Tuesday, March 16, 2010
Tarik rayuan kerana tidak yakin sistem kehakiman- Anwar
Sivakumar Sebagai Speaker Elak Kecelaruan
KUALA LUMPUR 16 MAC: Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat Perak menyeru Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir supaya menghormati permintaan rakyat yang mahukan V Sivakumar mempengerusikan sidang DUN, akhir Mac ini.Persetujuan Zambry itu dianggap penting bagi mengelak sebarang kecelaruan berhubung status Speaker DUN yang masih belum diputuskan mahkamah.
Dewan Rakyat Tolak Usul Royalti Minyak
Salahuddin berkata, usul itu dihantar pada 10 Mac lalu selepas penemuan dua dokumen penting yang membuktikan jawapan Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada sesi Parlimen lepas merupakan jawapan yang sama sekali tidak menepati perjanjian digariskan oleh Petronas.
“Saya telah mendapat beberapa penemuan baru selepas parlimen ditangguhkan akhir tahun lepas. Dan kita tetap tidak bersetuju sama sekali dengan jawapan yang awal oleh YAB Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri tentang isu tiga batu nautika,”katanya.
Malaysia Kini, Sinar Harian Lawat TV Selangor
Monday, March 15, 2010
Tempahan Foto Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR, PMR, PMRA

Salam…
Ibubapa/penjaga dan semua pengunjung setia blog Adun Gombak Setia yang dihormati, disini pihak kami ingin memaklumkan kepada ibubapa yang berminat untuk mendapat foto anugerah pelajar cemerlang sesi 2009, sila membuat tempahan foto tersebut dengan segera dan boleh berurusan dengan pej. PKM Dun Gombak Setia, Ukhti Nurul 019-3281840, 019-6453612 pej 03-61887869 / 03-61852030.
1 keping foto RM 25 termasuk frame (8R). Foto tersebut akan ditulis Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR, PSRA & PMR sesi 2009 anjuran Adun Gombak Setia.
Setiap pelajar yang telah menerima anugerah foto mereka ada jual di pej Adun. Bagi sesi bersama kawan-kawan dan YB Dato' Hassan B. Mohamed Ali juga ada dijual disini… cepat… tempahan masih terbuka sah sehingga akhir bulan. Deposit RM10. Sebarang pertanyaan sila hubungi kami segera..terima kasih..
Editor : Khaulah Azwar
