Wednesday, November 18, 2009

YB Dato' HasanAli bertemu rakyat menyelesaikan masalah penduduk.


15hb Nov, 2009 Gombak – YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali bersama kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia telah turun padang untuk bertemu rakyat di Tmn Bukit Permata bagi mendengar masalah yang dihadapi oleh penduduk iaitu :-

a) Gangguan Lalat yang berpunca daripada aktiviti penanaman sayur-sayuran ditapak tanah perkuburan cina.

b) Ketiadaan jalan masuk utama (menumpang jalan Fasa 9 Tmn.Sri Gombak),dewan orang ramai dan taman permainanan kanak-kanak.


Untuk mengatasi masalah yang telah timbul maka YB Dato’ telah memaklumkan kepada penduduk bahawa mengenai isu Gangguan Lalat beliau akan merujuk kepada pihak Jabatan Kesihatan MPS dan akan mengambil tindakan yang lebih efektif. Masalah Ketiadaan Jalan Masuk Utama Fasa 9 Tmn Sri Gombak pula beliau menyatakan bahawa sebagai langkah awal, beliau akan meminta pihak wakil Pusat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia untuk membuat semakan dengan pihak MPS keatas kelulusan pembangunan atau kebenaran merancang yang telah dikeluarkan kepada pihak pemaju samada perkara yang dibangkitkan wujud didalam pelan asal atau sebaliknya untuk tindakan selanjutnya.

Semoga pertemuan 2 mata antara YB Dato’ bersama penduduk – penduduk sedikit sebanyak dapat membantu mereka dan memberi keselesaan kembali kepada penduduk di kawasan berkenaan. Sesi perbincangan berjalan dengan lancar dan diakhir pertemuan Y.B Dato’ turut dijemput menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan bagi meraikan bakal haji.

KOLEKSI FOTO




Suara hati penduduk untuk dikemukan kepada YB Dato’ Hasan untuk diambil tindakan segera.




Jemputan penduduk kepada YB Dato’ untuk meraikan kenduri Bakal Jemaah Haji.

“Setiap kamu adalah gembala (pemimpin), dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap rakyatnya” Hadis riwayat al-Bukhari



Editor : Khaulah Azwar

Suara hati Ibu tunggal pokok tidak ditebas lagi oleh MPS..


18hb Nov, 2009- Gombak rintihan hati seorang ibu tunggal mengenai kediaman beliau di GI/2A Kg Sri Gombak Indah telah menghadapi masalah kerana sudah banyak kali beliau menyuarakan masalah tersebut ke pihak MPS & pihak TMB yang tidak mengambil tindakan secepat mungkin dan secara efektif.

Ibu tunggal tersebut adalah Pn Khadijah Shaari berusia 53 thn yang mempunyai 6orang anak kesemua masih belajar lagi dan beliau hanya bekerja 3x seminggu sebagai seorang pencuci pejabat. Pendapatan beliau terima adalah sebanyak RM500 sebulan dan penerimaan wang zakat sebanyak RM250. Suami beliau telah meninggal dunia 10thn yang lalu kerana sakit kencing manis. Kini beliau yang bekerja keras untuk membayai persekolahan anak-anak dan meneruskan kehidupan beliau.

Masalah yang sering merungsingkan beliau adalah mengenai Pokok yang begitu besar tidak ditebas kerana setiap kali hujan apabila petir berlaku pokok-pokok tersebut sering terjatuh dibumbung kediaman beliau dan berlaku kerosakan. Selain daripada itu akibat pokok tersebut tidak ditebas maka telah menyebabkan wire/cable Elektrik tersebut sering tersangkut dan ini amat membimbangkan keselamatan ahli keluarga mereka apabila sembahan petir berlaku. Setelah acapkali disuarakan kepada pihak MPS & TNB yang tidak mengambil tindakan segera dan efektif maka beliau telah menyuarakan kerungsingan itu kepada pihak Pusat Khidmat DUN Gombak Setia dan Yb Dato’ Hasan telahpun membuat ziarah kerumah beliau semasa penyampaian sumbangan Hari Raya Aildilfitri. Menurut beliau dan pengerusi JKP Zon 8 iaitu En Harun Bin Mat Hajar beliau telah suarakan masalah ini kepada Ahli Majlis MPS Zon 8 iaitu En Zuhadi untuk diusulkan kepada pihak MPS tetapi tindakan masih juga tidak diambil, sekiranya pihak MPS/ TMB datang mereka hanya melihat sahaja tanpa membuat tindakan apa-apa. Itulah amat mendukacitakan tuan rumah dan En Harun juga.

Tindakan yang telah diambil oleh YB Dato’ selepas mendengar masalah ini bahawa beliau akan membawa usul tersebut ke MPS untuk tindakan segera, sekiranya tiada apa-apa tindakan juga maka beliau akan cuba membantu memberi sumbangan kewangan agar tn. rumah dapat mengupah pihak tertentu membuat cantasan pokok tersebut. Menurut En. Harun sudah 3x mereka membuat aduan di MPS & TMB tetapi akhirnya beliau sendiri mengambil tindakan segera dengan mengusul masalah ini kepada Pej. Adun Gombak Setia. Beliau telah memberi maklumat no rujukan daripada pihak TMB iaitu U763VH tarikah laporan aduan adalah 7/11/2009, 12/11/2009 dan akhir bulan Oktober, 2009.

Semoga tindakan beliau dengan mengusulkan masalah ini kepada YB Dato’ dapat diatasi dengan segera agar tidak berlaku kecelakaan kepada penduduk dikawasan rumah tersebut. Harapan Pn Khadijah & En Harun semoga pihak MPS & TMB dapat memainkan peranan sebaik mungkin dan melakukan kerja lebih efektif. Kepada Yb Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali dan semua kakitangan Pusat Khidmat yang bertungkus lumus menjalankan tanggungjawab di pusat Khidmat dengan memberi layanan yang baik kepada masyarakat diucapkan ribuan terima kasih diatas keperihatinan mereka terhadap semua penduduk.

KOLEKSI FOTO










Temuramah wartawan Pusat Khidmat merangkap S/U Ahli Majlis JKP Zon 11 membuat liputan.















Pn Khadijah menunjukkan kerosakan rumah beliau yang telah dihimpap pokok, siapakah yang akan mengganti rugi kerosakan tersebut???












“Cable” Elektrik yang bersangkut paut dengan pokok amat membimbangkan diri beliau dan ahli keluarga jika berlaku hujan lebat dan sembahan petir sudah pasti akan berlaku kebakaran.












Pokok yang telah tumbang di perkarangan rumah beliau, amat membahayakan keselamatan anak-anak dan penduduk persekitaran.











Wartawan Pusat Khidmat Membuat temubual Pengerusi JKP Zon 8 En. Harun Bin Mat Hajar.











Inilah pokok raksasa yang menjadi kebimbangan tn rumah dan penduduk. Pokok tersebut bukan milik beliau tetapi memang sekian lama wujud semenjak beliau pindah ke kawasan ini.

http://jkpzon11gombak.blogspot.com/



Editor : Khaulah Azwar

Tuesday, November 17, 2009

Berderaian air mata mengalir..rindu dirimu Ya RasululLah SAW.. Kisah Benar seorang pelajar..







assalamu'alaikum warahmatullah. ..

us, maaf lambt send lg. biiznillah jua...mudah2 dapat natijah ygb baik dr cerita benar ni. "sepanjang perjalanan hidup ini merupakan tarbiyah dr 4JJl swt"

Dgn Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

YaAllah, lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg di pilih Allah utk berjumpa Nabi SallaLahu'alaihiwas allam melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427 H bersamaan 10 August, 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku' , gelar Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah SallaLahu'alaihiwas allam. AlhamduliLlah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

AlhamduliLlah, Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas di dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk habis menghafal 30 juzuk KalamuLlah ketika di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah beliau yang mengharapkan ada di kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik-adik, SubhanaLlah. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya di sana . Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ana InsyaAllah.

Akak ni memang di uji dengan sakit yg tak tau apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti di tikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sudah sakit d bahagian lutut sejak 8 tahun lalu yg x pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tau. Dh lama dia tak daya ke kelas sebab sakitnya membuatkan dia tak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga susut badannya hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu di jaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari-hari yang di laluinya beliau penuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus-terusan menyakitinya. Diceritakan makhluk-makhluk tu akan mengganggunya terutama waktu sebelum subuh, waktu zuhur dan waktu maghrib. Beliau dah banyak berubat di merata tempat, di negeri kelahirannya, berjumpa doktor-doktor pakar, dengan ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam sendiri dan akhir sekali dengan sorang lecturer di sini tapi beliau hanya mampu bertahan. Ustaz pesan, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi khamis tu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab dah lama tak mampu ke kelas. Beliau bangun kira-kira jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg di gagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan apa yg mampu membantu beliau berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Masa tu beliau dh tak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja d bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di bahagian depan bilik. Waktu tu, di sebabkan sakit yg mungkin dah tak tanggung, dengan spontan beliau niatkan,
"Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd RasuluLlah SallaLlahu'alaihiwa sallam sendiri".

Kemudian beliau pengsan. Sahabat-sahabat sebilik mengangkat beliau ke dalam bilik dan di baringkan di sana . Waktu tu, sahabat-sahabat dah forward message pd kawan-kawan yg lain agar bacakan surah Yasin sbb beliau dah nampak nazak. Semua dah sedia dgn nombor-nombor ahli keluarga beliau utk di hubungi kiranya apa-apa berlaku dengan izin Allah. Kira-kira jam 11 pagi, beliau tidur dgn tenang dalam waktu qoilulah, dalam tidur beliau, beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya di qiam seperti dalam solat di tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang HambaAllah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira-kira 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah, indah sekali, tak dapat nak di gambarkan. Beliau tertanya-tanya, siapa orang ni, cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Di rasakan seluruh kesengsaraan yg di tanggung selama ini lenyap begitu saja. Kemudian, HambaAllah itu mengatakan,
"Assalamu'alaikum, Ana RasuluLlah". SubhanaLlah, baginda Nabi rupanya. Nabi memakai jubah putih dan kain serban Nabi berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi", -'sekarang enti(kamu) berada di masjidku, Masjid Nabawi'-. Allahuakbar.

Kemudian Baginda Nabi SallaLahu'alaihiwas allam berkata:
QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" , - sungguhnya Allah bersama orang-orang yg sabar'. Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan KalamuLlah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh 'alam. SememangNya Baginda sebaik-baik kejadian dan di ciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (in lughatul 'arabiyah, tp kami terjemahkan) , "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati enti, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana". Ketika Nabi sebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya 'Ya Allah, Baginda kenal ummat Baginda'. Ya RasuluLlah.. . Waktu tu, di rasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan,
"Sampaikan salamku buat sahabat-sahabat seperjuangan Islam, insyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti". Lepas tu Nabi kita lafazkan, "Ummati.., ummati.., ummati...", dan beliau nampak Nabi menangis dan beberapa titisan airmata Nabi yg suci mengalir utk ummat Baginda. Kemudian Baginda Nabi pergi. Beliau merintih, "Jgn pergi Ya RasuluLlah", tp Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi
kita yg mulia, Baginda kenal kita dan sentiasa ingat akan ummat Baginda. Beliau katakan tak pasti, apakah baginda menangis kerana rindu kepada ummat baginda, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini atau...xtaulah, waLlahua'lam. ..

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya, beliau d kelilingi oleh kawan-kawan yg terdengar rintihan beliau dalam tidurnya
"Jgn pergi Ya RasuluLlah.. .". kemudian beliau pun menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam RasuluLlah buat ummat Baginda, salam dari Nabi sallaLahu'alaihiwas allam. Semua menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang-jarang ingat pada Baginda sedang kita amat terhutang budi pada baginda Nabi. Lebih-lebih lagi kita sedar bahawa syafaat Baginda yg akan kita kejar di akhirat kelak.

Ya Allah, waktu tu, takde kata yg lebih tinggi drpd kalimah AlhamduliLlah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan-insan yg lebih berat di uji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Ketika itu rasa sakit masih menular d tubuhnya Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Kemudian usai solat Zuhur, rasa sakit yg beliau tanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa di tikam pada setiap penjuru tubuhnya. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. 'Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ni berbanding nikmat yg Allah dah bagi utk melihat Baginda Nabi SallaLlahu'alaihiwa sallam'.

Kemudian beliau tidur dan terus beliau rasakan berada d tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan
"Ya Allah, apa lagi yg nk Engkau bagi buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dgn-Mu Ya Allah...". kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan, "Assalamu'alaikum Ya Syamimi, RasuluLlah SallaLahu'alaihiwas sallam sampaikan salam buatmu. Kami utusan RasuluLlah SAW. "Nahnu khulafa' ar-rasyidin" . Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali". SubhanaLlah, Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga-tiga sahabatnya yg mulia.
Beliau nampak, Saidina Abu Bakr, amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah ketegasan, Saidina Uthman memang cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan
"Kami di utuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.". kemudian keempat-empat sahabat nabi membacakan ayat 102 drpd surah Al-Baqarah yg bermaksud:

" Dan mereka mengikuti apa yg di baca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ' sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir'. Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu)
apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu".


Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk-makhluk yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. SubhanaLlah, waktu itu terasa seolah-olah tubuhnya yg sakit dahulu di tukarkan Allah dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg dah lebih setahun di tanggung beliau dgn sabar. Kemudian Saidina Abu Bakr mengatakan,
"Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar". Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus bangun duduk. Kawan-kawan sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun utk duduk dgn mudah . Kemudian sahabat-sahabat sebilik menyuruh beliau bangun berdiri dan AlhamduliLlah dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik.
"Ya Allah, penyakit ana dah sembuh". Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah Subhanahuata' ala. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat menjadi hamba-mu yg bersyukur atas ni'mat yang Engkau berikan".

Beliau katakan pada kami,
"Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Nabi. Akak yang di beri rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengan Nabi. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tp menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita di atas muka bumi Allah ni, maka hidup mesti di teruskan. Sekarang ni hati akak tenang sangat.. Kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik-adik dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yg Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan; "tak rugi kita bersabar..."

Salam pokcik, kaifahal? Ana asif jiddan sbb lmbt send cita ni. Bukan apa, ana tunggu beberapa org sahabat edit. Bimbang ada yg ana tersalah faham sepanjang bersama k.syamimi. Supposely ana bg k.mimi sendiri baca blik, tp segan nk susahkan die. Lagipun ramai yg bertimpa2 pergi tny pengalamn die. Sebenarnya bnyak g kata-kata beliau x sempat ana nk sertakan kt cni. Ni je yg mampu ana usahakan. Kiranya ada apa2 khilaf berbanding drpd pengalaman sebenar beliau, ana mohon ampun pada Allah Subhanahuata' ala. Mudah2an ada manfaatnya pada kita semua, insyaAllah. Selamat menyuburkan cinta pd Nabi SAW buat ikhwah akhawat d bumi anbiya'. Ma'assalamah.



"Ya-ALLAH sekiranya diberi peluang utk hambamu bertemu dengan Nabi saw ingin sekali hambamu bertemu dgnnya ttp hambamu sedar bahawa diri ini terlalu kerdil dan tidak selayak itu utk berhadapan dan bertemu dengannya krn amalan hambamu tidak terlalu bnyk utk bertemu dgn kekasihmu.. walaubagaimanapun hambamu sentiasa mengharap agar diberi kesemaptan utk bertemu dgnnya 1 hari nanti, insya-ALLAH...


Monday, November 16, 2009

Lawatan Ziarah warga Emas En Ismail B. Kaulan Kg Tengah 2, Bt 6 Gombak



DSCN0702

15hb Oktober, 2009 – Exco Kerajaan Negeri Selangor / Adun Gombak Setia YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali meneruskan tanggungjawab beliau untuk membuat lawatan ziarah warga emas di Kg. Tengah 2, Bt 6 Gombak.

Beliau telah menziarahi En. Ismail Bin Kaulan berusia 70thn merupakan Bekas Pengerusi JKKK. Kini beliau menghadapi sakit tua . Semasa usia mudanya En. Ismail juga merupakan orang yang aktif dalam menjalankan tanggungjawabnya dengan memegang jawatan sebagai Ketua Kg. selama 25thn. Selain memegang jawatan Ketua Kg. beliau juga merupakan Penyelia Kemas dan telah berkhidmat selama 15thn. Beliau juga merupakan pembantu peribadi kepada Yb Dato’ Kaharudin Bin Mokmin, Bekas Exco Ahmad Razali semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN). Semoga kunjungan YB Dato’ Hasan kepada warga Emas di Kg Tengah 2, Bt. 6 Gombak akan mengeratkan siraturrahim antara rakyat dan pimpinan tidak kira bangsa agama & parti.

Sedikit sentuhan rasa santapan rohani daripada penulis untuk kita perbaiki diri kita kearah kebaikan dengan ingin mengingati antara satu sama lain iaitu sentiasa mengadakan sesi muhasabah diri Marilah kita didik diri kita, anak-anak dengan belajar daripada KEHIDUPAN. Cuba kita tanyakan pada diri kita, bilakah masanya kita berasa terlalu banyak melakukan KESALAHAN & KESILAPAN?? Bilakah pula kita melakukan KEBAIKAN dan segala Amal Kebajikan? Hati kecil kita sudah pasti akan menjawab” Semasa kita remaja.”Ya, apabila kita menoleh kebelakang, terasa diri terlalu banyak perkara yang sepatutnya dibuat tetapi tidak kita buat. Dan banyak pula perkara yang tidak sepatutnya dibuat telah dibuat. Sayangnya, kita tidak menyedari hakikat ini sehinggalah usia kita semakin meningkat menuju usia emas..lalu atas kealpaan itulah kita akan mengulangi kesalahan yang pernah dilakukan oleh ibubapa kita, datuk nenek moyang pada zaman remaja. Maka dengan itulah kita harus menyedarkan setiap insan didunia ini, bahawa alam ini hakikatnya adalah sebuah sekolah. Setiap kita adalah para pelajar. Dan hidup adalah satu siri pelajaran yang tersusun rapi untuk difahami dan dihayati sepanjang hayat. Dan berbuatlah kebaikan dimuka bumi ini dengan memberi kebaikan dan menyeru orang lain juga sentiasa membuat kebaikan kepada orang lain dan menjauhi perkara-perkara yang dilarang oleh ALLAH swt..Jika orang lain mengikuti apa yang kita buat maka ganjaran pahalanya amatlah besar, maka rebutlah wahai sahabat-sahabat semua ganjaran pahala yang ALLAH swt berikan pada hambanya.. Semoga usia kita lalui daripada muda hingga dimamah usia akan diisi dengan kebaikan dan mendapat keredhaan ALLAH swt sebagai bekalan kita di alam barzakh.


DSCN0696

Buat semua insan yg ALLAH swt telah pilih untuk diberi amanah dalam kerjaya, tugasan atau seorang pimpinan apabila diamanahkan sesuatu perkara dengan memegang jawatan hendaklah kita laksanakan tanggungjawab kita dengan sebaiknya dengan penuh jujur agar bila tibanya di padang masyar untuk kita bertemu dengan ALLAH swt adalah begitu mudah untuk kita menjawabnya. Setiap amalan kita akan dicatit walaupun sekecil zarah. Mungkin didunia kita boleh berlakon dengan apa cara sekalipun tanpa pengetahuan orang lain sehingga orang lain tertipu dengan permainan & lakonan kita. Tetapi harus kita ingat dengan ALLAH tidak sama sekali kita boleh menipu dan menyorok walaupun dalam hati kecil kita berkata-kata. ALLAH sentiasa perhatikan gerak geri kita. Sesungguhnnya ALLAH swt amat mengetahui. Maka sebagai orang yang beriman haruslah kita adakan sifat bertuhan dalam diri. Apabila kita rasa TUHAN itu ada disisi kita, ada dalam hati kita insya-ALLAH kita akan menjadi hamba yang baik dan mentaati segala urusan yang diamanahkan dengan menjalankan dengan baik. Tetapi sekiranya kita tidak ada sifat ketuhanan dalam diri maka berbagai perkara kita lakukan, tanpa menyedari kita diperhatikan oleh ALLAH swt.. Tetapi ALLAH swt mempunyai sifat Al-Rahman (Pengasih) beri peluang pada kita dan dia amat menyayangi hambanya dengan beri peringatan melalui ujian samaada senang / susah agar hambanya tidak terpesong terlalu jauh dengan apa yang dia lakukan.. melalui ujian itulah hambanya akan mengingat kepada penciptaNya dan kembali kepada fitrahnya. Semoga amalan kita diterima oleh ALLAH apabila semua pekerjaan kita lakukan keranaNya..waallahhualam.


KOLEKSI FOTO


DSCN0695











DSCN0696










Ketibaan YB Dato’ disambut oleh Keluarga En Ismail Bin Kaulan dan bertanyakan khabar kepada penduduk.



DSCN0704










DSCN0706










Sebelum pulang anak dan cucu En. Ismail sempat mengambil foto bersama Yb Dato’ Hasan yang mungkin mereka merasakan insan ini adalah Idola hati mereka dalam memberi motivasi pelajar.

sila layari menjadi members http://jkpzon11gombak.blogspot.com/



Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI