Thursday, July 23, 2009

TAZKiRAH Jumaat : Harus memilih kawan"Alangkah susah mencari KWN kebaikan kita disoroknya bahkan digantinya pula KEJAHATAN Di canang Melata"




“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)

Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)

“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

Banyak sekali hadis-hadis tentang kawan/sahabat ini. Ada pula pepatah Melayu mengatakan, “Berkawan biar seribu, berkasih biar satu.” Saya lebih selesa dengan berkawan biar berpada jumlahnya, lihat kualiti, bukan kuantiti. Dan berkasih jangan cuma satu saja, kalau mampu, biar ramai. Kasihkan Allah, Rasul-Nya, pasangan (suami/isteri) , anak-anak, keluarga, kaum kerabat, jiran dan juga kawan atau sahabat. Baru betul! Tak gitu?

Allah SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT yang bermaksud, “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (surah al-Hujurat [049] ayat 13)

Dalam Islam, faktor memilih kawan amat dititik-beratkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

Terdapat ayat yang mengisyaratkan mengenai peranan dan pengaruh kawan, antaranya firman-Nya yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar. (Surah at-Taubah, ayat 119)

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadis Rasululah SAW yang bermaksud, “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (Hadis riwayat Abu Daud).

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.



Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya, “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”

1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya) .

3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.

4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita. Setelah kita dewasa, kita juga perlu berhati-hati memilih kawan kerana kita tidak mahu kawan-kawan yang melalaikan kita terhadap Maha Pencipta. Kawan yang baik membantu kita ke arah pencapaian matlamat, iaitu kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat. Kawan yang tidak baik hanya membantutkan usaha kita ke arah itu.

Dalam kitab al-Hikam ada menyebut, “Jangan berkawan dengan seseorang yang tidak membangkitkan semangat taat kepada Allah, amal kelakuannya dan tidak memimpin engkau ke jalan Allah.” Dalam satu hadis yang bermaksud, “Seseorang akan mengikuti pendirian (kelakuan) temannya, kerana itu tiap orang harus memilih siapakah yang harus didekati sebagai kawan (teman).”

Sufyan Astsaury berkata, “Siapa yang bergaul dengan orang banyak harus mengikuti mereka, dan siapa mengikuti mereka harus bermuka-muka pada mereka, dan siapa yang bermuka-muka kepada mereka, maka binasalah seperti mereka pula.”

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti di bawah:

1. Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

2. Sahabat yang hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

3. Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.

4. Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.
Ali bin Abi Thalib r.a. berkata, “Sejahat-jahat teman ialah yang memaksa engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf atau selalu mencari alasan.”

Kemungkinan engkau berbuat kekeliruan (dosa), maka ditampakkan kepadamu segala kebaikan, oleh kerana persahabatanmu kepada orang yang jauh lebih rendah akhlak (iman) daripadamu.

Sebaik-baik sahabat

Dan sekiranya engkau berkawan seorang bodoh yang tidak menurutkan hawa nafsunya, lebih baik daripada berkawan dengan orang alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya. Maka ilmu apakah yang dapat digelarkan bagi seorang alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya itu, sebaliknya kebodohan apakah yang dapat disebutkan bagi seorang yang sudah dapat mengekang (menahan) hawa nafsunya.

Bagaimana akan dinamakan bodoh, seorang yang telah dapat menahan dan mengekang hawa nafsunya, sehingga membuktikan bahawa semua amal perbuatannya hanya semata-mata untuk keredhaan Allah SWT dan bersih dari dorongan hawa nafsu. Sebaliknya, apakah erti suatu ilmu yang tidak dapat menahan atau memimpin hawa nafsu dari sifat kebinatangan dan kejahatannya.

Dalam sebuah hadis ada keterangan : “Seorang itu akan mengikuti pendirian sahabat karibnya, kerana itu hendaknya seseorang itu memperhatikan, siapakah yang harus dijadikan kawan.”

Menurut ahli syair pula “Sesiapa bergaul dengan orang-orang yang baik, akan hidup mulia. Dan yang bergaul dengan orang-orang rendah akhlaknya, pasti tidak mulia.”
Bersahabat dengan yang lebih rendah budi dan imannya sangat berbahaya, sebab persahabatan itu saling pengaruh-mempengaruhi, percaya-mempercayai sehingga dengan demikian sukar sekali untuk dapat melihat datu memperbaiki kesalahan sahabat yang kita sayangi, bahkan kesetiaan sahabat akan membela kita dalam kesalahan dosa kekeliruan itu, yang dengan itu kita pasti akan binasa kerananya.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah SWT untuk mencari redha-Nya.

Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Zina itu biasa? ITTAQUALLAH

Apakah ini untuk memberi pengajaran atau memberi tunjuk ajar?

Hamil sebelum perkahwinan "perkara biasa, tolong jangan pandang serong,"

Ini adalah petikan kata-kata ayah kepada seorang setiausaha politik yang meninggal kerana terjatuh di bangunan SPRM selepas ia mengetahui bakal menantunya itu sedang mengandung dua bulan hasil perhunbungan dengan anaknya.

Sememangnya perhubungan seks sebelum perkahwinan bagi masyarakat cina sudah menjadi kebiasaan dan tidak dianggap menjadi kesalahan yang besar. Malah tiada batasan dalam pergaulan lelaki dan perempuan yang tanpa hubungan perkahwinan.

Budaya pergaulan bebas ini bukan hanya menular di kalangan masyarakat cina sahaja, malah ianya sudah menjangkiti masyarakat Islam. Di mana-mana kita dapat melihat remaja-remaja kita berpeleseran dengan pasangan masing-masing tanpa rasa segan silu. Bahkan ramai yang merakam perhubungan intim mereka melalui telefon dan menyebarkannya kepada orang lain tanpa rasa malu dan bersalah.

Berkasih sayang sebelum kahwin ini sedikit demi sedikit telah menjadi budaya kita umat Islam di Malaysia. Ianya seolah-olah diterima sebagai sebahagian lumrah hidup yang tidak dapat di elak. Ini dapat dilihat melalui arus perkembangan media semasa. Kebanyakan drama dan filem sekarang dilihat mempromosikan budaya cinta dan kasih sayang, begitu juga rancangan-rancangan realiti, iklan-iklan, majalah dan sebagainya.

Allah Taala telah memberi panduan melalui firmannya:

"Jangan kamu dekati zina (perbuatan yang menjurus kepada zina) sesunggunya (zina) itu adalah perbuatan yang keji dan jalan kehidupan yang buruk"

Budaya zina ini telah diingatkan oleh Allah sebagai budaya buruk dan hubungan seks tanpa kahwin itu adalah perbuatan keji dan berdosa besar. Tetapi malangnya ianya telah semakin berakar umbi dalam masyarakat kita. Sudah ramai yang tidak segan silu mengamalkan budaya zina ini di mana sahaja.Bahkan kita sendiri yang sedar tentang kemungkaran ini pun tidak dapat melakukan sesuatu untuk mengubah budaya ini. Hanya dengan sekadar mengadakan ceramah dan kuliah agama yang hanya terbatas dalam kelompok kecil sahaja.

Sedangkan promosi budaya zina amat meluas dan tidak terkawal malah memasuki rumah-rumah kita meresapi jiwa anak-anak muda kita setiap masa dan ketika.

Poster filem hasil karya saudara kita seislam, Apakah yang ada dalam pemikiran mereka?


Promosi yang meluas pergaulan bebas tanpa batasan. Kita hanya mampu melihat ianya masuk ke sanubari anak-anak kita.

Apakah yang perlu kita lakukan? Kita sebagai umat Islam perlu melakukan sesuatu lebih ampuh untuk mengatasi masalah ini. Bukan hanya sekadar mengeluh dan meletakkan kesalahan ke atas bahu orang lain.

Marilah kita sama-sama mengerah fikiran kita dan mengambil tindakan sewajarnya, Kepada Ibubapa perhatikan anak2 jgn biarkan mereka teruskan kehidupan yg terumbang ambing, berikan ksh syg pd anak2 secukupnya, ILMu agama amat penting, dan jgnlah jdkan diri sebagai ibubapa yg sporting tak bertempat akhirnya muka sendiri yg doconteng arang oleh anak2..Nauzubillah.

Ya-ALLAH peliharakan zuriat keturunanku..kurniakan aku suami yg solih, anak2 yg menjadi Quratul Ain.. amiin ya rab..


Sirah Bilal bin Rabah r.a



Bilal bin Rabah r.a dilahirkan di Kota Mekah sekitar tahun 43 Sebelum Hijrah(ada pendapat yang mengatakan beliau dilahirkan di Habsyah atau kini disebut negara Ethopia). Bilal r.a dibesarkan di Kota Mekah sebagai seorang hamba anak-anak yatim Bani Abdul Dar yang berada di bawah jagaan Umaiyyah bin Khalaf. Setelah Rasulullah s.a.w dibangkitkan menjadi Nabi dengan membawa risalah Islam, Bilal adalah terdiri dari kalangan orang-orang yang paling awal memeluk Islam.

Sirah Pengislamannya

Ketika beliau memeluk Islam, hanya terdapat beberapa orang sahaja yang memeluk Islam di atas permukaan bumi ini iaitu: Khadijah binti Khuwailid, Abu Bakar As-Siddiq, Ali bin Abi Talib, Ammar ibn Yasir serta ibunya Sumaiyyah, Suhaib Ar-Rumi dan Miqdad Al-Aswad. Beliau menerima Islam melalui sahabatnya yang bernama al Fadl dan dilihat beliau begitu bersungguh-sungguh untuk mendalami ajaran agama Islam sehingga sanggup berulang-alik ke rumah Arqam bin Abi Al-Arqam secara rahsia supaya kegiatannya menerima Islam sebagai sebahagian daripada hidupnya tidak diketahui oleh tuannya.

Namun akhirnya Umaiyah mengetahuinya dan memujuk Bilal agar meninggalkan Islam dan kembali ke ajaran asalnya, tetapi Bilal berkeras untuk mempertahankan Islam sebagai agama dunia dan akhiratnya. Umaiyah pernah berkata,

“Aku berkuasa ke atas tubuh dan jasadmu.”

Tetapi Bilal lantas menjawab,

“Fikiranku, imanku dan kepercayaanku bukan milikmu.”

Setelah gagal memujuk Bilal, Umaiyah nekad untuk bertindak kejam ke atas Bilal dengan mengikat batu besar di tubuh Bilal yang tidak berpakaian, mengheret ke tengah padang pasir yang panas membakar dan memukul tanpa belas kasihan.

Jasad Dan Perjuangannya

Beliau meninggal dunia pada tahun 23 Hijrah di negeri Syam dan dikebumikan di Damsyik. Sepanjang hayatnya beliau diakui sebagai seorang yang patuh dan rajin terhadap tanggungjawabnya, ikhlas, amanah, berani, tabah, dan sanggup menghadapi risiko demi mempertahankan kebenaran. Beliau juga pernah menyertai barisan tentera Islam dalam beberapa peperangan dan dilantik sebagai juruazan oleh Rasulullah dan kerana itulah namanya kini diabadikan kepada setiap juruazan atau bilal.

Isu Wahabi mengapa masih berlarutan?

Sewaktu saya kecil, sudah terdengar di hujung-hujung telinga saya orang tua-tua bercakap soal kaum tua dan kaum muda. Jelasnya, orang yang bercakap itu marah benar kepada kaum muda hingga melabelkan mereka sebagai kaum muda. Saya masih belum memahami isu perbincangan mereka.

Tetapi setelah saya memasuki sekolah agama, dan sudah mula berminat membaca majalah, perbalahan golongan tua dan muda ini semakin jelas. Malah semakin memahami isu apabila membaca majalah al-Islah terbit di Pulau Pinang, majalah Warta terbitan Jabatan Agama Islam Johor, dan majalah Pengasuh terbitan Kelantan. Membaca majalah tersebut sedikit sebanyak dapat menilai siapa yang dimaksudkan dengan kaum muda dan kaum tua.

Tahun 70-an pengetahuan penulis bertambah apabila memasuki Yayasan Pengajian Islam Kelantan, Nilam Puri, (sekarang ini Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya). Di sini perbahasan tentang kaum tua dan muda tidak lagi kedengaran, tetapi dilanjutkan perbahasan seumpamanya atas isu Wahabi. Di sini juga pelajar diperjelaskan secara umum perbezaan fikiran itu dan puncanya.

Walaupun kini sudah memasuki tahun 2000, isu itu terus diperbesarkan. Sehingga hari ini saya tertanya-tanya mengapa isu ini terus dibahaskan tanpa ada keputusan yang masing-masing boleh mengakui kebenaran pihak lawan atau dalam kata lain menghormati pandangan orang lain. Dalam keadaan dunia yang berubah mengapa fikiran dan ilmu mereka masih tidak berubah?

Sejarah Wahabi di Malaysia
Setelah mengalami pengalaman, pergaulan, perbincangan dan sedikit kajian, saya dapati pergeseran antara kaum tua dan kaum muda, Wahabi dan Ahli Sunnah Wal-Jamaah ini bukanlah isu besar. Isunya kecil sahaja tetapi dibesarkan kerana salah faham dan rasa ego dalam kalangan orang yang berkepentingan.

Dahulu sebelum merdeka, Sheikh al-Hadi (Syed Sheikh bin Ahmad Al-Hadi - 22 November 1867 - 20 Februari 1934) dan beberapa rakannya menubuhkan sekolah agama sistem moden, antaranya Madrasah al-Mashoor Penang, Madrasah al-Iqbal al-Islamiyyah di Singapura. Kewujudan sekolah ini menjadi alternatif kepada sekolah sistem pondok pada masa itu.

Beliau turut aktif dalam penerbitan dan menyebarkan pemikiran modennya melalui majalah. Mereka memulakan penerbitan Majalah Al-Imam pada 23 Julai 1906 di Singapura. Pada tahun 1927, beliau meninggalkan profesion perguruan dan membuka Percetakan Jelutong di Pulau Pinang yang merupakan penerbitan yang bersifat reformasi Islam.

Beliau menerbitkan Tafsir Al-Quran oleh Muhammad Abduh dan juga lain-lain penerbitan berkaitan artikel dan buka reformasi. Pada tahun 1926, beliau melancarkan jurnal bulanan, Al-Ikhwan dan pada tahun 1928, beliau menerbitkan akhbar harian, Saudara. Antara penulis untuk akhbar Saudara ialah Abdul Rahim Kajai.

Kewujudannya telah mencabar kewibawaan ulama pondok yang masih pada takuk lama dalam kaedah penyebaran dakwah. Sistem pembelajaran umum di pondok tidak banyak membantu pelajar ke arah pemikiran kreatif dalam membina kemajuan ummah. Sistem dakwahnya sekadar di sekolah, surau dengan pendekatan ceramah dan mengajar golongan tertentu. Cara tersebut tidak banyak yang boleh mendidik masyarakat. Sedangkan apa yang dibawa orang-orang al-Hadi dapat difahami oleh orang ramai melalui pembacaan.

Di sinilah timbullah apa yang dikatakan kaum tua dan kaum muda. Golongan tua yang tidak senang dengan kehadiran kaum muda terus menyerang mereka dari jauh. Keadaan ini menyebabkan orang ramai menjadi keliru. Padahal kalau mereka bertemu dan berbincang mengambil pendekatan bertolak ansur, sudah tentu pergaduhan itu tidak berpanjangan.

Melihat perkembangan itu saya sekali lagi berasa pelik kerana walaupun pemikiran ini timbul di Pulau Pinang dan Singapura tetapi suburnya di negeri Perlis sehingga ke hari ini. Walau bagaimanapun sebahagian pemikirannya di sudut pembangunan umat Islam tidak dibawa bersama. Yang masih tinggal sekarang ialah perjuangan soalan furuiyah yang sepatutnya tidak dipertikaikan oleh kedua-dua belah pihak.

Fahaman yang tinggal itulah yang dikatakan Wahabi iaitu fahaman yang suka membidaahkan segala amalan yang tidak ada hadis dan tidak pernah diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. Maka bacaan qunut pada solat Subuh, talkin jenazah, dan tahlil dihukumkan bidaah dhalalah.

Asal Usul Wahabi
Sebenarnya kumpulan Salafi Wahabi diasaskan oleh Muhammad Abdul Wahab. Asas perjuangan beliau ialah membanteras khurafat dan bidaah kerana menganggap umat Islam setelah zaman salaf (zaman Rasulullah s.a.w. sehingga 300 Hijrah) mengalami kepincangan khususnya dari sudut aqidah dan terlibat dengan amalan bidaah.

Beliau beranggapan begitu setelah melihat fenomena umat Islam yang pada ketika itu terlalu mengagungkan para wali, sering menziarahi kubur mereka, dan pelbagai lagi perkara yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Bahkan sebahagian umat Islam pada musim haji, lelaki dan perempuan menangis-nangis pada sisi maqam Rasulullah dan para Sabahat.

Asas perjuangan Muhammad Abdul Wahab ini mendapat sokongan pemerintah Kerajaan Arab Saudi ketika itu. Pada ketika itu maqam Rasulullah terpaksa ditutup atau dipagarkan daripada dimasuki pengunjung. Kalau tidak, banyak lagi khurafat yang dilakukan oleh umat Islam.

Selain itu golongan Wahabi ini terpengaruh dengan fahaman Syeikh Ibn Taimiyah yang sedikit berbeza pegangan aqidahnya dengan pegangan Imam Al-Asyari dan Imam Al-Maturidiyah. Mereka berpegang kepada pendapat golongan salaf sedangkan yang lainnya mengikut pegangan khalaf.

Berdasarkan itu, golongan Wahabi dikatakan mempercayai bahawa Allah s.w.t. duduk di atas Arasy dan Allah s.w.t. sedang berada di atas langit. Mereka juga percaya bahawa Allah s.w.t. mempunyai rupa paras dan berjasad. Mereka berhujah demikian berdasarkan ayat-ayat al-Quran Mutasyabihat yang pada mereka kedudukan yang sebenar diserahkan kepada Allah, kerana kedudukan-Nya tiadalah menyerupai makhluk ciptaan-Nya.

Meneliti sejarah di atas, saya melihat fikiran umat Islam yang masih berbalah ini amat statik fikirannya baik golongan Wahabi mahupun golongan yang mendakwa Ahli Sunnah wal-Jamaah. Malah kejumudan fikiran ulama tersebut adalah antara sebab mengapa umat Islam kini masih ketinggalan dalam banyak bidang. Masa yang ada dihabiskan untuk berbalah.

Jalan Penyelesaian
Sebenarnya, jika kedua-dua golongan itu dapat menerima hakikat perubahan dunia pasti mereka boleh akur dan menerima semua itu dengan baik. Di sini saya akan membawa beberapa contoh:
1. Kemajuan yang diperjuangkan oleh al-Hadi hari ini telah diterima oleh golongan tua, malah mengakui baik. Antara perjuangan itu ialah mewujudkan sistem persekolahan, mencadangkan wanita turut belajar di sekolah, menerbitkan majalah, akhbar dan buku. Beliau juga antara pembakar semangat untuk mencapai kemerdekaan.
2. Khurafat yang mahu dibanterasnya kini sudah diterima oleh golongan tua. Kubur keramat di Melaka, Pulau Pinang, dan banyak lagi sudah tidak dipuja lagi.

Kalau pandangan itu diterima dengan baik oleh kaum tua suatu ketika dahulu sudah tentu negara lebih cepat maju berbanding sekarang. Bayangkan kalau sekolah Islam wujud dan menjadi saingan hebat dengan sekolah Kristian ketika itu, orang kita tidak banyak masuk sekolah Kristian. Tetapi oleh sebab asyik bergaduh bagi mempertahankan sistem pondok, kita terus ketinggalan dalam pendidikan.

Begitu juga dengan soal khurafat, dulu kaum tua menentang malah mereka menjadi tukang tolong baca doa untuk orang yang hendak membayar niat. Hendak lawat kubur keramat dibenarkan oleh golongan tua itu. Tetapi kini mereka sudah menolak khurafat itu. Kenapa tidak dari dahulu lagi? Kita tidak berfikir secara kreatif maka kita terus ketinggalan.

Selain itu golongan tua juga sudah dapat menerima bahawa baca Yassin pada malam Jumaat bukan wajib, tahlil arwah bukan wajib, dan talkin jenazah di atas kubur juga bukan wajib. Malah itulah pegangan mereka sebelum ini, cuma pada waktu itu sudah menjadi kebiasaan kepada masyarakat Melayu hingga sukar dibuang.

Kalau begitulah pegangan golongan tua mengapa golongan muda tidak boleh bertolak ansur, kalau hendak baca Yassin atau tidak, terpulanglah. Kalau nak buat tahlil atau talkin sila lakukan, kalau tidak mahu tidak mengapa. Bukan wajib, tetapi daripada berbual kosong selepas solat, baca Yassin apa salahnya, bukankah baca al-Quran dapat pahala? Talkin di kubur kalau boleh dijadikan dakwah dan peringatan kepada keluarga si mati dan sahabat handai, bukankah dapat pahala daripada berbual kosong di atas kubur?

Di sini saya lihat orang-orang kaum muda masih berfikiran statik, beku dan tidak pernah melihat perubahan zaman yang sudah banyak berubah kini. Ingatlah bukan semua yang tidak disebut oleh Rasulullah dan tidak dilakukan oleh Baginda tidak boleh dilakukan oleh umat akhir zaman. Ingatlah juga, kalau kita boleh beri pandangan, orang lain juga boleh memberi pandangan, malah lebih bernas.

Begitulah juga yang berlaku pada amalan doa qunut dan azan dua kali pada waktu solat Jumaat. Kenapa hendak dibidaahkan kalau hukum itu telah diputuskan oleh ulama yang berijtihad. Bukankah Rasulullah telah memberi jaminan bahawa sesiapa yang ijtihadnya betul dapat dua pahala, kalau salah dapat satu pahala. Ertinya Allah iktiraf pendapat itu. Siapakah kita untuk menolak pengiktirafan Allah?

Jadi, masing-masing boleh beramal mengikut apa yang telah dilakukan selama ini segala tidak bercanggah dengan syariat. Mana-mana hukum yang terdapat sedikit perubahan, seharusnya mereka menghormati.

Akhir sekali, pegangan Wahabi tentang Allah dengan berdasarkan salafia akan saya bentangkan pada siri akan datang.

--
Dicatat Oleh Ahmad Baei Jaafar ke Fikrah Islamiah di 7/23/2009 02:27:00 PM

Pecutan 5A akhir peperiksaan UPSR 2009


Salam dijemput semua pengunjung dan shbt2 ke prog Pecutan Akhir Peperiksaan UPSR.Sekira ada anak2, adk2, dan saudara mara yg ambil peperiksaan ini hantarlah mereka utk siapkan diri utk kali terakhir sebelum peperiksaan sebagai suntikan motivasi.

Tarikh : 02hb Ogos, 2009 (Ahad)
Masa : 7 pagi-5ptg
Tempat : Dewan Besar Anjung Rahmat Lot 1302 Bt 6, Jln Gombak, Gombak.
Yuran : RM10 saja..

Penceramahn adalah org yg berpengalaman dlm menyediakan kertas peperiksaan. 5 org dilantik. Rebutlah Peluang Keemasan

Forum Perdana Ehwal Islam -Berlari Ke langit


Salam jemput semua pengunjung ke Majlis ILMU sempena Israk Mikraj.Sebarkan

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI