Salam dijemput semua shbt2 muslimin dan muslimat utk hadirkan diri ke Forum Perdana Ehwal ISLAM pada : Thursday, June 25, 2009
Forum Perdana Ehwal Islam
Salam dijemput semua shbt2 muslimin dan muslimat utk hadirkan diri ke Forum Perdana Ehwal ISLAM pada : Tuesday, June 23, 2009
Kematian itu Mengejutkan, Al-Fateha Buat Ayahnda Dato' Fahmi
Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya:”satu jenazah berlalu di hadapan Rasulullah s.a.w lalu baginda berdiri. Kami pun berdiri juga mengikut baginda. Kemudian kami berkata:”Ya rasulullah! Itu jenazah orang Yahudi.” Sabda baginda:”Kematian itu mengejutkan. Oleh itu bila kamu melihat jenazah (lalu) berdirilah.”
pd 21/6/2009, slps solat subuh ana dah set dlm kepala ana.. hari itu Dato Fahmi, Utz Hirman, Utz Tarmizi mrka bertiga ni mmg tak boleh dipisahkan terutamanya Utz Hirman yg ana lihat dia mmg terlalu rapat dgn Dato' Fahmi. Ana dlm bilik En Omar.. sibuk siapkan kertas kerja Nisa' dan siapkn kerja Ahli Majlis.. tiba2 Dato' tanya ana.. Sue org mana ye.. padahal kami ni mmg le kenal lama.. tp mungkin tak berkesempatan utk mengenali lbh dkt lagi.. erm ni nak buat taaruf ke.. ana org Perak le.. tp dah bermastautin di Gombak.. Lps tu habis le ana kena sindir dgn 3 org ni Dato' Fahmi le suka sgt menyakat habis lorat perak dia keluar.. melucukan.. slps dpd tu ana tak jumpa dia hampir 1 minggu rasa macam pelik kalau dia takde dkt MTD.. sbbnya takde org yg suka berlawak mcm dia..dlm hati ana tertanya mana Dato' Fahmi pergi.. yg ana dimaklumkan haritu pemuda GMBK nak pergi Johor.. tp tu semua rmh generasi muslimin.. takkan Dato Ikut.. erm takpe le ana harap Dato' selamat diamana jg..
Slps daripada tu 22/6/2009- ana tersenyum riang bila melihat kelibat ayah sorg ni.. alhamdulilah Dato Selamat lama rasa mcm tak jumpa tiada gurauan dirasa di MTD bersama shbt2.. setiba di muka pintu Dato panggil..Cik Sue.. pekhabar.. ana jwb alhamdulilah sihat sikit demam dh kebah tp batuk masih x hilang lg.... Dato' Sht..?? dia jwb mcm ni le sue.. skt2 tua.. ana lihat riak wajahnya.. nampak mcm krg sihat..dlm sibuk buat kerja di Bilik En Omar .. depa ni semua duk ckp Hal P.Raya akan diadakan tak lama lg di Kelantan.. oo baru ana ingat Dato takde dia excord JPN dan Dato' Hassan.. lupa2.. pdhala ana dh dimaklumkan hal ni maybe kesibukan dgn prog hujung minggu dan tak berapa sihat krg bagi tumpuan..
Dato' Fahmi : Ye le, insya-allah moga kita semua dpt menjalankan tgjwb kita disana..
Ei.. jumle kita lunch.. ana, dan utz tarmizi tak g.. coz.. ana nak siapkan keje dan sememangnya ana tak suka keluar lunch panas.. nanti kena migrane.. so En. Kamarul, En Omar, Utz Hirman le yg keluar lunch.
En Kamarul : sue nak mkn tak??
Sue: Tak nak le..
En kamarul : Yeke, takpe hari ini ana belanja.. ana diam je. up 2 u..
slps 2:30 ptg : P. Nik dtg pej.. dia bg bungkusan kasut pd Dato Fahmi.. ana, Dato Fahmi secara tiba bertembung dpn pintu.. masuk..
Sue : oo. ni dpt hadiah pula ke.. kasut pe tu Dato'
Dato: Kasut Generasi ni sue. hanya org tertentu je le pakai..dgn senyuman dia terus balik..
Sue : erm..ada2 je le Dato ni..
22/6/2009 : hari ni H/P ana jd hotline pula, banyak le pula kes kematian, aduan ibu tunggal dll masuk di Pej ana... so kena le ambil semua repot utk submit pd MTD..di hati ana, ya-allah asyik dengar kematian, tiba2 terbayangkan Dato' Fahmi..ei.. napa teringat Ayahanda sorg ni..?? hati mula berdebar2.. Ya-ALLAh berikan hambamu ketenangan.. rahmati dia dimana saja berada.. amiin. apakah persiapan ana utk hadapi ini semua??sdh bnyk mana amalan ana?? Ya-ALLAH terimalah amalan hambamu.. amiin
En Omar: ya-ALLAH hari ini kenapa bnyk sgt dpt kematian, tak menang tangan nak ziarah.. tiba2 hujan turun.. ana tnya dgn Mek Liza..
Sue : Liza Dato Fahmi, Utz Hirman Masuk tak hari ini?
Mek Liza: tak nampak lagi kak.. selalu depa dh masuk waktu gini, Bz kot g S. Alam pej Negeri..
Sue : erm ye kot.. x pe le..
2:30 ptg dlm sibuk buat keje.. dkt pej En Omar, bincang kertas keje Nisa' Gombak, dll ana dimaklumkan ada pemuda di tmn selasih meninggal.. lps tu ana terus duk luar buat keje dkt luar pula.. tukar angin..
3:00ptg : Nampak En Omar bergegas turun bawah.. eik napa ni..terdengar nama Dato' Fahmi kata mereka pengsan..yeke...
3: 30 ptg: En kamarul dtg meja ana, sue.. tahu tak, apa dh terjd hari ini,
Sue: Erm entahle, rasanya hari ini bnyk sgt kematian, napa??
Sue : hah yeke. En Kamarul jgn main2.. ni bkn blh buat main2 tau.. yele pemuda gmbk terutama org pej ni mmg suka berlawak kdg2 ana confius mana 1 yg serius.. ana terus tel H/P Dato Fahmi, alamak off.. ya-ALLAH katakan tidak benar, hrp itu gurauan..
Tarmizi, kamarul : Sue tel sapa??
Mek Liza: kak betui ke depa ni?
Sue: Tel Hp Dato le..
En Kamarul, tarmizi, : ya-ALLAH org dh x de hang tel buat apa... dgn secara lawkanya En Kamarul buat memek muka dia ckp pe" Kang nanti mayat Dato Fahmi jwb "oi.. sue aku dah mati le.. hang tel buat pe" ana ketawa hambar..
Utz Hirman : Yup, sue maaf x sempat nak SMS, terdengar suara yg sedih,
Sue : Innalilah.. ya-allah jdkan hambamu redha atas apa yg berlaku, terus menitis airmata ana.. hasrat ana tak sampai.. rasa 1 kehilangan ayah yg blh dibuat shbt.. :( so ana bincang dgn shbt2 MTD kita g lps asar le ye.. uruskan hal akhirat kita dulu..
shbt2 : Ok set.
ana, Liza terkebil2 cari rmh Dato Fahmi dkt dgn Rumah Dr Uzai katanya... so tiba2 toleh kanan Utz Hirman lambai.. ana senyum alhamdulilah dimudahkan perjalanan.. akhirnya sampai jg rmh Dato'
setiba dirumah Dato Fahmi ana bersalam dgn Datin dan anak2.. terus ucapan Takziah diberi, ana capai Yasin, disedekah pd arwah Abah Ana, org2 yg terhampir dan pd Dato Fahmi' dlm selawat dan membuka yassin, semakin lebat airmata ana menitis, bila melihat terkujur jenazah didepan mata..teringat segala kenangan bersama Dato' yg sentiasa membakar semangat pejuangan ana, sentiasa mnjd pendorong utk ana dlm jemaah, org yg tak jemu2 bg nasihat, dia le yg mnjd bodyguard ana bila ada 1 perkara yg berlaku dlm hidup ana.. tp org ini sdh tiada lg.. ya-ALLAH Engkau lebih menyayangi dirinya.. jdkanlah kami org2 sabar mnghadapi ujian ini.. rahmatilah rohnya..
Mmg kami semua macam tak percaya apa yg berlaku serasa semalam masih terasa pertemuan dgn Dato' fahmi bersama shbt2.. rmh ini dipenuh dgn shbt2 seperjuangan utuk membaca yassin dan urusan jenazah..
6:20 ptg Dato' Hassan bersama shbt2 Savana dtg..airmuka shbt2 dpt kulihat airmata mereka jg menitis spt ana.. Doa dihulur, tahlil dibaca oleh Utz Manap dan Dato' Hassan sungguh semua penghuni menitis airmata bila mendenagar Doa Dato' Hassan
Ya-ALLAH sungguhnya Engkau Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Sghnya kami amat menyayangi shbt kami ttp kami redha dan pasrah atas pemergiannya krn Engkau lebih menyayangi shbt kami. Akan kami teruskan sisa2 perjuangannya sehingga ISLAM tertegak dimukabumi ini, Ya-ALLAH Ya JABBAR ya MUTAKKABIR, YARAHMAN..ampunilah kami semua, ampunilah dosa kedua ibubapa kami samada hidup/meninggal dunia, tempatkan mereka ditempat yg mulia disisimu, ampunilah shbt kami Dato Fahmi, Ampunilah anak2 kami, isteri2 kami sekiranya kami terlupa mendidik mereka krn atas urusan dunia semata2.. 1 hari kami jg akan bertemu dgnmu, sekiranya diberi peluang maka kau temukanlah kami semua dlm golongan org2 yg beriman dan beramal soleh yg membantu agamamu.. Ya-ALLAH ringankanlah azabmu pd shbt kami, tempatkanlah ditempat yg mulia disisimu, terangilah kuburannya, luaskan kuburnya spt Engkau beri pd org2 mukmin, ya-ALLAH kurniakan kesabaran pd kami, isteri, keluarga Dato Fahmi dlm hadapi ujian ini. Bukakanlah, lapangkan hati mereka semua dalam urusan dunia dan akhirat ini bg meneruskan kehidupan ini dgn tenang.. ya-ALLAH berkatilah doa rintihan hati kami semua, amiin ya rab..
Alhamdulilah selamat Yasin doa dibaca, kami diberi taklimat bahawa jenazah akan dimandi dkt Surau, dan akan dikebumikan slps isya' di Kepong..
Insya-allah ana akan pergi bersama shbt2,mengiringi jenzah ke perkuburan, inilah pengalaman baru ana mengiringi jenazah waktu mlm.. moga disitu akan memberi keinsafan pd ana agar lebih banyakkan amalan kita di dunia jauhkan segala melakukan perkara yg dimurkai..
Lps magrib ana terus siapkan diri bawa anak buah ana nana utk bersama, nak bawa famly ana mak masih tak sihat.. xpe le ana taknak mak sakit.moga mak ana jg dikurniakan keafiatan yg baik insya-allah..
Ahlan Wahsahlan Rejab.. Selamat Beramal
Tak perlu ISLAM HADAHARI cukuplah ISLAM DARIPADA DULU LAGI YG DIBAWA OLEH NABI MUHAMAMD SAW
Salam.. marilah kita sama2 fikir sebaiknya dan tepuk dada tanyalah iman..kita selama ini.. Perluke ISLAM Hadari?? Tak cukupke ISLAM yg dibawa oleh Junjungan Nabi Muhamamd saw utk kita ikuti?? Mari kita dengar Forum Hal Ehwal ISLAM Anjuran Gombak Setia..Moga dpt dimanfaatkan sebaiknya..waallahualam..
JOM TOLAK ISLAM HADARI 100 %
Kem Bridge Amal, Jom release 10 sion utk perbaiki diri
Salam, dijemput adik2, shbt2 dan semua pengunjung utk sertai KEM BRIDGE AMAL Anjuran DUn Gombak SetiaTarikh : 4-5hb Julai, 2009
Tempat : Alang Sedayu, Gombak
Umur : 13-17thn sahaja..
Yuran : Percuma tiada bayaran akan diberi Baju T-Shirt, Topi Amal
Sebarkan pd saudara mara, adk-beradik dan org yg terhampir. Banyak pengisian dan program yg bermakna utk dikongsi bersama bagi memperbaiki diri.
BERAMAL KERANA AMAL, JIHAD JLN KAMI
Monday, June 22, 2009
Pelajar University patut dibenarkan melibatkan diri Dlm politik??
Dalam sibuk menjalankan tugasan dipejabat tiba2 ada terima SMS no yg tak dikenali..huhu.. seram jg nak jwb.. "akak nak minta tlg blh bagi jawapan x utk presentation ni??"Apa pendapat akak pelajar University terlibat dlm politik??" ana tersenyum baca soalan ini.. huhu apa lg 100 % ana sokong.. teruskan berjuang adik2 seperjuangan ana... ini pendapat ana... Persatuan-persatuan mahasiswa menggesa institusi pengajian tinggi (IPT) yang dimiliki kerajaan negeri Pakatan Rakyat membenarkan para pelajar mereka mendekati politik seperti kelulusan yang diberikan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Tiga parti Pakatan - sebelum menguasai empat lagi negeri dalam pilihanraya umum Mac lalu - sering menyuarakan isu kebebasan bersuara di IPT, termasuk berkempen bagi memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Parti Mahasiswa Negara (PMN), yang masih menunggu pendaftaran, menyatakan kampus patut dijadikan pentas berpolitik secara serius dan politik wajar dijadikan subjek yang dipelajari semua penuntut. "Mahasiswa adalah pelapis kepimpinan negara. Kampus penting sebagai pentas awal (menceburi politik). "Penglibatan mahasiswa bukan sekadar sebagai pengundi. Mereka sepatutnya diberikan peluang membincangkan masalah-masalah negara dengan kritikal. (Pendekatan) ini akan memberi kredit kepada mahasiswa sendiri," kata presiden penajanya Azlan Zainal. Minggu lalu, naib canselor UniMAP, Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata, dengan mendekati politik secara positif, penuntut akan terdedah kepada kemahiran berpidato, berhujah, berfikiran terbuka dan berani berhadapan dengan masyarakat. ![]() Walaupun diberikan kebebasan itu, beliau dilaporkan yakin penuntut universitinya tidak akan melanggar AUKU. "Setakat ini UniMAP bersih daripada sebarang rekod buruk sepanjang saya menjadi naib canselor selama enam tahun dan mereka faham hasrat universiti untuk melahirkan jurutera berkaliber dan serba boleh," Dr Kamarudin dipetik sebagai berkata. Penglibatan mahasiswa dalam politik, tambah Azlan, harus lebih jauh, termasuk proses pembentukan dasar-dasar negara. "Mereka harus terlibat dalam polisi dan dasar. Kalau Orang Kurang Upaya (OKU) boleh ada wakil dalam Dewan Negara, kenapa mahasiswa tidak (dibenarkan)? Penglibatan mahasiswa akan menjadi suara ketiga antara parti-parti kerajaan dan pembangkang," katanya. Beliau menyokong sekiranya kerajaan Pakatan - misalnya Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Antarabangsa Islam Selangor (Kuis) yang dimiliki kerajaan negeri - membuat keputusan mengambil pendekatan yang sama dengan UniMAP. Beliau bagaimanapun beliau menolak penglibatan mahasiswa secara partisan. Diminta mengulas pendirian UniMAP, Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) juga menyokong IPT di negeri-negeri Pakatan dan BN mengikut jejak yang sama. "Sokong, (negeri Pakatan) patut bermula. Setuju, tetapi bukan politik kepartian," kata presidennya Hilmi Ramli. Seperti sikap PMN, beliau bagaimanapun tidak setuju jika mahasiswa terlibat langsung dengan politik kepartian. "Mahasiswa patut jangan terlibat langsung dengan politik kepartian. Penglibatan dalam politik (harus) melampaui kepartian. Mahasiswa mempunyai idealisme sendiri tentang isu-isu nasional. Mereka ada politik sendiri," katanya. Tindakan itu, menurutnya lagi, bukan sahaja patut dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan tetapi di seluruh negeri. Ditanya sama ada mahasiswa harus dibenarkan melibatkan dalam aktiviti parti-parti politik, Hilmi berkata: "Tidak boleh ada campur tangan parti politik (dalam universiti). Kalau mahasiswa mahu memihak, itu hak seseorang siswa tetapi universiti tidak boleh menjadi sarang mana-mana parti politik." Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Faisal Mustaffa, turut memberikan pendapat yang sama. "Secara prinsipnya kita sokong tetapi belum dibincangkan lanjut di peringkat pimpinan tertinggi," katanya. "Wajar (dilaksanakan) di negeri-negeri Pakatan. Sudah ada kuasa. Mahasiswa sebelum ini mungkin takut (terlibat dalam politik). "Mereka masih dalam proses penyesuaian. Mereka masih berjiwa pembangkang, belum wujud jiwa kerajaan. (Pemikiran masih) di takuk lama." Beliau melihat masalah pelaksanaan langkah ini pada AUKU yang menyebabkan mahasiswa tidak terlibat dalam politik terutamanya bergiat dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO). "Masalahnya pada AUKU. Mereka patut terlibat dalam politik dan (melalui) NGO, terutamanya. Penglibatan itu dapat memberikan mahasiswa ruang membina nama," katanya. Kemasukan parti politik ke universiti bagaimanapun, tambahnya, patut "ada had" dan "bukan untuk berkempen". "Buka ruang debat. Parti politik ingin masuk ke universiti boleh, tetapi bukan untuk berkempen. Sebaliknya, berbincang dan menyuarakan pandangan masing-masing. Ambil pandangan (kita), bincang, debat," katanya. Draf pindaan AUKU, yang sering dianggap penghalang utama pembabitan mahasiswa dalam politik, kini diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat. Menteri pengajian tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berharap jabatan itu menyegerakan proses semakan untuk pindaan "agar ia tidak dipolitikkan pihak tertentu." "Lagi cepat akta itu dipinda lebih baik kerana ia tidak akan memberi peluang kepada pihak-pihak tertentu untuk mempolitikkan pindaan itu," katanya bulan lalu. Beliau berkata draf pindaan akta itu telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk dirumus sebelum dikemukakan kepada kabinet. |
Saturday, June 20, 2009
Selamat Hari Bapa buat semua insan bergelar Ayah.Hargailah mereka..

Sajak ini ana titipkan buat semua insan bergelar Ayah, Abi, Walid, Abah dll.. Ya-ALLAH rahmati mereka semua... berikan kebaikan dunia akhirat dlm kehidupan mereka
Tiap saat aku menghitung kerinduan terhadapmu…
Hinggalah sekarang baru aku tersedaria sudah melimpah ruah….
Kerana abah aku disini,
Kerana abah aku gembira
Kerana abah kuterasa bahagia…
Abah oh abah
Abah…semenjak kecil aku dibesarkan
Bagai menatang minyak yang penuh
Semenjak kecil aku dimanjakan
Dengan belaian gurauanmu yang indah
Semenjak kecil aku diberi penghargaan
Umpama seorang Puteri pd abah…
Ketika aku mengalah…Engkau semangatku
Ketika aku sakit…Engkau penawarku
Ketika aku bersedih…kau Kesatkan air mataku
Ketika aku ketawa Engkau riangku
Dan ketika engkau berduka?
Aku harap akulah penawar duka laramu
