Tuesday, July 10, 2012

Kenapa Rosmah Mansor Pula Sibuk Macam Menteri Wanita

 
Shah Alam : Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali menyelar sikap tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengumumkan semua guru taman asuhan kanak-kanak  wajib mengikuti kursus anjuran permata.

Dr Halimah berkata, “saya rasa pelik dengan sikap Datin Sri Rosmah Mansor, apa hak beliau dan apa jawatannya? Kenapa dia pula yang umum nak wajibkan kursus Permata? 

“Adakah dia Menteri Pelajaran, kenapa dia sibuk macam Menteri Wanita pula?. Ini  membuktikan beliau cuba mengambil alih jawatan Menteri wanita yang di pegang suaminya.
Yang jadi Menteri Wanita dan Kebajikan ni adalah suami dia bukannya dia, jadi kenapa dia pula yang nak jadikan ia sebagai satu dasar?” Soal Dr Halimah dalam sidang media selepas Sidang DUN di SUK, Shah Alam.

Menurut Dr Halimah orang yang buat dasar mewajibkan kursus atau apa sahaja mestilah seseorang yang medapat mandat rakyat, bukannya berdasarkan kedudukan beliau sebagai isteri Perdana Menteri.

Dr Halimah yang merupakan ADUN Selat Klang menambah lagi, “pengalaman panjang dan pengetahuan pengusaha taska di negara ini juga boleh dijadikan sumber rujukan oleh kerajaan untuk melaksanakan sesuatu dasar.

“Kementerian perlu mencari orang yang pakar mengkaji secara menyeluruh apa yang patut dilakukan, bukannya kerana desakan politik atau hendak menonjolkan Permata itu.
Biarlah bini Aku Bersuara, kalau tak habis Aku kena belasah nanti

Ada banyak pengusaha taska yang telah beroperasi berpuluh tahun dan mempunyai pelbagai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang ini”, katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan“kenapa kita tidak kumpulkan mereka ini dan mereka boleh berikan input terbaik daripada mereka?.

Sebab itulah saya tanyakan tadi adakah Menteri yang mendapat mandat rakyat untuk buat dasar ini arahkan atau siapa?”.  

Dr Halimah juga beranggapan ‘pengumuman’ Rosmah tersebut sebagai salah satu usaha  isteri PM, Rosmah Mansor untuk meraih publisiti dari masyarakat umum.


Editor : Khaulah Azwar


Guardian lanjut spekulasi Nurul Izzah bakal PM

Go.. Izzah,, go..  adikku Izzah, always support u..Tunaikan Hak rakyat
Akhbar Inggeris Guardian menerbitkan satu rencana mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, menganalisis perjalanan mencabar barisan pembangkang menghadapi pemerintah Barisan Nasional dan apa yang dilihat sebagai peluang terakhir Anwar untuk menjadi perdana menteri.

Menurut akhbar itu, pertempuran dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti bakal menjadi yang terakhir untuk merealisasikan hasrat Anwar menjadi perdana menteri, hal yang sama dibicarakan dalam politik negara kebelakangan ini.

Rencana tulisan Kate Hodal itu masih memberi gambaran keseluruhan yang positif buat Anwar, memberi gambaran Anwar sebagai satu-satunya pemimpin pembangkang yang ditentukan untuk menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya akan datang, walaupun turut menyelitkan beberapa kritikan kecil.

Walau bagaimanapun, isu utama yang dibawakan atau dilanjutkan oleh rencana ini - yang kelihatan dipilih untuk disiarkan pada masa menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 untuk mempengaruhi debat politik negara - ialah harapan terhadap Nurul Izzah Anwar, anak Anwar yang juga seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Peranggan terakhirnya menimbulkan isu "harapan banyak pihak di peringkat akar umbi" untuk melihat Nurul Izzah menyambung perjuangan Anwar, dan diletakkan sebagai calon utama perdana menteri gabungan parti Pakatan Rakyat sekiranya mendapat jumlah kerusi parlimen yang mencukupi. 

Rencana Guardian ini melanjutkan lagi debat mengenai siapa selepas Anwar, yang semakin banyak diperkatakan pada masa ini ekoran banyak hal, termasuk imejnya yang semakin terjejas termasuk kepada pengikut dan penyokong PR sendiri.

Penulis rencana itu menyebut faktor Nurul Izzah yang bebas daripada bagasi sejarah seperti yang dimiliki bapanya, selain faktor muda dan popular, mencerminkan sentimen banyak pihak terhadap beliau.

Walau bagaimanapun, isu politik dinasti keluarga menjadi satu isu yang sentiasa membayangi PKR yang dikuasai oleh linkungan keluarga Anwar dan rakan terdekatnya. 

Rencana ini bakal mencetuskan minat dan perhatian ramai dalam politik negara, terutama dalam kalangan PKR dan PR yang menaruh harapan yang sama, sama ada sebab sokongan kepada Nurul Izzah atau kerana faktor mencari calon kompromi.

Ia boleh dilihat sebagai satu bentuk endorsement dari pihak berpengaruh di peringkat antarabangsa, memberi gambaran sokongan yang diterima Nurul Izzah, dan kemungkinan juga merupakan satu rancangan transisi daripada Anwar kepada tokoh lain yang sudah digerakkan.  Pihak yang berada
di kem seberang pula dijangka tidak akan berdiam diri, dan akan memberikan tindak balas sewajarnya.


 Respond fb

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI