Wednesday, September 22, 2010
Jemputan Majlis Tahlil Perdana Marhummah Dato' Sosilawati & 3 yang terlibat..
Penyokong@blogger tegar Umno akui, pembangunan di Kelantan semakin rancak di bawah pemerintahan PAS
Ikuti pengakuan blogger tegar Umno di bawah tentang hakikat pembangunan yang kian pesat dan rancak di kelantan di bawah pemerintahan kerajaan PAS Kelantan...
Maklumat lanjut tentang pembangunan yang telah, sedang dan akan wujud di Kelantan, boleh rujuk link2 di bawah...
1. Mundurkah Negeri Kelantan ???
2. Kejayaan-Kejayaan PAS di Kelantan @ TKO
3. Inikah yang dikatakan mundur????
4. Uniquely Kelantan: What’s Hot and What’s Not..?
Akhir kalam, sila ikuti pengakuan blogger Umno (bumiyang.blogspot.com) ini dibawah..jika penyokong Umno pun mengaku pembangunan kini rancak di kelantan, maka tiada maksud lain, sukarlah laluan Umno utk merampas kembali negeri Kelantan...fikir2kan, wallahua'lam...;)
p/s: Tentang isu kononnya 'projek mega' di Kelantan oleh I'Da World Group Sdn Bhd kita abaikan dahulu, jangan mudah terpedaya..
Selepas 20 Tahun Pemerintahan Pas - Tumpat, Kelantan Bakal Pesat Membangun???
Penulis berpeluang menghabiskan hampir lima hari di negeri Kelantan semasa cuti sempena perayaan Hari Raya Aidil Fitri yang lalu.
Pada pandangan penulis negeri Kelantan kita sedang menikmati pembangunan yang agak pesat. Pastinya tidak boleh dinafikan sebahagian besarnya telah disumbangkan oleh projek-projek kerajaan Persekutuan yang bernilai lebih RM 7 Billion dalam RMK ke 9.
Walau bagaimanapun, pada pandangan penulis, kerajaan negeri Kelantan juga telah semakin berjaya menunjukkan kematangan mereka di dalam usaha untuk membangunkan negeri Kelantan.
Banyak projek-projek pembangunan yang hampir siap umpamanya di Wakaf Chek Yeh, Pasir Pekan, Pengkalan Chepa, Gua Musang, kawasan berdekatan Tesco dan lain-lain lagi telah sedikit sebanyak "merubah" landskap bandar-bandar dan pekan-pekan di negeri Kelantan yang dahulunya serba daif, dan kekurangan tetapi kini dilihat sedang pesat menyaingi negeri-negeri lain di Malaysia.
Pembangunan projek-projek perumahan dan kawasan banglo oleh pemaju-pemaju kecil juga di lihat telah merancakkan lagi pembangunan oleh kerajaan negeri.
Penulis percaya jika projek yang bakal diusahakan oleh I'Da World Group Sdn Bhd dapat direlisasikan maka pembangunan negeri Kelantan akan lebih pesat dan rancak terutamanya di bandar Tumpat yang berdekatan dengan tapak cadangan Projek Super Mega Seri Tujuh (S7). Mungkin Ir Arif Fahmi sememangnya pandai buat kerja.... Ini hanya pandangan peribadi penulis dan ianya dibuat hanya sepintas lalu. Apapun pastinya ada pihak yang patut diberikan sedikit pujian.
Selama ini kita asyik membangunkan kawasan-kawasan yang didiami oleh majoriti orang-orang berketurunan Cina seperti di Pulau Pinang, Johor Baharu, Selangor dan lain-lain apa kata jika kerajaan Persekutuan kali ini lebih menumpukan kawasan majoriti Melayu dan Bumiputera kerana selain akan dapat menaikkan taraf hidup mereka dan rakyaat keseluruhannya, kita juga akan dapat mengoptimumkan penggunaan sumber asli dan kegunaan tanah yang masih belum dieksploitasikan sepenuhnya.
Jika rayuan Kerajaan Negeri Terengganu untuk memperolehi "Royalti Minyak" kelak dipenuhi oleh Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri Kelantan juga mungkin berpeluang untuk mendapatkannya, tetapi saranan penulis, gunakanlah pendekatan yang lebih bijak kerana tuntutan di mahkamah pastinya tidak akan ke mana...
Jika perlu apa kata Pas sengaja "kalah" di dalam PRU 13 dalam usaha untuk memperolehi "royalti minyak" sebagaimana yang bakal diterima oleh negeri Terengganu. Apa salahnya Pas berkorban untuk rakyaat Kelantan? Mungkin apabila semuanya berjalan lancar, Pas mungkin boleh memenanginya semua dalam PRU 14 ataupun PRU ke 15 nanti. Bukankah kepentingan rakyaat Kelantan adalah lebih utama??? - bumiyang.blogspot.com
Tuesday, September 21, 2010
Program Menyemarakkan ISLAM Selangor (PROMISE)
Tarikh : 26 September 2010.
Tempat : Di dataran Perpustakaan dan Muzium Negeri di Shah Alam.
Tetamu Jemputan : 2 orang personaliti TV ¬iaitu Ustaz Zulkarnain Astro Oasis dan Ustaz Zamri TV9.
Sila ha...dir beramai-ramai bersama ahli keluarga. Juadah disediakan.
Peranan Ibubapa dan pelajar ketika menghadapi peperiksaan
Editor : Khaulah Azwar
GAMBAR YANG MENYEBABKAN PIMPINAN UMNO MERACAU DALAM TIDUR....

Pernahkah anda melihat sebelum ini,seorang Raja memberi laluan kepada seorang ulamak seperti gambar di atas..??
Monday, September 20, 2010
Hapuskan Gengster disemua kalangan kaum
KUALA LUMPUR, 21 Sept: PAS mahu pihak polis menumpukan usaha membanteras gangsterisme secara menyeluruh dan bukannya tertumpu pada kaum India sahaja seperti yang dipinta oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, jika pihak polis mengikut kehendak emosi Murugiah, masalah gangsterisme tidak akan selesai kerana ia bukan wujud kalangan kaum India sahaja.
“Kenyataan Murugiah dengan sendiri memberikan gambaran buruk tentang masyarakat India dan ini tidak sewajarnya dilakukan oleh beliau sebagai seorang menteri,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Katanya, gejala gangsterisme ini harus dihapuskan hingga ke akar umbi termasuk kalangan VIP dan ahli politik yang melindungi mereka.
Kumpulan gangster, katanya ada di mana-mana dalam negara kita termasuk dalam pilihan raya seperti serangan yang berlaku ke atas Markas Pemuda PAS ketika Pilihanr Raya Kecil Bagan Pinang.
Menurutnya, beberapa kawasan di Lembah Klang dikenali oleh masyarakat umum sebagai kawasan gangster seperti di Chow Kit, Jalan Pasar dan Jalan San Peng, Jalan Petaling dan Brickfield di Kuala Lumpur manakala di Selangor, kawasan Puchong dan Klang cukup ditakuti kerana menjadi sarang gangster dan ah long.
“Pemantauan dan siasatan terperinci untuk menghapuskan kumpulan-kumpulan ini yang sebahagiannya terlibat dengan jenayah berat termasuk membunuh, menculik, menyiksa dan menyerang mangsa mereka,” ujarnya.
Justeru, katanya PAS berharap agar pihak polis dapat menjalankan tugas mereka dengan jujur dan tidak terbabit sama dalam memberikan perlindungan atau bersubahat dengan kumpulan gangster.
PAS, tambahnya mahu satu jaminan daripada pihak polis tentang keselamatan rakyat keseluruhannya.
Beliau berkata, negara ini sudah cukup terkenal sebagai negara transit dadah, pemerdagangan orang dan juga penyeludupan barang serta penjenayah dan amat merisaukan jika dalam negra sendiri gangterisma dibiarkan berleluasa.
“Hapuskan mereka tanpa mengira gangster India, Cina atau Melayu kerana tiada bangsa dan agama yang membenarkan kewujudan kumpulan samseng dalam komuniti mereka,” tegasnya.

