Tuesday, July 23, 2013

Rakyat Terharu Keperihatinan ADUN


Batu Caves : Terharu apabila kesusahan dan derita sakit buah pinggang, darah tinggi, kencing manis  yang ditanggung lima tahun lalu mendapat perhatian AhlI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amiruddin Shari.

Norlaila Ismail berkata, suaminya Sazali Jeffryzin  sudah lima tahun menanggung derita sakit. Semenjak suami saya di uji dengan sakit segala tugas dan tanggungjawab yang di pikul suami sebelum ini telah diambil alih oleh saya.

Sebelum ini suami normal tidak mengalami sakit apa-apa namun lima tahun lalu beliau telah disahkan Doktor mengalami sakit buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi. Suami juga pernah buat pembedahan mata. Alhamdulilah pembedahan berjaya dilakukan. Namun setiap hari sebanyak empat kali saya akan bantu suami cuci buah pinggang dirumah.

Menurutnya bukan mudah melakukan kerja cuci buah pinggang. Ia merupakan kerja yang rumit namun perlu dilakukan memandang tidak ada yang boleh membantu. Anak-anak masih kecil dan bersekolah lagi.

Jelasnya lagi, saya tidak mempunyai pendapatan yang tetap melainkan pencen  aliat suami RM1,640 untuk mencuci buah pinggang yang menelan kos begitu tinggi. Ini belum lagi kos ubat-ubatan. Untuk menambah kos saya terpaksa menjual kuih-muih tetapi pendapatan yang diperolehi tidak mengcukupi apatahlagi salah seorang anak saya telah mendapat menyambungkan pengajian di Universiti Zainal Abidin.

Alhamdulilah dengan kesusahan yang saya alami selama ini telah mendapat perhatian oleh ADUN dan (JKP) . Saya diberi peluang untuk berniaga berhampiran padang Futsall disini.

“Terima kasih kepada ADUN Batu Caves yang prihatin dengan kesusahan rakyat. Insya-Allah peluang perniagaan yang diberikan kepada saya akan di manfaatkan sebaiknya bagi menampung perbelanjaan perubatan dan kos pendidikan anak-anak.

Insya-Allah dalam masa terdekat ini saya akan mulakan perniagaan dan mengisi borang bantuan pendidikan yang diberikan kerajaan negeri untuk anak saya yang akan melanjutkan pengajian selepas Hari Raya Aidilfitri. Bantuan yang diterima sungguh bermakna dan tidak pernah dilakukan oleh Kerajaan terdahulu sebelum Pakatan Rakyat (PR) memerintah disini”, kata Norlaila kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kerusi roda, barangan dapur dan sumbangan wang tunai oleh ADUN Batu Caves.

Sementara itu, Amiruddin  Shari merangkap  Timbalan Exco Belia dan Sukan pula berkata, saya benar-benar rasa simpati atas kesusahan yang di alami oleh Norlaila dan suaminya. Sebelum ini telah saya berikan cadangan kepada (JKP) dengan mencari rakyat yang susah untuk membuat perniagaan berhampiran padang Futsall. Dengan inastif tersebut sekurang-kurangnya beliau dapat menyara suami dan anak-anak.

Insya-Allah saya akan sumbangkan dana sebanyak RM20 ribu untuk membantu mereka membuka perniagaan disini. Dengan bantuan diberikan jelas membuktikan Selangor mengamalkan Negara berkebajikan,  kata Amiruddin. 

Turut menerima sumbangan kerusi roda, barangan dapur dan wang tunai Norhayati Hamzah yang mengalami sakit buah pinggang , darah tinggi.

Selain menyampaikan sumbangan majlis tahlil arwah turut diadakan bagi meraikan keluarga tersebut.

Editor : Khaulah Azwar




Anwar Bantah Pelantikan Shafee, Kes Rayuan Liwat II Ditangguh

PUTRAJAYA, 23 JULAI : Keputusan pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di tunda. Mahkamah Rayuan Putrajaya  semalam bersetuju untuk menangguhkan prosiding rayuan tersebut.
Keputusan itu dibuat tiga panel hakim, Datuk Ramly Ali, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Datuk Mohd Zawawi Salleh pagi tadi berikutan peguam utama Anwar, Karpal Singh disahkan tidak sihat dan sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana sakit tulang belakang.
Mahkamah menetapkan 1 Ogos ini untuk pengurusan kes.
Kira-kira jam 9 pagi Anwar tiba di perkarangan mahkamah  dengan ditemani isterinya, Datin Seri Wan Azizah Ismail dan diiringi Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli serta Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Sementara itu, Anwar ketika ditemui di luar kamar mahkamah berkata, pihaknya menghantar notis bagi membantah keputusan Kerajaan yang melantik peguam, Datuk Shafee Abdullah sebagai Ketua Pendakwaraya dalam kes ini. Pelakuannya tidak profesional sejak 1998.
“Kita beri notis untuk membantah keputusan Kerajaan Umno-BN kerana melantik Datuk Shafee Abdullah yang sememangnya telah dituduh terlibat dalam kes prosiding ini sejak awal.
“Ketiadaan pendakwaraya yang sesuai untuk meneruskan perbicaraan ini tidak boleh dijadikan alasan bagi melantik seseorang yang terlibat dengan perbicaraan menentang saya di dalam dan luar mahkamah,” kata Ketua Pembangkang itu merujuk peranan Shafee dalam kes liwat I yang menyaksikan beliau dibebaskan Mahkamah Persekutuan pada 2004.
Anwar menegaskan,  Ram Karpal Singh akan menyerahkan notis ini kepada mahkamah bagi membantah pelantikan Shafee.
“Kita tidak boleh memandang ringan perkara tersebut kerana saya percaya ada motif politik yang besar dalam kes ini.
“Peguam Negara tidak mahu selesaikan kes lain, tetapi cuba hendak mengganggu karier politik saya,” ujarnya.

Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI