Sunday, November 22, 2009

Segala Kerisauan Terungkai Sudah, TERIMA KASIH Y.B Dato' Hasan Mohamed Ali


Gombak – Akhirnya rintihan hati seorang ibu tunggal telahpun terlerai mengenai masalah yang dihadapi iaitu pokok yang begitu besar di sekitar rumah kediaman beliau di Kg. Sri Gombak Indah, Bolton telahpun ditebang hasil tindakan kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh Y. B Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali bersama Kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia.

Pn Khadijah Shaari rasa bersyukur dan berpuas hati kerana tindakan yang efektif dan pantas oleh pihak PKM DUN Gombak Setia berikan setelah beliau membuat laporan mengenai masalah yang sekian lama dihadapai tidak diatasi oleh pihak MPS dan TNB.

Dengan kegembiraan yang terpancar di wajah ibu tunggal ini beliau menyatakan sekiranya tindakan PKM & Peranan Yb Dato’ lebih cekap mengambil tindakan sudah pasti beliau akan kemukakan masalah ini terlebih dahulu ke YB Dato’ setelah banyak kali diberikan aduan kepada pihak MPS & TNB yang hanya ambil tindakan alakadar. Beliau berkata lagi Jika tidak diambil tindakan segera beliau yakin bila-bila sahaja akan berlakunya musibah lebih-lebih lagi dalam keadaan waktu cuaca yang tidak menentu.

Ternyata terpancar kegembiraan hati ibu tunggal tersebut ketika ketibaan YB Dato’ bersama kakitangan PKM Dun Gombak Setia diiringi dengan Kakitangan Ahli Majlis MPS/JKP Zon11 melawati kediaman beliau pada 22hb November, 2009. Semoga khidmat diberikan oleh pihak YB Dato’ kepada penduduk dapat meringankan masalah yang mereka hadapi.

KOLEKSI FOTO




Ketibaan YB Dato’ dirumah Pn Khadijah untuk melihat tindakan yang telah diambil oleh Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia.


Terima Kasih Y.B Dato’ atas kunjungan dan pemantauan yang dibuat keatas masalah yang saya hadadapi sekian lama. Ucapan yang tulus daripada ibu tunggal kepada YB Dato’ atas khidmat yang telah diberikan oleh Masyarakat.

Alhamdulilah pokok raksasa yang digelar oleh Tn Tumah dan penduduk disekitar rumah beliau telah ditebang. Hilang kerisauan yang dipendam selama ini.

Foto diatas sebelum pokok ditebang oleh tindakan (Pusat Khidmat Masyarakat) PKM

Santapan Rohani ” sabda Rasuallah saw Tidak henti-hentinya Jibrail memberikan wasiat kepadaku supaya berbuat baik kepada jiran tentangga sehingga aku menyangka seolah-olah Jibrail akan memamsukkan tetangga sebagai ahli waris yang mewarisi harta jirannya”{Muttafaqun alaih}

http://jkpzon11gombak.blogspot.com/


Editor : Khaulah Azwar


Nasihat utk Semua Blogger Pakatan Rayat. Tingkatkan ILMU Anda..





Kalau nak hentam pimpinan PAS atau Pakatan Rakyat lebih baik jangan jadi blogger PAS atau Pakatan Rakyat. Baik jadi kuli batak atau balaci UMNO. Lepas tu mintak upah pada UMNO kerana tolong hancurkan PAS. Hantar saja artikel ke Utusan Malaysia, Berita Harian atau panggil TV3 buat liputan. Macam ni.

Islam tidak melarang kita untuk mengkritik atau membuat komentar, tapi ada adab, akhlak Islam dan disiplinnya. Pimpinan PAS juga bukannya ma’sum (yang suci dari dosa) hinggakan tak boleh dikritik. Tapi, kita perlu sedar platform kritikan kita. Blog bukanlah platform yang sesuai kerana blog akan dibaca dan diteliti oleh musuh PAS sendiri iaitu UMNO.

Akhir- akhir ini blogger PAS semakin bercambah bak cendawan tumbuh selepas hujan. Ada yang sudah mencapai hit jutaan. Tapi janganlah lupa apa objektif sebenar PAS meramaikan bloggersnya. Antara lain sebagai media baru/ alternatif untuk menangkis tohmahan media kongkongan BN.

Kini segelintir bloggers PAS tanpa disedari sudah menjadi penyambung lidah dajjal media BN dengan mengiakan isu yang di ketengahkan. Tak perlu disebutkan siapa mereka, tapi tulisan- tulisan mereka amat mendukacitakan. Yang terbaru tentang isu di Selangor (SELCAT) bagaimana Dato’ Hassan Ali dikritik sedemikian rupa dan ada juga yang berani menghina dan mengkritik Presiden yang bertaraf ulama. bagi yang mengkritik, admin dan tanya berapa Ayat dan Nas Al Quran yang anda hafal?

Bukan tidak boleh mengkritik pimpinan PAS !!! tapi mengkritik pimpinan di blog bukan platformnya. Ia hanya memberikan peluru- peluru percuma kepada BN.

Oleh itu saya menyeru bloggers-bloggers PAS agar menghentikan kerja yang tidak memberikan manfaat kepada Parti. Gunakanlah sepenuhnya blog anda untuk membongkar keburukan dan penyelewengan pimpinan UMNO/BN. Jangan kerana terlalu ghairah berkarya diruang maya hingga menyumbangkan kelemahan kepada parti.

YDP PAS Kawasan Padang Rengas (YB Haji Zanuddin) selalu mengingatkan kami agar kita sebagai pimpinan perlu bijak untuk menutralkan keadaan apabila berhadapan isu- isu yang boleh melemahkan parti, bukannya menjadi tukang angkut sampah yang dilonggokkan oleh UMNO.

Tingkatkan kefahaman tentang parti. Bagi para blogger yang kononnya menyokong PAKATAN RAKYAT, tolonglah berhenti dari menghentam PAS. Kerana PAS adalah tunjang utama dalam PAKATAN RAKYAT.

Allah S.W.T Berfirman dalam Surah Al Fath pada Ayat 10 yang bermaksud : A’uzubILLAHi minas syaitonirrojim. “Bahawasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setia kepada Allah[1396].Tangan Allah di atas tangan mereka[1397], maka barangsiapa yang melanggar janjinya nescaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya pahala yang besar.” ShodaqALLAHul’Azim.

[1396]. Pada bulan Zulkaidah tahun keenam Hijriyyah Nabi Muhammad s.a.w. beserta pengikut-pengikutnya hendak mengunjungi Makkah untuk melakukan ‘umrah dan melihat keluarga-keluarga mereka yang telah lama ditinggalkan. Sesampainya di Hudaibiyah beliau berhenti dan mengutus Utsman bin Affan lebih dahulu ke Makkah untuk menyampaikan maksud kedatangan beliau dan kamu muslimin. Mereka menanti-nanti kembalinya Utsman, tetapi tidak juga datang kerana Utsman ditahan oleh kaum musyrikin kemudian tersiar lagi berita bahawa Utsman telah dibunuh. Kerana itu Nabi menganjurkan agar kamu muslimin melakukan bai’ah (janji setia) kepada beliau. Merekapun mengadakan janji setia kepada Nabi dan mereka akan memerangi kaum Quraisy bersama Nabi sampai kemenangan tercapai. Perjanjian setia ini telah diridhai Allah sebagaimana tersebut dalam ayat 18 surah ini, kerana itu disebut Bai’atur Ridwan. Bai’atur Ridwan ini menggetarkan kaum musyrikin, sehingga mereka melepaskan Utsman dan mengirim utusan untuk mengadakan perjanjian damai dengan kaum muslimin. Perjanjian ini terkenal dengan Shulhul Hudaibiyah.

[1397]. Orang yang berjanji setia biasanya berjabat tangan. Caranya berjanji setia dengan Rasul ialah meletakkan tangan Rasul di atas tangan orang yang berjanji itu. Jadi maksud tangan Allah di atas mereka ialah untuk menyatakan bahwa berjanji dengan Rasulullah sama dengan berjanji dengan Allah. Jadi seakan-akan Allah di atas tangan orang-orang yang berjanji itu. Hendaklah diperhatikan bahawa Allah Maha Suci dari segala sifat-sifat yang menyerupai makhluknya.

Kita ni sapa, apa dalam parti? Muhasabah diri dulu sebelum mengkritik orang lain. Bloggers yang bertindak tanpa ilmu dan kefahaman akan bertindak mengkhinzir buta.

Allah S.W.T Berfirman dalam Surah An Nisaa’ pada Ayat 59 yang bermaksud : A’uzubILLAHi minas syaitonirrojim. “Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu (pepimpin Jema’ah Islam). Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu (janganlah mengkritik), maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (hadis dan sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” ShodaqALLAHul’Azim.

Ayat ini ayat jelas, fi’lul amri lil wujub atau perintah yang wajib dan ianya menjelaskan kepada kita tentang sifat wala’, taat dan patuh kepada pemimpin Islam. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya bermaksud kita akan dapat kesimpulan dan jalan penyelesaian dari pertelingkahan jika kita rujuk balik pada Al Quran, Hadis, ijma’ ulama dan qias. Kalau sebaliknya, sama le macam UMNO/BN.

Nabi S.A.W juga bersabda supaya kita sentiasa beringat, “Barangsiapa tidak menyukai sesuatu dari tindakan penguasa (pemimpin) maka hendaklah bersabar. Sesungguhnya orang yang meninggalkan (membelot) jamaah (Islam) walaupun hanya sejengkal maka wafatnya tergolong jahiliyah.” (HR. Bukhari dan Muslim)

“Hendaklah kamu mendengar, patuh dan taat (kepada pemimpinmu), dalam masa kesenangan (kemudahan dan kelapangan), dalam kesulitan dan kesempitan, dalam kegiatanmu dan di saat mengalami hal-hal yang tidak menyenangkan sekalipun keadaan itu merugikan kepentinganmu.” (HR. Muslim dan An-Nasaa’i)

“Barangsiapa menghina penguasa Allah (yang mahu menegakkan Islam) di muka bumi maka Allah akan menghinanya.” (HR. Tirmidzi)

WAllahua’alam ….

http://jkpzon11gombak.blogspot.com

PEMUDA PAS MESTI BANGKIT DAN BERUBAH !!!!



Professor Madya Dr. Abu Hasan Hasbullah sedang menyampaikan syarahannya

TAIPING, 22 NOV - Dewan Pemuda Pas Negeri Perak telah mengorak langkah yang pantas untuk menyusun kekuatan dalam mendepani pilihanraya pada masa yang terdekat ini.

Program ini berlangsung di Markas Tarbiyah Pas Air Kuning, Taiping dan bermula jam 10.00 pagi dan disertai oleh seluruh Jentera Dewan Pemuda Pas setiap kawasan.

Yang menariknya mengenai program ini adalah penampilan khas dari Prof Madya Abu Hassan Hasbullah, seorang tokoh akademik yang telah terlibat dalam seminar khas Pas yang berlangsung lebih kurang dua minggu lalu.

Program ini dirasmikan oleh Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Perak, Saudara Salman Salleh dan diteruskan oleh taklimat ringkas oleh Pengarah Pilihanraya Dewan Pemuda Pas Negeri Perak, Ustaz Nazri Din.



Dalam ucapan perasmian oleh saudara Salman, beliau menekankan kepentingan untuk menggerakkan semula jentera pemuda dalam pilihanraya yang berlaku. Majlis ini turut akan disertai oleh 2 orang pengamal media yang dijemput khas untuk memberikan ulasan kepada isu yang dibincangkan sepanjang inkues ini.

Oleh kerana posting ini berkenaan dengan program dalaman parti, jadi pihak admin terpaksa rujuk 3 orang tertinggi dalam DPPKIT untuk isi postingnya. Harap maklum.



http://jkpzon11gombak.blogspot.com/

Nik Aziz nafi laporan Husam mahu letak jawatan


KOTA BHARU, 22 Nov:

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan desas desus bahawa Exco Kelantan, Datuk Husam Musa mahu melepaskan semua jawatan dalam partidan juga kerajaan seperti dilapor media Umno BN semalam.


Bercakap pada sidang media di pejabatnya pagi ini, Nik Aziz memberitahu, Husam juga tidak pernah menghantar surat meletak jawatan sepeti yang didakwa.

Media kerajaan semalam melaporkan Nik Aziz memberikan cuti selama lima hari bermula hari ini kepada Husam yang juga exco kanan kerajaan negeri untuk berehat dan menenangkan fikiran kerana didakwa mahu meletakkan jawatan.

Menurut Nik Aziz, Husam diberi cuti rehat ekoran beliau perlu menjalani pembedahan tulang belakang selepas ditangguhkan sejak dua bulan lalu.

Husam ujarnya ada bertemu dengan beliau di pejabatnya minggu lalu untuk memberitahu bahawa doktor menasihatkan beliau masuk hospital dan berehat selama lima hari kerana masaalah tulang belakangnya.

“Itu lah sebenarnya tak lebih tak kurang. Masalah nak undur langsung tak timbul, baik dalam kepala dia, baik dalam kepala saya.

“Saya baru terbaca sebuah surat khabar hari ini, saya rasa amat terkejut di atas laporan sebuah akhbar hari ini muka depan, tajuk dia Husam letak jawatan, walaupun ada tanda soal,”ujarnya.

Nik Aziz berkata, tiada sebab Husam mahu melepaskan semua jawatannya termasuk sebagai anggota exco kerajaan negeri yang menjaga portfolio perancangan ekonomi dan kewangan.

“Kalau benar sekalipun Husam memohon untuk melepaskan jawatannya, saya tetap tidak akan mengizinkannya, kerana kebijaksanaan dia telah berjaya menyelesaikan pelbagai masaalah rakyat sama ada di peringkat negeri mahupun politik Malaysia,”ujarnya.

“Husam ni saya nak sebut, Allah Taala buat dia bukan sahaja untuk Kelantan, tetapi untuk Malaysia, budaknya cerdik, pengalamannya banyak, dan pemikirannya jauh ke depan.

“Dan sekarang ni rakyat Kelantan banyak menerima buah fikiran yang baik dari Husam termasuk dengan mengambil tanah Felcra, termasuk mengadakan kifalah yang banyak sehingga dapat dimanafaatkan oleh wasi…OKU dan ramai lagi yang terima banyak manfaat hasil pemikiran Husam.

Sebelum ni, tambahnya beliau tidak pernah menyebut perkara itu, (keistimewaan Husam) sebab takut perasaan anggota exco lain berkecil hati, lagipun exco lain mempunyai portfolio masing-masing.

Tetapi, sambungnya portfolio kewangan yang dipegang oleh Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri banyak memberi manfaat kepada Kelantan dan rakyatnya.

“Tiba-tiba orang kita suka buat cerita (Husam letak jawatan) letak muka depan ni akan mengguriskan hati orang sakit.

"Sudahlah dia sakit, macam ni boleh menambahkan kerisauan dia, rungsing,”ujarnya lagi.

Perkara itu katanya tidak seharusnya berlaku apa lagi sekarang umat Islam berada dalam bulan haji, iaitu bulan Zulhijjah.

Sambungnya, sebagai umat Islam setiap orang dikehendaki membuat kebajikan, puasa sunat, sembahyang sunat, menderma kerana bulan ni bulan Allah Taala di mana bulan ini Allah telah menurunkan malaikat dari langit ke bumi untuk memimpin manusia menuju ke syurga.

“Tetapi dukacitanya wartawan kita masih suka mengkrobek hal peribadi orang, termasuk menuduh orang-orang tertentu dengan sesuatu yang mengejutkan.

“Wartawan kita suka mencari benda panas walaupun perkara tu tak betul tetapi panas, dia fikir untuk melariskan jualan akhbar dia, dia tak fikir ianya boleh melukakan hati orang lain, fikiran orang tergugat, dia tak kira. Ini suatu perkara yang dukacita dalam masyarakat wartawan kita.

Pada masa yang sama beliau turut mempersoalkan kenapa wartawan Melayu bersifat sedemikian yang lebih mementingkan sensasi dari kebenaran sehinggakan pada masa yang sama beliau mempersoalkan wartawan berkenaan tidak mendapat kursus atau bagaimana.

“Adakah wartawan ni hanya pandai ambil kalam… kertas dan tulis tulis… tiada kursus ke wartawan ni…apa ni lagu ni, malu kita pada wartawan cina, wartawan cina lebih pandai pada wartawan kita,”sambungnya lagi.

Datuk Husam Musa ketika dihubungi Harakahdaily bagaimanapun hanya menasihatkan semua agar tidak bimbang dengan perkembangan terbaru itu.

"Harap semua jangan bimbang, baca posting saya dalam (blog) cetusan hati," katanya melalui khidmat pesanan ringkas, SMS.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI