Saturday, August 14, 2010

12thn Menanti Akhirnya Tanah SRALJ Di kembalikan bawah Pentadbiran Pakatan Rakyat (PR)

Ampang – Berakhirnya satu penantian penduduk sekitar Lembah Jaya setelah menempuh berbagai ujian selama 12thn untuk mempertahankan sebidang tanah seluas 6.2 ekar Sek. Ren. Agama Rakyat Lembah Jaya (SARLJ).

Berbagai bantahan dan demostrasi penduduk sekitarnya telah dilakukan demi untuk mempertahankan sekolah tersebut agar terus beroperasi demi melihat anak-anak bangsa mendapat didikan ilmu agama yang sempurna.

Pengorbanan demi pengorbanan dilakukan oleh ibubapa penjaga, pihak PIBG sekolah dan JAIS agar keadilan ini diberikan kembali kepada rakyat.

Sementara itu, Y. B. Tn Hj Khasim Abd Aziz Ahli Dewan Negeri Lembah Jaya, Selangor, merangkap JKK bertindak (SARLJ) melahirkan kesyukurannya kerana doa, sokongan dan usaha yang dilakukan bersama seluruh rakyat Lembah Jaya dengan mempertahankan sekolah dan tanah ini akhirnya tanah yang telah diusahama oleh Tetuan Sera-Tama Development Sdn Bhd dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya dijalankan termasuk mengambil sebahagian tanah SAR tadi seluas 2 ekar untuk dibangunkan telah dikembalikan kepada pihak SARLJ kembali.

Beliau berkata lagi, “Ini adalah janji saya semasa PRU ke 12 yang lalu kepada rakyat untuk mengembalikan tanah yang telah dibangunkan akan dikembalikan kepada rakyat terutamanya kepada pihak pengurusan sekolah. Alhamdulilah pada tahun 2008 setelah bertukar kerajaan di Negeri Selangor isu SARLJ timbul semula dan saya bangkitkan kembali isu tersebut”.

Satu pertemuan telah diadakan diantara JKK bertindak SARLJ / Y. B ADUN LJ, Y. B Parlimen Ampang dengan Menteri Besar Selangor dan Y.B Dato’ Dr Hasan B. Mohamed Ali. Segala pengurusan dipermudahkan dan akhirnya Kes tanah SARLJ di bawa ke EMTES dan dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) bersetuju untuk mengembalikan tanah seluas 2 ekar kepada SARLJ yang telah diberi keadilan sewajarnya, katanya.

Sehubungan dengan itu, YB Dato’ Dr. Hasan bin Haji Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam melahirkan kesyukuran kepada ALLAH swt dan merasa bangga dengan kesungguhan rakyat dan pihak sekolah dengan kerjsama JAIS untuk mempertahankan sekolah dan tanah ini demi melihat generasi anak bangsa mendapat didikan ilmu agama yang sempurna.

Mungkin ini merupakan 1 nostalgia manis kepada pihak sekolah ibubapa/penjaga dan anak-anak sekolah disini sehhingga membuat kenduri kesyukuran dan doa selamat. Semoga rakyat di seluruh Negeri Selangor dapat menilai sendiri setelah pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) banyak perubahan dibuat dan rakyat telah merasai keistimewaan tersebut dengan mendapat Bantuan Khairat Kematian, Bantuan IPT, OKU dan sebagainya. Segala kesungguhan pimpinan kerajaan (PR) dijalankan tanggungjawab dengan sebaik, jujur dan tulus, katanya.

Alhamdulilah Majlis Penyerahan dan Pengembalian telah di buat pada hari ini dengan mengadakan Majlis Perasmian Pecah Tanah untuk didirikan sekolah 4 tingkat agar dapat melahirkan generasi yang beriman, bertaqwa kepada ALLAH swt.

Semoga generasi yang lahir di sekolah ini adalah generasi yang dadanya penuh dengan ilmu agama, ayat-ayat hafazan yang tidak akan hilang sampai bila-bila.

Saya yakin generasi muda yang lahir dan tumbuh seperti cendawan dengan banyaknya akan mengamalkan ilmu agama dan dadanya penuh dengan Al-Quran insya-ALLAH akhlak mereka terjaga dan akhirnya generasi inilah akan menjadi pelapis kepada Negara dengan mentadbirkan Negara ini dengan Keadilan berpandukan Al-Quran dan Al- Sunnah, jelasnya dalam Majlis Perasmian Pecah Tanah di sekolah tersebut.



Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI