Saturday, January 22, 2011

Jaringan Facebook KEADILAN DUN Tmn templer di perluaskan


Selayang - Bagi menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) ke 13, Pakatan Rakyat (PR) DUN Tmn Templer telah memulakan langkah lebih kehadapan dengan melebarkan jaringan informasi yang tepat dan tulus di laman Facebooknya.

Haji Asri Buang, Timbalan Ketua Cabang DUN Tmn Templer yang telah merasmikan laman facebook tersebut pagi semalam di Dataran MPS berkata "Bahang-bahang PRU ke 13 semakin hampir dan kita yakin dengan fenomena politik pada masa ini PRU akan berlaku pada Bulan Mei, 2011 ini. Walaupun pihak pembangkang (UMNO/BN) sering menafikan PRU 13 tidak akan berlaku pada masa terdekat ini. Ini semua retorik pembangkang (UMNO/BN) agar pihak kerajaan pemerintah (PR) leka dengan tidak membuat persediaan lebih awal lagi untuk menghadapi PRU ke 13".

Katanya "PR bukan begitu sewenang-wenangnya diperbodohkan oleh mereka kerana, PR pada masa ini dihadiri oleh orang-orang yang berkalibier dan berpengaruh. Dengan kebijaksaan, kepantasan PR terutamanya dalam gerakkerja, kita telah lama dikemaskini melalui beberapa pilihanraya-pilihanraya kecil (PRK) yang berlaku dibeberapa buah negeri di malaysia . Dengan berlakunya PRK inilah merupakan satu medan latihan pada semua petugas dan penyokong PR untuk bertempur dan berdepan dengan UMNO/BN pada PRK ke 13 nanti.


Walaupun rakyat telah dihidangkan dengan media Televesyin TV3 dan akhbar-akhbar yang bersetongkol dengan UMNO/BN untuk menyerang PR, kita tidak akan melatah kerana sudah lali dengan provokasi murahan UMNO/BN samada daripada pucuk pimpinan mereka mahupun penyokong-penyokong mereka dalam media tersebut. Insya-ALLAH pertolongan ALLAH sentiasa bersama walaupun kita diserang berbagai penjuru namun ianya satu didikan pada kita semua untuk sabar dan teruskan kerja lebih mantap lagi untuk memastikan Putrajaya akan jatuh ke tangan PR pada PRU ke 13 insya-allah ujarnya dengan penuh semangat.

Asri berkata dalam sidang media, hanya melalui media seperti facebook, blog yang mampu menyebarkan maklumat yang tepat kepada rakyat memandangkan media kita terlalu terhad.

Selalunya Laman-laman web rasmi ini bukan hanya sekadar diisi dengan penerangan-penerangan Pentadbiran Kerajaan PR Negeri Selangor sahaja tetapi disinilah kita memperluaskan berbagai informasi-informasi terkini dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan diperingkat Kawasan, DUN dan Negeri dibawah PR. Disamping itu juga, kita akan menjawab semua isu yang dimainkan UMNO/BN dalam media kita agar rakyat tidak keliru dengan maklumat yang diberikan oleh Pembangkang (UMNO/BN) di media mereka.

Beliau meletakkan harapan agar semua ahli-ahli dan penyolong PR harus mulakan jaringan mereka untuk membantu menyebarkan informasi yang tepat dan tulus setiap kejadian-kejadian yang berlaku kepada rakyat pada masa ini yang telah didalangi oleh UMNO/BN.

Ladskaping politik pada masa ini membuat generasi muda tidak berapa suka membelek akhbar kerana berita-berita yang tidak tepat. Jesturu itu, generasi muda ini lebih aktifkan diri mereka dengan meletakkan tangan di penjuru laptop dan komputer untuk dapatkan maklumat yang sahih sebagai media alternatif yang boleh dilayari pada bila-bila masa sahaja. Rakyat juga boleh melayari facebook PKR DUN Tmn Templer di alamat seperti berikut keadilan dun templer, katanya ketika ditemui di senam aerobik Pakatan Rakyat (PR) DUN Tmn Templer, Selayang. Turut hadir Ahli Majlis Perbandaran Selayang, MPS Zon 1, Tn Husnal Azhari Sanusi, Tn Murugesu, Ahli Majlis MPS Zon 4, Kakitangan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Kakitangan PKM DUN Tmn Templer.


Editor :khaulah azwar

Tok Guru Jawab Isu Nor Deris

Umno Selangor Umpama 'Bangkai Bernyawa'- Mohd Rashidi Hasan


IKAN busuk bermula di kepala. Itulah petikan pepatah Cina yang sesuai untuk memahamkan rakyat tentang situasi di Selangor, khususnya masalah atau krisis kepimpinan yang melanda parti pembangkang Umno-Barisan Nasional.

Sama ada rakyat sedar atau tidak, sejak tiga dekad yang lalu, rakyat Selangor disajikan dengan ketua pentadbir negeri yang dikenali dengan nama Dato' Menteri Besar, yang hampir semuanya 'bermasalah'.

Selepas Dato' Harun Idris (1970-1976) dan Dato' Hormat Rafie (1976-1982), semua MB Selangor yang diwakili Umno, sarat dengan skandal dan masalah.

Penulis tidak mahu menyentuh mengenai bagaimana Harun dijatuhkan oleh pemimpin Umno sendiri, sehingga dipenjara dan digantikan oleh Hormat.

Yang hendak disentuh ialah MB-MB selepas mereka. Bermula dari Dato' Ahmad Razali Ali (1982-1986), Dato' Muhammad Muhd Taib (1986-1996), Dato' Abu Hassan Omar (1997-2000) dan Dr Mohamad Khir Toyo (2000-2008).

Keempat mereka diganti dan dijatuhkan, penuh dengan skandal dan penghinaan. Harus diingat yang menjatuhkan mereka adalah manusia-manusia rakus dalam Umno sendiri.

Cuma Khir Toyo sahaja dijatuhkan oleh rakyat dan kemudiannya didakwa. Itupun pendakwaan terhadap Khir dikatakan berpunca dari 'move' orang tertentu dalam Umno.

Untuk nota, semua MB adalah Pengerusi Umno, sekali gus memegang jawatan Pengerusi BN Negeri.

Selepas Dr Mahathir Mohamad ditabalkan menjadi Perdana Menteri, lantas beliau memilih adik iparnya Ahmad Razali sebagai MB. Ahmad Razali tidak ada pengalaman dan tidak terkenal dalam Umno, tetapi diberikan jawatan tinggi kerana dia kroni PM.

Akibat ketidak kemampuan dan kelemahannya, sehingga mendorong Umno-BN Selangor menolaknya, Ahmad Razali dihadkan memerintah hanya sepenggal sahaja.

Kisah Ahmad Razali ini terakam diminda penulis, kerana pada waktu itu, penulis baru memasuki sekolah menengah. Suatu ketika penulis berkunjung ke rumah aruah abang ipar di kawasan penempatan setinggan di Kampung Pandan, kebetulan ia berhampiran dengan sebuah dewan orang ramai.

Pada hari itu berlaku kekecohan dalam mesyuarat Umno. Riuh rendahnya perbalahan Umno waktu itu sehingga mereka berani membaling kerusi ke arah MB Ahmad Razali.

Kisah Ahmad Razali berakhir apabila beliau digantikan oleh Muhammad Taib yang juga terkenal dengan gelaran 'Mike Tyson'. Muhammad Taib bertapak 10 tahun sebagai MB Selangor. Paling lama dan paling hebat.

Hebat sehingga berjaya 'melarikan' anak Sultan Selangor. Hebat kerana membayar wang mut'ah sebanyak 16 juta selepas berpisah. Hebat kerana membawa wang berguni-guni membeli aset di Australia, sehingga ditahan polis Australia.

Sampai sekarang, rakyat Selangor disembunyikan dengan fakta, bagaimana Muhammad Taib boleh jadi begini kaya? Boleh orang-orang Umno jelaskan?

Selepas Muhammad Taib dijatuhkan oleh orang Umno sendiri. Dr Mahathir menaikkan Abu Hassan Omar. Beliau seorang Menteri, lalu diarah beliau letak jawatan Menteri, seorang Adun BN mengosongkan kerusi untuk memberi laluan kepada beliau menjadi MB.

Pertamakali dalam sejarah Malaysia, diadakan pilihan raya kecil kerana PM mahu seorang yang hebat menjadi MB Selangor terbaik dari Umno-BN.

Abu Hassan 'ditabal' dengan penuh gemilang sebagai MB. Beliau bukan orang kecil, beliau dihormati oleh golongan istana dan mendapat kepercayaan PM.

Namun tidak sampai sepenggal, beliau tersungkur kerana skandal yang memalukan Umno-BN dan seluruh rakyat Malaysia.

Kehebatan Abu Hassan terserlah sehingga berjaya 'menaji' adik iparnya sendiri. Suatu skandal besar yang memalu dan memualkan seluruh Selangor. Skandal Abu Hassan mula dihebahkan oleh orang-orang Umno melalui media di luar negara, diheboh dan diuar-uarkan sehingga Abu Hassan terpaksa meletakkan jawatan.

Kemudian 'ditabalkan' pula seorang junior dari Sungai Besar. Seorang doktor, anak muda, anak Selangor yang 'pure' keturunan Jawa.

Pelantikan Khir Toyo sebagai MB mengejutkan golongan veteran dalam Umno. Tetapi mungkin PM Mahathir ketika itu mempunyai alasannya yang tersendiri.

Belum setahun Khir menjadi MB, fail mengenai dakwaan dan skandal rasuah beliau sudah diangkat ke pejabat PM.

Sahabat penulis yang juga Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman, adalah antara orang aktif membongkar ke rasuah Khir Toyo. Namun fail-fail itu didiamkan sahaja oleh PM Mahathir.

Sekarang ini selepas Khir dibuang oleh rakyat dari tampuk kuasa MB. Beliau kini dihadapkan ke mahkamah kerana pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah bernilai jutaan ringgit.

Yang hebatnya, beliau didakwa melakukan kesalahan rasuah di kediaman rasmi MB, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam.

Soal beliau salah atau tidak itu kita harus menunggu kes mahkamah selesai. Apa pun Khir Toyo harus menerima hakikat bahawa karier politiknya sudah berakhir.

Berakhir sebagai bekas MB, bekas Pengerusi Umno, Pengerusi BN, Ketua Bahagian Umno dan beliau mungkin tidak akan dicalonkan semula sebagai calon Adun. Usah harap hendak tanding MT Umno atau Ketua Pemuda.

Mengapa Khir dijatuhkan, siapa yang menjatuhkannya harus dibincang dalam episod yang lain kerana ruang penulis amat terhad.

Cumanya Khir Toyo memalukan Umno kerana beliau kononnya berbesar hati memulangkan pingat 'Dato' Seri' sementara kesnya dibicarakan, sebaliknya pingat itu digantung oleh pihak Istana.

Penggantungan itu tidak harus dipertikaikan kerana ia memang amalan Istana Selangor bagi pemegang pingat dan darjah kebesaran negeri yang didakwa terbabit dalam kes mahkamah atau jenayah. Perkata ini pernah berlaku kepada bekas Timbalan Presiden MCA, Dato' Lee Kim Sai suatu ketika dahulu.

Cumanya, perkara yang hendak ditekankan penulis di sini ialah, sejak hampir tiga dekad atau 26 tahun (1982 - 2008), Umno-BN 'menyajikan' rakyat Selangor dengan penjawat jawatan MB yang penuh dengan skandal, jijik, perasuah beserta moral yang amat rendah.

Yang amat memalukan ialah, mereka semua adalah MB dari Umno, orang Melayu-Islam. Maknanya selama ini Umno menawarkan MB 'kepala ikan busuk' yang hampir-hampir menjadi bangkai.

Berdasarkan fakta yang dikemukakan, jelas selama ini rakyat Selangor tertipu dengan imej baik, imej hebat pemimpin Umno, walhal semuanya hampas belaka.

Jika selama 26 tahun MB 'ikan berkepala busuk' disajikan oleh Umno-BN kepada rakyat Selangor, maka apakah jaminan mereka boleh menawarkan calon baru, yang bersih, yang boleh menyaingi Dato' MB Abdul Khalid Ibrahim?

Pada penulis, apa yang MB Khalid lakukan selama tiga tahun ini, jauh lebih baik dari empat MB Umno-BN sebelum ini.

Oleh itu, Umno Selangor usahlah berangan-angan hendak merampas kerajaan negeri, kerana rakyat tahu yang bakal anda pilih menjadi MB nanti adalah hampas-hampas yang akan menjadi bangkai bernyawa sahaja!

Saman Ekor Sebelum Pindaan Akta Baru Pengangkutan Patut Dibatal- KASE



KUALA LUMPUR 22 JAN : Pindaan Akta Pengangkutan Jalan di parlimen baru-baru ini sepatutnya menyebabkan saman ekor yang dikeluarkan polis sebelum terbatal kerana prosedur mengenai saman ini masih belum wujud sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) Datuk Mahfuz Omar menyatakan pindaan baru ini membincangkan mengenai hal teknikaliti seperti isu rakaman imej dan pelaksanaan sistem kamera untuk mengeluarkan notis saman dianggap bercanggah kerana ia hanya wujud selepas akta itu dipinda dan bakal dikuatkuasa mulai Februari ini.

"Bagi kami, bila akta pengangkutan jalan dipinda, sesuatu harus dibuat oleh kerajaan dengan adil terhadap 15 juta saman tertunggak lalu. Kerana berasaskan pindaan ini, saman yang dikeluarkan Polis sebelum ini tidak mengikut prosedur undang-undang. Jadi pada pandangan KASE, 15 juta saman itu perlu di'write off.

"Pindaan Undang-undang yang dibuat baru-baru ini, baru memasukkan rakaman imej sebagai bukti di mahkamah. Ertinya dalam 15 juta saman yang dikeluarkan sebelum ini rakaman imej tidak boleh digunakan di mahkamah," kata Ahli Parlimen Pokok Sena.

Saman ekor ialah saman melalui pos yang dirujuk oleh Kementerian Pengangkutan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan juga PDRM bermaksud notis kepada pemilik kenderaan di bawah seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987).

Saman ekor ini juga hanya dikeluarkan oleh PDRM ke atas kesalahan memandu melebihi had laju sahaja.

Selain itu juga pindaan undang-undang baru itu juga masih mengekalkan saman ekor dan senarai hitam yang sememangnya dibantah rakyat.

Pada 15 Disember lalu, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010, yang antara lain akan membolehkan pendaftaran kereta elektrik, pelaksanaan AES bagi membanteras pemanduan berbahaya, dan penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD).

Bagaimanapun tiada keputusan dibuat mengenai Saman Ekor yang dikeluarkan sebelum ini dan Kerajaan masih bertegas untuk menyenarai hitamkan nama mereka yang tidak menjelaskan saman selepas 28 Februari ini.

Dalam sidang Parlimen 29 November lalu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusof menyatakan sebanyak 15 juta saman ekor telah dikeluarkan kepada pemilik kenderaan di negara ini.

Mahfuz turut kecewa dengan tindakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammudin Hussein tidak mengendahkan dan tidak menjawab surat permohonan perjumpaan antara beliau di pejabatnya sejak 29 Disember lalu bagi menyelesaikan masalah mengenai saman ekor yang dikeluarkan polis sebelum ini.

Hishammudin gagal menjawab atau membalas permohonan Mahfuz dan KASE untuk bertemunya 17 Januari lalu tanpa sebarang alasan.

Ucapan Sulong Cik Normala - Tenang

JOM Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia

Cikgu Mala sedia bawa suara rakyat ke Dun Johor

LABIS, 22 Jan: Calon PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, Normala Sudirman berazam untuk membawa suara wanita ke Dun Johor dan mengajak para guru untuk membuat perubahan.

Normala yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Mala yakin pengundi di Tenang sudah berani membuat perubahan dengan memberi undi kepadanya seterusnya menambahkan kerusi Pakatan Rakyat di Dun Johor.

"Saya yakin pengundi mampu dan berani membuat anjakan paradigma dan sebenarnya pencalonan ini satu pengiktirafan yang diberikan kepada golongan wanita khususnya dan mewakili seluruh golongan pendidik di Malaysia.

"30 Januari ini pengundi di Dun Tenang akan membuat satu kejutan dan perubahan demi kelangsungan masa depan anak bangsa dan membawa permasalahan mereka ke Dun Johor dan menjadikan tujuh kerusi untuk Pakatan Rakyat di Dun Johor," kata beliau pada sidang media selepas selesai proses penamaan calon di Dewan Majlis Daerah Labis, dekat sini hari ini.

Normala juga berkata, beliau sudah bersedia untuk memikul amanah dalam memberikan khidmat kepada rakyat khusunya di Dun Tenang.

"Alhamdulillah, Allah bagi satu keberanian untuk saya membuat satu perubahan kerana saya telah iltizamkan dalam diri saya perjuangan ini untuk mencari keredhaan Allah," katanya tenang.

Justeru, bekas guru itu menyerahkan kepada pengundi untuk membuat pilihan terbaik pada 30 Januari nanti.

"Saya sangat optimis dan berkeyakinan mandat itu akan diberikan dan saya percaya pengundi di Dun Tenang mampu membuat pilihan terbaik.

"Pengundi sudah bijak untuk membuat pilihan dan saya serahkan kepada mereka pada 30 Januari ini," katanya.

Turut bersama pada sidang media itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Isma

il.



Sekitar Proses Penamaan Calon PRK Tenang

2.10 pm: Penyokong bersurai kira-kira jam 12 tengah hari.

11.40 am: Calon kini bergerak keluar dari pusat penamaan menuju ke kawasan penyokong berhimpuan di luar dewan.

11.30 am: Normala pada sidang medianya memberitahu, sekurang kurangnya tiga fokus utamanya jika dipilih sebagai wakil rakyat.

Pertama, beliau akan menyuarakan masalah rakyat Dun Tenang, kedua- menyuarakan masalah kaum hawa di sini dan mewakili suara majoriti guru di Labis.

Tambahnya lagi, beliau yakin pengundi Tenang akan berani membuat perubahan dengan memilih calon PAS sebagai wakil rakyat mereka.


11.20 am: Setelah tempoh bantahan ditutup, SPR memberitahu menerima bantahan tetapi selepas meneliti, tiada pencalonan yang ditolak.

SPR mengumumkan pertandingan dua penjuru iaitu antara Normala Sudirman yang mewakili PAS dan Mohd Azahar Ibrahim mewakili BN.

10.55 am: Ketua Pembangkang Dun Johor Dr Boo Cheng Hau, dari DAP berkata "Kami tunggu kehadiran Cikgu Mala bersama kami di Dun Johor".

10.40 am:
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, PKR akan menghantar sekurang-kurangnya 1,000 petugas bantu kempen calon PAS.

10.10 am: Calon PAS Normala Sudirman menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.10 pagi. Beliau dicadang oleh Mahat Jamin dan disokong Rosiah Ahmad.

Calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menyerahkan borang pencalonan jam 9.02 pagi. Beliau dicadang oleh Ma Chong Pah dan disokong Jayaraman Chinasamie.

10.05 am: Hanya dua borang pencalonan dipamer iaitu masing-masing dari calon PAS dan calon BN.

10.00 am: Pegawai pengurus pilihan raya mengumumkan waktu penyerahan borang pencalonan ditutup dan kini dipamer dan dibuka untuk bantahan sehingga jam 11 pagi.

9.50 am:
Presiden PAS ketika ditemui berkata, beliau optimis PAS mampu memenangi PRK Tenang berdasarkan kepada beberapa faktor.

Ianya termasuk perubahan pengundi muda terutama generasi kedua Felda, calon PAS yang yang dekat dengan masyarakat dan sokongan rakyat pada PRU 2008 yang menyaksikan PAS menang di dua Dun Johor.

Adapun Felda katanya, bukan lagi talian hayat Umno kerana masyarakat Felda sudah mula berubah.

Sekurang-kurangnya PAS akan mengurangkan majoriti BN dalam pilihan raya kecil kali ini.

9.12 am:
Petugas mengawal keadaan penyokong PR yang semakin ramai dengan mengarahkan mereka bergerak ke tepi padang.

9.07 am: Calon PAS masuk ke dewan penamaan calon bersama pencadang dan penyokong.

Calon BN sudah masuk ke dewan penamaan jam 9 pagi tadi.

9.05 am: SPR mengumumkan masa menghantar borang penamaan dibuka jam 9 pagi tadi.

9.02 am: Calon PAS, Normala Sudirman kini masuk ke pusat penamaan, kini sedang berada di khemah calon PAS yg disediakan SPR.

Mengiringi calon ke dewan penamaan calon, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PKR, MB Selangor, Ketua Muslimat PAS, Datuk Chua Jui Meng dan lain-lain.


8.55 am: Penyokong PR kini mencecah 20 ribu orang berada di hadapan pusat penamaan. Sementara pimpinan PAS sedang berbincang dengan pihak keselamatan.

8.54 am: Perarakan kini tiba di sekatan polis dihadapan pintu masuk pusat penamaan.


8.50 am: Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah, MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menunggu di tepi jalan kini menyertai perarakan.

Peserta perarakan kini mencecah 15 ribu orang.

8.47 am: Perarakan kini berada hampir 500 meter dari sekatan polis dihadapan pintu masuk pusat penamaan.

8.45 am: Peserta perarakan kini mencecah 13 ribu orang.

8.40 am: Antara pimpinan utama yg hadir, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Datuk Mahfuz Omar, Salahudin Ayub, Azmin Ali, dan Tan Seng Giaw.


8.30 am: Pimpinan dan calon PAS kini tenggelam dalam lautan penyokong yang berarak. Jumlah penyokong kini mencecah 8000 orang.

8.28 am:
Penyokong semakin ramai apabila mula bercantum dengan kumpulan kecil di sepanjang jalan.

8.23 am:
Perarakan dimulakan. Lebih 5000 mengikuti perarakan, ribuan lagi sedang menunggu di sepanjang jalan ke pusat penamaan.







8.20 am:
Pihak polis menutup jalan 2 km dari kedua-dua arah menuju ke pusat penamaan sejak malam tadi.

8.15 am:
Jarak ke pusat penamaan calon kira-kira 2 km. Masih menunggu beberapa kepimpinan utama sampai ke tempat himpunan.

8.06 am:
Perarakan akan bermula bila-bila masa bermula di hadapan bilik gerakan utama PAS, bersebelahan dataran wayang pacak, Labis.

8.02 am:
Penyokong dan Pimpinan PAS siap sedia berarak ke pusat penamaan calon di Dewan Majlis Daerah Labis.

Barisan kepimpinan utama PAS dan PR baru sahaja selesai solat hajat.

Kami Bersama calon DUN Tenang


LABIS, 22 Jan: Jentera Pilihan Raya Wanita Pakatan Rakyat di Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang diyakini sudah memahami bidang tugas masing-masing dan mampu melaksanakan tugas mereka bagi memenangkan calon PAS, Normala Sudirman.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata, jentera wanita Pakatan Rakyat sudah banyak belajar daripada 13 pilihan raya kecil yang berlangsung sebelum ini.

"Muslimat kita akan sentiasa bertenang, tidak mudah termakan dengan provokasi pihak lawan kerana pilihan raya ini bukan suatu yang baru. Ini pilihan raya yang keempat belas selepas pilihan raya umum lalu.

"Diharapkan daripada pelancaran ini dapat menaikkan semangat petugas-petugas kita.

"Daripada ekspresi wajah wanita-wanita yang hadir tadi, nampak mereka ada keazaman yang kuat untuk bekerja bagi memenangkan calon kita di Dun Tenang ini," katanya ketika ditemui selepas himpunan dan pelancaran jentera wanita Pakatan Rakyat Dun Tenang petang semalam.

Nuridah yang juga Ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan juga berharap proses penamaan calon hari ini berjalan lancar dan wanita dapat hadir sebagai tanda sokongan kepada calon dan parti.

Diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang mempersendakan peribadi calon PAS, Nuridah berkata amat malang apabila seorang bekas menteri yang rapat dengan Umno masih tidak memahami budaya orang Islam.

"Amat malanglah seorang bekas menteri seperti dia yang sudah-sudah bertahun berhadapan dengan orang Melayu, berkawan dengan Umno tapi masih tak memahami budaya dan amalan orang Islam. Memang patutlah dia tak jadi menteri lagi," katanya.

Sebaliknya kata Nuridah, DAP lebih memahami ajaran Islam dan bersungguh-sungguh membantu PAS memberikan penerangan kepada orang bukan Islam mengenai perkara yang tidak boleh dilakukan dalam Islam.

"Sepanjang saya bersama-sama dengan Cikgu Mala, memang ada di kalangan lelaki bukan Islam nak bersalam dengan beliau.

"Tapi kita memberitahu mereka dengan cara baik dan kita sangat berterima kasih kepada DAP yang bersama-sama kita, mereka terus memberikan penerangan kepada orang bukan Islam.

"Kerjasama daripada DAP sangat bagus. Jadi sebenarnya dia (Soi Lek) tak ada isu nak mainkan, dia mainkan isu ini," katanya.

Soi Lek sebelum ini mempersendakan Normala dengan menyamakan beliau dengan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah yang memakai sarung tangan dan tidak bersalam dengan bukan mahram.

Soi Lek turut mengandaikan Normala tidak akan pergi ke rumah ibadat bukan Islam dan bertemu dengan masyarakat bukan Islam.

Sementara itu, ahli jawatankuasa muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi berkata, pelancaran jentera wanita itu sebagai momentum untuk mereka bergerak lebih aktif lagi ke setiap unit peti undi bagi memastikan PAS memenangi pilihan raya kecil ini.

"Kita buat pelancaran ini petang ini sebagai momentum kepada jentera bahawa kita sedang menuju semboyan pilihan raya dan esok kita akan bergerak ke seluruh unit peti undi, melakukan tugas kempen," katanya.

Beliau berkata, calon PAS sangat berpotensi untuk menang namun harus dibantu secara bersungguh-sungguh oleh jentera wanita.

"Kita sudah aturkan gerak kerja di setiap uni peti undi tinggal lagi proses pemurnian.

"Kita lihat calon kita sangat berpotensi di kawasan ini sebab itu kita mahukan jentera wanita bergerak dengan seluruh kekuatan yang ada," katanya.

Beliau turut mengajak wanita Umno memberikan sokongan kepada Normala untuk menambah bilangan ahli wanita di Dun Johor.

"Kita hanya ada dua orang wanita di Dun Johor. Jadi kita minta puteri dan wanita Umno menyokong calon muslimat PAS untuk menambah suara wanita di Dun.

"Usahlah terlampau berkira soal perbezaan politik asalkan kita boleh memperbanyak suara wanita," katanya.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI