Tuesday, October 20, 2009

Aduan Insfrastruktur dan kemudahan Awam di Jln Samudra Selatan (1-3)


PA19001220hb Oktober,Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia bersama Kakitangann Ahli Majlis Mps/JKP Zon11 telah turun ke padang untuk lawatan ke kawasan Tmn Samudra Selatan 4, Jln Samudra Selatan 1, Jln Samudra Selatan 3.

Tujuan Lawatan tersebut adalah penerimaan aduan penduduk mengenai Longkang yang tersumbat, Tanah Lapang yang hendak dijadikan kawasan sekolah masih tidak dibangun lagi, pembuangan sampah yang merata tempat dan anjing-anjing yang berkeliaran di kawasan tersebut.

Semoga dengan usaha yang dilakukan oleh Pihak kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia bersama kerjasama dengan Ahli Majlis MPS/JKP Zon11 dapat di usulkan kepada YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali yang merupakan Exco Kerajaan Negeri Selangor (Insfrastruktur dan kemudahan Awam) untuk dibawa perbincangan dan diambil tindakan bersama pihak MPS.

KOLEKSI FOTO KAWASAN TMN SAMUDRA YANG MENGHADAPI MASAALAH

jln samudra sltn 1PA190001

Kaw. Tangki Air Syabas tidak dijaga dgn sempurna akibatnya tempat tersebut telah diduduki anasir penagih dadah, tempat anjing-anjing berteduh dijadikan spt hotel 5 bintang. Minta pihak Ahli Majlis/JKP ZOn 11, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia usulkan pd MPS untuk tindakan segera krn kawasan ini juga kerap berlaku pecah rumah. Pokok-pokok yang tidak ditebas..


PA190007PA190006

Tanah Lapang / reserve ini sudah sekian lama terbiar tanpa diusahakan. Banyak sampah sarap disini, Lama kelamaan jadi hutan belukar.


PA190008PA190013








Pagar yang telah dipotong oleh mereka yang tidak bertangungjawab, inilah sebabnya anjing-anjing mudah masuk, penggunaan jejantas yang tidak selamat digunakan, kalau sesiapa hilang lepas buat lawatan kaw. ini boleh cari dalam longkang ni.


lrg  smdra 1PA190020









Longkang yg tersumbat dengan sampah sarap. Siapa yang nak angkat sampah ini? Penduduk sering bertanya tiap2 tahun bayar cukai tetapi kenapa sampah tidak diangkut 2x seminggu?? Dimanakah peranan MPS? Anjing berkeliaran di kawasan ini amat dibimbangi kerana kawasan ini adalah tmn permainan kanak-kanak dan tadika sekolah.


PA190009

Pintu kawasan tangki SYABAS yang telah dipecah.


Semoga dengan laporan lawatan sedikit sebanyak dapat membantu penduduk dan dengan harapan agar semua pihak dapat memberi kerjasama.



Editor : Khaulah Azwar

Monday, October 19, 2009

KENYATAAN MEDIA - 16 OKT - DAKWAAN KHAIRY TERHADAP SELANGOR TUTUP KETIDAKADILAN BN


Dakwaan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bahawa Kerajaan Negeri Selangortidak menunaikan janji wang hadiah RM1,000 kepada setiap anak Selangor yang ditawarkan masuk ke universiti dan menurunkan 20 peratus cukai pintu, jelasnya dibuat semata-matanya untuk mengelirukan rakyat, serta menutup ketidakadilan kerajaan persekutuan di bawah Barisan Nasionalterhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Pandangan tidak berasas berhubung dengan program kebajikan negeri Selangor itu telah dibuat dalam ucapan dasar Ketua Pemuda Umno sempena Perhimpunan Agung Pemuda Umno semalam.

Sejak Pakatan Rakyat mentadbir negeri Selangor setahun lalu, kerajaan negeri telah melaksanakan pelbagai program kebajikan di bawah Rancangan Merakyatkan Ekonomi Selangor bagi membantu golongan miskin tanpa kira kaum dan agama.

Antaranya hadiah masuk universiti RM1,000 diberikan kepada setiap anak dari keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah yang berjaya memasuki universiti. Setakat ini penerima melebihi 7,000 orang daripada jumlah 12,340 permohonan, di mana ada segelintir yang ditolak kerana tidak lengkap atau tidak layak. Maka dakwaan Khairy bahawa janji tidak ditunaikan adalah tidak benar.

Berhubung dengan penurunan kadar cukai pintu 20 peratus, Khairy juga wajar sedar cukai pintu atau cukai taksiran adalah sumber pendapatan utama kerajaan negeri, khasnya ketika kerajaan persekutuan gagal mengagihkan
kekayaan negara secara adil kepada negeri Pakatan Rakyat.

Jika penurunan kadar cukai pintu dilaksanakan pada masa ekonomi Selangor masih belum mencapai tahap yang memuaskan, ianya pasti akan mengurangkan lagi hasil negeri lalu menyebabkan peruntukan untuk pembangunan di negeri ini tidak mencukupi.

Bagaimanapun bagi meringankan beban rakyat, kerajaan negeri telah pun mengenakan pengurangan sebanyak 70 peratus ke atas denda cukai taksiran tertunggak bagi tunggakan hasil sebelum 31 Disember 2007, manakala bagi
denda cukai tertunggak mulai 1 Januari hingga 30 Jun tahun 2008, pengecualian 100 peratus.

Khairy tidak seharusnya menafikan hakikat ketidakadilan yang dilakukan kerajaan persekutuan terhadap kerajaan negeri, misalnya penyaluran sumber persekutuan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutan (JKKKP) dalam negeri Selangor adalah satu penyalahgunaan kekayaan rakyat.

Kerajaan negeri akan tetap meneliti langkah menurunkan kadar cukai taksiran dari semasa ke semasa, namun apa yang lebih penting ialah kerajaan persekutan wajar berubah sikap mengamalkan semangat Federalisme dalam
pentadbiran dan pengagihan kekayaan negara.


*
NIK NAZMI NIK AHMAD
Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor
Adun Seri Setia*



Sekretariat Akhbar Kerajaan Negeri Selangor
Tingkat 4, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Laman web: www.selangorkini.com.my, www.selangor.gov.my, www.tvselangor.com.
Tel: 03-55447456, Fax: 03-55135068

p/s : Khaulah Azwar Said: BN buat rakyat jd keliru ana jg merupakan slh seorg staff Kerajaan Negeri di bwh pusat khidmat, semua tuntutan anak2 ke University, Ibu tunggal fakir miskin, kematian semua dibayar oleh kerajaan Negeri bwh PKR. semua ada hitam pth rekod gerakkerja kami di setiap Pusat Khidmat Masyarakat. inilah dia sikap BN dan pimpinan yg diterajui.. inikah dia yg dikatakan BN akan berubah?? yg suka kucar kacirkan PKR dibwh kerajaan Negeri Selangor.. depa ingin jatuhkan PKR yg telah menang beberap negeri... so rakyat buka mata dptkan bnyk informasi terkini jgn kita ketinggalan zmn dgn media tak bertauliah yg disebarkan oleh BN JAHANAM.. LAKNATUALLAH...AYuh sama2 Kuburkan BN dan jenteranya bersama pimpinan Ulama kita TOK GURU NIK AZIZ..

Lawatan Pst Khdmt Masyarakat DUN GMBK Setia bersama MPS ke Kg Changkat


PA18072419hb Oktober 2009 – Kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia (En. Kamarul Zaman dan En Tarmizi bersama beberapa kakitangan MPS yang diketuai oleh En. Yusri telah membuat lawatan ke Kg.Changkat & Kg Tengah jam 10:30 pagi. Kedatangan mereka telah disambut oleh Ketua Kg. Changkat.

Tujuan lawatan tersebut adalah penerimaan aduan daripada penduduk mengenai sistem longkang dan perparitan yang tidak sempurna lagi.

Berikut adalah foto longkang dan sistem perparitan untuk pihak MPS mengambil tindakan dengan menaik tarafkan sistem tersebut untuk memenuhi permintaan penduduk di kawasan ini. Besar harapan pihak Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia dan Ahli Majlis MPS agar pihak MPS dapat mengambil tindakan segera dan dapat memberi kerjasama dengan semua pihak.


PA180725PA180726

Sistem Parit yang tidak terurus lagi, tersumbat, mudah sahaja ular, nyamuk dan lain-lain binatang membiak yang di bimbangi penduduk jika berlaku perkara tak diingini. Laporan gerakkerja ini telah diteliti dan di bawa Perbincangan bersama kakitangan En Omar dan kakitangan Ahli Majlis MPS (Khaulah Azwar).


Editor : Khaulah Azwar

PESTA TANGLUNG KELAB PENYOKONG PAS DUN GOMBAK SETIA


DSCI0043

Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia dengan kerjasama Kelab Penyokong PAS dan Peniaga Pasar Moden Sri Gombak telah mengadakan Pesta Tanglung atau dikenali sebagai ”Moon Cake Festival”.

Majlis Perasmian Pesta Tanglung yang terdiri daripada Ahli Kelab Penyokong PAS telah dirasmikan oleh YB Dato’ Dr Hasan Bin Mohamed Ali dengan begitu meriah sekali. Majlis ini telah diadakan pada 16hb Oktober, 2009 di Pasar Moden Fasa 3 Sri Gombak pada 8:00 mlm dengan kehadiran berbagai bangsa dan agama.

Majlis ini telah diwarnai dengan berbagai warna – warni lampu Tanglung yang dibawa oleh berbagai peringkat umur samaada tua dan muda. Kelihatan Pesta Tanglung ini kelihatan meriah apabila majlis ini dihadiri oleh YB Dato’ Hasan bersama kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia, Kakitangan Ahli Majlis MPS/JKP Zon11, peniaga -peniaga pasar moden sri gombak dan persatuan Ibu tunggal. Semoga Pesta Tanglung ini akan dapat diraikan setiap tahun kerana dengan adanya Pesta tanglung ini akan memberi peluang dan ruang kepada semua bangsa dan agama di M’sia ini dapat mempelajari adat istiadat bangsa lain juga.

Ahli jawatankuasa Pesta Tanglung dilihat sangat bekerja keras dan memberi komitmen pada taDSCI0010hap maksimum demi kelancaran program. Pada pihak Pusat Khidmat DUN Gombak Setia sangat memuji atas kerjasama yang ditonjolkan antara ahli jawatankuasa itu sendiri dan mengharapkan sifat sebegini diteruskan dalam apa jua bidang yang diceburi melalui teamwork.




DSCI0043

Tanglung yang berbentuk bulat mewakili setiap ahli dalam Pesta Tanglung ini menyerupai ahli sekeluarga, bersatu padu, menjayakan lagi Pesta Tanglung ini, dengan inilah semua kaum dapat bergaul bersama dengan penuh keharmonian tanpa mengira kaum atau agama.






KOLEKSI FOTO PESTA TANGLUNG (MOON CAKE FESTIVAL)


DSCI0008DSCI0015

DSCI0021DSCI0017

DSCI0023DSCI0019

DSCI0037DSCI0030


LABAIKALLAH, YA-ALLAH AKU DTG PDMU AKU RINDU RMHMU, PILIHLAH HAMBAMU MNJD TETAMUMU 1 HARI NANTI, MSJD AR-RAHIMAH


PA150715

15hb Oktober, 2009 masjid Ar-Rahimah, Greenwood telah mengadakan program 3 in 1 iaitu bagi meraikan Jemaah bakal Haji, perlantikan AJK Masjid sesi 2009-2012 dan peyampaian watikah kepada AJK Masjid yang lama diatas perkhidmatan mereka didalam Masjid.

Jesteru itu YB Dato’ Hasan yang merupakan Exco Kerajaan Negeri Selangor merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu , Insfrastruktur & Kemudahan Awam dan Adun Gombak Setia beliau merasakan adalah satu tanggungjawab yang berat dan besar bagi beliau untuk memastikan segala Hal Ehwal Agama di Masjid/surau program berjalan dengan baik.


Didalam majlis ini Beliau diminta merasmikan Majlis tersebut dan memberi sedikit suntikan semangat kepada Bakal Haji dan bagi AJK-AJK Masjid baru yang dilantik untuk menjalankan tanggungjawab diamanah diberikan oleh Penduduk.

YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali rasa amat bersyukur kerana sepanjang beliau memangku jawatan dalam Exco Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu dan Adun kini pihak-pihak JAIZ, MAIZ dan semua pihak Masjid dan surau telah banyak memberi kerjasama dan memainkan peranan yang baik dimana apabila dilihat dalam bulan Ramadhan tahun ini rumah-rumah ALLAH telah diimarahkan dengan majlis ilmu sehingga akhirnya bulan Ramadhan. Besar harapan semoga ibadat tersebut akan berkekalan tidak hanya bulan Ramdhan sahaja. Semoga dengan perlantikan AJK baru ini pihak Nazir dan AJK masjid dapat menghidupkan masjid dengan berbagai program dan insya-ALLAH pihak Pusat Khidmat Masyarkat Dun Gomak Setia akan memberi kerjasama untuk meraikan program – program yang telah disusun dengan baik.

PA150733

Sehubungan itu YB Dato’ Hasan serta semua sahabat-sahabat seperjuangan di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia juga telah menyusun program anak-anak sempena cuti sekolah akan datang dengan mengadakan Program Daurah dimana program tersebut banyak mendekatkan anak-anak mencintai masjid, mengenali ALLAH, tasmik bacaaan Al-Quran, Talaqi, akidah dan lain-lain. Insya-ALLAH semoga apa yang dirancangkan akan dimudahkan oleh ALLAH swt hendaknya dengan kerjasama semua pihak samada Ibubapa/Guru-guru, semua AJK Masjid dan surau di seluruh Negeri Selangor.

Alhamdulilah Masjid Ar-Rahimah telah mengadakan Kursus Haji tahun ini dan bakal yang akan menunaikan Haji adalah seramai 82 orang. Semoga semuga jemaah Haji akan mendapat menunaikan Ibadat Haji dengan sempurna serta mendapat Haji Mabrur, doa kami semoga semua jemaah Haji selamat pergi dan balik, insya-ALLAH.

KOLEKSI PENYAMPAIAN WATIKAH AJK SESI 2006-2009, BAKAL HAJI dan AJK MASJID BARU SESI 2009-2012

PA150735PA150736

PA150739PA150753

PA150745

Friday, October 16, 2009

Pemuda PAS Perak cabar Zambry dedah bukti PAS rasuah

IPOH, 16 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mencabar Menteri Besar BN Perak, Datuk seri Dr. Zambry Abdul Kadir berdebat dengan Menteri Besar Pakatan Rakyat Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin berhubung tuduhan beliau bahawa PAS melakukan rasuah.

Ketua Pemuda DPPN Pk dalam satu kenyataannya juga meminta Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan Zambry bahawa beliau mempunyai bukti bahawa PAS telah melakukan rasuah.

"DPPN Perak mencabar Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir membuktikan tuduhan beliau bahawa PAS melakukan rasuah sepertimana kenyataan yang telah dikeluarkan oleh beliau baru-baru ini."katanya.

"Kami menyediakan pentas untuk Zambry bagi berdebat isu rasuah bersama Nizar jika beliau benar-benar berani dan mempunyai bukti. "

DPPN PK turut meminta Zambry mengemukakan bukti mengenai tuduhan beliau kononnya PAS terlibat dengan rasuah sewaktu memerintah negeri itu.

Tegasnya, jika benar dakwaan Zambry itu, SPRM seharusnya mengemukakan bukti siasat mengenai kes itu.

"Dimanakah laporan yang telah disiasat oleh SPRM berkaitan rasuah oleh PAS?"soalnya.

"DPPN Perak menganggap Zambry sekarang telah tersepit dan cuba memburukkan PAS dan Pakatan Rakyat yang telah diterima oleh rakyat untuk menerajui Kerajaan Negeri Perak selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12 tahun lepas."katanya lagi.

DPPN Pk juga menyokong kenyataan Nizar bahawa kemenangan Umno BN di Bagan Pinang 11 Oktober lalu sebagai kemenangan rasuah kerana calonnya Tan Sri Isa Samad yang dipilih untuk bertanding telah didapati bersalah kerana melakukan rasuah oleh UMNO sendiri.

Sehubungan itu, DPPN PK tegasnya berpandangan Umno BN yang telah serasi dengan budaya rasuah politik masih cuba menafikan perkara itu sebaliknya menuduh orang lain melakukan rasuah.

"Budaya rasuah politik ini tidak terpengaruh dalam PAS kerana adalah menjadi satu kesalahan besar bagi orang yang melakukannya."tegasnya._

Pahang diminta segera bayar saman, elak bebankan rakyat

KUALA LUMPUR, 16 Okt: Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man meminta kerajaan Pahang membayar segera saman berjumlah RM65 juta kepada syarikat pembalakan Seruan Gemilang Makmur (SGM) bagi mengelakkan wang rakyat terus dikorbankan.

Beliau berkata, sikap kerajaan yang melengah-lengahkan bayaran saman tersebut sejak sekian lama akan mendatangkan lebih banyak masalah kerana faedah sebanyak RM8, 000 sehari terus berjalan seperti yang diputuskan mahkamah.

"Saya harap kerajaan negeri menyelesaikan kes ini dengan menjelaskan hutang yang tertangguh kerana jika kerajaan lambat memjelaskannya, kadar interest (faedah) sebanyak RM8, 000 terus berjalan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Mahkamah Rayuan Putrajaya minggu lalu mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan pada 2007 yang mengarahkan kerajaan negeri membayar saman kepada SGM kerana melanggar perjanjian pemberian konsesi pembalakan di kawasan seluas 4,000 hektar di Mukim Bebar, Pekan.

Mahkamah Tinggi Kuantan pada 25 Mei 2007 mengeluarkan satu perintah kepada kerajaan negeri supaya membayar ganti rugi berjumlah RM37, 127, 471.60 kepada SGM dengan kadar faedah 8 peratus setahun mulai Disember 2000 (jumlah keseluruhan RM60juta).

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob bagaimanapun memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi bagi menangguhkan keputusan mahkamah itu namun gagal dalam rayuannya.

Sehingga 7 April 2008, pihak defendan (Adnan dan kerajaan negeri) gagal membuat sebarang bayaran ataupun menghubungi SGM menyebabkan kedua-duanya dianggap melanggar dan menghina keputusan mahkamah.

Seterusnya pada 20 April 2008 Mahkamah Tinggi mengeluarkan perintah mandamus (perintah akur bayar) terhadap Adnan dan kerajaan negeri bagi melunaskan bayaran RM63 juta kepada SGM dalam tempoh 14 hari mulai dari tarikh itu.

Adnan sekali lagi memohon mengenepikan kes melalui Mahkamah Rayuan dan beliau dilepaskan dari membayar hutang tersebut.

Hutang sebenar kerajaan negeri sekarang sudah menghampiri RM65juta kerana faedah sebanyak RM8, 000 sehari terus berjalan.

Menurut Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, meskipun mahkamah rayuan melepaskan Adnan daripada membayar hutang tersebut, namun kerajaan negeri tetap terpaksa membayarnya.

Ujarnya, keputusan mahkamah itu juga hanya untuk membersihkan nama Adnan sedangkan kerajaan negeri terus terbeban dengan hutang yang semakin meningkat sekaligus menyebabkan rakyat turut merasai tempiasnya.

"Keputusan mahkamah itu bersifat teknikal sahaja untuk membersihkan nama Adnan sedangkan kerajaan negeri tetap mengagung hutang," katanya.

Beliau juga mendakwa, akibat penyelewengan dan rasuah yang dilakukan kerajaan Umno BN menyebabkan wang rakyat terpaksa digunakan untuk menyelesaikan bebanan hutang.

"Disebabkan penyelewengan dan salahguna kuasa kerajaan negeri, rakyat yang terpaksa menanggung kerugian. Ini tak sepatutnya berlaku," tegasnya._



SIMFONI KASIH TAUTAN HATI