Editor : Khaulah Azwar
Thursday, September 30, 2010
Lesen Perniagaan akan ditamatkan, adakah pampasan diberi berbaloi??
Editor : Khaulah Azwar
Rakyat Berpuas Hati Dengan Pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat (PR)
Monday, September 27, 2010
Konvokesyen Program Pengajian Awam Syariah / Usuluddin
Shah Alam-Konvokesyen Program Pengajian Awam Syariah / Usuluddin yang telah diperkenalkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) dalam menyediakan program-program pentarbiahan yang berstruktur di masjid-masjid untuk memudahkan masyarakat mendapatkannya.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato’ Dr. Hasan bin Haji Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam merangkap ADUN Gombak Setia dengan menyampaikan sijil tersebut kepada pelajar yang telah berjaya menjalani pengajian tersebut.
Berkata dato' Dr Hasan, "Ianya bermula sejak 2004 dengan Program Pengajian Awam Syariah dan Program Pengajian Awam Usuluddin sejak 2006. Progam yang melibatkan 31 buah masjid dan telah melahirkan seramai 200 graduan sejak ianya diperkenalkan kepada orang awam ni Negeri Selangor".
Tahun 2010, seramai 150 orang dari 13 buah masjid akan menerima anugerah sijil sebagai tanda pengiktirafan akademik, iaitu 70 untuk Sijil Pengajian Awam Syariah dan 80 orang untuk Sijil Pengajian Awam Usuluddin. Seramai 650 pula sedang mengikuti program ini di masjid-masjid yang berkenaan di seluruh Selangor.
Katanya lagi, "Saya rasa bangga di dalam menjana pentadbiran sebuah negeri yang maju, program ini berjaya dilaksanakan hasil kerjasama beberapa pihak yang rasa bertanggungjawab untuk memartabatkan pendidikan Islam yang berterusan khususnya kepada semua golongan di negeri ini".
"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan Pusat Pengajian Berterusan Universiti Malaya yang bekerjasama menghulur bantuan kepakaran dan tenaga. Terima kasih yang tidak terhingga juga buat semua pensyarah yang telah bersama menjayakan program ini".
Disini saya juga ingin mencadangkan supaya pengajian formal ini haruslah bertambah baik dari semasa ke semasa dan mendapat sambutan kepada semua lapisan maysarakat khususnya umat Islam dan bagi yang telah berjinak menganuti islam untuk mendalami pengajian Islam.
Insya-ALLAH, akan datang satu bengkel khusus akan diadakan membincangkan program persijilan untuk anak-anak kariah di Negeri Selangor, jelasnya dalam ucapan merasmikan program tersebut.Editor : Khaulah Azwar
Hargai sahabatmu.. Berkasih Syg KrnNya..
Semakin banyak teman yang kita punya, semakin besar peluang untuk kita memperoleh syafaat itu.Jemputan Hari Terbuka Aidilfitri PAS Pusat
Sunday, September 26, 2010
Penduduk kg Changkat Gembira menikmati jalan yang selesa
Walaupun kerap diberikan aduan semasa pemerintahan kerajaaan dahulu untuk diambil tindakan namun menjadi 1 kekecewaan kepada penduduk yang melalui lorong tersebut.
Ketua Kg Changkat Zainal Abdidin berkata, ia berlaku kerana jalan berkenaan sering dilalui oleh kenderaan awam yang berat dan jalan lorong ini juga dilalui pengguna jalan kaki dan motorsikal.Katanya lagi, sekiranya lorong jalan kawasan tersebut tidak dibaiki lebih awal, dibimbangkan akan menjadi makin lebih teruk.
Alhamdulilah setelah Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) memerintah kini, segala masaalah kerisauan yang ditanggung oleh penduduk sekitarnya telah terubat apabila aduan tersebut yang telah di hantarkan kepada Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) ADUN Gombak Setia mendapat perhatian yang wajar.
Dato' Dr Hasan berkata, alhamdulilah kerja-kerja menaiktaraf dari segi infrastruktur jalanraya, perparitan setelah turun padang dengan kerjasama agensi-agensi terlibat seperti Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Pejabat Tanah telah memudahkan segala urusan walaupun mengambil masa 2 bulan. Ini adalah disebabkan untuk membuat penilitian yang baik agar ia mendatangkan hasil yang cukup sempurna dan memberi kepuasan dan khidmat kepada masyarakat.http ://khaulah-azwar.blogspot.com/
Editor : Khaulah azwar
Editor :khaulah Azwar
Majmuk: Umno BN gagal tonjol keadilan Islam
KUALA LUMPUR, 27 Sept: Pemimpin Umno BN telah gagal memikul amanah rakyat majmuk untuk membina negara Malaysia yang hebat dan dalam masa yang sama menunjukkan contoh model keadilan Islam yang sebenar.
Ini juga, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengakibatkan orang Melayu yang mendapat majoriti besar dalam pilihan raya gagal memartabatkan Islam yang menjadi agama Persekutuan.
Sehubungan itu, PAS mengajak seluruh orang Melayu Islam yang bimbang dengan kedudukan mereka agar dapat berfikir dengan rasional dan fakta yang jelas, bahawa Umno BN akan sekali lagi berlaku curang terhadap mereka.
“Marilah bersama dengan gagasan baharu bahawa PAS perlu menggantikan Umno sebagai teras politik Melayu Islam dalam negara kita ini.
“Kepada seluruh rakyat dalam negara kita ini, tinggalkanlah BN dengan bersama membuat perubahan bersama PAS dalam Pakatan Rakyat ke arah Malaysia yang lebih adil dan sejahtera,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Justeru, katanya pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad yang disokong oleh beberapa pimpinan Umno lain bahawa orang-orang Melayu akan kehilangan kuasa dan 'suara' jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pemerintahan negara adalah merupakan suatu pandangan yang tidak berpijak di bumi nyata.
Menurutnya, igauan itu kerana takutkan kekalahan kerana dibejati kesalahan-kesalahan yang dilakukan semasa memimpin negara.
Semuanya itu, ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Marang telah sekali lagi diulang sebut pada saat Umno berada dalam keadaan yang paling parah dari segi politiknya.
Beliau menambah, sejarah sekali-kali tidak boleh menafikan bahawa Umno adalah parti warisan yang meneruskan agenda penjajah dengan melaksanakan ideologi yang boleh melemahkan umat Islam di samping mereka juga tidak boleh dijadikan contoh yang baik terhadap masyarakat majmuk dalam negara ini.

