Friday, April 30, 2010

Zaid Akan Lancar Kempen

Kempen ‘Kenali Pemimpin Anda’ akan dilancarkan bekas Menteri Undang-Undang Datuk Zaid Ibrahim bagi menanam kesedaran awam kepada prestasi dan latar-belakang pemimpin mereka.

Melihat kepada serangan peribadi yang dihadapnya dalam pilihanraya Hulu Selangor lalu, Datuk Zaid berkata antara matlamat kempen ini adalah memberi gambaran sebenar pemimpin-pemimpin setempat kepada masyarakat, baik dari Pakatan Rakyat, mahupun Barisan Nasional.

Beliau berkata demikian di satu sidang akhbar di kediamannya semalam. Zaid berkata kempen ini adalah respon kepada kempen terancang Umno-BN yang bukan sahaja mencemar maruahnya, tetapi juga memfitnah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat lain.

"Saya merayu kepada rakyat, memandangkan mereka mengenali saya dengan jelas sekarang melalui pendedahan ini, saya harap kita juga akan kenal pemimpin kita" rayu Zaid.

"Mari kita kenali menteri kita dengan lebih baik, saya akan lancarkan kempen bagi mengetahui menteri kita dengan jelas," jelas Zaid lagi.

Kempen ini juga antara lain akan bertujuan menafikan peluang kepada Utusan Malaysia untuk memfitnah mana-mana pemimpin pembangkang.

Beliau berharap kempen ini dapat membantu masyarakat menilai sikap sebenar pemimpin mereka, khususnya pimpinan Umno-BN.

Kata Zaid, "Saya dicap ‘kaki botol’, diletakkan poster di seluruh Hulu Selangor dan tiada sesiapapun bertindak, jadi saya kena saman mereka"


PRK Sibu: PR Hadapi 3000 Undi Pos

Agi Idup Agi Ngelaban, begitu kata-kata keramat yang menjadi pegangan jentera Parti Keadilan Rakyat menghadapi cabaran Pilihanraya Kecil Sibu.

PKR bersama-sama parti-parti komponen Pakatan lain seperti DAP, SNAP dan Pas telah melakukan persediaan awal bagi memastikan jentera pilihanraya kali ini benar-benar bersedia, teratur dan berkesan.

Timbalan Pengerusi PKR Sarawak Wan Zainal Abidin Wan Sanusi mengakui tugas Pakatan Rakyat memenangi hati dan minda rakyat Sibu bukan mudah, namun erti putus asa sebelum berjuang tidak pernah ada dalam kamus aktivis PKR Sarawak.

"signifikannya begini kalau pr menang sibu ia akan menjejaskan prestasi dan imej bn di pilihanraya akan datang tak lebih 12 bulan. ini penting untuk kita menang bagi menaikkan reputasi kita. dan utk hadapai pilihanraya dan membina persepsi kita terhadap orang"katanya beliau.

Wan Zainal menjelaskan antara rintangan yang dihadapi Pakatan Rakyat adalah isu undi pos, yang selama ini membantu BN meraih majoriti besar di Sibu.

"taktik bn yang diketahui umum akan boleh menimbulkan persainag tidak sihat. satu daripadanya ialah undi pos yang hampir 3 ribu di kawasan itu"katanya.

Wan Zainal menjelaskan PKR akan mensasarkan isu-isu setempat seperti permasalahan banjir serta isu hak pemilihan tanah yang gagal diselesaikan BN sejak berpuluh tahun.

Suruhanjaya Pilihanraya mengumumkan tarikh penamaan calon bagi pilihanraya kecil kawasan Sibu Sarawak ialah pada 8 Mei manakala hari pengundian 16 Mei.Pilihanraya kecil ini adalah berikutan kematian Ahli Parlimen BN Datuk Robert Lau yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan pada 9 April.


MB : Rakyat Undi Pakatan Kerana Barisan Nasional Gagal

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kesal dengan tuntutan rasis gerakan Perkasa yang mahu kerajaan membekukan peruntukan kepada masyarakat Cina Hulu Selangor.

Khalid berkata Perkasa seharusnya sedar bahawa rakyat memilih Pakatan Rakyat bukan atas dasar warna kulit, tetapi kerana sudah jemu dengan janji kosong dan kecuaian Adun-Adun BN.

"Sokongan yang ditunjukkan di Hulu Selangor amat memberangsangkan. Kita akan kembali dan bekerja bersama rakyat untuk memastikan pembangunan berterusan," Khalid berkata.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali membuat tuntutan itu selepas analisa Pilihanraya Kecil Hulu Selangor menunjukkan masyarakat Cina menyokong Pakatan Rakyat.

Dengan sokongan ini, Pakatan Rakyat walaupun tewas di peringkat Parlimen namun berjaya merampas dua dari tiga DUN di Hulu Selangor.

Khalid berkata sokongan kuat yang ditunjukkan di DUN Batang Kali dan DUN Kuala Kubu Bharu menjadi kayu aras kepada Pakatan Rakyat untuk memantapkan lagi perkhidmatan Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.

"Kita akan pastikan pengajaran yang kita terima hasil dari interaksi bersama penduduk akan membantu menambahbaik peranan Kerajaan Negeri,"akhiri Khalid.


PAS Cabar Kickdefella Dedah Siapa Bayar RM 4 Juta

Dewan Pemuda PAS Kelantan mencabar penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz, mendedahkan siapa yang didakwanya membayar RM4 juta kepadanya untuk mewujudkan persepsi buruk terhadap bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan PAS kekal memerintah Kelantan.

“Bila dia (Syed Azidi) sebut terima RM4 juta, menjadi tanggungjawab dialah untuk mendedahkannnya. Ia daripada tulisannya. Kalau betul (dakwaannya), dedahkanlah,” cabar ketua penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari.

Selepas dipecat daripada Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) November tahun lalu oleh menantu menteri besar Kelantan, Abdul Ariffahmi Ab Rahman – peneraju PMBK ketika itu - Syed Azidi menjadi tumpuan kerana kerap mendedahkan pelbagai dakwaan 'kepincangan' dalam kerajaan pimpinan PAS itu.

Ahmad Fadhli berkata, pihaknya tidak tahu menahu mengenai dakwaan Syed Azidi dalam blognya semalam.

“Kami Pemuda PAS negeri tidak tahu menahu. Jadi kita akan bincangkan perkara ini dalam mesyuarat Dewan Pemuda yang akan datang.

“Kita tidak tahu perkara tersebut (isu peruntukan RM4 juta), mungkin pihak atasan tahu. Kita tidak tahulah,” kata beliau yang juga setiausaha akhbar menteri besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Ditanya bilakah dewan tersebut akan bermesyuarat, Ahmad Fahdli yang juga seorang pensyarah agama di sebuah kolej milik kerajaan negeri menjawab: “Dalam masa terdekat”.

Ahmad Fadhli yang dilantik sebagai setiausaha akhbar Nik Aziz sejak Februari lalu, diminta mengulas dakwaan Syed Azidi bahawa beliau (Syed Azidi) menerima peruntukan tersebut dalam tempoh tiga tahun bagi pelbagai aktiviti “Operasi Gerak Saraf”.

Menulis dalam blognya semalam, beliau yang juga digelar “Sheikh” di kalangan penulis blog, dilaporkan merujuk kepada kenyataan Ahmad Fadhli dan tulisan seorang lagi penulis blog – Abdul Rahman Talib (Tulang Besi) - yang didakwa menyifatkannya (Syed Azidi) sebagai 'seorang yang kecewa dan membuat pelbagai pembohongan'.

Dalam coretannya berjudul 'Saya yakin Nik Aziz akan kena dakwa – jawapan kepada S/U akhbar MB Kelantan dan Tulang Besi' semalam, Syed Azidi mencabar Ahmad Fadhli menyiasat perbelanjaan wang itu dan membuktikan sama ada ia digunakan bagi tujuan peribadi.

Sementara Abdul Rahman yang lebih dikenali sebagai “Tulang Besi” pula dicabar menyiasat dan mendedahkan nama individu yang membiayai aktiviti yang ditaja itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini ini, Ahmad Fadhli berkata Dewan Pemuda PAS Kelantan tidak akan melayan cabaran daripada seorang “penulis blog murahan”. - Malaysiakini


Sunday, April 25, 2010

PR Jangan Mengalah dan Kecewa, keputusan P094 hanya lakonan UMNO/BN



Gombak – Keputusan PRK P094 yang telah diumumkan malam tadi tidak memeranjatkan semua petugas dan penyokong PR, kerana semua sudah jelas dan yakin bahawa keputusan tersebut adalah 1 kemenangan palsu yang diterima oleh rakyat diseluruh negara m’sia dengan usaha-usaha jahat dan taktik kotor oleh pihak UMNO/BN yang telah menyalahguna kuasa vektor kepada SPR, Polis.

Manakala pengundi-pengundi di Hulu Selangor telah termakan gulu-gula UMNO apabila disogokkan dengan RM1000 setiap pengundi, pelajar -pelajar pula diberikan dengan sebuah laptop, ugutan dan lain-lain bagi merai kemenangan UMNO/BN.

Bagi PR kemenangan yang diperolehi oleh pihak UMNO/N hanyalah sementara waktu dan kebenaran ini akan terbukti pada PRU ke 13 nanti, dimana kita akan lihat berapa ratusan ribu rakyat di m’sia menolak Kezaliman UMNO/BN.

Yang sudah pasti dan ketara dimana pihak UMNO/BN dibawah pimpinan Najib merasa tidak begitu senang dan tidak lena tidur apabila melihat politik m’sia masa kini telah membuka mata rakyat untuk menilai tidak kira samada warga Emas / Generasi Muda dan berbagai bangsa menolak perjuangan UMNO/BN.


Ketua Bridge Muslimat PAS Negeri Selangor, Khaulah berkata “Kita dapati sudah 11 kali p.raya yang diadakan sepanjang PR memerintah, jelas kelihatan terdapat 2 negeri iaitu Bagan Pinang (BP) dan Hulu Selangor pihak lawan UMNO/BN menyalah gunakuasa untuk meraihkan kemenangan.

Mereka sanggup buat apa sahaja dengan menggunakan wang puluhan juta ringgit untuk mengadakan p.raya kecil. Duit tersebut sudah pasti adalah milik rakyat, kalu nak diharapkan wang daripada UMNO/BN kita yakin mereka tiada wang lagi tetapi dengan kuasa yang ada mereka akan cuba mengambil wang daripada berbagai – bagai saluran untuk diedarkan kepada pengundi dengan memberi rasuah. Ini kerja UMNO/BN yang sejak daripada dahulu sehingga kini sudah menjadi amalan mereka”.

Katanya lagi, Pihak kami juga rasa kesal dan terkilan dengan tektir kotor UMNO/BN dalam 2 buah negeri yang telah diadakan PRK BP dan H.Selangor) dimana SPR & Polis telah menjadi kuda kepada UMNO/BN. Mereka seolah seperti lembu yang dicucuk hidungnya dengan mengikut perintah UMNO /BN.

P. Raya kecil yang baru diadakan baru-baru ini, didapati senarai pengundi hantu begitu banyak tersenarai dalam daftar pemilih. Petugas-petugas PR , bahan-bahan p.raya (Bendera, Risalah, peralatan logistik) banyak yang kena sabotaj. Ini amatlah mengecewakan kita, apabila tindakan yang dilakukan daripada pihak lawan. Politik mereka adalah begitu tidak matang dan ekstrim.

Siasatan ini telah dibuat oleh beliau bersama petugas-petugas culaan undi dan perbincangan bersama pengarah JPN PKR apabila didapati senarai pegundi hantu semakin banyak dan nama pengudi yang bermastautin disini telah pindah keluar daripada kawasan mengundi.

Para pengundi diberi RM1000, pelajar diberikan laptop, pengundi felda pula mendapat habuan masing-masing, mintalah apa sahaja sudah pasti, mereka akan dapat sepanjang tempoh Penamaan Calon dan PRK dijalankan.

Telah terbukti apabila pengakuan daipada para pengundi yang menerima berbagai sogokan dan ugutan di Hulu Selangor.

Bukan itu sahaja, didapati nama-nama pengundi telah banyak berpindah dikawasan lain. No rumah yang tidak wujud dan sebagainya. Malahan keterangan yang diberikan oleh Fuziah Salleh 14, 297 pengundi di pindahkan, 233 pengundi dikeluarkan di kawasan parlimen Hulu Selangor.

Amat membimbangkan juga apabila penduduk boleh dibahagi dan dilakukan selepas persempadanan. Seksyen 7 (1) akta p.raya. Jika dilihat belah bahagi daerah mengundi hanya boleh dilakukan selepas persempadanan tetapi ia telah berlaku dalam tempoh PRK P094 diadakan.

Di dapati sempadan daerah, lokaliti mengundi dilakukan dengan begitu sewenang-wenangnya oleh pihak SPR tanpa persetujuan oleh pihak pengundi sendiri, katanya.

petugas PAS & BN, walaupun berbeza politik namun ukhwah tetap terjalin. suasana di gersing, kaw. paling tenang tiada pertelingkahan yang berlaku, politik secara profesional.

Manakala, pengarah P.Raya PAS Dato’ Abd Rahim B. Abd Rahman berkata jika didapati lebih daripada 220 orang pengundi ditambahkan di sesuatu kawasan maka ia harus dibawa ke parlimen untuk diluluskan, tetapi masalahnya sekarang SPR telah mengazetkan daftar pemilih pada Dis, 2009 ianya berlaku sekarang, ertinya yang tersenarai dalam gazet dahulu tentu tidak sama dengan daftar pemilih sekarang yang telah tersenarai selepas penamaan calon dan didapati, sebelum ini hanya 45 daerah mengundi kini telah meningkat 47 daerah mengundi, ini yang amat kita kesali dan didapati wujudnya pengundi – pengundi hantu yang tersenarai dalam P.Raya P094, tegas beliau.

Khaulah berkata, ketika beliau bersama petugas -petugas DMPNS “Mobile” untuk melihat kawasan mengundi ketika P.Raya P094 dilaksanakan didapati setiap kawasan di Hulu Selangor terdapat bas-bas kilang dan ekspres memasuki kawasan mengundi. Beliau telah dimaklumkan oleh Ketua UPU di gersik (Hj Suhaimi) dimana akan datangnya 20 buah bas, samada Bas Kilang/ Ekspres untuk menjadi pengundi di setiap kawasan. Pihak polis pula tidak mengambil sebarang tindakan wajar dan tegas, hanya mendiamkan diri dengan tidak membuat siasatan.

samseng sudah menjadi tabiat buruk petugas UMNO /BN (Pemuda UMNO/BN)

SPR pula boleh membawa pengundi-pengundi masuk ke pusat mengundi, petugas putri & kumpulan crop UMNO boleh memasuki kawasan larangan mengundi. Adalah tidak wajar dan adil sama sekali kerana apabila petugas PR membuat aduan kepada pihak berkuasa (Polis) mereka hanya kata “sudah diberi peringatan kepada petugas dan penyokong UMNO/BN yang berada di kawasan larangan”.

Tetapi apabila pihak petugas PR, polis membuat tegasan kepada kami, Adakah ini dikatakan pilihanraya yang demokrasi ???, katanya dengan nada kesal.

Kita juga merasa hairan, apabila melihat sokongan padu yang diberikan oleh rakyat Hulu Selangor setiap kali program bersama rakyat telah mendapat sambutan yang amat baik sekali tetapi apabila pengumuman P.Raya malam tadi seolah rakyat tidak memberi sokongan pada PR.

Dengan itu, Petugas Pakatan Rakyat di Hulu Selangor yakin PR akan menang dalam PRK kali ini dengan sokongan yang diberikan penduduk di Hulu Selangor, namun keputusan adalah sebaliknya. Walau bagaimanapun keputusan tersebut tidak memeranjatkan dan tidak juga mengecewakan.

BN tidak pula menang besar sebagaimana yang dijangkakan. Kenyataan Timbalan Perdana Menteri begitu sombong dan angkuh kononnya BN pasti akan menang dengan majoriti 6000 undi.

Keputusan yang diumumkan ialah calon BN P Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon PKR Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi. Majoriti 1,725 undi yang diperolehi oleh BN dilihat jauh lebih rendah dari angka yang menjadi sasaran UMNO BN.


Majoriti yang dicapai tidak berbaloi dengan puluhan juta yang dihamburkan kepada rakyat bagi merampas kerusi Parlimen Hulu Selangor, belum dikira dengan janji-janji BN yang ditaburkan ketika berkempan. Media arus perdana setiap minit menyebelahi BN, tidak ada sedikit berita yang positif mengenai PR.

Pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor tidak akan membuat DS Najib Tun Razak tidur nyenyak, kerana kemenangan yang diperolehi adalah hanya satu retorik dan catatan palsu.

Satu kemenangan yang dibeli dengan harga yang tersangat mahal mencecah puluhan juta ringgit. Umno dan Barisan Nasional pastinya bersorak sorai untuk menyembunyikan kegusaran kehilangan kuasa apabila menghadapi pilihanraya umum yang mendatang dalam tidak seberapa waktu lagi.

Hanya duit yang memegang kuasa undi padanya. Umno semakin mereput. Berpaut pada undi Melayu semata-mata. Itupun pada Melayu veteran yang berkarat hatinya, manakala geng muda Melayu sudah bertabuh bersama Pakatan Rakyat, ujarnya.

Beliau berkata lagi, Kepada para petugas PR terutamanya petugas PAS, jangan sedikitpun rasa kecewa dan sedih di atas kekalahan ini. Jadikan ia sebagai satu tekad untuk kemenangan akan datang. Kemenangan UMNO BN kali ini bukan bermakna ia akan menang selama-lamanya.

Kita juga percaya kemenangan yang mereka capai akhirnya akan membawa kekalahan dan kehancuran yang lebih besar suatu ketika ini, katanya.

Dato’ Dr Hassan berkata, Exco Kerajaan Negeri Selangor/Adun Gombak Setia berpendapat, Para petugas dan pimpinan PR hendaklah sentiasa memuhasabah dengan kekalahan ini.

Jangan kita mengalah dan menunding jari kepada orang lain. Mengakui kesilapan dan kelemahan sebenarnya adalah lebih baik dari menyalahkan pihak lain, ia tidak menjadikan kita hilang kredibiliti dengan mengakui kesilapan dalam percaturan ini. Malahan ia akan menjadikan titik tolak bagi kita memperbaiki segala kelemahan dan membina kekuatan baru.

Para petugas pilihanraya sudah tentu akan balek ke negeri dan kampung masing-masing mulai malam ini. Namun rakyat dan pengundi di Hulu Selangor tidak boleh ditinggalkan begitu sahaja.


Mereka perlu di dedahkan dengan berbagai agenda yang kerajaan PR telah lakukan untuk “upgrade” pengetahuan mereka dengan kemajuan Selangor daripada semasa ke semasa.


Andai kita abaikan mereka sudah pasti mereka akan berterusan untuk menerima UMNO/BN sedangkan pimpinan UMNO/BN begitu zalim kepada rakyat.

PRK merupakan permulaan yang baik bagi gerak kerja untuk pilihanraya akan datang. Menjadi tugas dan tanggungjawab jentera parti di peringkat DUN masing-masing terus mengisi dengan program-program yang berterusan.


Kerajaan PR Selangor juga, tidak boleh berlengah dalam melaksanakan agenda pembangunan, buktikan sekalipun Hulu Selangor PR tidak mempunyai Adun dan Ahli Parlimen, pembangunan material dan program kebajikan untuk rakyat tetap diutamakan, katanya.


editor. khaulah azwar

Thursday, April 22, 2010

Tarikh keramat P094 – 3 Hari Lagi, Rakyat Hulu Selangor Menentukan Segalanya


  • 25 haribulan ini (Tinggal 3 hari) merupakan tarikh keramat bagi pegundi-pegundi di Hulu Selangor. Seluruh pengundi Hulu Selangor akan membuat keputusan siapakah bakal menjadi wakil mereka di parlimen. Siapakah bakal membela nasib mereka yang tidak dibela meskipun sudah lebih dari 50 tahun Malaysia merdeka.

    Kami diperingkat diperingkat saf pimpinan Parti ISLAM Semalaysia, menyeru kepada semua pengundi untuk memilih pemimpin yang terbaik.

    Pemimpin yang mampu mengangkat suara mereka yang selama ini tidak dihiraukan. Suara mereka yang selama ini di hanya dipandang sebelah mata.

    Pemimpin yang dipilih seharusnya adalah yang rapat dan dekat dengan mereka. Bukan sekadar hanya menabur janji-janji manis apabila pilihanraya diadakan. Selepas mereka (UMNO/BN) menang mereka akan tinggalkan rakyat begitu sahaja seperti apa yang telah berlaku di Negeri Sembilan.

    Lihatlah keperitan guru-guru KAFA yang tidak terbela, lihatlah rakyat felda di sana telah ditindas dengan pemimpin mereka yang tidak menghiraukan kebajikan rakyat. Adakah rakyat m’sia peka dengan apa yang berlaku di negeri sembilan setelah ISA memperolehi kememangan PRK Negeri Sembilan yang lalu???.

    Apakah kebajikan yang telah dilakukan kepada rakyat??? Dimanakah laungan 1 m’sia yang UMNO/BN lakukan dengan mengutamakan rakyat????t.. pimpinan-pimpinan mereka sering memberi harapan palsu kepada rakyatnya. Adakah kita, rakyat seluruh m’sia harus menerima pentadbiran UMNO/BN di negara kita??

    Pemimpin yang baik juga adalah pemimpin yang sanggup berkorban demi rakyatnya. Pemimpin yang sanggup berubah perangainya dari seorang yang buruk akhlaknya kepada baik budi pekertinya.

    Lihatlah bagaimana Khalifah Umar Abdul Aziz sanggup meninggalkan kemewahannya demi rakyat tercinta. Beliau juga tidak menggunakan harta kerajaan dalam urusan peribadinya.

    Pemimpin sebeginilah yang boleh dipercayai dalam membela rakyatnya. Bukan pemimpin yang gilakan harta. Mengambil harta kekayaan negara untuk kepentingan keluarga, kuncu-kuncu pimpinan UMNO/BN. Bahkan sanggup memakan harta rakyatnya demi kepentingan peribadinya.

    Hulu Selangor seharusnya menjadi medan terbaik bagi para pengundinya memilih pemimpin yang betul-betul mahu membela mereka. Seterusnya mereka mampu menikmati kehidupan yang lebih baik.

    Harapan kami diperingkat pimpinan PAS & kerajaan PR, agar pengundi Hulu Selangor memilih pemimpin yang betul untuk membela mereka. Semoga keputusan pilihanraya kecil Hulu Selangor akan mengangkat kembali suara rakyat Hulu Selangor yang sekian lama terpinggir.

    Bagi YB Dato’ Hasan Mohd Ali, beliau juga menyeru semua petugas-petugas Gombak dan seluruh negara “ayuh bagunlah untuk turut bersama pejuang-pejuang ISLAM yang inginkan kebenaran untuk membantu rakyat dan mengnyahkan UMNO/BN yang telah membawa agen yahudi dengan melibatkan APCO di m’sia ini.

    Jangan sekali kita tidak mengambil sikap peduli tidak melibatkan diri untuk turut membantu menyelamatkan negara kita dijajahi oleh agen Yahudi ini serta memberi peluang kepada UMNO/BN mentadbir negara kita. Luangkan masa kita untuk pertahankan kemenangan di Selangor.

    Begitu penting sekali PRK Hulu Selangor ini pada kita semua, andai kita ditewaskan dengan UMNO/BN dengan hasil tipu daya mereka, maka akan terjadinya berbagai agenda yang berlaku dan memberi kesan amat buruk di negeri pakatan rakyat khususnya di negeri selangor yang telah kerajaan PR bangunkan dengan menaikkan ekonomi selangor.

    UMNO /BN begitu tersepit dan mereka akan melibatkan SPR, polis dan lain-lain untuk memastikan kemenangan mereka dalam PRK ini. Lihatlah data-data pemilih pengundi juga telah banyak didapati berubah.

    Pengundi-pengundi telah dipindahkan tempat mengundi dan didapati rumah-rumah yang tidak wujud, ini menunjukkan betapa mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk memperolhi kemenangan.

    Oleh itu sama-samalah kita mohon pertolongan ALLAH swt dan saya amat berharap agar para pengundi P094 dapat membuat keputusan terbaik dalam p.raya ini.

    Jangan sekali termakan gulu-gula UMNO/BN berikan yang akan menjerat leher kita semua, ujarnya selepas penamaan calon diadakan baru-baru ini.

    DSAI yang turut bersama dalam pilihanraya ini telah memberi maklumat penting kepada semua yang hadir dalam penamaan calon dimana beliau telah mendedahkan segala kerja-kerja kejahatan UMNO/BN yang melibatkan rakyat m’sia.

    Insya-ALLAH kita akan buka segala rekod-rekod buruk pimpinan UMNO/BN apabila kita berjaya memerintah di m’sia ini dan heret mereka di putrajaya dalam himpunan yang akan kami adakan tidak lama lagi.

    Oleh itu, saya menyeru agar semua rakyat m’sia membuka mata, gunakan kebijaksanaan yang ALLAH swt berikan kepada kita untuk menilai dalam P094 dan PRU ke 13 nanti.


    Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI