Friday, March 18, 2011

Pejuang-pejuang Seni Rock Bersama PR



PANDAN INDAH - Sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke- 13 (PRU-13), Konsert Nostalgia Rock 2011 telah diadakan di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) baru-baru ini.


Pengarah Program, Jafrien Mohammed berkata, konsert anjuran Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 2 dan MPAJ dengan kerjasama MRKFC Music House itu dihiburkan oleh artis-artis legenda rock Malaysia 80-dan 90-an.

Menurutnya, konsert julung kali diadakan itu adalah untuk mengumpul dana bagi PKR Gombak sebagai persiapan menghadapi PRU Ke-13. Dana itu adalah perjuangan kita menegakkan kebenaran dan keadilan buat rakyat.

Sementara itu, Mohammad Faizal B. Ismail, 37thn PeBT 15 berkata, “Konsert ini bukanlah gimik politik semata-mata, tetapi sebagai satu mesej perjuangan yang disampaikan melalui hiburan kepada masyarakat". Ini juga membuktikan pejuang-pejuang seni sentiasa menyokong Pakatan Rakyat (PR).

Apa yang kita lihat golongan belia dan artis-artis juga tidak ketinggalan mengikuti program-program yang diadakan dengan pihak masjid juga. contonya semasa sambutan Maulidur Rasul di Masjid Amaniah kita dapati golongan beliawanis, artis-artis juga hadir bersama untuk meraikan program ini.

“Dengan cara berhibur sambil bersantai, mesej dapat disampaikan dengan lebih berkesan lagi. Konsert ini juga turut menyelitkan mesej yang baik kepada generasi muda supaya mengamalkan gaya hidup sihat,”

Beliau yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK Batu Caves) berkata, pada masa sama, konsert itu juga bertujuan membantu artis-artis menjana pendapatan tambahan mereka.

Katanya, selepas mereka mencipta dan menghiburkan masyarakat dengan lagu yang penuh nostalgia, tiada seorang pun yang tampil membela dan membawa artis-artis ini ke hadapan.

Alhamdulilah daripada artis-artis yang hadir malam ini mereka merasakan terharu apabila mendapat undangan daripada Kerajaan PR untuk bersama mereka.

“Selain berhibur, kita berharap lagu-lagu di persembahkan pada konsert itu dapat mengembalikan semula nostalgia pendengar dahulu yang mengikuti zaman muzik rock pada era 80-an dan 90-an,” katanya.

Katanya, "antara artis yang memberikan persembahan pada malam tadi adalah Afee vokalis kumpulan U-Topia, Blank dari kumpulan Gamma, Dwan dari kumpulan Olan dan Burn bersama kumpulan Meditasi".

Menurutnya, sekiranya konsert itu mendapat maklumbalas menggalakkan, beliau bercadang menganjurkannya sebagai program tahunan dengan menggunakan muzik untuk mendekati masyarakat.

Antara tetamu kehormat yang hadir pada konsert itu adalah Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amirudin Shari, Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia dan ahli majlis dari MPAJ, MPS, MBSA dan MPPJ.




Editor :khaulah azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI