Monday, September 10, 2012

Maklumat Pendaftaran Pelajar Mahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah

 Salam.. ana sertakan broucher Mahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah. Mempelawa semua umat islam  yang mempunyai anak bakal darjah 1 sesi 2013 menghantar anak-anak ke Mahad Tahfiz Sains. 

Pendaftaran untuk Darjah 1-6 di buka sekarang.

 Mahad Tahfiz Sains  bukan hanya fokus pada pendidikan Islamic, namun fokus kepada akedemik juga.

Berminat hubungi Che Sue 013-6893185.   

Email : khaulah330877@gmail.com

 
Untuk dapatkan maklumat sila click pada foto ini untuk besarkan size.

Bagaikan Satu Penyeksaan Bila Lihat Opahku Sakit

Entah mengapa dalam kesibukan kerja di luar kawasan, hati ana sering teringat pada Opah (Guru ana dibangku sekolah - Ustazah Hendon Mohd Yusoff). Hubungan kami sangat akrab. 
Ya-Allah Sembuhkan sakit opah :(

Beliau mengajar ana dan adik beradik daripada along sehingga adik bongsu ana dan sehingga kini opah tetapi menjadi guru utama ana. 

Tempat ana menuntut ilmu, memohon didoakan segala hajat kebaikan dunia akhirat ana. 

Setiap susah senang, suka duka ana, opahlah tempat ana mengadu. Beliau sangat memahami diri ini.

Opah adalah tokoh guru di Sekolah Rendah Tmn Selayang. Jika di Tmn Selayang, beliau dikenali sebagai ustazah yang sentiasa mendapat perhatian dalam perubatan islam. Sedikit sebanyak ilmu opah disalurkan juga kepada ana. Namun ana akui tidak setanding ilmu opah. sungguh terlalu kerdil untuk menerimanya. 

Beberapa hari keluar outstation hati bagaikan digigit,  meratap, sering air mata jadi teman teringatkan opah. Puas ana hubungi opah, namun semua talian tidak berjawab. Kerisauan melanda diri. 

Kepada Allah SWT ana panjatkan semoga insan yang ana sayang dan kagumi ini sentiasa dalam peliharaan Allah SWT. 

Setiba balik daripada outstation, ana tidak balik ke rumah. Terus ke rumah opah. Bagaikan tersentap apabila ana dimaklumkan oleh kakak ipar ana yang sangat kamcing dengan ana. Kata opah masuk Hospital. 

K. Eija hidangkan makan untuk ana, namun tidak sebutir yang tersuap dalam mulut ana. Yang terkeluar butir-butir permata di kelopak airmata ana. Rasa bersalah kerana tidak ada disisi opah.  

Ana balik rumah bertemu dengan bonda dikasihi maklumkan pada emak, keadaan opah. Emak sangat terkejut. Opah dianggap seperti kakaknya sendiri. Opah tiada sesiapa melainkan anak angkat, ana yang sering menemani opah. 

Pada emak anak mohon agar diberi kesempatan untuk ana berada disisi opah. Kebenaran emak cukup memberi kegembiraan hati ana, moga sedikit amal dapat dihadiahkan kepada arwah abah dan emak. 
Ketika ana sedih, Opah sentiasa disisi, Pelukan, ksh syg  Opah memberi kekuatan.

Hari ini, masuk hari ke 4 ana menemani opah di Hospital. Setiap kali opah terjaga nama ana tidak dihenti sebutkannya. Opah minta ana doakan kesihatannya.  Macam-macam opah nasihatkan ana.Setiap kata-kata mutiara yang keluar dibibirnya membuat hati kecil ana  rasa terkedu dan sebak.

Ana buatkan air 30 Juz Al-Quran yang opah pernah beri pada ana. Doa2 yang opah tinggalkan ana amalkan untuk opah, harapan semoga malaikat mengaminkannya dan Allah menerima doa ini. 

Opah telah disahkan Dr, beliau hadapi Hempedu perlukan pembedahan. Alhamdulilah kata sepakat telah dibuat anak  angkat, anak buah dan ana untuk buat pembedahan. Opah beruntung kerana dikelilingi anak-anak yang menyenangkan hatinya. 

Ana kenal keluarga ini. Mereka sangat prihatin dan mengambil berat kehidupan opah. Walaupun opah tinggal seorang namun dia ditemani insan-insan yang menyangi dirinya. 

Semua pesakit yang pernah berubat dengan opah tidak henti-henti datang ziarah opah. Hari Sabtu dan Ahad jadi sesak Hospital dibuatnya, ana beri laluan kepada semua yang masih belum berkesempatan ziarah opah.

Pagi ini, selepas lap kan badan opah, ana lihat kesan-kesan pembedahan perut opah. Bagaikan terseksa jiwa ku.

Sering ana tanya pada opah, sakit opah, kalau Allah izinkan saya biarlah sakit ini saya tanggung. Opah pegang erat tanganku. Airmata ana tidak henti menitis. 

Air 30 Juz yang Opah berikan pada ana beserta ayat-ayat Quran untuk perubatan islam yang pernah ditinggalkan pada ana kini ana amalkan untuk nya pula. 

Ana sapukan pada dada opah, berikan minum moga dapat ringatkan kesakitannya. Ana bahagia melihat opah tersenyum. Moga Opah cepat sembuh. 

Nana  anak buah ana tidak henti-henti telefon setiap 2 jam sekali, tanya opah. Malam semalam jam 11 dia tanya opah lagi. Jiwa naluri seorang anak kecil sangat bersih, kadangkala ana jadi takut bila dia asyik tanya opah. 

Teringat sebelum arwah wan bangi meninggal, nana kerap tanya ana, minta pergi Bangi, tetapi masa tu ana tidak kesempatan untuk kesana. Namun jiawa ana juga sangat kuat teringat pada Wan ketika itu. 

Sentiasa di sisi Opah. Kunjungan daripada sahabat handai.
Sah petunjuk Allah sentiasa bersama, wan akhirnya hembuskan nafas akhirnya tanpa ana dapat melihat jenazah wan kali terakhir. Memang sangat terkilan ketika itu. 

Namun ana harap moga Allah sentiasa pelihara opah sentiasa diberi kesembuhan kesihatan dan keafiatan yang baik. 

Umur opah kini, 89 tahun. Opah dah tak makan nasi lagi,  tetapi bulan Ramadhan puasa sebulan Opah dapat tunaikan dengan baik. 

 Bila teringat opah yang tak makan nasi, sering muntah, kata gastrik buat ana teringatkan kesihatan diri sendiri. Simtom sama berlaku pada diri sendiri.  Jauh di sudut hati,  ana harap ia tidak berlaku pada ana kerana perjalanan hidup ini terlalu jauh dan banyak perlu dilaksanakan demi ISLAM tercinta. 

ya-Allah sembuhkan sakit Opah, Sesungguhnya Engkau beri sakit dan Engkau juga menyembuhkan sakit hambamu, terimalah doa ini.. amiin ya rab.

catatan simfoni kasihku, 

2 pagi. 10/09/2012

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI