Friday, January 13, 2017

Rawatan Pemulihan Dadah dan Ketagih Daun Ketum Februari 2017

Alhamdulilah atas permintaan ramai ibubapa / penjaga. Pusat Rawatan Alternatif Umi Sue insya-allah akan meneruskan agenda perubatan bagi merawat peserta yang telah terlibat dalam najis dadah. 

Insya-allah tarikh bagi rawatan seterusnya adalah seperti berikut:

Tarikh : 1/2/2017 - 10/2/2017

11/2/2017- 20/2/2017

21/2/2017 -2/3/2017 

PENDAFTARAN KINI DI BUKA. Hubungi 011-27824633 / 03-61772506

Umur : Remaja, Belia dan Warga Emas

Janitina Peserta: Lelaki dan Wanita. 


Kediaman, makan akan diuruskan oleh pihak kami. Peserta hanya perlu bawa pakaian solat, pakaian harian, selipar, kasut sukan. 

Kaedah rawatan kami mengguna  Rawatan Tradisional , perubatan Islam dan alternatif yang menggunakan kaedah  "Berdoa, Berusaha dan Bertawakal". 
 
Peserta akan di beri rawatan Selama  10 hari (5 hari pertama pemulihan) dan 5 hari kedua (Aktiviti tahan lasak, rohani bimbingan dan kaunseling). Peserta akan diberi minum Air Kelapa muda yang telah dibacakan dengan ayat-ayat suci Al Quran / Ruqqyah yang tertentu serta telah di bacakan dengan Doa-Doa khusus,masa minum air kelapa tersebut ialah pada waktu pagi ketika perut masih kosong lagi. 
Selalunya tidak sampai setengah jam  setelah diminum, peserta  akan muntah. Selain mengeluarkan kotoran, ia turut membawa keluar racun dan bisa-bisa badan akibat menagih. Rawatan pada tahap ini juga turut diselang-selikan dengan rawatan mengeluarkan iblis dari tubuh si penagih .
Seterusnya kaedah pemulihan dadah kini sampai pada tahap terakhir, iaitu Tahap Bimbingan. Pada tahap ini biasanya dilalui oleh si penagih pada 5 hari terakhir rawatan, yang mana pada tahap ini  akan difokuskan dalam bentuk bimbingan  pendekatan Kerohanian dan Psikologi dan ia akan berlarutan sehingga ke hari yang ke 10, yang mana dengan izin Allah, pada hari yang terakhir ini, si penagih biasanya sudah pulih sepenuhnya dari ketagihannya dan sudah boleh pulang ke rumah.


Alhamdulillah, setakat ini Allah Taala telah mengizinkan kami untuk mengikhtiarkan penyembuhan terhadap pelbagai peringkat usia penagihan dadah, dari awal peringkat usia belasan tahun sehinggalah ke peringkat usia yang sudah bergelar datuk. Para penagih yang akan menjalani rawatan mestilah untuk tinggal selama 10 hari di kediaman yang disediakan.
Suasana rawatan yang selesa.  Kami akan beri fokus kepada  10 orang sahaja  untuk dirawat pada satu-satu sesi rawatan. Keadaan ini adalah bertujuan supaya konsentrasi dan fokus yang mantap dapat ditumpukan sepenuhnya sepanjang proses rawatan ini. 

Alhamdulillah, dengan izin Allah setakat ini  kami merupakan antara pengamal perubatan kaedah alternatif, tradisional secara Islam yang berjaya menawarkan kaedah rawatan ketagihan dadah hanya dalam masa 10 hari sahaja, dengan syarat kerelaan untuk berubat adalah datangnya betul-betul dari hati si pesakit dan bukannya atas dasar paksaan dari sesiapa. Kaedah yang di tawarkan ini agak unik jika dibandingkan dengan kaedah-kaedah rawatan yang lain.

Sebenarnya masalah ketagihan dadah ini adalah satu sikap hidup yang salah.Pada permulaannya ianya dianggap penyelesai masalah hidup atau satu cara mencari ketenangan hidup.Kemungkinan pada peringkat awalnya ianya seolah-olah penenang jiwa, namun lama- kelamaan ianya telah bertukar menjadi racun dan perosak kepada diri dan kehidupan.Disebabkan ketagihan dadah telah ramai jiwa yang telah musnah,telah banyak kehidupan yang telah hancur serta si penagih seolah-olah sudah tiada harapan untuk hidup sempurna.Bahkan telah banyak nyawa telah melayang  akibat dari sikap penagihan dadah ini.

Oleh yang demikian itu Pusat Rawatan kami  akan berusaha sedaya upaya mungkin untuk menyedarkan kembali si penagih dari dunia khayalannya serta akan menanamkan keimanan yang kuat dan tepat dengan kehendak Allah s.w.t. Insya ALLAH  si penagih akan  dapat kembali ke pangkal jalan kebenaran sekiranya dia bersungguh-sungguh dengan sepenuh hati menjalani rawatan ini zahir dan batin.Sesungguhnya perbuatan ketagihan dadah ini adalah satu dosa yang wajib ditaubati.Jika tanpa niat bertaubat dengan seikhlas hati maka sukar sesaorang penagih itu untuk lepas dari jerat dadah yang membinasakan ini.


Yakinlah bahawa sesungguhnya ALLAH s.w.t  maha menerima taubat hambanya sekali pun dosa hambanya itu setinggi gunung.Kembalilah wahai saudara-saudaraku kepada jalan dan cara hidup yang bersih,tenang lagi diredhai Ilahi.Ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini teramatlah singkat dan kita akan mati.Setelah mati kita akan berhadapan dengan satu kehidupan yang kekal abadi, di sana ada pembalasan NERAKA dan SYURGA. Ketahuilah bahawa NERAKA itu penuh dengan azab sengsara yang teramat azab, manakala SYURGA itu penuh dengan nikmat yang tiada tolok bandingnya.Burulah SYURGA dan Jauhilah NERAKA.

Pesakit di beri minuman air kelapa muda yang telah di ruqqyahkan bagi membuang bisa dan racun dadah

Kasihanilah dan ingatlah ibu/bapa/adik-beradik serta anak isteri yang masih menyayangi dan memerlukan kita.Mulakan langkah dari sekarang untuk berubah dengan menjalani rawatan pemulihan yang ditawarkan ini. Semoga anda berjaya di Dunia dan Akhirat.....Aminnn.
INSYA ALLAH Pusat Rawatan kami bersedia untuk membantu anda  bebas dari belenggu  ketagihan dadah.
Di mana ada kemahuan , di situ ada jalan penyelesaiannya. Insya Allah anda akan dapat merasai ketenangan dan kedamaian hidup yang anda impikan selama ini.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI