Saturday, May 2, 2009

AURAT MUSLIMAT

Salam Wahai Muslimat...
Bismillah hirrahmanirrahim Apakah bayangan pembaca bg imej seorg muslimat?
Apakah seperti gambar2 ini?Ana sedih melihat muslimat di luar sana & juga rakan2 ana sendiri.Bg rakan2 ana itu mereka sama2 menuntut ilmu agama dgn ana tp hasilnya berbeza.
Ana hanya mampu terus-terusan mengajak mereka. Pabila ditegur dimarah tp ana ttp ingat tentangan yg Rasulullah terima lebih hebat. Ana baru shj dimarah tp Rasulullah sudah diancam bunuh.Di dlm Al-Quran sudah terang jelas & nyata ayat2 yg menerangkan tentang cara pemakaian muslimat. Spt dlm Surah An-Nur : 31 '...hendaklah mereka tutupkan tudung (selendang) mereka ke leher dan ke dada mereka...' Hendak diterangkan mcm mana lagi sudah nampak dgn jelas bahawa pakailah tudung hingga menutup dada tp lihatlah zaman sekarang ni tudung berfesyen-fesyen . Terbelit sana terbelit sini...Hisy..Rimas ana tgk...Kat sini ana nak cerita sikit tentang famili kwn ana nie, suma anak pompuan dlm famili dia( kawan ana) kena pakai tudung bulat yg labuh.


Pakai tudung bawal bidang 60 pon tak boleh..Alhamdulillah ayahnya benar2 mengambil berat tentang pemakaian anak2nya.."Isy..buat apa aku nak pakai tutup2 aurat nie..Panas la!!" mcm tu la pandangan sesetengah org. Agak2nya dia tau tak betapa panasnya api neraka tu. kalau Allah turunkan api neraka sebesar kepala jarum yg kita dok menjahit tu pon dah menyebabkan bumi nie hangus terbakar... Fikir-fikirkanlah bila dah di mahsyar nanti jika kita menjd ahli neraka... Salah satu sbb menutup aurat nie adlh mcm yg terdpt dlm komik di atas nie. Allah dah tentukan cara pemakaian yg terbaik bg kita ( muslimat ) agar terhindar dr gejala sosial.Dgn menutup aurat maruah kita akan lebih terjaga.Jika ana memberi pilihan kpd anda para pembaca budiman. Jika anda diminta memilih antara jam yg berada di dlm balutan kotak baldu dan hanya dipamerkan disebalik dinding kaca yg anda pasti harganya mahal tp kualitinya tinggi dgn jam yg dijual di pasar mlm yg harganya murah & mungkin sudah calar dan mungkin kualitinya juga kurang....
Fikir-fikirkanlah...Jawapan terletak dlm diri anda sendiri, jika ana seorg pembeli ana tdk ragu2 memilih jam yg di dlm kotak itu walaupun harganya mahal dan jam itu tdk dibelek-belek atau disentuh oleh org lain dan tdk ada bekas2 peluh org lain yg mencubanya dan juga kesan calaran..Jam2 ini umpama muslimat pada masa kini yg semakin hilang malunya...

FITNAH PELAJAR PENGAJIAN ISLAM



‘Fitnah’ Pelajar Pengajian Islam
**Ana Ziarah ke blog shbt ana untuk kita berkongsi pandangan**

“Depa bukan pi belajaq, habis duit ja..mengaji pun tak setara mana,” rungut seseorang.
“Belajar Universiti tinggi-tinggi, tapi takde kualiti.” Kawannya pula berhujjah.

“Asyik dengan program, tidur, buang masa dengan internet..kuliah malas pergi,” terus menyokong kawannya. Saya merasa terpanggil untuk menulis entri pada kali ini bertajukkan seperti di atas. Bukan kerana ingin berhujjah mempertahankan golongan yang sememangnya sengaja mencemar nama baik institusi pengajian Islam.
Tetapi saya merasa cemas dan terkesan kerana yang tidak mencemar juga tercemar dengan ‘fitnah’ tidak sepatutnya. Saya tidak menafikan memang wujud golongan seperti perbualan-perbualan di atas. Tetapi itu hanyalah sebahagian, bukan semua. Salah Sistem Yang Mendidik
Ingin saya tegaskan, pokok utama kita perlu melihat sumbernya. Jangan dihujum ekornya. Lihat dahulu kepalanya bagaimana. Lihat ekor berbulu langsung disangka seekor musang, padahal hakikatnya seekor kambing. Tidakah ini menjadi kesalahan jenayah?. Bahkan ini merupakan persepsi yang bersalahan dengan Ad-Deen itu sendiri. Islam tidak mengajar umatnya menghukum tanpa bukti dan saksi yang konkrit.

Dalam masalah kelemahan menguasai bahasa serta lemahnya pencapaian akademik seharusnya kita melihat mengapa dan kenapa menjadi begitu? Salahkah universiti bertaraf islamik mendidik? Hakikatnya, sumber dan punca itu menjadi penyebab utama arah tuju pelajar dari segi kemantapan bi’ah solehah, penguasaan bahasa arab, serta ilmu islam baik turath dan mua’sarah.
Pelajar itu sendiri merupakan produk sistem pendidikan yang cacamerba. Sistem pengajian berkiblatkan kapitalisme. Asal untung semuanya menjadi projek rasmi. Natijahnya, keluar graduan berfikrah kapitalis juga.
Lihat saja dalam isu pembelajaran subjek sains dan matematik dalam bahasa inggeris. Sampai mana keberkesanannya? Di mana hasilnya? Adakah sudah wujud pakar-pakar bahasa dan professor bertaraf lima bintang mampu menggegar bumi Malaysia? Atau sekadar mewujudkan mahasiswa dan mahasiswi mampu ‘makan suap’?
Begitu juga dalam pengeluaran produk pelajar-pelajar islamik. Ilmu islam tidak diagungkan, bahasa tidak di ‘anak emas’ kan, kaedah belajar ditakuk lama. Bermula sekatan bantuan SAR, kurangnya bantuan biasiswa/pinjaman/zakat, hapuskan STA diganti STAM dan bermacam karenah birokrasi menimpa pelajar pengajian Islam. Disisihkan, disingkir, dianak tirikan. Jadi, bagaimana mahu mewujudkan graduan Islam yang kreatif, inovatif, tajdid, kritis, efektif?
“Sebenarnya, pihak Universiti Al-Azhar tidak senang dengan pelajar Malaysia kerana lemah bahasa Arab yang menyebabkan kualiti pelajar sangat rendah. Berikutan itu, saya memaklumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan menggariskan beberapa cadangan supaya perubahan drastik dilakukan oleh kerajaan kita. Saya bersetuju dan sebenarnya kerajaan mengetepikan mereka.
Sepatutnya, kita tak boleh menyalahkan pelajar agama menyertai parti pembangkang apabila mereka pulang ke tanah air. Kita membiarkan mereka seperti ayam kehilangan ibu dan kadang-kala nak makan susah terpaksa minta pada kawan-kawan.” Kata Tuan Yang Terutama Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir, Duta Besar Malaysia ke Kaherah.
Persoalannya mengapa pelajar Pengajian Islam semata menjadi mangsa hujuman panah-panah berapi? Sedangkan fakta dan bukti jelas menunjukkan graduan akademik subjek selain pengajian Islam juga masih tercari-cari identiti sendiri. Malah ada yang lebih advance lagi mengalahkan bohsia dan bohjan jalanan. Bahkan menjadi pelacur kelas atasan! Itu belum termasuk perkiraan pengangguran hasil graduan IPTA/IPTS. Bukan sahaja hasil duniawi, ukhrawi juga terus lari. Adakah kita mahu membina masyarakat Islam megah atas tiket Engineer, Doktor, Pakar Astronomi, Arkitek semata? Walhal dalaman kosong. Kosong dari nur Islam.

Suasana dalam kuliah…
Onak Duri Pelajar Pengajian Islam
“ehh, kamu tak payahlah belajar agama tinggi-tinggi…bukan boleh dapat gaji besar pun.” Nada larangan lazim didengar.
“tak payahla susah-susah terbang jauh belajar agama…pandai baca Al-Quran dahla.” Tegah seseorang pula.
“esok kamu habis belajar ijazah syariah nak kerja apa ya?..ada kerjake? Mak cik tak naklah hantar anak belajar agama tinggi-tinggi tak dak peluang cerah.” Respon seorang Mak Cik.
“tak maulah ngaji pengajian Islam, nanti kena jadi Ustaz atau Ustazah,” fikir seorang remaja.
Itulah hakikat sebenarnya. Sudah di ‘mind set’ begitu dari mula maka lahirnya golongan jumud. Semuanya menjadi serong, belok, bengkang bengkok. Tidak nampak jalan lurus walau mentari cerah benderang.
Betapa sukar dan beratnya bertitlekan pelajar agamawan. Sebermula mahu mengisi borang sudah ada mehnah mendatang sehinggalah sudah bergelar ‘Ustaz’ tribulasi itu menjengah bertubi-tubi. Ada yang mampu ditepis, kekadang terlepas jua. Hatta tidur, makan, lihat, dengar, membaca, menulis, belajar, tidak belajar, berniaga, berprogram, bernovel ataupun sekecil-kecil perkara semuanya menjadi fitnah. Tidak ada perkara lain yang lebih besarkah untuk difikirkan selain menyalahkan mana-mana pihak?
Mahu menegur dipersilakan, tetapi mahu menghukum keseluruhan itu bukan caranya.
Manusia yang cerdik ialah melakukan sesuatu perkara dengan merancang. Bukan membabi buta! Mahu tidur, belajar, kuliah, talaqqi, hafaz, berprogram ada aturan dan times tablenya. Ada akal, ada fikiran waras sesiapa saja boleh menyusun jadual secara tertib.

Memang saya tidak menafikan wujud beberapa kerat pemalas yang suka bermalasan atau sekadar menghabiskan silibus tanpa memikirkan kualiti. Lalu pelajar bermasalah membuat onar, seterusnya menjejaskan kualiti pelajar Islam umumnya dan khususnya kepada pelajar Al-Azhar itu sendiri. Niat hanya kerana segulung ijazah semata bukan ilmu. Saya sendiri tidak menyatakan sokongan walau 0% kepada agamawan seperti ini. Sepatutnya ianya ditapis dan dihakis terlebih awal sebelum menjejakkan kaki ke medan penghasilan ulama’ berkaliber.
Namun, janganlah hanya nila setitik habis susu sebelanga mahu dicurahkan. Buanglah yang keruh ambillah jernih. Pisang setandan rosak sebiji itu biasa berlaku. Cuma apa yang diharapkan agar pisang sebiji itu mengambil inisiatif lain supaya tidak rosak sebelum dibuat ‘cekedok’ atau ‘kek pisang’. Rujuk kembali subtopik ‘Salah Sistem Yang Mendidik’.
Kesimpulan
Jangan kerana mahu menyalahkan sebahagian manusia, habis manusia lain terpalit sama. Bimbang kerana sedikit salah faham itu mengundang ‘fitnah’ yang lebih besar kepada masyarakat itu sendiri terhadap golongan agamawan lantas memandang enteng serta menjatuhkan kredibilitinya. Fikirlah, betapa besarnya kesan penangan ‘sistem’ walau terhadap sekecil masalah

BILA GAdis Remaja Sudah terlalu ADVANCED!!!

BILA GADIS REMAJA SUDAH TERLALU ADVANCED!!


“Mulanya, guru itu, Azahana Ibrahim, 27, yang mengajar subjek Fizik menegur seorang pelajar perempuan tingkatan dua di kelas kira-kira jam 10 pagi kerana dia bukan saja lewat menghantar tugasan sekolah, tetapi turut menulis tulisan ‘gila babi’ di belakang kertas folionya.”
“Berikutan itu, berlaku tarik menarik dan dia menolak saya menyebabkan saya membalas tolakannya. Dengan ditemani seorang rakan sekelas, pelajar itu terus menendang perut saya berulang kali.”
Saya terdiam sebentar bila membaca laporan
Harian Metro itu. Enigma menguasai diri. Jeda.
Saya terpanggil untuk turut memberi pandangan memandangkan saya juga masih lagi berstatus pelajar (belum berumahtangga). Betapa hilangnya rasa hormat seorang pelajar bertaraf menengah terhadap gurunya. Betapa rendahnya mentaliti pemikiran dan perlakuan remaja kini.
Hilang pedoman, hilang punca, segalanya hilang. Yang tinggal budaya kasar lagi tegar, budaya samseng ala mafia, kebohsiaan dan kebohjanan yang melampau serta perlakuan ke arah kebaratan tiada berpenghujung.
Mahu mendapat keberkatan dalam pengajian?. Jauh panggang dari api. Malah jauh api dari mancis.
Fenomena kebobrokan yang berlaku masa kini sehingga ke tahap luar batas norma Islami ini mencerminkan rosaknya sistem pencernaan pemikiran manusia. Bermula dari buaian sudah terimpak dengan segala macam kemunafikan sehinggalah menjengah ke usia senja separuh abad. Lali dan terabai. Ibu bapa hilang potensi sebagai pendidik hasil serapan pemikiran kapitalisme, guru-guru tidak mampu menjadi role-model sebenar tontonan murid-murid. Begitu juga dasar kerajaan berpaksi sekularisme menghasilkan seribu satu macam masalah dalam pelbagai aspek samaada sosio ekonomi, politik dan sebagainya. Konsep “Model Insan” yang terbaik pernah saya lihat. Semua terlibat. Anda setuju?
Hasilnya, murid bertambah tanpa bimbingan padu Ad-Deen tanpa juga taraf kualiti yang diharapkan. Itulah natijahnya, bila hilang keberkatan dalam konteks bernegara maka segalanya akan bermula sekecil perkara hatta sebesar-besarnya. Peri penting keberkatan tiada difikirkan lagi. Terlanjur membicarakan hal berkat, ayuh terus kita berkomentar tentangnya.

Syeikh Ibrahim Al-Kattani, Tokoh Hadis Iskandariah…
Tolabul Ilmi Dan Berkat
Berkat dalam pemahaman menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat membawa maksud rahmat, restu dan sempena. Dalam kata lain ia memberikan kefahaman kepada kita bahawa dengan adanya keberkatan maka aka nada restu dari Ilahi. Misalnya, jika seorang anak telah melakukan sesuatu perkara mengundang kemarahan ibu bapa. Sudah tentu ibu bapa itu berasa kecewa dengan tindakan Si Anak lantas di merestui perbuatannya lagi.
Dalam masalah ini, bukan sahaja Si Anak tadi tidak direstui ibu bapa malah Allah SWT juga tidak menyukai manusia yang derhaka pada ibu bapa. Peringatan tersebut turut terselit di dalam kitabullah berbunyi :-
Katakanlah: “Marilah kubacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu yaitu: janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa..” ( Al-An’am : 151)“Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu bapa..”(An-Nisa’ : 36 )
Berkat dan restu suatu perkara yang ghaib tidak nampak pada penglihatan kasar tetapi merasa pada kendi jiwa. Manakala dalam bahasa arab perkataan berkat ( البركة )memberi maksud kebahagiaan, kelebihan. Semuanya membawa kepada satu makna saling kait mengait antara satu sama lain iaitu kerahmatan, restu izin, kebahagiaan dan kelebihan. Syeikh Ibrahim Al-Laqqani menyebut dalam kitabnya Matan Jauharah Tauhid mengatakan :-

فوز السعيد عنده في الأزل
Kebahagiaan orang yang berbahagia adalah disisiNya sejak azali lagi. Itu perlunya seorang anak mentaati ibu bapa, seorang murid menghormati gurunya, seorang abid tunduk kehambaan kepada Penciptanya demi mengaut selaut keberkatan.
Pesanan pula Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Bidayah Al-hidayah dengan kata beliau :-
“Adab seorang murid bersama gurunya ialah dengan memulai salam, bangun bila gurunya bangun, tidak berkata-kata selagi ia tidak ditanya, tidak bertanya selagi tidak diizinkan, tidak melawan kata-kata gurunya, tidak meremehkan kata-katanya, tidak banyak berpaling dihadapannya, bahkan ia berada dalam keadaan tenang seolah-olah ia berada di dalam solat. Janganlah berburuk sangka kepadanya ( guru ) yang kelihatan bertentangan pada zahirnya, sesungguhnya ia lebih mengetahui dengan rahsianya”.
Malah para ulama’ terdahulu senantiasa merendahkan diri dan menghormati guru dalam semua keadaan walaupun gurunya lebih muda darinya. Manakala Imam Ahmad bin Hanbal pula berkata menguatkan lagi hujjah beradab dihadapan guru. Kata beliau :-

قال أحمد بن حنبل : أمرنا أن نتواضع لمن نتعلم منه
Imam Ahmad bin Hanbal berkata : “Kami diperintahkan supaya tawadhu’ kepada sesiapa yang kami pelajari ilmu daripadanya ( guru, ulama’ )
Sungguh, dengan sebab itulah keberkatan dalam menuntut ilmu ulama’-ulama’ terdahulu mencurah-curah bak air hujan membasahi tanaman menghijau.
Tidak seperti sekarang, hujan yang sama mencurah namun keadaannya sama seperti curahan ke atas dedaun keladi. Tempias memercik tidak pada diri. Kering kontang, gersang!. Sabda Baginda Rasulullah SAW dalam memberikan peringatan :-
Rasulullah SAW telah bersabda : “Tidak termasuk dalam golongan umatku, mereka yang tidak menghormati orang tua, tidak merahmati (kasihan belas terhadap) kanak-kanak dan tidak mengetahui (kemulian) hak-hak para ulama’ kami.” ( Riwayat Ahmad dan Al-Hakim )
Teringat memori lalu, saya juga tidak terlepas dari dimarahi dan didenda oleh guru ketika di Sekolah Menengah dahulu. Kesalahannya seringkali saya lakukan ialah melipat lengan baju kemeja panjang ( Etika displin Sekolah wajib kancing lengan baju panjang ) dan tidak mampu menjawab soalan dengan tepat. Alhamdulillah, guru saya tidak pernah merasa tendangan saya namun saya yang seringkali merasa penangan tangannya.
Kesimpulan
Tidaklah dapat ditafsir dengan akal yang naïf ini bagaimana jiwa-jiwa mereka yang melanggari ketaatan, kehormatan dan kehambaan itu. Bagaimanakah tahap kewarasan mereka ketika melakukan perihal tersebut. Sementalahan yang melakukan aktiviti tendangan padu itu seorang gadis belasan tahun. Sungguh manis dan ayu sekali seorang gadis mengangkat kaki menendang gurunya. Tidak pula disepak Si Perogol dan Penzina bersiri ya? it is stupid to think about this case. She is the one who give to undeserve people!
Rujukan:
Bidayatul Hidayah, Imam Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali ( 505H ), Pustaka Darus Salam, Kaherah.
Adab-adab Islam Dalam kehidupan Harian Jilid 1, Mohamad Zulkifli Abdul Ghani, PMRAM Kaherah.

Mutiara hadis HAK PENJAGAAN ALLAH SWT


Mutiara Hadis: Hak Penjagaan Allah SWT
Dari Ibnu Abbas r.a berkata: Aku duduk di belakang Nabi SAW. Rasulullah SAW bersabda: “Aku ajarkan kamu beberapa kalimat.

Hendaklah kamu jaga Allah SWT nescaya Allah SWT jaga kamu, sekiranya kamu jaga hak Allah SWT nescaya kamu dapati Allah SWT berada di depanmu, sekiranya ingin meminta apa-apa mintalah dengan Allah SWT, sekiranya kamu mahu minta bantuan, mintalah dengan Allah SWT. Dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berhimpun untuk memberi manfaat kepadamu dengan sesuatu, nescaya mereka tidak dapat memberi manfaat kepadamu dengan sesuatu melainkan sekadar yang telah dituliskan oleh Allah bagimu.


Dan ketahuilah sekiranya berhimpun umat untuk memudharatkanmu dengan sesuatu, nescaya mereka tidak akan dapat memudharatkanmu melainkan sekadar yang telah ditulis oleh Allah atasmu, pena-pena sudah diangkat, buku-buku sudah kering.” (Hadis Riwayat Tarmizi)


Latarbelakang Perawi Hadis


Beliau ialah Abu Abbas Abdullah bin Abbas bin Abdul Mutollib dan anak saudara kepada junjungan besar Rasulullah SAW. Baginda pernah mendoakan kepadanya sehinggakan beliau diumpamakan lautan ilmu kerana banyaknya menghafaz hadis Rasulullah SAW. Beliau telah meninggal dunia di Thoif pada tahun 68H.
Makna Lughawiyat
(Ghulam): Budak kecil dalam lingkungan umur 10 tahun (hampir sampai umur baligh). Ia merupakan panggilan Rasulullah SAW kepada anak kecil.
(Kalimat): Ialah himpunan kalimat. Jumlah mufidah, iaitu jumlah yang boleh difahami. Rasulullah SAW mengurangkan kalimat kerana memadai dengan Ibnu Abbas yang masih kecil.
(Jaga Allah): Mengawal diri. Iaitu menjaga sesuatu dengan mengawalnya. Jikalau berjanji hendaklah menunaikan janji tersebut. Tidak mengkhianati akan janji tersebut itulah dinamakan menjaga janji. Begitu juga dalam perihal menjaga ilmu. Apabila hendak menjaga ilmu maka haruslah ditulis (dhobit). Samaada menulis di dada yakni hafaz kalimat ilmu itu ataupun menulis di dalam kitab beserta faham mengenai apa yang ditulis. Sesungguhnya hakikat menghafaz itu ialah bertujuan untuk mengelakkan daripada hilang dan lenyap begitu sahaja.
(Berada di depan):


Bukanlah yang dinamakan menjaga Allah SWT itu adalah berhadapan dengan Allah SWT secara berdepan (face to face) kerana ianya adalah mustahil. Akan tetapi yang dimaksudkan Allah SWT berada di depan kamu itu ialah Allah SWT akan menurunkan bantuan kepada hambanya yang selalu memohon kepadaNYA.


Jaga agama Allah SWT, nescaya Allah SWT akan jagamu.
(Apa yang Allah SWT tulis): Iaitu Qadar Allah SWT sejak azali terhadap manusia.
(Pena-pena sudah diangkat, buku-buku sudah kering): Ialah kinayah, iaitu selesai suruhan tentang perkara-perkara yang dinasihati Rasulullah SAW lalu tidak boleh diubah lagi dan bertukar ganti.

Kefahaman Umum - Pertama
Hadis ini merupakan pokok pangkal bagaimana mahu memahami tentang penjagaan terhadap hak-hak Allah SWT. Ia menerangkan kepada kita bahawa sifat lemah makhluk bernama manusia lalu sangat berkehendakkan kepada Penciptanya yakni Allah SWT. Kita sebagai manusia usahlah mendabik dada penuh kesombongan mengatakan berkuasa atas sesuatu kerana yang demikian itu boleh mengundang syirik dan kemurkaan Allah SWT.


Kedua
Dalam menasihati umat Rasulullah SAW telah menunjukkan tauladan yang baik dengan menasihati secara baik, penuh kasih sayang dan berhikmah.
Baginda selaku orang yang berpengalaman daripada Ibnu Abbas memberikan wasiat berguna sebagai petunjuk kepadanya. Baginda juga memberikan kalam taujihat supaya Ibnu Abbas menyayangi kepada perkara-perkara yang baik.

Ketiga
Rasulullah SAW menasihati supaya tidak melakukan maksiat
. Bahkan pengajaran hadis ini bukanlah dikhususkan kepada Ibnu Abbas sahaja, tetapi ianya merangkumi kesemua umat Islam sehingga kini.

Keempat
Kekuatan wasiat ini mempunyai bilah-bilah pengajaran yang perlu diambil perhatian sewajarnya. Ini terbukti dengan suruhan
menjaga hak Allah SWT serta perjanjian Allah SWT ke atas manusia ketika di alam roh semenjak azali lagi. Sebagaimana firman Allah SWT:

“Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman):”Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Mereka menjawab: “Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi.” (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: “Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)”,“atau agar kamu tidak mengatakan: “Sesungguhnya orang-orang tua kami telah mempersekutukan Tuhan sejak dahulu, sedang kami ini adalah anak-anak keturunan yang (datang) sesudah mereka. Maka apakah Engkau akan membinasakan kami karena perbuatan orang-orang yang sesat dahulu?” (Al-A’raf: 172 & 173)

Kelima
Menjaga hak Allah SWT adalah merupakan suatu kaedah berwasiat yang mengandungi kefahaman ketauhidan, keesaan.
Ia juga mempunyai makna yang pelbagai antaranya ialah:
1.Tidak mensyirikkan Allah SWT.
2.Hanya semata-mata mengharapkan pertolongan Allah SWT bukan selainNYA.
3.Beriktikad secara halus yang sesungguhnya Allah SWT sahaja berhak memiliki manfaat dan kemudharatan.
Sekiranya kita meminta pertolongan manusia misalnya sewaktu mengalami kesulitan dan tidak melupai akan kepercayaan Allah SWT jualah yang menentukan segalanya. Maka perihal tersebut dinamakan takdir Allah SWT. Pertolongan manusia itu hanyalah merupakan jalan dan wasilah yang telah ditakdirkan Allah SWT. Dengan maksud lain, ia dinamakan ‘asbab’ kita melakukan sesuatu benda untuk mendapatkan sesuatu namun masih dalam ruang lingkup takdir Allah SWT.


Konklusi yang boleh diambil daripada kandungan wasiat Rasulullah SAW:
1.Kalam ini ditujukan dari seorang yang lebih tua kepada kanak-kanak dengan perasaan kasih sayang dan lemah lembut.
2.Kalam ini mengandungi butir-butir pengajaran dari seorang yang berpengalaman.
3.Terpancar keikhlasan dan kebenaran pada setiap kalimah yang dituturkan oleh Rasulullah SAW.
4.Manusia yang mendengar wasiat Rasulullah SAW ini hendaklah sedar lalu seterusnya mengambil input berguna buat pedoman hidup mendatang.
5.Menjadi intipati kepada ketauhidan hanya semata-mata kepada Allah Jalla Wa’ala.
Rujukan:Kitab Jaulah fi dauhah Al-Adab, Dr.Muhammad Ahmad Abu Lufa, Tahun Tiga, Kuliah Syariah Islamiyyah, Tanta.

INDAHNYA HIDUP BERSAMA ILAHI

INDAHNYA HIDUP BERSAMA ILAHI::.
Alangkah indah hidup ini
Hidup bersama ilahi
Kehendak Allah difahami
Pandai menerima darinya..
Bijak menggunakan nikmatNya
Ia dianggap ibadah
Semua diberi pahalaTarbiyah Allah berhikmah..
Sabar dgn ujianTanpa hisab akan diganjari Nikmat yg diberi Memudahkan untuk berbakti..
Merasai pemberianNya
Itulah tanda bersyukur Akan ditambah lagi Nikmat yg diberi..
Tersiksa bermujahadah
Kerana ingin menempuh jln untuk menuju AllahTarbiyahnya Allah tnjukkan..
Tawakkal kepda Ilahi
Terutama mengenai rezeki
Tanpa ragu2 walaupun sedikit
Ada jaminan pembelaan dariNya..
Bila taqwa pakaian kitaUrusan
Kita dimudahkan Kerana kita sudah menjadi ahlillah
Begitu indah hidup bersama Tuhan..
Korban harta kerana Allah
Agar berdaulat kalimatullah
Setiap satu kebajikan Semuanya digandakan..
Terima kasih TUHANku::.

MUTIARA PERJUANGAN BUATmu ANSARUALLAH


Salam,

Demi Allah Yang Maha Esa,
Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah,
Untuk menuju cintaMu,
Menitis airmata tatkala merindu,
Menitis airmata tatkala merasa semakin jauh,
Tetapi janji Allah tetap segar dan mekar,
Tanpa pengkhianatan,
Kerana ku tetap yakini,

Allah menyatakan....Wajiblah cintaku kepada orang orang yang berkasih sayang kepadaku?
Wahai kaum muslimin dan muslimat yang berjiwa besar,penuhilah dunia ini dengan limpahan kasih sayangmu,khusukanlah buat saudara2mu itu,dengan kepanasan citamu yang Maha tinggi..dan biarkan mereka tahu bahawa anda mencintai mereka,yang demikian itulah al-kasar (batu geliga)untuk mengubati seribu satu kesulitan dan kesusahan..

Sesungguhnya banyak kesulitan dalam dunia ini timbul dari perasaan yang telah padam dan berlakulah penyelewengan perasaan itu.~As-Syahid Imam Hassan al-Banna~

UKHWWAH ITU INDAH BILA BERTEMU & BERPISAH KERANA ALLAH. BERTEMU TIDAK JEMU BERPISAH TIDAK GELISAH.. DGN RABITAH HATI MOGA DGN TIUPAN ROH MOGA disatukan hati2 ini untuk meneruskan sisa2 perjuangan sehingga akhir hayatku demi melihat ISLAM TERUS CERMELANG dgn TERTEGAKNNYA KALIMAH ALLAH Di MUKA BUMI WALAUPUN DIUJI Dgn BErBAGAI MEHnAHNYA.. Insya-ALLAH..Moga ALLAH kirimkan diri kita shbt2 yg sentiasa mengingati diri yg sering terlupa dan mudah terleka dgn arus kehidupan dunia..

"DEMI MASA sesungguhnya manusia didalam KERUGIAN, kecuali org2 yg beriman dan beramal solleh yg sentiasa berpesan2 kerah kebaikan, {al_asry}.,.waallahhualam.

Pengembara di Lembah Ujiannya.Dpd setitis airmani yg hina

Salam..

Secara ringkasnye, nak jugak ana cerita kan pada anda di luar sana..dalam chapter ni, kita mempelajari bagaimana setiap manusia itu berkembang dari sekecil2 sel sehingga sempurnanya seorang insan itu lahir ke dunia..Subhanallah!

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ مِنْ سُلَالَةٍ مِنْ طِين. ثُمَّ جَعَلْنَاهُ نُطْفَةً فِي قَرَارٍ مَكِينٍ. ثُمَّ خَلَقْنَا النُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً فَخَلَقْنَا الْمُضْغَةَ عِظَامًا فَكَسَوْنَا الْعِظَامَ لَحْمًا ثُمَّ أَنْشَأْنَاهُ خَلْقًا آخَرَ ۚ فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ
Maksudnya ;" Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari pati ( yang berasal) dari tanah. Kemudian kami jadikan pati itu air benih ( yang disimpan) didalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian kami diciptakan air benih itu menjadi segumpal darah lalu dari segumpal darah itu kami jadikan seketul daging lalu dari segumpal daging itu kami jadikan tulang lalu dari tulang itu kami baluit dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik pencipta".(Al-Mu'minum : 12-14)perhatikanlah dengan pandangan nurani..Allah menciptakan kita dari sekecil2 benda yang lebih kecil dari hama hingga menjadi sesempurna seadanya..lalu jadilah kita.

Kita dikurniakan aqal menjadikan kita semulia2 makhluq di dunia..yang mana Allah telah mengamanahkan kita sebagai khalifah di muka bumiNya...dan ingatlah sidang pembaca yang dikasihi Allah sekalian..imbaui kembali siapa yang pernah membawa kita kemana sahaja dia berada...selama hampir 9 purnama..malah, tidak cukup dengan itu, dia sanggup mempertaruhkan nyawanya untuk memastikan kita berjaya melihat dunia yang fana ini...dan sehingga akhirnya, sekali lagi insan itu sanggup membanting tulang mencari sesuap nasi dan seteguk air buat pengubat kita disaat dahaga dan kelaparan..
Dialah yang dinamakan
IBU..UMI..MAMA..MAK..MUMMY..MAMA..MA..dan lain2 panggilan yang bisa menggambarkan insan ini..
Ketahuilah sahabatku yang budiman, insan ini telah bersusah payah, berpenat lelah untuk kita...namun, sehingga kini, apa yang telah kita berikan untuknya??

وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَانًا ۖ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا ۖ
Maksudnya ;"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah." (al-Ahqaf 46:15)

وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَىٰ وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ
Maksudnya ;"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)". (Luqman 31:14)
Mari kita sama2 tanya pada diri..
Adakah selama ini diri ni telah berbuat baik kepada ibu?
Adakah selama ini diri ini menghormati ibu?
Adakah selama ini diri ini tidak pernah bercakap kasar dengan ibu?
Adakah selama ini diri ini telah mengabaikan ibu?
Adakah selama ini diri ini selalu berkata 'ah' pada ibu?
Dan apakah selama ini diri ini telah memohon ampun pada insan yang bergelar ibu pada kita??
Dan apakah selama ini diri ini telah menyatakan sayang dan cinta ini padanya?
Ataukah telah tersilap pada yang tidak selayaknya??
Dan apakah diri ini telah menunaikan haknya untuk mendoakan kesejahteraannya??
sedangkan diri lupa bahawa dia telah bersabung nyawa menyelamatkan kita....

Sewaktu di kelas, tiba2 saya teringatkan ibu dan kelahiran saya ke dunia..alhamdulillah, hari ini saya telah berjaya mengetahui tarikh lahir saya dalam taqwim hijriey..iaitu pada 10 Ramadhan 1409..terima kasih ibu dan ayah..Syukur ya Allah..gembira tak terkata bila dah tau..sebab dah lama saya mencari..baru hari ini termakbul..
Melihatkan gambar adik comel ini, mulus wajahnya yang sedikit terlindung dengan kitab suci al-quran..saya mahu jadi sepertinya..saya mahu jadi lebih baik darinya..saya mahu jadi saham kepada ibu dan ayah di sana...
Ya Allah perkenankanlah permintaan hambaMu ini...kerana hamba tiada daya upaya untuk membalas jasa mereka walaupun hamba menyerahkan seluruh hidup ini untuk berbakti pada mereka,namun takkan mampu untuk membalasnya..Ya Ghaffar, Ya Kahhar, Ya Dzaljalaliwal ikram...
Ana mengajak sahabat2 semua untuk mencari diri....siapa kita tanpa si ibu?apakah kita akan hadir ke dunia ini?...dan apa yang kita punyai sekarang ini adalah kerana susah payahnya ibu dan ayah..maka, mari kita lakukan yang terbaik untuk mereka..hargai ibu selagi masih dikurniakan kesempatan bersamanya..

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI