Wednesday, April 14, 2010

Pemilihan Zaid tepat dengan situasi politik sekarang

PASIR PUTEH, 14 April: Pemilihan bekas Menteri di Jabatan Perdana, Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor adalah wajar dan tepat dengan situasi politik sekarang.

"Zaid memang seorang yang memang tidak dapat dinafikan ketokohannya dalam banyak bidang termasuk politk, undang-undang dan kehakiman.

"Tambahan pula beliau adalah bekas seorang menteri, sudah semestinya pengalaman berkaitan aspirasi rakyat tidak dapat dipertikaikan dengan mudah," kata veteran yang juga bekas aktivis Umno Tok Bali, Ibrahim Mohd Noor.

Ibrahim percaya, sekiranya rakyat memberi mandat kepada Zaid dalam PRK kali ini beliau mampu membawa satu perubahan baru dalam era politik tanah air.

Zaid menyertai PKR selepas beberapa bulan melepaskan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri ekoran tidak dapat menerima penggunaan ISA terhadap wartawan, orang politik dan orang awam.

Sementara itu, aktivis sebuah parti di Pasir Puteh, Muhammad Dullah (kiri), tidak menafikan pencalonan Zaid menjadi satu tamparan hebat kepada Umno.

“Semua orang tahu dia (Zaid) itu bekas menteri, jadi tidak ada sebab untuk menolak kewibawaannya dalam membawa suara rakyat ke peringkat nasional.

“Kalau kita ingat bagaimana hasratnya ingin mengembalikan imej badan kehakiman yang dikatakan sudah tercalar semasa baru-baru jadi menteri dulu, saya rasa orang Umno pun perlu sokong dia.

“Sebab apa, sebab di situ sudah nampak kebaikannya demi sebuah keadilan,” katanya.

Dalam pada itu rakannya, Mohd Suhaimi (kanan), berpendapat selain daripada pengalaman serta ketokohan Zaid, kerektornya menggambarkan bahawa beliau memenuhi ciri-ciri sebagai seorang pemimpin.

“Apa yang saya tahu Zaid ni sikapnya terbuka. Tidak pandang status. Dia bergaul dengan semua lapisan masyarakat tidak kira orang tua, orang muda, orang kecil orang besar semua dia bergaul.

“Tengok masa majlis kenduri kesyukuran sempena pelantikan beliau sebagai menteri hari tu yang diadakan di rumahnya di kampung Pasir Hor, tok guru Nik Aziz (Menteri Besar) dan beberapa pemimpin PAS lain dia jemput.

“Sedangkan PAS musuh ketat dialah pada masa itu kalau hendak dikirakan. Tapi atas rasa mahabbah dia ketepikan sementara sentiment politik,” katanya penuh keyakinan bahawa Zaid mampu membimbing rakyat meskipun beliau bukan anak tempatan Hulu Selangor.

Tuesday, April 13, 2010

Rakyat Terengganu Teruja dengan Pentadbiran Kerajaan PR Negeri Selangor dan Pentadbiran PKM Dun Gombak Setia


Gombak – Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) yang disediakan untuk memberi khidmat pada masyarakat gombak tidak mengira bangsa dan agama bukan sahaja mendapat tumpuan penduduk gombak malahan telah menjadi tumpuan masyarakat luar untuk mengunjungi PKM tersebut.

Kunjungan DMP Negeri Teregganu seramai 70 orang telah membuat lawatan PKM Dun Gombak Setia baru-baru ini bagi melawat Pentadbiran PKM Dun Gombak Setia dan Kerajaan Negeri Selangor.

Menurut Pn. Shafinaz ketua Muslimah Negeri Terengganu, berliau begitu teruja dengan kejayaan dan kekayaan yang dibawa oleh Kerajaan Negeri yang dibawah pimpinan PR.

Katanya, walaupun usia pentadbiran PR baru 2thn lebih tetapi kecekapan dalam mentadbir negeri dalam menangani berbagai isu dengan baik membuat rakyat terengganu begitu kagum dan cuba untuk mempelajari strategi mentadbir negeri dengan baik lebih-lebih lagi ketika berhadapan dengan berbagai masyarakat yang berbilang bangsa, agama dan pemahan politik yang berbeza.

Selain melawat kerajaan Negeri Selangor, rombongan tersebut telah menziarahi PKM Dun Gombak Setia dengan tujuan untuk mendapat serba sedikit ilmu strategi pentadbiran, agar boleh diserapkan kepada kerajaan Negeri terengganu.


Kedatangan mereka telah disambut baik oleh Ahli Majlis MPS Zon 11, Ustazah Khatifah Zamani bersama DMPG, Dr Uzaimah Ibrahim seta Pn. Nor ain daripada DMPNS.

Kunjungan mereka bukan sahaja dengan hanya makan angin malahan mereka telah dihidangi dengan berbagai slot pentadbiran Ahli Majlis MPS selama 2 penggal dan perkembangan politik di Gombak.

Sementara itu En. Radhi Yusoff selaku Pengarah PKM Dun Gombak Setia telah memberi penerangan serba sedikit tentang pengurusan PKM Dun Gombak Setia dan serba sedikit perkembangan Negeri Selangor untuk diserap kepada pengunjung yang hadir.

Editor :Khaulah Azwar

Masyarakat perlu ada kesedaran sivik


Gombak- Sikap masyarakat yang tidak mempunyai kesedaran sivik dan tidak mempunyai displin dalam diri sukar dibendung dengan tidak mengambil peduli keatas kebersihan persekitaran samaada dirumah, jalanraya dan premis perniagaan.

Geli dan menjijikkan apabila dilihat rumah sampah yang berdekatan di kawasan premis perniagaan di Pasar Tani Sri Gombak Fasa 3 begitu kotor.

Sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab menjadi punca kawasan di kawasan rumah sampah Pasar Moden Sri Gombak dicemari bau yang kurang menyenangkan. Bukan sahaja bau tetapi didapati berbagai anasir yang telah bermastautin di kawasan tersebut.

En. Kwong, pengurus PKM Sri Gombak berkata, setiap hari beliau menerima aduan berkaitan masalah tersebut dan majoriti aduan ini datang daripada penianga dan penduduk disini juga.

Katanya lagi, longgokan sampah dan sisa-sisa makanan yang dibuang di sini bukan sahaja perniaga yang meniaga disini sahaja malahan beliau pernah bertanya kepada beberapa individu yang ditemui ketika membuang sampah disni, mereka adalah penduduk luar .

Mereka dengan suka hati membuang sampah daripada dalam kenderaan tanpa memastikan sampah sarap tersebut telah benar-benar masuk kedalam tong sampah. Mereka tidak peduli kesan akan datang apakah akan berlaku jika sikap sebegini berterusan.

Dikawasan yang berhampiran rumah tong sampah juga kelihatan saluran paip air mengalir hasil basuhan daripada peniaga. Hasil daripada itu membuatkan pengaliran air di longkang begitu ketara kotornya dan menghasilkan bau yang amat meloyakan kepada sesiapa yang melalui kawasan tersebut, malahan diharungi lalat dan tikus.

Menurutnya, jika kita tidak mengambil sikap bertanggungjawab dalam kebersihan persekitaran premis, rumah sudah pasti akan mengundang berbagai penyakit seperti keracunan makanan, muntah-muntah dan sebagainya.

Kwong berkata, beliau juga kesal kerana pemantaun daripada MPS tidak dibuat dengan kerap. Mungkin sebab itulah salah satu puncanya masyarakat mengambil sikap sambil lewa kerana tiada ketegasan dalam masalah yang dihadapi ini, katanya kepada YB Dato’ Hassan B. Mohammed Ali ketika membuat lawatan kawasan tersebut.

Sementara itu, setelah pemantauan kawasan dibuat oleh YB Dato’ bersama MPS, ketua Kg, P.A Ahli Majlis MPS Zon 11, Beliau menyatakan rasa kesal dengan sikap masyarakat yang tidak mempunyai kesedaran sivik dan tidak bertanggungjawab.

Untuk mengubah sikap manusia bukan begitu mudah tetapi kita hanya mampu memberi teguran dan tindakan kepada mereka agar disitu mereka sedar kesilapan mereka sendiri dengan mengenakan denda yang berpatutan.

Daripada situ mereka akan rasa tamparan juga apabila diberikan teguran dengan berhikmah.

Selain daripada itu YB Dato’ juga menyaran agar pihak MPS hendaklah sentiasa membuat pemantauan gerakkerja dengan menyediakan jadual berkala sekurang-kurangnya pemungutan sampah dibuat 4 kali seminggu. Jika kita tidak membuat tindakan sedemikian sudah pasti sampah – sarap tersebut akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Perlu juga diletakkan notis denda dikawasan tersebut agar apabila mereka lihat papan tanda insya-ALLAH mereka teragak-agak untuk membuang sampah dengan sesuka hati mereka, Katanya.

Apabila dilihat kawasan tersebut bukan sahaja masalah sampah malahan didapati pokok hiasan jalan juga tidak dijaga dengan rapi. Beliau dapati ada sarang anai-anai dan tebuan yang jika dibiarkan akan memberi kesan buruk kepada kawasan premis perniangaan tersebut dikemudian hari. Bahkan akhirnya kesan paling teruk peniaga akan mengalami kerugian dalam perniagaan mereka sendiri.

Oleh yang demikian, YB Dato’ telah menyarankan dan meminta agar MPS membuat pemantauan sebaiknya sebelum terjadinya penyakit yang menular dan mendatangkan keburukan kepada masyarakat, katanya selepas lawatan tersebut dan makan tengahari bersama semua yang terlibat dalam membuat lawatan kawasan di Masjid Khairiah baru-baru ini.

Editor : Khaulah Azwar

Monday, April 12, 2010

APCO: Laporan polis serentak seluruh negara esok

KUALA LUMPUR, 13 April: Pemuda Pakatan Rakyat akan membuat laporan polis serentak jam 3 petang esok di semua ibu pejabat kontinjen Polis seluruh negara berhubung isu APCO.

Mereka daripada Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP), Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) akan meminta siasatan dijalankan terhadap firma perunding APCO Worldwide dan pembabitannya dengan kerajaan Malaysia kerana bimbangkan pembocoran maklumat negara kepada pihak asing.

"Penglibatan APCO bagi kita memberi ancaman kepada kedaulatan negara.

"Kita akan minta pihak polis siasat dan mengambil tindakan segera agar keselamatan dan kedaulatan negara terjamin," kata ketua DPP, Nasruddin Hassan ketika dihubungi Harakahdaily.

Selain itu, satu himpunan aman akan diadakan di masjid-masjid negeri di seluruh negara pada hari jumaat ini bagi menyatakan bantahan terhadap penglibatan firma perunding yang didakwa ada kaitan langsung dengan Zionis Israel itu.

"Kita juga akan adakan demonstrasi serentak di masjid-masjid negeri 16 April ini sejurus solat Jumaat," tambahnya lagi.

Sebelum ini beberapa laporan polis telah dibuat berkait isu sama di seluruh negara.

Antaranya dibuat Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali, Nasir Zakaria (Padang Terap), Dr. Mariah Mahmood (Kota Raja) dan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

PAS MAHU SPRM SIASA Datuk G Palanivel

KUALA LUMPUR, 13 April: PAS mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pengakuan Ketua Kampung Sungai Buaya di Hulu Selangor, Mustafa Talib bahawa Datuk G Palanivel telah meluluskan tiga projek bernilai RM354,000 di kampung itu.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad (gambar) tidak mempersoalkan keperluan perbelanjaan itu dikeluarkan oleh pihak kerajaan, tetapi mempersoalkan kelayakan dan kredibiliti Palanivel yang tidak mempunyai jawatan dan kuasa dalam kerajaan masih boleh memberi kelulusan projek.

“PAS mahu SPRM menyiasat perkara ini kerana beliau bukanlah anggota kabinet atau penjawat awam yang mempunyai kuasa bagi menentukan perbelanjaan wang negara,” katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, adalah tidak releven seorang bekas wakil rakyat yang kini dilantik sebagai penyelaras sebuah parti politik boleh mengeluarkan duit kerajaan sesuka hati untuk projek yang ada kepentingan dengan Pilihan raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

Menurutnya, selama dua tahun allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad menjadi Ahli Parlimen Hulu Selangor, Kerajaan Persekutuan enggan memberikan sebarang peruntukan kepada beliau bagi memajukan kawasan itu.“Tetapi, selepas beliau meninggal dunia Kerajaan Persekutuan tiba-tiba sahaja melantik 'wakil rakyat haram' untuk membelanjakan duit kerajaan.“PAS menuntut SPRM tidak bermain wayang dan menutup mata terhadap apa yang berlaku di Hulu Selangor sekarang,” tegasnya.

Pekerja Estet DUN Bagan Pinang Tagih Janji Rumah, Wang Bantuan



BAGAN PINANG : Masyarakat India di empat ladang dalam DUN Bagan Pinang kecewa berikutan perumahan sempurna dan bantuan kewangan yang dijanjikan Umno Barisan Nasional (BN) ketika kempen, hanya janji palsu.


Kekecewaan itu kemudian mendorong 67 penduduk di empat ladang berkenaan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini.


“BN tipu sama kita. Mereka janji mahu beri wang. Dia kata mahu beri rumah di Ladang Siliau, itu pun tidak ada. BN tidak tolong kami, kami susah. BN bagi duit enam bulan sahaja kemudian tidak ada lagi," kata seorang daripada mereka.


Itu luahan Kalimah a/p Kupun yang kecewa dengan tindakan Umno BN selepas dijanjikan 150 rumah melalui projek perumahan kos rendah (PPRT) di Ladang Siliau, mukim Port Dickson tapi tidak ditunaikan sehingga kini.


Malah, beliau berkata bantuan wang tunai berjumlah RM300 sebulan yang dijanjikan kepada penduduk estet cuma dilaksanakan selama beberapa bulan, kemudian dihentikan begitu sahaja.


M Selua Raju pula berang dengan cakap-cakap kosong pimpinan Umno-BN yang menyifatkan kerajaan Pusat hanya memanipulasi kaum India di kawasan tersebut.


“Masa undi, janji mahu bagi RM300 tapi sudah menang terus stop (henti). BN tipu semua orang. BN semua kaki tipu. Masa mahu undi macam-macam cakap tapi selepas itu tidak datang jenguk lagi," katanya.


N Tamil Maran pula mempersoal siapa yang mengaut keuntungan terhadap tanah 15 ekar – lokasi yang sepatutnya didirikan 150 rumah PPRT kepada penduduk empat ladang estet.


“Kita tanya sama ketua-ketua MIC, berapa mereka dapat tapi semua diam saja. Kalau dapat wang dapat, beri pada sekolah atau surau. Kawasan ini lebih kurang 15 ekar, RM20,000 boleh dapat,” katanya.


Lantaran itu, M Selua berharap pengundi Hulu Selangor berwaspada supaya tidak mudah terpedaya dengan mulut manis pimpinan Umno-BN.


“Orang Hulu Selangor, jangan beri BN menang tapi lebih baik sokong PKR. Sekarang orang BN mesti sibuk cuci otak orang Hulu Selangor. BN selalu cakap macam-macam untuk menang. MIC memang kaki tipu," katanya.



Rakyat selesa Perhentian Bas Tmn Selasih Fasa 2 telah siap dibina


Gombak- Kemudahan Awam yang telah telah mengalami kemalangan pada musim cuti perayaan Tahun Baru Cina 2 bln yang lalu, telah diperbaiki.

Alhamdulilah atas kecekapan dan ketangkasan Ahli Majlis MPS Zon 11 dalam mengambil tindakan segera setelah menerima aduan penduduk akhirnya telah dipandang serius oleh pihak MPS untuk bersama – sama membangunkan perhentian bas tersebut secepat mungkin.

Menurut Pn Khatifah, Perhentian bas tersebut telah selamat dibina sepenuhnya pada 7hb April, 2010.

Beliau berharap kemudahan awam yang telah siap dibina hendaklah dimanfaatkan sebaiknya kerana untuk menguruskan permohonan tersebut mengambil masa 2 bulan daripada pihak MPS.

Disebabkan hal ini adalah “emergency case” maka permohonan tersebut diluluskan segera oleh MPS.

Besar harapan saya, agar semua pihak harus bekerjasama untuk menjaga kemudahan awam ini dengan sebaiknya, kerana untuk kebaikan kepada semua pengguna.

Andai kita tidak bertanggunggjawab untuk menjaga kemudahan ini bersama, sudah pasti anak-anak yang menunggu ibubapa/penjaga khususnya di sekolah Tmn Selasih akan merasa kepanasan dan tidak mempunyai tempat berteduh lagi. Disini siapakah yang merasa kerugiannya, sudah pasti diri kita dan pengguna yang lain.

Selain daripada itu, beliau juga melahirkan kekecewaannya apabila dilihat perhentian bas Jln Samudra Barat 1, yang baru sahaja dibina 2 bulan didapati tiang perhentian bas telah patah.

Beliau berkata, setiap kali ingin mengambil anak ke sekolah di dapati tiang tersebut semakin jatuh.

Baru-baru ini, Kontraktor yang dillantik oleh MPS, memaklumkan kepada saya dalam temubual bersama wartawan,” mengatakan, sedang beliau hendak menuju ke tapak pembinaan perhentian bas di Tmn Selasih untuk membuat kerja-kerja pengurusan didapati beberapa orang mengetuk tiang perhentian bas tersebut. Saya dapati ada kesan ketukan pada tiang yang telah patah” katanya.

Apabila saya melawat kawasan berkenaan, didapati jelas kelihatan ada kesan ketukan pada tiang tersebut. Kita sediakan tiang tersebut bukan untuk ditendang, diketuk dan sebagianya tetapi adalah satu hiasan dan untuk kegunaan orang awam apabila hendak menggunakan perhentian bas ini. Ini adalah untuk mendisplinkan pengguna juga untuk beratur ketika menaiki kenderaan tetapi jadi sebaliknya.

Saya tidak tahu apa motif mereka buat sedemikian, dengan merosakkan kemudahan awam yang telah disediakan. Semenjak saya menjadi Ahli Majlis di Zon Gombak, alhamdulilah kita telah sediakan 2 buah perhentian bas yang cukup selesa untuk semua masyarakat disini, tetapi mengapa apabila kemudahan disediakan mereka membuat kerosakkan pula.

Selain daripada tiang yang mengalami kerosakan didapati jalan raya di tepi pinggiran perhentian bas juga telah banyak mengalami kerosakan yang teruk.

Saya bimbang jika tidak dinaiktaraf jalan tersebut, akan menyebabkan air mudah bertakung, keselamatan pengguna terancam dan sebagainya. Aduan ini akan diusulkan kepada YB Dato’ Hassan & MPS untuk tindakan selanjutnya.

Semoga semua pihak dapat memainkan peranan masing-masing dan menjadi masyarakat yang bertanggungjawab sepenuhnya.

Menurut En Fairuz Kontraktor daripada MPS, berkata untuk membuat kerja-kerja membina sesuatu projek adalah mengambil dalam masa 2 minggu dan tidak terlalu cepat kerana jika kita ambil masa yang singkat bimbang kerja-kerja pembinaan adalah tidak berkualiti tinggi dan akan mendatangkan kerugian. Ini yang kita tidak mahu terjadi ujarnya dalam penermuan bersama wartawan harakah.

Editor : Khaulah Azwar


SIMFONI KASIH TAUTAN HATI