Sunday, June 5, 2011

ADUN MERAIKAN 142 ORANG PELAJAR CEMERLANG SPM, STPM, STAM sesi 2010



Gombak –Memberi penganugerahan kepada mereka yang Berjaya setelah berusaha bersungguh-sungguh tanpa jemu merupakan sokongan moral untuk memastikan pencapaian sedemikian akan terus bersinar.

Bagi warga pelajar mungkin ianya satu pengiktirafan yang mampu membakar semangat mereka dalam ranjau perjalanan mengejar cita-cita masa depan.

Penghargaan dan pengiktirafan itu bukanlah sebagai satu kebanggaan tetapi ianya lebih bermakna andai dapat menjadi inspirasi dan transformasi kepada setiap pelajar di sesebuah sekolah untuk sentiasa meningkatkan usaha mengikut jejak rakan pelajar mereka yang telah bertakhta di persada kecemerlangan.

Realiti ini diperakui oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Y.b Datuk Dr Hasan Mohamed Ali melalui ucapan sulungnya ketika menyempurnakan upacara perasmian Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Menengah (STAM) 2010 di Dewan Muhibah, Taman Bolton Gombak baru-baru ini.

“Sewajarnya kita harus meraikan kejayaan mereka yang telah berusaha bertungkus-lumus untuk mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi khasnya di bidang akademik. Majlis ini sememangnya ditunggu-tunggu oleh pelajar yang berjaya mencipta kecemerlangan dan menempah nama dalam bidang kurikulum khasnya dan kokurikulum amnya.

“Kejayaan dan kecemerlangan yang dicapai oleh pelajar perlu dihargai dan semoga ianya juga akan menjadi inspirasi dan motivasi kepada pelajar-pelajar lain untuk bersaing menuju ke puncak jaya,” katanya.

Disamping itu, Datuk Hasan juga memaklumkan bantuan-bantuan yang akan diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) bagi pelajar-pelajar yang bakal meneruskan pengajian di IPT.

Katanya, “bagi ahli keluarga yang pendapatan rendah RM1500 kebawah, Kerajaan Negeri Selangor (PR) akan memberi sumbangan IPT sebanyak RM1000 dan sekiranya pelajar ingin menyambungkan pengajian ke luar Negara, saya akan memberi sokongan sepenuhnya dengan memberi surat sokongan kepada IPT berkenaan agar kerja pengurusan kemasukan pelajar di permudahkan”.

Ucapan tersebut mendapat tepukan gemuruh daripada semua hadirin yang hadir dalam majlis tersebut.

Majlis yang dilangsungkan di ruang dewan itu bersemarak dengan upacara penyampaian anugerah demi anugerah kepada mereka yang mencipta lakaran kecemerlangan dalam pelbagai bidang.

Penghargaan diberi bermula dengan penyampaian anugerah akademik terbaik dengan menyaksikan penerima anugerah subjek terbaik SPM, STPM dan STAM 2010 tampil dengan wajah gembira dengan menerima Sijil Anugerah Cemerlang dan wang tunai RM100.

Sebagai seorang pemimpin dan tetamu kehormat, Datuk Hasan diberi penghormatan menyerahkan Anugerah tersebut kepada semua Pelajar.

Kegemilangan majlis yang penuh istiadat itu sigifikannya memberi gambaran jelas bahawa warga pendidik dan ibu bapa komited terhadap agenda pendidikan dalam menunaikan amanah dan tanggungjawab melahirkan modal insan yang berketrampilan yang mampu menghadapi cabaran globalisasi pada masa hadapan.

Bagi pelajar-pelajar pula ianya adalah satu tiupan semangat yang menagih pengertian bahawa sebenarnya langkah kejayaan baru bermula untuk mendaki dan menakluki puncak kejayaan.

Media juga difahamkan oleh Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia, Encik Omar Satari, seramai 142 orang pelajar diraikan dalam majlis tersebut yang di anjurkan oleh (PKM) DUN Gombak Setia. Mereka di berikan Hadiah cenderahati, sijil penganugerah pelajar cemerlang dan wang tunai RM100. Dan majlis itu merupakan program tahunan bagi meraikan pelajar-pelajar di kawasan DUN Gombak Setia.

Editor : khaulah azwar

Akhirnya Banjir Kg Tengah Gombak Selesai



Gombak – Rata-rata penduduk Kg Tengah yang telah menduduki kawasan ini selama 55thn menarik nafas lega apabila masalah banjir di Kampung tersebut dapat diatasi selepas Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor memerintah dengan mengambil tindakan drastik untuk menaiktaraf perparitan monsoon “U” sepanjang lebih kurang 250m setiap lorong jalan.

Media di fahamkan oleh Ketua Kampung Tengah, Idrus Yusof ketika membuat lawatan turun padang kelmarin berkata, “sebelum (PR) memerintah penduduk disini sentiasa digamit hidup dengan lumpur dan banjir yang teruk diparas ketinggian lutut. Walaupun telah di ajukan masalah ini kepada Ketua Kg dan Kerajaan terdahulu (UMNO/BN) namun menjadi sia-sia sahaja kerana tiada tindakan diambil melainkan turun padang dan mengambil foto”.

Setiap kali banjir berlaku banyak kerugian yang di alami oleh penduduk disini yang rata-ratanya bukan orang yang berkemampuan. Kira-kira penduduk disini seramai 700 orang penduduk. Sebuah rumah, mereka akan menanggung kerugian akibat banjir dalam anggaran RM4000 setiap tahun. Pemasalahan ini telah mendapat perhatian oleh Y.B Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor, Pengerusi Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrasruktur Kemudahan Awam.

Setiap kali beliau turun padang melawat kawasan ini pasti akan melihat perparitan seluas 8 kaki lebar dan panjang kira-kira 150m di setiap jalan dan lorong kampung akan menggeleng kepalanya yang mungkin memikirkan masalah penduduk disini sekian lama tidak dapat diatasi oleh Kerajaan terdahulu. Alhamdulilah dalam tempoh 3 thn lebih PR memerintah akhirnya Datuk Hasan dapat menyelesaikan masalah utama penduduk disini dengan menaiktaraf perparitan di Jalan 1, 3, 5 dan 7 .

Saya difahamkan kerja menaiktaraf ini mendapat kerjasama antara Pembangunan Luar Bandar (PLB) dan Kerajaan Negeri Selangor (PR) dan peruntukkan sebanyak RM20 ribu.

Insya-allah mungkin dalam tempoh 2 minggu kerja menaiktaraf perparitan di sini akan selesai dan penduduk tidak perlu bimbang lagi apabila tiba waktu hujan kerana masalah banjir sudah di selesaikan oleh Kerajaan (PR). Semoga rakyat sendiri dapat menilai kepantasan, ketulusan pentadbiran (PR) sepanjang 3thn lebih memerintah di Negeri Selangor.

Terima kasih kepada Y.b Datuk Hasan atas kerjasama dan keperihatinan beliau terhdap penduduk di Gombak ini. Sementara itu pula Pn. Hasmah Abd Kadir, 61 thn yang telah menduduki Kg Jalan Tengah 7 selama 40 thn, berkata, “alhamdulilah setelah bersilih ganti ADUN, baru kini saya dan keluarga dapat melihat perparitan ini di naiktaraf dibawah ADUN (PR) yang diterajui oleh Yb Datuk Hasan Mohamed Ali.

Terima kasih kepada Y.b Datuk Hasan yang prihatin masalah rakyat. Beliau juga sering datang melawat kawasan ini bertemu dengan penduduk. Ini tidak berlaku kepada pimpinan terdahulu.

Harapan saya semoga dengan pembinaan parit ini masalah banjir tidak berlaku lagi. Semoga Gombak Setia akan terus di perintah oleh Kerajaan PR dan Y.b Datuk Hasan terus menjadi ADUN Gombak Setia. Kami tidak mahu UMNO/BN yang menerajui kawasan ini lagi. Cukuplah 52 thn memerintah tiada apa tindakan yang mereka dapat lakukan untuk memberi khidmat kepada masyarakat tanpa mengira parti”.

Katanya, “rumah saya berhampiran dengan parit yang seluas 5 kaki lebar dan panjang kira-kira 100 m. Dahulu kawasan ini tidak ramai penduduk, namun setiap tahun peningkatan penduduk semakin meningkat sehinggakan banyak rumah yang dibina dengan tidak mempunyai saluran perparitan. Saya dan keluarga memang penat memikirkan masalah banjir setiap tahun apabila masalah ini tidak dapat diselesaikan oleh ADUN terdahulu.

Walaupun kita tahu peruntukkan untuk menaiktaraf jalan atau perparitan ada diberi. Namun kerja-kerja tersebut tidak dilakukan. Kemanakah peruntukkan tersebut?”

“Semasa ADUN (UMNO/BN) dibawah pengurusan Y.B Yuszahari Yusoff, segala masalah penduduk tidak dapat diatasi dengan baik.

Bahkan penduduk juga sukar untuk bertemu dengan pimpinan yang di terajui oleh UMNO/BN Gombak untuk mengajukan masalah dan permohonan bantuan jika penduduk Gombak mengalami kesulitan, katanya”.

Razak Saad, 51thn anak kelahiran Kg Tengah, Gombak melahirkan kegembiraan dan rasa bersyukur kerana akhirnya peyeksaannya berakhir juga setelah 51thn menanti agar masalah banjir di kg ini dapat diselesaikan oleh wakil rakyat .

Kita sudah penat menanti berpuluh tahun boleh dikatakan setiap tahun ada sahaja penduduk ajukan masalah ini pada ADUN terdahulu namun tiada berita gembira yang di perolehi.

Bukan sahaja masalah banjir bahkan masalah pemungutan sampah, kerosakan dan sebagainya di ajukan tetapi tiada yang dapat di selesaikan.

Agaknya semua aduan penduduk berikan telah selamat masuk dalam tong sampah tanpa melihat kesusahan penduduk. “Rasa begitu kesal kerana memilih mereka sebagai ADUN dalam pilihanraya yang lalu. Ini tidak berlaku dibawah pengurusan Y.B Datuk Hasan Mohamed Ali.

Kami mudah untuk berurusan dengan beliau dan aduan yang dibuat mendapat perhatian yang wajar atas kerjasama yang diberikan oleh Ketua Kg dan Penghulu Mukim Setapak”.

Kami tidak akan dapat lupakan satu perkara setiap tahun berlaku banjir Y.B Datuk Hasan dan petugas-petugas PKM, Unit Amal Pemuda PAS Gombak akan turun padang membantu penduduk mengalihkan barang di dewan PKGS Gombak dan bantuan juga diberikan oleh ADUN.

Jesteru itu saya mewakili semua penduduk Kg Tengah merakamkan terima kasih kepada Y.b Datuk Hasan Mohamed Ali dan semua petugas beliau yang tidak jemu menghulurkan bantuan kepada penduduk tanpa mengira parti dan perkauman, katanya ketika di temui di tapak menaiktaraf perparitan Kg Tengah 1.



Editor : khaulah azwar

Mat Sabu : Umno Goyah Menghadapi PAS


GOMBAK: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyelar pemimpin UMNO-Barisan Nasional kerana menabur fitnah kononnya PAS menukar matlamatnya semata-mata untuk mengikut rentak DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

Beliau menegaskan konnsep negara kebajikan yang diperkenalkan dalam Muktamar PAS kali ke-57 adalah berteraskan Islam dan sekaligus membanteras maksiat serta penyelewengan yang kini berleluasa di bawah pentadbiran UMNO-Barisan Nasional.

"Jadi apabila kita sebut negara berkebajikan dan PAS mendokong dasar Islam, sudah tentulah negara itu berdasarkan kepada Islam," tambah Mohamad Sabu dalam sidang akhbar selepas Muktamar PAs ke 57.

Beliau berkata DAP dan PAS mempunyai prinsip perjuangan yang dipersetujui dalam konsesus Pakatan Rakyat dan tidak timbul soal parti Islam itu dipaksa untuk menerima buah fikiran DAP.

"Walaupun bunyi menentang rasuah dan penyelewengan sama nada dengan DAP tidak beerti kita terpengaruh dengan DAP sebab itu adalah slogan bersama yang dipanggil slogan umum yang tidak mahu perkara-perkara itu dan bukan kita diperalatkan oleh DAP."

Dalam reaksi spontan kepada kemenangan Mohamad Sabu semalam, media kawalan Umno dan pemimpin parti itu mendakwa PAS kini di bawah telunjuk PKR dan DAP dan semakin meminggirkan golongan ulama.

Mohamad Sabu menewaskan penyandang jawatan Nasharudin Mat Isa dan seorang lagi ulama Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk menjadi timbalan presiden baru PAS menjelang pilihanraya umum ke-13.

Mengulas mengenai tuduhan-tuduhan pemimpin Umno itu, Mohamad Sabu berkata reaksi itu mencerminkan UMNO resah kerana Pakatan Rakyat mempunyai hubungan yang rapat di antara satu sama lain dan menjadi ancaman yang semakin membesar terhadap Umno.

"Mereka bimbang apabila melihat laporan surat khabar cina dan media asing yang memberitahu pimpinan baru ini adalah merbahaya kepada UMNO," kata beliau.

Hal ini turut dipersetujui oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaafar bahawa pimpinan UMNO-BN kini berada dalam keadaan tidak keruan terhadap perkembangan ini.

"Jelas sekali mereka bimbang tetapi apa yang mereka secara tidak sedar mengakui ialah bahawa mereka mengiktiraf hubungan PAS dengan DAP dan PKR adalah amat baik dan ada persefahaman jadi percubaan mereka bahawa PAS telah dipergunakan adalah tidak tepat."

Sementara itu, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abd Aziz menyatakan segala tohmahan UMNO-BN itu hanyalah alasan semata untuk meruntuhkan dan memecah belahkan hubungan baik yang terjalin di antara Pakatan Rakyat.

"Kalau perubahan tak berlaku hasil daripada pemilihan ini, mereka akan kata sebaliknya pula, PAS tidak berubah, PAS masih lagi parti kopiah, kalau kita berubah dia kata kita macam DAP. Jadi apa yang kita buat pun kita tahu UMNO tidak akan memberi reaksi yang positif kepada PAS."

Pendaftaran PKR : ROS Puas Hati, PKR Tarik Saman


PETALING JAYA : Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyambut baik keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang berpuas hati dengan penjelasan dikemukakan dalam surat tunjuk sebab berkaitan dengan ancaman pembatalan pendaftaran PKR yang diterima parti itu minggu lalu.

Setiusaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dalam kenyataan medianya memaklumkan, pihak ROS tidak akan meneruskan tindakan tersebut.

Ekoran keputusan itu katanya, pihak parti memutuskan untuk membatalkan hasrat menyaman ROS memandangkan perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.

Sebelum ini, PKR memfailkan tindakan undang-undang terhadap ROS bagi mencabar keputusan ROS untuk membatalkan pendaftaran parti itu.

PKR menfailkan permohonan itu berikutan notis bertarikh 9 Mei lalu yang dikeluarkan ROS bawah Seksyen 13(1) dan (2) Akta Pertubuhan 1966, untuk membatalkan pendaftaran parti itu.

Ini berikutan terdapat kes kononnya PKR memecat ahlinya yang bernama A. Rajagopal tanpa dibicarakan oleh Lembaga Displin parti terlebih dahulu walhal perkara itu tidak berlaku dalam parti itu kerana Fasal 32.2.1 Perlembagaan Parti tidak wujud dalam perlembagaan PKR.

PKR mendakwa keputusan ROS bagi membatalkan pendaftaran parti itu dibuat berdasarkan niat jahat (malafide) dan bertujuan semata-mata untuk menghalang parti itu daripada mengambil bahagian dalam pilihanraya umum akan datang.

keajaiban Tuhan - Awan Lindungi Pesawat Ustaz Fadhil Noor



Marilah bersama sedekahkan surah Al-Fatiha buat Allahyarham Ustaz Fadhil Nur..semoga rohnya ditenpatkan dalam golongan para solihin..

Jalan ke Putrajaya 'makin jelas' - Nik Aziz

KUALA LUMPUR, 5 Jun: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nikmat membayangkan saf kempipinan baru PAS yang dipilih pada muktamar ke-57 parti itu semalam menjadikan jalan menuju ke Putrajaya 'makin jelas'.

Bercakap ketika ditemubual Harakah dan Harakahdaily hari ini, beliau yakin kabinet baru PAS itu mampu melakar masa depan baru untuk PAS khususnya menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

"Jalan menuju Putrajaya makin jelas.

"Jangan ada jual kad pengenalan, bagi kepada warga asing mengundi insyaAllah.

"Kalau demokrasi dijalankan dengan betul, maka tidak ada sebab PAS dan Pakatan Rakyat tak boleh sampai ke Putrajaya," katanya.

Pada pemilihan semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mengekalkan jawatan itu tanpa bertanding menerima timbalan baru iaitu Mohamad Sabu.

Mohamad menang jawatan itu terhadap penyandangnya Nasharudin Mat Isa dan seorang lagi calon bertanding, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagi tiga jawatan Naib Presiden pula, perwakilan telah memilih Salahudin Ayub, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar.

Ketiga-tiga mereka mendapat undi paling tinggi menewaskan tiga lagi calon iaitu Ust Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin.

Mengulas penyertaan Mohamad Sabu yang dilihat bakal memberi energi baru dalam saf hadapan kepimpinan PAS, beliau memberi analogi begini.

"Mohamad Sabu ni macam enjin la, drivernya Tuan Guru Haji Hadi, dan kita semua adalah penumpangnya.

"Kereta tak jalan walau enjin buka, kena driver tekan minyak juga,"katanya.

Berhubung isu ulama-profesional yang dimainkan media Umno pula, Tuan Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, ianya petanda kabinet baru itu digeruni Umno BN.

Sejak keputusan pemilihan semalam, media pro Umno sama ada internet dan media cetak, tidak putus-putus memainkan isu kepimpinan ulama dalam PAS tidak lagi diterima.

Majoriti tajuk akhbar mereka hari ini juga menggambarkan PAS tidak lagi islamik kerana mendakwa pemimpin utama didominasi kelompok profesional.

"Sebut Islam mesti berkait politik. Bila politk mesti ada kerajaan. Maka untuk ada kerajaan mesti ada profesional.

"Dalam PAS, sebut kata ulama automatik profesional, sebut profesional mesti berjiwa ulama.

"Yang menduakan barang satu ini adalah Umno, sebab dia ada profesional sahaja tiada ulama. Ulama dalam Umno kena singkir," jelasnya.


SIMFONI KASIH TAUTAN HATI