Thursday, January 27, 2011

Jelaskan kepada rakyat Mengapa Bantuan Buku Sekolah 1 Malaysia boleh digunakan



Kg Mahkota - Pemberian Buku Sekolah Latihan percuma oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) kepada rakyat yang berpendapatan rendah RM1500 kebawah, fakir miskin dan OKU telah dijadikan bahan politik oleh Ketua Penerangan Pemuda UMNO-BN, Zainurin Jubri didalam kenyataan akhbar sinar baru-baru ini.

Kenyataan beliau telah disangkalkan oleh Yang dipertua PAS Kawasan Selayang merangkap Penyelaras DUN Tmn Templer, Tn Hj Mohamad Abd Rahman.

Menurutnya UMNO/BN sering mencari kesilapan pentadbiran kerajaan PR yang tulus untuk membantu rakyat selangor. Mereka sering membuat publisiti murahan agar rakyat terpedaya degan retorik mereka yang sudah kering isu.

Pemberian buku latihan percuma di setiap DUN 140, 000 unit buku untuk disalurkan kepada rakyat bukanlah untuk politik. Kalau kita perhatikan sebetulnya terpapar Lagu Negeri Selangor dan hanya meletakkan Terma Hak Rakyat Untuk Rakyat.

Mohamad menjelaskan lagi, disini apa yang kita lihat pihak kerajaan PR hanya meletakkan tawaran-tawaran yang diberikan kepada rakyat seperti Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Skim Mesra Usia (SMUE), Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC), Bekalan Air Pecuma bagi 20m, Hadiah Anak Masuk Universiti, Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang, Program Peningkatan Hasil Bahan Mineral & Galian, Skim Mikro Kredit.

Ini semua bertujuan agar rakyat peka dengan tawaran-tawaran yang diberikan oleh Kerajaan PR selama 3thn memerintah seperti yang termaktub dalam manifesto PRU ke 12 yang lalu. Janji PR telah ditunaikan kepada rakyat dan kita nak rakyat tahu.

Semua Hasil yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri ini dipulangkan kepada rakyat untuk kita kongsi bersama rakyat. Kita tidak mahu rakyat tertipu dengan pentadbiran UMNO-BN selama 50thn memerintah. Mereka rahsiakan semua hasil yang mereka dapat. Yang hanya tahu hanyalah kroni-kroni UMNO-BN sahaja dan akhirnya rakyat yang menderita, katanya.

Ujarnya lagi, sebulan sesi persekolahan telah bermula pihaknya dan ketua kg Mahkota, En Zainal Abidin telah menerima aduan daripada beberapa penduduk disini menyatakan bahawa pihak sekolah tidak membenarkan pelajar-pelajar menggunakan buku latihan yang diberikan oleh kerajaan Negeri. Ini sepatutnya tidak harusnya berlaku. Mengapa kita nak menghukum anak-anak yang tidak berdosa. Janganlah kita membabitkan pelajar-pelajar pula untuk berpolitik. Kalau pihak sekolah rasa jijik sangat nak tengok Logo Negeri Selangor apa salahnya minta pelajar balutkan buku tersebut.

Dengan tindakan yang dilakukan oleh pihak sekolah atas arahan Kerajaan Pusat UMNO/BN telah memberi bebanan kepada ibubapa/penjaga pelajar untuk membeli buku baru di pasaran yang tentu harganya mencecah RM 1.20 sebuah.

Bagaimana mereka ingin mencari pendapatan lebih sekiranya mereka mempunyai 5 orang anak yang sekolah untuk membeli buku baru lagi. Yuran Sekolah anak-anak dan pembelanjaan lain juga hendak diuruskan. Ekonomi negara pada masa ini tidak menggalakkan rakyat untuk berbelanja lebih. Rakyat ikat perut apabila harga barang keperluan asas dinaikkan mendadak. Semoga pihak kerajaan pembangangkang UMNO-BN janganlah melibatkan guru-guru sekolah untuk turut bermain politik kotor mereka, ujarnya dengan kesal.

Katanya lagi, "Berfikiran positiflah dalam setiap pemberian yang diberikan orang / kerajaan PR. Kita beri untuk membantu meringankan beban rakyat tiada maksud lainpun".

Disini saya juga ingin minta pihak tersebut kemukan peraturan undang-undang menyatakan salah penggunaan logo Negeri Selangor, Lagu Negeri Selangor dan tawaran-tawaran yang disenaraikan dalam kulit buku ini. Kalau ada tolong kemukan, jangan hanya cari salah pentadbiran kerajaan Negeri.

Kalau mereka cari salah pengurusan pentadbiran Kerajaan PR, disini kita juga ingin mengemukakan aduan rakyat iaitu pemberian buku teks yang diberikan oleh pihak sekolah dimana hampir semua buku teks, buku latihan dan buku nota, senarai pembelian buku tulis juga diletakkan logo 1 malaysia . Disini apakah maksud mereka pula?

Pihak Kerajaan PR tidak menyekatpun penggunaan logo 1 malaysia yang dibawa masuk oleh UMNO-BN di sekolah-sekolah walaupun Kerajaan PR yang memerintah sekarang . Kita juga ingin tanya dimanakah arahan dari peringkat persekutuan semasa semua buku rampaian latihan yang hendak dicetak mestilah menggunakan lambang 1 malaysia. Lambang lain tidak dibenarkan guna. Kalau ada sila kemukan bukti undang-undang tersebut. Inilah yang kita kesalkan.

UMNO-BN sentiasa mencari kesilapan, Kerajaan PR yang memerintah dengan memberi hukuman kepada rakyat yang tidak berdaya. Rakyat acapkali ditindas oleh Kerajaan Pusat UMNO/BN akibat kekalahan mereka dalam PRU ke 12 lalu.

Kita harap semoga pihak pengurusan sekolah terutamanya guru-guru yang berjiwa pendidik menggunakan kebijaksaan berfikir. Fikirkan masa depan anak-anak murid mereka yang miskin tetapi mereka cemerlang dalam pelajaran. Atas kemiskinan ini keluarga mereka tidak mampu untuk membeli buku dan peralatan sekolah yang lain. Katanya dengan kesal semasa pertemuan takimat Pemberian Bantuan Pendidikan di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Tmn Templer disini baru-baru ini.


Editor :khaulah azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI