Monday, November 23, 2009

YB Dato' Hasan Ali melihat & mendengar rintihan rakyat tinjauan di Tmn Perwira Jaya 1, Bt 6 Gombak


Gombak – Lawatan susulan YB Dato’ melawat penduduk di Tmn Perwira Jaya 1, Bt 6 Gombak petang semalam selepas menerima maklumat mengenai musibah yang menimpa penduduk apabila 4 buah rumah yang diduduki telah dilanggari sebuah lori” construction” pada 18hb November 2009 baru-baru ini. Mangsa yang terlibat adalah seorang ibu warga indonesia dan anaknya, dimana waktu kejadian anaknya bermain di kawasan luar rumah dan ibunya ingin menyelamat anak tersebut tetapi nasib tidak menyebelahi mereka kerana lori tersebut begitu pantas turun ke bukit menuju ke kawasan rumah yang terlibat. Sehingga kini YB Dato’ dimaklumkan mangsa dan anaknya masih belum keluar daripada Hospital Selayang untuk rawatan secukupnya.

Untuk meringankan bebanan YB Dato’ telah menghulurkan wang sumbangan kepada 4 buah keluarga yang terlibat dalam musibah tersebut.

Ketibaan YB Dato’ memantau kembali kawasan yang terlibat disambut oleh beberapa orang penduduk yang hadir ketika itu dan mereka telah menemui YB Dato’ menceritakan hal yang sebenar dan kedudukan jalan / kawasan yang dahulu adalah pada mulanya 1 hala sahaja tetapi atas permintaan penduduk disitu mereka ingin membuka jalan lain sebagai jalan singkat untuk mereka menuju keluar bandar dengan lebih mudah. Tetapi atas tindakan yang sedemikian tanpa memikir panjang dan kesan kemudian hari kini telah melibatkan setiap bulan berlakunya kemalangan kepada sesiapa sahaja yang mengikuti jalan tersebut.

Menurut En Ahmad Mirza Bin Hamzah dan Pn. Hjh Hamsiah Bt Hj. Harif yang merupakan penduduk tetap disitu beliau menyatakan rumah beliau duduki adalah merupakan kawasan yang menjadi ketakutan pada ahli keluarga terutamanya pada waktu cuti sekolah apabila cucu, anak-anak pulang ke kg. mereka bermain dikawasan luar rumah. Rumah mereka sering sahaja menjadi tempat rawatan mangsa yang menimpa kemalangan dan kenderaan mereka acapkali mengalami pelanggaran jika penduduk yang melalui kawasan tersebut tidak berhati-hati untuk melalui kawasan itu. Dinding dan pintu pagar mereka sering mengalami kerosakan.

Selain daripada itu beliau menyatakan bahawa sewaktu dahulu sebelum PR mengambil alih Negeri Selangor, kawasan yang mereka duduki seperti sistem perparitan dikawasan ini tidak dinaiktaraf sehingga air longkang dan najis sering melempah di rumah mereka walaupun mereka sudah membuat aduan banyakkali tetapi tindakan oleh pihak tertentu hanya ibarat batuk ditangga sahaja. Dan kini mereka rasa menumpang gembira setelah pemerintahan PR, Masjid, sistem perparitan dinaiktaraf dan lain-lain kemudahan diberikan oleh pimpinan PR Negeri Selangor. Kerjasama yang dimainkan oleh Jawatankuasa penduduk dengan mengusulkan masalah mereka kepada Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia untuk tindakan selanjutnya mereka rasa gembira dengan perubahan tersebut semenjak Pemerintahan PR inilah mereka dapat menikmati sedikit kesenangan yang telah dibawa oleh Kerajaan Negeri Selangor terutamanya Sumbangan Warga Emas, Pembayaran IPT, pengurangan pembayaran air di Negeri Selangor dan lain-lain yang telah mereka nikmati seperti yang telah dijanjikan dalam manisfesto semasa Pilihanraya umum lalu. Beliau amat berharap pimpinan yang dilantik, dapat menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya kerana inilah amanah rakyat kepada semua pimpinan.

Setelah mendengar masalah ini Yb Dato’ telah mencadangkan dan meminta kerjasama JKP disitu iaitu En Amin dan beberapa penduduk dengan mengemukakan beberapa cadangan iaitu :-

i) Membuat Surat bantahan penduduk dengan mendapat tandatangan penduduk mengenai jalan dibina dan dicadangkan agar membuat jalan sehala sahaja agar tidak belaku kemalangan dikawasan tersebut kerana struktur pembinaan jalan adalah curam, merbahaya, dan sebagainya.

ii) Sistem perparitan dinaiktaraf agar air longkang tidak melimpah ke rumah penduduk sekitar tersebut.

YB Dato’ akan berusaha atasi masalah ini secepat mungkin dengan menghantar surat-surat yang telah dikeluarkan oleh penduduk sebelum ini sebagai rujukan dan tindakan susulan oleh pihak yang terbabit. Beliau akan mempercepatkan permohonan tersebut dengan mendesak MPS, JKR untuk ambil tindakan sewajarnya. Semoga usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu masalah yang dihadapi oleh penduduk disekitar itu.

Sedikit sentuhan santapan rohani bagi membina kekuatan kepada sesiapa yang ditimpa musibah, agar menjadikan Sabar jadi pakaian & redha diatas ujian yg diberi ALLAH pada kita, insya-ALLAH.

ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

Al-Hafiz Ibn Katsir dalam memberikan penerangan terhadap ayat ini menyatakan bahawa Allah menguji hambanya dengan musibah pada satu waktu, dan kemudian dengan nikmat pada waktu yang lain, untuk melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur, siapa pula yang sabar, dan siapa yang putus harap.

Dan al-Hafiz ada menukilkan kata-kata Ibnu ‘Abbas dalam mentafsirkan ayat ini, bahawa Allah menguji hambanya dengan kecelakaan dan kesenangan, dengan kesihatan dan kesakitan, dengan kemewahan serta kemiskinan, dengan perkara yang halal dan apa yang haram, dengan ketaatan dan kemaksiatan, serta dengan hidayah dan kesesatan. [Tafsir al-Quran al-‘Adzim, Ibn Katsir, Abu al-Fida’.], wallahhualam.

KOLEKSI FOTO

YB Dato' meneliti surat-surat yang diberikan oleh penduduk kepada pihak MPS

YB Dato’ meneliti beberapa surat mengenai aduan yang diberikan oleh penduduk dan tindakan yang telah diambil oleh pihak MPS

Kakitangan PKM merangkap S/U Ahli majlis membuat liputan dan melihat sekitar tempat kejadian untuk diteliti lebih terperinci.Beliau telah diiringi oleh penduduk kawasan berkenaan.

Air longkang sering melimpah sebelum sistem perparitan dibuat .

Tindakan JKP dan PKM Dun Gombak Setia dengan menaiktaraf sistem perparitan.

Kawasan sportlight disini sering berlaku pertembungan kenderaan. Kawasan yang sempit dibuat 2 hala..

Sempat wartawan PKM mengambil foto apabila berlaku pertembungan kenderaan dilaluan tersebut.

laluan kereta menurun kawasan yang curam. jika hujan kadangkala kenderaan terbabas dan kenderaan terpelanting ke rumah penduduk yang berhampiran terutamanya rumah Hjh Hamsiah sendiri yang sering menjadi mangsa keadaan.


Kenderaan menaiki bukit yang curam dan sempit.

Temubual bersama Hjh. Hamsiah untuk membuat liputan dan harapan penduduk kepada YB Dato’ dan pimpinan PR.

Beliau menyatakan semasa sebelum pemerintahan PR beliau telah membuat aduan dan menunjukkan beberapa surat aduan ke MPS dan badan-badan tertentu untuk diambil tindakan diatas masalah yang dihadapi oleh penduduk tetapi pihak tersebut tidak memainkan peranan dan tindakan sewajarnya, adakah mereka ingin melihat rakyat disini menjadi mangsa keadaan selama-lamanya???. Semoga dengan pentadbiran YB Dato’ di Dun Gombak Setia & Exco Kerajaan Negeri dapat mengambil tindakan sewajarnya. Beliau bersama penduduk akan memberi kerjasama dengan PKM Dun Gombak Setia. Itulah rintihan hati Hjh Hamsiah dan beberapa orang penduduk disekitar tersebut dengan harapan agar YB Dato’ dapat menjalankan tangungjawab dan amanah ini dengan sebaiknya walaupun berbagai isu yang dimainkan oleh media & pihak tertentu tetapi rakyat amat berharap YB Dato’ terus bersabar kerana inilah ujian ALLAH kepada pimpinan yang mentadbir negara untuk membentuk negara dengan makmur.

http://jkpzon11gombak.blogspot.com/


Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI