Thursday, September 3, 2009

Wasiat Bonda buat anakanda






27hb Ogos, 2009 ana tidak tahu mengapa sejak akhir-akhir ini bonda yang amat ana kasihi lain daripada lain rentak kehidupannya, sering saja sikapnya buat ana tertanya-tanya. Bonda ana bersikap ganjil sikit.

Sedang ana duduk baca kitab bonda ajak teman ke pasar, kemudian disana ana ajak bonda potong rambutnya, tapi bonda taknak kata bonda "Mak nak bela rambut panjang balik" ana pujuk mak, mak tak panas ke dah biasa potong rambut ni panjang sakit pula kepala tu.. mak taknak juga, akhirnya ana akur dan ikut kehendak hatinya, selapas tu dia salam dengan adik yang jaga kedai tu yg memang menjadi rutin kehidupannya setiap kali datang kedai anak angkatnya itu. Tiba2 kakak tu cakap khaulah jg mak baik2 dulu mak akak mcm tu le.. tiap kali pandang mak teringat mak akak dan semakin hari pendengaran dia pun tak jelas lepas tu dialis kening nya akan terjatuh,, ana cuba amati wajah bonda ana.. tiba2 airmata ana balik menitis jauh disudut hati sering berdoa "ya-ALLAH rahmati bondaku, panjangkan usianya berilah hambamu kesempatan menjaganya dgn baik dan kasihanilah dirinya sptmana dia amat mengasihi ana semasa waku dlm peiharaan waktu kecil, hasrat ana utk bawa dirinya menunai haji masih belum tersampai, mudahkan urusan dan hasratku ya-allah" insya-allah ana sedang berusaha kearah itu.. ,tiba2 ana tersentap bila kakak tu ckp ibunya semakin hari semakin tak jelas pendengarannya spt bonda ana, kadang2 bonda minta ckp kuat2 dengannya krn pendengarannya kurag jelas tapi bila nak cakp kuat2 rasa ana bersalah pula takut hatinya terluka, so ana ckp jg kalau dah penat ana diamkan diri. Ana taknak melukai hati ibu yang melahirkan ana.. Hati ibu yang semakin dimamah usia mmg mudah akan terasa hati, yg minta dirinya diberi perhatian dan kasih syg dpd anak2.. Ya-ALLAH Jauhkan diriku melukai hatinya..pelihara tutur kata ku setiap kali ingin bicara dgn insan yg amat kukasihi.

Ana bawa bonda keluar kedai tu dan belikan pakaian raya dan kasutnya.. lps tu ana teringat janji ana untuk bawa bonda berjumpa dgn shbt ana Imam Rizal dan zaujanya. atas permintaan bonda untuk uruskan wasiat pusaka. Ana semakin pelik sgt.Kenapa bondaku begini, ya-ALLAH moga tidak terjadi apa2 pada bonda, Ana tak tahu apa yg bonda tulis dalam surat wasiat tersebut dan K. noor minta ana bawa bondaku di pej as-solihin pada 1sept, 2009 utuk menandatangani borang wasiat bonda disana. Insya-ALLAH ana akan bawa bonda.



1 sept, 2009 bondaku pesan jgn lupa bawa mak g pej tu, mak tak tahu adakah mak sempat bersama dgn anak-anak mak raya ni.. menitis airmata ku, mak napa mak cakp camni insya-ALLAH semoga kita semua dpt berkumpul raya nanti. Insya-allah eila janji 10:30 pagi amik mak, mak siap cepat ye.. Bondaku senyum dan kucupan kasih diberi. Ana keluar kerja dengan menitis kan airmata berbagai persoalan yang timbul, ana harap tidak terjadi apa2 pd bonda yang amat dikasihi.

10:30am ana, mak dan k,noor kami bertiga pergi pej as-solihin, ana diberi borang surat wasiat, membacanya begitu berat sekali utk ana membaca wasiat yg terkandung dlm Al-Quran, selepas selesai baca ana tarik nafas panjang2.. amat penat. mengeluh dihati.. 2 orang saksi bersama dan 1org pembaca wasiat ada bersama kami. Hati begitu sayu bila mendengar bacaan wasiat yang dibaca oleh kakitangan assolihin. Ana harap dengan tindakan bonda yang begitu bijak sebelum terjadi apa2 untuk kebaikan anak2 semua berjalan dgn baik. Ana mengerti mungkin ada hikmahnya mengapa bonda buat demikian krn hati adik beradik lain daripada lain, kadang2 krn harta, duit sanggup terputus tali persaudaran dan menjadi musuh, so mgkn tindakan bonda utk kebaikan kami semua. Insya-ALLAH ana akan berpegang janji dengan bonda buat mana yang termampu harap adik beradaik ana tak salah fhm tindakan bonda. Semua diberi sama rata mengikut hukum faraid.

12tgh urusan selepas baca Wasiat sudah selesai, kena buat bayaran tapi ana terlupa nak keluarkan duit so ajak k.noor temankan pergi bank ISLAM. Tiba2 ana terbaca risalah Abang di tikam oleh 9 adik beradik apabila harta pusaka menjadi rebutan. ya-ALLAH sampai begitu sekali, ana terpaku lps keluarkan duit ana cerita pd k.noor. so pesannya begitulah Khaulah.. bila syaitan mengasut semua akan terjadi sekelip mata itu pentingnya ada buat perlantikan wasiat.



Apa yang kita fhm bila sebut wasiat pasti orang2 melayu ni terpikir wasiat dibuat apabila ibubapa mereka hendak meninggal. sebenarnya wasiat dibuat adalah untuk melantik seorang wasi utnuk menguruskan harta pusaka secara adil apabila berlaku kematian, wasi akan membaca pda pewaris atas apa yang telah diwasiatkan oleh arwah pada anak2.. ana diam.. mmg ana fhm itu semua. so ana mengerti tindakan bonda. Harap ALLAH mudahkan urusan kami sekeluarga, amiin.

Habis urusan 1 lbh baru sampai rumah tapi dalam kereta ana asyik menahan sakit akibat jatuh dalam longkang mengecat rumah.Degil mak ckp dah 12mlm masuk tp ana dan anak buah leka mengecat rumah, mmg ana jenis tak suka keje yang berlangah2, bila dh mula akan teruskan, ana minta tlg adk jemaah dimasjid tp sehingga balik daripada bertugas permatang pasir asyik tergendala, mgkn dia sibuk uruskan urusan masjid so ana taknak paksa dia, dengan itulah ana habiskan kerjanya yang tergendala alhamdulilah 1 hari semua setled.. mmg tiap2 tahun semasa abah ada dulu pun ana dan abah yang mengecat, harapkan anak2 lelaki..erm jgn diharap semua dah berumah tgga sibuk urusan keluarga masing2.. so tulang kecil ana ni le kena di ringankan.. so nak tak nak kena setled sehingga le ana terjatuh dalam longkang terentap tulang belakang ana, ana iagat takde apa2.. rupa2nya mmg cedera parah, lutut, kaki berdarah bengkak mengalah accident motor, nak tidur 3 hari x le tidur.. sakit tulang belakang ana menjadi2.. dalam kete ana cakap dgn k.noor kak tak silap haribulan ana sibuk uruskan surat wasiat mak, entah2 ana yang pergi dulu. wasiat ana pun tak terbuat lg.. k. Noor terenyum hang ni khaulah kenapa ckp mcm ni.. akak hantar hang g rumah urut nak tak?? erm tak pe le akak ti ana g sendiri, akak dh bnyk tlg ana uruskan surat wasiat mak ni.. dah bnyk ambil masa akak. insya-allah ti ana g sendiri..

3ptg ana g jumpa bidan esah dia urutkan ana katanya dah masuk angin bengkak urat dpd dalam. mmg ana rasa dah tak le jln.. nak bawa kete pun rasa asyik terhenti.. mak dah selamat sampai. mak ana terkejut bila tgk ana jln mcm orang sakit je,ana taknak mak risau tu ana tak bagi tahu dia.. tp hati ibu ini mudah sgt perasan bila terjadi sesuatu pada ana. Walaupun dah urut tp terasa lagi so lps balik keje lps berbuka ana siapkan diri terus g klinik, ana nak buat x ray tapi Dr Tak bagi.. sedangkan ana nak masuk klinik tu ana jln mcm tak seimbang lg mcm nak pengsan pun ada namun kuatkan semangat. Tak pasal2 ana kena diberi suntikan.. mlm tu ras lega sedikit baru dpt tidur, kalau tak mmg menyeksa diri.. alhamdulilah namun begitu kini 3 hari berlalu kadang terasa mcm ditucuk dgn jarum tak blh nak angkat barang berat lagi.. doa je ana mampu semoga ALAH sembuhkan sakit ana utk beribadat kepadanya..

Alhamdulilah masuk hari yg ke4, baru terasa lega sedikit, depan majikan ana, ana buat mcm biasa je, ana taknak K.pah tahu kalu tak sure dia risau. Kak pah insan yang amat ana hormati semenjak ana bersama jemaah Gombak. Mengenali dirinya hampir 12thn.. ana begitu senang sft yg ada padanya..bila teingatkan dirinya ana sering teringat kata2nya tiap kali kami berbicara yg kdg2 ana rasa tak juga mampu utk menunaikan..kerap k.pah pesan pada ana, jg diri sbg muslimat yg disegani org, jg akhlak kita, agar org tahu menilai mana satu perempuan dan mana 1 muslimat..(Mana 1 kaca & mana 1 permata) dan 1 perkara ingat pesan akak ye... akak hrp kalau akak takde anti tlg uruskan kewangan dan hal-hal lain yg berkaitan dgn pej JKP ni..nanti anak2 akak salah fhm pula.. mana 1 kewangan keluarga dan kewangan urusan pej jemaah.. adui 1 lg tgjwb yg ana kena pikul.. tiba2 airmata nya menitis. begitu jg dgn ana.. dan kata2 yg mampu ana keluarkan.. "Erm akak ni..jgn lah ckp gini..mmg org yg paling bijak adalah ingatkan kematian.. tp rasa bnyk perkara kita tak terbuat lg..entah2 ana yg g dulu.. kami berpandangan antra 1 sama lain.. dan mengesat airmata..kenapa sejak akhir2 ni begitu sensitif dgn apa yg berlaku.. K,pah mmg kaya dgn sifat keibuannya, sering berkongsi pendapat bersamanya, sbg adik ana sentiasa menerima teguran daripadanya utk kebaikan diri ana, kalau dia sakit ana pun jadi risau, mmg kami caring antara satu sama lain, moga allah sentiasa pelihara ukhwah kami. Ana bimbang juga nak jumpa dia dengan keadaan ana tak stabil, mcm2 alasan ana buat utk tak berjumpa dgn dia haritu, akhirnya dia dtg pej.. terubat rindu dihati pada kakak sorang ni..


K.pah : Anti napa ni.. sihat ke /x?? ana senyum,, alhamdulilah kak sihat je.. doa akak.. kalau x sure ana MC hari ni .. biasale kalu dah jumpa k.pah ,mcm2 cerita dikongsi bersama samada hal anak2, fmly dan masalah kerja, ana setia mendengar. takde k.pah mmg sunyi pej ni, mgkn anaknya najmi ikut perangai k.pah becok sgt.. ada je cerita nak diceritakannya..tapi takpe le ana pun suka layan keranah budak2.. daripada percakapannya yg tulus.

Ana tanya k.pah semua AJK tnya ana joint/ x dgn MPS ptg ni .. tp ana x dimaklumkan oleh Azmi.. so tak tahu le pula.. Akhirnya k.pah balik dan minta kalu ana free joint dgn MPS turun padang ke ke Zon kami tu.. tp malangnya ana x free coz nak siapkan kerja urgent dan mlm ada mtg Nisa..ni pun tunggu tel Eifa & nadiah coz 2 times slot ana kena g Hsptl selayang 4;40pm/5;30ptg.. utk Kapsul Ramdhan.. tp rasa mcm nak jg joint, ei, badan2... akhirnya Nadiah tel.. nak joint ana so kami cadang g 5;30ptg nak joint dgn K.pah.. sat.. tp tgk2.. nak sampai prg k.pah dh hbs just buat lawtan je..huhu.main kejar2 le pula dkt Gombak ni.. ingat g sekejap ana nak g klinik balik.. tp.. kalu dh jumpa shbt2..mmg tak le kata sekejap.. ada je perkara nak dibuat. tp x pe le sekurang2nya jumpa shbt2 terubat rindu, krg skt skt.. insya-allah ada masa ana temankan k.pah.. inilah kehidupan ana setiap hari, mg kesibukan ana dlm urusan dunia akhirat diterima ALLAH swt. Insya-ALLAH..Hrp k.pah faham tgjwb kita semua pada jemaah dan kerjaya..

Ya-ALLAH dibulan penuh keberkatan ini, terimalah amalan hambamu panjangkan usia ibuku, kaum keluarga, shbt handai, majikan dan semua pejuang ISLAM yg membantu agamanmu..berilah kami peluang utk terus bermujahadah pada mu hingga akhirnya.YaALLAH rahmatilah mereka berilah kegembiraaan hatinya, kurniakan kesihatan yg baik pada kami semua, tiada yg paling bermakna dlm hidupku melainkan melihat kegembiraan kesejahteraan diri mereka dlm beribadat pdmu.. amiin ya rab:)




Nasihat ana pada semua pengunjung blog ana, buatlah wasiat secepat mgkn, hidup mati kita tak tentu, tp utk perancangan yg bijak kebaikan anak2.. supaya tidak berlaku slh fhm maka perlu ada perancangan yg baik. Semoga air yg dicincang takkan terputus, pelihara ukhwwah adk beradik sebaiknya itulah harta pusaka yg lbh bermakna jika semua mnjd anak2 yg solih & soliha.
Semoga kematian kita mendapat ketenangan sepenuhnya dgn kerehatan secukupnya setelah amal iabdat kita tingkatkan semasa usia kita msh ada utk bekalan... kini yg tinggl adalah doa anak2 yg solih & soliha pada ibubapa.. FIKRIKANLAH SHBT2...

Wasiat pada Kubur, mengapa ini boleh terjadi, dimanakah tangungjawab kita sbg anak kepada org tua kita??

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Abah berwasiat supaya kubur abah dan mak jangan dijadikan mangsa "penebus rasa bersalah" anak-anak.

Maksudnya begini:

Semasa ibu dan bapa masih hidup, anak-anak mengabaikan tanggungjawab mereka atas pelbagai alasan (sila rujuk kitab-kitab muktabar tentang tanggungjawab anak terhadap ibubapa) - alasan sibuk dengan urusan dunia yang tak akan habis sampai bila-bila, sibuk dengan urusan anak, isteri/suami masing-masing, sibuk dengan itu dan ini, hingga lah "tiba-tiba" salah seorang atau kedua-dua ibubapa mereka diperintah Allah untuk kembali kepadaNya... .. (sebenarnya tak ade kematian yang mengejut atau tiba-tiba - setiap kematian itu telah dirancang Allah lama sebelum manusia itu dijadikanNya. ... "tiba-tiba" itu hanya "tuduhan" manusia kerana bukankah kita rasa seronok hidup! Malahan pujangga dengan angkuhnya mendeklamasikan "aku mahu hidup 1,000 tahun lagi!)...

Dalam kesedihan kerana kematian mereka, timbul lah rasa bersalah si anak kerana telah mengabaikan mereka semasa hayat, maka dilakukanlah perkara-perkara seperti berikut:

1. upah orang bacakan Al Quran 40 hari, 40 malam (anak tidak pulak membacanya kerana maklum lah sibuk belaka....)

2. upah orang bina kubur yang tercantik dan terhebat ("mak/abah memang patut diberi penghargaan ini kerana jasa mereka kepada aku"...)

3. tabur berbagai-bagai bunga atas kubur ("aku sayangkan mak/abah"... walhal semasa hidup mereka, sekuntum bunga pun tidak pernah dihadiahkan! )

4. cetak kitab Yaasin (siap tulis kat kulit depan "sempena kematian ibu/bapaku tersayang... .") dan edarkan kepada masjid - macamlah surau dan masjid tak cukup-cukup kitab Yaasin

5. buat kenduri panggil "orang masjid" bacakan doa tahlil (maklum lah, anak tak sempat mendoakan ibubapanya. lagi pun "doa orang masjid ni lebih berkat"....)

6. buat pelbagai kenduri "hari peringatan ke-3, ke-7, tahun ke-47....." kematian ibubapa

7. sedekah pisang kat masjid......

8.. buat upah umrah setiap tahun (walhal dulu semasa hayat mereka, langsung "takde bajet nak hantar mak/abah gi umrah"; lagi pun keperluan umrah itu hanya sekali sepanjang hayat sahaja!)


Selepas itu boleh lah si anak tidur lena dan sempat pula membidas adik beradik lain dengan berkata, "aku dah tunaikan tanggungjawab aku pada bapak/mak. Kau tak buat ke?"

Abah panggil semua ini sebagai "sindrom penebus rasa bersalah"- kerana "dulu aku tak buat semua itu, maka sekarang aku dah buat semua ini, jadi aku tak bersalah lagi!".....

Kalau inilah yang bakal terjadi kepada abah dan mak, maka abah berwasiat di sini, TAK PAYAH LAH anak-anak abah bersusah payah membuat pelbagai justifikasi dengan sindrom penebus rasa bersalah.... . memadai lah diselitkan satu ayat yang tak sampai satu nafas nak menyebutnya - "Ya Allah, ampunkan lah ibu bapa ku". Takde belanja wang ringgit, tak payah cari orang, tak payah susahkan diri.

Sempurnakan solat (wajib untuk penebus diri sendiri masing-masing) dan doa lah meminta apa-apa dari Allah (untuk mendapat penebus diri sendiri masing-masing) dan selitkan lah ayat di atas(sebagai penebus diri sendiri dan untuk keselamatan ibubapa di alam barzah dan alam akhirat).

Abah doakan apa-apa amal jariah yang abah dan mak lakukan dan apa-apa ilmu bermanfaat yang abah dan mak ajarkan kepada sesiapa pun dan diamalkannya - agar semua ini diterima Allah sebagi pelaburan kami di akhirat. Semoga semua anak-anak yang lahir dari sulbi kami menyempurnakan janji-janji mereka kepada Allah untuk menjadi hamba-hambaNya yang beramal soleh. Itu lah 3 harta yang akan mengiringi kami ke kubur dan tinggal kekal menemani kami sehingga kiamat...... ..

Ambil iktibar dari lampiran di bawah.


Larangan dari Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam: Dari Jabir radhiyallahu 'anhu, dia berkata, "Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.."
(Hadith Riwayat Imam Muslim)
Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular di kalangan orang-orang Islam
kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kunoh dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga.
Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang
ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat
dimurkai Allah subhanahuwata' ala.
Ali bin Abi Talib radhiyallahu 'anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi,
"Tidakkah kamu mahu aku utuskan kamu untuk melakukan perkara yang aku
diutuskan oleh Rasulullah untuk melakukan? Kamu hendaklah meruntuhkan
semua berhala dan meratakan semua kubur yang ditinggikan orang."
(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Mengawali Nafsu

Menurut al-Ghazali : Nafsu boleh dikekang dengan kekangan takwa. Dengan itu ia akan menjadi lemah dan tunduk mengalah. Kewarakan seseorang juga boleh membelenggunya sehingga nafsu tidak berpeluang menjalankan peranannya.Dengan kesedaran bahawa nafsu itu musuh yang akan mendatangkan kecelakaan , ia perlu dilemahkan dengan penghinaan. Jangan sekali-kali diberi muka dan dilayani keinginannya.


Ulamak sufi menganjurkan tiga langkah untuk melemahkan hawa nafsu:

Pertama, setiap keinginan nafsu itu hendaklah dicegah dan ditahan. Ini bererti ia dikurung atau dibelenggu. Umpama binatang liar, apabila dikurung atau ditambat, ia menjadi jinak juga akhirnya.

Kedua, hendaklah diberikan suatu tekanan atau deraan yang berat ke atasnya. Umpama kaldai yang liar, apabila dilebihkan muatan beban di atas belakangnya, nescaya ia menjadi lemah dan akan menurut perintah, apa lagi kalau dikurangkan rumput untuknya.

Ketiga, hendaklah sering berdoa, memohon perlindungan daripada Allah Taala agar terselamat daripada angkara nafsu jahat (nafsu ammaratun bil-su`).

Langkah ini penting, kerana hanya dengan mendapat rahmat Allah Taala, hamba-Nya akan
bebas daripada pengaruh atau runtunan nafsu.

Dalam al-Quran, Allah mengisahkan, bahawa nabi Allah Yusuf alaihissalam bersabda, mafhumnya : Sesungguhnya nafsu itu menyuruh kepada kejahatan kecuali orang yang dirahmati oleh Tuhanku. (QS. 12 : 53)

Wednesday, September 2, 2009

Final Risalah Permatang Pasir -Pakatan Rakyat Kerajaan Berjiwa Rakyat


Amanat /Pesan Tok Guru Kepada Pegundi Permatang Pasir, Edaran Risalah 24 Ogos, 2009


Ramadan, Bulan Kurnia Allah Kepada Orang Beriman

Kita sedang berada dalam bulan Ramadan Al-Mubarak, bulan kurnia Allah SWT kepada orang-orang yang beriman. Apabila tibanya bulan Ramadan Al-Mubarak, Rasulullah s.a.w. menyampaikan ucapannya, yang bermaksud: Telah tiba kepada kamu bulan Ramadan, bulan yang mulia, padanya satu malam yang kelebihannya lebih baik daripada 1,000 bulan, bulan yang pada awalnya kerahmatan, pertengahannya keampunan dan akhirnya pembebasan daripada api neraka.

Pada bulan ini, kita dijemput menjadi tetamu Allah Taala untuk menghadiri majlis hidangan-Nya. Disediakan untuk kita hidangan yang terdiri daripada makanan roh dan jasad, kerana Allah Taala menjadikan manusia dengan dua fitrah iaitu unsur roh dan unsur jasad, kedua-dua unsur ini memerlukan makanan. Makanan ini penuh dengan kelebihan, makanan roh ialah iman, ilmu, takwa dan segala sifat dan akhlak yang mulia manakala makanan jasad ialah makanan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya.

Allah SWT telah menentukan tugas manusia yang berbeza dengan tugas malaikat di alam roh dan berbeza dengan binatang yang hanya menjaga kepentingan jasad. Manusia mempunyai kedua-dua unsur iaitu unsur malaikat dan binatang. Sekiranya manusia menunaikan tuntutan roh dengan sebenarnya dan dalam masa yang sama berjaya menghadapi hawa nafsu kebinatangan, maka manusia akan menjadi makhluk yang lebih mulia daripada malaikat seperti para nabi dan orang-orang yang soleh. Di sana ada manusia yang lupa kepada makanan roh dan mengendalikan jasadnya seperti binatang, maka manusia itu menjadi lebih jahat daripada binatang.

Allah SWT melatih, mendidik dan memberi tarbiah kepada kita pada bulan Ramadan Al-Mubarak dengan hidangan menunaikan kewajipan berpuasa pada waktu siang hari, memberi sedekah, menjamu makanan kepada saudara-mara dan sahabat handai, jiran dan orang-orang yang memerlukan pertolongan, menghidupkan malam dengan sembahyang tarawih, bertahajud, tadarus al-Quran dan sebagainya. Semuanya ini dijanjikan kelebihannya lebih besar daripada bulan-bulan yang lain.

Ibadat puasa sahaja dijanjikan Allah SWT dengan pahala yang tidak terhingga banyaknya. Seseorang manusia yang melakukan kebaikan akan diberikan dari tiap-tiap satu kebaikan itu 10 pahala.. Adapun puasa, Allah Taala berfirman, yang bermaksud: Sesungguhnya puasa itu untuk Aku, maka terserahlah kepada-Ku untuk menentukan pahalanya.

Betapa besarnya pahala kepada orang-orang yang berpuasa, betapa ruginya mereka yang tidak berpuasa. Sesiapa sahaja yang tidak berpuasa satu hari dengan tiada sebarang keuzuran yang membolehkannya berbuka, walaupun diwajibkan kepadanya menggantikan puasa itu pada hari yang lain, namun dia tidak akan dapat menggantikan pahala puasa yang ditinggalkan satu hari itu walaupun dia berpuasa sepanjang umurnya. Itulah kelebihan yang dijanjikan Allah Taala..

Jaga diri daripada perkara menghilang pahala puasa

Marilah kita menunaikan ibadat yang diwajibkan Allah Taala itu dengan syarat-syarat dan rukun-rukun yang diwajibkan serta dengan adab-adab puasa yang menambahkan kelebihannya supaya kita menyedari bahawa puasa itu bukan sekadar menjaga diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa pada waktu siang hari iaitu tidak makan, minum, bersetubuh dengan isteri, tidak memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang terbuka tetapi seseorang itu juga perlu menjaga dirinya daripada perkara yang menghilangkan pahala puasa walaupun tidak membatalkan puasa.

Seseorang itu perlu memelihara anggota dan pancainderanya daripada melakukan perkara-perkara dosa dengan memelihara lidah, mata dan telinga supaya tidak melakukan perkara-perkara yang menghilangkan pahala puasanya. Itulah pendidikan puasa yang merupakan makanan rohani yang dihidangkan oleh Allah SWT pada bulan Ramadan.

Kita juga dijanjikan fadilat iaitu diberikan pahala pada makanan jasad. Kita makan dan minum pada bulan puasa bukan sahaja untuk kenyang tetapi diberikan pahala. Begitu juga kelebihan mereka yang bersahur. Allah SWT menjadikan kelebihan orang yang makan sahur sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Sesungguhnya Allah Taala dan para malaikat bersalawat kepada orang-orang yang bersahur.

Ini menunjukkan bahawa bukan sahaja ibadat puasa, bukan sahaja perkara-perkara kebaikan yang dilakukan diberi pahala, bahkan makan dan minum kita pada bulan puasa juga diberi pahala oleh Allah Taala. Itulah keistimewaan pada bulan Ramadan Al-Mubarak dan banyak lagi keistimewaan yang lain yang disediakan oleh Allah Taala supaya kita mencapai natijah puasa yang baik.

Kita menerima kerahmatan daripada Allah SWT pada awalnya, mendapat keampunan pada pertengahannya dan dimerdekakan daripada api neraka setelah kita meninggal dunia sekiranya kita menunaikan puasa dengan sebaik-baiknya. Itulah di antara hidangan yang disediakan oleh Allah Taala. Marilah kita menyahut jemputan Allah SWT di bulan yang penuh dengan kemuliaan itu.

Firman Allah Taala yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang diwajibkan kepada umat-umat sebelum kamu supaya kamu menjadi orang-orang yang bertakwa. (Surah al-Baqarah: 183)

Kuliah Subuh bersama Yb dao Hasan Surau Al-Falah


hayatiramadhan2Gombak 30hb Ogos, 2009 selepas solat subuh surau Al-Falah, Tmn Melewar dipenuhi dengan penghuni-penghuni yang merindui mengunjung rumah ALLAH untuk melengkapkan diri dengan mencari ilmu sebagai bekalan. Alhamdulilah kini umat ISLAM telahpun menunaikan Ibadat Puasa dan sedar tidak sedar kita telah melangkah ke station pertengahan Ramadhan. Bagaimana Ibadat kita bulan Ramadhan Tahun ini?? Moga semua dapat membaikikan diri, iman dan ketaqwaan kita kepada penciptanya. Disini penulis ingin berkongsi sedikit santapan rohani yang diberikan oleh YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali dalam penyampaian kuliahnya pada 8 Ramdhan, tempohhari. Semoga dengan sedikit ilmu diberi, boleh dikongsi bersama yang tidak dapat hadirkan diri dalam kuliah tersebut, Insya-ALLAH. Tajuk yang diberikan dalam kuliah tersebut adalah Awalnya Rahmah, Pertengahan keampunan dari ALLAH dan akhirnya Kelepasan dari azab Api Neraka’ sungguh molek bila kita tengok Kelebihan-kelebihan diberikan ALLAH swt pada umatnya dalam bulan Ramadhan. Tetapi setakat manakah kita sebagai umat ISLAM menghargai Markah BONUS yang ALLAH bagi pada kita dalam bulan yang penuh keberkatan??. Siangnya kita berpuasa menahan lapar dan dahaga disitu ALLAH mendidik hati, nafsu kita dan sejurus mengingatkan kita pada saudara mara kita di bumi Palestin dan negeri lain yang telah diserang dengan tentera-tentera yahudi dengan sedaya upaya mereka hendak menindasi umat ISLAM. Kita dibumi Malaysia perlu bersyukur kerana masih dipelihara oleh ALLAH swt daripada ditimpa musibah tetapi kini ALLAH uji kita dengan penyakit H1N1. Itu peringatan yang ALLAH beri pada kita sedar/tidak untuk kita ubah kehidupan kita dengan berbanyakkan solat hajat dan taubat. Moga kita semua dipelihara musibah tersebut. Dengan berhadapan bulan Ramadhan ini adalah bulan didikan yang terbaik untuk kita mengubah kehidupan kita dimana Suami menjadi yang solih, isteri menjadi soliha pada suaminya dan anak-anak menjadi Quratul Ain pada ibubapanya. Tetapi adakah kita benar-benar berhadapan dalam bulan tarbiyah ini dengan penuh keikhlasan dan mendidik diri kita kepada penciptanya,malahan bila kita renungkan kembali ibadat kita dalam bulan Ramadhan waktu siangnya menahan lapar dan dahaga tetapi sayang pada waktu malamnya ramai yang terleka dengan hal dunia semata-mata sanggup tidak menunaikan solat terawih yang hanya kita temui 1 thn sekali dan belum tentunya kita akan bertemu bulan ini pada tahun akan datang, malahan bagi generasi anak muda berpeleseran dengan bertemu yang bukan mahramnya disitu maksiat telah berlaku dan bagaimanakah markah yang ALLAH nak beri pada kita pada puasa tersebut??

Adakah turget kita tercapai untuk mendapat markah yang penuh daripada ALLAH untuk diberi pada kita seperti ”Awalnya rahmah, pertengahan keampunan dari ALLAH dan akhirnya Kelepasan dari Azab Api Neraka” tepuk dada tanya iman kita sekiranya perbuatan-perbuatan tersebut kita lakukan dalam bulan Ramdhan.


260820091203Selain daripada itu sebagai umat ISLAM kalimah LailahaillaALLAH harus disematkan dalam hati kita,setiap sebelum solat pastikan kita mengucap khalimah itu terlebih dahulu kerana kadangkala dalam kata-kata, perbuatan kita disedari/tidak kita terlepas cakap yang amat membimbangkan diri kita sekiranya kata-kata tersebut boleh merosakkan akidah kita sendiri, nauzbillah. Cuba kita renungkan kembali dosa-dosa yang telah kita lakukan pada Ibubapa, anak-anak, adik beradik dan orang-orang sekeliling kita.

Dosa Anak Kepada Ibubapa: Setiap hari pernah tak kita megeluarkan kata-kata yang kesat pada Ibubapa kita, ingatlah semakin hari Ibubapa semakin tua mereka begitu sensitif dengan apa yang kita lakukan, hargailah orang tuamu selagi mereka masih ada. Penulis ingin berkongsi cerita yang telah YB Dato’ sampaikan dalam kuliahnya untuk anak-anak muda fikirkan dan renungkan kembali begitulah juga pada Ibubapa. Jangan ingat Ibubapa tak buat kesilapan pada anak-anak. Dosa Ibubapa pada anak-anak juga ada. Mana yang baik kita ikut jadikan tauladan yang baik untuk kita contohi dan amalkan insya-ALLAH. “Ibubapa YB Dato’ Hasan telah pulang kerahmatuallah ketika ibunya berusia 45thn genap 5thn ibunya pergi sejurus kemudian diikuti oleh ayahnya. Beliau sakit tua dan strok.

IMG0475A

Ketika Ibunya sakit anak-anaklah yang menjaga kebajikan ibubapanya secara bergilir-gilir. Yb Dato’ Hasan menjaga ibunya dengan amat baik sekali dengan memandikan, bedakkan ibunya kemudian dimasakkan makanan untuk ibunya selepas semua diuruskan beliau, YB Dato’ akan kucupkan dahi ibunya sehingga ke tapak kaki ibunya. Mohon restu ibubapa untuk keberkatan kehidupannya dan lihatlah sehingga kini apa yang YB Dato’ dapat dengan kejayaan doa restu ibubapanya hingga beliau berjaya. Disini cuba kita renungkan kembali adakah kita mampu buat sedemikian pada IBubapa kita sekarang??, mampukah kita berikan kucup kasih sayang kepada ibubapa kita??,salam mereka ketika kita hendak keluar rumah, walaupun kita dah berumur mampukah kita nak peluk ibubapa kita??? bertubi-tubi soalan dilontarkan YB Dato’ pada kita semua yang mendengar kuliah tersebut. Bagaimana pula dengan penghormatan kita sebagai seorang pelajar pada Guru-guru yang mengcurahkan ILMU pada kita?? Adakah kita menghormati mereka?? Ingatlah jika Guru kita tidak hormat maka ILMU tidak diberkati. Semasa Yb Dato’ belajar di England beliau mendapat gelaran pelajar contoh oleh Dekannya. Inilah doa ibubapa untuk dirinya. Ibubapa YB Dato’ walaupun mereka tidak berpendidikan tinggi tetapi ILMU agama mereka cukup dibanggakan, Didikan Ibubapa pada anak-anak apabila sudah solat subuh, mereka diajarkan dengan membuka Kitab AlQuran, akan disemak bacaaan anak-anak setiap kali hendak melangkah ke surau/masjid. Begitulah didikan ibubapa nya pada YB Dato’ dan adik beradiknya.

Alhamdulilah moga dijadikan contoh terbaik pada kita yang dulu penulis juga rasa igin menjejaki tingkah laku YB Dato’. Beliau adalah Ikon pada penulis sehingga kini. Setiap kali penyampaian ceramah dan motivasi pelajar yang dijalankan semasa penulis dibangku sekolah lagi penulis tidak pernah ketinggalan untuk mengikuti program beliau yang banyak memberi semangat kepada penulis dan sahabat-sahabat yang mengikuti program YB Dato’. Siapa sangka kini penulis berkesempatan untuk mencurahkan khidmat sepenuhnya bekerja dibawah YB Dato’ Hasan Ali. Alhamdulilah penulis dan YB Dato’ diberikan umur yang panjang untuk menjalankan tanggungjawab kepada generasi muda dan kepada rakyat umumnya. Alhamdulilah doa dimustajabkan kerana diberi peluang dan ruang untuk bersama dengan kakitangan MTD Gombak Setia dan YB Dato’. Sehingga kini semenjak YB Dato’ pegang Exco Negeri dan kemenangan di beri penulis lihat rumah-rumah ALLAH kini banyak diimarahkan dengan banyak majlis ilmu semua saf pimpinan yang mempunyai ILMU agama yang tinggi kini dibenarkan menjalankan tangungjwab mereka menyampaikan dakwah. Alhamdulilah semoga rumah-rumah ALLAH tidak menjadi kubur dan kosong hanya besar sahaja tetapi tidak diimarahkan dengan majlis-majlis ILMU, tiada keberkatan daripada ALLAH. TAHNIAH YB Dato’ daripada penulis kerana kejayaan dan telah banyak membantu kami mengimarahkan rumah-rumah ALLAH.

IMG0473ABagaimana pula dosa Ibubapa kepada anak-anaknya pula?

I) Adakah Ibubapa telah mendidik anak-anak kearah kebaikan, memberi ILMU dunia akhirat diselaraskan??

ii) Daripada anak-anak dilahirkan bagaimana pemberian nama pada anak-anak, ambil berat amal ibadat anak-anak dan-lain-lain??

Semoga dengan lontaran berbagai persoalan yang diberi oleh YB Dato’ kepada kita dalam majlis ilmu ini kita dapat membaikikan diri kita untuk mendidik anak-anak kearah kebaikan yang mencintai ISLAM di dalam hatinya jangan kita biarkan mereka hidup tanpa arah haluan dengan mengikuti jejak-jejak kehidupan seperti nasrani, yahudi, Majusi tetapi hendaklah diberikan didikan dengan ISLAM.

IMG0479AYb Dato’ bersama saf pimpinan lain, kini telah mengusulkan kepada Majid Negeri untuk meminta agar semua masjid dan surau dibuatkan berbagai aktiviti sepanjang bulan Ramadhan. Dibenarkan Masjid-masjid dibuka untuk kegunaan orang ramai agar di manfaatkan masjid/surau untuk beriktikaf saat-saat kehilangan bulan Ramadhan yang akan pergi. Semakin hari waktu berlaku dalam bulan Ramadhan kita akan merasa kesedihan kerana Ramadhan akan pergi dan belum tentu kita akan bertemu pada tahun hadapan. Bukan kita merasa gembira dengan berakhirnya Ramadhan. Bagi Ibubapa yang ingin bawa anak-anak kemasjid diminta agar pihak berkuasa masjid tidak menyekatkan kedatangan tetamu kecil ini kerana daripada kecillah kita harus mendidik anak-anak mencintai rumah ALLAH. Bukan bila sudah besar baru nak lentur, tidak guna lagi. Tetapi harus diingatkan kepada ibubapa agar sentiasa ingatkan anak-anak berakhlak dirumah ALLAH dan pastikan anak-anak kecil dipakaikan pampers agar tidak belaku kekotoran di masjid. Disamping itu YB Dato’ sudah meminta agar Masjid Negeri sediakan risalah untuk diberi pada semua surau dan masjid adab-adab iktikaf.

IMG0480AAkhirnya YB Dato’ menutupkan majlis ini dengan iringan doa ” Ya-ALLAH Ya TUHAN Kami, dipagi yang mulia kami diberi peluang untuk beribadat dirumahmu pada bulan yang penuh keberkatan.Ya-ALLAH YA TUHAN kami, dipagi mulia ini kami tadahkan tangan yang hina ini sentiasa mengharap pertolongan dan redhamu. Berilah kami, anak-anak, isteri, suami, kaum keluarga kami, dan umat ISLAM lain dengan cahaya iman dan cahaya Hidayahmu, bukakanlah pintu hati kami semua untuk mencintaimu dan rasul junjunganmu, jangan kau biarkan kami semua dengan kegelapan terus menerus membuat kesilapan. Bukalah hati-hati kami untuk mencintai ISLAM dan mengamalkan ajarannya, Ya-ALLAH ya TUHAN, kami meminta perlindunganmu daripada ditimpa segala musibah daripada penyakit H1N1 yang kini semakin merebak. Ya-ALLAH berilah kami kekuatan dalam meneruskan tanggungjawab kami sebagai pimpinan dan membawa genarasi kami kearah kebaikan mencintai amal ibadat dan sentiasa mengingatimu dimana saja, jangan kau biarkan kami ya-ALLAH. Ya-ALLAH selamatkan umat mu saudara mara kami di bumi Palestin, China, India, Di malaysia ini dan Selamatkan semua umat ISLAM dan berikan kemenangan ISLAM dipelosok dunia termasuklah kemenangan pada perjuangan ISLAM di Gombak ini.Istiqamahkanlah hati-hati kami dalam tiap amal perbuatan kami dalam membantu agamamu. Satukanlah hati-hati kami dan pimpinan kami dalam menjalankan tanggungjawab kami. Ya-ALLAH terimalah doa kami kerana hanya kepada Engkau kami meminta pertolongan dan redhamu.. Amiin Ya Rab.

IMG0484A


Kenangan bersama rakyat dan saf pimpinan Surau Al-Falah selepas kuliah Subuh.







IMG0486A


Sifatnya yang penulis sering nampak setiap kali bertemu dengan kanak-kanak dipeluk, dibelai kepala anak-anak, Jiwanya yang penyayang kepada kanak-kanak.Sifat seorang ayah dan pimpinan yang harus dicontohi.






IMG0489A



saf pimpinan Masjid & beberapa rakyat bergambar didepan surau AL-Falah.






IMG0490A


Aik, berminat ke Dato’ dengan Kamera daripada Jerman Ni..beli-beli Dato’ boleh wartawan MTD Gombak Setia guna untuk aktiviti Gombak. Baru clear foto..






IMG0488A



Ops sukanya En Omar dan Utz Abd Rahman.. apa yang melucukan tu ye??






Semoga sedikit ilmu diberi dapat dimanfaatkan sebaiknya yang terbaik semua daripada ALLAH swt. waallahhualam.


Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI