Thursday, April 22, 2010

P.Raya Hulu Selangor “UMNO/BN semakin rapuh, PR semakin Kuat”


Gombak – Sudah menjadi kebiasaannya apabila berlaku pilihanraya kecil, disebuah kawasan pasti menjadi tumpuan diseluruh negeri untuk turut sama memberi sokongan kepada calon parti yang disokong.

Kalau dahulu kawasan tersebut yang dikatakan menjadi pekan koboi kerana tidak dikunjungi orang luar tetapi apabila berlaku pilihanraya kecil kawasan tersebut telah dipenuhi dengan berbagai ragam manusia dan seluruh negeri.

Begitulah yang terjadi di Hulu Selangor, suasana p.raya kecil kini semakin hari semakin sengit dengan 2 parti yang bertanding. Berbagai cara dilakukan oleh semua petugas untuk memastikan calon parti tersebut menang dalam p.raya ini.

Salah satu di peringkat permulaan sebelum penamaan calon, Kerajaan PR telah menyambut Ulangtahun Tawas kepada semua Ahli TAWAS yang telah berlangsung di Dewan Abd Hamid, Bandar Utama, Batang kali.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Dif-dif terhormat puncuk pimpinan PR iaitu Exco Kerajaan Negeri Selangor / Adun Gombak Setia YB. Dato’ Dr. Hasan B. Mohamed Ali, Utz Nasharudin Mat Isa Ketua Pemuda PAS Pusat, Pengarah JPN Selangor En. Radhi Yusoff, Pengarah P.Raya PKR En. Abdullah Sani, Ahli Majlis S.Alam Ustazah Mariam Abd Rashid, Ahli Majlis MPAJ Ustazah Hjh. W. Hasrinah, dan Calon PKR Dato’ Zaid Ibrahim bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

En. Radhi telah memaklumkan kepada semua yang hadir, petugas dan Ahli-Ahli TAWAS bahawa PRK Hulu Selangor yang akan diadakan pada 25hb April, 2010 akan menentukan corak politik di Hulu Selangor PRK094 yang mempunyai 47 buah UPU samada kemenangan akan berpihak kepada PR/UMNO. Jumlah keseluruhan pengundi adalah seramai 64,500.

Sebelum penamaan calon, didapati petugas jentera PR daripada PAS telah mula bergerak kehadapan untuk membantu calon dan petugas PKR. Jumlah petugas hamper mencecah 2 ribu lebih. Beliau berkata “Saya yakin insya-ALLAH jentera PR akan meningkat dari hari kehari bagi memastikan gerakkerja berjalan dengan lancar untuk berkempen di Hulu Selangor”.

Kami merasa bersyukur kepada ALLAH swt kerana sepanjang tempoh untuk mengadakan PRK di Hulu Selangor didapati Jentera PR telah memainkan peranan masing-masing untuk bekerjasama tanpa dipaksa. Mereka menghadirkan diri disini bagi menginfakkan seluruh tenaga dalam menjalankan gerakkerja demi memastikan PRK 094 akan memperolehi kemenangan pada PR.

Inilah kesan daripada tarbiyah yang diberikan kepada ahli-ahli PAS. Apabila kita telah faham konsep Amal Jamaei’ insya-ALLAH mereka tahu peranan masing-masing tanpa mengharapkan bayaran dalam melakasanakan tugas dan dihati –hati mereka niat semata-mata mencari keredhan ALLAH swt demi melihat kegemilangan kemenangan ISLAM dan untuk membantu rakyat m’sia daripada ditindas oleh parti UMNNO/BN, katanya.

Sementara itu, YB Dato’ Dr. Hasan B. Mohamed Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor/Adun Gombak Setia telah memaklumkan kepada semua yang hadir dalam majlis Ulangtahun Tawas bahawa “didapati rakyat di Hulu Selangor walaupun mereka daripada parti BN, mereka memberi maklum balas sokongan yang amat baik kepada parti kita tidak kira samada pengundi muda/tua apabila mereka turut hadir dalam majlis/program PR adakan. Ini bermakna insya-ALLAH ada harapan mereka akan menerima parti PR dalam P.Raya ini”, katanya.

Semua Exco Kerajaan Negeri Selangor telah dipertanggungjawab oleh puncuk pimpinan untuk bersama-sama membantu gerakkerja PRK P094 untuk mengadakan berbagai program bersama rakyat.

Dengan adanya program ini, kita juga akan memberi pendedahan kepada rakyat di Hulu Selangor hak keistimewaan kepada rakyat yang telah kita berikan di Selangor sepanjang 2 thn lebih memerintah.

Pendekatan kita kepada rakyat bukan sahaja berlaku p.raya umum/kecil. Tetapi kita membantu rakyat setiap masa tidak kira bangsa dan agama,khidmat kami berada dimana-mana sahaja ujarnya.

Sementara itu Dato’ Zaid Ibrahim Calon parti Keadilan P094 (PKR), mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua petugas dan penyokog rakyat di seluruh negeri yang memberi sokongan padu pada beliau untuk bertanding dalam p.raya kecil ini.

Beliau berkata ” Insya-ALLAH saya akan bekerja dengan sungguh-sungguh untuk bersama kerajaan PR bagi membantu rakyat di Selangor”.

Walapun saya telah diprovokasi oleh pihak UMNO/BN dengan melemparkan berbagai fitnah namun saya terima dengan redha walaupun tidak benar , namun saya sentiasa berdoa semoga kebenaran diberi oleh ALLAH swt.

Saya bersyukur Tok guru Nik Aziz, Tok Guru Hadi Awang dan semua saf pimpinan PR memberi kepercayaan pada saya malahan sokongan mereka membuat saya benar-benar terharu. Perkara yang diprovokasikan oleh UMNO/BN menyatakan saya seorang kaki botol, sudah saya perjelaskan dan segala fitnah ini telah kita ketahui bahawa semua foto yang dibuat adalah satu rekacipta UMNO yang begitu kotor sekali.

Insya-ALLAH marilah kita bersama berdoa dan sentiasa mengadakan solat hajat semoga pertolongan diberi oleh ALLAH swt kepada kita semua dalam mentadbir negara m’sia ini daripada pimpinan yang amat zalim (UMNO/BN), katanya dalam majlis tersebut.

UMNO /BN sanggup buat apa sahaja untuk merampas negeri pakatan rakyat sedangkan mereka begitu rapuh dan tidak pandai mentadbir negeri sehinggakan ekonomi negara kita semakin turun.

Cuba kita lihat, dengan pentadbiran Kerajaan pakatan Rakyat kita dapati ekonomi semakin meningkat dengan kerjasama semua pimpinan yang beribawa, jujur dalam segala aspek.

Ini yang kita mahukan untuk memastikan rakyat terbela, negara aman daripada kejahatan-kejahatan UMNO/BN yang bekerjasama dengan Agen Yahudi (APCO). Semoga rakyat semua boleh menilai itu semua demi kebaikan rakyat dan anak-anak generasi muda akan datang.

Jika rakyat salah memilih ini adalah satu kesilapan yang besar. Sama-samalah kita terus berdoa semoga ALLAH swt beri petunjuk kepada semua pengundi di Hulu Selangor pada 25hb April ini, katanya.

Majlis Ulangtahun Tawas yang berlangsung meraikan anak-anak ahli tawas telah berjalan dengan lancar dengan meriahnya pada waktu malam, bersama pimpinan – pimpinan exco kerajaan negeri Selangor dengan menyampaikan sumbangan kepada ahli tawas.

Editor : Khaulah Azwar

Wednesday, April 21, 2010

Penduduk Bt Beruntong dan Bt Sentosa dapat CF kekal

SHAH ALAM, 21 April: Kerajaan Negeri Selangor hari ini telah bersetuju untuk membina sendiri jalan-jalan di kawasan perumahan yang selama ini menghalang rumah berkenaan dari mendapat sijil layak menduduki (CF) kekal.

Antara pihak yang akan mendapat nikmat ini adalah pemilik-pemilik rumah di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa, Hulu Selangor sejak tahun 2002.

Demikian kata Iskandar Abdul Samad, Exco perumahan kerajaan negeri Selangor.

Sebelum ini pembangunan-pembangunan yang terlibat telah hanya dikeluarkan Sijil Layak Menduduki Sementara (TCF) kerana terdapat jalan-jalan yang tidak lagi dibina dengan sepenuhnya oleh pemaju.

Contohnya terdapat jalan 4 lorong yang baru dibina 2 lorong.

Hari ini, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk melengkapkan pembinaan jalan-jalan itu dan kosnya akan dicaj kepada pemaju atau kumpulan syarikat pemaju tersebut, kata Iskandar.


Oleh itu, sijil layak menduduki boleh dikeluarkan secepat mungkin untuk 1,521 unit kediaman yang terlibat.

Majlis penyerahan akan disempurnakan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar pada 22 April 2010, jam 8.30 malam di Jalan Widuri, Seksyen BB 18, Bukit Beruntung.

Pembangunan-pembangunan yang terlibat adalah:

a) 125 unit rumah teres kos sederhana rendah 1 tingkat di atas sebahagian Lot 3244, Bukit Beruntung, Mukim Hulu Yam.

b) 172 unit rumah teres sederhana rendah 1 tingkat di atas sebahagian Lot 3244, Bukit Beruntung, Mukim Hulu Yam.

c) 590 unit rumah teres 2 tingkat di atas sebahagian Lot 3244, Bukit Beruntung, Mukim Hulu Yam.
d) 296 unit rumah teres 2 tingkat dengan 2 unit pencawang elektrik di Fasa 21C1 (201 unit) dan 21C2 (95 unit) di atas Lot 353 dan 1729, Bukit Sentosa, Mukim Serendah.

e) 338 unit rumah teres 2 tingkat dan 4 unit pencawang elektrik di Fasa 16C di atas sebahagian Lot 353 dan 1729, Bukit Sentosa, Mukim Serendah.

Nik Aziz di Hulu Selangor esok

PENGKALAN CHEPA, 22 April: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang baru pulang dari menunaikan umrah di tanah suci mengesahkan akan ke Hulu Selangor untuk berkempen dalam pilihan raya kecil di kawasan Parlimen itu.

Ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, malam tadi Tuan Guru yang juga Menteri Besar Kelantan memberitahu, petang Jumaat ini (esok) beliau akan berlepas ke sana.(Gambar:

Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengusap kepala bayi yang turut menyambutnya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.)Menurutnya, beliau akan terus berdakwah serta berkempen dalam pilihan raya itu nanti, memandangkan ianya adalah tugas setiap umat Islam.

Pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor menyaksikan calon Pakatan Rakyat daripada PKR, Datuk Zaid ditentang calon BN, Kamalanathan.

Tuan Guru kelihatan ceria dan sihat selepas berada di tanah suci untuk menunaikan umrah selama dua minggu.Ketika diminta mengulas berhubung perjalanannya sewaktu di sana, beliau bersyukur dapat menunaikan ibadat itu dengan baik walaupun cuaca begitu panas.“Memang sewaktu saya melakukan ibadat itu saya menggunakan kerusi roda sebab nak jaga tenaga agar tidak mudah letih,”ujarnya lagi.

Katanya, ibadat umrah perlu dilakukan kerana ia tuntutan Islam di samping dapat menjejaki sejarah peninggalan para nabi.Tambahnya, dengan menunaikan ibadat itu secara tidak langsung juga dapat meningkatkan keimanan diri kepada Allah.Beliau bersama isteri, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak berlepas ke tanah suci dua minggu lalu untuk menunaikan umrah.Turut mengiringi mereka berdua, Setiausaha Sulitnya, Ahmad Shargowi.

Sunday, April 18, 2010

Jentera PR harus bersatu hati “selamatkan Rakyat M’sia daripada pimpinan UMNO/BN ”


Gombak – Suasana P. Raya Hulu Selangor semakin hari semakin hangat. Walaupun cuaca tidak begitu panas tetapi rentak arena politik telah membakar semangat semua rakyat seluruh negeri di m’sia yang inginkan keadilan.

Dengan susunan strategik gerakkerja p.raya di Gombak yang telah di atur begitu cantik oleh semua Jawatankuasa JPN yang diketuai oleh Pengarah JPN Selangor En. Radhi Yusoff, Ustazah Mariam Timb. Pengarah 4 JPN dan AJK DMPG, DPPG, Nisa Gombak telah membakar semangat jentera-jentera P.Raya Gombak untuk turut sama turun padang bagi memastikan Kemenangan PR akan berpihak di Hulu Selangor.

Menurut En. Radhi dalam program melancarkan gerakkerja jentera pilihanraya di Dewan Orang Ramai Batang Kali baru-baru ini menyatakan keluasan kedudukan Hulu Selangor adalah sama lebih kurang dengan keluasan Negeri Melaka. Jumlah pengundi adalah 6,450 orang di hulu selangor.

Oleh itu, beliau bersama semua pimpinan amat berharap agar semua penyokong PR haruslah bersatu hati untuk turut membantu kerja-kerja pengurusan p.raya dan memastikan parti UMNO/BN akan hancur lebur kerana diatas kezaliman mereka pada rakyat begitu ketara dan yang begitu amat kita kesali sebagai orang ISLAM, UMNO/BN telah terlibat dalam APCO (Israil) tetapi mereka bermati-matian menyatakan tidak terlibat dengan APCO.

Mereka beoleh menipu dengan mengadakan berbagai helah namun rakyat kini semakin bijak menilai dan kita akan pastikan segala rahsia kejahatan UMNO/BN akan terbongkar 1 persatu, insya-ALLAH.

Kita amat bimbang sekiranya APCO yang dibawa oleh UMNO / BN ke negara m’sia, akan datang memberi kesan buruk kepada masyarakat khususnya generasi anak-anak kita akan datang. Kita harus membuka mata pengundi dan memberi kefahaman yang dalam kepada semua pengundi mengenai APCO dan segala kejahatan mereka kepada rakyat.

Rakyat di Hulu Selangor dan seluruh m’sia harus peka betapa bahayanya pimpinan-piminan UMNO/BN jika rakyat Hulu Selangor memberi peluang UMNO/BN mentadbir negara ini. Jika mereka berjaya dalam PRK Hulu Selangor bermakan mereka akan meneruskan agenda mereka untuk bekerjasama dengan Israil bermakna UMNO/BN bekerjasama dengan agen yahudi. Adakah kita sebagai rakyat ISLAM merelakan yahudi bersekutu dengan kita sedangkan mereka cuba sedaya upaya memusnahkan umat ISLAM.

Kita sendiri maklum Israil akan cuba sedaya – upaya untuk membunuh orang-orang ISLAM di negara-negara luar seperti yang telah berlaku di Palestin dan lain-lain. Oleh itu adakah kita rela melihat Israil untuk memasuki m’sia dengan membawa sedikit demi sedikit agenda mereka.

“Kami dalam puncuk pimpinan PAS menyeru sebagai orang ISLAM, kita semua dipertanggungjawabkan untuk menjanlankan tanggungjawab ini dengan memberi kefahaman kepada pengundi di Hulu Selangor dan seluruh rakyat m’sia . Bekerjalah sekuatnya untuk pertahankan kemenangan PRK ini demi menyelamatkan negara kita daripada menjadi mangsa UMNO/BN yang bersekutu bersama Agen Yahudi”.

Katanya lagi, semua jentera diperingkat kawasan, cawangan dan negeri, harus meluangkan masa dan membuat susunan jadual berkala agar jentera-jentera di cawangan dan kawasan dapat mengarahkan semua jentera yang membantu p.raya ini dapat berjalan dengan lancar dan bersistematik dengan mengamalkan konsep 3I (Ikhlas, Iktiqad dan Istiqama’) tanpa dipaksa untuk turun padang dalam memastikan PRK Hulu Selangor memperolehi kemenangan yang besar.

Jika kita amalkan 3I, insya-ALLAH amalan kita diterima ALLAH swt tidak kira menang/kalah dalam PRK di Hulu Selangor, katanya dalam memberi taklimat pelancaran gerak kerja P. Raya yang telah Berjaya dilaksanakan baru-baru ini.

Exco Kerajaan Negeri Selangor/Adun Gombak Setia YB Dato’ Hassan Bin Mohammed Ali berkata “p.raya di Hulu Selangor merupakan P.Raya yang amat penting bagi memastikan nasib rakyat terbela insya-ALLAH saya yakin pertolongan ALLAH swt diberi dengan kerjasama semua pihak”.

Tidak kira siapakah yang diletakkan untuk dijadikan calon pilihan raya kecil (PRK) ini, yang penting kita dalam Parti PR harus bersatu hati dengan mengikhlaskan hati kita untuk membantu kemenangan PR di kawasan Hulu Selangor. Selangor adalah milik kerajaan PR.

Selama Kerajaan PR memerintah 2 tahun lebih, kita dapati nasib rakyat terbela apabila ekonomi di negeri selangor semakin hari semakin meningkat.

Dengan kebijaksanaan semua pimpinan di Negeri PR telah membuatkan Sultan Selangor begitu teruja dan puji dengan pentadbiran kerajaan PR khususnya di Negeri Selangor dan beberapa buah negeri kerajaan PR.

Dengan kejujuran, ketulusan, mengutamakan dan membela nasib rakyat hasilnya telah kita dapat iaitu Ekonomi kita meningkat daripada hari ke hari. Rakyat juga begitu berpuas hati. Ini yang kita mahukan dalam mentadbir negeri. Pimpinan yang jujur, beribawa dan membantu rakyat akan memberikan kepuasan kepada rakyat dengan khidmat kemasyarakatan yang diberikan.

Alhamdulilah, dengan kerjasama semua pimpinan PR, Sultan Selangor juga melihat pemerintahan Kerajaan PR benar-benar membantu rakyat dengan MES (Menjana Ekonomi Selangor), memberi bantuan pelajar, Usia Emas, Tawas, memberi kelas tuisyen rakyat percuma kepada keluarga yang tidak berkemampuan dan lain-lain bagi mengurangkan bebanan kepada rakyat yang tidak mampu untuk membiayai kos perbelanjaan semakin hari semakin meningkat dan sekali gus rakyat merasakan 1 bebanan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada rakyat.

Walaupun UMNO/BN sering dengan melaungkan 1 m’sia dengan mengutamakan rakyat namun ianya sebenarnya tidak membantu rakyat seperti apa yang telah kita rasakan dengan berbagai tekanan diberikan oleh kerajaan pusat kepada rakyat.

Namunpun begitu, kerajaan Negeri akan sedaya upaya meneruskan agenda MES dengan berbagai agenda dalam memastikan nasib rakyat terbela, walaupun kerajaan Negeri diberi berbagai tekanan.

Dengan itu, untuk memastikan nasib rakyat terbela, pimpinan Kerajaan PR akan sedaya upaya membantu rakyat agar memastikan agenda MES terus terlaksana walaupun kerajaan Pusat cuba sedaya upaya menggagalkan agenda ini dengan berbagai cara tetapi ianya tidak sedikit memberi gentar kepada pihak kerajaan pimpinan PR.

Oleh yang demikian, saya dan semua puncuk pimpinan PR menyeru dan amat berharap, kita semua dapat memainkan peranan sebaiknya dengan meneruskan gerakkerja kita dengan konsep 3I, bagi memastikan UMNO /BN tumbang dalam PRK kali ini, isnya-ALLAH, katanya.

Editor : Khaulah Azwar


Chandran Tarik Diri Dari Pilihan Raya Hulu Selangor ?

HULU SELANGOR, 19 APR: V S Chandran, bekas Timbalan Ketua MIC Hulu Selangor, sebagaimana dijangka dikatakan memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding sebagai calon Bebas pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Chandran dijangka akan memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi ini, sekali gus mengurangkan persaingan kepada pertemuan tiga penjuru.

Mana-mana calon yang hendak bertanding perlu memaklumkan pendirian mereka kepada SPR sebelum 12 tengah malam ini.

Berdasarkan maklumat SMS diterima The Malaysian Insider, beliau dijadual mengadakan sidang media selepas itu.

Bagaimanapun usaha mendapatkan pengesahan langsung daripada Chandran gagal tetapi pembantu-pembantunya mengesahkan perkara ini.

“Ya, betul Chandran telah mengambil keputusan untuk menarik diri daripada bertanding kerana sebab-sebab tertentu,” kata sumber.


Tukar Kawasan Parlimen, Pengundi Adu Ke TV Selangor




HULU SELANGOR: Seorang pengundi Parlimen Hulu Selangor hari ini membuat pendedahan kepada TV Selangor mengenai namanya yang secara tiba-tiba dipindahkan ke Parlimen Selayang tanpa pengetahuannya.


"Nama saya Mohd Ali bin Ismail, No kad pengenalan 600902-05-5557, mendaftar di Sungai Choh. Saya di luar pengetahuan saya dipindahkan tempat mengundi. Saya semak tadi, nama saya sudah dipindah ke Selayang.


"Alamat saya di Batang Kali, semua di Batang Kali. Selama ini saya mengundi di Sekolah Kampung Tanjung Sungai Choh," katanya yang turut bercadang membuat aduan polis berikutan perkara itu.


Beliau mengadu kepada krew TV Selangor yang sedang membuat liputan di program Karnival Spies di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu, petang ini.

Sebelum ini, Mohd Ali tiga kali mengundi di DUN Batang Kali dan terkejut dipindah ke Parlimen Selayang ketika apabila menyemak daftar pemilih SPR hari ini sedangkan beliau langsung tidak ada harta, rumah ataupun keluarga di Selayang.

"Bukan sekali tapi tiga kali saya mengundi di Kampung Tanjung, tiba-tba saya dipindahkan di Selayang. Saya mahu tahu kenapa saya dipindahkan ke Selayang," katanya.




"Saya minta ditukarkan saya kembali ke alamat saya di Batang kali. Rumah saya, isteri saya..semua di Batang Kali. Untuk apa saya mengundi di Selayang.

"Bukti alamat saya di kad pengenalan ialah Batang kali," katanya sambil menunjukkan kad pengenalannya.


Wednesday, April 14, 2010

pergolakan dalaman Barisan Nasional (BN)

KUALA LUMPUR, 15 April: Kehangatan dan pergolakan dalaman Barisan Nasional (BN) semacam tidak dapat disembunyikan lagi yang memungkinkan mereka akan menempuh jalan sukar dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, kata Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak, Khalil Idham Lim (gambar).

Malah, katanya media arus perdana semacam membuka pekung di dada dengan menyiarkan secara meluas pertelingkahan dalaman BN terutama kemelut yang berlaku dalam parti komponen yang mewakili orang India, MIC.

Beliau berkata, apapun Pakatan Rakyat membuktikan kemantapan gabungan dan semangat setia kawan yang tinggi sehingga lebih awal mengumumkan calonnya tanpa jalan sukar dan berliku seperti yang ditempuh BN.

Katanya, Datuk Zaid Ibrahim ditabalkan sebagai calon PR tanpa ada isu besar sebagai mana BN walaupun masih ada usaha untuk melagakan oleh beberapa pihak tetapi ternyata gagal.

Secara sini, ujarnya, berpeluh dahi Pengerusi BN yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dalam memutuskan calon BN daripada MIC di Hulu Selangor.

“Malah saya melihat kesukaran menentukan calon yang akan mewakili BN sekali ini mendedahkan kepada rakyat bahawa gabungan BN dan semangat setiakawan antara mereka sudah retak menunggu belah. Pergolakan dalaman BN sudah sampai di kemuncaknya,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong di dalam blognya, http://idhamlim.blogspot.com.

Apapun beliau yakin kemelut itu akan memberi nilai tambah untuk memenangkan calon PR kerana rakyat sudah dapat menilai bahawa Pakatan Rakyat adalah wakil mereka untuk menyelamatkan negara di masa akan datang.

“Tambahan pula luka dalam BN sudah berdarah, siapapun yang akan dipilih oleh BN dan akan diumumkan oleh Muhyiddin pada jam 4.00 petang ini, mesti ada pihak yang tidak berpuas hati dan ada unsur cantas mencantas, jatuh menjatuhkan dan undi protes akan berlaku,” ujarnya.

Katanya, paling menarik apabila berbicara sedikit mengenai Umno yang sejak awal tidak bepuas hati yang beliau jangka mereka akan mengundi dan membantu serta memihak kepada calon Pakatan Rakyat.

“Kerana dengan itu sahaja MIC dapat diajar supaya tidak bertanding lagi di Hulu Selangor pada masa akan datang,” ujarnya.

Sehingga semalam, berlaku beberapa insiden apabila 18 ketua bahagian MIC di Selangor tampil mendesak pucuk pimpinan BN supaya mengesahkan pemilihan Datuk G Palanivel sebagai calon sepertimana yang diperakukan oleh presidennya, Datuk Seri S Samy Vellu.

Selain itu sebahagian daripada ketua-ketua cawangan MIC Hulu Selangor memberi kata dua kepada kepemimpinan BN agar mencalonkan Palanivel yang juga timbalan presiden parti itu atau menghadapi pembubaran cawangannya.

Dalam perkembangan yang berkaitan timbalan pengerusi MIC Bahagian Hulu Selangor, VS Chandran akan bertanding sebagai calon bebas.

Kemucak pergolakan dalaman MIC kelmarin apabila mesyuarat tergempar jawatankuasa kerja pusat MIC di ibu negara memutusakan timbalan ketua pemuda MIC, V Mugilan berdepan dengan kemungkinan dipecat dari parti itu sekiranya dia dipilih sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil itu.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI