Thursday, March 4, 2010

Ceramah Maulidur Rasul & Perasmian Surau Al-'izzah


Dengan segala sukacitanya dijemput semua warga gombak untuk bersama ke majlis sambutan Maulidur rasul dan Perasmian Penamaan Semula Surau Al-’Izzah pada :-

Tarikh : 5hb Mac, 2010 (Jumaat)

Masa : 7:00 mlm solat berjemaah

Tempat : Surau Al- ' Izzah Tmn Selasih Fasa 2, Bt Caves, Selangor

Penceramah : YB Dato’ Hassan Bin Mohamed Ali (Adun Gombak Setia)


Semoga kehadiran tuan/puan dapat menyerikan masjlis tersebut dan bersama – sama mengimarahkan majlis ILMU sempena meraikan sambutan Maulidur Rasul bagi mengingati jasa dan pengorbanan Nabi saw terhadap ummatnya.


Editor : Khaulah Azwar

Minda Mahir JKP Zon 11 Harumkan Nama Adun


Gombak – Pasukan Futsal Minda Mahir JKP Zon 11 telah mengharumkan nama Ahli Majlis, MPS Zon 11 dan Adun Gombak Setia apabila perlawanan Kejohanan Futsal 1 M’sia UKM di Kolej Tun Syed Nasir, pada akhir bulan Februari, 2010 telah mencatat sejarah yang besar bagi pasukan tersebut yang telah banyak kali mendapat jemputan perlawanan kejohanan diperingkat Kawasan/Negeri.

Pasukan Minda Mahir JKP Zon 11 telah menyapu bersih dua tempat teratas iaitu sebagai Johan dan Naib Johan sekali gus pasukan ini telah mendapat sambutan yang baik daripada pihak lawan diperingkat negeri yang akan diadakan di P.Pinang pada hujung minggu ini bagi menyahut cabaran daripada beberapa pasukan untuk mengcungkil bakat masing-masing.

Ustazah Khatifah Zamani, Ahli Majlis MPS/Pengerusi JKP Zon 11 berkata” apabila telah dimaklumkan dengan kejayaan ini, beliau turut merasa kegembiraan yang tidak terhingga seperti apa yang beliau katakan generasi muda didepan mata saya adalah anak-anak permata hati yang harus dijaga dan digilap dengan baik, kelihatan wajah yang ceria diselapuk matanya tertitisnya airmata jernih yang mungkin adalah airmata jiwa seorang ummi yang meletakkan harapan yang tinggi pada anak-anak bangsanya dengan penuh semangat untuk menangani gejala sosial dan membenteras maksiat didepan mata leih-lebih lagi apabila dilihat disekitar padang permainan mulanya lepas solat magrib anak-anak muda masih lagi dipadang tanpa mengingati ALLAH swt walaupun laungan azan bergema memanggil kita untuk berhadapan dengannya tetapi mereka leka dengan dunia khayalan dan lebih aktif selepas isya mereka buat maksiat di kawasan padang yang gelap. Ini menyebabkan saya & pihak AJK JKP amat serius untuk menangani masalah ini. Insya-ALLAH kami akan berusaha sedaya upaya membantu mereka”.

Meskipun mereka baru didekati pihak kami, tetapi atas usaha pihak JKP Zon 11 dan pengurus pasukan yang begitu komited untuk menerajui pasukan ini, akhirnya mereka telah diberi didikan yang sempurna dan sedikit demi sedikti masa mereka diisi dengan mengikuti program yang berfaedah. Alhamdulilah, semoga mereka akan teruskan usaha dan kejayaan ini adalah milik kita semua samada di peringkat JKP Zon 11 mahupun Dun Gombak Setia, ujarnya yang baru selesai menamatkan kursus Ahli Majlis Di Genting baru-baru ini”.

Pengurus Futsal, Azlan Omar dengan wajah yang penuh ceria rasa tidak terkata apabila mendapat tahu pasukan beliau telah menjadi Johan & Naib Johan. Berikutan dengan kejayaan ini pihak kami diberi sambutan untuk menyahut cabaran pihak pasukan lain di P.Pinang akan datang..Insya-ALLAH jika kewangan mengizinkan, kami akan pergi untuk mewakili JKP Zon 11 & Dun Gombak Setia. Bagaikan satu mimpi pula rasanya tapi inilah kenyataannya apabila kami telah berusaha dengan sungguh-sungguh dan tidak jemu membuat latihan kepada pasukan kami 3x seminggu walaupun kami begitu sukar untuk mendapat tempat kawasan riadah di kawasan gombak.

Kami tahu pihak Adun Gombak Setia dan Ahli Majlis Zon 11 sentiasa berusaha untuk mendapatkan kawasan yang terbaik untuk kegunaan masyarakat. Semoga usaha mereka diberkati ALLAH untuk memberi keselesaan pada masyarakat khasnya pada anak-anak muda yang kini begitu ligat dalam Futsal.

Walaubagaimanapun, bukan bermakna kami tidak dapat meneruskan hasrat kami walaupun tempat riadah tiada disini. Kami akan cuba cari tempat lain walaupun terpaksa luar daripada kawasan gombak, untuk memberi keselesaan pada pasukan kami dalam mengadakan latihan. Insya-ALLAH semoga berkat usaha kami mendekati generasi muda daripada terjebak gejala sosial akan diberkati oleh ALLAH swt melalui pendekatan Tarbiyah dan dakwah kami pada mereka.

Terdapat satu simbolik yang unik dalam Pasukan JKP Zon 11 yang mungkin berbeza dengan pasukan lain, dengan kata sepakat daripada Ustazah Kahtifah dan Cik Khaulah Azwar, kami cadangkan ada santapan rohani pada mereka kerana kami inginkan bukan sahaja mereka hebat dalam bersukan tetapi kami ingin mereka hebat dunia akhirat dengan jiwa mereka diisi dengan ilmu keagamaan.

Mungkin pasukan lain mereka tidak dipupuk /didedahkan dengan santapan rohani terlebih dahulu kepada pemain sebelum bermulanya latihan/ perlawanan. Tetapi bagi pasukan ini, mereka sentiasa diberi kemantapan jiwa dan rohani mereka. Semoga santapan rohani yang diberi walaupun dalam 20m’ dapat berkongsi sedikit ilmu dengan sahabat-sahabat.

Semoga ianya akan menyentuh hati naluri mereka yang mungkin dulu mereka tidak nampak kesilapan mereka dalam melibatkan aktiviti yang tidak berfaedah dan terjebaknya maksiat, tetapi bila mereka berada bersama kami alhamdulilah peranan tersebut dapat dimainkan,semoga ilmu diberi dapat membentuk mereka menjadi anak-anak yang soleh dan soliha. Mereka generai pelapis agama dan negara, insya-ALLAH. Boleh dikatakan berhibur tidak salah tetapi salah pilih hiburan akan membuat diri jadi bersalah.

Semoga hiburan yang mereka cari selama ini, akan diperolehi apabila bersama kami dalam pasukan Minda Mahir JKP Zon 11. Harapan akan datang, agar kami mampu menarik lebih ramai belia tidak kira penyertaan lelaki/perempuan. Insya-ALLAH akan kami didik adik-adik ini mengenali penciptanya, ujarnya dengan penuh kegembiraan.

Disebalik Kegembiraan terukir 1 kedukaan

Walaubagaimanapun ada salah seorang ahli pasukan kami adik (Ramizan Asri) telah cedera parah yang mengakibatkan urat buku lali yang telah putus. Beliau pernah mewakili selangor dn menjadi ketua pasukan selangor bawah 18 tahun.

Walaupun beliau cedera tetapi semangat kental yang ada dalam diri beliau telah meminta pihak kami memberi laluan untuk meneruskan perjuangannya dalam perlawanan tersebut. Kami serba salah juga untuk membenarkan hasrat beliau tetapi atas kehendak dan rayuan hatinya dan akhirnya dengan berat hati kami izinkan juga beliau meneruskan perlawanan ini, alhamdulilah kejayaan dan usaha yang tidak sia-sia ini, dapat diperolehi oleh beliau dan pasukan kami.

Insya-ALLAH sebagai pengurus pasukan, pihak kami akan membantu beliau dan ahli keluarga untuk menampung perbelanjaan rawatan. Hal ini telah kami bincangkan bersama Ustazah khatifah dan pembantu peribadinya, Cik Khaulah Azwar yang saya pasti mereka adalah orang yang begitu perihatin terhadap kebajikan kakitangan, AJK dan masyarakat sekeliling.

Walaupun mereka tiada disini kerana mengikuti kursus MPS, hanya diberikan sumbangan kebajikan oleh Ustazah Khatifah daripada JKP Zon 11 untuk saya membuat lawatan, dan saya pasti pihak JKP Zon 11 akan melawat beliau akan datang sebagai suntikan pada beliau. Doakan pasukan kami dapat buat terbaik untuk semua pihak, ujarnya.

Adun Gembira dan terharu

YB Dato’ sambil tersenyum riang apabila dimaklumkan Pasukan Minda Mahir JKP Zon 11 telah mencatat sejarah dengan mengaut bersih dalam perlawanan futsal. Beliau berkata dalam pertemuan mesyuarat PKM baru-baru ini.

Pasukan ini harus dihargai dengan memberi sokongan 100% kepada mereka yang telah bertungkus lumus dalam meyertai Kejohanan tersebut. Lebih-lebih lagi pasukan JKP Zon 11 telah mewakili untuk Dun Gombak Setia.

Insya-ALLAH sebagai penghargaan saya akan usahakan untuk memberi Hadiah kepada pasukan mereka yang mungkin tidak mampu dibayar tetapi semoga hadiah tersebut 1 penghargaan yang bermakna dan 1 suntikan motivasi buat mereka agar megorak langkah yang lebih jauh lagi.

Mengenai tempat riadah, YB Dato’ telah menyatakan bahawa di Gombak adalah tempat yang sukar untuk kita dapat tanah yang luas namunpun begitu, pihak kami akan usahakan bersungguh-sungguh untuk menyediakan kemudahan tersebut untuk kegunaan masyarakat sekitar gombak.

Sekali lagi TAHNIAH dan Syabas buat pasukan Minda Mahir JKP Zon 11, teruskan usaha semoga anak-anak muda ini akan menjadi masyarakat yang berguna, insya-ALLAH.


SIMFONI KASIH TAUTAN HATI