Thursday, August 4, 2011

PR terus membela Sekolah SRA, SRJK (C) dan SRK (T)



Batu Caves : Kerajaan Negeri Selangor Pakatan rakyat (PR) terus membela nasib sekolah-sekolah di negeri Selanggor terutamanya Sekolah Agama Rakyat (SRA). Namunpun begitu Sek. Ren. (J) Keb. Cina, Sek. Ren. (J) Keb. Tamil juga tidak terlepas pandang untuk menerima bantuan sekolah.

Bantuan tersebut telah sampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amiruddin Shari baru-baru ini dengan menyerahkan replika cek kepada semua sekolah SRA di kawasan DUN Batu Caves, Sek. Ren. (J) Keb. Cina, Sek. Ren. (J) Keb. Tamil di Dewan Bolton Tmn Sri Gombak.

Katanya, Kerajaan Selangor telah menyampaikan memperuntukkan sebanyak RM6 juta kepada sekolah agama, sekolah Cina dan sekolah Tamil di negeri ini di bawah fasa pertama untuk memantapkan prestasi sekolah-sekolah berkenaan 2 bulan yang lalu di Shah Alam. Bantuan tersebut telah disampaikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bersama semua saf pimpinan Exco Kerajaan Negeri Selangor”.

“Bantuan itu adalah sebahagian daripada peruntukan RM16 juta yang diluluskan kerajaan negeri untuk tahun ini”
.

ADUN atau Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) telah diberikan amanah daripada kerajaan negeri Selangor PR baru-baru ini untuk menyalurkan bantuan peruntukan tersebut
kesemua 56 DUN Selangor untuk diserahkan kepada sekolah-sekolah terbabit.

Maka pada hari ini bersesuaian dengan majlis Pidato Rakyat Selangorku, kita serahkan replika cek kepada sekolah terbabit yang melibatkan DUN Batu Caves. Sek. Ren. (J) Keb. Cina telah menerima peruntukkan sebanyak RM 30 ribu, Sek. Ren. (J) Keb. Tamil RM10 ribu dan SRA Muhajirin Fasa 2 Selasih RM10 ribu.
Beliau mengulas, pemberian bantuan sekolah ini bukanlah untuk mengkaburi mata rakyat atau pihak sekolah semata –mata untuk meraih undi tetapi pemberian bantuan ini adalah bagi mempertingkatkan mutu prestasi sekolah dan memenuhi keperluan sekolah yang mungkin banyak terdapat kekurangan lagi perlu di kemaskini oleh pihak sekolah.

"Kita juga amat berharap agar pihak sekolah atau rakyat yang hadir dalam program ini tidak mempertikaikan mengapa pemberian bantuan sekolah berbeza-beza jumlah yang diberi. Ingin dijelaskan kepada semua rakyat yang hadir agar tidak berlaku salah faham. Jumlah yang di berikan adalah atas permohonan sekolah sendiri dan ianya bergantung megikut keperluan dan kesesuaian. Tidak sama sekali diberikan atas pilih kasih atau sokongan parti.

Semoga bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor (PR) dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk menaiktaraf infrastruktur sekolah bagi menghasilkan produk yang berkuali tinggi", kata Amir.

Majlis tersebut bukan sahaja diadakan penyampaian bantuan sekolah sahaja tetapi diadakan juga bantuan sempena sambutan bulan Ramdhan bagi menjayakan aktiviti ramadhan diperingkat surau dan masjid di DUN Batu Caves dan diadakan juga pelancaran gerakkerja pilihanraya PRU ke 13 peringkat Parlimen Gombak dengan menyerahkan bendera PR di setiap DUN.

Media difahamkan oleh Pengurus PKM DUN Batu caves, ADUN Batu Caves juga telah memperuntukkan sumbangan sebanyak RM 16 ribu yang melibatkan 5 buah masjid dan 18 buah surau sempena ramadhan.

Tujuan sumbangan tersebut adalah bagi membantu pihak pengurusan mengadakan berbagai aktiviti sepanjang ramadhan dengan
menyediakan juadah untuk diberikan kepada fakir miskin, ibu tunggal dan Orang Kurang Upaya (OKU).

Selain daripada itu, RM2000 disalurkan bantuan kepada Persatuan Silat Ilham dan RM2500 diberikan kepada persatuan Pangsapuri Kenanga. Sumbangan tersebut diberikan dalam majlis Dailog Pakatan Rakyat baru-baru ini.

Turut hadir bersama, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, ADUN Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, YDP PAS Kawasan Gombak, Sallehuddin Nasir, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli, Senator Ramkrishnan,


Editor : khaulah azwar


SIMFONI KASIH TAUTAN HATI