Monday, February 22, 2010

Adun Gombak Meraikan Masyarakat Thioghua sempena Gong Xi Fa cai


Gombak – Tembok pemisah yang dibina oleh Umno / Barisan Nasional antara PAS dan masyarakat Cina di Malaysia telah tumbang dan tidak membuahkan hasil untuk memecah belahkan perkauman dengan mengadakan berbagai fitnah dan provokasi terhadap parti PAS/PR pada masa kini.

Ia bermula pada detik pilihanraya umum yang lalu sehingga kini apabila pilihanraya kecil diadakan ramai masyarakat Tionghua mengibarkan bendera PAS dan melilitkan bendera dibadan mereka dimana, ketika itu DAP sudah berani mengambil dan mengibarkan bendera PAS dan boleh menerima perjuangan dan memahami perjuangan PAS.

Perkara ini dinyatakan oleh beberapa orang masyarakat Tioghua kepada wartawan PKM Dun Gombak Setia sempena meraikan Tahun baru cina yang telah diadakan oleh YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali Exco Kerajaan Negeri Selangor/ Adun Gombak Setia bersama saf-saf pimpinan PAS Gombak, Ahli Majlis MPS Zon Gombak, Ketua-Ketua Kg, Nazir Masjid Gombak, baru-baru ini.

Dalam perutusan meraikan Tahun Baru Cina baru-baru ini, YB Dato’ menyatakan “Dalam Arena Politik masa kini, jelas kelihatan masyarakat Tionghua tempatan telah memainkan peranan yang penting dalam membentuk dan mempengaruhi lanskap politik baru di Malaysia. Semoga dengan dokongan kaum-kaum lain termasuklah orang-orang Melayu dan India, kita bersama-sama memberikan harapan baru ke arah lahirnya nanti satu negara Malaysia yang lebih Adil, Bersih dan Aman buat semua”.

Oleh itu, pimpinan PAS dipelbagai peringkat sedang giat merancang dan menjalankan pelbagai aktiviti meraikan ketibaan Tahun Baru Cina, Bersama masyarakat Cina setempat.

YB Dato’, saf pimpinan PAS Gombak, kakitangan PKM Dun Gombak Setia dan Sri Gombak bersama Kelab Penyokong PAS dari kalangan kaum China telah mengadakan makan bersama rakyat sempena kedatangan Tahun Baru Cina.

Kelihatan begitu ramai penduduk tempatan dari kalangan masyarakat China telah diraikan dan tidak dapat dikira kerana dewan perkarangan pasar Tani Moden Sri Gombak telah dipenuhi oleh rakyat sekitarnya.

YB Dato’ Hasan berkata, beliau begitu sukacita dengan kehadiran yang ramai, melebihi luar jangkaan.

“Saya minta maaf, kalau ada yang tidak dapat limau, saya beli sebanyak 250 kotak limau, kad yang dicetak sebanyak 3000 keping kad sudah habis, sebab saya jangka hanya 250 orang akan hadir, tapi sekarang sudah melebihi orang, walaubagaimanapun saya janji tahun akan datang kita akan buat lebih meriah dan semua orang akan dapat limau, kad, angpow. Terima kasih kerana sudi hadir dan sentiasa memberi sokongan padu bersama pihak kami (PAS/PR) dan saya ucapkan buat semua “Gong Xi Fa Cai” ujar YB Dato’ ketika berucap dalam majlis tersebut.

Selain memberi limau, kad, mengadakan tarian naga ,YB Dato’ juga telah mengagihkan angpow kepada semua yang hadir, yang sudah menjadi lambang sambutan perayaan tersebut. Jelas kelihatan kegembiraan hati mereka terutamanya anak-anak kecil yang menerima angpow.

Setelah meraikan Tahun Baru Cina, beliau terus menjalankan tanggungjawabnya di Sek. Al-Amin Gombak untuk menyampaikan CF kepada sekolah berkenaan.

KOLEKSI FOTO

Editor : Khaulah Azwar


Sepatutnya nasi Bungkus tu untuk PM & MB bkn rakyat.. parah2..


Bajet Kementerian Pelajaran tahun 2010, banyak dipotong. Sebelum ni saya telah menulis beberapa artikel mengenai perkara ini, di mana kesimpulannya ialah ibu bapa, guru dan pelajar dalam mengharungi tahun 2010 ini hendaklah bekerjasama.

Nak baiki apa-apa kerosakan di sekolah, memang tak ada bajet.

Baru-baru ini saya dimaklumkan sebuah sekolah di Seremban yang dikira elit juga, gurunya terpaksa guna duit sendiri dan lantik kontraktor untuk baiki lantai kelasnya yang banyak rosak.

Syabas diucapkan kepada guru tersebut. Guru-guru yang prihatin macam ni sepatutnya diberi pengiktirafan kerana sanggup mengorbankan duit dan masa untuk membaiki kelas yang rosak demi masa depan anak bangsa 1Malaysia.

Oleh itu saya menyerulah kepada semua ibu bapa agar lebih prihatin akan nasib guru-guru di sekolah. Janganlah terpedaya dengan Sekolah Kluster ke, Sekolah Berprestasi Tinggi ke , Sekolah Berasrama Penuh ke, Sekolah Plaster ke, kerana akhirnya guru juga yang terpaksa berkorban.

Kalau Kementerian Pelajaran selalu hantar nazir untuk pantau perkembangan guru. Siapakah yang akan pantau keselamatan dan kerosakan di bilik darjah ? Boleh tak guru pula buat laporan , untuk mengukur prestasi Jabatan dan Kementerian ? Barulah adilkan ?

Kalau sekolah di bandar maju macam Seremban ni pun guru-guru terpaksa berkorban baiki sekolah, macamanalah agaknya sekolah-sekolah di Bahau, di Palong, di Gemas, di Rantau ya ?

Artikel sebelum ini mengenai akibat dan tindakan bajet Kementerian Pelajaran yang banyak dipotong untuk tahun 2010 :

Ibu bapa kena bawa tukul besi ke sekolah tahun 2010
http://waghih.blogspot.com/2009/12/ibu-bapa-kena-bawa-tukul-besi-ke.html

2010 Guru kena bawa baldi ke sekolah
http://waghih.blogspot.com/2010/01/2010-guru-kena-bawa-baldi-ke-sekolah.html

Bankrap sangatkah Kementerian Pelajaran tahun 2010 ni
http://waghih.blogspot.com/2010/01/bankrap-sangatkah-kementerian-pelajaran.html

Bayar yuran sekolah awal 2010 utk bayar bil
http://waghih.blogspot.com/2009/12/bayar-yuran-sekolah-awal-2010-utk-bayar.html

Saturday, February 20, 2010

Malunya seorang wanita, akhie salman



MUKADDIMAH

Dulu2 saya ada ditanya oleh bekas pelajar sy ada bertanya
tentang muslimah yang menayangkan pelbagai gambar didalam blog dan freindster. Saya jawab hukumnya harus selagi mana ia menutup aurat. Namun dari sudut adab yang tinggi bagi seorang muslimah tidak selayaknya sebagai muslimah yang mempunyai sifat malu yang tinggi untuk dia sewenang-wenangnya mendedahkan diri dan mukanya kepada khalayak ramai tanpa tujuan yang dibenarkan. Sebentar tadi saya baca buku "makarimul akhlak Fil Islam" yang tentang kisah seorang wanita yang malu mendedahkan mukanya di mahkamah perbicaraan Islam. Oleh itu saya ingin menulis tentang malunya seorang wanita.

MALUNYA WANITA DALAM QURAN

Didalam al-Quran disebut kisah dua anak Nabi Syuaib as dengan Nabi Musa as. Firman Allah swt:

"Salah seorang anak perempuan Nabi Syuaib as berjalan untuk menemui Nabi Musa dengan penuh rasa malu" (25 : al-Qasas)

Dalam tafsir Sofwatut Tafasir menyatakan anak perempuan Nabi Syuaib as datang sambil menutup mukanya dengan pakaiannya.

Anak Nabi Syuaib as ini datang berjumpa dengan Nabi Musa atas arahan ayahnya yang sudah uzur.

Pengajaran:
Wanita yang mempunyai urusan dengan lelaki hendaklah berjumpa dengan penuh rasa malu dan adab yang tinggi.

MALUNYA WANITA DALAM SUNNAH


"Nabi saw tersangat malu lebih dari malunya anak dara yang berada disebalik tirainya." (Hr Ahmad -sahih)

Dalam hadis menunjukkan kepada malunya seorang wanita terutama anak dara. Ia sepatutnya tidak mempamirkan diri kepada yang bukan mahramnya tanpa keperluan.

KISAH MALUNYA SEORANG WANITA

Seorang isteri telah mengemukakan aduan kepada qadi Mu'tadid Ali ar-Rayy tentang 500 dinar (wang mas) kahwin yang belum dibayar oleh suaminya. Wanita tadi membawa beberapa orang saksi yang menyokong dakwaannya. Si suami tidak mengakui dakwaan si isteri. Qadi pun menyuruh saksi-saksi untuk mengemukakan penyaksian mereka untuk menyokong dakwaan si isteri. Para saksi berkata:

"Wanita ini hendaklah memperlihatkan wajahnya supaya kami dapat pastikan dia lah wanita yang kami maksudkan."

Si Qadi menerima permintaan para saksi dan menganggapnya itu hak saksi2. Wanita menolak untuk menunjukkan mukanya kerana malu. Si Qadi menyuruh wanita tadi untuk memperlihatkan wajahnya untuk meneruskan dakwaan tadi. Tiba2 si suami yang bersimpati dengan isterinya segera berkata:

"Tidak usah tunjukkan muka mu. Aku mengakui dakwaan mu itu."

Si isteri terkesan dengan sikap suaminya lalu berkata:

"Aku menjadikan Allah sebagai saksi dan juga kamu semua bahawa aku halalkan semua mas kahwinku dunia dan akhirat."

Pengajaran:
Walaupun ditempat yang sepatutnya wanita tadi membuka purdahnya untuk mendapatkan haknya tetapi oleh kerana itu sifat malu yang tinggi menyebabkan dia sanggup mengorbankan 500 dinar (wang emas).

KESIMPULAN

Oleh itu, walaupun wanita diharuskan meletakkan gambarnya diruang yang dilihat oleh bukan mahramnya selagi menutup aurat t
etapi sebagai muslimah yang kuat pegangannya dengan Islam dan sifat malunya yang tinggi hendaklah menjaga dari mendedahkan gambarnya tanpa sebab dan tujuan seperti diletakkan gambarnya di blog dan friendster. Terutama yang mempunyai paras rupa yang cantik amatlah dituntut untuk mengelakkan perkara ini. Ini kerana Islam melarang wanita melakukan perkara yang boleh mencairkan hati lelaki dan menimbulkan fitnah. Firman Allah swt:

"Janganlah para wanita itu menghentak kakinya dengan tujuan supaya orang lelaki mendengar bunyi gelang kakinya sehingga menarik perhatian orang lelaki." (Sebahgian ayat 30 : an-Nur)

Peringatan: Hendaklah sifat malu ini tidak memilih jenis bangsa dan tempat. Jangan di luar negara (mesir contohnya) mempunyai malu yang tinggi tetapi tidak dimalaysia. Hendaklah sifat malu itu kerana Allah bukannya kerana manusia. Sentiasa mengawasi kita dimana sahaja kita berada.

MALUNYA WANITA TIDAK MENEGAH IA UNTUK KELUAR MENUNTUT ILMU AGAMA

Walaupun Islam menyanjung sifat malu pada wanita tetapi hendaklah sifat malu itu tidak menegah dari dia keluar menuntut ilmu. Kita lihat kesungguhan para wanita di zaman Nabi saw. Abu Sai'id al-Khudri berkata:

"Seorang wanita berjumpa Rasulullah saw dan berkata "Wahai Rasulullah, orang2 lelaki beruntung kerana selalu mendapat tazkirah darimu. Kami minta satu hari untuk kamu khususkan kepada kami bagi menyampaikan ilmu yang telah engkau ajarkan." Lalu Nabi saw menjawab:

"Berhimpun pada hari sekian-sekian. "

Kami pun berhimpun pada hari yang telah ditetapkan Nabi dan Nabi saw mengajar mereka apa yang telah ajarkan pada Nabi saw." (Hr Bukhari dan Muslim - sahih)

Dalam athar ada menyebut:

"Sebaik-baik wanita adalah wanita ansar, sifat malu yang ada pada mereka tidak menghalang mereka bertanya dan mencari ilmu agama."

Pengajaran: Oleh itu ditempat yang diperlukan , wanita hendaklah berani e hadapan. Kita lihat zaman Nabi dan para sahabat bagaimana berani Nusaibah ra berjihad menentang musuh, Rafidah al-Aslami merawat orang lelaki yang cedera dalam peperangan, Asma' bintu Abu bakar yang menghantar makanan pada Nabi dan ayahnya dalam peristiwa hijrah, Khaulah yang menegur Khalifah umar di khalayak ramai dan lain-lain.
Jangan menggunakan alasan malu untuk menjauhkan dari kerja-kerja menegakkan Islam. Kerja-kerja ini adalah melibatkan lelaki dan perempuan seperti yang dinyatakan dalam ayat 71 surah at-Taubah.

Rujukan: Safwatut Tafasir oleh Sobuni, Makarimul Akhlak Fil Islam dan Riadus salihin oleh Imam Nawawi.

Ketika Manusia berlutut didepan neraka - Akhie Salman

Pada hari kiamat semua umat akan duduk berlutut. Mereka akan diberikan kitab amalan mereka: Allah menyalin semua yang kita akan lakukan didunia di dalam kitab untuk membalas segala perbuatan kita. Firman Allah swt:

وَتَرَى كُلَّ أُمَّةٍ جَاثِيَةً كُلُّ أُمَّةٍ تُدْعَى إِلَى كِتَابِهَا الْيَوْمَ تُجْزَوْنَ مَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
Font size
Dan (pada hari itu) kamu lihat tiap-tiap umat berlutut. Tiap-tiap umat dipanggil untuk (melihat) buku catatan amalnya. Pada hari itu kamu diberi balasan terhadap apa yang telah kamu kerjakan.

هَذَا كِتَابُنَا يَنطِقُ عَلَيْكُم بِالْحَقِّ إِنَّا كُنَّا نَسْتَنسِخُ مَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

(Allah berfirman): "Inilah kitab (catatan) Kami yang menuturkan terhadapmu dengan benar. Sesungguhnya Kami telah menyuruh mencatat apa yang telah kamu kerjakan".

Ayat 28 - 29 surah al-Jathiah.

Ibnu kathir berkata:

Semua manusia duduk berlutut kerana terlampau terkejut dengan kedatangan neraka yang ditarik malaikat. Ketika berbunyinya hembusan nafas neraka, semuanya terduduk berlutut. Nabi ibrahim pun sama dan berkata "Diriku , diriku , diriku. Aku hanya meminta padamu untuk diriku sahaja. "

Sebab apa manusia semua terduduk berlutut ? ini sebab kedatangan neraka yang ditarik oleh jutaan malaikat. Firman Allah swt:

وَجِيءَ يَوْمَئِذٍ بِجَهَنَّمَ يَوْمَئِذٍ يَتَذَكَّرُ الْإِنسَانُ وَأَنَّى لَهُ الذِّكْرَى

"Dan pada hari itu didatangkan neraka Jahannam; dan pada hari itu manusia akan ingat amalannya yang lepas, akan tetapi tidak berguna lagi mengingat itu baginya." (23 : al-Fajr)

Jutaan Malaikat yang menarik neraka seperti mana yang diceritakan oleh baginda:

يؤ
تي بجهنم يومئذ لها سبعون ألف زمام مع كل زمام سبعون ألف ملك يجرونها

" Pada hari kiamat neraka jahanam aka di datangkan oleh para malaikat. Ia mempunyai 70 ribu tali penarik. Setiap tali akan ada 70 ribu malaikat yang menariknya."

Hadis sahih Muslim.

Aaaaaaaaaaaah... begitu dahsyat sekali neraka jahannam. Patutla semua , sehingga para Nabi pun terduduk. Manusia bukan sahaja terduduk. Malahan mereka menyesal diatas kecuaian yang mereka lakukan di dunia. Lihatlah sambungan ayat tadi. Tuhan berfirman :

يَقُولُ يَا لَيْتَنِي قَدَّمْتُ لِحَيَاتِي

(setelah didatangkan neraka) Dia berkata: "Alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan (amal saleh) untuk hidupku ini"

ayat 24 : al-Fajr

Seorang sahabat Nabi saw yang bernama Muhammad bin Abi 'Amirah berkata:

"Kalulah seorang hamba Allah itu merebahkan wajahnya ke bumi sejak ia dilahirkan sehingga dia mati dalam melakukan ketaatan nescaya dia tetap akan menghina dirinya pada hari kiamat dan berharap akan kembali ke dunia untuk menambahkan amalan dan pahala."

Hadis Mauquf dgn sanad sahih riwayat Imam Ahmad.

Dalam ayat 23 surah al-Fajr diatas tuhan menyatakan bahawa ketika neraka jahannam dibawa oleh malaikat barulah manusia teringat untuk beramal, tetapi tuhan jawab:

وَأَنَّى لَهُ الذِّكْرَى

"Dan apa gunanya manusia baru teringat ketika itu." (23 : al-Fajr)

Tuhan telah memberi manusia peluang yang cukup di dunia tetapi manusia tidak menggunakannnya , maka terimalah akibatnya pada hari kiamat. Firman Allah swt:

وَهُمْ يَصْطَرِخُونَ فِيهَا رَبَّنَا أَخْرِجْنَا نَعْمَلْ صَالِحاً غَيْرَ الَّذِي كُنَّا نَعْمَلُ أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُم مَّا يَتَذَكَّرُ فِيهِ مَن تَذَكَّرَ وَجَاءكُمُ النَّذِيرُ فَذُوقُوا فَمَا لِلظَّالِمِينَ مِن نَّصِيرٍ

Dan mereka berteriak di dalam neraka itu : "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari neraka) nescaya kami akan mengerjakan amal yang saleh berlainan dengan yang telah kami kerjakan(tuhan berkata)". Dan bukankah Kami telah memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mau berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan ? maka rasakanlah (azab Kami) dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolongpun. (37 : al-Fatir)

Jadi hujjah Allah kepada ahli neraka ada dua:

Pertama: Allah sudah memberi umur dan masa yang cukup tetapi manusia sibuk dengan kepentingan dunia. Amalan agama pun diniatkan untuk dunia. Jadi setiap detik yang kita lalui ini amatlah berharga.

Kedua: Para pemberi peringatan dikalangan Rasulullah saw dan para ulama sudah memberi peringatan tetapi kita tidak mahu mendengarnya. Kita malas untuk ke majlis ilmu.

Pada ketika manusia berlutut di depan neraka , setiap manusia hanya memikirkan tentang dirinya sahaja. Manusia tidak memikirkan hal keadaan orang lain. Ibu bapanya, sanak saudara , rakan taulan, kekasih hati dan lain-lain. Semuanya sibuk dengan diri masing-masing. Firman Allah swt:

يَوْمَ يَفِرُّ الْمَرْءُ مِنْ أَخِيهِ .وَأُمِّهِ وَأَبِيهِ . وَصَاحِبَتِهِ وَبَنِيهِ . لِكُلِّ امْرِئٍ مِّنْهُمْ يَوْمَئِذٍ شَأْنٌ يُغْنِيهِ

"pada hari ketika manusia lari dari saudaranya, dari ibu dan bapaknya, dari istri dan anak-anaknya. Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya. " (33-37 : Abasa)

KESIMPULAN

Marilakah kita sama2 menginsafi diri dan kembali pada tuhan. Tuhan bertanya bila hati kita hendak khusyuk dan diri kita hendak tunduk dengan ajaran tuhan. Firman Allah swt:

أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَن تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فَاسِقُونَ

"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik." (16 : al-Hadid)

MARILAH KITA KEMBALI KEPADA TAAT DAN JAUH DARI MAKSIAT ZAHIR DAN BATIN. TAAT ITU KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT SERTA MAKSIAT ITU MEMBAWA KEKECEWAAN DUNIA AKHIRAT

rujukan: Tafsir Ibnu kathir dan Ahwal Yaumil Qiamah oleh ibnu kathir.

Doa Kecelakaan orang yang dizalimi


PANDANGAN AL-QURAN Allah swt telah berfirman:

لا يحب الله الجهر بالسوء من القول إلا من ظلم وكان الله سميعا عليما

" Allah tidak suka seseorang mengatakan sesuatu yang buruk kepada seseorang dengan terang-terangan melainkan orang yang dizalimi maka dia boleh menceritakan kezaliman tersebut ; dan Allah itu maha mendengar dan maha mengetahui." ( 148 : an-Nisa)

Ibnu Abbas r.a telah mentafsirkan ayat ini: "ALLAH TIDAK SUKA SESEORANG MENDOAKAN KEBURUKAN KEPADA SESORANG YANG LAIN KECUALI ORANG YANG DIZALIMI. SESUNGGUHNYA ALLAH TELAH MEMBERIKAN KEBENARAN KEPADANYA UNTUK MENDOAKAN KEBURUKAN KEPADA ORANG YANG DIZALIMI. JIKA DIA BERSABAR MAKA ITU LEBIH BAIK BAGINYA." Qatadah berkata: ALLAH MEMBERIKAN KELONGGARAN KEPADA ORANG YANG DIZALIMI UNTUK MENDOAKAN KEBURUKAN. INI SEPERTI MANA YANG KAMU DENGAR. PANDANGAN RASULULLAH

Banyak hadis2 Rasulullah berkenaan dengan doa kepada orang yang dizalimi. Ini adalah diantara doa yang mustajab doanya. Diantara hadis-hadis tersebut adalah:-
1. Hadis dari Anas r.a , Rasulullah saw bersabda:

اتق دعوة المظلوم وإن كان كافرا فإنه ليس دونها حجاب

" Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi sekalipun dia adalah orang kafir. Maka sesungguhnya tidak ada penghalang diantaranya untuk diterima oleh Allah."
Hadis riwayat Ahmad - sanad hasan

2. Hadis dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah saw bersabda:

اتق دعوة المظلوم فإنها تصعد إلى السماء كأنها شرارة

"Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara."


Hadis riwayat Hakim - sanad sahih


3. Hadis dari Khuzaimah bin Thabit r.a, Rasulullah saw bersabda:

اتقوا دعوة المظلوم فإنها تحمل على الغمام يقول الله عز وجل : وعزتي وجلالي لأنصرنك ولو بعد حين

" Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi. Allah swt berkata : Demi kemulian dan keagunganku, aku pasti akan menolongmu walaupun setelah masa yang lama."
Hadis riwayat Tobrani - sanad hasan

4. Hadis dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda:

ثلاث دعوات مستجابات : دعوة الصائم ودعوة المظلوم ودعوة المسافر

" Tiga doa yang diperkenankan: Doa orang puasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir."
Hadis riwayat Baihaqi - sahih

5. Hadis dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda:

دعوة المظلوم مستجابة وإن كان فاجرا ففجوره على نفسه

" Doa orang yang dizalimi adalah diterima sekalipun doa dari orang yang jahat. Kejahatannya itu memudaratkan dirinya dan tidak memberi kesan pada doa tadi." Hadis hasan riwayat at-Tayalasi

HUKUM DOA KEBURUKAN KEPADA ORANG YANG MENZALIMI


Imam Nawawi telah meletakkan satu tajuk dalam kitabnya al-Azkar:


"BAB: HARUS BAGI SEORANG MANUSIA UNTUK MENDOAKAN KEBURUKAN KEPADA ORANG YANG MENZALIMI ORANG-ORANG ISLAM ATAU MENZALIMI DIRINYA SENDIRI."


Syeikh Ibnu Allan as-Siddiqi (pengarang syarah bagi kitab Azkar) berkata di bawah tajuk ini:

" Maksud harus yang disebut imam Nawawi adalah merangkumi sunat. Maksudnya ia tidak haram dan tidak makruh. Sekiranya doa kecelakaan kepada orang yang menzalimi manusia lain supaya terhindar dari kezalimannya maka hukumnya sunat. Sekiranya doa kecelakaan kepada orang yang menzalimi dirinya sendiri atau yang menyakitinya , sesungguhnya ini diharuskan untuk berdoa sebegini. Seeloknya dia maafkan dan melupakannya."

Dalil pengharusan.

Ini jelas melalui ayat al-Quran 148 surah an-Nisa mengikut tafsiran Ibnu Abbas seperti yg telah dinyatakan sebelum ini. Adapun hadis Rasulullah saw adalah hadis berikut:

أنه صلى الله عليه وسلم دعا على الذين قتلوا القراء رضي الله عنهم وأدام الدعاء عليهم شهرا يقول: اللهم العن رعلا وذكوان وعصية

" Sesungguhnya Nabi saw mendoakan kecelakaan kepada orang-orang yang membunuh penghafaz-penghafaz al-Quran ra dan sentiasa mendoakan kecelakaan kepada mereka selama sebulan. Baginda berdoa : Ya Allah laknatilah Ri'l, zakwan dan 'usayyah (nama2 kabilah)."

Hadis sahih Bukhari dan Muslim


Dizaman pemerintahan Umar ra , beliau telah melantik Saad bin Abi Waqas ra sebagai gabenor Kufah. Ada seorang lelaki yang bernama Usamah bin Qatadah atau Abu Sa'dah telah menuduh Sa'ad dengan kata2nya:


أما إن نشدتنا فإن سعدا لا يسير بالسرية ولا يقسم بالسوية ولا يعدل في القضية

" Sekiranya kamu bertanya kami tentang sa'ad, sesungguhnya dia tidak menyertai peperangan, tidak menyamaratakan pemberian dan tidak berlaku adil dalam hukuman."


Lalu Sa'ad berdoa:

اللهم إن كان عبدك هذا كاذبا قام رياء وسمعة فأطل عمره وأطل فقره وعرضه للفتن

" Ya Allah sekiranya hamba mu ini pembohong dan melakukannya semata kerana riya' dan sum'ah maka hendaklah engkau panjangkan umurnya, kekalkan kefakirannya dan dedahkan dia kepada fitnah."


Kemudian setelah tua, lelaki yg menuduh saad ra berkata " Aku telah terkena bencana akibat doa Sa'ad." "Abdul Malik bin Umair ra perawi hadis ini berkata: Aku melihat lelaki tadi (qatadah) selepas dia tua, dua bulu keningnya telah gugur kerana terlampau tua , dia telah menganggu perempuan-perempuan muda dengan meraba dan meramas mereka.

"
Hadis sahih Bukhari dan Muslim.

Seorang wanita bernama Arwa binti Aus telah mengadu kepada khalifah Marwan bin Hakam tentang Sa'id bin Zaid ra. Dia mendakwa Sa'ad ra telah mengambil sebahgian dari tanahnya. Lalu Sa'ad berkata : Adakah aku tergamak mengambil sebahgian dari tanahnya sedangkan aku telah mendengar sesuatu dari Rasulullah saw?" Marwan bertanya " Apa yang engkau dengar dari Rasulullah saw ?" Aku mendengar Rasulullah saw bersabda:

من أخذ شبرا من الأرض ظلما طوقه إلى سبع أرضين

" Sesiapa yang mengambil sejengkal tanah secara zalim, Allah swt akan mengalungi tanah tersebut sehingga tujuh petala bumi."


Lalu Marwaى berkata "Aku tidak akan memintamu mendatangkan saksi selepas ini." Sa'id pun berkata:

اللهم إن كانت كاذبة فأعم بصرها واقتلها في أرضها

"Ya Allah sekiranya wanita tadi berbohong maka hendaklah engkau butakan matanya dan bunuhlah dia di tanahnya. "


Wanita tadi tidak mati sehinggalah dia buta dan ketika mana dia berjalan di atas muka tanah milikinya, tiba-tiba dia jatuh di dalam lubang, lalu mati."

Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim.


KESIMPULAN

Berhati2lah terhadap doa orang yang menzalimi. Penyair berakata:

نامت جفونك والمظلوم منتبه يدعو عليك وعين الله لم تنم

Mata-matamu tidur dan orang yang dizalimi sentiasa berjaga

Dia mendoakan kecelakaan kepadamu dan Allah itu tidak tidur


Rujukan: Da'watul Mazlum oleh Abdur Rahman Yusuf dan Futuhat Rabbaniah oleh Ibnu Allah as-Siddiqi.

Friday, February 19, 2010

UMNO Kg Desa Makmur loncat parti, tanda rakyat menolak pimpinan & parti UMNO



Gombak – Loncat Parti sudah menjadi sinonim pada sebuah arganisasi dalam politik. Bagi sebuah organisasi yang tidak mempunyai Syarat -syarat dalam mengikuti parti politik akan mudah menimbul masalah dalam parti dan akhirnya akan keluar daripada parti. Ini yang akan memberi gambaran yang buruk kepada sebuah parti oraganisasi tersebut.

Selain daripada itu, ahli dalam parti tersebut akan mudah goyang dan berlaku berbagai-bagai perselisihan faham sehinggakan kadangkala tercetusnya berbagai perkara / berlaku tikam belakang pada kawan sendiri walaupun dalam 1 parti. Begitulah yang terjadi dalam arena parti politik pada masa kini.

Amat berbeza sama sekali parti dalam jemaah ISLAM seperti parti PAS yang mana semua ahli yang menjadi ahli PAS akan berbaiah kepada pimpinan selagi tidak melanggari syariat. Mengikhlaskan hati sepenuhnya dalam melakukan kerja-kerja ISLAM tanpa mengira masa dan apa yang dilakukan oleh ahli jemaah PAS adalah semata-mata kerana mencari keredhaan ALLAH swt untuk menegakkan Daulah ISLAMIAH sehingga tertegaknya kalimah ALLAH swt dimuka bumi ini dan membenteraskan kezaliman. Parti PAS mempunyai sahsiah yang tinggi bukan seperti parti-parti politik yang lain.

Al-Quran, Sunah, Hadis, Ijtima sentiasa menjadi pegangang dalam parti PAS. Ahli PAS akan mengikuti adab-ada berjemaah. Tarbiyah yang diserap dalam ahli jemaah PAS dengan kemantapan ILMU-ILMU oleh para alim ulama sehinggakan ahli jemaah PAS mempunyai sahsiah yang tinggi,berkahlak, menghormati antara satu sama lain di dalam jemaah sehinggakan ukhwah yang terputik dalam jemaah seperti saudara sendiri.

Sejak akhir-akhir ini, berbagai sifat manusia/ pimpinan yang telah dipilih oleh rakyat dalam PRU lalu telah keluar parti atas sebab-sebab kepentingan diri sendiri, mencari populirati murahan tanpa memikirkan hak dan kepercayaan rakyat yang telah diberikan mandat pada mereka. Sebab utama terjadinya keluar parti kerana salah satunya adalah tidak diberi didikan/tarbiyah dan kefahaman perjuangan dalam parti. Mereka keluar tanpa memikirkan masa depan rakyat dan negeri sendiri. Mereka tidak merasa bersalah pada rakyat setelah mereka dipilih dalam PRU lalu.

Menurut YDP PAS Kaw. Gombak Utz Salehuddin B. Mohd Nasir mengikuti perjuangan ISLAM dibawah pimpinan Ulama’ adalah Fardhu Ain bukan Fardhu Kifayah. Meninggal perjuangan ISLAM adalah berdosa. Tanggungjawab kita sebagai khalifah adalah menjalankan amanah dan menyambungkan perjuangan Nabi Muhammad saw bagi memastikan ISLAM dijulang bukan ditindasi oleh orang-orang yang menolak perjuangan dan hukum ISLAM.

Beliau telah mengingati kepada semua yang hadir dalam ceramah tersebut agar mengingati sirah peperangan Al-Ahzab dimana berlakunya fitnah yang amat dasyat, tetapi atas pertolongan ALLAH swt maka ISLAM telah menang dan tentera ISLAM diberi bantuan. Semoga peristiwa itu menjadi tauladan pada kita ketika ini agar tidak cepat melatah, goyah apabila diuji dengan berbagai cara yang begitu banyak sekali berlaku berbagai fitnah yang dilontarkan oleh UMNO pada parti PAS/PR dalam semua media yang telah dimonopoli oleh UMNO.

Semoga segala fitnah tersebut tidak menjadi goyah kepada ahli jemaah PAS. Anggaplah ujian yang diberi adalah tarbiyah ALLAH sebagai cubitan kasih sayang ALLAH swt pada kita agar tidak terleka dengan tanggungjawab dan setiap amanah yang diberikan dalam tugasan. Teruskan dakwah, kerja-kerja membantu agama ISLAM. Berdoa dan meletakkan harapan pertolongan kepada ALLAH swt dalam menghadapi pihak lawan dan hendaklah kita membantu melakukan gerakkerja ISLAM secara istiqama’ dan efektif. Beliau amat merasa bersyukur kepada ALLAH swt kerana dibuka pintu hati penduduk sekitar Kg Desa Makmur untuk menerima perjuangan PAS walaupun telah dipropagandakan dengan berbagai isu, namun PAS telah menyelesaikan secara profesional dan matang dalam berpolitik.

Beliau amat mengalukan semua rakyat yang hadir untuk menyertai parti PAS. Bukan semua orang dipilih oleh ALLAH swt untuk menyertai jemaah ISLAM dan membantu agama ISLAM. Sekiranya kita telah berada dalam jemaah PAS maka perlu berasa bersyukur kerana hidayah diberi oleh ALLAH dengan mendorongkan hati-hati kita berada dalam jemaah ISLAM. Insya-ALLAH, beliau telah menyusunkan berbagai strategi untuk diturunkan di peringkat kawasan dan cawangan untuk dijalankan oleh semua ahli agar cawangan-cawangan berfungsi sepenuhnya, katanya.

Saat-saat pihak UMNO melontarkan berbagai tomahan dan membuat berbagai provokasi dengan menggunakan multimedia televesyen mahupun akhbar ingin menjatuhkan parti PAS/PKR untuk mengelirukan rakyat, kini terjadi sebaliknya apabila seramai 50 orang penduduk daripada Kg Desa Makmur yang majoritinya keseluruhannya adalah penduduk melayu yang dulu UMNO kini telah meloncat parti PAS. Wartawan PKM difahamkan oleh Che Mazli dan beberapa orang penduduk yang telah ditemuramah dalam ceramah umum mlm semalam sempena penubuhan cawangan baru Kg Desa Makmur, PAS Kaw. Gombak yang telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali Exco Kerajaan Negeri Selangor/Adun Gombak Setia bersama saf pimpinan Pemuda PAS Kaw. Gombak, Saf pimpinan Muslimat PAS Kaw. Gombak, Ahli Majlis MPS .

YB Dato’ Hasan melahirkan perasaan yang amat gembira dan rasa beryukur kepada ALLAH swt kerana dibuka pintu hati rakyat untuk menilai yang terbaik dalam memilih parti walaupun UMNO telah merancang berbagai agenda untuk menjatuhkan PAS/PR. Beliau amat berharap agar rakyat meninggalkan parti UMNO kerana parti tersebut semakin rapuh dan goyang. Ibarat seperti gelanggang silat yang tidak berfungsi lagi. Hanya menunggu masa untuk diselenggarakan.

Beliau berkata, semoga rakyat boleh menilai sendiri parti mana yang terbaik (PR/UMNO). Rakyat masih ada waktu memikir sedalam-dalamnya dengan memilih pimpinan-pimpinan yang beriman dan beramal solih untuk melahirkan Negara yang aman dan mengamalkan kehidupan ISLAM bukan menolak ISLAM dan menyusahkan rakyat dengan dibebani berbagai-bagai perkara tetapi Kroni, kaum keluarga UMNO mendapat kesenangan yang sewajarnya.

YB Dato’ berkata, walaupun UMNO melontarkan berbagai isu fitnah, membuat provokasi isu kalimah ALLAH sehingga tercetus isu perkauman tetapi pihak PAS telah menyelesaikan cara profesional dengan tenang. Semua provokasi dilakukan adalah untuk menjatuhkan negeri PR. Negeri Selangor adalah kawasan yang paling terkaya dengan berbagai sumber oleh itu pihak UMNO akan sedaya upaya merampas kembali Negeri Selangor. UMNO akan terus bermain dengan berbagai starategi kotor dan kolot dalam politik untuk merampas kembali negeri PR selagi tidak tercapai matalamat mereka.

Oleh yang demikian YB Dato’ amat berharap agar rakyat tidak termakan gula-gula manis yang diberikan oleh UMNO masa kini untuk mengaburi mata. Jangan terus melakukan kesilapan dan memberi peluang kepada musuh-musuh ISLAM sebaliknya harus ditentang sehabis-habisnya untuk kebaikan negara dan generasi akan datang. Semua jentera harus bersiap sedia untuk menghadapi PRU ke13 yang akan dijangka berlaku Mac, 2011. Oleh yang demikian semua ahli harus melakukan aktiviti dan menjalankan tanggungjawab sebaiknya kepada rakyat. Aktiviti ini bukan sahaja dilakukan saat-saat pilihan raya tetapi setelah diberi mandat dan kepercayaan rakyat pada kita dalam PRU yang lalu.

Beliau mengucapkan TAHNIAH kepada semua penduduk Kg Desa Makmur & penduduk penyokong PR kerana berjaya menubuhkan PAS cawangan baru. YB Dato’ dimaklumkan awal thn 2010, cawangan PAS di kawasan gombak sahaja ibarat parti PAS tumbuh seperti cendawan yang terus berkembang dengan sebanyak 13 cawangan baru ditubuhkan di kawasan gombak. Semoga cawangan-cawangan tersebut berfungsi dengan sebaiknya. Beliau amat berharap agar ketua cawangan dapat memainkan peranan dan mendapat maklum balas semua aktiviti, keistimewaan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada rakyat seperti Bantuan kemasukan IPT, Sumbangan Warga Emas, Bantuan Zakat fakir miskin,OKU dan berbagai-bagai lagi. Semua boleh didapati di PKM Dun Gombak Setia/ semua PKM di bawah PR. Semoga parti PAS sebagai parti ISLAM akan berkembang seperti cendawan yang subur dan mampu mengkuburkan parti UMNO, dengan kerjasama semua pihak tidak kira generasi tua mahupun generasi muda, Insya-ALLAH .

YB Dato’ mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua petugas, penyokong dan pengundi-pengundi yang telah menyokong dan memberi kerjasama dalam PRU ke 12 yang lalu. Beliau tidak akan melupakan segala pengorbanan tenaga, masa yang diberikan oleh semua rakyat dengan menyokong beliau sehingga beliau menjadi adun gombak disini. Inysa-ALLAH beliau berjanji akan menjalankan tanggungjawab dan amanah sebagai pimpinan dengan sebaiknya.

Che Mazli telah menyerahkan borang keahlian ahli PAS kepada YB Dato’. Sempena pelancaran penubuhan cawangan tersebut, Parti PAS Kaw. Gombak telah membuka kaunter SPR dan ahli PAS. Pendaftaran tersebut telah mendapat sambutan yang amat baik sekali oleh penduduk sekitarnya.

Beliau yang telah diberi mandat menjadi ketua cawangan kawasan tersebut berkata, bahawa penduduk telah keluar daripada Parti UMNO memandangkan pimpinan UMNO yang tidak tulus dalam semua perkara dan menggunakan kuasa vektor yang ada sehinggakan penduduk rasa seperti ditindasi. Pengurusan pentadbiran dan amanah yang diberikan penduduk kepada Ketua UMNO/Adun semasa UMNO memerintah sehingga kini untuk menerajui dan menjaga khidmat masyarakat tidak dijalankan dengan sebaiknya.

Katanya lagi, bahawa keseluruhan penduduk yang berjumlah 50 orang telah keluar parti UMNO disebabkan ketidakpuasan hati terhadap Ketua UMNO di kawasan tersebut. Penduduk rasa kesal keatas parti UMNO kini semakin tidak berpegang kepada janji, semakin rapuh dan goyang, malahan rakyat kini semakin nampak kelemahan pentadbiran UMNO walaupun laungan 1 m’sia rakyat diutamakan tetapi tidak seperti apa yang dimaksudkan. Harap rakyat tidak tertipu dengan slogan tersebut memadailah apabila rakyat telah dikaburkan dengan berbagai janji manis oleh pimpinan UMNO tertutamanya masa pilihan raya tetapi selepas pilihan raya, mereka abaikan tanggungjawab kepada rakyat inilah yang terjadi kepada penduduk disini selama UMNO memerintah.

Setelah menilai dengan pengurusan pentadbiran dan pimpinan PAS, amat jauh bezanya semenjak kemenangan diberi kepada PR. Pentadbiran yang dijalankan oleh kerajaan Negeri dilihat adalah tulus dan bersih. Manifesto yang dijanjikan oleh Kerajaan Negeri juga telah tertunai kepada rakyat. Duit Rakyat digunakan dan diberikan dengan sempurna tanpa penyalahgunaan kewangan/kuasa. Maka dengan ketulusan diberikan oleh pimpinan PR, jadi kami semua berpakat dan telah bersetuju untuk menolak parti UMNO/BN dan amat berharap semoga kemasukan kami dalam parti PAS akan memberi sinar baru dan diterima oleh semua jemaah PAS.

Selain daripada itu, masalah utama yang telah menyebabkan penduduk rasa tiada hati lagi pada parti UMNO dan keluar parti adalah penyalahguna kuasa, penyelewengan dan kepentingan peribadi sehingga penduduk rasa kecewa diatas apa yang berlaku terutamanya Dewan Rakyat Masyarakat telah dikenakan sewa RM400 sebulan. Dewan tersebut juga telah diubahsuai untuk kegunaan kepentingan diri sendiri.

Penduduk melahirkan perasaan kesal kerana Dewan Masyarakat telah dikunci dan diberi sewa kepada warga asing. Walaupun Dewan masyrakat tersebut kepunyaan UMNO semasa pemerintahan dulu dan telah diberi kepada rakyat untuk menggunakan aktiviti, tetapi setelah PR memerintah dewan tersebut tidak dibenarkan guna lagi. Penduduk kini menghadapi masalah untuk mengadakan pelbagaian aktiviti kemasyarakatan kerana masalah tersebut.

Ketua Kg., sering mencari jalan penyelesaian terbaik untuk atasi masalah yang timbul dengan meminta ketua UMNO cawangan dan pimpinan UMNO agar adakan pertemuan dengan penduduk dan berbicang sebaiknya tetapi tidak diendahkan oleh pimpinan UMNO/ Ketua caw. UMNO tersebut.

Beliau berkata, penduduk sering melontarkan pertanyaan mengapa dewan tersebut dikenakan sewa yang tinggi dan diberi kepada warga asing?. Tidakkah pihak pimpinan UMNO & ketua cawangan tersebut merasa belas ehsan kepada penduduk sekitar tanah setinggan disini, yang rata-ratanya adalah golongan yang susah dan kawasan tanah disini juga tidak begitu luas untuk ditubuhkan dewan. Dewan yang telah diberi masyarakat guna sebelum PR memerintah mengapa diambil tanpa berbincang. Peralatan dalam dewan juga banyak yang telah hilang. Walaupun dulu Dewan terebut adalah Dewan UMNO tetapi tidakkah ada keperihatinan dalam diri untuk membantu penduduk yang susah untuk menggunakan dewan. Duit hasil sewa dewan tersebut disalurkan dimana? Adakah UMNO mengambil kesempatan dengan menindas penduduk yang miskin dengan menggunakan sewa untuk dapatkan hasil setiap bulan.

Ketua kg dan penduduk telah membincangkan perkara ini kepada pimpinan UMNO tetapi amat mengecewakan kerana tiada tindakan displin kepada ketua UMNO cawangan tersebut. Malahan sepanjang pentadbiran UMNO disini insfrastruktur jalan, kemudahan surau, kebajikan penduduk dan lain-lain juga tidak diambil perhatian.

Penduduk telah bersepakat untuk mengumpul wang menaiktaraf jalan, simen dan lain-lain tanpa mendapat bantuan peruntukan UMNO daripada pemerintahan mereka sehingga kini. Kalau diberi semasa saat-saat menghadapi Pilihanraya tetapi ibarat seperti hanya sekadar mengkaburkan mata rakyat dan tiada keikhlasan sepenuhnya. Apabila PR menang projek menaiktaraf jalan terbengkalai begitu sahaja. Kos untuk membaiki jalan telah memakan belanja RM 350 hasil daripada duit penduduk sendiri bukan daripada peruntukan UMNO.

Selama 50thn UMNO memerintah, penduduk tidak merasakan nikmat menaiktaraf insfrastruktur untuk kegunaan rakyat. Malahan Jika ingin menaiktaraf insfrastruktur / membaiki surau, penduduk terpaksa berkongsi duit, bergotong royong bagi menyediakan kemudahan asas tersebut untuk keselamatan dan keselesaan penduduk bukan peruntukan kewangan daripada pihak pimpinan /Ketua UMNO cawangan bagi menyediakan kemudahan tersebut. Kebajikan rakyat tidak dijaga. Untuk mendapat rasa keperihtinan pimpinan UMNO/Ketua cawangan UMNO terhadap penduduk disini jauh sama sekali dan sukar untuk mendapat kerjasama daripada pihak mereka. Surau yang kecil kelihatan semakin uzur dan tidak pernah dibaiki oleh mereka. Disinilah tempat penduduk berkumpul walaupun kecil, uzur tetapi sekurang-kurangnya ada tempat kami berkumpul membincangkan masalah penduduk sekitarnya.

Malahan semasa berlaku kebakaran yang telah melibatkan 4 buah rumah, semua mangsa berkunpul disini juga dan akhirnya pihak PKM DUN Gombak Setia yang telah mengambil perhatian terhadap masalah penduduk disini. Mr Keong telah menghantarkan nama mangsa kebakaran kepada PKM Dun Gombak Setia dan akhirnya Mangsa mendapat bantuan zakat sebanyak RM500 setiap keluarga. Alhamdulilah kami merasa bersyukur kerana pihak PKM dan Parti PR telah mengambil berat pada masyarakat disini. Semejak daripada situ penduduk terbuka mata dan fikiran, parti yang terbaik untuk mereka pilih diatas kejujuran, dan menjaga kebajikan rakyat adalah parti PAS/PR bukan parti UMNO.

Inilah puncanya penduduk disini keluar parti UMNO dan telah bertekad untuk menjadi ahli jemaah PAS dan akan memberi kerjsama semua pihak PR untuk menghadapi PRU ke 13 nanti insya-ALLAH. Beliau amat berharap agar rakyat buka mata, hati dan minda diatas apa yang berlaku dinegara kita pada masa kini. Jangan salah pilih parti lagi tolak sehabis-habisan parti UMNO yang tidak boleh diselamatkan lagi terlalu tenat dan memenatkan, katanya.

Editor : Khaulah Azwar




SIMFONI KASIH TAUTAN HATI