Saturday, January 1, 2011

Najib Takut Dengan Bayangan PR "Kempen Jom Tukar Kerajaan"


Tmn Selasih Fasa 2, Gombak - "Bebaskan Malaysia dari rasuah dan kerajaan yang mengamalkan rasuah politik . Bebaskan Malaysia dari pemimpin yang kaya bertambah kaya, rakyat yang miskin bertambah miskin. Selamatkan ISLAM dan Malaysia dari kumpulan lanun 1 Malaysia yang sentiasa membebankan rakyat". Terma yang dilaungkan oleh JPU Tmn Selasih Fasa 2 dalam majlis Kempen JOM Tukar Kerajaan yang diadakan malam tadi di Dewan Tmn Selasih JKP Zon 11 MPS.

Pengerusi Program, (M) bersara Wan Chik W. Morad mengatakan Misi dan visi mengadakan kempen tersebut adalah mengajak rakyat dan penduduk sekitar Tmn Selasih Fasa 2 Zon 11, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) untuk mendaftarkan diri rakyat yang masih belum mendaftarkan diri mereka sebagai pengundi bagi menjalankan tanggungjawab mereka sebagai rakyat malaysia.

Kempen Jom Tukar Kerajaan telah mendapat kerjasama daripada Jawatankuasa Penduduk (JKP/MPS Zon 11) yang dipengerusikan oleh Pn Khatifah Zamani Sulong dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Gombak Setia. Majlis tersebut telah dihadiri oleh YDP PAS Kawasan Gombak,Utz Sallehuddin Nasir dan Pengarah PKM DUM Gombak Setia, Sdr Radhi Yusoff.

Pengarah PKM DUN Gombak Setia merangkap Pengarah Pilihanraya, Radhi Yusof berkata " Pilihan raya kecil (PRK) Tenang yang akan berlaku pada January, 2011 akan memberi kesan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di DUN Tenang memandangkan kawasan tersebut merupakan Kubu UMNO/BN".

"Selain daripada itu, Tenang merupakan kawasan pendalaman dimana rakyat tidak begitu peka dengan isu -isu semasa. Mereka bergantung sepenuhnya kepada media televesyen, akhbar utusan malaysia, berita harian. Oleh itu bagi mencapai kemenangan di Tenang seharusnya rakyat dan petugas PRK turun padang dan meluangkan masa untuk membantu gerak kerja PRK disana", katanya.

Pada masa yang sama beliau juga memberi penerangan mengenai status daftar pemilih yang telah berjaya dijalankan oleh petugas-petugas DUN Gombak Setia dan Seluruh Negeri Selangor bagi menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) ke 13.

Dengan kerjasama semua pihak dan petugas-petugas Pakatan Rakyat (PR) maka negeri selangor lebih kehadapan daripada UMNO/BN dalam melakukan kerja Kempen Daftar Pemilih. Namunpun begitu beliau meminta agar semua ahli dan penyokong PAS teruskan usaha agar dapat terus mengekalkan Kerusi kemenangan di Negeri Selangor ini khususnya dengan mencari pengundi seramai 2600 lagi di DUN Gombak Setia, ujarnya.

Menurutnya lagi, Perdana Menteri (PM) Tan Sri Najib akan memohon kepada sultan untuk mengubalkan parlimen pada 10hb Mei, 2011 dan suruhanjaya pilihanraya (SPR) akan menetapkan penamaan calon yang berkemungkinan besar akan berlaku pada Jun atau Julai, 2011.

SPR akan membuat persempadanan semula apabila 2/3 kerusi yang tinggal oleh (PR). Ini bergantung kepada isu semasa apabila berpihak kepada UMNO/BN. Sekira tidak maka ia akan dipanjangkan tempoh untuk mengadakan PRU ke 13 yang mungkin akan berlaku pada September, 2011.

Kaedah ini telah dirancang dengan penuh teliti sebaiknya oleh Najib, seperti yang telah berlaku di Negeri Terengganu semasa PRU yang lalu sehinggakan UMNO/BN menang. Namun ia tidak kekal lama dan akhirnya kerusi di Terengganu dirampas kembali oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR). Oleh itu beliau menggesa kepada semua ahli dan petugas PR memperligatkan gerakkerja sempena tahun baru 2011 bagi membuat persiapan sebaiknya untuk hadapai PRU ke 13 nanti, katanya.

Sementara itu, YDP PAS Kawasn DUN Gombak Setia, Utz Sallehuddin Nasir telah memberi suntikan tazkirah kepada semua yang hadir bagi memperkasakan saf untuk meneruskan gerakkerja bagi mengekalkan kemenangana PRU di DUN Gombak Setia yang merupakan Kubu PAS.

Katanya "PRU ke 13 merupakan cabaran kepada kerajaan (PR) kerana berbagai isu telah berlaku yang dimainkan oleh UMNO/BN". PRU ke 13 situasinya tidak sama seperti PRU yang lalu kerana UMNO/BN telah merancag kerja kotor dengan sebaiknya bagi memastikan Putrajaya tidak Jatuh ketangan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR)".

Sallehuddin berkata lagi " selepas PRK Tenang, rakyat akan berhadapan dengan Perangai golongan Yahudi/israel yang telah berleluasa dalam media massa. Yahudi/israel merupakan agen UMNO/BN.

Oleh itu semua ahli perlu membuat persiapan mental, tenaga yang rapi bagi menghadapa PRU ke 13 nanti.

Menurutnya lagi, selain daripada itu UMNO/BN telah menggunakan sultan berikutan dengan perlantikan khusrin yang telah dilantik untuk menjadi SUK Kerajaan Negeri Selangor yang berunsurkan politik. Perlantikan yang berlaku ketika sultan selangor bercuti tanpa mendapat persetujuan dan membelakangkan Menteri Besar Tan Sri Khalid.

Walaubagaimanapun, beliau mengharapkan agar semua ahli PAS (PR) tidak mudah melatah dengan perkara yan berlaku dinegeri selangor khususnya kerana walaupun pentadbiran kerajaan Negeri Selangor diuji dengan berbagai ujian dan tribulasi yang diberikan oleh UMNO/BN tetapi ianya tidak semudah itu untuk mereka merampas negeri selangor ini kembali .

Walaupun UMNO/BN nampak seperti Gah di pandangan rakyat dengan gagasan 1 malaysia namun ia adalah sangat lemah kerana rakyat kini semakin cerdik menilai mana yang terbaik untuk mereka. Katanya "UMNO/BN tidak sekuat mana lagi, ini berikutan juga dengan tawaran yang diberikan oleh PR kepada guru-guru mengenai imbuhan RM500 sekiranya PR memerintah".

Dengan tawaran yang diberikan oleh PR, Najib begitu takut dengan sanggup mengelirukan rakyat mengatakan sekiranya PR memberi tawaran tersebut maka Negeri ini akan muflis. Tanggapan diberikan adalah sangat dhaif. Kajian telah dibuat oleh PR sebelum menawarkan kepada guru-guru yang telah banyak berjasa kepada pelajar dalam membentuk generasi yang berguna bagi melahirkan pelapis yang beribawa pada masa akan datang.

Ujarnya lagi, Ekonomi yang telah diterajui oleh pimpinan PR Negeri Selangor juga semakin meningkat dan tidak salah jika Kerajaan PR memberi tawaran tersebut kepada pendidik. Dengan tawaran yang telah diberikan oleh PR Selangor, Najib kini takut dengan bayangan PR yang semakin utuh dalam mentadbir negeri ini.

Kini UMNO/BN hanya bergantung kepada kekuatan-kekuatan Jabatan Kerajaan bukan kepada rakyat yang berkuasa untuk menukar pentadbiran kerajaan.

Katanya "Hanya pemerintah yang menjalankan tanggungjawab yang tulus, ikhlas , menjalankan kebajikan dengan membela rakyat, dan pemimpin yang beribawa hanya mampu untuk mentadbir negeri ini dengan sebaiknya. Seperti yang sentiasa didoakan oleh pimpinan kerajaan (PR) selangor yang diterajui oleh Tan Sri Khalid, Menteri Besar Selangor untuk menjadikan Negeri Selangor seperti "Baldatun Taiyibatun wa Rabbun Ghafur (negara berkebajikan akan mendapat keampunan tuhan)".

Sallehuddin yang telah merasmikan Majlis Kempen Jom Tukar Kerajaan telah menyampaikan baju kepada wakil-wakil petugas setiap kawasan di Zon 11, MPS yang bertemakan "Pakatan Rakyat Ubah Sekarang SELAMATKAN MALAYSIA" . Beliau menyeru agar semua ahli dan penyokong kuatkan hati dengan mengamalkan bacaan al-mathurat dan amalan-amalan sunnah yang lain bagi memantapkan mental, emosi dan kekuatan jiwa untuk meneruskan tanggungjawab sebaiknya selepas ini sehingga tibanya PRU ke 13.



Editor : Khaulah Azwar

Ahli dan Penyokong PAS diGesa merancakkan gerakkerja PRU ke 13.

Gombak – Diambang tahun baru 2011, PAS Kawasan Gombak telah mengadakan majlis Persada 15thn ISLAM PAS Gombak yang sangat gemilang dengan kehadiran rakyat berbilang bangsa dan agama.

Turut hadir bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Shari Sungip, Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Utz Zakaria Mamat, Dewan Ulama', Setiausaha PAS Pusat, Mustapha Ali .

Majlis tersebut telah diadakan bermula semenjak Pertengahan bulan November, 2010 sehingga kemuncaknya pada akhir Disember, 2010.

Dalam mengorak langkah semenjak tahun 1985, PAS Kawasan Gombak telah mengembangkan sayapnya dengan tertubuhnya Dewan Pemuda PAS Gombak (DPPG), Dewan Muslimat PAS Kawasan Gombak (DMPG), Dewan Ulama, PASTI, Unit Amal Gombak, dan Nisa’ Gombak.

Berbagai acara dan program telah disusun rapi bagi memantapkan gerakkerja dalam membuat persediaan menghadapi pilihnaraya umum (PRU ke 13) tidak lama lagi.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YDP PAS Kawasan Gombak Utz Sallehuddin Nasir.

Dalam ucapan perasmiannya,” Gombak merupakan Kubu Kuat PAS dan terlalu unik kerana disinilah terletak berbagai Pusat Ibadah seperti Pusat Qadrani, gerakan syiah, University Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan sebagainya sehingga menjadi tumpuan kepada pihak UMNO/BN untuk merampas pentadbiran disini”.

Ini jelas terbukti, apabila nama daftar pemilih baru yang telah dimasukkan ke kawasan Gombak semakin meningkat dan didapati ada nama-nama yang tertindih, luar kawasan dan sebagainya. UMNO/BN akan berusaha dengan sedaya upaya dengan menggunakan berbagai kaedah bagi memastikan matlamat mereka tercapai.

Menurutnya lagi, pada masa ini, rakyat selangor telah digemparkan dengan perlantikan SUK Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Khusrin. Perlantikan tersebut berunsurkan politik yang telah disusun dengan rapi oleh pihak UMNO/BN bagi memastikan hasrat Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) untuk merampas Putrajaya pada PRU ke 13 menjadi gagal.

“Perlantikan Khusrin sebagai SUK adalah satu petanda menunjukkan gimik-gimik huru-hara yang dilakukan oleh UMNO/BN.

UMNO/BN sentiasa membuat kekecohan dan porak peranda dalam pentadbiran di negeri Selangor. Dengan adanya khusrin sudah pasti gerakkerja pentadbiran PR akan terbongkar kerana khusrin merupakan agen UMNO/BN”.

Jesteru itu, ahli dan penyokong PAS diminta meneruskan gerakkerja lebih mantap lagi. Selain itu sentiasa memohon kepada ALLAH swt agar perancangan UMNO/BN bagi memastikan khusrin menjadi SUK negeri Selangor tidak tercapai, katanya.

Sementara itu, Setiausaha PAS Pusat, Mustapha Ali telah memakumkan kepada semua yang hadir bahawa bahang pilihanraya PRU ke 13 semakin hampir memandangkan berbagai perkara yang telah berlaku semenjak akhir-akhir ini terutamanya di negeri selangor.

Kemungkinan besar PRU akan berlaku pada Jun atau Julai 2011. Beliau meletakkan harapan agar semua ahli harus merancakkan gerakkerja dalam membuat persiapan PRU ke 13.

Gerak kerja ini seharusnya dilakukan tanpa berlengah lagi kerana UMNO/BN sentiasa memerhati setiap langkah kita.

"Sekiranya kita lalai maka mereka akan memasuki kubu PAS di setiap kawasan yang telah dikenal pasti dengan begitu mudah. Oleh itu seharusnya semua ahli harus meneruskan gerakkerja tanpa berlengah lagi agar memastikan hasrat untuk mengambil putrajaya pada PRU ke 13 akan tercapai bagi membela rakyat", katanya.

Majlis tersebut telah diserikan dengan penyampaian cenderahati oleh Saudara Musthapa Ali Setiausaha PAS Pusat, Wan Hasrinah Wan Hassan, Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor (DMPNS) kepada golongan veteran, paling banyak berjasa menaburkan bakti dalam perjuangan PAS, lajnah paling aktif, cawangan terbaik dan sebagainya.

Acara kemuncak sambutan tahun baru pula telah diadakan dengan melakukan solat hajat , persembahan nyayian nasyid yang terdiri daripada Kumpulan Alif Ba Ta, Aris Ariwatan, Renggo Arrow, Utz Zul (Bekas Gitaris Kumpulan Visa), Kumpulan As-Saufee dan dikir barat yang telah diadakan di Tapak Pasar Malam Tmn Greenwood, Gombak baru-baru ini.


Editor :khaulah azwar

XPDC Dakwah “22 kantoi ditangkap khalwat” Kejayaan Kerajaan Negeri Selangor

Tmn Samudra Batu Caves – Seperti sebelumnya setiap kali menyambut tahun baru pasti akan berlakunya perkara-perakara yang tidak diingi seperti zina, pengambilan pil yang berlebihan dan sebagainya.

Begitulah pada tahun 2010 malam tahun baru kali ini tidak lepas dicemari maksiat, apabila 22 ditahan dengan menaiki 2 buah van di sekitar daerah Gombak, dalam serbuan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), awal pagi semalam.

Lima individu daripada 11 pasangan 'kantoi' ditahan terdiri warga asing beragama Islam berasal dari Indonesia dan Bangladesh, bersama pasangan masing-masing warga tempatan yang merupakan lelaki dan juga perempuan.

Dalam operasi di lokasi hotel budget itu, tiga pasangan ditahan di kawasan Rawang, manakala lapan lagi di sekitar Batu Caves, apabila gagal membuktikan ikatan suami isteri dan bukan muhrim.

Wakil (JAIS) yang mengetuai serbuan itu berkata, pasangan ditahan telah dibawa ke balai polis berhampiran dan akan didakwa dalam masa terdekat di bawah Seksyen 29 (1a & b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor No 9/95.

Mereka ditahan kerana didapati berkhalwat dan berada dalam satu bilik antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan sah. Pelbagai alasan diberikan ketika serbuan dan tangkapan dilakukan.

“Terdapat 4 pasangan wanita bujang menunggu dalam 4 buah bilik mungkin mereka menanti kedatangan pasangan mereka”. Rata-rata mereka yang terlibat umur diantara 16thn keatas”.

Ini termasuk alasan sukar diterima seperti 'hanya mahu menumpang sekejap' di bilik pasangan, 'hendak menghadiri kenduri' dan sebagainya,” katanya dalam Operasi XPDC Dakwah Daerah Gombak Menjelang Tahun Baru pihaknya itu, yang berpusat di Masjid Al-Amaniah, di sini.

Antara terlibat dalam operasi berkenaan bermula sekitar jam 12 tengah malam hingga jam 8 pagi itu ialah Ketua Unit Penguatkuasa Jais Daerah Gombak, Lukman Ramli dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Selangor (DPPNS), Ahmad Zaidy Abdul Talib.

Turut membantu dalam menjayakan operasi ialah Penguatkuasa Agama Daerah Gombak, polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen, Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Nazir-nazir masjid daerah Gombak dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Dalam pada masa itu, walaupun mengandung lima bulan dan membawa anak berumur tiga tahun bersama seorang rakannya, seorang wanita tempatan berusia 29 tahun, turut ditahan dalam serbuan ketika jam 4 pagi.

Ditanya apakah kaitan hubungannya dan lelaki ditahan di bilik hotel, wanita itu yang tinggal di Ampang mengakui menghadapi masalah rumah tangga, manakala pasangan lelakinya dikatakan hanya seorang rakan untuk membantu beliau mencari kediaman seketika.

Semasa serbuan di Batu Caves, anggota (JAIS) sedang mengawal lorong belakang hotel terlibat, dikejutkan dengan tindakan mencampakkan sejenis alatan 'dapur' menagih dadah dipercayai 'ice' dari tingkap hotel.

Bagi melihat sama ada mereka ditahan ini positif dadah atau tidak, kami difahamkan tujuh lelaki dan tujuh wanita terlibat menjalani saringan air kencing semasa dibawa ke balai polis.

Keputusannya ujian itu masih belum kita ketahui. Bagaimanapun selepas ini kesemua mereka dikehendaki hadir ke Pejabat Agama pada tarikh ditetapkan untuk tindakan lanjut dan akan dikenakan hukuman jika sabit kesalahan,” katanya.

Terdahulu, wakil (JAIS) turut menasihatkan orang ramai yang sudah berkeinginan, supaya menjauhi maksiat dengan berkahwin secara sah, sekali gus supaya dapat mengurangkan gejala sosial masa kini.

Difahamkan, tindakan boleh diambil terhadap mereka ditahan, adalah di bawah Seksyen 18 dan Seksyen 10, yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000, penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

250 ahli Yayasan Amal, NGO terlibat

Pihak Yayasan Amal Malaysia diketuai ahli jawatankuasanya Mohd Farhan Madzlan memberitahu seramai 25O terlibat termasuk ahlinya dan NGO membantu mengedarkan risalah berkenaan mencegah maksiat.

Sebanyak kira-kira 5,000 risalah berkaitan 'amal makruf nahi mungkar' telah kita edarkan di seluruh daerah Gombak, seperti di pasaraya, uptown dan tempat awam bermula jam 10 malam lagi, sebelum operasi (JAIS) ini dimulakan.

Dalam operasi ini, kita juga mengambil kesempatan memberikan tazkirah kepada mereka ditahan. Kebanyakan maksiat ini berlaku kita percaya ia berpunca apabila tidak bersolat dan ini diakui mereka ditahan,” katanya.

Mohd Farhan juga bertindak sebagai Penyelaras Ekspedisi Dakwah Malam Tahun Baru Daerah Gombak, malam semalam juga berkata, pihaknya merancangkan dalam masa terdekat akan menubuhkan Unit Kaunseling khususnya untuk mereka berkaitan.

Dalam pada itu, Ahmad Zaidy pula berkata, orang ramai kini terutamanya di Negeri Selangor sudah malu membuat maksiat secara terbuka, menunjukkan kejayaan pihak Kerajaan Negeri Selangor yang telah bertungkus lumus mengadakan berbagai program seperti Generasi Idaman Selangor (GeMS) , Anti Zina dan sebagainya bagi menangani masalah berkaitan terutamanya kepada golongan belia.

Katanya lagi “Kalau sebelum ini, mereka berani buat (maksiat) secara terbuka seperti cara 'kereta rosak' dan sebagainya, tetapi dalam operasi kita lakukan kali ini ia tidak ada lagi”.

Dalam kajian pihak Yayasan Amal sejak tahun lepas juga mendapati, kebanyakan mereka ingin melakukan kerja-kerja maksiat ini mencari kawasan luar Selangor untuk tujuan itu,” katanya.



Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI