Sunday, July 1, 2012

Grand Reunion SMVPR 2012, Kerana Kerja Terabai Kasih Sayang Ayahbonda



Berakhir juga epilog sebuah penantian Grand Reunion (GRU) SMVPR sesi 2012  untuk menghimpun semua mantan Guru-guru dan pelajar 1970an sehingga 2011 apabila Majlis Reunion berakhir dengan penuh gembira dan diredhai Allah SWT. 

Hati mana yang tidak tersentuh apabila mengingat memori lama di Sekolah yang banyak menyimpan 1000 kenangan manis dan pahitnya. Sekolah SMVPR yang banyak mencatat kejayaan atas didikan yang diberikan insan bergelar Guru (Ayah/Ibu). 

Kalau dulu ada pelajar  tidak cemerlang dalam SRP tetapi apabila menjejak kaki ke SMVPR mereka mampu beri keputusan cemerlang.

Sekolah ini juga banyak menjadi juara. Seingat ana semasa batch ana je sudah banyak kali masuk televesyen kerana menang dalam ladskap antara semua sekolah vokasional peringkat seluruh Malaysia. 

Dan tahun 1994, ana juga merupakan pecah rekod antara keputusan SPM melonjak tanpa disangkakan, terima kasih buat ayahbonda SMVPR, terima kasih yang tidak mampu dibalas apa-apa walaupun diberikan intan permata, hanya doa sering dipanjatkan agar jasa baik dan pengorbanan kalian mendidik kami diberikan kebaikan dunia akhirat oleh ALLAH SWT, amiin ya rab.  
Sibuk Mencari Nama di kaunter Pendaftaran

Setelah berpuluh tahun, berbelas tahun semua mantan Guru-guru dan pelajar terpisah, 30 Jun, 2012 mencatat segala kenangan kembali. Alhamdulilah, dimudahkan segala urusan. 

Dalam tempoh seminggu, ana masih tidak dapat buat keputusan, samada nak pergi atau tidak disebabkan terjadi insiden yang tak diingi. Ummi pula tak pergi sekali rasa satu kekurangan..

Sampaikan ana minta tolong pada adik junior  batch 94-95 (Nora) untuk sampaikan sesuatu pada Murabbi ku (Ustaz). 

Namun akhirnya Jumaat 29 Jun, 2012 malam, dalam majlis perpisahan penghulu mukim setapak, kesibukan acara silat,  fikiran ana bertukar, dan nekad meluangkan masa untuk bersama ayahbonda  yang dikasihi dan rakan-rakan yang terpisah. Kerja yang telah dimulakan perlu diakhirkan dengan baik. Ana ketepikan urusan peribadi dan kerjaya ana. 
Walaupun bersilat, fikiran melayang teringatkan Ayahbonda SMVPR

Ana tidak mahu, guru-guru  yang banyak memberi didikan sempurna, mereka jugalah pengubat saat suka dan duka, memberi ubat ketika sakit saat berjauhan dengan ayah ibu ketika bergelar pelajar suatu ketika dulu, terasa hati.  Jangan sampai ada yang berkata ,‘ Kerana kerja Terabai Kasih Sayang dan Cinta, nauzubillah”. 

Benarkah Sibuk??

Ana teringat kisah Nabi Muhamma SAW, melihat ahli keluarga baginda.  Baginda seorang pemimpin yang paling sibuk. Baginda sibuk berdakwah, mendidik, membimbing dan memimpin umat, bukan sahaja menyampaikan kesejahteraan duniawi, malah ukhrawi. 
Kenangan terakhir meraikan Penghulu Setapak paling spoting.

Betapa sibuk baginda tetapi masih dapat meluangkan masa berkuantiti dan berkualiti untuk keluarga, anak, cucu, dan sahabat serta orang-orang terhampir. 

Ana terbayangkan juga Baginda pernah berlumba dengan isterinya membantu kerja rumah, bergurau dengan cucu, menjahit, menampal pakaian kasut sendiri, menonton bersama keluarga dan sahabat handai dan banyak lagi. 

Jika kita kononnya dikatakan terlalu sibuk sehingga tidak sempat bersama –sama dengan keluarga, orang yang kita kasihi, Majlis-majlis yang diusahakan untuk berhimpun merapatkan ukhwah antara guru-guru dan pelajar, cubalah kita muhasabahkan diri, “apakah kesibukan kita melebihi kesibukan Rasululllah SAW?”.

“ Besar dan sangat pentingkah tugas kita atau peranan kita berbanding pranan tugas seorang Rasul? Biarpun Nabi Muhmmad SAW merupakan seoran Rasul, Baginda masih mempunyai masa, tenaga dan perhatian untuk membina keluarga bahagia dan merapatkan ukhwah sesama insan.  Bagaimana dengan kita??
Pilihan AJK Alumnai SMVPR

Alhamdulilah, terima kasih Ya-Allah kerana memberi kesedaran pada ana untuk membuat keputusan terbaik. 

30 Jun, 2012, kira-kira jam 8.15 pagi ana khidmat diri..minta kebenaran pada bondaku dan terus SMS pada ummi yang jauh mohon agar didoakan keselamatan perjalanan ini. 

Rasa tak sabar, lambaian kasih sayang Ayahbonda SMVPR melambai-lambai minta pulang ke pangkuan mereka. 

Kadangkala rasa macam tak happy bila terkenangkan ummi yang tak dapat hadir bersama. Namun ana faham ummi ada urusan yang perlu dilaksanakan kerana akan berangkat ke Brunai (Negeri yang amal konsep ISLAMIAH, ana teruja negeri ini, sudah lama tak menjejaki bumi ini). Doa ana moga segala urusan ummi dimudahkan ALLAH SWT. 

Bersama Seniour 1974-Den tak Lahir lagi..

SMS ummi diterima, kata-kata ummi, ana sematkan dalam hati, semoga apa kita lakukan adalah Fisabillilah..  SMS ummi dan ana yang sentiasa berikan peringatan antara satu sama lain, “agar tidak tersasar dalam landasan kehidpun sebenar 

"Sungguh manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal solih yang ingat mengingati kearah kebenaran {Al-Asry}, insya-Allah ummi. Moga Allah sentiasa melindungi  kita.  

Ana jemput K. Jah, mantan guru anak buahku (nana di PASTI) untuk bersama dalam majlis ini. Kira-kira 9.30 pagi bertolak dan sampai 11 pagi. Maklum pada bonda dan ummi sudah selamat sampai ke bumi SMVPR. He..he^_^ sampai-sampai kereta ana di cuci adik-adik SMVPR.. 

Disana jelas kelihatan kesibukan buat persiapan, ana terus mencari Ustaz, dan guru-guru lain. Mungkin ramai yang akan hadir belah malam nanti acara grand..
Bersama Adik Nora, Saf 5..asyiknya bercerita. Masih setia bersama ku

Rasa gembira melihat semua beberapa Guru-guru, mantan-manatan pelajar yang bertemu, berpelukan, bergurau, setiap kali bertemu hilai tawa menyerikan suasana. Mengingat ruang-ruang yang dilalui di SMVPR banyak bertukar wajah namun semua ingat apakah kawasan ini. 

Semakin ramai apabila pendaftaran  bermula 3 petang. Ketika ana sibuk di  kaunter pendafaran, ramai yang duk menegur.. adik-adik junior ku, ha… kak ni ulat buku..mana best friend akak?? Ana fahamlah siapa dimaksudkan tu, (Rubaizah, Nik).. ana hanya tersenyum dan jawab, waallahhualam, lost contact, harap mereka hadir.. 

Ana belek-belek senarai nama, harap sangat dapat jumpa K. Faiz.. sampai termimpi-mimpi padanya.. Ketua Pelajar Seniour ana, memang kami rapat. 

Dalam kesibukan itulah, terima SMS ustaz minta info program. Ei.. macam tak dapat informasi je ustaz.. ana faham keadaan ustaz.. lepas tu dapat pula SMS Angah, kata tak dapat kad Majlis..erm. ana cakap mungkin sekolah hantar rumah wan di Kampung. 

Angah dan wan minta balik kampung jika sempat sebab Uda buat majlis Aqiqah. Erm.. rasa nak je kerat  badan ni dibuat agar semua dapat “attend”. Ana mohon maaf buat wan, tok wan dan angah kerana tak sempat bersama.
Disamping Angah, Wan dan Tok Wan Rasa Bahagia disini.
Insya-Allah “before” Ramadhan kita bersama tautkan ukhwah ini. 

Terima kasih Ya-Allah kerana kurniakan ana insan-insan yang sering membimbing diri yang lemah. 

Waktu pendaftaran- hujan sangat lebat, mesyuarat perlantikan AJK Alumni SMVPR diadakan. Namun ditangguhkan apabila dewan terlalu penuh dan tak mampu mengawal keadaan, bisingnya ya rabbi. Harap Pengerusi yang telah dilantik dan sekolah akan buat perlantikan khas seperti yang diberi mandat semua pihak. Insya-Allah. 

Nora, melambai ana.. terubat kerinduan pada adik juniorku. 3 Hari nak reunion baru dapat berhubung melalui Fb, dan SMS. Kami lost contact selepas tinggal bumi SMVPR. 

Bila lihat adik sorang ni teringat kisah lama kami. Ana yang susah untuk menerima.. namun ana yakin, sahabat ana, (Fiza) mampu mengubat nya.. haha.. agaknya nora memendam lagi perasaan tu..really sori nora..
Seniour 1974..Ei. depa dah peringkat Pakcik dan tok wan

Namun begitu, pertemuan kali ini, macam-macam yang dibual. Melihat telatah anak-anak nora yang mencuit hatiku.. Alhamdulilah, dia juga fikrah sama ku.. 

Ada hikmahnya nora..sabar dan teruskan usaha untuk itu..kita akan luangkan masa untuk berbuka puasa suatu hari nanti, mengeratkan ukhwah ini kembali. Pujuk ana padanya. Menjaga hati semua orang walaupun hati kita sering terluka.

Riuh lagi, apabila bertemu dengan adik Junior ku, Elva Maisarah, Along, Bomba, Fazli dan senior-senior ana lain. Kami duduk dekat “gazebo” berdekatan pintu masuk asrama aspura dan aspuri. 

Bangunan yang banyak bertukar wajah, dan perlu  dicat lebih menarik. Hi, terdetik dihati nak membantu..ana terus cakap adik-adik, kalau siapa rasa nak membantu boleh lah hulur-hulurkan bantuan kewangan untuk mengecat sekolah asrama kita ni.. harap ada respondnya nanti. 

Ana di fahamkan guru-guru peruntukan kerajaan takde untuk mengecat sekolah.. pelik betui tapi itulah hakikatnya.. “must to be changed PRU13”.
Korang ingat Den lagi tak???

Mereka jumpa, ada yang cam, dan ada yang tak cam ana. Tapi bila ditegur barulah teringat lah.. ustazah ulat buku.. (adui..malunya ana dibuatnya..nasib baik gelaran yang boleh diterima).. 

Elva, along macam tu lah perangai depa, nakalnya masih tak hilang lagi, Fazli yang ana kenal adik yang pemalu, kalau jumpa ana tersipu-sipu nak menegur.. Ana ni lagi le, berat mulut nak bercakap kalau orang tak tegur.. ni masa sekolah dulu lah. 

Fazli buat kami ketawa, bila lihat badannya yang semakin membesar tesemput-semput naik bukit. Terkeluar katanya, hu^__^ hu..  nilah perjalanan yang begitu jauh dirasakan, mau berat badan den turun 10 kilo.. haha…
Bersama Nora (su) alhamdulilah baru dpt jumpa 3 hari b4 Reunion

"Kak  ulat buku.. tolong lah  lap peluh saya.. mau je ana siku kepala dia ni.. mengada-ngada.. salah orang le ekau ni.. Gurau nakal adik-adik mencuit hati". Mreah padam muka ana dibuatnya..

Nora macam tulah dia, walaupun dah berumahtangga, manjanya tak hilang lagi. Nak balas dendam kot dekat ana.. masa sekolah tak ada masa nak pk itu semua.. Fikiran ana teringatkan ummi, teringatkan adik ana (as) kak Ita,  datang ke dia, Cikgu Rosmidah Hashim... antara guru yang paling akrab denganku??? 

Alamak, rasa macam tak dapat ikuti majlis sampai malam coz K.Jah nak balik KL.. SMS tak henti-henti masuk..kadang-kadang penat nak layan, tapi dalam keadaan masa dan kesihatan tak mengizinkan ana terpaksa tinggalkan SMVPR dengan berat hati. 
Happpy bersama teman2.. Nice Picture.

Terasa hangat pelukan adik-adik ana, gengaman erat tangan mereka seolah tidak mahu ana berundur. 
Ei..  ana lihat mata mereka, berlinangan air mata mereka.. 

Dah tak tau nak cakap apa, insya-allah moga kita bertemu kembali.

Nora terus ingatkan ana, kak nanti jangan lupa datang rumah, kita buka puasa sama-sama ye. Rindu sangat. Ana angguk, insya-Allah moga Allah beri masa untuk itu. 

Tak sedar sudah jam 7 malam, harus gerak ke KL. Tak dapat ana bersama, bonda ku tinggal dengan anak buah je, adik ana yang merupakan mantan pelajar 98-99 tak dapat hadir kerana kursus di perak. So, nak atau tidak ana kena balik jaga bonda pula.

Nora, ana, Fazli, Along dan Elva.. adik2 yg nakal.

Harap walaupun tak dapat penuhi masa untuk  akhirnya dalam majlis yang penuh berkat ana, harap amal ini diterima. 

Nak keluar pintu SMVPR, cikgu Haslinah famly pula tahan kereta ana, cikgu Haslinah gengam tanganku, tegur ana.. rasa sedih nya tak dapat bersama mereka.
Ana cari ustaz, dapat jumpa pagi je, lepas tu ustaz cakap akan datang 6 petang, nak jumpa anak-anak semua.. insya-allah kita jumpa nanti ye anti.. kata ustaz pada ana. Ana angguk je masa tu..

Dah 7 malam, puas ana cari  ustaz  untuk sampaikan sesuatu namun tak dapat jumpa.

Ana serahkan kembali pada nora agar amanah ini diberikan pada ustaz.
Pak Li (along), masih seperti dulu..

Doa ana, moga akan adanya lagi, majlis umpama ini kembali. Maafkan ana ayahbonda kerana masa sangat mengcemburi ana. Ini sahaja yang mampu ana lakukan.

Dalam perjalanan balik ke KL, ana cuba muhasabahkan diri lagi, mengapa tidak disinergikan antara cinta keluarga dan kerjaya? 

Kenapa tidak dirasakan bahawa keluarga, guru-guru, dan orang yang kita kasihi merupakan KLIEN yang paling utama dan pertama untuk dilayani dan di puaskan hatinya.

Sesugguhnya kejayaan membina cinta dalam rumahtangga, guru-guru dan orang yang dikasihi adalah modal atau kekuatan utama membina kejayaan dalam kerjaya.Tanpa mereka kita tak mampu jadi begini..

Masa, tenaga dan modal perlu di laburkan telebih dahulu untuk mereka. Carilah ketenangan dalam kehidupan ini dengan bersama mereka, Insya-Allah ketenangan, kekuatan itu akan kita bawa dalam syarikat atau organisasi tempat kita bekerja. 
Murabbi ayahnda yang dikasihi, sentiasa tenang dlm hadapi ujian

Ingatlah sentiasa, CINTA boleh “membeli” harta tetapi tidak sebaliknya, jangan kesibukan kerjaya sehingga kasih sayang itu semakin hambar dan ada yang rasa diri terabai sedangkan ia adalah amanah Allah berikan pada kita, hargailah ia dengan sebaiknya selagi mereka masih bernyawa, waallahhualam.. 

Akhirnya tahniah buat semua warga SMVPR, AJK-AJK yang bertungkus lumus menjayakan Majlis walaupun semua sibuk, walaupun duduk jauh namun bila dipanggil mesyuarat semua memberi komitmen yang tinggi. 

Tahniah bagi yang hadir dan Takziah yang tidak dapat bersama, insya-Allah kita akan bersama lagi dalam Next Program..   

Suka ana cadangan program terdekat Ihya Ramadhan ataupun kita adakan Majlis Sambutan Hari Raya Aididlfitri GRU SMVPR tahun ini, insya-Allah..
Bonda di Kashi, Rusnah, redup wajahnya beri kekuatan.

Ana tabik le, bagi senior –seniour 70-an, 80-an yang bergelar tok, wan mampu hadir  bawa cucu, cicit mai SMVPR walaupun duduk luar negeri Sembilan,  tapi yang muda-muda ni masya-Allah macam-macam alasan.. Muhasabah diri,  perlunya kita sentiasa jadi yang terbaik kerana itulah ciri-ciri orang beriman. 

Simfoni Kasihku, berbagai persoalan dimalam hari 2:30 pagi- 1 Julai, 2012 -

Teringatkan gosip adik2 tentang ummi.. kenapa mereka boleh tahu, mungkin mereka lebih akrab dengan ummi, sering berhubung.. lebih banyak tahu apa yang berlaku.  Semakin kerdilnya ana untuknya.. kenapa perlu ada rahsia..:(

Kenapa Najib Jadi Sibuk Hari Ni, macam Cacing Kepanasan??


Malam  tadi PM,  Najib Razak bersama isteri dan beberapa menteri kabinet menjadi tetamu agung kepada majlis perkahwinan anak seorang korporat terkemuka di Selangor. 

Turut sama menjadi tetamu ialah beberapa orang sultan termasuk Yang di-Pertua Agong, Raja Nazrin Shah, Raja Muda Perlis, Sultan Kelantan dan lain-lain.

Kalau mengikut hukum Najib bukan lagi harus tetapi wajib kena menghadirinya kerana tidak manis majlis dihadiri raja-raja Najib 'pulaukan'. 

 Tetapi entah kenapa, bala apa yang menimpa dan musibah apa yang hendak datang, Najib membatalkan kehadirannya di saat-saat akhir. Katanya malam tadi beliau memaklumkan kepada tuan rumah tidak dapat hadir.

Beliau menyerahkan kepada isterinya untuk menjadi pengganti. Dalam kata lain Rosmah memangku kedudukannya sebagai tetamu berstatus perdana menteri majlis itu malam ini. 

Pembatalan ini satu kemujuran kepada Rosmah kerana sudah pasti dia akan berada di kiri agung dalam majlis itu nanti.

Menteri-menteri lain yang turut menjadi tetamu juga ikut sama mengambil tindakan serupa. Rais Yatim sebaik mendapat tahu Najib membatalkan kehadiran, dia adalah menteri pertama berbuat demikian. 

Kemudian diikuti oleh Husni Hanadzlah, Shafei Apdal dan beberapa yang lain. Sehingga catatan ini dipostkan Ismail Sabri Yaacob yang juga diundang masih belum membatalkan notis kehadirannya di majlis berkenaan.

Ekoran tindakan mengejut Najib itu, tuan rumah katanya menjadi kelam kabut. Pejabat korporat berkenaan kini sedang bertungkus lumus berusaha untuk mengatasi masalah. 

Para pengurus dan pegawai korporat berkenaan sedang mengenal pasti VVIP untuk menjadi pengganti kekosongan ditinggalkan Najib dan menteri.

Beberapa VVIP lain yang sebelum ini dicicirkan dari jemputan ekseklusif itu dikatakan dikenal pasti untuk menjadi 'kuda terbang' memenuhi kerusi-kerusi VVIP termasuk Najib yang tidak dapat hadir nanti.

Ke mana Najib dan mengapa ? Tentulah ada sebab besar maka beliau terpaksa mengambil tindakan itu. 

Kalau tidak besar Najib tidak akan tergamak memonteng majlis bertaraf 10 star itu yang mana di dalamnya hadir sama beberapa orang raja dan sultan. Tentu masalahnya besar.

Najib seeloknya tunda dari tidak hadir majlis itu. Tetapi kalau malam ini Najib tetap juga tidak hadir tentulah beliau kini dalam keadaan gundah gulana bak orang kata sudah tercabut kain di badan.

Satu sumber yang memberi tahu saya di hujung Subuh tadi, malam ini Najib kena bergegas ke Sabah. Negeri Bawah Bayu itu kini tidak nyaman dan dingin lagi. Arus politiknya semakin panas dan keadaan itulah menggelegakkan diri Najib. Mungkin Najib sudah pun menggeletar.

Khabarnya malam ini Najib bersama menteri kabinet akan mengadakan pertemuan dengan Umno Sabah yang diketuai Musa Aman. 

Pertemuan malam ini sangat penting bagi menentukan nasib dan masa depan Umno. Umno Sabah yang sebelum ini dalam keadaan retak menunggu belah, katanya sudah hendak terbelah dan karam.

Puak-puak yang anti Musa Aman dan tidak suka dengan politik Ketua Menteri itu yang menggunakan wang untuk memonopoli kuasa katanya akan bertindak keluar dari Umno sekiranya isu Musa Aman ini tidak dapat diselesaikan. 

Mereka sudah memberi kata dua kepada Najib selaku presiden. Sekiranya Najib masih akur atau berkeadaan impotem - mati pucuk dengan Musa Aman mereka akan bertindak keluar parti beramai-ramai.

(Saya masih belum mendapat maklumat dari Sabah berapa ramai ahli Umno bertaraf pemimpin akan keluar parti).

Masalah atau isu besar kenapa Musa ditentang di Sabah ialah apabila Musa telah menyenaraikan 26 orang orang-orangnya untuk menjadi calon. 

Musa mahu memastikan selepas pilihan nanti kalau UBN menang dia terus menjadi Ketua Menteri. Katanya sekiranya Najib akur dengan nama-nama yang disenaraikan secara peribadi, Musa akan menanggung semua kos pilihan raya di Sabah dan termasuk sebahagian perbelanjaan untuk Semenanjung.

Inilah masalah yang membelenggu Najib. Walaupun notis ini sudah lama diberikan Musa tetapi Najib tidak mampu membuat keputusan dan berkata tegas dalam hal ini. Pasti dalam pertemuan tertutup malam ini ia akan menentukan apakah tawaran Musa itu diterima atau ditolak. 

Bagi Najib keadaan ini sungguh mengganggu fikirannnya. Kalau ia menerima tawaran Musa, beliau akan menyaksikan perpecahan hebat dalam Umno Sabah.

Sebaliknya kalau beliau mengenepikan Musa, masalah dan celaka yang sama juga akan menerpa ke atas kepalanya.

Sehubungan itu pertemuan Najib dengan pemimpin Umno di Sabah malam ini juga ada kena mengena dengan pembubaran Parlimen.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI