Monday, July 27, 2009

Himpunan Muslimat PAS Gombak-Wehdatul Fikr & Wehdatul Amal



video

Alhamdulilah dirafatkan pada ilahi pada 26/7/09 terlakasana jg himpunan Muslimat gombak yg julung kalinya diadakan pada thn ini. Terasa ukhwwah bertaut kembali setelah sekian lama tidak bertemu dgn kesibukan shbt2 di DUN masing2..





Secara kebetulan Program ini diadakan serentak dgn 2 program lagi dijlnkan di Parlimen Gombak maka dengan itulah dibahagi2kan Ahli utk sama2 meraikan program lain agar semua berjalan dengan baik seperti mana yg dikehendaki dan dirancang oleh semua muslimat kawasan.Alhamdulilah majlis ini telah dihadiri oleh YB Hjh Siti Zailah Md Yusoff Timb. Ketua DMP Pusat dan YDP Pas Gombak.

Didalam program ini dimana ahli telah ditekankan tentang Wehdatul Fikr dan Wehdatul Amal. PERANAN MUSLIMAT DLM MENJANA KEKUATAN.


Wehdatul Fikr & Wehdatul Amal merupakan 1 prinsip yg tidak boleh ditukar ganti dalam keje
jemaah. Terlebih dahulu perlu 1kan hati dalam melakukan kerja2 jemaah dan ibadat yg lain.
Hati perlu dibersihkan daripada segala niat.

Untuk mencapai kebersihan hati dalam beribadat kepada ALLAH swt adalah dengan berbanyyakan sedekah, beramal soleh, tingkstksn ibadat solat
sunat dgn qiammualail dll.

Golongan muslimat adalah sangat penting dalam perjuangan PAS. Mereka juga perlu memainkan peranan yang besar sesuai dengan posisi sebagai peneraju kepimpinan wanita Malaysia. Komposisi wanita yang melebihi 50 peratus dari penduduk Malaysia, memerlukan muslimat turut bersama di dalam masyarakat dalam usaha membina masyarakat yang bertamadun dengan pendekatan "Daie menuju madu".

Isu-isu wanita dan kewanitaan perlu menjadi agenda fokus dan ditangani oleh Dewan Muslimat menerusi penglibatan dan bersua muka dengan pihak-pihak berwajib.


Kepimpinan muslimat mesti menyemarakkan citarasa rakyat agar sokongan yang besar memihak kepada kita. Kehadiran muslimat di tengah masyarakat kota, pinggir bandar dan desa akan menjadi penyuntik dan pembakar semangat ke arah perubahan minda bahawa Islam mampu menerajui perubahan.

Penyatuan dan kemantapan jentera muslimat mesti diisi dengan sistem tarbiah yang tersusun dan berterusan. Tarbiah mestilah sentiasa diberi perhatian di semua peringkat kepimpinan bagi memantapkan jentera dan organisasi. Tarbiah mesti diperkasa agar mampu membentuk kepimpinan muslimat yang berilmu, bertaqwa dan jelas dengan fikrah amal jamaie.

Penerapan elemen-elemen keilmuan, akhlak dan kemahiran dalam setiap program dan agenda perlu sentiasa ditekankan untuk melahirkan qiadah dan jundiah, serta 'amilin Muslimat yang sentiasa 'mesra amal dan jihad'.

Muslimat juga mesti memainkan peranan mendekati generasi muda dengan membina jambatan-jambatan persahabatan, melalui acara-acara kebersamaan dengan mereka. Persepsi awal dan memahami jiwa segar mereka harus digunakan untuk membantu menyemarakkan lagi sokongan dalam kalangan generasi muda.

Pendekatan pengisisan berbentuk ilmiah dan hiburan tidak boleh dikesampingkan dari naluri generasi muda. Kecenderungan sesetengah generasi muda kepada program-program yang berbentuk hiburan harus terarah dan dipimpin. Hiburan yang mendidik dan membina kekentalan jiwa taat kepada Allah SWT harus dipupuk.

Dengan ini ianya diharap mampu menghasilkan generasi yang faham dan memihak kepada Islam dan menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

Muslimat harus menjadi Ikon kebangganaan dengan kelompok yang kurang bernasib baik dan kurang kemampuan. Muslimat mesti meletakkan diri sebagai pelaksana perkhidmatan dalam hal kebajikan. Ianya termasuklah menjalankan program-program kemasyarakatan yang berbentuk memberi khidmat kaunseling, khidmat kesihatan, klinik guaman dan sebagainya.

Program-program khidmat kebajikan tidak seharusnya dijadikan program tempelan, tetapi hendaklah ia menjadi kerja asas yang dilaksanakan di setiap masa.

Mewujudkan pasukan-pasukan sukarelawan yang bertugas di satu-satu lokasi yang dikenal-pasti untuk dicurahkan khidmat-bakti pada setiap hujung minggu adalah satu permulaan yang baik. Bahkan muslimat mesti mewujudkan tenaga yang perlu turun ke akar umbi untuk memastikan wanita-wanita mendapat maklumat yang penuh dan jelas tentang Islam dan dasar-dasar parti. Kerja-kerja ini memerlukan kerjasama semua pihak di dalam parti dan kesefahaman semua pihak agar yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.

Akhir sekali, gabungan tenaga saf kepimpinan muslimat yang bijak dan berpegang kepada wehdatul fikr dan wehdatul amal, beserta ahli dan penyokong yang setia di bawah manhaj yang tersusun kukuh akan menghasilkan natijah yang diharapkan. Pemimpin dan ahli yang iltizam dengan PAS dan istiqamah dalam amal islami dan amal jamaiie, akan melahirkan 'amilin yang dinantikan serta mampu memenuhi pelaksanaan Islam.





"PECAH HATI, PECAH FIKRAH, PECAHLAH JEMAAH, YA-ALLAH 1KAN HATI2 KAMI YG MMEMBANTU AGAMAMU..AMIIN YA RAB"

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI