Tuesday, June 30, 2009

TAG SIAPA SHBT ANDA..Layakkah ??


Salam.. terlebih dahulu ana ucapkan syukran bnyk2 buat adinda2 seperjuangan ana IIUM.. yg sudi mengtagkan diri ana.. adui rasanya tak terlarat nak menjwb soalan2 tu krn masa ana betul2 kesuntukan bnyk komitment nak kena buat walaubagaimanapun tersgt2lah dihargai..Mohon maaf lewat reply dan jika tak terreply tp harap jgn kecik hati mohon sgt2 adinda2 semua faham tugas akak ye... pe2 pun rindu teramat sgt.. rindu itu adalah anugerah daripada ALLAH hanya insan berhati nurani punyai perasaan rindu... jdkan rindu menuju cinta ILAHI..



Tp ana harap dlm kita mentagkan seseorg cuba kita renung sedalam2nya adakah kita benar2 memilih dia shbt kita, kerana apa ye?? adakah kita sdh fhmkan dirinya?, jika berlaku salah faham adakah kita meleraikan dgn terbaik dan kemudian berlapang dada..?? Selepas itu adakah ukhwwah itu semakin baik /semakin renggang??

Dan seeloknya kita bermusafir, tidur beberapa minggu dgn SHBT kita dalam 1 bumbung dgn shbt2 kita, disitu baru kita tahu sifat dan ciri2nya.. dan yg lebih penting saat dia gembira ada tak dia nak berkongsi bersama kita apa yg berlaku dlm hidupnya bersama ahli keluarganya?? Saat dia perlukan bantuan pd kita adakah kita menghulurkan bantuan?? Saat dia dalam kelaparan dan perlu kewangan pernahkah kita bertanya pada nya??.. Dalam luahan rasa kegelisahan hatinya adakah kita benar2 fokus percakapannya?? Memang sukar kita ingin membaca riak wajah seseorg.. kdg2 kita tertipu dgn wajah yg ceria bila bertemu ttp di sebalik keceriannya ada tersimpul kesedihan yg amat sgt dan serasa dirinya spt tiada shbt krn shbt tidak pernah mengambil tahu apa yg terjadi dlm hidupnya..tp pd dirinya yg kerap mengalah,.. bila fikirkan manisnya ukhwwah dlm persahabatan dia sanggup korban segalanya.. mengetepikan kehendak hatinya hanya memberi yg terbaik utk shbt2nya?? Kalau kita sdh kenal dirinya dan ahli keluarganya mengapa tiada perkongsian dlm ukhwwah yg ibarat seperti adik beradik..(Untuk ana juga sering muhasabahkan diri ye)
Foto nana..tentu adk2 seperjuangan rindu dgn celoteh dia.. tp nana tak sihat skrg.. ni ikut ateh g surau Jabar Nur dgn selsema.. Telekung yg baru dibeli, skrg 4thn ateh dh paksa solat..Hadiah utk Nana.. sempena Hari Ulgthnnya.. cantik tak telekung nana.. (p/s: Shbt2 tahu.. dgn ada telekung ni dia dh semakin rajin tgk jam asal dgn azan dia remind ateh.. jom g masjid....becuk sgh mulutnya...sengaja nak latih anak buah dpd kecik nanti dh besar.. ssh ana nak didik...xde anak sendiri anak org pun jdle kan..) nile permata hati ana..

Jika ye dia ingin berkongsi dgn kita saat suka, duka sanggup utamakan diri kita dpd dirinya ambil le dia shbt kita.. so ana pun tak tahu le.. adakah ana ada sifat sedemikian?? Sekiranya ada alhamdulilah andainya takde moga ada insan2 sedia membantu ana utk mentarbiyahkan ana mnjd insan rabbani.. yg blh menilai diri ana adalah mereka yg sering bersama ana dan paling tepat adalah ALLAH swt.. syukran sekali lagi buat imah, yan dan adk2 sperjuangan lain teruskan perjuangan walaupun dimana saja berada.. kalau nak jwpn yg lebih tepat rasa lebih baik kita face 2 face.. baru dpt jwpn yg tepat nak jwb soalan dlm blog ni.. adui ramai le yg tahu..K. sir..
SYUKRAN tak terhingga pada yg sudi mengtagkan ana mnjd SHBT... ni 10 org moga sudi mnjd SHBT SEPERJUANGAN SUKA & DUKA PADA ANA.ISNYA_ALLAH BILA KERAP BERTEMU DLM PROG.. AKAN TERPUTIK KSH SYG.. BARU KITA TAHU SAPA DIRINYA.. Jika ada terasa hati dgn ana dalam berukhwwah dan sepanjang mengikuti ana dlm prog.. mohon maaf sgt2 yg terbaik dpd ALLAH swt..

1) Yan
2) Imah
3) Adah
4) Ain Shaharudin
5) Mahirah
6) Huda
7) Nazirah
8) Wani P.P
9) Lina
10) Bushra
11) Laila..haha... nak lg ramai tp x larat nak tag org,.. tp adk2 ni semeangnya oenghibur hati ana.. syukran buat permata hati ku... marah tanda syg.. hari ini ana tepekkan foto anak2 buah ana yg mnjd penghibur saat berduka.. wajah anak2 menjadi tenang.. bila kita melihat mereka..

Kelantan kaji kenaikan elaun guru Al-Quran dan Halaqat


KOTA BAHARU: Kerajaan negeri Kelantan sedang mengkaji kemungkinan meningkatkan kadar elaun bagi guru-guru yang mengajar Al-Quran dan Halaqat.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Islam dan Dakwah Negeri Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata pihaknya sudah menerima kertas cadangan berhubung perkara itu.

"Kami akan teliti kertas cadangan itu sebelum buat keputusan," katanya semasa menjawab soalan Mohamad Awang (PAS-Gual Periok) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kali kedua di sini, hari ini.

Beliau berkata sehingga kini kouta bagi guru mengajar Al-Quran dan Halaqat adalah 60 orang bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri, namun menurutnya sebarang pertambahan kepada jumlah itu adalah mengikut keperluan semasa bagi setiap kawasan.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar Negeri, Mejar (B) Md Anizam Abd Rahman berkata kerajaan negeri menjangka seluruh rakyat akan dapat menikmati bekalan air bersih sepenuhnya pada 2010. Beliau berkata syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sentiasa berusaha untuk menaik taraf perkhidmatannya dalam usaha membekalkan air bersih kepada rakyat Kelantan.

Ketika menjawab soalan Arifabillah@Mohd Asri Ibrahim (PAS-Dabong) berhubung masalah yang dihadapi dalam usaha menyediakan bekalan air bersih, Anizam berkata antara masalah yang sering timbul adalah terputus bekalan elektrik yang menyebabkan bekalan air tidak tidak dapat disalurkan kepada pengguna.

Beliau berkata AKSB membelanjakan RM1.2 juta sebulan sebagai bayaran untuk bekalan eletrik bagi memastikan perkhidmatannya tidak terganggu.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Datuk Husam Musa berkata kutipan hasil tanah tahun lepas meningkat kepada RM21.4 juta, atau 44.46 peratus, berbanding tahun sebelumnya.

Beliau berkata pungutan hasil tanah secara online masih di peringkat rendah, dan menurutnya sehingga ini hanya RM2,056 sahaja dapat dipungut melalui kaedah itu.

"Bagaimanapun kerajaan negeri berhasrat untuk meneruskan kutipan secara online untuk kemudahan rakyat pada masa akan datang," katanya. BERNAMA

JOm G ceramah Umum P.Raya KEcil Manek Urai. Pakat Kelik UNDI BULE..

Salam.. sila sebarkan pada semua sahabat2..
Jom Pakat tolak UMNO!!!....

"Rawatlah Hati Bangunlah Insan 2"

Salam.. dijemput semua shbt2, netters yg menziarahi blog ana, sila sebarkan pada shbt2 lain di dalam blog / email... syukran :)

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI