Monday, July 26, 2010

FDI Corot, Ekonomi Malaysia Hilang Arah

Lesu dan memalukan. Ekonomi yang dahulunya antara yang terpaling rancak di rantau Asia kini selemah negara-negara miskin Asia Tenggara.

Malaysia yang dikemudi Perdana Menteri Najib Abdul Razak tidak ubah seperti hidup segan mati tak mahu. Pelaburan asing negara corot berbanding Filipina, Thailand, Indonesia dan Singapura, bahkan juga negara komunis Vietnam.

Berdasarkan kepada laporan pelaburan dunia 2010 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang diterbitkan baru-baru ini, Malaysia sekadar mampu bersaing dengan negara-negara dunia ketiga dan keempat seperti Kemboja, Myanmar, Laos dan Timor-Leste.

Perdana Menteri Najib Razak cuba mengenakan rawatan kosmetik kepada ekonomi negara bagi menarik pelaburan asing dengan harapan ia mampu memacu pertumbuhan keluaran dalam negara kasar ke paras enam peratus dalam jangka masa lima tahun akan datang.

Namun kajian PBB mendapati pelaburan asing ke Malaysia menjunam dari USD2.56 bilion pada tahun 2004 dan USD1.09 bilion pada 2005, kepada negatif USD0.02 bilion tahun seterusnya, negatif USD2.7 bilion pada 2007 dan negatif USD7.67 bilion pada 2008.

"Disamping FDI, berlakunya aliran keluar dana besar-besaran sebanyak RM24 bilion pada 2009 kerana pelabur-pelabur tempatan mahu membuat pelaburan diluar. Kerana apa? Kerana mereka mendakwa peluang dalam negara kurang," kata Ahli Parlimen Dr Dzulkefly Ahmad.

"Mereka ini bukan kroni, justeru mereka tak boleh bersaing. Kementerian kewangan memberi hanya syarikat tertentu. Yang dapat geng-geng tertentu, pi mai pimai muka-muka yang sama. Jadi pelabur terjepit dalam ketidaksamarataan ini," tegas beliau.

Dr Dzulkefly berhujah Perdana Menteri Najib Razak harus akui bahawa negara-negara berprestasi tinggi menawarkan perkhidmatan yang mantap, dan lanskap ekonomi yang mesra perniagaan dan berdaya-saing.

Lantas, Kerajaan Malaysia harus bersikap lebih kompetitif.

"Ada laporan yang menulis pelabur Australia tidak masuk ke Malaysia kerana perkhidmatan internet yang lembab. Saya ada bacakan hal ini di Dewan Rakyat. Pelabur mahu pantas. Pelabur mahu cekap. Kita janjikan jalurlebar megabait, tetapi servis serupa kilobait," ujar Dr Dzulkefly.

Najib Razak tidak lagi boleh menggunakan alasan krisis kewangan sejagat sebagai petualang penguncupan FDI negara, kerana data menunjukkan prestasi negara jauh lebih buruk dari negara-negara ekonomi besar dan kecil di rantau ini.

Kerajaan Pusat dibidas kerana sikap berdolak-dalik dalam melaksanakan Model Ekonomi Baru selepas ia dikritik hebat gerakan rasis seperti Perkasa telah mengoyahkan keyakinan pelabur.

Sikap pentadbiran Umno-BN yang menyesakkan pelaburan swasta dengan mengagih-ngagihkan projek-projek kepada entiti berkepentingan turut meresahkan para pelabur dalam dan luar negara.

Dr Dzulkefly berkata tanpa reformasi menyeluruh, ekonomi Malaysia akan terus hanyut dalam era kesejagatan hari ini.

"Silapnya pimpinan BN ni dia tak sedar diri lagi. Contohnya, saya pernah bangkitkan baru-baru ini isu pembelian 38 unit gerabak Keretapi Tanah Melayu yang dikatakan menelan belanja RM1.8 bilion. Namun selepas disemak ada lebihan bayar sebanyak RM500 juta," jelas beliau.

"Pada awalnya ada 8 pembida untuk tender itu, tetapi semuanya ditolak. Kerajaan pergi ke China, dan beli gerabak-gerabak berkenaan pada harga RM500 juta lebih mahal dari harga sepatutnya. Kementerian Pengangkutan kononnya dipaksa oleh Kementerian Kewangan untuk membeli gerabak-gerabak berkenaan pada harga yang terlebih itu," tegasnya lagi.

"Tengok sahaja pasaran negara hari ini. Dengan pelbagai skandal seperti pembayaran komisyen kapal selam Scorpene misalannya, ia meninggalkan persepsi buruk di kalangan pelabur. Skandal-skandal ini menyakinkan mereka bahawa Malaysia bukan destinasi pelaburan yang tepat," tambah Dr Dzulkefly.


Thursday, July 22, 2010

HARGA TOL NAIK LAGI HARI INI...


Hari ini rakyat Malaysia dikejutkan lagi.Harga tol lebuhraya naik lagi ...... secara senyap tanpa pengumuman Radio / TV / akhbar dll.
Baru beberapa hari azab harga Barang Naik ... kini tol naik melambung.Taktik kerajaan laki-bini Mat Monggol (Najib) dan Minah Puaka (Bininya) sangat licik, tiada pengumuman dibuat.
Pagi ini ramai pengguna lebuhraya berTol terkejut ...... harga tol naik !Rakyat di dahulukan untuk tanggung azab-sangsara boros, songlap dan tindas Penyamun UMNO Barang Naik.Mee Rebus minggu lepas RM2.50 .... hari ini sudah naik ke RM3.00.Semua harga barang naik !!!Rakyat sesah kerana pemimpin UMNO Barang Naik boros dan korupt !!!
BANGNLAH WAHAI RAKYAT, TENTANG HABIS2An PIMPINAN & PARTI UMNO YG MEMBEBANKAN RAKYAT....

Bersama –sama kita menghidupkan mlm nisfu S y aaban ini..

Malam Nisfu S y a'aban 1431H akan tiba pada hari Isnin (26hb.Julai 2010) malam Selasa ( sebaik saja masuk maghrib), dimana bermulan y a 15 S y a'aban 1431H. Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil masa keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan seterusn dan berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan y ang baru.
Riwayat y ang muktabar men y atakan Hari Nisfu S y a'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan y ang baru. Berikut adalah antara amal ibadah y ang digalakkan di hari Nisfu S y a'aban:
1. Selepas solat maghrib (15 S y a'aban 1431H, Isnin malam Selasa) Solat sunat nisfu s y a'aban, 2 rakaat Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghrib(15 S y a'aban 1431H, Isnin malam Selasa) i) Selepas Yasin pertama : mohon dip anjang kan umur untuk beribadat kepada Allah ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki y ang halal untuk beribadat kepada Allah iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala y ang baik dan munafaat. Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa Nisfu S y a'aban (ada didalam Yasin Majmuk)
3. Baca surah al-Ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangn y a ) Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu S y aaban sebanyak 22. Antaran yang termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam S y afaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan S y a'aban maka Allah haramkan tubuhn y a dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.
2. Riwa y at dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang y ang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang y ang meminta ampun maka aku ampunkann ya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu s y a'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita. Wallahua'alam Wassalam.

Wednesday, July 21, 2010

Lebih baik berpecah dari derhaka kepada Allah







TEMERLOH, 21 Julai: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, itu PAS lebih rela Melayu berpecah dalam mentaati perintah Allah daripada berpadu dalam mendurhakai Allah.

Dalam kenyataan bertulis yang dihantar kepada Harakahdaily, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang mempersoalkan, apakah apa yang dibuat oleh Umno sekarang untuk perpaduan bangsa atau Islam.

Beliau dipercayai mengulas usaha yang dibuat oleh Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria yang cuba mengheret PAS agar bersatu dengan Umno atas landasan untuk kepentingan Melayu dan Islam.

Ia dilihat sebagai usaha untuk menyelamatkan Umno yang sedang karam dan cuba untuk menyeret PAS ke arah permasalahan itu.

"Isu perpaduan Melayu kembali bergema. Kali ini ianya melibatkan usaha golongan agama (Mufti) dan kepimpinan Umno," tulis Tuan Ibrahim dalam kenyataannya.

Pelbagai komentar dan pandangan dari pelbagai pihak diambil bagi menyokong usaha perpaduan Melayu ini; sekaligus seolah-olah sesiapa yang tidak inginkan perpaduan Melayu adalah golongan yang bertindak bertentangan dengan kehendak Islam.

Menurutnya, pelbagai ayat Quran dan hadis bergema bagi menyokong usaha ini.
“Sebagaimana biasa PAS menjadi sasaran bilamana dengan tegas menolak hasrat perpaduan dengan Umno,” katanya.

“Isu besar ialah apakah untuk perpaduan bangsa atau perpaduan Islam. Kalau perpaduan bangsa; kenapa hanya Melayu perlu berpadu, bagaimana bangsa lain dalam negara. Apakah kerajaan suka kalau bangsa lain berpecah yang juga akhirnya melemahkan negara,” kata Tuan Ibrahim, bekas pensyarah pengajian Islam UITM itu.

“PAS Menyatakan dengan tegas kita perlu bersatu di atas landasan yang digariskan oleh Allah; iaitu “Bertolong bantulah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan jangan bertolong bantu dalam perkara dosa dan permusuhan”.

“Lantaran itu PAS lebih rela melayu berpecah dalam mentaati perentah Allah daripada berpadu dalam mendurhakai Allah,” kata beliau.

PAS, katanya, tidak akan merelai perpaduan bagi mendokong tindakan yang bertentangan dengan Islam yang ditaja oleh Umno.

“Mereka sanggup menghalalkan perjudian di atas nama kebajikan dan sukan, serta pelbagai penyelewengan. Di saat rakyat tenderita dengan tekanan hidup akibat kenaikan kos hidup, rakyat melihat Umno gagal menjaga bangsa dan agama, maka jangan kegagalan ini disalahkan PAS,” tambah beliau.

Katanya, di saat rakyat menderita dengan tekanan hidup akibat kenaikan kos hidup, rakyat melihat Umno gagal menjaga bangsa dan agama, maka jangan kegagalan ini disalahkan PAS kerana lebih 50 tahun Umno diberi kepercayaan oleh orang melayu Islam.

“Umno membelakangkan soal perpaduan; kelantan terus ditindas bahkan negeri Pakatan Rakyat terus diserang saban waktu. Tangan kiri mengholor perdamaian, tangan kanan terus menekan dan menindas bangsa sendiri.
“Kami tidak mahu memikul pengkhianatan UMNO kepada agama. 50 tahun negara ini tidak pernah merasai berjalannya hukum Allah secara menyeluruh, riba rasuah, pusat maksiat berleluasa sehingga remaja seolah-olah tiada hala tuju,” katanya.

Rakyat miskin, katanya, terus dibeban dengan kenaikan kos hidup; di waktu yang sama syarikat swasta kroni pemerintah terus menikmati subsidi luas biasa seperti IPP (Independent Power Producers).
Syarikat konsesi tol pula tidak dipotong subsidi mereka bahkan pembaziran terus berleluasa.

“Di saat negara berada dalam situasi paling buruk dalam sejarah dengan pelbagai isu besar spt penyerahan Blok L,M kepada Brunei, Tanah KTM di Singapura, Isu kemerosotan dana Felda yang mengejutkan, serta pelbagai gejala social yang berlaku menuntut rakyat membuat perubahan besar; bukan meminta PAS memikul sama kemungkaran ini,” tegas beliau.

Jangan terperangkap mainan media

KUALA LUMPUR, 21 Julai: Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa (gambar) mengajak pemimpin dan ahli PAS di semua peringkat tidak terjerumus dalam mainan media Umno berhubung isu kerjasama Umno-PAS.
Peringatan itu dilontarkan bagi mengelakkan salah faham dan kekeliruan di kalangan rakyat berhubung kenyataan balas pemimpin yang sering diputar belit media arus perdana.

"Saya selaku Timbalan Presiden PAS ingin menegaskan bahawa semua ahli dan pimpinan PAS supaya jangan terikut-ikut dengan rentak yang dimainkan oleh media arus perdana.
"Kebelakangan ini, isu kerjasama antara PAS dan Umno kembali dipaparkan oleh media-media arus perdana sehingga mengelirukan sebahagian ahli PAS dan masyarakat Malaysia umumnya.
"Malah, pihak media telah mendapatkan beberapa pandangan daripada pemimpin-pemimpin PAS di peringkat pusat, negeri dan kawasan berhubung perkara ini," katanya dalam satu kenyataan.
PAS, katanya sangat percaya media-media pro-Umno ini akan menimbulkan persepsi baru sehingga boleh merapuhkan wehdah atau kesatuan dalaman PAS sendiri.
"PAS masih lagi berpegang dengan ketetapan yang telah dibuat dalam muktamar-muktamar yang lalu.
"PAS akan terus memfokuskan kepada gerak kerja mendepani Pilihanraya Umum Ke-13 untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru," katanya lagi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok menyeru kepada seluruh pimpinan dan ahli agar dapat melipatgandakan usaha untuk memantapkan organisasi terutama diperingkat cawangan dan kawasan serta menambahkan keahlian baru PAS semaksimum mungkin.

Isu kerjasama PAS-Umno terus dimainkan Umno dan juga media pro mereka dalam usaha memancing PAS dan mahu melihat PAS berpecah.
Terbaru, akhbar Utusan Malaysia hari ini sekali lagi memutarbelitkan kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan sehingga menggambarkan beliau pro-kerjasama PAS-Umno.
Akhbar itu kononnya memetik tulisan dari blog Nasrudin namun secara jelas beberapa perkataan diubah bagi kepentingan politik Umno-BN.
Nasruddin ketika mengulas perkara itu berkata, beliau kesal dengan sikap akhbar tersebut yang cuba memesongkan maksud sebenar tulisannya dalam blog http://episodeperjuangan.blogspot.com.
"Tulisan saya diambil secara tidak beramanah dan Utusan telah menjatuhkan etika kewartawanan."Saya memberi peringatan kepada pihak akhbar tersebut dan minta supaya membuat permohonan maaf secara terbuka," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai khususnya ahli dan penyokong PAS merujuk senduri tulisan asal di blog beliau dan tidak mudah menerima bulat-bulat laporan Utusan yang juga alat propaganda Umno BN.

Monday, July 19, 2010

Mangsa Kebakaran Mendapat Bantuan PKM Dun Gombak Setia


Gombak – Malang tidak berbau hanya sekelip mata sahaja api telah memakan rumah kediaman seorang warga Thailand, Rossuenah yang telah menetap di Kg. Changkat, Gombak selama 5thn.

Menurutnya, ketika kejadian berlaku beliau tiada di rumah untuk mencari rezeki anak-anaknya.

Sepeninggalan beliau untuk mencari rezeki, beliau meninggalkan ke 5 anak-anaknya ada dirumah dan Anak sulung beliau Md Abd Muiz 15thn ketika itu sedang tidur, katanya.

Berkata Md Abd Muiz, “saya terkejut apabila mendengar tangisan adik saya Md Muhaimin berusia 5thn dan dilihat api semakin membara. Saya cepat-cepat membawa adik keluar dan diluar didapati orang ramai cuba menyelamatkan rumah saya daripada terus dijilat api. Kejadian tersebut berlaku 10 pagi.

“Alhamdulilah semua selamat dan tiada sebarang musibah yang berlaku keatas diri ahli keluarga kami cuma barang-barang sahaja tidak dapat diselamatkan lagi”, katanya.

Sehubungan dengan itu Utz Tarmizi, PKM Dun Gombak Setia mewakili YB Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali, Adun Gombak Setia, telah menyampaikan bantuan kewangan kepada keluarga mangsa bagi membantu meringankan bebanan dan musibah keatas keluarga berkenaan.

Sementara itu pula, Ketua Kg Changkat Hj. Zainal Abdidin telah mengambil tindakan susulan dengan kerjasama PKM Dun Gombak Setia untk berhubung dengan pihak pengurusan JKM dan Pusat Zakat untuk membuat tindakan susulan dan akan membantu membawa mangsa ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan agar bantuan dan perlindungan diberikan kepada keluarga tersebut. Insya-ALLAH sementara ini pihak kami akan tempatkan mangsa tersebut di sebuah rumah berdekatan disini, katanya.

Wartwan PKM difahamkan, dipercayai Punca Kebakaran anak kecil keluarga tersebut yang berusia 3thn bermain api, kata salah seorang penduduk yang berhampiran disini hari ini.

Editor : Khaulah Azwar














Wednesday, July 14, 2010

Ingat ALLAH dalam Suka, Duka, Dalam Apa Juga..




Seorang alim zaman silam yg masyhur bernama Kabit al-Banani, berkata kpd anak muridnya: "Aku boleh tahu ketika mana Tuhan ingat atau lupa kpdku." Lalu antara muridnya bertanya: "Bagaimana anda boleh mengetahui rahsia ketika Tuhan ingat atau melupakan anda?" Jwpn mudah Kabit: "Apabila aku ingat (zikir) kpd-NYA maka ketika itu DIA ingat akan daku. Justeru jika seseorg berhajat supaya ALLAH beri perhatian terhadap dirinya, terlebih dahulu dia mesti ingat (zikir) kpd-NYA.

Kecantikan pd manusia sekadar tempias drpd kecantikan Allah SWT. Jadi, berikhtiar dan berusahalah utk tarik perhatian ALLAH SWT Yang Maha Cantik itu supaya berpaling kepadanya dan bukan makhluk-NYA.

Wallahu'alam...

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI