Saturday, February 12, 2011

Pekawanis Membantu Kaum Wanita Selangor


Batu caves- Wanita haruslah menaiktarafkan kehidupan mereka tidak hanya bergantung kepada suami dan orang lain semata-semata terutamanya dikalangan golongan ibu tunggal.

Berkata Y.B Amiruddin Shari, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves di dalam majlis Perasmian Dewan Pekawanis (PKW) DUN Batu Caves disini petang semalam. "Dengan penubuhan PKW ini kita harap semua wanita merebut peluang untuk bersama menyertai berbagai program-program yang diajurkan oleh Pekawanis.

Alhamdulilah PKW yang telah ditubuhkan di Negeri Selangor ini telah mendapat sokongan penuh oleh Pn Sri Salbiah Tunut isteri Menteri Besar (MB) Selangor. Merakyat Ekonomi Selangor (MES), Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM20,000 kepada setiap DUN di Negeri Selangor untuk membantu golongan ibu tunggal dan wanita untuk membuat perniagaan mereka.

PKW DUN Batu Caves yang baru ditubuhkan pada 30 May, 2010 dengan mempunyai hampir 200 orang ahlinya bermula dengan aktiviti-aktiviti menjelajah keseluruhan sekitar DUN Batu Caves bagi memperkenalkan PKW kepada rakyat agar segala maklumat tentang PKW tersebar luas di seluruh DUN Batu Caves.

"Setiap PKW di DUN Selangor telah diberikan peluang untuk membuat pilihan dalam bidang usahawan dengan mengadakan perniagaan. Dengan wang diberikan RM20,000 mereka diberi pilihan samaada membeli peralatan Masakan atau Jahitan. Di DUN Batu Caves PKW telah memilih membeli Peralatan Masakan seperti Oven, Siller, Frezer, Mixer, Meja masakan".

Dengan semua perlatan tersebut PKW telah mengadakan perniagaan seperti kerepek, kuih-muih buatan tradisional dan sebagainya. Semua hasil produk tersebut dikongsi bersama kepada semua yang telah melibatkan diri dalam perniagaan bersama PKW.

Selain daripada itu PKW juga telah mengeluarkan produk frozen, mengadakan latihan kursus memasak, perancangan produk komersial yang akan dikeluarkan, pusat mengumpulkan produk masyarakat setempat, menjalankan aktiviti kemasyarakakatan dan mengadakan kelas jahitan dan sulaman.

Inilah salah satunya usaha murni PKW untuk membantu semua golongan wanita agar mereka boleh hidup berdikari dibawah kaki sendiri.

Amiruddin juga mehirkan rasa kesalnya kerana UMNO-BN sering mengelirukan rakyat terutamanya dalam setiap pemberian Kerajaan Negeri seperti bantuan Skim Mesra Usia, Emas, Bantuan IPT, Bantuan fakir Miskin, OKU, Mammogram dan lain-lain skim yang ditawarkan dalam kerajaan PR.

Menurutnya setiap hasil kerajaan PR perolehi yang telah kita salurkan kepada semua rakyat selangor sering dikatakan membazir.

Apakah salahnya kekayaan Negeri selangor ini di kongsi bersama rakyat? Perlukah setiap hasil negeri selangor setelah diusahakan dengan bersungguh-sungguh perlu disembunyikan pengetahuan rakyat?.

Kita bukan macama UMNO-BN. Semasa pemerintahan UMNO-BN mereka boleh menyembunyikan semua hasil Kerajaan Negeri daripada pengetahuan rakyatnya.

Semua hasil mereka dapat diberikan kepada kroni-kroniya sahaja tetapi tidak kepada rakyat sehinggakan apa yang dilakukan Kerajaan PR dalam mengamalkan negeri berkebajikan sering dipolitikkan oleh UMNIO-BN sehingga rakyat menjadi keliru.

Oleh itu, kita harap rakyat sedar betapa jahatnya UMNO-BN ini dengan menyebarkan dakyah -dakyah mereka untuk mencapai misi mereka merampas Negeri Selangor ini kembali.

Mereka (UMNO-BN) boleh dikatakan gila kuasa untuk mentadbir negari ini kembali tetapi jangan mimpi, kita akan kerja bersungguh-sungguh untuk pertahankan Negeri Selangor ini insya-allah dengan kerjasama semua pihak dan rakyat selangor.

Dari pandangan saya "UMNO-BN nak mentadbir negeri tetapi mereka masih tidak pandai menguruskan ekonomi negara dengan tulus dan pentadbiran lain. Lihatlah isu geran tanah kaum india dalam masa pemerintahan 50thn UMNO-BN, mereka tidak dapat atasi kaum india disini. Tetapi apabila PR memerintah alhamdulilah isu geran tanah diatasi sebaiknya dengan mengambil masa tidak sampai 3thn. Jadi tidak salah kalau saya katakan UMNO-BN kena belajar selok belok mentadbir negara dan ekonomi dengan sebaiknya. Jangan hanya menipu dan memperbodohkan rakyat sahaja".

Semoga PRU ke 13 ini, rakyat menilai sebijaknya dalam pengurusan ekonomi selangor yang semakin meningkat dibawah pentadbiran PR dan rakyat telah mengecapi hasilnya melalui skim-skim yang ditawarkan oleh Kerajaan PR dalam membantu rakyat tanpa mengira politik, agama dan bangsa. Semua skim diberikan tanpa sebarang pengeluaran duit rakyat tetapi Kerajaan PR sendiri bantu mengeluarkan duit untuk membantu rakyat, katanya.

editor :khaulah azwar

Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin digesa agar menunaikan janjinya untuk meringankan masaalah parking


Batu Caves – 150 orang Pemilik Kedai 'Little India' di Brickfield mengeluh ekoran kesesakan lalu lintas yang semakin meruncing menyebabkan rekod jualan harian merosot sejak projek pembangunan semula kawasan itu yang menelan belanja RM35 juta pada Oktober lalu.

Berkata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Y.B Nurul Izzah Anwar di dalam ucapannya di Majlis HiTea bersama Y.B Amiruddin Shari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves bagi merasmikan Dewan Pekawanis DUN Batu Caves disini petang semalam.
Turut Hadir bersama Ahli-ahli Majlis MPS Zon Batu Caves (Utz Hasbullah Ridzuan, Pn Maznah dan Encik Gopala.
Katanya, "Selama 50thn pemerintahan UMNO-BN, telah banyak berlakunya kecuaian yang dilakukan. Sebany 150 billion yang telah dilaburkan menerusi saham / Born telah tergadai dan rakyat terpaksa menanggung hutang-piutang yang dilakukan oleh UMNO-BN. Begitulah yang terjadi kepada kaum india yang berjumpa dengan saya baru-baru ini, “Sehingga ekoran pembangunan semula ini, beberapa buah jalan menjadi sehala selain kekurangan kawasan “parking” adalah punca utama kesesakan lalu lintas disini.

Izzah berkata kehidupan masyarakat di Brickfield dengan kepadatan bangunan serta rumah ibadat sedia ada memerlukan satu perancangan yang teliti dan sistematik untuk melancarkan kehidupan seharian masyarakat setelah menjalankan pembangunan semula disini.

"Latar belakang Brickfield ini memang ramai golongan Orang Kurang Upaya(OKU), budak sekolah dan rumah ibadat (masjid, gereja, kuil) dan ia sememangnya memerlukan perancangan yang khusus sekiranya ingin menjalankan pembangunan," katanya.

Tambahnya lagi ekoran tiada kawasan “parking”, kunjungan orang ramai di sini tiada pilihan selain meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan. Apabila kenderaan diletakkan dibahu jalan kenderaan mereka pula diangkut dan dikenakan saman.

Keadaan ini menyebabkan kunjungan semakin merosot sekaligus menjejaskan pendapatan dan jualan perniaga disini. Sebahagian daripada jalan utama di kawasan ini menjadi jalan sehala ekoran dari pembangunan tersebut.

Oleh itu, Naib Presiden PKR itu mengesa Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin agar menunaikan janjinya untuk meringankan masalah “parking” di kawasan berkenaan.

Keadaan ini menyebabkan peniaga Brickfield terhimpit atas pembangunan ini setelah menyaksikan penurunan jualan sehingga 80 peratus disebabkan oleh sistem lalu lintas yang sesak teruk.

Selain itu, Izzah berkata ,"Balai Polis turut diperlukan di kawasan tersebut ekoran balai polis lama telah dipindahkan ke Sri Petaling. Pemindahan Balai Polis tersebut secara tidak langsung meningkatkan kadar jenayah seperti ragut dan kecurian di kawasan ini. Ujarnya lagi, kita memerlukan PDRM yang benar-benar jujur menjalankan tugasnya untuk bersama membantu rakyat bukan untuk bekerja membantu UMNO-BN".

Selain daripada itu, Izzah juga menyentuh Kempen Anti Saman Ekor (KASE), agar rakyat sedar dengan adanya saman ekor ini sebenarnya akan menyukarkan lagi keadaan dan sekali gus memberi tekanan yang hebat kepada rakyat.

Lebih-lebih lagi kepada golongan tidak berkemampuan dan berpendapatan rendah. “Insya-allah Kempen KASE ini akan kita teruskan dengan mengadakan beberapa ceramah diperingkat kawasan. Dalam masa terdekat ini ceramah Kempen KASE akan diadakan di Gombak pada 16hb Februari, 2011 di Dewan Muhibah Bolton.

Kita harap rakyat di Selangor memberi sokongan dengan kita menentang kezaliman yang dilakukan oleh UMNO-BN. Tujuan kempen ini dipergiatkan untuk membantah usaha yang dilakukan Jabatan Pengangkutan Jalan menswastakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sempena pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan yang telah berkuatkuasa.

Tambahnya lagi, pindaan berkenaan termasuk penswastaan AES tidak akan memberi penyelesaian dan hanya akan menimbulkan lebih banyak masalah serta akan menimbulkan berbagai persoalan, katanya .

KASE ditubuhkan oleh Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS sejak Ogos tahun lalu bagi menggiatkan kempen bagi membantah penguatkuasaan saman melalui pembuktian foto.



Editor :khaulah azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI