Monday, October 12, 2009
KALAH DI PINANG: MEDAN UNTUK MUHASABAH KEPADA PAS
Antara maruah dan rasuah, pengundi terpilih rasuah - Dr Lo' Lo'
Lo' Lo' yang juga AJK PAS Pusat berkata demikian ketika mengulas keputusan pengundi Bagan Pinang yang memberikan kemenangan besar kepada calon Umno, Tan Sri Mohd. Isa Samad semalam.
Isa mendapat undi 8,013 berbanding calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar yang mendapat 2,578 undi dengan undi rosak sebanyak 223.
Ini bermakna, Isa mendapat majoriti 5, 435 iaitu kemenangan berlipatganda berbanding calon BN dalam pilihan raya umum 2008 lalu yang menang dengan majoriti 2,333.
Isa menang ketika semua pihak mempertikaikan personaliti beliau yang pernah digantung jawatannya oleh Umno selepas Lembaga Disiplin Umno mendapati beliau bersalah dalam politik wang dalam pemilihan Umno.
"Malah kita tetap yakin bahawa majoriti rakyat Malaysia masih menolak rasuah demi menjaga maruah negara," katanya.
Semalam, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan keputusan pilihyan raya semalam sebagai 'Umno menang tetapi kalah dalam melawan rasuah'.
Calon PAS, Zulkefly pula berkata, beliau menerima keputusan pengundi dan mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang memberikan undi kepada beliau.
Pengarah Jentera Pilihanraya PAS, Salahudin Ayub pula berkata, pihaknya akan terus menekankan agar sistem undi pos diperbaiki dan yakin ada perkara tidak kena dalam pilihan raya ini.
Sila hantar komen anda untuk berita di atas ke: urespons@gmail.com
_________________
KOMEN PEMBACA
_________________
1. Benar...mungkin rakyat terpilih...atau rakyat dipilihkan...kita tidak tahu tangan mana yang pangkah undi2 pos. - amin.
2. dalam prk bagan pinanng...rakyat tidak kalah...pr tidak kalah dan pas tidak kalah...tetapi umno/bn yang kalah sebab pemiulihan isa samad adalah mesej sebenar untuk dibawa pada mata masyarakat bahawa inilah muka dan imej perausah dan parti yang tidak tahu malu di muka dunia. - jali,putrajayaa.
3.Aslm..wlupn kalah tapi syabas diucapkan kepada PR khususnya PAS yang tetap bertungkus lumus untuk cuba melawan keangkuhan BN.Kita akui kekalahan ini disebabkan oleh kuatnya pengaruh BN iaitu dari segi jentera parti,media eletronik dan penggunaan wang dalam mengabui mata rakyat Bagan Pinang.Soal siapa calon BN walaupun sebelum ini terlibat dalam isu rasuah akan tetapi kerana asakan demi asakan dengan janji pembangunan,soal integriti calon telah diketepikan sama sekali oleh rakyat Bagan Pinang.Disamping itu penguasaan undi pos oleh BN juga telah menambah koleksi undi dan meninggalkan jauh undi calon PAS.Selepas ini kita nantikan,apakah BN terlalu kuat dikubu sendiri dalam pilihanraya akan datang tanpa adanya bantuan undi pos.Saya yakin PR akan menang seperti siri kemenangannya ditempat lain.Allahuakbar. - Zamani.
4. INILAH PERCIKAN GELOMMMBANG KE3 RAKYTAYAT DALAM PRU-13 KELAK....MOGA KEPUTUSAN BAGAN PINANGG MENJADI TELADAN BUAT SEMUA. - MATT,KEPONG.
5.Salam untuk semua pembaca...walaupun kalah perjuangan tetap akan diteruskan.. syabas kepada petugas.. saya juga hadir semalam..walaupun pada pagi hujan, tangahari panas terik.. para petugas tetap tabah.. SYABAS.... apa pun semua sudah tersurat PAS kalah pada kali ini.. seperti kata pengarang YB Dr Lo Lo..tu antara masuah dan rasuah... kita semua rakyat Malaysia tau..siapa iatu Tan Sri Isa... yang pelik ada menyatakan undi pos berpihak kepada PAS... itu yang saya dengar semalam namun apa kan daya undi itu hak pengundi disana... sabar je mungkin ada HIKMAH disebalik kekalah itu..wasalam. -aZIZI, jAAFAR.
6. Bukan tak suka bulan menang, tapi memang dah di jangka dari awai lagi... Mat Isa ni macam Pak Lah di Kepala Bataih laa.... sapa pun tak boleh celen dia... Kebanyakan penduduk Bagan Pinang/Telok Kemang - keja depa banyak di laut, depa ni tak berapa arif mengenai dunia luag.. terutama otai-otai sana, anak2 muda sudah berhijrah kerja kontrak utk loji2 di seluruh Malaysia - depa ni celek dunia luag. Tambah2 kut Teluk Kemang tu... tiap2 hari tunggu pantai, dgn seluag katoknya, rambut blongenya... tak kira zohor, asar atau magrib - bagi depa sama saja... kalau tak percaya hangpa pi tengok sendiri - meghelit badan depa duk jemuq panaih... Anak2 depa yg sekolah rendah pun sama jugak.. tunggu pantai... tunggu pelampong utk disewa Klau duit sekupang bagi depa dah rahmat, ni depa dapat seratuih sekeluarga, siap milo lagi tu... fuyoo... Mat Isa best... bab rasuah - dia tobat nasuha - yg ni kawan aku bagi tau kerana dia antag risalah setiap umah disana... Kalau tak semesti tewas, kita menang kut lain, nanti dapat 2 buah sekolah... Mat Isa janji nak siapkan rumah yang termengkalai di Taman Intan, ramai cikgu and askar kena penanya.... Baguih jugak - alamat jalan nak Pasir Panjang akan siap secepat mungkin laa. -Ayahcu.
7. Adat pertandingan, menang dan kalah. Terima hakikatnya melalui keputusan majoriti(8,013) pengundi Bagan Pinang memilih perasuah dari maruah untuk mewakili mereka. Mereka tidak serik dan suka diperbodohkan dan akan terus diperbodohkan sepanjang hidup mereka. Syabas kepada pengundi seramai 2,578 yang memberi undi mereka kepada PR yang mahukan sedikit perubahan. . Kepada wargakerja PR diBagan Pinang terima kasih atas usaha dan kerjasama kuat tuan/puan. Perjuangan harus diteruskan. Kepada gabungan dalam PR tingkatkan muaafakat antara satu sama lain. Jangan mengambil sesuatu tindakkan yang kurang bijaksana dan merugikan, belajarlah dari BN dalam perkara ini walaupun terdapat persengketaan yang kecil mahupun yang besar antara mereka tapi mereka teguh(menang) sampai kesaat ini. - AZLAN.
8. Kita bimbang kemenangan Isa akan memberi perspeksi negetif hala tuju pemerintah. Soal rasuah seolah perkara yang kecil bagi pemerintah BN. Kemenagan Isa akan memperkayakan lagi budaya rasuah dikalangan Umno.-tG Mohd.
9. Syabas kpd semua petugas PR dari seluruh negara yg berkorban masa dan wang ringgit sendiri utk memastikan Najib dan BN menjadi tidak yakin menang di tempat sendiri sejak dari mula dan berbagai-bagai siri insiden yg memalukan yang mewarnai PRK Bagan Pinang.Teruskan lagi kita gempur mereka dan membuat mereka terus tidak yakin sejak dari mula dan mainkan piskologi ini sehingga mereka lemah dan buang bendera dacing kedalam longkang seperti di Permatang Pauh dan tempat2 lain dlm pilihanraya kecil yg lepas2.Ini sajalah yg boleh mereka perolehi tak kemana pun dengan imej Isa Samad yg Tun Mahathir sendiri pun tak berkenan.Adakah NS akan bergolak selepas ini dgn kembalinya Isa seperti umno di Terengganu. -garuda pantai.
10. Secara ringkasnya, kemenangan BN di BP adalah terejamahan kenyataan PM bahawa ''RASUAH DALAM PARTI POLITIK ADALAH KESALAHAN TEKNIKAL PARTI SAHAJA DAN BUKAN KESALAHAN DI SISI UNDANG-UNDANG NEGARA'' tetapi yang pastinya, negara wujud bila ada satu organisasi politik yang kuat dan mengubal undang-undang DAN MENJADI PEMERINTAH negara. Rakat dan pemimpin tidak lagi takut memberi/menerima rasuah asalkan rasuah yang dibuat itu melalui saluran parti politik kerana yang pasti kesalahan itu nanti cuma dianggap kesalahan teknikal sahaja dan takda hukuman penjara/denda malah kebal oleh siasatan SPRM. Akhirnya budaya rasuah akan beranak-pinak di negara 1Malaysia. -anak malaysia.
11. Kita terima dengan hati terbuka kekalahan di Bagan Pinang. Sejarah Islam dahulu pun ada menempuh kekalahan perang. Tidak pula terus kecundang malahan lebih hebat peperangan selepas perang itu. Ada hikmahnya Allah menangkan Isa Samad, mungkin untuk mengkucarkacirkan pemerintahan MB Negeri Sembilan. Kuatkan semangat, tetap membangun dengan landasan Islam dan "solatku, ibadatku, hidup dan matiku kerana Allah Taala". -Tenno.
12. assalamualaikum.... syabas kepada PAS ,walaupon mereka kalah di Bagan Pinang Ahad lalu,kesungguhan pihak PR saya rasakan masih belum cukup kukuh untuk meyakinkan pemilih di sana. Saya harapkan, PR akan terus berusaha untuk memperkuatkan lagi jentera mereka di masa akan datang, setahu saya, sebelum pilihan raya tersebut.... bancian telah dilakukan oleh pihak tertentu...dan mendapati, mejoriti daripada koresponden,memberikan kenyataan positif kepada calon PAS, tapi entah bagaimana apabila pilihan raya dijalankan, sebaliknya yang berlaku... mungkin ada yang tidak kena dengan undi pos, yang mana... dilihat sebagai penambah jumlah bilangan undi kepada bekas menteri besar N9 itu.... saya berharap, semua jentera PR,tidak akan putus semangat,terutama sekali, apabila pilihan raya kecil akan diadakan di masa hadapan. Perkuatkan lagi jentera anda dan buatlah postmoterm untuk memperbaiki kelemahan kali ini - PenGkr1T1k_SiniS
13. Saya ada menerima maklumbalas daripada bekas penyokong bn. Mereka kata, isa tetap menang. Dia kata lagi, walaupun isa memberi rasuah dan menerima rasuah tapi dia baik pada rakyat.Soalnya..sesuatu perbuatan yang jahat untuk tujuan kebaikan adalah salah seperti mana merujuk kepada matlamat menghalalkan cara. Tektik kotor ini sama dengan cerita robin hook. Mencuri pada masa yang sama menderma harta yang di curi untuk rakyat. Isa pulak menerima rasuah daripada orang2 kaya dan memberi hasil rasuah pulak kepada rakyat dengan harapan orang terus mengundi dan is terus memimpin dan terus berkuasa. Proses ini berlarutan sehinggalah rakyat di Bangan Pinang teruja dengan perkhidmatan ISA. Sedangkan ia tahu isa menyumbangkan harta yang tidak baik untuk dirinnya. Cuma yang membezakan robin hook dengan isa adalah isa adalah pemimpin, manakala robin hook rakyat biasa. So, dari segi keterukannnya..isa lebih teruk dari robin hook. -malik.
14. ISA yang menang , bukan BN dah kuat & bukan UMNO yang kembali hebat . Memang betul kata Che Det ISA boleh menang tapi dalam jangka waktu panjang kemenangan ISA akan melingkupkan UMNO / BN .Kedua factor Rasuah di ladang2 berleluasa . Org India sendiri yang memberi nmaklumat dan bukti . Lagi satu Najib iktiraf parti Makkal sakhthi - Hindraff yang buat org India paling tadah .Bukti semua ladang PAS kalah berbanding PRU 12 hanya 1ladang yang kalah . Kita tengok PRK selepas ini seterusnya PRU 13 nanti . Sesungguhnya Kemungkaran akan lenyap di muka bumi ini � bersabar lah para pejuang keadilan demi untuk meegakan kebenaran mmg serik , inilah salah satu ujian yang kita hadapi . InsyaAllah berkat usaha kita PASti kita Berjaya akhirnya nanti . -Hj Mokhtar Hj Idris,N9. _
BN dicabar bubar DUN Perak, jika yakin sudah kembali disokong rakyat
Pengerusi Kelab Penyokong kerajaan PR Perak, Drs. Khalil Idham Lim dalam satu kenyataan memberitahu, sekiranya benar dakwaan pemimpin BN bahawa rakyat kembali yakin dengan mereka, BN seharusnya tidak perlu takut membubarkan DUN Perak dan mengambilnya melalui proses pilihan raya negeri.
"Jika Bagan Pinang sebagai mana yang didakwa oleh BN sebagai petunjuk bahawa rakyat telah menyokong BN, dengan ini saya mecabar kepimpinan BN di Perak untuk segerakan pembubaran DUN Perak dan memberi laluan kepada rakyat untuk memilih siapakah kerajaan yang akan meneruskan teraju kerajaan di Perak," kenyataannya dipetik.
Kekalahan PAS mahupun Pakatan katanya bukan sesuatu yang luar biasa malah berlaku sejak merdeka sehinggalah di Bagan Pinang.
Namun lebih penting ujarnya, kepentingan rakyat negeri itu yang juga mahukan pembubaran DUN agar hak mereka dikembalikan untuk memilih kepimpinan yang akan menerajui negeri mereka.
"Desakan ini sudah bermula sejak 5 Februsri 2009 dan tidak jemu-jemu kami suarkan kerana melihat kepada kepentingan rakyat Perak sebagaimana slogan BN 'rakyat didahulukan'.
Makanya inilah masa untuk mendahulukan rakyat dengan bubarkan DUN Perak," tulisnya.
Dalam PRK Bagan Pinang semalam, calon PAS Zulkefly Mohamad Omar tewas kepada calon BN Tan Sri Mohd Isa dengan jumlah majoriti sebanyak 5,435 undi.
Mohd Isa memperolehi 8,013 undi manakala Zulkefly, Pesuruhanjaya PAS Negeri, mendapat 2,578 undi.
Jumlah itu lebih besar daripada majoriti 2,333 undi yang diperolehi oleh BN pada pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas.
Ekoran kemenangan itu, kepimpinan BN mendakwa parti itu kini sudah mula diterima kembali oleh rakyat selepas ditolak pada Pilihan Raya Umum ke-12, Mac tahun lalu dan tujuh siri pilihan raya kecil sebelum ini.
Mereka juga mendakwa, pembaharuan dibawa Datuk Seri Najib melalui slogan '1 Malaysia, Rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan', antara faktor besar penyumbang kepada kemenangan tersebut. _
Empat perkara untuk pulihkan pilihanraya - NIEI
Ini kerana, pilihan raya yang berlaku di Bagan Pinang telah tercemar. Ia sepatutnya telus, bebas dan adil.
Apa yang berlaku adalah, 1) ketidak telusan pengundian pos; 2) rasuah politik, penyalahgunaan jentera kerajaan dan politik janji, 3) Perayu undi, tukang sorak dan pengangkutan yang disediakan oleh parti politik pada hari mengundi; dan 4) Perbelanjaan berkempen.
Demikian kenyataan yang dibuat NIEI dalam satu kenyataan medianya berdasarkan pemerhatian mereka dalam pilihan raya kecil itu baru-baru ini.
Berikut adalah kenyataan penuh NIEI:
National Institute for Electoral Integrity (NIEI) telah memantau perjalanan pilihanraya kecil (PRK) bagi kerusi DUN Bagan Pinang (N 31) bermula dari hari penamaan calon pada 3 Oktober sehinggalah berakhirnya proses pengundian pada 11 Oktober 2009.
Didalam pemantauan pilihanraya, terdapat dua kaedah yakni stationary monitoring (pemantau ditugaskan untuk tunggu disetiap tempat mengundi) dan mobile monitoring (pemantau bergerak).
Di dalam pemantauan NIEI di kerusi N 31, terdapat beberapa perkara yang telah mencemarkan PRK yang seharusnya telus, bebas dan adil.
Diantaranya ialah:
1) Ketidak telusan pengundian pos
Terdapat dakwaan bahawa senarai pengundi pos tentera yang diwartakan dan diberikan kepada calon-calon yang bertanding berbeza dari senarai pengundi pos tentera yang dipaparkan pada hari mengundi pos 8 dan 9 Oktober 2009. Selain daripada itu, terdapat juga dakwaan bahawa terdapat pengundi-pengundi pos yang didaftarkan lebih dari satu kem serta persara-persara tentera masih lagi terdapat dalam daftar pengundi pos.
Yang lebih menyedihkan lagi, SPR langsung tidak mengendahkan syak wasangka ini dan tidak membersihkan nama mereka dan maruah sebagai badan penggendali pilihanraya tidak dipertahankan.

Dari pengalaman pemerhatian NIEI di luar negara, Thailand dan Filipina yang mengalami konflik ganas, pengundian secara normal digunakan bagi anggota tentera mereka. Pusat pengundian yang dikendali sepenuhnya oleh SPR � serta hak-hak yang sama bagi agen parti, pemantau tempatan dan pemerhati antrabangsa � dibuka di dalam kem-kem tentera.
Jika terdapat undi pos tentera, ianya akan dikendalikan sepenuhnya oleh SPR negara tersebut. Tidak timbul langsung kontraversi senarai nama pengundi anggota tentera di sana.
2) Rasuah politik, penyalahgunaan jentera kerajaan dan politik janji
Rasuah politik, penyalahgunaan jentera kerajaan dan politik janji masih lagi berleluasa dalam PRK N 31 Bagan Pinang. Pemberiaan projek-projek kerajaan kepada penduduk Bagan Pinang semasa tempoh berkempen dilakukan secara berleluasa. Banyak kementerian-kementerian seperti Kementerian Penerangan, Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Kementerian Pendidikan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna digunakan untuk memberikan �rasuah politik� kepada pengundi Bagan Pinang secara terbuka.
Selain daripada itu, penyalahgunaan jentera kerajaan turut dilakukan secara berleluasa. Kedua-dua pihak yang bertanding dilihat menyalahgunakan harta rakyat terutama kenderaan milik kerajaan Persekutuan, Negeri dan Tempatan. Manakala UMNO-BN memonopoli dewan orang ramai, sekolah, KEMAS dan JKKK sebagai markas parti.
Amalan ini adalah satu kesalahan besar kerana seharusnya harta milik kementerian, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan tidak boleh digunakan bagi parti-parti politik yang bertanding semasa berkempen dalam pilihanraya.
Untuk memastikan pilihanraya akan datang adil kepada semua pihak yang bertanding, NIEI mencadangkan agar politik wang, janji peruntukan projek, projek kilat, salahguna jentera negara dan salahguna kemudahan awam hendaklah dihapuskan.
Di negara-negara jiran, terutamanya Thailand, Nepal dan Taiwan amalan ini diharamkan. Kesalahan bersabit dengannya akan diambil tindakan keras, iaitu SPRnya akan membatalkan calon bersalah daripada bertanding, atau dibatalkan kemenangan mereka.
Untuk menghapuskan amalan ini, undang-undang anti rasuah politik dan penyalahgunaan harta awam hendaklah digubal seperti yang dilaksanakan di Thailand dan Taiwan.
3) Perayu undi, tukang sorak dan pengangkutan yang disediakan oleh parti politik pada hari mengundi
Amalan merayu undi dan tukang sorak telah menyebabkan ketegangan berlaku pada hari mengundi. Apabila perayu-perayu undi dari kedua-dua parti politik bersaing untuk merayu undi berhampiran dengan tempat pembuangan undi, ianya menggangu pengundi-pengundi untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.
Bagi memastikan pengundi-pengundi dapat berfikir dengan tenang sebelum masuk ke tempat pembuangan undi, NIEI menyarankan agar amalan merayu undi, tukang sorak dan penyediaan kemudahan pengangkutan untuk mengangkut pengundi dihapuskan.
Sebagai ganti, tempoh berkempen bolehlah diperpanjang seperti dua minggu bagi pilihanraya kecil dan sebulan bagi pilihanraya umum. Parti-parti politik bukan kerajaan yang sering tidak mendapat tempat di media arus perdana aktif berkempen pada hari mengundi oleh kerana tidak mendapat liputan yang adil oleh media arus perdana dan tempoh berkempen yang singkat, jika tempoh berkempen diperpanjangkan, semua pihak akan mendapat masa yang cukup untuk berkempen.
Selain daripada itu, SPR bolehlah menyediakan kenderaan untuk mengangkut pengundi seperti van, kereta dan motosikal sebagai alternatif kepada kenderaan-kenderaan yang disediakan oleh parti politik.
4) Perbelanjaan berkempen
Akta ini harus digubal semula dan harus menyatakan bahawa ianya termasuklah kepada parti politik yang menyokong sesuatu calon tersebut. Kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) bolehlah dilakukan untuk memperketatkan lagi pemantauan perbelanjaan kempen.
NIEI berharap agar isu-isu yang dibangkitan akan diambil perhatian serius oleh SPR agar perjalanan pilihanraya di Malaysia dapat menjadi lebih baik pada masa akan datang.
Semua parti politik yang bertanding diseru agar bekerjasama bagi memastikan proses perjalanan pilihanraya di Malaysia menjadi lebih adil, telus dan saksama. Pilihanraya yang berkredibiliti akan meyakinkan lagi rakyat dengan amalan demokrasi di Malaysia._