Wednesday, November 18, 2009

Masuk & Ambillah ISLAM secara keseluruhannya..


Firman Allah SWT dalam ayat 208 surah al-Baqarah bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata."

Dalam ayat ini, jelas menunjukkan bahawa Allah SWT mengarahkan umat Islam agar masuk yang bererti menerima Islam secara keseluruhannya tanpa berbelah bagi, ia juga adalah jelmaan daripada doa iftitah yang dibaca dalam setiap solat, 'sesungguhnya solatku, segala ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Tuhan sekelian alam ini'.

Begitulah juga dengan doa yang dibaca melalui surah al-Fatihah, 17 kali sehari semalam, iaitu tunjuklah kami jalan yang lurus.

Masuk atau menerima Islam secara keseluruhannya seperti dalam ayat di atas, boleh disimpulkan seperti di bawah ini :

1- Menerima Islam sebagai cara hidup.

2- Menerima Islam sebagai penyelesai kepada semua masalah.

3- Menyedari bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang benar di sisi Allah.

4- Menyedari bahawa apabila tidak beramal dengan Islam secara serius, akan ditimpakan musibah oleh Allah SWT.

5- Memahami dengan sebaik-baiknya, bahawa apabila tidak beramal dengan Islam, bererti tidak percaya kepada kemuliaan Allah selaku Pencipta, apabila tidak percaya kepada Allah, bermakna menempah tempat dalam neraka.

6- Bersedia untuk menjadikan Islam sebagai pegangan dari sudut pakaian, cara berfikir, pergaulan, usaha harian, kerjaya dengan melaksanakan segala tanggungjawab sebagai Muslim/Muslimah sejati di sisi Allah.

7- Memperuntukkan masa untuk belajar Islam serta berkorban segala keringat, masa, tenaga, pemikiran dan kesanggupan.

8- Berjanji kepada Allah untuk memelihara agama-Nya.

9- Berjanji untuk memelihara jiwa daripada sebarang naluri dan kecenderungan yang menyalahi syariat.

10- Berjanji untuk memelihara harta daripada terjebak menyokong musuh-musuh Allah yang akhirnya membunuh saudara-saudara seagama seperti membeli rokok keluaran syarikat orang-orang Yahudi.

11- Berjanji memelihara keturunan serta kehormatan sebagai orang Islam dengan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menjejaskan imej serta peribadi sebagai seorang Muslim yang sungguh-sungguh untuk mendaulatkan Islam.

12- Berjanji untuk memelihara memelihara akal daripada berfikir yang boleh merosakkan kesucian agama Islam dan berfikir cara bagaimana boleh memajukannya.

13- Menterjemahkan lima slogan yang pernah difahami oleh generasi ulama awalan sebagai cara hidup sempurna, iaitu Allah matlamat kita, Rasul itu pemimpin dan contoh teladan kita, al-Quran itu perlembagaan kita, jihad itu adalah cara hidup kita dan mati pada jalan Allah adalah cita-cita kita yang tinggi lagi murni di sisi Allah. ..waallahhualam.




Mesra Bersama Rakyat












15hb November, 2009 – Exco Kerajaan Negeri Selangor/Adun Gombak Setia YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali selepas menunaikan tanggungjawabnya menziarahi Warga Emas beliau terus menjalankan tanggungjawabnya dengan menghadirkan diri meraikan majlis perkahwinan jemputan daripada seorang penduduk di Desa Temenggong Pinggiran Batu Caves. Begitulah rutin kehidupan beliau daripada 1 tempat ke satu tempat menzarahi penduduk sekitar Gombak diwaktu lapangnya dengan mengisi aktiviti yang berfaedah. Semoga tanggungjawab dan peranan yang dijalankan oleh Yb Dato’sebagai pimpinan sedikit sebanyak akan memberi kepuasan kepada semua rakyat. Semoga amalan & tanggungjawabnya yang ikhlas kerana ALLAH swt semata-mata diterima olehNya.












Marilah kita sama-sama berfikir sejenak ” Hati manusia adalah terlalu unik, berbolak balik, liar dan maknawi sifatnya. Tidak ada sebarang alat / kaedah yang mampu menguasai Hati. Hati itu milik TUHAN bukan milik TUAN. Dan ALLAH swt sahaja yang mampu menguasai hati manusia. Dengan apa??? Ya.. dengan IKHLAS dalam BEKERJA.. Sebagai rakyat marilah kita bersama-sama mendoakan beliau diberi kekuatan untuk menjalankan amanah ini dengan sebaiknya dan dimudahkan urusan dunia akhirat, sabar hadapi ujian walaupun dikritik. Bagi beliau setiap kritikan diberi diterima dengan belapang dada dan sentiasa memperbaikikan diri kearah kebaikan. Begitulah sifat yang ada pada diri beliau iaitu tidak sama sekali mematahkan semangatnya untuk menjalankan tanggungjawab sebagai Exco Kerajaan Negeri dan peranan beliau di Adun Gombak Setia, semoga beliau terus ISTIQAMA’ dalam perjuangan ISLAM dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai pimpinan, insya-ALLAH.


KOLEKSI FOTO




















Kemesraan Yb Dato’ bersama rakyat dimana -mana sahaja.




















Sempat lagi YB Dato’ singgah ke bengkel kereta bertemu dengan generasi muda, menghulurkan persahabatan.


Editor : Khaulah Azwar

YB Dato' HasanAli bertemu rakyat menyelesaikan masalah penduduk.


15hb Nov, 2009 Gombak – YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali bersama kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia telah turun padang untuk bertemu rakyat di Tmn Bukit Permata bagi mendengar masalah yang dihadapi oleh penduduk iaitu :-

a) Gangguan Lalat yang berpunca daripada aktiviti penanaman sayur-sayuran ditapak tanah perkuburan cina.

b) Ketiadaan jalan masuk utama (menumpang jalan Fasa 9 Tmn.Sri Gombak),dewan orang ramai dan taman permainanan kanak-kanak.


Untuk mengatasi masalah yang telah timbul maka YB Dato’ telah memaklumkan kepada penduduk bahawa mengenai isu Gangguan Lalat beliau akan merujuk kepada pihak Jabatan Kesihatan MPS dan akan mengambil tindakan yang lebih efektif. Masalah Ketiadaan Jalan Masuk Utama Fasa 9 Tmn Sri Gombak pula beliau menyatakan bahawa sebagai langkah awal, beliau akan meminta pihak wakil Pusat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia untuk membuat semakan dengan pihak MPS keatas kelulusan pembangunan atau kebenaran merancang yang telah dikeluarkan kepada pihak pemaju samada perkara yang dibangkitkan wujud didalam pelan asal atau sebaliknya untuk tindakan selanjutnya.

Semoga pertemuan 2 mata antara YB Dato’ bersama penduduk – penduduk sedikit sebanyak dapat membantu mereka dan memberi keselesaan kembali kepada penduduk di kawasan berkenaan. Sesi perbincangan berjalan dengan lancar dan diakhir pertemuan Y.B Dato’ turut dijemput menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan bagi meraikan bakal haji.

KOLEKSI FOTO




Suara hati penduduk untuk dikemukan kepada YB Dato’ Hasan untuk diambil tindakan segera.




Jemputan penduduk kepada YB Dato’ untuk meraikan kenduri Bakal Jemaah Haji.

“Setiap kamu adalah gembala (pemimpin), dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap rakyatnya” Hadis riwayat al-Bukhari



Editor : Khaulah Azwar

Suara hati Ibu tunggal pokok tidak ditebas lagi oleh MPS..


18hb Nov, 2009- Gombak rintihan hati seorang ibu tunggal mengenai kediaman beliau di GI/2A Kg Sri Gombak Indah telah menghadapi masalah kerana sudah banyak kali beliau menyuarakan masalah tersebut ke pihak MPS & pihak TMB yang tidak mengambil tindakan secepat mungkin dan secara efektif.

Ibu tunggal tersebut adalah Pn Khadijah Shaari berusia 53 thn yang mempunyai 6orang anak kesemua masih belajar lagi dan beliau hanya bekerja 3x seminggu sebagai seorang pencuci pejabat. Pendapatan beliau terima adalah sebanyak RM500 sebulan dan penerimaan wang zakat sebanyak RM250. Suami beliau telah meninggal dunia 10thn yang lalu kerana sakit kencing manis. Kini beliau yang bekerja keras untuk membayai persekolahan anak-anak dan meneruskan kehidupan beliau.

Masalah yang sering merungsingkan beliau adalah mengenai Pokok yang begitu besar tidak ditebas kerana setiap kali hujan apabila petir berlaku pokok-pokok tersebut sering terjatuh dibumbung kediaman beliau dan berlaku kerosakan. Selain daripada itu akibat pokok tersebut tidak ditebas maka telah menyebabkan wire/cable Elektrik tersebut sering tersangkut dan ini amat membimbangkan keselamatan ahli keluarga mereka apabila sembahan petir berlaku. Setelah acapkali disuarakan kepada pihak MPS & TNB yang tidak mengambil tindakan segera dan efektif maka beliau telah menyuarakan kerungsingan itu kepada pihak Pusat Khidmat DUN Gombak Setia dan Yb Dato’ Hasan telahpun membuat ziarah kerumah beliau semasa penyampaian sumbangan Hari Raya Aildilfitri. Menurut beliau dan pengerusi JKP Zon 8 iaitu En Harun Bin Mat Hajar beliau telah suarakan masalah ini kepada Ahli Majlis MPS Zon 8 iaitu En Zuhadi untuk diusulkan kepada pihak MPS tetapi tindakan masih juga tidak diambil, sekiranya pihak MPS/ TMB datang mereka hanya melihat sahaja tanpa membuat tindakan apa-apa. Itulah amat mendukacitakan tuan rumah dan En Harun juga.

Tindakan yang telah diambil oleh YB Dato’ selepas mendengar masalah ini bahawa beliau akan membawa usul tersebut ke MPS untuk tindakan segera, sekiranya tiada apa-apa tindakan juga maka beliau akan cuba membantu memberi sumbangan kewangan agar tn. rumah dapat mengupah pihak tertentu membuat cantasan pokok tersebut. Menurut En. Harun sudah 3x mereka membuat aduan di MPS & TMB tetapi akhirnya beliau sendiri mengambil tindakan segera dengan mengusul masalah ini kepada Pej. Adun Gombak Setia. Beliau telah memberi maklumat no rujukan daripada pihak TMB iaitu U763VH tarikah laporan aduan adalah 7/11/2009, 12/11/2009 dan akhir bulan Oktober, 2009.

Semoga tindakan beliau dengan mengusulkan masalah ini kepada YB Dato’ dapat diatasi dengan segera agar tidak berlaku kecelakaan kepada penduduk dikawasan rumah tersebut. Harapan Pn Khadijah & En Harun semoga pihak MPS & TMB dapat memainkan peranan sebaik mungkin dan melakukan kerja lebih efektif. Kepada Yb Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali dan semua kakitangan Pusat Khidmat yang bertungkus lumus menjalankan tanggungjawab di pusat Khidmat dengan memberi layanan yang baik kepada masyarakat diucapkan ribuan terima kasih diatas keperihatinan mereka terhadap semua penduduk.

KOLEKSI FOTO










Temuramah wartawan Pusat Khidmat merangkap S/U Ahli Majlis JKP Zon 11 membuat liputan.















Pn Khadijah menunjukkan kerosakan rumah beliau yang telah dihimpap pokok, siapakah yang akan mengganti rugi kerosakan tersebut???












“Cable” Elektrik yang bersangkut paut dengan pokok amat membimbangkan diri beliau dan ahli keluarga jika berlaku hujan lebat dan sembahan petir sudah pasti akan berlaku kebakaran.












Pokok yang telah tumbang di perkarangan rumah beliau, amat membahayakan keselamatan anak-anak dan penduduk persekitaran.











Wartawan Pusat Khidmat Membuat temubual Pengerusi JKP Zon 8 En. Harun Bin Mat Hajar.











Inilah pokok raksasa yang menjadi kebimbangan tn rumah dan penduduk. Pokok tersebut bukan milik beliau tetapi memang sekian lama wujud semenjak beliau pindah ke kawasan ini.

http://jkpzon11gombak.blogspot.com/



Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI