Thursday, April 23, 2009

Tafsir al-Maidah ayat 79: Cegah MUNGKAR dgn KEKUASAAN


Tafsir al-Maidah ayat 79: Cegah mungkar dengan kekuasaan
Written by Presiden PAS
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Aishah r.a. yang disebut oleh Ibnu Majah di dalam kitabnya bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Suruhlah kamu kepada yang baik dan cegahlah kamu daripada kemungkaran, sebelum berlaku bahawa kamu berdoa, tetapi tidak diperkenankan kepada kamu."

Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh ulama-ulama hadis, antaranya Muslim, dan diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri r.a., sabda Rasululah s.a.w. yang bermaksud;
"Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara mungkar maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu lagi maka dengan hatinya dan dengan yang demikian itu (dengan hati itu) adalah sedaif-daif iman."
Seseorang itu jika melihat kemungkaran berlaku di hadapan matanya, sekiranya boleh diubah dengan tangan, makan gunakanlah ia, jika berkuasa berbuat demikian.
Sebagai contoh sekiranya benda itu layak dibakar api atau dihancurkan, maka benda itu perlulah dilakukan demikian selepas ditegur dengan lidah, kemungkaran itu tetap tidak berubah dengan syarat jangan membawa fitnah yang lebih besar. Yakni sekiranya cegahan dibuat dengan tangan, berlaku tindakan yang lebih besar fitnahnya maka ia adalah dilarang kerana kita hendaklah mengelak fitnah yang lebih besar.
Ertinya jika menggunakan tangan, kemungkaran itu berhenti, maka adalah wajar cegahan dengan tangan digunakan. Sesetengah ulama mengatakan bahawa yang mempunyai kemampuan itu adalah kerajaan. Dia berupaya menyuruh kepada perkara yang baik dan mencegah kemungkaran dengan tindakan undang-undang.

Jangan pula berlaku kerajaaan sendiri memberi lesen untuk membenarkan orang ramai melakukan maksiat atau kemungkaran dengan meluluskan lesen judi, arak dan seumpamanya.
Kerajaan memberi alasan kononnya tindakan tersebut bertujuan mengawal kegiatan maksiat di kalangan rakyat. Jika demikian kenapa lesen mencuri tidak diberikan kepada pencuri dan perompak untuk mengawal berlakunya kecurian dan rompakan? Bukan bererti mengawal sesuatu kegiatan itu dengan memberi lesen kepada sesuatu organisasi atau individu tetapi mengawal juga boleh berlaku dengan menyediakan tempat atau sebaliknya. Jika diambil contoh untuk mengawal supaya orang ramai tidak buang air merata justeru disediakan tandas, bukan bererti untuk mengawal kecurian dan rompakan disediakan pula tempat untuk aktiviti jenayah berkenaan.

Ini kaedah yang tidak boleh dipakai dari segi undang-undang dan akal fikiran yang waras. Bukan semua kaedah boleh dipakai dalam semua perkara kerana kaedah penyelesaiannya berlainan antara satu perkara dengan satu perkara lain.
Misalnya, untuk menimbang emas dan getah mestilah memakai dacing berbeza bukan hanya dengan menggunakan satu dacing sahaja. Ertinya pemerintah mesti mencegah kemungkaran, iaitu mengenakan tindakan undang-undang mengikut hukum Islam terhadap segala kesalahan jenayah dan maksiat kerana inilah maknanya mengubah dengan tangan.
Dan antara orang yang mampu mengubah dengan tangan juga adalah ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Jika anak-anak mereka melakukan kemungkaran termasuk tidak mengerjakan solat maka menjadi tanggungjawab ibu bapa menggunakan kuasa yang ada pada mereka termasuk menggunakan tangan bagi mengubah perbuatan mungkar yang dilakukan oleh anak-anak mereka.
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Suruhlah anak kamu mengerjakan sembahyang ketika umurnya tujuh tahun. Pukullah mereka bila umurnya 10 tahun (jika tidak mengerjakan sembahyang)."

Begitulah juga dalam perkara yang lain. Apabila seseorang anak itu mencapai umur 10 tahun, maka diizinkan mengenakan tindakan memukul ketika melakukan kesalahan yang bercanggah dengan hukum agama.
Pukulan yang dibuat ialah pukulan mendidik, bukan pukulan marah dan geram yang mencederakan tubuh badan anak berkenaan. - lanh

Pemberi Lesen Maksiat sama seperti pelakunya.. Nauzubillah


Pemberi lesen maksiat sama seperti pelakunya

Written by Presiden PAS - Oleh Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang
(sambungan tafsir surah al-maidah ayat 79)
Sabda nabi : “Apabila dilakukan kejahatan (dosa) diatas muka bumi dan terdapat terdapat pula orang yang menyaksikannya, lalu dia membencinya, dia adalah orang yang tidak bersama dengan (kejahatan itu). Dan sesiapa tidak berada di dalam majlis maksiat, tiba2 dia redha kepadanya, dia seperti orang yang hadir di dalam majlis berkenaan” dia melihat maksiat tetapi benci kepada maksiat berkenaan, namun dia tidak dapat lari dari melihat maksiat berkenaan itu kerana ia dikurung, maka dia diselamatkan Allah seperti mereka yang tidak melakukan maksiat walaupun hadir di dalam majlis tersebut.
Sementara orang yang tidak berada di dalam majlis maksiat, tetapi dia redha dengan majlis maksiat itu, seperti memberi lessen kepada majlis maksiat atau seumpamanya, maka hukumnya sama dengan orang yang melakukan maksiat.
Oleh sebab itu, menurut kaedah ilmu fekah bahawa sesiapa yang redha dengan kekufuran, maka dia jadi kafir. Begitu juga jika kita redha dengan maksiat, kita turut terlibat dengan maksiat.
Seorang sahabat nabi bernama Abu Sa’id Al-Khudri r.a menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w berkhutbah yang bermaksud “ ingatlah jangan seseorang itu takut kepada orang ramai sehingga dia berkata benar apabila dia mengetahui perkara yang benar.”Ertinya, jangan ada dikalangan kamu apabila melihat perkara yang sebenar melainkan mesti menyatakan kebenaran dan mencegah mungkar apabila melihat kemungkaran, jangan berdiam diri untuk cegah mungkar kerana takut kepada orang ramai.
Abu Sa’id yang meriwayatkan hadis ini menangis sambil berkata: Demi Allah !! kami melihat beberapa perkara mungkar lalu kami merasa takut, inilah kelemahan kami.
Tidak sebagaimana beberapa orang sahabat, bila melihat perkara tidak betul, mereka menegurnya tidak kira siapa.Hatta Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Saidina Umar Al-Khattab pernah menasihatkan, pada suatu ketika setelah barang-barang daripada Parsi antaranya kain yang dirampas daripada peperangan menentang kerajaan Parsi , Saidina Umar membahagikan kain-kain berkenaan kepada penduduk Madinah.
Esok masing-masing memakai baju yang dibuat daripada kain berkenaan, Saidina Umar pun memakai baju dari kain yang dibahagi-bahagikan itu, lalu bangun seorang sahabat dan berkata : Kami tidak mahu dengar dan kami tidak mahu taat tuan. Saidina Umar berkata kepadanya : Kenapa kamu berkata demikian? Sahabat itu bertanya pula: dari mana kamu ambil baju yang dipakai ini? Kerana mengikut pembahagian semalam tidak padan kain itu dengan tubuh kamu, kerana kain yang kamu dapat semalam sedikit sahaja.Lalu Saidina Umar menyuruh anaknya bangun, bangun wahai Abdullah!! Lalu Abdullah bin Umar menyatakan bahawa saya memberikan bahagian saya kepada ayah saya. (untuk melengkapkan jadi sehelai baju).
Sahabat itu berkata : sekarang saya mendengar dan saya taat. Ini menggambarkan bagaimana amalan yang dilaksanakan menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran.
Berlaku di zaman para sahabat r.a dan bagaimana saidina Umar menguruskan soal pembahagian harta rampasan perang dengan adil, sehingga dia sendiri menerima bahagian sebagaimana sahabat yang lain walaupun tidak mencukupinya.
Begitu juga di zaman khalifah Muawiyyah bin Abi Sufian ketika bangun berucap dengan dan taatlah aku, lalu bangun seorang tabi’in, Abu Qasim Al-Khula’I yang juga seorang ulama’ yang masih muda,sedangkan Muawiyyah seorang yang sudah tua menjadi khalifah.
Kata Abu Qasim : Wahai Muawiyyah!! Sesungguhnya harta yang kamu kumpul diambil dari negeri ini., bukan dari titik peluh kamu, juga bukan dari ibu bapa dan pusaka kamu, ini adalah harta negara, mengapa kamu bertindak demikian?
Muawiyah tidak tahan lalu lari dari majlis berkenaan, lalu dia dating semula lalu berkata: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “sesungguhnya syaitan itu daripada api dan sesungguhnya marah itu daripada syaitan, untuk memadamkan api, air digunakan justeru sesiapa yang marah hendakalah dia berwudu’, aku telah berwudu’ kerana mendengar Rasulullah s.a.w, sebenarnya apa yang kamu katakana itu adalah benar. Peristiwa itu berlaku dizaman kegemilangan Islam.

Ulama ISRAIL raikan masjlis MAKSIAT (Tafsir Al-Maidah ayat 78-79)


Ulama Israil raikan majlis maksiat (Tafsir al-Maidah ayat 78-79)

Written by Presiden PAS - Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Dilaknat pada zaman Nabi Isa a.s., apabila ada di kalangan Bani Israil menjadi babi kerana mendurhakai Allah.
Ada antaranya Allah mengurniakan mereka Nabi Isa a.s. yang dilahirkan daripada perempuan yang sangat solehah dan kuat beribadat kepada Allah iaitulah Mariam a.s.
Apabila Mariam mengandung Isa a.s., Mariam dituduh berzina, memang dia tidak mempunyai suami, lalu Allah membuktikan bahawa Mariam tidak berzina.
Anak yang dilahirkan itu kurniaan Allah yang menjadi tanda kebesaran-Nya. Setelah Allah menjadikan Adam a.s. tanpa ayah dan ibu, Hawa di ciptakan daripada tulang rusuk Adam. Allah menjadikan Isa a.s. tanpa ayah.
Setelah Isa a.s. dilahirkan dan dalam keadan masih menyusu itu dibawa oleh Mariam a.s., Bani Israil datang mengerumuni Mariam sambil bertanya: "Wahai Mariam! Mengapa kamu melakukan ini (zina sehingga melahirkan Isa a.s.)?"
Mariam diperintah oleh Allah dengan wahyu daripada Malaikat Jibrail a.s. supaya jangan bercakap. Mariam diperintahkan berpuasa, termasuk tidak bercakap. Hanya mengisyaratkan supaya bertanyakan hal itu kepada anaknya yang masih bayi.
Tiba-tiba anak yang masih bayi itu bercakap: "Sesungguhnya aku hamba Allah," dan menjelaskan bahawa dia dilantik menjadi nabi, beliau telah berkata-kata pada usia bayi yang pada adatnya tidak menasabah bayi bertutur dengan fasih.
Beliau menegaskan beliau adalah seorang nabi dan rasul sebelum sampai usia dewasa. Allah mengurniakan makjizat kepada nabi Isa a.s., antara makjizatnya; boleh menceritakan kepada kanak-kanak sebaya dengannya di mana emak mereka di rumah menyembunyikan kuih yang siap dimasak. Ini adalah antara mukjizat untuk membutikan Isa a.s. sebagai seorang nabi. Lalu mereka marah kepada Nabi Isa a.s.

Sesetengah kitab termasuk kitab jawi, 'Al-Jauharul Mauhuub Wamunabbihaatul Quluub' menyebut kisah ini.
Mereka mengurung kanak-kanak di satu tempat supaya tidak berkawan dengan Nabi Isa a.s. Ini bertujuan untuk memulau Nabi Isa a.s.
Dikurniakan oleh Allah mukjizat, apabila Isa bertanya di manakah kawan-kawannya, mereka menjawab tidak ada. Tetapi beliau bertanya pula siapakah yang dikurung itu? Dijawab itu babi.
Tiba-tiba kanak-kanak yang dikurung itu menjadi babi. Dan Allah boleh mengembalikan semula manusia yang menyerupai babi itu dengan izin-Nya. Sementara itu berlaku beberapa kisah yang lain, selepas nabi Isa a.s. dibangkitkan menjadi rasul.
Walaupun dalam riwayat ini ada antaranya berunsur Israiliyyat (cerita dibawa orang-orang Yahudi) jika tidak bercanggah dengan nas kita menerimanya. Jika sebaliknya wajib menolaknya. Jika tiada nas ia menjadi cerita biasa. Itu adalah kekuasaan Allah dan menjadi dalil bahawa Allah melaknat Bani Israil.
Firman Allah yang bermaksud: "Yang demikian itu dengan sebab mereka itu mendurhakai Allah dan adalah mereka itu melampaui batas." (Surah al-Maidah: 78)
Allah menyebut kejahatan yang besar dilakukan oleh mereka terutamanya dari kalangan orang-orang alim mereka. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Adalah mereka itu tidak mencegah kemungkaran yang mereka lakukan, alangkah buruknya perbuatan mereka itu." (Surah al-Maidah: 79)
Mereka tidak mencegah kemungkaran yang berlaku di kalangan mereka. Orang alim di kalangan mereka mendiamkan diri dan buat tidak mengetahui apa yang berlaku.
Hadis riwayat Imam Ahmad dari Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Ketika berlaku maksiat di kalangan Bani Israil, di peringkat awalnya orang-orang alim mereka mencegah perbuatan itu. Tiba-tiba bani Israil tidak mendengar tegahan itu dan terus melakukan maksiat. Selepas itu orang-orang alim duduk makan minum sekali dalam majlis mereka."
Selepas Bani Israil terus menerus melakukan maksiat, orang-orang alim tidak lagi bersungguh mencegah maksiat bahkan berkawan pula.
Jika ada jemputan ke majlis golongan maksiat mereka bersegera menghadiri majlis itu dan makan serta minum sekali dengan golongan tersebut.
Jika era sekarang hadir menjadi orang yang membaca doa majlis serupa dengan alasan sekadar membaca doa sahaja walaupn majlis maksiat.
Selepas menghadiri majlis berkenaan, orang-orang alim itu tidak lagi mencegah maksiat yang dilakukan walaupun golongan alim itu tidak melakukannya. - lanh

Hindari permainan yang melalaikan


Hindari Permainan melalaikan
Written by Presiden PAS

Kebanyakan ulamak termasuk ulama empat mazhad antaranya mazhab Syafie mengatakan bahawa arak itu najis kecuali al-Muzani (seorang alim dalam mazhab tersebut) menyebut bahawa arak itu tidak najis.
Ia hanya diharamkan sahaja pada hukumnya.Kebanyakan ulama menyatakan bahawa arak itu najis dan jika terkena pada pakaian hendalah dibasuh pakaian itu.
Judi juga termasuk dalam amalan najis dan diharamkan oleh Allah walaupun ia tidak berbentuk ('ain') seperti arak, ia berupa perbuatan.Melihat nasib juga adalah diharamkan oleh Allah kerana ia suatu yang keji dan melihat nasib itu atau perkara akan datang atau perkara ghaib adalah milik Allah SWT.
Nabi s.a.w memberitahu perkara akan datang mengikut apa yang diberitahu kepadanya oleh Allah SWT. Appa yang Allah Taala tidak memberitahunya maka Nabi s.a.w tidak akan mengetahuinya.Ini adalah keistimewaan yang ada pada Nabi s.a.w. Apakah ahli nujum itu lebih mengetahui daripada Nabi s.a.w?
Disebuat di dalam hadis Nabi s.a.w yang bermaksud, "Adalah bohong apa yang diberitahu oleh ahli nujum sekalipun bertepatan dengan apa yang diberitahunya."Itu hanya kebetulan sahaja dia tidak mengetahuinya. Yang Maha Mengetahui ialah Allah SWT.
Haram hukumnya seseorang itu bertanyakan kepada ahli nujum.Sementara permainan judi diharamkan bukan sahaja menghabiskan harta dan meruntuhkan rumah tangga bahkan dia melalaikan seseorang dari beribadah kepada Alllah termasuk meninggalkan sembahyang dan perkara yang diwajibkan oleh Allah yang lain. Mereka sentiasa mahu mencapai kemenangan sehingga habis segala harta dipertaruhkan.
Firman Allah yang bermaksud, " semua itu adalah dari mengingati Allah adalah diharamkan. Apa sahaja permainan yang menyebabkan perintah Allah ditinggalkan maka ia diharamkan.Walaupun berjudi tetapi masih mengerjakan sembahyang, hukumnya ia tetap haram, walaupun tidak meninggalkan sembahyang.Adapun permainan itu menghiburkan hati jika melalikan sehingga meninggalkan sembahyang ia diharamkan.Kalau tidak melalikan ia hanya makhruh sahaja mengikut pendapat setengah ulamak. Sementara setengah ulama yang lain berpendapat, ia adalah haram, ada juga yang mengatakan harus.Adapun permainan yang memberi kekuatan kepada orang Islam, maka ia disunatkan oleh Islam.
Bahkan ada masanya diwajibkan oleh Islam kerana ia berkait dengan jihad, perjuangan untuk mempertahankan Islam.Antara belajar memanah, menggunakan senjata moden, mempertahankan diri, berenang dan seumpamanya, ini adalah perkara yang disuruh oleh Islam.
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, "ajarlah anak kamu memanah dan berenang."Berenang untuk membina kekuatan umat bagi berjihad mempertahankan Islam suatu perkara yang mustahak dan diperlukan. Jangan pula bermain dengan permainan yang melalaikan atau melekakan daripada mengingati Allah SWT.Semua permainan, judi dan sebagainya yang melalaikan itu adalah daripada amalan syaitan.
Firman Allah yang bermaksud, " maka jauhkan kamu darinya supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Maidah : 90) Diriwayatkan oleh Imam Muslim bahawa seorang lelaki badawi datang menemui Nabi s.a.w untuk memberi hadiah arak di atas satu bekas lalu Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud, "Adakah awak mengetahui bahawa Allah telah mengharamkan arak?" Kata badawi tersebut, 'tidak'."Lalu badawi itu menyuruh kawannya menjual arak tersebut. Nabi s.a.w bersabda lagi, "sesungguhnya jika diharamkan meminumnya maka diharamkan menjualnya.
"Ini menunjukkan bahawa menjualnya diharamkan juga. Ini termasuk mengilangnya, memberi lesen atau kelulusan untuk mengilang arak, reda dengan perbuatan minum arak dan reda dengan orang yang melesenkannya. Semua yang berkait dengannya diharamkan oleh Allah SWT.Ini berbeza dengan bangkai yang boleh diambil manfaat. Disebut di dalam hadis bahawa Nabi s.a.w bersabda berhubng dengan seekor binatang yang mati, tidak disembelih.Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud "mengapa kamu tidak mengambil kulitnya dan bersihkannya (samakkannya), kamu boleh mengambil manfaat daripadanya."Kulit binatang dikecualikan daripada hubungannya dengan penyembelihan. Ertinya tidak diharamkan mengambil kulit binatang yang mati tidak disembelih untuk dimanfaatkan kulit tersebut sama ada binatang yang haram dimakan (kecuali babi dan anjing serta keturunan kedua-duanya) atau binatang yang halal dimakan.Kulit berkenaan boleh dipakai sembahyang dan boleh dijual walaupun bangkainya najis (haram dimakan) tetapi kulitnya tidak haram, dihalalkan secara khusus oleh Nabi s.a.w.

Tafsir surah Al-Maidah ayat 115: Diazab Kalangan terbabit peristiwa Maidah



Tafsir surah al-Maidah ayat 115 : Diazab kalangan terbabit peristiwa Maidah

Written by Presiden PAS
Tuesday, 21 April 2009

ORANG-ORANG yang daif di kalangan mereka disuruh memakan hidangan tersebut. Lalu mereka memakan hidangan berkenaan.

Mengikut satu riwayat, peristiwa itu berlaku pada hari Ahad sekali gus hari tersebut menjadi hari raya atau 'holiday' kepada orang beragama Kristian dalam seminggu.

Sementara riwayat yang lain menceritakan bahawa Allah menurunkan hidangan dari langit selang sehari dalam masa beberapa hari.


Allah Taala menunjukkan mereka dengan mukjizat yang diberi kepada Nabi Isa a.s. Bagaimanapun ada antara mereka yang ragu bahkan ada yang tidak percaya dengan mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Nabi Isa a.s itu.

Diceritakan bahawa ketika mereka tidur dalam sebelah malamnya dengan tidur yang nyeyak, tiba-tiba sebelah paginya mereka menjadi babi.


Mereka memakan makanan yang kotor dan menjijikkan. Semua rakan mereka terkejut melihat babi-babi berkenaan.


Lalu babi-babi itu datang kepada Nabi Isa a.s. Baginda a.s menyebut seorang demi seorang nama mereka yang menjadi babi itu yang menunjukkan keengkaran mereka terhadap Nabi Isa a.s sebelum itu.

Kemudia babi-babi berkenaan dimatikan oleh Allah. Ertinya babi yang ada pada hari ini adalah berasal dari keturunan lain bukan dari mereka berkenaan.

Sesetangah ulama pula mengatakan bahawa ada di kalangan mereka menjadi kera dan babi dan seterusnya mereka mula dimatikan oleh Allah.

Menurut satu riwayat yang lain. Allah tidak menurunkan hidangan itu kerana hawariyyun tidak bersetuju hidangan itu diturunkan.


Riwayat yang lebih kuat, Allah Taala menurunkan hidangan tersebut kerana Allah Taala menyebut dalam ayat yang berikutnya yang bermaksud : "Aku menurunkannya kepada kamu, maka ingatlah sesuapa yang kufur selepas itu di kalangan kamu, maka sesungguhnya Aku akan


mengazabkan dengan azab yang tidak pernah Aku lakukan kepada seseorang pun daripada alam ini sebelum itu." (Surah al-Maidah :115)

Merekalah termasuk di kalangan orang yang paling terseksa pada hari kiamat.
Berkata Ibnu Umar r.a manusia yang paling azab pada hari kiamat ialah tiga golongan.


Iaitulah yang pertama orang munafik di kalangan umat Muhammad s.a.w.
Yang kedua ialah orang yang ingkar dalam peristiwa al-Maidah yakni peristiwa hidangan yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s dan yang ketiga ialah pembesar-pembesar Firaun yang merancang dan melaukan kezaliman terhadap orang yang beriman.


Ini adalah tiga golongan paling terseksa di hari kiamat apabila mereka dalam neraka.
Nabi kita Muhammad s.a.w dikurniakan oleh Allah dengan keistimewaan apabila orang-orang Quraisy, mencabar Nabi s.a.w supaya mendoakan bukit Makkah (Sofa) dijadikan emas, Nabi s.a.w tidak mengendaklan permintaan mereka tersebut.

"Wahai Muhammad, jika sekiranya engkau jadikan bukit Soda ini emas, kami beriman kepadamu."


Permintaan sedemikian rupa hampir serupa dengan cara permohonan yang dibuat oleh golongan yang ingkar kepada Nabi Isa a.s dalam peristiwa al-Maidah ini.

Apabila Nabi s.a.w mengadu kepada Allah tentang permintaan Quraisy itu, malaukat Jibrail a.s turun menemui baginda s.a.w. Jibrail berkata, "Allah Taala memerintahkan aku, supaya memberitahu kepada kamu wahai Muhammad s.a.w bahawa aku berupaya menjadikan bukit itu sebagai emas, sebagaimana mereka minta.

"Tetapi sekiranya mereka ingkar atau mereka tidak beriman selepas itu, aku akan seksakan mereka dengan seksa yang lebih daripada umat yang lain.

"Jika sekiranya kamu tidak meminta, maka aku tangguhkan seksaan itu dengan rahmat."
Ada di kalangan mereka yang beriman selepas itu. Ertinya Nabi s.a.w ada dua pilihan sama ada meneruskan permintaan kaum kafir Quraisy itu atau tidak menyahut cabaran kaum Quraisy berkenaan.

Lalu Nabi s.a.w meminta supaya ditangguhkan azab kepada umatnya, supaya dikurniakan rahmat, dan hidayah kepada mereka.

Tidak mengapalah, Allah tidak menukar bukit Sofa menjadi emas serta merta. Ertinya ada di kalangan manusia mahu melihat kejayaan dan kebenaran serta merta dapat dilihat di hadapan mata mereka tanpa ditangguh-tangguhkan lagi.

Tetapi Allah Taala menangguhkan azab kepada mereka yang kufur pada akhir zaman dan diberi peluang mereka bertaubat serta memberi peluang umur yang masih ada supaya balik dan merujuk kepada Allah sekiranya melakukan dosa dan kekufuran

Hukum Majlis Zikir & Majlis Zikir Bersama


Allah berfirman :"DAN SABARKAN DIRIMU UNTUK TETAP BERSAMA ORANG ORANG YG BERDZIKIR DAN BERDOA KEPADA TUHAN MEREKA DI PAGI HARI DAN SORESEMATA MATA HANYA MENGINGINKAN RIDHA ALLAH, DAN JANGAN KAUPALINGKAN WAJAHMU DARI MEREKA KARENA MENGHENDAKI KEDUNIAWIAN,DAN JANGAN TAATI ORANG ORANG YG KAMI BUAT MEREKA LUPA DARIMENGINGAT KAMI (QSAl Kahfi 28)


Berkata Imam Attabari :Tenangkan dirimu wahai Muhammad bersama sahaba-tsahabatmu yang duduk berdzikir dan berdoa kepada Allah di pagi hari dan sore hari,mereka dengan bertasbih, tahmid, tahlil, doa doa dan amal amal shalih dengan shalat wajib dan lainnya, yang mereka itu hanya menginginkan ridho Allah swt bukanmenginginkan keduniaan(Tafsir Imam Attabari Juz 15 hal 234)

Tentunya ucapan diatas menyangkal pendapat yang mengatakan bahwa yang dimaksud ayat itu adalah orang yang shalat, karena mustahil pula Allah mengatakan pada nabi saw untuk sabar duduk dengan orang yang shalat berjamaah, karena shalat adalah fardhu, namun perintah duduk bersabarâ disini tentunya adalah dalam hal hal yang mungkin dianggap remeh oleh sebagian orang. Dari Abdurrahman bin sahl ra, bahwa ayat ini turun sedang Nabi saw sedang di salah satu rumahnya, maka beliau saw keluar dan menemukan sebuah kelompok yang sedang berdzikir kepada Allah swt dari kaum dhuafa, maka beliau saw duduk bersama berkata seraya berkata : Alhamdulillah yang telah menjadikan pada ummatku yangaku diperintahkan untuk bersabar dan duduk bersama mereka riwayat Imam Tabranidan periwayatnya shahih (Majmu’ zawaid Juz 7 hal 21)

Sabda Rasulullah saw : akan tahu nanti dihari kiamat siapakah ahlulkaram (orangorang mulia) maka para sahabat bertanya : siapakah mereka wahai rasulullah?,Rasul saw menjawab : majelis majelis dzikir di masjid masjid(Shahih Ibn Hibbanhadits no.816)Sabda Rasulullah saw : sungguh Allah memiliki malaikat yang beredar dimuka bumimengikuti dan menghadiri majelis majelis dzikir, bila mereka menemukannya makamereka berkumpul dan berdesakan hingga memenuhi antara hadirin hingga langitdunia, bila majelis selesai maka para malaikat itu berpencar dan kembali ke langit, danAllah bertanya pada mereka dan Allah Maha Tahu : darimana kalian?

mereka menjawab : kami datang dari hamba hamba Mu, mereka berdoa padamu, bertasbih padaMu, bertahlil padaMu, bertahmid pada Mu, bertakbir pada Mu, dan memintakepada Mu, Maka Allah bertanya : Apa yang mereka minta? Malaikat berkata : mereka meminta sorga, Allah berkata : apakah mereka telah melihat sorgaku?,
Malaikat menjawab :tidak,
Allah berkata :Bagaimana bila mereka melihatnya.
Malaikat berkata : mereka meminta perlindungan Mu,
Allah berkata : Mereka meminta perlindungan dari apa?
Malaikat berkata : dari Api neraka?
Allah berkata : Apakah mereka telah melihat nerakaku?
Malaikat menjawab tidak,
Allah berkata : Bagaimana kalau mereka melihat neraka Ku.
Malaikat berkata : mereka beristighfar pada Mu, Allah berkata

Sudah ku ampuni mereka, sudah kuberi permintaan mereka, dan sudah kulindungi mereka dari apa apa yang mereka minta perlindungan darinya,
Malaikat berkata : wahai Allah,diantara mereka ada si fulan hamba pendosa, ia hanya lewat lalu ikut duduk bersama mereka,
Allah berkata : baginya pengampunanku, dan mereka (ahlu dzikir) adalah kaum yang tidak ada yang dihinakan siapa siapa yang duduk bersama mereka (shahihMuslim hadits no.2689),
Perhatikan ucapan Allah yang diakhir hadits qudsiy diatas : dan mereka (ahlu dzikir)adalah kaum yang tak dihinakan siapa siapa yang duduk bersama mereka. Lalu hadits semakna pada Shahih Bukhari hadits no.6045.


Anda alergi dengan orang dzikir berpakaian putih?, kenapa?, pakaian putih adalah sunnah nabi saw, pakaian putih adalah pakaian yang paling disenangi rasul saw, anda alergi dengan sunnah nabi saw?,

Sabda Rasul saw : "barangsiapa yang tak suka dengan sunnahku maka ia bukan dari golonganku" Shahih Muslim hadits no.1401, shahih Bukhari hadits no,4776).

Anda alergi dengan Bid'ah hasanah?, anda bertentangan dengan Nabi saw, beliau bersabda : "Barangsiapa yang membuat buat hal baru dalam islam berupa kebaikan maka baginya pahalanya dan pahala orang orang yang mengamalkannya, barangsiapa yang membuat buat hal baru dalam islam berupa kejahatan maka baginya dosanya dan dosa orang orang yang mengamalkannya. ". (shahih Muslim hadits no.1017).

(Diambil dari Kitab Kenalilah Akidahmu Karangan Al Habib Munzir Bin Fuad Al Musawa)Walillahittaufiq

Mengapa Muslim Biarkan hati mereka mati???







Tazkirah Jumaat: Mengapa Muslim biarkan hati mati
Ustaz Zainudin Hashim Fri Apr 17, 09 10:07:12 am MYT


Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan ia nikmat paling agung diberikan Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya
niat seseorang.

Niat ikhlas itu akan diberi pahala. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia. Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu.

Justeru, hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.

Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.
Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud: "Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah)
Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud: "Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan." (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)
Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya.
Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: "Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Baqarah ayat 74)
Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah.
Perkara paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlaku kemusnahan amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah akibatnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawab kan Allah pada hari akhirat kelak.
Kenapa hati mati? Hati mati disebabkan perkara berikut:
* Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.
Allah berfirman bermaksud: "Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata." (Surah al-Zumar ayat 22)
* Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati.
Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.
Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).
Firman Allah bermaksud: "Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-Ra'd ayat 28)
Firman-Nya lagi bermaksud: "Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik." (Surah al-Syura ayat 88-89)
Tanda-tanda hati mati
Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:
1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.
Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.
Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;
Sebahagian ½daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.
Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;
* Hubbul dunia (kasihkan dunia)
* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
* Membanyakkan makan dan menjatuhkanĂŻ¿½anggota badan kepada maksiat kepada Allah.
Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;
* Zuhud dengan dunia
* Zikrullah
* Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah. - waallahhualam

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI