Monday, February 25, 2013

Ustaz Azhar Idrus - Tok Guru Nik Aziz Tak Kata Orang Terima BR1M Tu HAIWAN..



Ni puak2 pencacai dan pemberita UMNO yang suka memutar belit kenyataan TGNA.. Utz Azhar Idrus menjawab soalan ini.. 

Bukan mudah menjadi pemimpin, jangan ingat nak pegang jawatan tanpa memikul amanah yang Allah beri dengan baik, tulus dan ikhlas meringankan beban rakyat. 

Jangan lah jadi pemimpin yang hanya penting diri sendiri. Semua akan di persoalkan Allah. Amanah sangat berat .

Deepak Tunggu Kepulangan Balasubramaniam Dedah Kematian Altantuya


KUALA LUMPUR: Kepulangan Balasubramaniam ke tanah air sangat dinantikan oleh Peniaga permaidani, Deepak Jaikishan.
Tak Lena Tidurlah Pak Najib Bila Balasubramaniam pulang tanah air

"Saya paling gembira dengan kepulangan Balasubramaniam. Saya berharap segala kebenaran siapa pembunuh sebenar Altantuya akan diketahui dan apa yang berlaku pada malam itu akan diketahui dengan cepat," kata Deepak dalam kenyataan medianya.

PI Bala, orang yang membuat akuan bersumpah (SD1) yang menceritakan peristiwa berkaitan dengan pembunuhan Altantuya Shariibuu tiba di tanah air malam tadi selepas lari ke luar negara sejak beberapa tahun lalu.

PI Bala berazam untuk membuat roadshow ke seluruh negara bagi mendedahkan apa yang berlaku sebenarnya.

PI Bala lari keluar negara selepas membuat akuan bersumpah kedua (SD2) yang membatalkan segala pengakuannya dalam akuan bersumpah sebelum itu (SD 1).

Deepak dalam kenyataannya sebelum ini mengaku, beliau terlibat memujuk PI Bala menarik balik SD1 itu.

Beliau berbuat demikian atas permintaan rakannya yang juga isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
(Sambil memegang kitab suci Hindu, PI Bala bersumpah SD2 adalah palsu)

Sebaik saja menjejakkan kakinya ke tanah malam tadi, PI Bala bersumpah SD 1 adalah benar dan memohon maaf kerana SD 2 adalah palsu.


Dedah siapa bersalah


Dalam kenyataannya hari ini Deepak meminta PI Bala mendedahkan siapakah yang terlibat dalam pembunuhan Altantuya dan mengapa hanya pekerja kepada Datuk Seri Najib dan isterinya sahaja yang terdakwa.

"Siapa sebenarnya yang mengarahkan mereka berbuat demikian dan mengapa mereka sanggup membuat jenayah pembunuhan ke atas wanita yang sedang mengandung ini.

"Saya juga meminta bekas Ketua Polis Negara mengesahkan samada Najib ada menghubungi beliau dan menganggu penyiasatan ke atas pembunuhan pada waktu itu. Kebenaran hendaklah dijelaskan," kata Deepak kepada pemberita.

Deepak juga menegaskan, beliau menyokong dan berdoa sepenuhnya untuk PI Bala.

"Saya berharap keadilan terserlah dan roh Altantuya boleh bersemadi dengan aman apabila pembunuh sebenarnya dijatuhkan hukuman sewajarnya," kata Deepak.


Editor : Khaulah Azwar

Konvensyen PR: Ucapan Presiden PAS

Pengumuman 10 Manifesto Pakatan Rakyat (PRU13)

SHAH ALAM: Manifesto Pakatan Rakyat telah dibentangkan semalam dengan menawarkan beberapa tawaran membantu ekonomi rakyat dalam berhadapan Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 akan datang. 



Manifesto  tersebut telah dibacakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli sempena Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-4 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pagi semalam.

Berikut antara yang diumumkan:


1) Mewujudkan 1 juta peluang pekerjaan baru untuk rakyat dengan mengurangkan kebergantungan buruh asing secara berperingkat.


2) Memperkenal gaji minima RM1,100 sebulan.



3) Melatih 1 juta lepasan sekolah yang tidak melanjutkan pelajaran.



4) Membina 5 universiti dab 25 sekolah vokasional



5) Tabung inovasi IKS RM500 juta, menyelaras cukai rakyat- kadar cukai tertinggi 26% untuk cukai pendapatan hanya mula dibayar bagi pendapatan boleh cukai melebihi RM400,00 berbanding RM250,000 sekarang.



6) Henti operasi Lynas, kaji semula RAPID dan kaji undang-undang pembalakan.



7) Memperuntukkan RM500 juta untuk Tabung Usahawan Kecil Prajurit, kenaikan caruman LTAT dari 15% ke 20%, dividen RM2000 setahun kepada bekas prajurit tidak berpencen.



8) Memberi permit terus kepada pemandu teksi



9) Pengangkutan awam percuma kepada golongan berbeza upaya, tambah bilangan bas, merangka untuk membina sistem keretapi laju antara bandar.


10) Memecah monopoli dengan mewujudkan Suruhanjaya Anti Monopoli, Suruhanjaya Kontrak Awam untuk menilai perjanjian awam seperti IPP dan konsesi berat sebelah, tender terbuka, membubar 1MDB, melupuskan pegangan kerajaan dalam GLC.


Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI