Tuesday, December 13, 2011

Soal calon hanya diputus Majlis Syura


KUALA LUMPUR, 14 Dis: PAS menggesa semua pihak tidak terburu-buru bercakap soal calon parti itu untuk Pilihan Raya Umum ke-13 kerana ianya masih belum diputuskan.

Menurut Ketua Penerangannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar), keputusan sama ada mana-mana individu dipilih menjadi calon hanya akan diputuskan di peringkat Majlis Syura PAS.

Termasuk dalam iau kedudukan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali ujarnya, Majlis Syura belum membuat sebarang keputusan kerana belum menerima pencalonan dari PAS negeri Selangor.

“Sekali pun nama berliau tidak dicalonkan di peringkat cawangan, ia tidak bermakna beliau tidak layak. PAS melihat kredibiliti dan kepentingan ahli untuk menjadi calon.," katanya dipetik Sinar Harian.

Menurutnya, sehingga kini Majlis Syura PAS hanya menerima 60 peratus sahaja senarai pencalonan daripada setiap cawangan parti itu.

Selain negeri Selangor, beberapa negeri lain juga masih belum menghantar senarai calon tersebut.

“Ia bermula peringkat cawangan di mana setiap cawangan memberi tiga nama calon dirasakan sesuai bertanding. Nama itu pula diserahkan kepada kawasan dan seterusnya kepada negeri.

“Pas negeri menghantar nama kepada Pusat iaitu Majlis Syura yang akan meneliti setiap nama diberikan. Seperti dikatakan, sekiranya tidak menepati kriteria dikehendaki, Majlis Syura berhak memilih ahli lain berdasarkan kepentingan parti," lapor akhbar berbahasa Melayu itu lagi.

Katanya, pandangan dan penilaian dibuat adalah berasas. Ia diputuskan presiden parti dan keputusan ini tidak boleh disanggah.

“Tidak wujud perebutan jawatan dalam PAS. Apa dipersetujui Majlis Syura disokong semua ahli,” katanya.

Dalam pada itu Hasan yang juga Exco Selangor pada sidang medianya semalam menyatakan pendirian akan tetap bersama PAS dan Pakatan Rakyat (PR), selagi parti itu mempertahankan prinsip Agama Islam, hak orang Melayu dan Institusi Raja-raja.

Menurutnya, persoalan sama ada dicalon ataupun sebaliknya, hanya perkara kecil jika dibanding perjuangan beliau menegakkan Agama Islam.

“Saya sudah lama dalam PAS, tidak mudah meninggalkannya begitu saja," katanya.


Mangsa kebakaran Kg Indian Settelemet terharu terima bantuan ADUN



Gombak 14 Dis: Penduduk kampung Indian Settlement Bt 8, menarik nafas lega apabila kawasan perumahan mereka yang ditimpa kebakaran minggu lepas telah mendapat kunjungan daripada wakil rakyat disini.

Krisnakumar A/L Mariappan salah seorang mangsa kebakaran disitu berkata, dengan kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali pagi semalam bersama ketua kampung, Nazir Masjid Ar-Rahimah dan petugas Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia benar-benar kami rasa terharu atas keperihatinan beliau kepada rakyat disini tanpa mengira kulit dan parti.

Datuk Dr Hasan yang mengunjungi semua mangsa kebakaran telah menyampaikan bantuan kewangan, kepada enam buah keluarga yang terlibat dan turut memberi bantuan pendidikan dengan memberi laptop kepada pelajar yang terlibat .

Pada malam kejadian semua petugas Unit Amal Gombak, Petugas PKM Ahli Parlimen Gombak dan ADUN Gombak Setia telah menyediakan kediaman sementara waktu, dan bantuan barangan dapur, katanya.

Ujarnya lagi, selain beri bantuan pendidikan, beliau juga telah meminta Pejabat Tanah dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dengan mengukur tapak disini untuk membina rumah semua mangsa terlibat.

Menurutnya punca kebakaran yang berlaku jam 8.00 malam tidak diketahui dan masih dalam siasatan polis, kata Krisnakumar.

Kaithiri a/p Manimohan Pelajar UNISEL yang menerima laptop jenama ACER lahir rasa terharu atas bantuan yang diberikan oleh Datuk Dr Hasan Mohamed Ali
.
Katanya, Walaupun hampir seminggu kejadian kebakaran, semua mangsa tidak menerima bantuan seperti ini daripada mana-mana pihak melainkan bantuan pakaian, wang dan barangan dapur yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Polis, Jabatan Bomba dan Ahli Majlis MPS dikawasan ini.

Kehadiran beliau sebagai wakil rakyat Gombak mewakili Pakatan Rakyat (PR) negeri Selangor benar-benar menunjukkan Keperihatinannya terhadap rakyat yang tidak pernah dilakukan oleh pemerintah terdahulu, kata Kaithiri .

Sementara itu, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali pula berkata, Insya-Allah sebagai Exco Hal Ehwal Islam, Infrastruktur kemudahan Awam dan Adat Istiadat Melayu saya telah ambil tindakan dengan meminta Pejabat Tanah Daerah Gombak (PTDG) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengukur tapak kawasan yang terlibat untuk membina semua rumah mangsa.

Datuk Dr Hasan Mohamed Ali merangkap ADUN Gombak Setia berkata lagi, Peruntukan pembinaan rumah semua mangsa daripada Pejabat ADUN dan insya-Allah saya akan minta Kerajaan Negeri untuk membantu memberi peruntukan pembinaan rumah untuk semua mangsa terlibat.

Besar harapan, saya juga berharap semua pelajar yang terlibat dalam kebakaran ini dan telahpun merima bantuan pendidikan tidak berputus asa meneruskan pengajian kerana masa depan mereka adalah penting bagi membantu ibubapa mereka kelak dan mereka juga masa depan negara, kata Hasan kepada media ketika lawatan turun padang di Kampung Indian
Settlement Bt 8 Gombak semalam.

Editor : khaulah Azwar




SIMFONI KASIH TAUTAN HATI