kepada rakyat seperti Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Skim Mesra Usia (SMUE), Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC), Bekalan Air Pecuma bagi 20m, Hadiah Anak Masuk Universiti, Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang, Program Peningkatan Hasil Bahan Mineral & Galian, Skim Mikro Kredit.

Ini semua bertujuan agar rakyat peka dengan tawaran-tawaran yang diberikan oleh Kerajaan PR selama 3thn memerintah seperti yang termaktub dalam manifesto PRU ke 12 yang lalu. Janji PR telah ditunaikan kepada rakyat dan kita nak rakyat tahu.

Semua Hasil yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri ini dipulangkan kepada rakyat untuk kita kongsi bersama rakyat. Kita tidak mahu rakyat tertipu dengan pentadbiran UMNO-BN selama 50thn memerintah. Mereka rahsiakan semua hasil yang mereka dapat. Yang hanya tahu hanyalah kroni-kroni UMNO-BN sahaja dan akhirnya rakyat yang menderita, katanya.

Ujarnya lagi, sebulan sesi persekolahan telah bermula pihaknya dan ketua kg Mahkota, En Zainal Abidin telah menerima aduan daripada beberapa penduduk disini menyatakan bahawa pihak sekolah tidak membenarkan pelajar-pelajar menggunakan buku latihan yang diberikan oleh kerajaan Negeri. Ini sepatutnya tidak harusnya berlaku. Mengapa kita nak menghukum anak-anak yang tidak berdosa. Janganlah kita membabitkan pelajar-pelajar pula untuk berpolitik. Kalau pihak sekolah rasa jijik sangat nak tengok Logo Negeri Selangor apa salahnya minta pelajar balutkan buku tersebut.

Dengan tindakan yang dilakukan oleh pihak sekolah atas arahan Kerajaan Pusat UMNO/BN telah memberi bebanan kepada ibubapa/penjaga pelajar untuk membeli buku baru di pasaran yang tentu harganya mencecah RM 1.20 sebuah.

Bagaimana mereka ingin mencari pendapatan lebih sekiranya mereka mempunyai 5 orang anak yang sekolah untuk membeli buku baru lagi. Yuran Sekolah anak-anak dan pembelanjaan lain juga hendak diuruskan. Ekonomi negara pada masa ini tidak menggalakkan rakyat untuk berbelanja lebih. Rakyat ikat perut apabila harga barang keperluan asas dinaikkan mendadak. Semoga pihak kerajaan pembangangkang UMNO-BN janganlah melibatkan guru-guru sekolah untuk turut bermain politik kotor mereka, ujarnya dengan kesal.

Katanya lagi, "Berfikiran positiflah dalam setiap pemberian yang diberikan orang / kerajaan PR. Kita beri untuk membantu meringankan beban rakyat tiada maksud lainpun".

Disini saya juga ingin minta pihak tersebut kemukan peraturan undang-undang menyatakan salah penggunaan logo Negeri Selangor, Lagu Negeri Selangor dan tawaran-tawaran yang disenaraikan dalam kulit buku ini. Kalau ada tolong kemukan, jangan hanya cari salah pentadbiran kerajaan Negeri.

Kalau mereka cari salah pengurusan pentadbiran Kerajaan PR, disini kita juga ingin mengemukakan aduan rakyat iaitu pemberian buku teks yang diberikan oleh pihak sekolah dimana hampir semua buku teks, buku latihan dan buku nota, senarai pembelian buku tulis juga diletakkan logo 1 malaysia . Disini apakah maksud mereka pula?

Pihak Kerajaan PR tidak menyekatpun penggunaan logo 1 malaysia yang dibawa masuk oleh UMNO-BN di sekolah-sekolah walaupun Kerajaan PR yang memerintah sekarang . Kita juga ingin tanya dimanakah arahan dari peringkat persekutuan semasa semua buku rampaian latihan yang hendak dicetak mestilah menggunakan lambang 1 malaysia. Lambang lain tidak dibenarkan guna. Kalau ada sila kemukan bukti undang-undang tersebut. Inilah yang kita kesalkan.

UMNO-BN sentiasa mencari kesilapan, Kerajaan PR yang memerintah dengan memberi hukuman kepada rakyat yang tidak berdaya. Rakyat acapkali ditindas oleh Kerajaan Pusat UMNO/BN akibat kekalahan mereka dalam PRU ke 12 lalu.

Kita harap semoga pihak pengurusan sekolah terutamanya guru-guru yang berjiwa pendidik menggunakan kebijaksaan berfikir. Fikirkan masa depan anak-anak murid mereka yang miskin tetapi mereka cemerlang dalam pelajaran. Atas kemiskinan ini keluarga mereka tidak mampu untuk membeli buku dan peralatan sekolah yang lain. Katanya dengan kesal semasa pertemuan takimat Pemberian Bantuan Pendidikan di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Tmn Templer disini baru-baru ini.


Editor :khaulah azwar

Wednesday, January 26, 2011

Kerajaan Negeri Selangor (PR) peruntukkan 14 Juta untuk Bantuan Pendidikan


Bandar Baru Selayang- Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) telah memeperuntukkan sebanyak 14juta kepada semua sekolah-sekolah dibawah pentadbiran kerajaan Negeri Selangor bagi membantu pengurusan sekolah.

Peruntukkan yang disediakan bukan sahaja terbuka kepada sekolah yang berteraskan kepada pendidikan agama seperti Sekolah Agama Rakyat (SAR), KAFA tetapi terbuka kepada semua sekolah Kebangsaan Cina dan Tamil.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Tmn Templer, Tn Hj Mohamad Abd Rahman berkata, Kerajaan Negeri Selangor (PR) berhasrat untuk membantu untuk mempertingkatkan pengurusan pentadbiran sekolah dengan memulangkan hasil kerajaan negeri kepada rakyat.

Walaupun ada sesetengah pihak menyatakan hasil kerajaan negeri telah disalah gunakan. Ini semua adalah kenyataan yang tidak berasas sedangkan pemberian bantuan persekolahan baru-baru ini melalui pemberian buku latihan tulis 14,000 buah buku kepada semua DUN dinegeri selagor telahpun diagih-agihkan kepada rakyat yang tidak berkemampuan (OKU), fakir miskin dan berpendapatan rendah RM1500 kebawah. Dan Buku Teks latihan di semua sekolah SRA. Lontaran tersebut adalah untuk memburukkan pengurusan pentadbiran Kerajaan Negeri yang mengamalkan konsep Negeri Berkebajikan, agar rakyat merasa curiga dengan ketulusan yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri, katanya.

Katanya lagi, Y.B Dr Halimah telah meminta semua Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) di Seluruh Negeri Selangor harus membuat taklimat bantuan pendidikan ini kepada sekolah-sekolah, pengerusi surau dan masjid, ketua-ketua kampung dengan tujuan untuk menyebarkan maklumat agar mereka tidak ketinggalan mengenai informasi bantuan pendidikan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat.

"Alhamdulilah semua pihak pengurusan sekolah, ketua-ketua kampung, pengerusi surau telah hadir untuk mendengar taklimat bantuan pendidikan. Intipati perbincangan ini adalah dengan memberi pendedahan bantuan pendidikan cara membuat permohonan".

Mohamad berkata "bagi pihak yang ingin membuat permohonan bantuan pendidikan tersebut boleh membuat permohonan dan mendapat sokongan di PKM.

Ujarnya lagi peruntukkan sebanyak 14 juta yang diberikan oleh Kerajaan Negeri adalah untuk sekolah seperti Sek. Ren. Jenis Keb. (T) Tamil 4 Juta, Sek. Ren. Jenis Keb (C) 4 Juta, dan Sek. Agama Rakyat (SAR) 6 Juta.

Manakala bagi sekolah KAFA Kerajaan negeri menyediakan peruntukkan sebanyak 5 ribu untuk memperbaiki , menaiktaraf infrastruktur sekolah atau membeli barang-barang keperluan sekolah.

Terdahulu, semua sekolah KAFA telah pun menerimanya. Bantuan tersebut telah disampaikan oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor, Y.B Dr Halimah Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan .

Peruntukkan yang diberikan oleh Kerajaan negeri PR adalah mengikut permohonan yang telah dimohon oleh pihak sekolah tersebut. Kita harap dengan petuntukkan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada sekolah - sekolah tersebut digunakan secara tulus dan dimanfaatkan sebaiknya.

Semua pembelian, pengurusan menaiktaraf terebut hendaklah mempunyai rekod dan dipulangkan bersama laporan kerja kepada Y.b Dr Halimah untuk dikemaskini, ujarnya dalam Taklimat Bantuan pendidikan di PKM DUN Tmn Templer kelmarin.

Sementara itu, En Palani a/l Veerasamy daripada Sek. Jenis Keb. (T) Batu Caves berkata "saya berpuas hati dengan pendedahan taklimat yang disampaikan oleh pihak Penyelaras DUN Tmn Templer mengenai bantuan pendidikan kerana melalui pertemuan seperti ini kita dapat berbagai informasi pentadbiran Keajaan Negeri Selangor yang diterajui oleh PR".

"Dengan pendedahan tersebut juga sekaligus kita akan usulkan kepada pihak sekolah dengan harapan semoga bantuan yang diberikan akan memberi peluang menambahbaikkan sistem pendidikan pelajar-pelajar dan melengkapkan kemudahan asas yang lain bagi keselesaan pelajar sekolah".

"Disini kita juga lihat pemberian yang diberikan oleh Kerajaan PR tidak memilih parti dan perkauman. Sekiranya diberi mengikut perkauman mana mungkin bantuan ini diberikan kepada semua sekolah dinegeri selangor", katanya.

Editor : Khaulah Azwar




Bohong: PAS desak calon BN tarik diri


LABIS: PAS mendesak calon BN dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim supaya menarik diri kerana berbohong mengenai isu melelong tanah seorang lelaki sewaktu menjadi Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat.

Pengarah PRK Dun Tenang, Salahuddin Ayub menegaskan bahawa isu tersebut masih belum selesai walaupun Azahar menafikannya.

“Di sini kami sekali lagi ingin menegaskan kepada pihak media bahawa kenyataan calon Umno yang isu tersebut telah selesai menunjukkan sekali lagi calon Umno tidak bercakap benar kepada para pengundi dan partinya sendiri,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian pada sidang media di Pusat Media PAS PRK Tenang, di sini, sebentar tadi.

Pemimpin PAS yang turut hadir pada sidang media itu ialah Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, Bendahari, Dr Mohd Hatta Ramli, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan Anuar Tahir, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad di samping Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS menambah, isu tersebut bukannya serangan peribadi terhadap Azahar sebaliknya rakyat perlu menilai untuk memilih wakil rakyat yang berintegriti.

Katanya, integriti perlu menjadi perkara serius yang mesti dipertanggungjawabkan kepada mana-mana individu untuk menjadi calon dalam pilihan raya.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Sepertimana yang pihak media ketahui semalam kami telah membangkitkan tentang isu integriti dan kompetensi calon Umno untuk menjadi wakil rakyat bagi DUN Tenang dalam keadaan beliau tidak telus dan mempunyai rekod buruk menyalahguna kuasa beliau sebagai mantan Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat untuk melelong tanah Encik Mansor Bin Mohamad dengan secara tidak sah pada 1/12/2003 dengan harga RM 70,000.

(Gambar: Dokumen saman Mansor terhadap Pentadbir Tanah Daerah Segamat. Azhar adalah ADO yang bertanggungjawab terhadap kes kecuaian (negligent) ini. Mansor telah menang dalam kes ini)

Kami ingin menambah bahawa hartanah Encik Mansor Bin Mohamad yang dilelong secara tidak sah oleh calon Umno di atas kapasitinya sebagai Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat adalah berukuran lebih kurang 8 ekar maka kami percaya rakyat dapat menilai kemunasabahan hartanah seluas 8 ekar tersebut hanya dijual pada harga RM70,000 sahaja.

Dalam reaksinya kepada kenyataan akhbar kami semalam, calon Umno antara lain menyatakan isu yang kami bangkitkan tersebut sudah selesai (lihat Malaysiakini 25 Januari 2011)

Di sini kami sekali lagi ingin menegaskan kepada pihak media bahawa kenyataan calon Umno yang isu tersebut telah selesai menunjukkan sekali lagi calon Umno tidak bercakap benar kepada para pengundi dan partinya sendiri.

Bagi menyangkal kenyataan calon Umno bahawa isu yang kami bangkitkan semalam telah selesai kami terangkan maklumat-maklumat berikut dengan para pengundi di DUN Tenang seperti berikut.

Bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan disebabkan kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasa beliau mengendalikan isu pelelongan hartanah Encik Mansor bin Mohamad tersebut telah mengakibatkan Puan Norhana binti Mohd Ali iaitu pembeli yang membeli hartanah yang dilelong secara tidak sah menyaman (i) calon Umno, (ii) Pentadbir Tanah Daerah Segamat, (iii) Pejabat Tanah Daerah Segamat dan (iv) Kerajaan Johor sebagai Defendan-Defendan bagi menuntut gantirugi berjumlah lebih kurang 1.5 juta.

Bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan dalam tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas keempat-empat Defendan tersebut, calon Umno telah dijadikan sebagai Defendan Pertama dan kes tersebut telah pun didaftarkan di Mahkamah Tinggi Muar iaitu Guaman Sivil No: 23-14-2009.

Bagaimanakah calon Umno menyatakan kes tersebut telah selesai sedangkan Mahkamah Tinggi Muar telah pun menetapkan tarikh pendengaran kes tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas calon Umno dan 3 yang lain pada 7hb Februari 2011 ( 7/2/2011 ).

Bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan calon Umno sendiri diwakili oleh Penasihat Undang-Undang Negeri Johor dalam kes tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas calon Umno tersebut.

Fakta-fakta di atas menujukkan sekali lagi bahawa calon Umno tidak bersikap telus bukan sahaja kepada rakyat di DUN Tenang sebaliknya kepada partai Umno dan BN itu sendiri.

(Gambar: Dokumen saman yang difailkan Norhana binti Mohd Ali terhadap Azhar secara langsung)

Hakikatnya fakta-fakta di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja kes kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasa calon Umno sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat belum selesai, sebaliknya kes penyalahgunaan kuasa ini masih berterusan di Mahkamah.

Mengapakah calon Umno dalam keadaan berhadapan dengan fakta-fakta yang kami nyatakan di atas masih enggan bersikap telus dan terus terang kepada para pengundi di DUN Tenang dengan mengakui bahawa isu kecuaian dan kelalaian beliau dalam melelong hartanah rakyat yang lemah masih belum selesai di Mahkamah dan belum selesai?

Berdepan dengan fakta-fakta yang kami sajikan di atas kami percaya satu-satunya jalan keluar bagi calon Umno untuk membersihkan namanya, jika beliau masih ada saki baki integriti dan harga diri, adalah dengan menarik diri sebagai calon Umno dalam pilihan raya kecil Dun Tenang. Bagaimanakah calon yang terpalit dengan isu penyalahgunaan kuasa sebagai penjawat awam dan kini berdepan dengan isu tuntutan RM1.5 juta dari Puan Norhana binti Mohd Ali masih mempunyai kredibiliti untuk mewakili rakyat di DUN Tenang?

Bagaimanakah calon Umno masih kekal dalam penafian untuk terus menjadi calon Umno dan mewakili rakyat di DUN Tenang sedangkan kerana angkara dan tindakan beliau, beliau telah mendedahkan Kerajaan Negeri Johor kepada satu risiko yang tinggi iaitu terdapat kemungkinan besar Kerajaan Negeri Johor akan diperintahkan oleh Mahkamah untuk membayar gantirigi berjumlah RM1.5 juta. Jika itu yang berlaku bukankah wang rakyat Negeri Johor terpaksa digunakan sekali lagi untuk membayar gantirugi gantirugi RM1.5 juta tersebut?

YB Salahuddin Ayub,

Pengarah PRK N05 Tenang

merangkap Naib Presiden PAS.


Sunday, January 23, 2011

Najib tidak ziarah jenazah SU Umno Tenang - Utusan


LABIS, 24 Jan: Lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia mengaku bahawa Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak tidak menziarahi jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang yang meninggal dunia ketika lawatan beliau ke situ kerana tidak mengetahuinya.

Pengerusi Biro Khairat Kematian Masjid An-Nur, Hamzah Manaf, 77, dan beberapa pemimpin setempat berkata, tindakan Najib tidak melawat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Kolam Air Felda Tenang, Allahyarham Abdul Latif Subhi Mohd. Din, 61, bukannya suatu isu kerana Perdana Menteri memang langsung tidak mengetahui mengenai kematian Allahyarham kerana tidak dimaklumkan mengenainya, lapor Utusan hari ini.

Abdul Latif meninggal dunia selepas diserang sakit jantung dan darah tinggi yang melampau selepas menguruskan kedatangan PM ke Felda itu.

Namun, sehingga jenazah beliau selamat dikebumikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak sempat menjenguk jenazah beliau walaupun masjid yang menempatkan jenazah itu hanya 50 meter dari padang tempat acara untuk Perdana Menteri diadakan.

Rombongan beliau juga lalu di hadapan masjid yang menempatkan jenazah Allahyarham sejak jam 10 pagi ketika beliau menuju ke Felda Chempelak pada sebelah paginya.

Di samping tidak diziarahi, imam masjid juga terpaksa ke majlis PM menyebabkan tidak ada siapa yang mengurus dan mengimamkan solat jenazahnya.

Hasilnya, Ustaz Che' Zuha, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pahang mengimamkan jenazah pada jam 2 petang iaitu selepas solat Zohor kerana kedua-dua imam tidak kedapatan di masjid ketika itu.

Namun hari ini, Utusan berkata, mereka sengaja meminta keluarga simati untuk mengimamkannya.

Padahal, kedua-dua imam tiada di masjid hatta untuk mengimamkan solat fardhu Zuhur kerana imam diarahkan oleh Umno cawangan supaya menghadiri majlis sambutan kedatangan Najib.

Calon PAS, Cikgu Normala Sudirman (ketika belum sah sebagai calon lagi) bersama para petugas PAS dan anggota Unit Amal yang berada di situ segera menziarahi jenazah dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Mereka juga bersama ahli qaryah menguruskan jenazah dari awal sehingga ke proses gali kubur dan pengkebumian.

SIAPA FITNAH SIAPA

"Siapa fitnah siapa ni? Kita (Cikgu Mala, petugas PAS dan Unit Amal) hadir menziarahi dan menguruskan jenazah dengan ikhlas dan secara sukarela tanpa disuruh oleh sesiapa. Mereka memanipulasi berita dan menuduh kita yang bukan-bukan.

"Mari tanyalah saya kalau nak tahu. Siapa yang memfitnah siapa sebenarnya?" kata Md. Razi Jamaludin (gambar), 39 tahun, salah seorang anggota Unit Amal yang bertugas hari itu. Turut serta adalah rakan beliau, Wasilah Gothol, 48 tahun.

"Saya terlibat sepenuhnya menguruskan jenazah dari awal sehingga pengkebumian. Allahyarham sememangnya orang kuat Umno di sini. Saya difahamkan beliau telah bekerja keras malam sebelum pemergian beliau ke rahmatullah untuk urusan sambutan kedatangan Najib.

"Namun, apa yang berlaku ialah, kematian beliau tidak dihiraukan langsung oleh UMNO hatta Ketua UMNO sendiri. Yang meninggal itu S/U nya sendiri, bukan orang lain!"

"Tidak patut bagi seorang pemimpin tidak menghiraukan org bawahannya apatah lagi ini melibatkan kematian," katanya lagi.

Bagi beliau, kerja ziarah orang mati, bertahlil untuk ahli qariah, gotong royong, memang sudah menjadi kerja rutin orang PAS.

"Jika bukan pilihanraya kecil pun, memang itulah kerja kita. Mengapa sebelum ini Umno tidak timbulkan sebarang isu? Bahkan jika ada majlis-majlis seperti itu, orang Umno juga yang jemput kita sebelum daripada ini untuk tolong uruskan dan menggerakkan. Jadi dalam hal ini, siapa mempolitikkan siapa sebenarnya?" tanya beliau kesal.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI