Thursday, June 21, 2012

BOB LOKMAN, AISHAH, DAYANGKU INTAN SERTA HAIRIE KINI TERANG-TERANG AKTIVIS PAS





Dayangku Intan (gambar kiri) menyeru rakan artis terutama yang semakin meminati perjuangan Islam, membuat penghijrahan terbuka dengan tidak perlu bersembunyi di belakang lagi.


Katanya, zaman kini bukan lagi teguran atau kritikan yang perlu dibuat, sebaliknya ‘penghijrahan’ secara terbuka rakan artis demi untuk masa depan negara.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ditemui sebentar tadi di sebuah restoran sempena program ceramah anjuran Majlis Tindakan Dun Jelawat, malam ini.

Beliau yang hadir bersama suami Rosman Tahil dan anggota keluarganya berkata sesuatu perubahan akan berlaku apabila berada di dalam perjuangan ini.

Katanya, perjuangan ini bukan hanya untuk dunia sahaja, sebaliknya akhirat sehinggakan akan merasai ketenangannya.

“Kalau sebagai artis kita hanya memperjuangkan diri kita, keluarga kita, namun dalam pentas politik kita memperjuangkan hak semua orang dan yang pasti ianya bukan hanya akan dihitung di dunia sahaja, sebaliknya akhirat juga.Laporan selanjutnya di Berhijrah demi masa depan negara - Dayangku Intan

Sementara itu Hairie Othman pelakon filem Leftenan Adnan  mengakui tindakan menyertai PAS akan memberi kesan kepada karier lakonannya namun beliau sanggup menghadapinya.

"Kalau saya fikir dunia, saya tidak akan membuat keputusan menyertai perjuangan ini namun saya sanggup menerima risiko kerana yang memberi rezeki bukannya BN tetapi Allah ," jelasnya.

Hairi menjelaskan, umat Islam perlu mengetahui serta mengakui politik dan Islam tidak boleh dipisahkan.

Oleh itu, katanya Umat Islam perlulah menyokong parti yang memperjuangan Islam iaitu PAS dan menolak parti yang memperjuangkan assobiyyah.

"Saya akan bersama-sama membantu dalam misi menawan Putrajaya dan saya sanggup untuk turun ke seluruh negara untuk bantu berkempen dan memberi ceramah kepada rakyat," jelasnya. 

Rakaman video Ceramah Merdekar Rakyat, DSAI



Dengar dan nilai dengan mata hati.
Madu ditangan kananku PAKATAN, Racun ditangan kiri mu, B- End.
Aku dah tahu mana satu pilihanku :)

Kami Bukan Nak Tayar Kereta, Tapi Permit Teksi:)



SABAK BERNAM: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya pemandu teksi mampu menilai tawaran yang lebih baik untuk kehidupan mereka, antara permit dan empat tayar kereta.

“Kalau mahu empat tayar, sokong Umno. Mahu permit teksi, kamu sokong Pakatan Rakyat. Insya-Allah,” kata Ketua Pembangkang itu.

Kata beliau ketika berucap depan lebih 2,000 rakyat di sini.


Anwar menyifatkan sogokan itu hanya taktik Umno BN untuk meraih undi pemandu teksi semata-mata.


“Apa beza dasar kita dengan dia (Umno) untuk bela pemandu teksi. Saya sudah umum berulang kali, siapa ada permit teksi, dia mesti bawa.

Kalau tak bawa, kena bagi balik.


“Ada ketua Umno cawangan pegang 250 permit teksi. Bekas menteri ada 30 permit teksi.

Ketua Pemuda Umno (bahagian) ada 15 permit teksi. Buat apa ini? “Perniagaan besar kamu ambil, drebar teksi pun kamu ambil. Lepas itu, laung Hidup Melayu,” sindirnya dan disambut sorakan rakyat.

Anwar tidak teragak-agak memanggil semua pemilik permit teksi untuk diserah kepada pemandu apabila Pakatan menang pilihan raya umum ke-13.


Kita panggil semua tan sri yang pegang banyak permit. Tanya jika mahu permit, mesti bawa teksi tapi boleh satu sahaja.


Selebihnya, bagi balik. Tak sanggup bawa, bagi balik kepada drebar teksi. “Tapi Umno jawab apa? Dia bagi empat tayar.

Saya hendak tanya pemandu teksi, kamu nak permit teksi atau empat tayar?” katanya yang disambut sorakan menolak sogokan Umno BN itu.

Baru-baru ini, kerajaan Umno BN cuba menawan hati pemandu teksi dengan membuat sogokan empat tayar melalui program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma).

Ia dibuat dengan menyogok baucar bernilai RM520 untuk ditukar dengan empat tayar tetapi pemandu teksi perlu keluar duit poket sendirti jika harga melebihi had yang ditawar.

Syaaban Hadir, Nana Pula Menangis



Sifat nana yang tidak mahu mengalah. Apa yang dibuat, dia lah orang pertama nak dulu. malam tadi bergaduh dengan adik, nak mengaji Al-Quran dulu tapi dia tak siap.

Adik irfan pula dah siap berkopiah, dan habis mengaji. nak puas hati si nana ni agar berhenti menangis terpaksalah suruh irfan mengaji balik.

Nasib baik lah adiknya sporting.. mengalah dengan kakak tapi suka mengusik kakaknya.. nana,,nana bila nak berubah ni, jangan suka merajuk, ikut siapa ni?? kena belajar mengalah ok.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI