Monday, February 22, 2010

Mohon bantuan buat penyakit kronik jantung berlubang

Salam.. buat semua pengunjung yg perihatin.. tlg wawarkan liputan ini ke blog semua.Bantulah insan ini..semoga ada sinar baru utk beliau meneruskan kehidupan .. Berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya.. Ya-ALLAH berilah kekuatan, kesabaran kpd insan kecil ini bersama ahli keluarganya..bukakanlah pintu kemudahan bg nya..

ana juga turut merasai perit dan kesakitannya :(





Assalamualaikum w.b.t,

Nama saya Adrianna Alysya Bt Mohd Hanib berasal dari Kuala Lumpur.
Umur saya 6 tahun 10 bulan. Saya mengidap penyakit kronik jantung berlubang yang serius sejak saya dilahirkan dan saya adalah Orang Kurang Upaya (OKU) iaitu tidak boleh mendengar, bercakap, dan berdiri. Boleh dikatakan setiap bulan saya dirawat dihospital.Saya memerlukan sejumlah bantuan kewangan daripada Tuan / Puan untuk meringankan beban kewangan ibubapa saya bagi :-

1 ) Membeli sebuah kerusi roda khas untuk kanak - kanak seperti saya, yang berharga lebih kurang RM 3,000.00
2 ) Membayar hutang Institut Jantung Negara lebih kurang RM25,000.00.
3 ) Menampung perbelanjaan kos rawatan saya dari masa ke semasa.

Dilampirkan salinan dokumen - dokumen yang berkaitan untuk rujukan Tuan / Puan. Saya merayu kepada Tuan / Puan agar dapat menghulurkan sedikit sumbangan sekadar yang mampu bagi meringankan beban kami sekeluarga.

Sebarang sumbangan harap dapat disalurkan ke akaun / atas nama :-
Adrianna Alysya Bt Mohd Ha nib
CIMB Bank A/c No 1427 006 1573 521

Sekiranya sumbagan Tuan dalam bentuk cek diharap dapat hubungi ibu saya Fazirah Bt Sidek 012 658 0456 / 013 695 3030
Harap dapat sebarkan e-mail saya ini kepada 10 atau lebih kenalan Tuan/Puan. Jasa baik Tuan / Puan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Semoga Allah s.w.t sahaja yang dapat mem bala s budi baik Tuan/Puan.Saya doakan. Semoga Tuan/Puan sekeluarga dirahmati Allah s.w.t dan sihat sejahtera. Sekian,
terimakasih.

Adiranna Alysya

Kenduri Kesyukuran untuk Adun Gombak


Gombak – Majlis kesyukuran sempena penerimaan CF bagi Pusat Pendidikan Sek. Men ISLAM Al Amin, Gombak telah diadakan baru-baru ini bagi tanda kesyukuran diatas kejayaan YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali/ Adun Gombak Setia yang telah bertungkus lumus untuk mendapatkan CF bagi sekolah tersebut.

Tn Hj. Shahrom Mat Sharif yang merupakan Pengelola Lembaga Pusat Pendididkan Al-Amin menyatakan, beliau terlalu gembira kerana selama Sek. Al-Amin ditubuhkan di Kaw. Gombak bermula 1986 sehingga 2009 pihak Sek. mendirikan pusat pendidikan ini dengan tidak mempunyai CF.

Alhamdulilah, semenjak PR memerintah Sek. Al-Amin telah memperolehi CF atas usaha YB Dato’ Hasan bersama semua pihak.

Dengan hasil kejayaan beliau, pihak kami telah bersetuju untuk mengadakan Majlis Kesyukuran untuk meraikan kejayaan tersebut dan sebagai tanda penghargaan terima kasih diatas kerjasama, kesungguhan YB Dato’ membantu pihak sekolah selain daripada itu untuk merasmikan Dewan baru yang telah dibina bagi keselesaan para pelajar disini.

Semoga ALLAH memberkati setiap usaha murni dan keperihatinan YB Dato’ dalam semua perkara terhadap masyarakat. Peranan dan tanggungjawab yang diberikan beliau kepada masyarakat amat memberi kepuasan kepada semua. Inilah yang sepatutnya harus ada dalam ciri-ciri pimpinan untuk memberi kebaikan kepada masyarakat setelah diberi mandat. katanya, dalam majlis tersebut.

Majlis pelancaran dan ucapan perasmian Kesyukuruan telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hasan. Beliau telah diiringi dengan semua kakitangan PKM Dun Gombak Setia, MPS, Ahli Majlis MPS Zon Gombak, Ketua Kg dan Nazir Masjid.

YB Dato’ mengucapkan kepada pihak sekolah dan semua ibubapa/penjaga dan warga Sek. Al Amin yang hadir bahawa ini merupakan tanggungjawab beliau sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor/Adun Gombak Setia untuk memberi bantuan kepada masyarakat.

Atas usaha bersama MPS, JKR, JPS, Pej Tanah dan semua pihak akhirnya Pusat Pendidikan Al-Amin telah berjaya mendapat CF. Saya mengucapkan terima kasih buat semua yang memberi komitment yang tinggi dan sentiasa memberi kerjasama pada saya. Saya akan sentiasa memberi sokongan padu lebih-lebih lagi jika mengenai pendidikan kearah mendalami ilmu agama. Tanpa agama manusia akan lupa diri kerana daripada kecil dibangku sekolah kita perlu mendidik anak bangsa kita mencintai dan mendalami ilmu agama, daripada situlah akan lahirnya generasi Al-Quran dan pimpinan akan datang juga tidak akan menolak perjuangan ISLAM, isnya-allah.

Alhamdulilah kini Al-Amin tidak ketinggalan arus pemodenan dan semakin berkemajuan. Institusi ini juga telah mendapat sambutan masyarakat ISLAM dengan baik. Lebih-lebih lagi Sekolah Al-Amin ini juga berhampiran dengan Univ. ISLAM Antarabangsa, Kolej, dan Sekolah Integrasi ISLAM, semoga negeri diselangor ini akan membangun dengan konsep ISLAM juga.

Agak menghairankan Sek. Al-Amin yang telah dibina semenjak 24thn dan mempunyai bilangan murid yang ramai tidak mempunyai CF walaupun telah lama memohon semenjak pemerintahan UMNO. Amat membimbangkan, jika terjadi perkara yang tidak diingini ketika pelajar dan kakitangan berada disekolah ketika itu. Jadi, saya rasa tidak wajar dan berjanji akan membuat terbaik untuk membantu pihak sekolah agar masalah ini dapat diatasi dengan secepat mungkin.

Alhamdulilah hasil tersebut telah kita perolehi, semoga institusi pendidikan ini akan semakin berkembang, isnya-ALLAH, ujarnya dalam Majlis Kesyukuran Pelancaran Penyampaian CF.

Majlis penyampaian CF telah disampaikan oleh YB Dato’ diiringi En. Johari Mohamad daripada Jabatan Perancangan Bandar, MPS untuk diserahkan kepada pihak Pengelola Pendidik Sekolah Al-Amin iaitu Ustaz Hj. Shaarom Mat. Sharif.

Bagi memeriahkan suasana kesyukuran pihak Sekolah juga telah mengadakan Nasyid daripada para pelajar Al-Amin.

Editor : Khaulah Azwar

Adun Gombak Meraikan Masyarakat Thioghua sempena Gong Xi Fa cai


Gombak – Tembok pemisah yang dibina oleh Umno / Barisan Nasional antara PAS dan masyarakat Cina di Malaysia telah tumbang dan tidak membuahkan hasil untuk memecah belahkan perkauman dengan mengadakan berbagai fitnah dan provokasi terhadap parti PAS/PR pada masa kini.

Ia bermula pada detik pilihanraya umum yang lalu sehingga kini apabila pilihanraya kecil diadakan ramai masyarakat Tionghua mengibarkan bendera PAS dan melilitkan bendera dibadan mereka dimana, ketika itu DAP sudah berani mengambil dan mengibarkan bendera PAS dan boleh menerima perjuangan dan memahami perjuangan PAS.

Perkara ini dinyatakan oleh beberapa orang masyarakat Tioghua kepada wartawan PKM Dun Gombak Setia sempena meraikan Tahun baru cina yang telah diadakan oleh YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali Exco Kerajaan Negeri Selangor/ Adun Gombak Setia bersama saf-saf pimpinan PAS Gombak, Ahli Majlis MPS Zon Gombak, Ketua-Ketua Kg, Nazir Masjid Gombak, baru-baru ini.

Dalam perutusan meraikan Tahun Baru Cina baru-baru ini, YB Dato’ menyatakan “Dalam Arena Politik masa kini, jelas kelihatan masyarakat Tionghua tempatan telah memainkan peranan yang penting dalam membentuk dan mempengaruhi lanskap politik baru di Malaysia. Semoga dengan dokongan kaum-kaum lain termasuklah orang-orang Melayu dan India, kita bersama-sama memberikan harapan baru ke arah lahirnya nanti satu negara Malaysia yang lebih Adil, Bersih dan Aman buat semua”.

Oleh itu, pimpinan PAS dipelbagai peringkat sedang giat merancang dan menjalankan pelbagai aktiviti meraikan ketibaan Tahun Baru Cina, Bersama masyarakat Cina setempat.

YB Dato’, saf pimpinan PAS Gombak, kakitangan PKM Dun Gombak Setia dan Sri Gombak bersama Kelab Penyokong PAS dari kalangan kaum China telah mengadakan makan bersama rakyat sempena kedatangan Tahun Baru Cina.

Kelihatan begitu ramai penduduk tempatan dari kalangan masyarakat China telah diraikan dan tidak dapat dikira kerana dewan perkarangan pasar Tani Moden Sri Gombak telah dipenuhi oleh rakyat sekitarnya.

YB Dato’ Hasan berkata, beliau begitu sukacita dengan kehadiran yang ramai, melebihi luar jangkaan.

“Saya minta maaf, kalau ada yang tidak dapat limau, saya beli sebanyak 250 kotak limau, kad yang dicetak sebanyak 3000 keping kad sudah habis, sebab saya jangka hanya 250 orang akan hadir, tapi sekarang sudah melebihi orang, walaubagaimanapun saya janji tahun akan datang kita akan buat lebih meriah dan semua orang akan dapat limau, kad, angpow. Terima kasih kerana sudi hadir dan sentiasa memberi sokongan padu bersama pihak kami (PAS/PR) dan saya ucapkan buat semua “Gong Xi Fa Cai” ujar YB Dato’ ketika berucap dalam majlis tersebut.

Selain memberi limau, kad, mengadakan tarian naga ,YB Dato’ juga telah mengagihkan angpow kepada semua yang hadir, yang sudah menjadi lambang sambutan perayaan tersebut. Jelas kelihatan kegembiraan hati mereka terutamanya anak-anak kecil yang menerima angpow.

Setelah meraikan Tahun Baru Cina, beliau terus menjalankan tanggungjawabnya di Sek. Al-Amin Gombak untuk menyampaikan CF kepada sekolah berkenaan.

KOLEKSI FOTO

Editor : Khaulah Azwar


Sepatutnya nasi Bungkus tu untuk PM & MB bkn rakyat.. parah2..


Bajet Kementerian Pelajaran tahun 2010, banyak dipotong. Sebelum ni saya telah menulis beberapa artikel mengenai perkara ini, di mana kesimpulannya ialah ibu bapa, guru dan pelajar dalam mengharungi tahun 2010 ini hendaklah bekerjasama.

Nak baiki apa-apa kerosakan di sekolah, memang tak ada bajet.

Baru-baru ini saya dimaklumkan sebuah sekolah di Seremban yang dikira elit juga, gurunya terpaksa guna duit sendiri dan lantik kontraktor untuk baiki lantai kelasnya yang banyak rosak.

Syabas diucapkan kepada guru tersebut. Guru-guru yang prihatin macam ni sepatutnya diberi pengiktirafan kerana sanggup mengorbankan duit dan masa untuk membaiki kelas yang rosak demi masa depan anak bangsa 1Malaysia.

Oleh itu saya menyerulah kepada semua ibu bapa agar lebih prihatin akan nasib guru-guru di sekolah. Janganlah terpedaya dengan Sekolah Kluster ke, Sekolah Berprestasi Tinggi ke , Sekolah Berasrama Penuh ke, Sekolah Plaster ke, kerana akhirnya guru juga yang terpaksa berkorban.

Kalau Kementerian Pelajaran selalu hantar nazir untuk pantau perkembangan guru. Siapakah yang akan pantau keselamatan dan kerosakan di bilik darjah ? Boleh tak guru pula buat laporan , untuk mengukur prestasi Jabatan dan Kementerian ? Barulah adilkan ?

Kalau sekolah di bandar maju macam Seremban ni pun guru-guru terpaksa berkorban baiki sekolah, macamanalah agaknya sekolah-sekolah di Bahau, di Palong, di Gemas, di Rantau ya ?

Artikel sebelum ini mengenai akibat dan tindakan bajet Kementerian Pelajaran yang banyak dipotong untuk tahun 2010 :

Ibu bapa kena bawa tukul besi ke sekolah tahun 2010
http://waghih.blogspot.com/2009/12/ibu-bapa-kena-bawa-tukul-besi-ke.html

2010 Guru kena bawa baldi ke sekolah
http://waghih.blogspot.com/2010/01/2010-guru-kena-bawa-baldi-ke-sekolah.html

Bankrap sangatkah Kementerian Pelajaran tahun 2010 ni
http://waghih.blogspot.com/2010/01/bankrap-sangatkah-kementerian-pelajaran.html

Bayar yuran sekolah awal 2010 utk bayar bil
http://waghih.blogspot.com/2009/12/bayar-yuran-sekolah-awal-2010-utk-bayar.html

Saturday, February 20, 2010

Malunya seorang wanita, akhie salman



MUKADDIMAH

Dulu2 saya ada ditanya oleh bekas pelajar sy ada bertanya
tentang muslimah yang menayangkan pelbagai gambar didalam blog dan freindster. Saya jawab hukumnya harus selagi mana ia menutup aurat. Namun dari sudut adab yang tinggi bagi seorang muslimah tidak selayaknya sebagai muslimah yang mempunyai sifat malu yang tinggi untuk dia sewenang-wenangnya mendedahkan diri dan mukanya kepada khalayak ramai tanpa tujuan yang dibenarkan. Sebentar tadi saya baca buku "makarimul akhlak Fil Islam" yang tentang kisah seorang wanita yang malu mendedahkan mukanya di mahkamah perbicaraan Islam. Oleh itu saya ingin menulis tentang malunya seorang wanita.

MALUNYA WANITA DALAM QURAN

Didalam al-Quran disebut kisah dua anak Nabi Syuaib as dengan Nabi Musa as. Firman Allah swt:

"Salah seorang anak perempuan Nabi Syuaib as berjalan untuk menemui Nabi Musa dengan penuh rasa malu" (25 : al-Qasas)

Dalam tafsir Sofwatut Tafasir menyatakan anak perempuan Nabi Syuaib as datang sambil menutup mukanya dengan pakaiannya.

Anak Nabi Syuaib as ini datang berjumpa dengan Nabi Musa atas arahan ayahnya yang sudah uzur.

Pengajaran:
Wanita yang mempunyai urusan dengan lelaki hendaklah berjumpa dengan penuh rasa malu dan adab yang tinggi.

MALUNYA WANITA DALAM SUNNAH


"Nabi saw tersangat malu lebih dari malunya anak dara yang berada disebalik tirainya." (Hr Ahmad -sahih)

Dalam hadis menunjukkan kepada malunya seorang wanita terutama anak dara. Ia sepatutnya tidak mempamirkan diri kepada yang bukan mahramnya tanpa keperluan.

KISAH MALUNYA SEORANG WANITA

Seorang isteri telah mengemukakan aduan kepada qadi Mu'tadid Ali ar-Rayy tentang 500 dinar (wang mas) kahwin yang belum dibayar oleh suaminya. Wanita tadi membawa beberapa orang saksi yang menyokong dakwaannya. Si suami tidak mengakui dakwaan si isteri. Qadi pun menyuruh saksi-saksi untuk mengemukakan penyaksian mereka untuk menyokong dakwaan si isteri. Para saksi berkata:

"Wanita ini hendaklah memperlihatkan wajahnya supaya kami dapat pastikan dia lah wanita yang kami maksudkan."

Si Qadi menerima permintaan para saksi dan menganggapnya itu hak saksi2. Wanita menolak untuk menunjukkan mukanya kerana malu. Si Qadi menyuruh wanita tadi untuk memperlihatkan wajahnya untuk meneruskan dakwaan tadi. Tiba2 si suami yang bersimpati dengan isterinya segera berkata:

"Tidak usah tunjukkan muka mu. Aku mengakui dakwaan mu itu."

Si isteri terkesan dengan sikap suaminya lalu berkata:

"Aku menjadikan Allah sebagai saksi dan juga kamu semua bahawa aku halalkan semua mas kahwinku dunia dan akhirat."

Pengajaran:
Walaupun ditempat yang sepatutnya wanita tadi membuka purdahnya untuk mendapatkan haknya tetapi oleh kerana itu sifat malu yang tinggi menyebabkan dia sanggup mengorbankan 500 dinar (wang emas).

KESIMPULAN

Oleh itu, walaupun wanita diharuskan meletakkan gambarnya diruang yang dilihat oleh bukan mahramnya selagi menutup aurat t
etapi sebagai muslimah yang kuat pegangannya dengan Islam dan sifat malunya yang tinggi hendaklah menjaga dari mendedahkan gambarnya tanpa sebab dan tujuan seperti diletakkan gambarnya di blog dan friendster. Terutama yang mempunyai paras rupa yang cantik amatlah dituntut untuk mengelakkan perkara ini. Ini kerana Islam melarang wanita melakukan perkara yang boleh mencairkan hati lelaki dan menimbulkan fitnah. Firman Allah swt:

"Janganlah para wanita itu menghentak kakinya dengan tujuan supaya orang lelaki mendengar bunyi gelang kakinya sehingga menarik perhatian orang lelaki." (Sebahgian ayat 30 : an-Nur)

Peringatan: Hendaklah sifat malu ini tidak memilih jenis bangsa dan tempat. Jangan di luar negara (mesir contohnya) mempunyai malu yang tinggi tetapi tidak dimalaysia. Hendaklah sifat malu itu kerana Allah bukannya kerana manusia. Sentiasa mengawasi kita dimana sahaja kita berada.

MALUNYA WANITA TIDAK MENEGAH IA UNTUK KELUAR MENUNTUT ILMU AGAMA

Walaupun Islam menyanjung sifat malu pada wanita tetapi hendaklah sifat malu itu tidak menegah dari dia keluar menuntut ilmu. Kita lihat kesungguhan para wanita di zaman Nabi saw. Abu Sai'id al-Khudri berkata:

"Seorang wanita berjumpa Rasulullah saw dan berkata "Wahai Rasulullah, orang2 lelaki beruntung kerana selalu mendapat tazkirah darimu. Kami minta satu hari untuk kamu khususkan kepada kami bagi menyampaikan ilmu yang telah engkau ajarkan." Lalu Nabi saw menjawab:

"Berhimpun pada hari sekian-sekian. "

Kami pun berhimpun pada hari yang telah ditetapkan Nabi dan Nabi saw mengajar mereka apa yang telah ajarkan pada Nabi saw." (Hr Bukhari dan Muslim - sahih)

Dalam athar ada menyebut:

"Sebaik-baik wanita adalah wanita ansar, sifat malu yang ada pada mereka tidak menghalang mereka bertanya dan mencari ilmu agama."

Pengajaran: Oleh itu ditempat yang diperlukan , wanita hendaklah berani e hadapan. Kita lihat zaman Nabi dan para sahabat bagaimana berani Nusaibah ra berjihad menentang musuh, Rafidah al-Aslami merawat orang lelaki yang cedera dalam peperangan, Asma' bintu Abu bakar yang menghantar makanan pada Nabi dan ayahnya dalam peristiwa hijrah, Khaulah yang menegur Khalifah umar di khalayak ramai dan lain-lain.
Jangan menggunakan alasan malu untuk menjauhkan dari kerja-kerja menegakkan Islam. Kerja-kerja ini adalah melibatkan lelaki dan perempuan seperti yang dinyatakan dalam ayat 71 surah at-Taubah.

Rujukan: Safwatut Tafasir oleh Sobuni, Makarimul Akhlak Fil Islam dan Riadus salihin oleh Imam Nawawi.

Ketika Manusia berlutut didepan neraka - Akhie Salman

Pada hari kiamat semua umat akan duduk berlutut. Mereka akan diberikan kitab amalan mereka: Allah menyalin semua yang kita akan lakukan didunia di dalam kitab untuk membalas segala perbuatan kita. Firman Allah swt:

وَتَرَى كُلَّ أُمَّةٍ جَاثِيَةً كُلُّ أُمَّةٍ تُدْعَى إِلَى كِتَابِهَا الْيَوْمَ تُجْزَوْنَ مَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
Font size
Dan (pada hari itu) kamu lihat tiap-tiap umat berlutut. Tiap-tiap umat dipanggil untuk (melihat) buku catatan amalnya. Pada hari itu kamu diberi balasan terhadap apa yang telah kamu kerjakan.

هَذَا كِتَابُنَا يَنطِقُ عَلَيْكُم بِالْحَقِّ إِنَّا كُنَّا نَسْتَنسِخُ مَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

(Allah berfirman): "Inilah kitab (catatan) Kami yang menuturkan terhadapmu dengan benar. Sesungguhnya Kami telah menyuruh mencatat apa yang telah kamu kerjakan".

Ayat 28 - 29 surah al-Jathiah.

Ibnu kathir berkata:

Semua manusia duduk berlutut kerana terlampau terkejut dengan kedatangan neraka yang ditarik malaikat. Ketika berbunyinya hembusan nafas neraka, semuanya terduduk berlutut. Nabi ibrahim pun sama dan berkata "Diriku , diriku , diriku. Aku hanya meminta padamu untuk diriku sahaja. "

Sebab apa manusia semua terduduk berlutut ? ini sebab kedatangan neraka yang ditarik oleh jutaan malaikat. Firman Allah swt:

وَجِيءَ يَوْمَئِذٍ بِجَهَنَّمَ يَوْمَئِذٍ يَتَذَكَّرُ الْإِنسَانُ وَأَنَّى لَهُ الذِّكْرَى

"Dan pada hari itu didatangkan neraka Jahannam; dan pada hari itu manusia akan ingat amalannya yang lepas, akan tetapi tidak berguna lagi mengingat itu baginya." (23 : al-Fajr)

Jutaan Malaikat yang menarik neraka seperti mana yang diceritakan oleh baginda:

يؤ
تي بجهنم يومئذ لها سبعون ألف زمام مع كل زمام سبعون ألف ملك يجرونها

" Pada hari kiamat neraka jahanam aka di datangkan oleh para malaikat. Ia mempunyai 70 ribu tali penarik. Setiap tali akan ada 70 ribu malaikat yang menariknya."

Hadis sahih Muslim.

Aaaaaaaaaaaah... begitu dahsyat sekali neraka jahannam. Patutla semua , sehingga para Nabi pun terduduk. Manusia bukan sahaja terduduk. Malahan mereka menyesal diatas kecuaian yang mereka lakukan di dunia. Lihatlah sambungan ayat tadi. Tuhan berfirman :

يَقُولُ يَا لَيْتَنِي قَدَّمْتُ لِحَيَاتِي

(setelah didatangkan neraka) Dia berkata: "Alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan (amal saleh) untuk hidupku ini"

ayat 24 : al-Fajr

Seorang sahabat Nabi saw yang bernama Muhammad bin Abi 'Amirah berkata:

"Kalulah seorang hamba Allah itu merebahkan wajahnya ke bumi sejak ia dilahirkan sehingga dia mati dalam melakukan ketaatan nescaya dia tetap akan menghina dirinya pada hari kiamat dan berharap akan kembali ke dunia untuk menambahkan amalan dan pahala."

Hadis Mauquf dgn sanad sahih riwayat Imam Ahmad.

Dalam ayat 23 surah al-Fajr diatas tuhan menyatakan bahawa ketika neraka jahannam dibawa oleh malaikat barulah manusia teringat untuk beramal, tetapi tuhan jawab:

وَأَنَّى لَهُ الذِّكْرَى

"Dan apa gunanya manusia baru teringat ketika itu." (23 : al-Fajr)

Tuhan telah memberi manusia peluang yang cukup di dunia tetapi manusia tidak menggunakannnya , maka terimalah akibatnya pada hari kiamat. Firman Allah swt:

وَهُمْ يَصْطَرِخُونَ فِيهَا رَبَّنَا أَخْرِجْنَا نَعْمَلْ صَالِحاً غَيْرَ الَّذِي كُنَّا نَعْمَلُ أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُم مَّا يَتَذَكَّرُ فِيهِ مَن تَذَكَّرَ وَجَاءكُمُ النَّذِيرُ فَذُوقُوا فَمَا لِلظَّالِمِينَ مِن نَّصِيرٍ

Dan mereka berteriak di dalam neraka itu : "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari neraka) nescaya kami akan mengerjakan amal yang saleh berlainan dengan yang telah kami kerjakan(tuhan berkata)". Dan bukankah Kami telah memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mau berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan ? maka rasakanlah (azab Kami) dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolongpun. (37 : al-Fatir)

Jadi hujjah Allah kepada ahli neraka ada dua:

Pertama: Allah sudah memberi umur dan masa yang cukup tetapi manusia sibuk dengan kepentingan dunia. Amalan agama pun diniatkan untuk dunia. Jadi setiap detik yang kita lalui ini amatlah berharga.

Kedua: Para pemberi peringatan dikalangan Rasulullah saw dan para ulama sudah memberi peringatan tetapi kita tidak mahu mendengarnya. Kita malas untuk ke majlis ilmu.

Pada ketika manusia berlutut di depan neraka , setiap manusia hanya memikirkan tentang dirinya sahaja. Manusia tidak memikirkan hal keadaan orang lain. Ibu bapanya, sanak saudara , rakan taulan, kekasih hati dan lain-lain. Semuanya sibuk dengan diri masing-masing. Firman Allah swt:

يَوْمَ يَفِرُّ الْمَرْءُ مِنْ أَخِيهِ .وَأُمِّهِ وَأَبِيهِ . وَصَاحِبَتِهِ وَبَنِيهِ . لِكُلِّ امْرِئٍ مِّنْهُمْ يَوْمَئِذٍ شَأْنٌ يُغْنِيهِ

"pada hari ketika manusia lari dari saudaranya, dari ibu dan bapaknya, dari istri dan anak-anaknya. Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya. " (33-37 : Abasa)

KESIMPULAN

Marilakah kita sama2 menginsafi diri dan kembali pada tuhan. Tuhan bertanya bila hati kita hendak khusyuk dan diri kita hendak tunduk dengan ajaran tuhan. Firman Allah swt:

أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَن تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فَاسِقُونَ

"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik." (16 : al-Hadid)

MARILAH KITA KEMBALI KEPADA TAAT DAN JAUH DARI MAKSIAT ZAHIR DAN BATIN. TAAT ITU KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT SERTA MAKSIAT ITU MEMBAWA KEKECEWAAN DUNIA AKHIRAT

rujukan: Tafsir Ibnu kathir dan Ahwal Yaumil Qiamah oleh ibnu kathir.

Doa Kecelakaan orang yang dizalimi


PANDANGAN AL-QURAN Allah swt telah berfirman:

لا يحب الله الجهر بالسوء من القول إلا من ظلم وكان الله سميعا عليما

" Allah tidak suka seseorang mengatakan sesuatu yang buruk kepada seseorang dengan terang-terangan melainkan orang yang dizalimi maka dia boleh menceritakan kezaliman tersebut ; dan Allah itu maha mendengar dan maha mengetahui." ( 148 : an-Nisa)

Ibnu Abbas r.a telah mentafsirkan ayat ini: "ALLAH TIDAK SUKA SESEORANG MENDOAKAN KEBURUKAN KEPADA SESORANG YANG LAIN KECUALI ORANG YANG DIZALIMI. SESUNGGUHNYA ALLAH TELAH MEMBERIKAN KEBENARAN KEPADANYA UNTUK MENDOAKAN KEBURUKAN KEPADA ORANG YANG DIZALIMI. JIKA DIA BERSABAR MAKA ITU LEBIH BAIK BAGINYA." Qatadah berkata: ALLAH MEMBERIKAN KELONGGARAN KEPADA ORANG YANG DIZALIMI UNTUK MENDOAKAN KEBURUKAN. INI SEPERTI MANA YANG KAMU DENGAR. PANDANGAN RASULULLAH

Banyak hadis2 Rasulullah berkenaan dengan doa kepada orang yang dizalimi. Ini adalah diantara doa yang mustajab doanya. Diantara hadis-hadis tersebut adalah:-
1. Hadis dari Anas r.a , Rasulullah saw bersabda:

اتق دعوة المظلوم وإن كان كافرا فإنه ليس دونها حجاب

" Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi sekalipun dia adalah orang kafir. Maka sesungguhnya tidak ada penghalang diantaranya untuk diterima oleh Allah."
Hadis riwayat Ahmad - sanad hasan

2. Hadis dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah saw bersabda:

اتق دعوة المظلوم فإنها تصعد إلى السماء كأنها شرارة

"Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara."


Hadis riwayat Hakim - sanad sahih


3. Hadis dari Khuzaimah bin Thabit r.a, Rasulullah saw bersabda:

اتقوا دعوة المظلوم فإنها تحمل على الغمام يقول الله عز وجل : وعزتي وجلالي لأنصرنك ولو بعد حين

" Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi. Allah swt berkata : Demi kemulian dan keagunganku, aku pasti akan menolongmu walaupun setelah masa yang lama."
Hadis riwayat Tobrani - sanad hasan

4. Hadis dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda:

ثلاث دعوات مستجابات : دعوة الصائم ودعوة المظلوم ودعوة المسافر

" Tiga doa yang diperkenankan: Doa orang puasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir."
Hadis riwayat Baihaqi - sahih

5. Hadis dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda:

دعوة المظلوم مستجابة وإن كان فاجرا ففجوره على نفسه

" Doa orang yang dizalimi adalah diterima sekalipun doa dari orang yang jahat. Kejahatannya itu memudaratkan dirinya dan tidak memberi kesan pada doa tadi." Hadis hasan riwayat at-Tayalasi

HUKUM DOA KEBURUKAN KEPADA ORANG YANG MENZALIMI


Imam Nawawi telah meletakkan satu tajuk dalam kitabnya al-Azkar:


"BAB: HARUS BAGI SEORANG MANUSIA UNTUK MENDOAKAN KEBURUKAN KEPADA ORANG YANG MENZALIMI ORANG-ORANG ISLAM ATAU MENZALIMI DIRINYA SENDIRI."


Syeikh Ibnu Allan as-Siddiqi (pengarang syarah bagi kitab Azkar) berkata di bawah tajuk ini:

" Maksud harus yang disebut imam Nawawi adalah merangkumi sunat. Maksudnya ia tidak haram dan tidak makruh. Sekiranya doa kecelakaan kepada orang yang menzalimi manusia lain supaya terhindar dari kezalimannya maka hukumnya sunat. Sekiranya doa kecelakaan kepada orang yang menzalimi dirinya sendiri atau yang menyakitinya , sesungguhnya ini diharuskan untuk berdoa sebegini. Seeloknya dia maafkan dan melupakannya."

Dalil pengharusan.

Ini jelas melalui ayat al-Quran 148 surah an-Nisa mengikut tafsiran Ibnu Abbas seperti yg telah dinyatakan sebelum ini. Adapun hadis Rasulullah saw adalah hadis berikut:

أنه صلى الله عليه وسلم دعا على الذين قتلوا القراء رضي الله عنهم وأدام الدعاء عليهم شهرا يقول: اللهم العن رعلا وذكوان وعصية

" Sesungguhnya Nabi saw mendoakan kecelakaan kepada orang-orang yang membunuh penghafaz-penghafaz al-Quran ra dan sentiasa mendoakan kecelakaan kepada mereka selama sebulan. Baginda berdoa : Ya Allah laknatilah Ri'l, zakwan dan 'usayyah (nama2 kabilah)."

Hadis sahih Bukhari dan Muslim


Dizaman pemerintahan Umar ra , beliau telah melantik Saad bin Abi Waqas ra sebagai gabenor Kufah. Ada seorang lelaki yang bernama Usamah bin Qatadah atau Abu Sa'dah telah menuduh Sa'ad dengan kata2nya:


أما إن نشدتنا فإن سعدا لا يسير بالسرية ولا يقسم بالسوية ولا يعدل في القضية

" Sekiranya kamu bertanya kami tentang sa'ad, sesungguhnya dia tidak menyertai peperangan, tidak menyamaratakan pemberian dan tidak berlaku adil dalam hukuman."


Lalu Sa'ad berdoa:

اللهم إن كان عبدك هذا كاذبا قام رياء وسمعة فأطل عمره وأطل فقره وعرضه للفتن

" Ya Allah sekiranya hamba mu ini pembohong dan melakukannya semata kerana riya' dan sum'ah maka hendaklah engkau panjangkan umurnya, kekalkan kefakirannya dan dedahkan dia kepada fitnah."


Kemudian setelah tua, lelaki yg menuduh saad ra berkata " Aku telah terkena bencana akibat doa Sa'ad." "Abdul Malik bin Umair ra perawi hadis ini berkata: Aku melihat lelaki tadi (qatadah) selepas dia tua, dua bulu keningnya telah gugur kerana terlampau tua , dia telah menganggu perempuan-perempuan muda dengan meraba dan meramas mereka.

"
Hadis sahih Bukhari dan Muslim.

Seorang wanita bernama Arwa binti Aus telah mengadu kepada khalifah Marwan bin Hakam tentang Sa'id bin Zaid ra. Dia mendakwa Sa'ad ra telah mengambil sebahgian dari tanahnya. Lalu Sa'ad berkata : Adakah aku tergamak mengambil sebahgian dari tanahnya sedangkan aku telah mendengar sesuatu dari Rasulullah saw?" Marwan bertanya " Apa yang engkau dengar dari Rasulullah saw ?" Aku mendengar Rasulullah saw bersabda:

من أخذ شبرا من الأرض ظلما طوقه إلى سبع أرضين

" Sesiapa yang mengambil sejengkal tanah secara zalim, Allah swt akan mengalungi tanah tersebut sehingga tujuh petala bumi."


Lalu Marwaى berkata "Aku tidak akan memintamu mendatangkan saksi selepas ini." Sa'id pun berkata:

اللهم إن كانت كاذبة فأعم بصرها واقتلها في أرضها

"Ya Allah sekiranya wanita tadi berbohong maka hendaklah engkau butakan matanya dan bunuhlah dia di tanahnya. "


Wanita tadi tidak mati sehinggalah dia buta dan ketika mana dia berjalan di atas muka tanah milikinya, tiba-tiba dia jatuh di dalam lubang, lalu mati."

Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim.


KESIMPULAN

Berhati2lah terhadap doa orang yang menzalimi. Penyair berakata:

نامت جفونك والمظلوم منتبه يدعو عليك وعين الله لم تنم

Mata-matamu tidur dan orang yang dizalimi sentiasa berjaga

Dia mendoakan kecelakaan kepadamu dan Allah itu tidak tidur


Rujukan: Da'watul Mazlum oleh Abdur Rahman Yusuf dan Futuhat Rabbaniah oleh Ibnu Allah as-Siddiqi.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI