Tuesday, February 15, 2011

Jejantas Penjalan kaki dari KLCC ke Hotel Impian RM10 juta untuk kegunaan pelancong asing




Gombak-Bergemanya dunia pada hari ini apabila awal paginya, seluruh umat islam telah berkumpul untuk bersama -sama selawat dan salam keatas Nabi Muhammad saw dan menjalinkan ukhwah antara penduduk, sauadara mara dan rakan taulan.

Bukan setakat pada hari ini malahan setiap tahun seluruh umat Islam bersatu hati, dengan berarak mengadakan sambutan Maulidurrasul sebagai tanda ingatan kasihnya kita kepada Junjungan Nabi Muhamad saw.

Tidak ketinggalan juga, penduduk-penduduk Gombak di Casmaria, Tmn Selasih Fasa 2 dibawah naungan Ahli Majlis MPS Zon 11 turut mengadakan Majlis Maulidurrasul dengan begitu meriah sekali. Berbagai acara diadakan antaranya Seni mempertahankan diri, Kesenian Islam, Pertandingan Sukan, Pertandingan Azzan, Hafazan, Tilawah Al-Quran, Pertandingan Nasyid antara Blok . Jemputan Kumpulan Nasyid Far-east menyerikan suasana maulidurrasul casmaria, gombak.

Majlis ini tidak akan cukup sempurna jika tiadanya Majlis Ilmu. Sedikit ruangan Motivasi yang telah disampaikan oleh Puteri Sulong Reformasi, Ketua Pembangkang Pakatan Keadilan Rakyat (PKR) Y.B Nurul Izzah Anwar daripada Ahli Parlimen Lembah Pantai petang semalam.

Nabi saw merupakan rol model yang terbaik pada umat masa kini ,tetapi setakat manakah kita mengikuti sunnahnya, adakah dengan melakukan perarakan, tanda bukti kita kasih padanya?? Sedangkan Nabi Saw sebelum wafatnya baginda masih menyebutkan Umatnya. Baginda sentiasa memikirkan kemasalatan yang akan dihadapi ummatnya jika tidak diikuti 2 buah kitab yang ditinggalkan kepada ummatnya iaitu Al-Sunnah dan Al-Quran agar tidak sesat sepanjang zaman.

Betapa baginda amat mengasihi umatnya sanggup berkorban apa sahaja, tetapi bagaimanakah kita sebagai ummatnya mengasihi baginda.

Bahkan apa yang disuruh dan diperintahkan oleh ALLAH swt dan Kekasihnya (Nabi Muhammad saw) kita tidak mengikutinya.

Adakah sekadar cukup membuktikan kasih kita kepada Nabi Muhammad saw dengan menyambut Maulidurrasul dengan melakukan Perarakan setiap tahun dengan melakukan pembaziran yang melampau? Memadailah kita menyambutnya dengan bersederhana tetapi diberkati oleh ALLAH swt tanpa kita melengahkan amalan-amalan ibadah yang lain.

Begitulah juga, dalam kita sibuk mengadakan majlis mauldirurasul ini apakah ada diantara kita alpa sehingga lalai tanggungjawab kita sebagai ibubapa kepada anak-anak. Dimanakah anak-anak kita pada masa ini?? Adakan bersama kita atau bersama dengan orang yang bukan muhrimnya. Bagaimanakah solat kita apabila diri begitu sibuk dengan menjalankan tugasan. Semoga jangan jadikan alasan, untuk kitamelengah-lengahkan solat apabila menyambut Maulidurrasul.

Menurutnya lagi, dalam Konteks mengingati hari keputeraan Rasullah saw, bagaimanakah kita umat zaman ini benar-benar menjiwai dan memperhalusi risalah kebenaran dan keadilan yang dibawa oleh Nabi saw.

Firman Allah swt yang bermaksud 'Demi Sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasullah saw contoh ikutan yang paling baik". Perkembangan luar biasa terkini dunia islam terutamanya di Timur tengah, meyakinkan saya jikalau diberi peluang berdemokrasi, umat Islam tentu menzahirkan ajaran dan amalan Nabi Muhammad saw yang berpaksikan prinsip-prinsip kempimpinan terbaik yang boleh dimanfaatkan seluruh umat islam.

Dalam erti kata lain, kepimpinan baginda saw menjadi model ukuran dan bentuk piawaian wajib diguna pakai dalam menilai kepimpinan dunia islam sekarang. Apakah yang akan dilakukan oleh baginda saw jika berdepan dengan kepimpinan sekarang yang bergelumangan dengan rasuah dan melakukan pembaziran.

Wang amanah rakyat. Tetapi pada masa ini berlakunya berbagai pembaziran untuk mengaut keuntungan diri sendiri dan kron-kroninya. Apakah mereka tidak merasakan satu dosa dengan perbuatan mereka. Inilah dosa-dosa yang dilakukan oleh UMNO-BN kepada rakyat. Rakyat sering diperbodohkan.

Setiap projek mega dilakukan, mereka menyatakan kebaikan dan keuntungan rakyat, walhal setiap projek mereka lakukan mendapat imbuhannya dan akhirnya rakyat hanya cium baunya sahaja tanpa mendapat keuntungan sesen. Yang rakyat dapat kemudaratan.

Sepertimana berlaku dalam arus kebangkitan di dunia Mesir, Hosni Mubarak telah digulingkan oleh rakyatnya sendiri berikutan dengan pelbagai kezaliman yang dilakukan kepada rakyatnya. Kesabaran rakyat telah ternyata telah hilang dan mereka mencari ruang dan peluang untuk hidup dalam kebenaran dan keadilan.

Izzah berkata lagi, "saya yakin seluruh umat islam akan menterjemahkan kepimpinan, risalah kebenaran serta keadilan dalam semua bentuk yang baik untuk membina kembali kegemilangan insaniah yang bertaqwa sebagai khalifah dimuka bumi ini".

Beliau juga meminta rakyat gombak memikirkan sejenak, merenung sedalamn-dalamya adakah ruang dan peluang , itu wujud dinegara kita pada masa ini. Sistem demokrasi yang wujud dinegara kita semakin terbatas dan mati.

Jelasnya lagi, baru-baru ini warga malaysia dikejutkan dengan pengumuman fasa pertama Jejantas penjalan kaki yang siap untuk digunakan dari KLCC ke Hotel Impiana dengan kelengkapan Hawa dingin.

Jumlah yang diumumkan sekitar RM10 juta untuk pembinaan jejantas sepanjang 142 meter.

Ini merupakan kontroversial memandangkan ekonomi semasa yang agak meruncing. Mereka membina sesuatu projek tanpa memikirkan baik dan buruknya yang memberi kesan kepada rakyat. Pembinaan dibuat hanya untuk digunakan khusus untuk pelancong-pelancong asing yang datang ke malaysia bukan untuk rakyat dimalaysia ini.

Jelasnya lagi kepada rakyat yang hadir dalam majlis Maulidurrasul, "dalam laporan Bernama pada 8hb September, 2010 "Petronas telah menyumbangkan sebanyak RM100 Juta kepada pembangunan kemudahan dua fasa tersebut bagi menyokong usaha kerajaan bagi menggalak dan merangsangkan pertmubuhan industri perlancongan. KLCC Holdings Sdn Bhd merupakan subsidiari milikan penuh Petronas yang telah diberi mandat menguruskan peruntukan tersebut bersama Dewan Bandaraya Kuala LUmpur (DBKL) sebagai penyelaras projek utama untuk laluan penjalan kaki di KL".

Laporan ini menunjukkan Kerajaan Pusat (UMNO-BN) melalui petronas menyediakan dana bagi projek jejantas 142 meter beserta fasa kedua sepanjang 375 meter yang akan menghubungkan ke Jalan Raja Chulan. Jikalau laporan ini benar, rakyat dapat menyimpulkan bahawa ia merupakan satu pembaziran yang amat besar apabila wang sebanyak itu dibelanjakan oleh syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) yang akhirnya bertanggungjawan sepenuhnya adalah rakyat malaysia, sedangkan subsidi rakyat menerusi petronas antara lainnya telah dipotong secara konsisten dari semasa ke semasa, katanya.

Disini apakah DBKL bersepakat dengan GLC untuk membina satu lagi infrastruktur awam yang terlalu tinggi kosnya atau telah pun DBKL dikecualikan dari meluluskan reka bentuk tersebut. Jikalau DBKL dikecualikan dari proses memberi kelulusan maka kepada siapakah rakyat dapat bergantung harapan untuk memastikan kebajikan terjaga?.

Apakah saya, anda dan semua rakyat di KL dapat menikmati jejantas dan penjalan kaki yang serupa berhawa dingin dan berbumbung yang menghubungkan kawasan perumahan ke sekolah-sekolah dan tempat awam yang lain. Adakah projek mega jejantas berkelas dunia ini hanya untuk dinikmati pengunjung-pengunjung luar.

Malangnya sehingga ke hari ini kita masih tidak mendapat jawapan dari Y.B Menteri dan Datuk Bandar bagi menjelaskan siapakah yang akan menangung segala kos pengendalian dan penyelenggaran projek Jejantas yang Maha Mahal dan berhawa dingin ini.,Ujarnya.

Dalam Akhbar The Star 9hb Febriari, 2011 menyatakan " Datuk Bandar K.Lumpur, Datuk Sri Ahmad Fuad Ismail dan ketua Pegawai Executive KLCC Holding Sdn Bhd telah menandatangani surat perjanjian penyerahan Jejantas ini dari KLCCH ke DBKL".

Ini jelas terbukti secara terang menunjukkan Bina dan pindah milik "Buid and Transfer" telah digunakan secara diam dan tanpa pengetahuan umum dengan penuh tidak bertanggungjawab.

Akhirnya wang rakyat akan digunakan menyelenggara kemudahan ini. Apakah penduduk di KL ini akan dikejutkan dengan Maha Besar, adakah DBKL akan mengenakan "TOL" kemudian membayar kos yang menggunung atau adakah ianya akan diswastakan? Berbagai persoalan telah mengetuk pintu hati kita untuk membongkarkan segalanya dan ingin mendapat kepastian daripada pihak tersebut.

Izzah berkata dengan itulah disini saya ingin mengingatkan antara satu sama lain dimana Fiman Allah swt yang bemaksud "Jangalah kamu membazir, Sesungguhnya orang-orang yang suka melakukan pembaziran merupakan saudara syaitan dan adalah syaitan itu kufur terhadap tuhannya {Al-isra ayat 27}", katanya ketika ditemubual dalam majlis Maulidurrasul.

Sementara itu, Majlis Maulidur Rasul dengan kerjasama Penduduk Casmaria dan Jawatakuasa Penduduk JKP Zon 11 MPS telah mengistiharkan Juara perarakan Maulidurasul telah jatuh kepada Blok E dan Johan keseluruhan Acara sesi 2010 (Kebersihan, Kesenian Islam dan lain-lain acara) telah dikaut bersih Blok E dengan mata 96%. Manakala juara Azan jatuh kepada Adik Irfan Hadi Mohd Rashidi usia 9 thn.

Majlis penyampaian hadiah tersebut telah disempurnakan Oleh Ahli Majlis MPS, Ustazah Khatifah Zamani Sulong dan Y.B Ustazah Dr Siti Mariah Mahmud Ahli Parlimen Kota Raja. Turut hadir menyerikan majlis Y.B Dr Halimah Ali Exco KErajaan Negeri Selangor, Y.B Amirudin Shari Ahli Dewan Undangan (ADUN) Batu Caves.


Editor : khaulah azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI