Thursday, February 18, 2010

Jemputan Gong Xi Fa Cai

Dijemput Dato’/ Datin/Tn/Pn/ Cik/ Encik, semua warga Gombak untuk bersama meraikan Gong Xi Fa Cai bersama Exco Kerajaan Negeri Selangor/ Adun Gombak Setia YB Dato’ Dr Hasan Bin Mohamed Ali bersama saf-saf pimpinan PAS Gombak, Ahli-Ahli Majlis MPS Zon Gombak.

Tarikh : 20/2/2010 (Sabtu)

Masa : 8:30 pagi

Tempat : Pasar Tani Seni Sri Gombak.

Untuk memeriahkan suasana program, pihak penganjur akan menyediakan makan pagi, tarian naga dll. Semoga dengan adanya program bersama YB Dato’ Hasan & pimpinan Gombak akan merapatkan hubungan 2 hala antara rakyat dan pimpinan.

Kehadiran Dato’ / Datin/Tn/Pn/En/Cik amatlah dialu-alukan. Terima Kasih.

Tafsir AL-QURAN : Ayat 2, Surah Al-Mulk

Salam..

Ayat Quran untuk hari ini adalah Ayat 2, Surah Al-Mulk:-

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

yang bermaksud:

"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);"

Ramai dari kita yang tidak mengerti sebab apa kita ada di dunia. Adakah untuk mengumpul segala harta yang ada? Adakah untuk menjadi pemimpin untuk berkuasa atau menyalahgunakan kuasa? Adakah untuk menjadi penyanyi atau pelakun yang terkenal? Atau adakah untuk bersenang-lenang sahaja?

Jawapannya adalah untuk Allah SWT menguji atau menduga kita kerana dunia ini adalah tempat kita diuji. Kita diuji supaya Allah SWT mengetahui sekuat manakah iman kita dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT, supaya di manakah kita akan di tempatkan selepas kita meninggalkan dunia ini kelak. Tiada sesiapa akan dapat mengelak dari mati - tiap-tiap orang pasti akan mati satu hari. Yang membezakan antara orang-orang yang mati itu adalah samada mereka akan menuju ke neraka atau syurga selepas itu. Neraka dan syurga adalah untuk selama-lamanya, bukan untuk sementara.

Olih itu beramal dan sediakanlah diri untuk dunia yang lagi satu, iaitu syurga. Cara untuk menuju ke syurga adalah lulus segala ujian dan dugaan-dugaan yang Tuhan beri, bukan lulus SPM atau Universiti. Lulus SPM atau Universiti adalah sekadar untuk mencari dan mendapat rezeki di dunia, tetapu lulus ujian Tuhan adalah mencari dan mendapat tempat di syurga. Hadith Nabi s.a.w. menasihatkan supaya kita mengamalkan kerja-kerja kebajikan sementara kita masih muda, masih sihat, masih ada masa, masih ada duit dan masih hidup:-

Daripada Abdullah bin Abbas r.a. Nabi s.a.w. bersabda,"Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara: Muda sebelum engkau tua,sihat sebelum engkau sakit, kaya sebelum engkau miskin, kelapangan sebelum engkau sibuk,hidup sebelum engkau mati." (Riwayat al-Hakim)

Bila kita sudah tidak berupaya lagi untuk melakukan kebajikan, macam mana kita nak pastikan bahawa bekalan kita untuk hari akhirat akan mencukupi?

Wallahu'alam. ...

Carilah cinta yg hakiki



Buat teman-teman yang diingati..
Jangan dicinta kerana dia lelaki
Kelak kita akan membenci
Jika dia bukan lelaki yang dicari
Hanya pandai menabur janji...

Jangan di rindu pada paras rupa
Kelak kita akan terseksa
Jika dia tidak sebaik rupanya
Senyumnya manis tipu belaka...

Jangan disayang kerana berharta
Kelak kita hidup menderita
Jika hartanya habis dibelanja
Sukar hidup, miskin dan papa...

Jangan dikasih kerana dipuji
Kelak kita menagih janji
Jika rupa berkedut dimamah hari
Hilang sudah puji memuji....

Jangan dicari seorang kekasih
Kelak kita akan disisih
Jika kasih luntur bersih
Menangislah diri hidup bersedih...

Jangan disambut salam rindu
Kelak kita menahan sendu
Jika rindu tak dapat disatu
Dimanakah kita akan mengadu...

Jangan dilayan seorang teman
Kelak hidup menjadi ancaman
Jika teman tidak beriman
Dibakar api hari kemudian...

Wahai sahabat wahai teman
Carilah dia kerana tuhan
Untuk menambah ceteknya iman
Bekalan diri hidup berteman...

Wahai sahabat wahai teman
Cintalah dia kerana beriman
Dijadikan tuhan sebagai pasangan
Baik buruk ketentuan tuhan

Wahai sahabat wahai teman
Terimalah dia penuh keikhlasan
Andai buruk angaplah dugaan
Andai baik pujilah tuhan...

Wahai sahabat wahai teman
Ingatlah akan janji tuhan
Isteri yang baik besar balasan
Suami penyabar itulah kemenagan...


" jaDIlAh HaMbA yAnG sENtIaSa MeNdAmBAkAn kAsIh DaRi yAnG MaHa EsA "

Pesanan buatmu yg bergelar muslimah



Pesanan IMAM GHAZALI kepada anak perempuannya pada hari perkahwinannya:

ANAKKU!

Engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan. Dan akan berada di tempat tidur yang engkau tidak engkau kenal. Dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya. Itulah suamimu..

Jadikanlah dirimu ibarat seorang khadam kepadanya. Nescaya dia pula akan menjadi khadam kepadamu. Jangan engkau memaksa-maksa apabila engkau meminta sesuatu daripadanya. Itu akan membuatkan dia berasa benci kepadamu. Jangan pula engkau menjauhkan diri, nescaya dia akan melupakan engkau. Dan kalau dia pula menjauhkan diri secara marah kerana sesuatu sebab yang tertentu. Maka yang eloknya jauhkanlah dirimu daripadanya semasa marah.

Peliharalah hidung, telinga dan matanya…Janganlah membiarkan dia menghidu sesuatu daripadamu melainkan yang harum. Janganlah membiarkan dia mendengar melainkan perkataan yang baik. Dan janganlah membiarkan dia melihat sesuatu daripadamu melainkan yang cantik belaka.

Pimpinan politik yg menentang ISLAM akhirnya memeluk ISLAM

Member of the Swiss Political Party that Pushed for Minaret Ban Converts to Islam

By shahmuzir

Naikkan minyak RM 3 seliter 1 Mei senang cerita


Minyak pasti naik 1 Mei 2010 ini. Dulu kata hanya pada 1 Mei 2010 rakyat akan tahu berapa akan naik (bukan minyak naik tapi dijual tanpa subsidi).

Tapi sekarang kemungkinan akan diumum dua bulan lebih awal (agaknya sebab orang takut beli kereta sebelum 1 Mei 2010, nanti jualan kereta merudum).

Menurut penganalisis permotoran terkemuka iaitu Paul Tan, hanya akhbar Sin Chew yang dapat sedikit maklumat mengenai mekanisma kenaikan minyak pada 1 Mei 2010 ini , iaitu :

1. Satu mekanisma pendaftaran kenderaan akan diadakan pada bulan Mac 2010.

2. Mereka yang ada lebih dari satu kereta hanya layak untuk membeli minyak pada harga subsidi untuk satu kereta sahaja . (Jadilah kenalah pindah daftar kereta atas nama isteri, isteri-isteri ke, anak-anak ke, ayah ke, datuk ke, nenek ke, asalkan masih hidup dan bukan hantu).

3. Mereka yang tiada kenderaan tidak akan dapat subsidi.

4. Jika pengguna menggunakan lebih minyak dalam tempoh sebulan, selebihnya dia akan membeli minyak tanpa sebarang subsidi.

5. Kuota sebulan adalah antara 100 liter ke 300 liter.

6. Kapasiti enjin atau cc kenderaan kemungkinan tidak diambil kira dalam mekanisma ini (mungkin pukul rata).

Bersedialah kita semua untuk ikat perut. Puasa , dapat pahala.

Biar minyak naik, jangan kita naik minyak. Motosikal kan ada, apa susah.

Khaulah said : So... moga semua kenaikan harga brg keperluan, minyak rakyat blh buka mata & minda.. PRU ke 13 kalau slh pilih ana tak tahu le.. ini le pimipinan yg selalu menyusahkan rakyat.. TOLAK UMNO..

**********************************
It looks like Sin Chew has some details according to an unnamed source.

- Some kind of ‘registration exercise’ will begin in March in preparation for the new system’s implementation on the 1st of May.
- Maybe the government has changed their mind and will reveal our new nightmare two months ahead instead of the night before?
- Someone who owns multiple cars will only be eligible for subsidy worth for one car only.
- Someone who does not own a car does not get any subsidy quota.
- If a car owner finishes his monthly subsidy quota, the person can continue to puchase fuel, but at unsubsidised market rates.
- Quota is expected to be anything between 100 to 300 liters per month.
-The government is considering removing the engine capacity variable from the formula that determines your monthly subsidy.

Wednesday, February 17, 2010

Jangan robohkan doktrin wala' taat dan thiqah dalam - Utz A lFadhil Idris Ahmad

Wala’, taat, thiqah adalah kalimah yang begitu popular dalam gerakan Islam seperti Pas. Doktrin inilah yang menjadikan asas dan tiang kepada perjuangan Pas sehingga mampu bertahan sampai hari ini.Setiap ahli Pas sudah berbai’ah ketika mengisi borang ahli Pas. Walaupun ada pemimpin yang cabut lari, ahli tetap bersama dengan roda putaran Pas. Mereka tetap dengan Pas, kerana mereka taat selagi pemimpin tidak menyelewing dengan menyertai pihak musuh.

Mereka sudah diajar oleh baginda nabi SAW ketika melakukan Baiat al-Aqabah yang terkenal sebelum baginda berhijrah. Rasulullah s.a.w bersabda Maksudnya,

“Berbaiahlah kepadaku di atas ketaatan dan mendengar (perintah) di atas cergas dan malas, bersedia bernafkah (memberi sumbangan harta benda) di masa susah dan senang, menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran, bangun untuk menegakkan agama Allah swt tanpa mengendahkan celaan orang yang mencela, dan kamu berbaiah untuk menolongku apabila aku tiba ke negeri kamu dan mempertahankan aku apa yang kamu lakukan untuk mempertahankan diri kamu sendiri, isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu, jadi untuk kamu ialah balasan syurga”.

Hebat macam mana seorang pemimpin kalau ia telah keluar dari Pas ia tidak akan ditaati. Contoh yang boleh kita lihat Datuk Asri haji Muda orang yang hebat ketika itu dengan kelicikan berpolitik dan seorang pidato yang ulung di negara ini. Tetapi apabila beliau keluar daripada Pas maka ia menjadi melukut di tepi gantang.

Apakah kita hendak kata bodoh kepada ahli Pas yang wala’ kepada arahan pimpinan apabila calon yang bertanding di kawasan itu bukan calon Pas. Walaupun peringkat jentera parti bermatian mahu calon Pas yang bertanding. Tetapi kepimpinan tetap juga hendak meletakkan calon di kalangan rakan Pakatan Rakyat (dulunya Barisan Alternatif).

Walaupun peringkat akar umbi tahu bahawa kekuatan jentera dan ahli di tangan Pas. Tetapi apabila keputusan sudah dibuat maka ia dipatuhi oleh ahli Pas. Mereka bertungkus lumus untuk memastikan calon rakan menang. Semuanya ini adalah contoh wala dan thiqah kepada pemimpin.

Dalam berjamaah mana ada keputusan yang diputuskan oleh jamaah semuanya ahli bersetuju. Kalau hendak tunggu semuanya bersetuju maka tidak akan bertemu keputusan.

Sama seperti dalam syarikat mana ada keputusan yang 100% di setujui oleh ahli mesyuarat. Hatta di zaman nabi SAW pun apabila keputusan diputuskan oleh nabi SAW ada yang tidak berpuas hati contohnya, peristiwa pembahagian ghanimah selepas daripada peperangan Hunaian.

Rasulullah saw telah berkenan untuk menyerahkan ghanimah kepada orang Quraisy yang baru memeluk Islam. Tindakan ini telah menyebabkan kaum Ansar kurang senang dan ada antara mereka mengatakan;

“Semoga Allah mengampuni Rasul-Nya, dia memberi Quraisy dan membiarkan kita padahal pedang-pedang kita masih menitiskan darah mereka”

Rasulullah saw mendengar berita tersebut dan baginda mengumpul kaum Ansar dan bersabda;

“Hai kaum Ansar, aku telah mendengar perkataan kamu! Bukankah ketika aku datang kamu masih dalam keadaan sesat kemudian Allah memberikan hidayah kepada kamu dengan perantaraan aku? Bukankah ketika itu kamu saling bermusuhan kemudian Allah menyatukan hati kamu dengan perantaraan aku? Bukankah ketika itu kamu masih hidup menderita kemudian Allah mencukupkan kamu dengan perantaraan aku?”

Setiap kali Rasulullah saw bertanya, mereka menjawab,

“Benar! Sesungguhnya Allah dan RasulNya lebih pemurah dan utama”.

Rasulullah saw meneruskan,

“Hai kaum Ansar, apakah kerana kamu marah kerana tidak menerima sampah dunia yang tiada nilainya? Dengan “sampah” itu aku hendak menjinakkan suatu kaum yang baru sahaja memeluk Islam sedangkan kamu semua telah lama Islam. Hai kaum Ansar, apakah kamu tidak puas melihat orang membawa pulang kambing dan unta sedangkan kamu pulang membawa Rasulullah saw? Demi Allah, apa yang kamu bawa pulang adalah lebih baik dari apa yang mereka bawa.”

Ini berlaku di zaman nabi SAW yang masih menjadi contoh yang hjidup pada ketika itu. Maka apalah sangat di zaman kini yang semakin jauih daripada contoh nabi SAW.

Kerana itulah perjuangan Pas memastikan keimanan sentiasa menjadi tulang belakang dalam perjuangan Pas yang dapat membentuk jiwa dan roh yang hidup dengan sinar islam. Kerana dalam perjuangan yang panjang dan jauh pasti akan hanya mendatangkan keletihan bagi jiwa-jiwa yang tidur dan lemah, kosong daripada nilai keimanan.

Namun diyakini, jiwa yang hidup dan tersinar darinya pancaran Islam yang tidak putus pasti akan dapat mendatangkan kekuatan yang akan memastikan setiap ahli itu akan terus berada di dalam jalan juang yang panjang dan jauh ini. Dalam medan pertempuran kita menghadapi musuh, kita memerlukan persiapan dari pelbagai segi: bilangan yang cukup, keperluan yang lengkap dan kesediaan fizikal yang mantap. Namun jangan kita lupa akan persiapan dasar yang paling utama iaitu ketaqwaan dan keimanan.

Maka jangan kita abaikan bekalan paling utama dalam perjuangan kita iaitu tarbiyah ketuhanan. Kerana ini adalah pendorong yang dijanjikan jaminan kejayaan oleh Allah sebagaimana firmannya:

“Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebajikan” (An-Nahl:128)

“Katakanlah: Semuanya (datang) adalah dari sisi Allah” (An-Nisaa:78)

Kalau pemimpin tidak ikhlas mereka akan lari, kerana Pas bukan sesuai untuk orang jahat. Jangan pula kita menuduh bahawa wala’ , thiqah ini candu dalam Pas untuk membolehkan pemimpin melalikan pengikut.

Ini satu tuduhan yang berat. Perlu disedari kebanyakan ahli Pas ini mereka juga pemimpin, sekurang-kurangnya pemimpin di peringkat cawangan atau lajnah Kalau kita tidak taat nanti orang pula tidak taat kepada kita, akhirnya yang hancur ialah Pas, yang ketawa ialah umno BN Walaupun kita marah kepada pemimpin tetapi jangan kita merobohkan “Intitusi” wala’ taat dan thiqah.

Kita boleh melahirkan rasa tidak puas hati kepada jamaah di majlis yang sepatutnya, tetapi bukan dalam blog. Menceritakan keaiban parti dalam blog sama seperti mendedahkan keaiban suami isteri kepada musuh dan musuh akan adu domba supaya ia menceraikan isteri dan dia akan berkahwin dengan bekas jandanya.

Faedah Taat, wala’ dan thiqah -Ahli dapat menunai tugas mengikut arahan parti supaya tidak menyalahi strategi parti

* Pas mampu mengerahkan ahli untuk turun demo yang besar seperti BERSIH, Mansuh ISA, PPSMI
* Pas mampu mengerahkan tenaga dalam setiap kali pilihanraya tanpa diupah -Supaya tidak timbul jamaah dalam jamaah.
* Dapat bertindak secara jama’i bukan individu. -Supaya kesannya terasa kepada jamaah dan masyarakat kerana ia dilakukan oleh parti.
* Seandainya berlaku kegagalan ia tanggung oleh jamaah bukan oleh individu.
* Dapat mengimbangkan di antara sikap yang berbagai-bagai di dalam parti, kerana ada orang yang keterlaluan, ada orang yang lambat dan ada yang sederhana.

Sejarah membuktikan mereka tidak taat, wala’ dan thiqah kepada jamaah akhirnya menyertai umno. Teringatkah kita tokoh-tokoh seperti ustaz Mohd Nor Idris, ustaz Mustafa Taib, Wan Ismail Machang yang lantang mengkritik Pas dan pemimpin kerana bertahalluf dengan Parti Semangat 46 kerana parti ini adalah warisan umno. Akhirnya mereka bersama dengan umno apabila Pas berpisah dengan parti Semangat 46.

Adakah mampu Pas untuk melakukan demikian kalau kita cuba memusnahkan “institusi doktrin” yang sudah lama dibina. Umno gagal meroboh daripada luar, jangan pula kita sendiri yang hendak membantu merobohkan. Umno gagal hendak membina doktrin ini, mereka hanya boleh hidup dan bernafas dengan wang dan kuasa sahaja. Umno tidak ada wala’, taat dan thiqah, tetapi Pas ada perkara ini.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI