Monday, January 28, 2013

Ingat Tarikh Keramat PRU13.. Ayuh Bangun tumbangkan UMNO.


INFO TERKINI & TERDEKAT ::: AYUH, BANGKIT & SEDAR... 

TARIKH INI TARIKH KERAMAT DAN BOLEH DIEPRCAYAI >>> 

ANGGAPLAH TARIKH INI SEBAGAI TARIKH SEBENAR PARLIMEN DIBUBARKAN...

INI MASANYA, JANGAN LEKA, UMNO-BN SEDANG GIAT MENAIKKAN BILIK GERAKAN & KERJA-KERJA PRU13...KITA TUNGGU APA LAGI???

1) SIBUKKAN DIRI ANDA UNTUK HANCURKAN UMNO-BN
2) TURUN JUMPA SEGENAP RAKYAT
3) BUAT SEIKHLAS HATI

SEBARKAN #

Sanah Helwa Ummi, Angah, Sibuknya kita terabainya kasih sayang




Dalam hidup ini tiada yang lebih bermakna melainkan apabila dapat berkumpul dan berada disisi orang-orang yang dikasihi.
Suapan Mahabah sanah helwa Angah ( Liza).

Alhamdulilah  dalam kesibukan  bahang untuk menghadapi PRU13 yang semakin hampir, diberi kesempatan untuk ana berhimpun dengan keluarga di kampug meskipun mereka bukanlah saudara kandung namun petalian persaudaraan antara guru dan pelajar kini menjadi satu keluarga.

Pertalian persaudaraan yang terpisah hampir 18thn akhirnya dapat bertemu kembali dengan izin Allah. Inilah satu nikmat yang amat di syukuri kerana dapat berhimpun dengan guru-guru.

Meskipun duduk berjauhan namun  jangan jadi alasan tiada masa untuk berukhwah. Dengan zaman serba 
canggih  untuk kekalkan kemesraan persaudaraan itu  selain setulus doa  berusahalah untuk melayangkan SMS sebagai ingatan agar persaudaraan tidak terputus.

Alhamdullilah, nikmat yang Allah berikan  dengan berkumpul bersama keluarga di kampung sujud syukurku pada Ilahi  tidak terlepas kerana Allah SWT mem perkenan segala hajat untuk bertemu dengan guru-guru kembali yang kini menjadi keluarga.
Tiada bermakna melainkan dapat berkumpul dgn keluarga

Cuti kali ini secara kebetulan adalah tarikh lahir ummi dan Angah Telah ana usahakan untuk meluangkan masa bersama mereka, namun perancangan Allah adalah yang terbaik.

Macam-macam yang ana rasa antaranya sedih sebab tak dapat sambut hari lahir Ummi bersama kerana tugas dan taggungjawab ummi diperantauan. Namun di sebalik kesedihan itu dengan adanya angah famli terubat juga sedikit kesedihan ini. Angah telah mengembirakan hati kecil ini. Dengan kepulangan angah di kampung dapat juga meraikan ulang tahun nya yang sama dengan ummi. 

Setiap kali potongan kek diberikan pada anak-anak buah setiap itulah teringatkan ummi, macam-macam yang bermain difikiran. Adakah kasih ummi masih ada untuk diri ini lagi, terasa semakin jauh. Tak macam sebelum ini. Kasih manusia tiada yang kekal abadi namun kasih sayang Allah pada hambanya tiada penghujung sebaliknya akhir hayat kita.. ye.. Allah tahu apa yang terbaik untuk kami.  

Layangan kad telah ana kirimkan seminggu sebelum hari lahir ummi namun tiada jawapan. Bagaikan satu penyeksaan menanti jawapan ummi. Akhirnya hari jumaat angah sms ana, rancang balik kampung. Dengan perasaan sedih itulah ana menerima pelawaan tersebut dan secara kebetulan anak cikgu rusli pula bertunang.

Layanan Wan & org kg memang meriah.. hilang 10sion

Secara rasionalnya, bila di fikirkan inilah hikmahnya jika tidak dapat meraikan ulangtahun ummi akhirnya dapat meraikan angah famly. Meskipun kita tak dapat sesuatu yang kita inginkan namun Allah ganti yang lebih baik.

Wahai insan, hargailah setiap insan yang hadir dalam hidup kita sementara  diantara kita diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan ini. Kehilangan opah yang telah kembali kerahmatuallah amat dirasai.

Kadangkala kita terlalu sibuk sehingga lupa untuk masa orang yang berada disekeliling kita, tetapi apabila mereka pergi dalam hidup kita, baru kita menyesali kerana kehilangannya.   

Mengapa semasa dia hidup kita tidak luangkan masa bersama. Inilah persoalan yang akan bermain di hati kita, tiada bermakna lagi jika dia telah meninggalkan kita. Maka dengan itulah hargailah dia dalam hidup kita, jujurlah dalam berukhwah.

Sibuk macamanapun kita jangan abaikan kasih sayang dan tanggungjawab kita antara satu sama lain.

Moga Allah berkati majlis ini dan di mudahkan urusan. Selamat hari lahir buat ummi, angah yang dikasihi. Doaku sentiasa bersama kalian meskipun sentiasa diberikan ujian dalam berukhwah. Inilah ujian kasih sayang yang diberikan.
Cuti penuh dgn aktiviti berzanji & Marhaban.  Anak amanah Allah yang perlu di jaga

“Ya-Alllah seperti mana Engkau kehendaki, peliharakan ukhwah ini, kekalkan kemesraan hati-hati kami dan dijauhi segala hasad bagi mereka yang iri hati dengan ukhwah ini, amiin ya rab”.

“Janglah kesibukan kita sehingga ada hati yang rasa tidak dihargai dan merasakan terabai kasih sayang,sedangkan ia adalah amanah Allah yang perlu di jaga;(“ Ya-Allah berilah keampunan mu pada diri kami yang terleka. 



Perumahan Rakyat: Kerajaan PR Sudah Buat, Kerajaan BN Bila Lagi?

Anwar Ibrahim: Najib, Weakest Prime Minister We Have Ever Limits

Selangor Batal Projek Kondominium Batu Caves - INFO 12

Kematian Adik William Yau Ambil Iktibar -Wan Azizah



KUALA LUMPUR 28 JAN: Tragedis kematian adik William Yau Zhen Zhon harus menjadi iktibar agar kejadian sedemikian tidak berulang lagi, saran Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata, masyarakat setempat, ibu bapa dan penjaga haruslah lebih berwaspada serta sentiasa bersedia untuk memastikan anak-anak dalam keadaan selamat  terutamanya di tempat-tempat yang sesak, taman permainan, pusat membeli belah dan sebagainya.

Wan Azizah berkata demikian merujuk tragedi menyayat hati menimpa Wiliam,6, yang ditemui mati di Jeti Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, 24 Januari lalu selepas seminggu hilang dari rumahnya di Putra Heights, Subang.

Ujarnya “sebagai seorang ibu, saya amat kecewa dengan apa yang terjadi dalam masyarakat kita,” kata Wan Azizah dalam kenyataan medianya.

"Negara pernah bersedih dengan berita kematian Nurin Jazlin (2007), Sharlini (2008) dan terbaru, kematian ngeri Dirang yang dibakar di Johor baru-baru ini.

“Mengenang kepada tiga peristiwa ini, sebak dan sayu pasti menyelubungi kita semua. Sikap prihatin sesama kita adalah tanggungjawab bersama,” Katanya.

Sehubungan itu,  Wan Azizah menggesa pihak polis  wajar  memberi keutamaan kepada agenda keselamatan terutama melibatkan wanita dan kanak-kanak.

“Keganasan rumah tangga, aktiviti pemerdagangan manusia, penculikan dan pembunuhan adalah kegiatan yang perlu diperhatikan oleh pihak keselamatan dengan serius dan tekad untuk membanteras.

“Marilah kita bersama-sama berpegang tangan, berganding bahu untuk terlibat secara total dalam pembangunan masyarakat khususnya dalam melindungi kanak-kanak,” katanya.

Editor : Khaulah Azwar

Sunday, January 20, 2013

Anwar Menang Saman Utusan Malaysia


K.Lumpur, 21 Jan : Setelah berkali-kali disahkan menyebar fitnah.. hari ini sekali lagi Lidah Rasmi UMNO atau Utusan Malaysia media kebanggan pencacai UMNO disahkan sekali lagi menyiarkan fitnah.. 

Mahkamah Tinggi hai ini memutuskan Utusan Malaysia didapati bersalah kerana memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menuduh beliau menyokong pergerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT). 

Hakim Datuk VT Singham juga berkata ia tidak mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab, dan mengatakan defendan mempunyai peluang untuk membetulkan fakta selepas Anwar menghantar notis peguam untuk keterangan. 

“Artikel tersebut adalah terpesong, tidak tepat dan di luar maksud yang diperkatakan,” Hakim Singham memberitahu mahkamah. 

“Mahkamah berpuas hati (dalam artikel tersebut) bahawa ini adalah fitnah kepada plaintif.” 

Saturday, January 19, 2013

Penduduk Kesal Curi Air Berlaku



Gombak : Saat kerajaan negeri Selangor berusaha mengatasi kemelut masalah air di negeri ini yang tidak mendapat kerjasama Syabas dan Kerajan Pusat terdapat pula pengunaan curi saluran air di kawasan perumahan Taman Desa Minang, Gombak disini.
Penduduk menemui saluran getah disambung kawasan rumah

Norlina Kassim menetap di Lorong 5 berkata, semenjak kilang-kilang di bina di tapak tanah pertanian milik tanah kerajaan kami dapati tekanan air di kawasan rumah penduduk semakin kecil, dan kotor. Hal ini bukan berlaku di Lorong 5 sahaja bahkan setiap lorang kawasan perumahan taman ini.

Saya menyedari apabila setiap bulan penapis air di rumah saya terpaksa ditukar dan tekanan air semakin kecil. Apabila di siasat saya menemui beberapa saluran paip getah telah di tanam bawah tanah dan terus di salurkan di kawasan semua kilang.

Justeru, saya amat berharap pihak berwajib, Syabas, Majlis Perbadandaran Selayang (MPS), Polis membuat siasatan bagaimana perkara ini boleh berlaku. Boleh dikatakan Kilang-kilang telah curi air di kawasan perumahan kami,  katanya.

 Yap Yin Sang, rata-rata penduduk disini meragui bagaimana kerja-kerja pemasangan paip getah di bawah tanah dilakukan tanpa pengetahuan penduduk.

“Patutlah bil air rumah semakin tinggi dan air yang kami terima kecil, kotor dan berbau busuk. Pihak kilang mengaut keuntungan dengan menggunakan saluran air penduduk sekitar disini, dan menjadi mangsa adalah penduduk.
Saluran Paip getah air di tanam bwh tanah ditemui disalur ke Kilang

Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan tidak sewajarnya kerajaan pusat, syabas menyalahkan kerajaan negeri Selangor tidak memberi kerjasama berusaha atasi masalah air sedangkan telah terbukti ada tangan ghaib yang menukarkan meter dan paip air sehingga memberi tekanan kepada penduduk”.

Pengurus Kilang TH Cycling,  Chin Chee Keong  ketika di temubual oleh wartawan telah menegaskan bahawa syarikatnya  telah berdaftar dan mempunyai bil air dan elektrik.

Namun apabila wartawan minta bukti bil air, pihak kilang gagal membuktikan bil air seperti yang dikatakan. Hal ini telah di tunggu wartawan hampir setengah jam di pejabat TH Cycling untuk mendapat kepastian bil air yang dinyatakan oleh kilang.

Selain itu, didapati terdapat banyak tangki air setiap kilang, saluran paip getah yang bermula di kawasan perumahan Taman Desa Minang  dan disalurkan ke kawasan kilang.

Sementara itu, Pengerusi Penduduk Taman Desa Minang Dato’ Haji Wan Mohd Safiain Haji Wan Hasan pula berkata, perkara ini disedari apabila kita membuat lawatan turun padang bersama penduduk  yang sedang membuat bantahan terhadap Kilang-kilang yang dibina disini kerana memberi gangguan bising.

Apabila kita berhimpun didapati terdapat kesan saluran air mengalir dan telah disedari beberapa penduduk.
Penduduk Bantah Curi Air oleh Kilang

Saya ingat paip air bocor tetapi tidak. Penduduk mengadu terdapat air kotor, tekanan air rendah berlaku dan apabila disiasat boleh dikatakan setiap lorong kawasan perumahan ini mempunyai saluran paip getah yang ditanam bawah tanah. Terdapat getah-getah yang telah rosak telah terkeluar dan diganti dengan getah baru.

Justeru, saya amat berharap pihak berwajib Ahli Majlis Perbadanran Selayang (MPS) Zon 7, Maznah Abdul Aziz , Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia, Sallehudin Nasir,  Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali dapat membantu penduduk mengatasi masalah ini agar tidak berlarutan.
Masalah air harus diselesaikan sebaiknya dengan mendapat kerjsama Syabas, dan Kerajaan Pusat,   katanya.

Menurut Dato’ Haji Wan, kerja –kerja yang dilakukan oleh pihak berkenaan menggambarkan mereka terdiri golongan  professional sehingga tidak dapat dikesan penduduk sebelum ini.   

Editor : Khaulah Azwar

Tazkirah : Jangan Mati Dalam Kemaksiatan Kepada Allah


Mati dalam kemaksiatan selalunya digambarkan apabila seseorang itu mati di disko, mati ketika minum arak, mati ketika menagih dadah, mati ketika berzina, dan lain-lain.

Tetapi tahukah anda bahawa mati ketika mendedahkan aurat di hadapan ajnabi (free hair, pakaian ketat, berseluar pendek, pakai tudung singkat, dan lain-lain) juga adalah mati dalam kemaksiatan kepada Allah.

Maka bagi muslimat peliharakan iman mu. Semakin berusia, semakin     senjanya umur kita, perlulah ubah diri kearah kebaikan. 

Jika dahulu tudung labuh menutupi bentuk tubuhmu, maka peliharakanlah jangan di buka sedikit demi sedikit sehingga orang lain mampu membayangkan bentuk tubuh badanmu. Janglah sampai Allah tarik sifat malu dalam diri kita. Moga istiqama dalam apa yang kita lakukan sehingga akhir hayat.

Begitu juga mati dalam keadaan kita membenarkan kemungkaran tanpa ade sebarang perasaan marah sedikit pun di dalam hati...
 

10 Tahun Alami Gangguan Bising, Desak Kementerian Kesihatan, MPS ambil tindakan



Desa Minang, Gombak, 19 Jan :  Seramai  30 orang penduduk  berhimpun membuat bantahan terhadap Kilang TH Cycling  yang telah  mengganggu ketenteraman  penduduk sekitar di situ kerana memberi gangguan bising sehingga  lewat 12 malam.
Antara Penduduk bantah terhadap kilang TH Cycling
TH Cycling adalah sebuah Kilang pembuangan sisa bahan plastik, peralatan kereta rosak telah di tubuhkan 10 tahun  lalu di kawasan itu.

Yap Yin Sang  selama 28 tahun tinggal di kawasan Lorong 6, melahirkan rasa marahnya apabila pihak Kilang tidak ambil perhatian dengan aduan penduduk.

Katanya, semenjak kilang ditubuhkan gangguan bising telah menjejaskan tidur semua penduduk disini. Penduduk sekitar sering merungut apabila tidak cukup tidur akibat gangguan bising yang berpunca daripada kilang berkenaan.

Saya mengalami sakit tua hendak berehatpun tidak menyenangkan hati lebih-lebih lagi apabila kilang tersebut operasi sehingga 12 malam.

Yap Yin Sang
Jarak rumah saya dan kilang 40 kaki begitu  memberi tekanan kepada saya  kerana bunyi bising yang sangat kuat. Selain itu, di dapati tanah disini juga telah runtuh dan batu-bata daripada Kilang Batu telah jatuh hampir rumah saya. Keadaan ini amat membimbangkan saya dan keluarga jika semua kilang ini terus beroperasi disini. Apakah akan berlaku dalam tempoh dua tahun akan datang, soal Yap.

Menurut Yap, Lima tahun lalu kilang tersebut ikut waktu operasi tetapi  selepas itu  kilang berkenaan bekerja  tujuh hari sehingga lewat malam.

Norlina Kassim menetap di Lorong 5,  turut tidak berpuas hati dengan kilang tersebut.

Katanya, semenjak Kilang ini di tubuhkan, kawasan perumahan kami berbau busuk terutamanya rumah-rumah yang berhampiran Kilang.  Tapak kawasan Kilang yang di tubuhkan disini dikenal pasti adalah tapak pertanian milik kerajaan kini begitu semak  tanpa pengurusan berkala sehingga di dapati nyamuk begitu banyak di kawasan perumahan penduduk.  

Akibat daripada itu, ramai penduduk sering mengalami  demam denggi. Setiap bulan kita sering menerima aduan ada sahaja penduduk yang masuk Hospital kerana  mengalamai demam denggi.    

Gangguan bising diberi oleh Kilang bukan  sahaja menjejaskan kepada golongan warga emas tetapi ibubapa dan pelajar juga.Anak-anak saya masih belajar di peringkat Sekolah Menengah dan Universiti, mereka tidak dapat beri tumpuan belajar dan kurang tidur sebab gangguan bising,  ujarnya dengan kesal.

John Muthya, Kawasan Lorong 6, telah menetap selama 38 tahun, akibat sikap tidak bertanggungjawab Kilang tersebut saya amat berharap agar isu ini mendapat perhatian daripada pimpinan setempat seperti Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia, Ahli Majlis Zon 7 dan Kerajaan negeri Selangor dan kementerian kesihatan.
Batu Bata dan Tanah runtuh di kawasan rumah penduduk

Kami sebagai penduduk merayu agar semua pihak berwajib dapat atasi kemelut yang kami alami selama sepuluh. Kami sudah tidak tahan dengan keadaan bising, nyamuk, dan sebagainya yang berpunca daripada Kilang –kilang yang dibina disini.

Dan kami juga mempertikaikan bagaimana semua Kilang ini mendapat kelulusan daripada kerajaan terdahulu, MPS kerana ini kawasan perumahan bukan kawasan kilang, soal John pada media.

Justeru, kami berharap Kementerian Kesihatan,  kerajaan negeri dan pimpinan setempat dapat mengambil perhatian aduan penduduk disni, katanya.

Sementara itu, tinjauan wartawan di kawasan tapak seluas 2 ekar didapati empat buah kilang antaranya Kilang Papan, Kilang Besi, Kilang Kosong tetapi ada beberapa bungkusan pasir dan simen, dan Kilang TH Cycling. Didapati gangguan bising berpunca daripada TH Cycling dan tiga buah kilang lagi tidak memberi gangguan bising.

Chin Chee Keong, Pengurus TH Cycling ketika di temubual wartawan  beliau menjelaskan Kilang ini telah beroperasi  10 tahun lalu dengan mendapat permit sementara daripada (MPS),  mengikut  operasi waktu bekerja  iaitu  Isnin- Sabtu  8.30 pagi sehingga 6.30 petang, dan  Ahad 9.00 pagi-5 petang.  

Chin Pengurus TH Cycling 
Apabila di soal lagi oleh  pihak  wartawan kepada Chin, Pengurus TH Cycling , penduduk sekitar  telah memaklumkan bahawa waktu operasi adalah 8.00 pagi sehingga 12 malam yang sekaligus memberi gangguan kepada penduduk. Jika kilang ini telah mendapat permit daripada MPS, saya mahu lihat lesen tersebut.

Pihaknya berkata, memang saya akui kilang pernah operasi daripada waktu yang telah ditetapkan tetapi kami berhenti apabila penduduk buat bantahan. Mungkin kilang lain yang beroperasi tidak ikut jadual yang ditetapkan.

Pihak wartawan juga telah mendapati lesen sementara (MPS) yang di miliki oleh TH Cycling telah tamat tempohnya dan bil air di minta tidak diberi oleh syarikat terbabit.

Sehubungan itu, Ahli Majlis MPS Zon 7 Maznah Abdul Aziz pula berkata, pihak kita telah menerima aduan penduduk bulan lepas dan telah di usulkan  dalam mesyuarat (MPS) tetapi saya tidak dapat hadir kerana bercuti melawat anak di luar negara. 

Insya-Allah dalam masa terdekat, mesyuarat pembangunan dan perlesenenan akan diadakan dan saya akan minta penjelasan pihak MPS apakah tindakan yang telah dilakukan, katanya dalam sidang media.

 Editor : Khaulah Azwar

Monday, January 14, 2013

HKL112 Bersama Nurul Izzah di UM



Moga adik2 yang berhimpun akan istiqama meneruskan perjuangan yang murni ini, walaupun di hina, di gertak namun undur tidak sekali.

Kenali Dia, Diari Yb Nurul Izzah Anwar

Pakar Matematik Anggar 700,000 Hadir HKR112 – INFO 12

Lagi Video Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) 112

Segalanya melakar sejarah dunia. Insya-Allah pasti suatu hari akan di bukukan memori setiap Himpunan Rakyat.







Ucapan Ayahanda Datuk Sri Anwar Ibrahim



Ucapan Ayahanda Tok Guru Hadi Awang

Lafaz ALLAH : Umno Melakukan Kesilapan dan Dosa Besar


http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/TGHadi.jpg- menyerahkan urusan kalimah Allah kepada pasukan propaganda dan saraf parti Umno
Amanah terbesar dalam Islam ialah memerintah negara, di mana UMNO telah diberi kepercayaan sejak lebih lima puluh tahun mencapai kemerdekaan sehingga kini, bagi memimpin kerajaan bagi pihak melayu beragama Islam dalam BN, dahulunya Perikatan.

Islam telah diterima oleh semua kaum menjadi agama negara dengan hak yang adil kepada penganut berbagai agama dalam konsep persefahaman sempadan saling mengerti dalam perkara yang berbeza.

Islam wajib diperkasakan sehingga mengatasi yang lain dengan pendekatan yang bijak dan amalan yang istiqamah dan adil terhadap semua, kerana Islam adalah rahmat kepada seluruh alam, bukan dengan paksaan dan ugutan kosong.

Apabila tercetusnya isu kitab Injil diterjemahkan dalam Bahasa Melayu, dengan menterjemahkan perkataan God atau Lord atau Tuhan dengan perkataan Allah, UMNO telah gagal bertanggungjawab dengan betul sebagai pihak yang berada di kerusi kekuasaan kerajaan.

Media arus perdana kepunyaan UMNO dijadikan medan perbincangan (tempat bermuzakarah) dalam perkara yang besar ini sehingga melibatkan semua orang, termasuk yang buta ilmu Islam dan hurufnya, setelah hurufnya dihapuskan oleh UMNO.

Padahal urusan kebenaran menerbit buku dan pengedarannya adalah urusan Kementerian Dalam Negeri.

Dalam urusan yang berkait dengan Agama Islam, ianya perlu mendapat nasihat dan kelulusan pihak berkuasa Hal Ehwal Agama Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri atau Majlis Agama Islam di Negeri – Negeri, di mana keseluruhannya berada di bawah UMNO yang menjadi parti Melayu Islam yang memerintah.

Portfolio kementerian ini di perkuatkan dengan seorang menteri di peringkat Pusat atau exco agama di peringkat negeri.

Mengapa UMNO menangani isu besar ini secara membaling batu sembunyi tangan, dengan mengheret pihak yang tidak patut berbincang dalam urusan Yang Maha Besar iaitu kalimah Allah? Mengapa tidak selesaikan oleh pihak berkuasa di bawah UMNO yang memerintah?.

Patutkah perkara ini dijadikan bahan kempen pilihanraya sehingga menjadi berkecamuk dikalangan rakyat kerana dijadikan perbincangan melibatkan kalangan yang tidak faham?

PAS tampil dengan ilmu Islam dan adabnya. Sebagaimana dalam kenyataan media saya pada 8 Januari 2013 lalu, intipati perkara dua dalam kenyataan media itu adalah jelas dan sangat mudah difahami (hanya yang berniat jahat sahaja tidak membacanya), bahawa kalimah Allah yang Maha Suci dan Mulia, tidak mampu diterjemahkan ke dalam apa-apa perkataan daripada bahasa yang lain, termasuk Bahasa Arab sendiri dengan perkataan yang lain daripada perkataan Allah, kerana tidak ada satu kalimah yang sama erti dengannya.

Lebih jauh lagi, perkataan ber Bahasa Melayu atau apa sahaja bahasa di kalangan bangsa yang menganut agama Islam, sehingga semua bangsa penganut Islam tidak menterjemahkan kalimah “Allah” ke dalam bahasa lidah masing-masing atau bahasa sendiri.

Begitulah juga perkataan Tuhan dalam Bahasa Melayu, God dan Lord dalam bahasa penganut agama Kristian paling ramai, tidak boleh diterjemahkan dengan perkataan Allah, kerana tidak mencapai maksudnya. Firman Allah menjelaskan makna Allah :

Yang maksudnya : Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat ; "Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan; "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan Nya".

Mengikut bahasanya perkataan God dan Lord ada plural, male dan female (God, Gods, Goddess, Lord, Lords) dan begitulah juga perkataan Tuhan dalam bahasa lain.

Adapun perkataan Allah adalah Maha Esa seperti dinyatakan dalam surah al-Ikhlas adalah huraian mengikut bahasa al-Quran, sehingga semua nama-nama Allah (Al Asma Al Husna) termasuk dalam nama tunggal Allah.

Maka pihak bukan Islam tidak boleh mengelirukan kalangan penganut Islam apabila menggunakan kalimah Allah (intipati perkara tiga dalam kenyataan media 8 Januari 2013). Bahkan menafsirkan perkataan ar-Rahman pun boleh merendahkan maknanya sehingga laksana maki hamun terhadap Allah. Firman Allah :

Yang maksudnya : Dan mereka yang kafir berkata: "(Allah) ar-Rahman, mempunyai anak.". Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara Yang besar salahnya !. Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian, dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap, Kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) ar-Rahman mempunyai anak. Padahal tiadalah layak bagi (Allah) Ar-Rahman, Bahawa ia mempunyai anak. Tidak ada sesiapapun di langit dan di bumi melainkan ia akan datang kepada (Allah) Ar-Rahman, sebagai hamba. Demi sesungguhnya! Allah telah mengira mereka (dengan pengetahuanNya) serta menghitung mereka satu persatu. Dan mereka masing masing akan datang mengadapnya pada hari kiamat dengan seorang diri.

Begitulah seriusnya kesan apabila kalimah Allah disalahgunakan di hadapan penganut Islam dan Umat Islam wajib mempertahankan aqidah penganutnya, maka penyalahgunaan kalimah Allah dalam masyarakat Islam adalah dilarang . Ada pun kuasa dari segi perundangan berada di tangan parti yang memerintah, bukannya PAS.

Al-Quran juga melarang penganut Islam memaki tuhan yang dipercayai oleh penganut agama lain sehingga menimbulkan ketegangan yang menghina Allah.

Firman Allah :
Yang maksudnya : Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.

Ada pun penggunaan kalimah Allah oleh penganut bukan Islam dalam urusan agama mereka atau sesama mereka atau dalam penggunaan bersama yang tidak menimbulkan kekeliruan, maka al-Quran dan Hadith mengizinkan dengan penjelasan secara lisan dan amalan (intipati perkara nombor empat dalam kenyataan media 8 Januari 2013).
Firman Allah :

Yang maksudnya : Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara Kami dengan kamu, Iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka Katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu Bahawa Sesungguhnya Kami adalah orang-orang Islam".

Rasulullah S.A.W. mengarahkan sahabatnya meletakkan ayat ini ke dalam surat yang dihantar kepada Raja Rom, Mesir dan Habsyah yang menganut agama Kristian supaya menjelaskan penggunaan kalimah oleh mereka dengan betul.

Betapa sucinya kalimah Allah walau pun digunakan oleh penganut agama kitab dengan fahaman mereka yang salah maka dihalalkan penganut Islam memakan sembelihan mereka dengan nas al-Quran:

Yang maksudnya : Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta baik-baik. dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka).

Kalimah Allah diterima bersama dalam perjanjian Hudaibiyyah di antara Rasulullah SAW dengan pemimpin Musyrikin Makkah dengan fahaman yang berbeza terhadap kalimah Allah dan bersetuju untuk berdamai.

Para ulama dan pemimipin PAS, bahkan di luar PAS dan para mufti yang majoritinya tidak bercakap kerana ditutup suaranya, adalah bersepakat dalam perkara yang sudah dinaskan dalam al- Quran dan Sunnah. Jangan laga-lagakan para pemimpin PAS dan ulama melalui media dengan cara memutar belitkan laporan, sehingga tersalah langkah membawa padah kerana jahil murakkab.

Malangnya semua kenyataan secara nas ini dilupakan kerana kesilapan UMNO yang tidak mampu mentadbir urusan agama Islam. Jabatan Agama hanya ditugaskan untuk mengawasi kuliah agama, khutbah jumaat dan kegiatan agama yang boleh mendedahkan aurat Umno yang tidak menutup aurat supaya UMNO menjadi parti maha suci daripada segala dosa.

Ini menunjukkan kepada kita bahawa yang penting bagi UMNO hanyalah kemenangan pilihanraya mendapat kuasa semata-mata tanpa batas –batas iman dan kufur, benar dan salah, dosa dan pahala.

UMNO melakukan kesilapan dan dosa besar apabila menyerahkan urusan kalimah Allah ini kepada pasukan propaganda dan saraf dalam partinya dan jentera kerajaan yang dikhadamkan, maka berlakulah perbincangan yang lebih buruk daripada laksana menyerah bunga d itangan sang kera yang tidak berakal, kemudian diserahkan kepada para ilmuan, ulama dan mufti pengecut berdepan secara muzakarah, tetapi sanggup menjadi terompah kayu kepada UMNO untuk menegakkan hujah laksana mereka yang dinyatakan oleh Allah:

Yang maksudnya: Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.

Tuan-tuan, janganlah jadikan PAS terpaksa membasuh kekotoran yang diadakan oleh UMNO, dan dalam masa yang sama PAS pula dipersalahkan atau menjadi kambing hitam yang disembelih kerana mempertahankan khurafat UMNO.

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
PRESIDEN PAS

Saturday, January 12, 2013

Perginya Guruku_Hjh Hindon Mohd Yusoff

Batu caves 13, Jan : Dalam kesibukan ana menyiapkan projek buku kuliah hal kematian, tidak di sangka 11 Jan, 2013 ana kehilangan guru yang dikasihi. Guru yang mendidik ana ketika usia 7 thn sehingga kini, dan arwah juga mendidik adik beradik ana. 
Kenangan indah bersama opah. Opah hapy dpt keluar hospital

Bagaikan tidak percaya sebaik sahaja ana bersama anak buah (Nana) habis bacaan yassin setiap khamis di Masjid tiba-tiba di umumkan berita kematian opah (guru) ana. Fikiran sejak akhir ini memang terlalu kuat namun keadaan kesibukan kerjaya kadangkala membuat ana lewat ziarah nya. 

Apabila pulang opah sudah tidur, cuma terdengar di corong telefon  mengadu sakit perut dan asyik muntah. Ana ingat adakah opah sakit hempedunya yang sudah 3 bulan selamat buat operasi pembedahan. Puas di pujuk pergi Hospital malam tu tapi opah enggan. Arwah tak suka masuk hospital. 

Sebelum ini, opah masuk hospital 3 minggu. Terseksa jiwa ana melihat keadaannya yang banyak dicucuk jarum.  Opah memang taknak bercakap dan makan kerana sakit. Ketika itu ana hanya mampu masakan agar-agar untuknya alhamdulilah opah makan juga untuk alas perutnya. 

Allah SWT sahaja yang tahu, sebaik saja pengumuman di buat, bagaikan lemah tubuh badan ana, menitis airmata ini mengenangkan opah. Rasa nak je cabut telekong kejar opah di rumah. 

"Di dalam sujud ini, hati ana berkata-kata memohon keampunan Allah kerana kelalaian diri sejak akhir-akhir ini. Emak ana sentiasa ingat tanpa jemu agar ziarah opah, sibuk macammanapun kita opah jangan lupa. Begitu juga dengan Ummi kamu.. Mereka banyak berjasa kepada kamu dan adik beradik walaupun dia seorang guru".
Di sisi opah ketika sakit

Ya, ana tak pernah melupakan jasa guru-guru ana, namun kadangkala ada juga yang guru tidak suka diperlakukan demikian sehingga kadangkala pertolongan yang hendak di hulurkan rasa terlalu kerdil. 

Selesai solat ana, bergegas ke rumah opah, nana dalam kereta asyik bertanya, Ateh menangis ye..janganlah nangis nana pun sedih opah meninggal. Nanti tak siapa boleh baca doa dan air penawar untuk nana. 

Kenapa opah tinggalkan kita ateh. Ateh macammana kalau wan pun tinggalkan kita. Tersentap hatiku. Terus ana potong katanya. 

Ana : Nana tak baik cakap macam tu, meskipun ateh sedih tapi sebagai orang Islam kita kena redha pemergian opah. Allah sayangkan opah. Nana jangan cakap kalau wan meninggal, insya-allah kita doa pada Allah semoga semua orang yang kita sayang dikurniakan kesihatan, iman yang baik. 

Nana : Ok ateh, tulah kita asyik sibuk je. Balik kerja lewat. Kan opah tinggalkan kita. 
Membuat persiapan kain kapan utk opah

Ana: Ye ateh minta maaf, satu kesilapan ateh tapi sesibuk ateh takpernah lupa ziarah opah. 

Nana : Ateh telefon wan boleh, wan pun asyik sibuk, kalau nana atau ateh meninggal wan nak tengok kita tak?? 

Ana: Aduhai anak kecil ini, asyik terasa hati sebab cuti wannya hari itu tidak memberi kepuasan padanya untuk bersama. Ana tak mampu nak buat apa kerana sedar di mana posisi ana, nana padanya. Memang terlalu kerdil. 

Nana, bila waktu ni kita tak boleh ganggu wan. Wan banyak kerja. Nanti bila wan senang insya-Allah wan call nana. (Semenjak di tinggalkan wannya 3 hari, nana boikot ana sebab wan tak luangkan masa untuk cuti bersamanya). Sedih hati ni hanya Allah yang tahu. 

K lah nanti kita cuti balik seremban dan jumpa mak ngah di perak (Guru ana, Cikgu Liza). Mereka yang dianggap seperti keluarga sendiri. Memang kami sangat akrab. Nana happy masa cuti hari tu wan seremban dan makngah bawa dia cuti. Terubat juga hati kami. 

Nana : Ye le tu, ateh janji tau bawa nana balik kg. lama tak jumpa wan seremban dan makngah. Ana senyum insya-allah.
alhamdulilah semua di mudahkan opah siap dikafan

Di rumah opah, ana terus kucup wajah opah, sekujur tubuh terbaring di katil tepi. berbagai perasaan yang bermain di hati. Teringat segala kenangan suka duka bersama opah. Tegak bulu roma ana bila teringat projek buku hari kematian. Malam pertama di tanah perkuburan. Ya-Allah terlalu kerdilnya hamba ini. Opah maafkan saya.

Tak dapat tidur dengan nyenyak sehingga pagi. Selepas solat subuh, sahabat ana Farhani telefon ucap takziah dan telah maklumkan dia dan famly telah ziarah opah. 

8 pagi ana bersama saudara mara buat persiapan urusan jenazah, mandikan opah. Tangisan yang tidak ada hentinya. Mak ana puas pujuk, tak baik menangis macam ni, sabar atas pemergian opah. Doakan opah ditempatkan dalam golongan beriman dan soliha. 


Daripada malam tadi sehingga opah dikebumikan orang ramai membanjiri rumah. Opah yang dikenali bukan sekadar guru namun dia juga dikenali dalam perubatan islam. Tiap hari rumah opah tidak putus di kunjungi orang ramai memerlukan khidmat solat hajat dan doa untuk anak-anak yang hadapi exam dan sebagainya. 


Banyak kali opah suruh ana belajar amalkan ilmu perubatan islam, namun ana selalu cakap untuk diri sendiri tu boleh opah tapi kalau berubat orang ni rasa belum ke tahap itu. Hanya orang beriman berhati mulia mampu amalkan ilmu-ilmu Allah yang sangat luas. (Kenangan itu berulang kembali). 

Alhamdulilah kami siap urusan jenazah opah 11.30 pagi, sangat mudah, dan selepas solat jumaat opah terus di kebumikan di tanah Perkuburan Islam Kg. Selayang Lama. 

Doa ana moga Allah terima opah, dan di tempatkan dalam golongan para syuhada'. Terima kasih kepada semua yang sudi membantu urusan jenazah ini. 

 Terasa badan ana lemah dan panas, demam terkejut agaknya. Nak mengadu pada siapa lagi, tak mau susahkan hati mak ana, cuma pada yang rapat dengan ana je dpt meluahkan rasa. 


Al-Fatiha Allahyarhumma Hjh Hindon  Mohd Yusooff







Mahasiswa Bersama Rakyat Tuntut Kebebasan Suara dan Pilihanraya Telus


Bersama mengangkat sepanduk mahasiswa
Kuala Lumpur 13, Jan : Student Power, Student Power, Hidup-hidup, Hidup Mahasiswa, Hidup-hidup Anak Muda, Hidup-hidup  Rakyat Malaysia,  Tolak-tolak, Tolak Kezaliman, Tolak-tolak, tolak rezim antara terma laungan mahasiswa yang diketuai oleh Syeikh Abd Kadir, President Mahasiswa di Masjid Ar-Rahman Universiti Malaya yang  berlangsung pagi semalam. 

Beliau berkata, "Himpunan HKL112 akan mencatit satu sejarah dimana mahasiswa tidak akan gentar walaupun di beri berbagai ancaman oleh pihak berkuasa. 

Ucapan Presiden Mahasiswa Syeikh Abd Kadir
Mahasiswa kerap di pukul, dibelasah dengan samsing jalanan. Apabila dibuat laporan polis, malangnya pihak berwajib hanya mendiamkan diri dan tidak memihak kepada mahasiswa. Keadilan tidak berlaku kepada mahasiswa yang menuntut hak bersuara sebaliknya terus di kecam. Hal ini amat mengecewakan semua mahasiswa", katanya 

Mohd Shaymi Azim, ketua rombongan  President Pelajar Pantai Timur pula berkata, kami datang tiga buah bas bergerak  daripada Pantai Timur dua hari dan tidur di Masjid untuk  serta ke Himpunan ini.

Kami ingin beritahu kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mahasiswa bersama rakyat hari ini bukan di upah, tetapi daripada keikhlasan kami sendiri. 

Kami juga ingin beritahu menteri-menteri dan semua rakyat Malaysia,  hari  ini adalah hari mahasiwa yang akan  mencetus sejarah Malaysia bahawa Mahsiswa bersama rakyat Malaysia menuntut hak dan ia bukan himpunan mana-mana parti, ujarnya. 
  
Tak terbilang umat yang hadir-Alhamdulilah
Menurut Shymi,  tuduhan yang dilontarkan oleh pihak berwajib terhadap rakan-rakan mahasiswa menyatakan kami   tidak mengambil peperiksaan dan sebagainya untuk serta dalam himpunan ini adalah satu penipuan yang tidak sepatutnya berlaku.

Ujarnya, "perkara ini tidak benar, Alhamdulilah  kami semua mahasiswa telah ambil peperiksaan dan tidak sedikitpun menggangu tugas kami sebagai pelajar. 

Oleh kerana kami semua telah di fitnah, maka semua mahasiswa Pantai  Timur bersepakat berjanji dengan nekad  mengambil pendirian menentang terhadap kerajaan yang zalim".

"PRU13 akan datang kami berhak untuk  membantu  dan menjadi pemantau pilihanraya bagi memastikan pilihanraya kali ini tidak dicemari dengan penipuan yang besar", katanya. 
Pancing Undi.. mahasiswa tak makan rasuah

Tambahnya lagi, "rata-rata mahasiswa  tidak berpuas hati apabila biasiswa di tarik balik,  mahasiswa tidak mendapat menyelesaikan pinjaman dengan diberikan kadar bunga yang tinggi. maka hari ini adalah hari untuk berubah dengan pergi bersama rakyat untuk melaungkan hak mahasiswa.

Dengan cara begini, besar harapan kami  agar pihak berwajib khususnya KPM mendengar suara rakyat dan mahasiswa", kata Syaimi dalam ucapan himpunan bersama mahasiswa di Masjid Ar-Rahman, disini.  

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar pula mengajak rakyat Malaysia yang hadir meneruskan kesinambungan perjuangan Reformasi. 

Semangat semua pejuang. 
Katanya, sesi 2013 Kampung Kerinchi  akan mengukir sejarahnya kembali dimana dalam tempoh 15 tahun berbagai ujian telah diberikan kepada rakyat sehingga tercetusnya Reformasi mendesak perubahan pentadbiran negara dibawah pemimpin yang rakus. 

"Perubahan ini harus kita buat yang tidak semestinya di uruskan pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) tetapi yang kita perlukan pentadbiran yang di ketuai pempimpin berjiwa rakyat yang sentiasa memikirkan masa depan rakyat dan negara serta mendengar suara hati rakyat", katanya. 

Menurut Nurul Izzah, seorang pemimpin yang berkalibier sewajarnya menjadi pemimpin yang wajib mendengar suara rakyat dan tidak pentingkan diri sendiri, amanah dan telus dalam menjalankan tugas.  

Justeru, pada hari ini, saya menyeru terutamanya golongan mahasiswa menjalankan tugas sebaiknya. Di peringkat inilah mereka harus membuka minda dan mempelajari sejarah politik negara. Melihat kebenaran dan kesilapan setiap sesuatu yang berlaku di negara ini.  


Beliau berkata lagi, kita faham tugas mahasiswa bukan semudah itu. Mereka perlu belajar namun dalam masa yang sama mereka perlu menjalankan tugas memastikan tiada sebarang korupsi berlaku di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Kita tidak mahu mahasiswa  yang hanya  ada kelayakan akademik sahaja tetapi  dalam masa yang sama mereka sanggup  jual maruah diri kerana wang untuk kepentingan diri.  Mahasiswa mesti bebas daripada budaya yang tidak elok. 

Jika  mahasiswa terlibat dengan menjual harga diri kerana wang,  bagi saya ianya tidak bermakna. Mahasiswa harus bebas daripada rasuah, kata Nurul Izzah dalam ucapan Himpunan HKR112 bersama mahasiswa. 

Sehubungan itu, beliau juga merakamkan  terima kasih kepada semua anggota polis dan pihak berwajib yang tidak mencetus huru-hara dan memberi kerjasama dalam himpunan HKR112.  
Doa pimpinan yang di ketuai oleh Tok Guru Nik Aziz

Jelasnya, rakyat berhimpun secara aman mendesak kerajaan hentikan Projek Lynas yang meragut nyawa masyarakat, memberi pendidikan percuma, mengadakan Pilihanraya yang bersih. 

Jika kerajaan dan pihak SPR menjalankan pilihanraya yang bersih semua rakyat akan akur dan terima dengan redha. 

Dalam pada itu, beliau mengharapkan agar semua rakyat malaysia yang menyertai Himpunan ini mengikut arahan yang diberikan oleh pimpinan dan bersurai secara aman. 


Editor : Khaulah Azwar

http://www.suarapakatandaily.com/index.php?option=com_content&view=article&id=1660:mahasiswa-bersama-rakyat-tuntut-unditelus-dan-kebebasan-bersuara&catid=102:berita-kiri&Itemid=507

Respond rakyat


YB favourite ramai Nurul Izzah, bukn shj cantik manis, ttp berjiwa rakyat & bergeliga. YB2 PR beruntung sbb punya escort dn PA yg setia dan proaktif mcm escort paling comel tu Azwar Khaulah

  • Nurdiana Mokhtar sukakan ini.
  • Azwar Khaulah aduhai... kena lagi dgn kakak sorg ni.. comei milik Allah SWT, satu pinjaman, berkat doa mak, akak dan semua shbt2 yg x dpt hadir semua selamat. tapi kalau akak ada lg meriah kot..dpt naik kete lembah pantai..hehe..meriah mcm nak pilihanraya dah kak




SIMFONI KASIH TAUTAN HATI