Sunday, December 26, 2010

MNIR tunggu keputusan Mais Isu Susur jejambat

RAWANG – Penyelesaian isu susur jejambat memasuki rezab Masjid Nurul Iman Rawang (MNIR), Batu 17, menyebabkannya masih belum dibuka sehingga kini kerana menunggu keputusan pihak Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Penasihat Pemuafakatan Nazir-nazir Masjid Selayang, Mohamad Abdul Rahman memberitahu perkara demikian berkata, pihaknya berharap Mais dapat memberikan kata putus berhubung perkara itu secepat mungkin.

Menurutnya, gesaan itu adalah susulan lawatan turun padang Exco Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali pada bulan Februari lalu.

“Dalam pertemuan dengan Exco yang lalu telah menetapkan (MAIS) dengan kerjasama pentadbir MNIR membuat keputusan berhubung isu pemaju telah 'mengambil' tapak masjid seluas 13,885 kaki persegi ini untuk membina jejambat itu.

“Kita amat berharap MAIS cepat memberi jawapan kerana sudah 10bulan berlalu masih tiada jawapan untuk membuat keputusan kerana pihak masjid tidak mahu nanti dikatakan mengganggu atau melengah-lengahkan kelancaran menaiktaraf pembangunan terlibat,” katanya.

Mohamad berkata demikian selepas pertemuan bersama ahli kariah MNIR bagi menerangkan berhubung status isu Surau A-Hidayah Rawang, Kampung Melayu Pekan Rawang yang dikatakan akan dirobohkan oleh UMNO/BN bagi menghilangkan keyakinan rakyat kepada pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor (PR) , di MNIR selepas solat Jumaat di situ, kelmarin.

Turut hadir bersama dalam majlis berkenaan ialah Pengarah Penerangan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Badrul Amin Baharom; Nazir MNIR, Ilham Akhbar Harun dan Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Md Sabri Md Taib.

Dalam pada itu, menurut Mohamad, isu timbul yang timbul sebelum ini berikutan sebahagian tapak MNIR telah sah didapati dimasuki pemaju terbabit, tanpa keizinan, perbincangan bersama dan tiada pengesahan dokumentasi.

“Jika susur ini hendak dibuka nantipun pun kita harap, masalah kesulitan khariah untuk masuk ke kawasan masjid ini dengan cadangan meletakkan lampu isyarat dan masalah keselamatan, dapat ditangani. “Kita dimaklumkan pengawasan susur ini adalah dibawah pentadbiran pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

Jadi, kita cadangkan MAIS bersama pihak masjid, Pejabat Tanah dan Daerah Gombak, JKR, Pejabat Tadbir Agama Islam dapat bincangkan isu ini,” katanya. Tegasnya, sebelum ini pemaju terbabit telah mengambil tanah itu tanpa menghormati pihak masjid dan sekiranya kawasan susur berkenaan hendak diambil pun, ia perlu mengambilkira kehendak pihak MNIR yang mewakili khariah.

Difahamkan, isu turut sama dituntut berkenaan pengambilan tanah masjid itu ialah sama ada pampasan perlu dilunaskan oleh pemaju berkenaan kepada pihak masjid. Laluan susur masih ditutup Walaupun siap disiapkan sepenuhnya oleh pemaju sejak lebih setahun lalu, pentadbir MNIR menegaskan tidak akan membuka laluan susur jejambat sepanjang kira-kira 100 meter bersebelahan masjid itu.

Kawasan tersebut telah ditutup dengan meletakkan penghadang batu konkrit kerana untuk menjaga keselamatan pengguna yang melalui laluan ini. Ilham berkata lagi, “susur memasuki tanah masjid (dari arah Bandar Baru Rawang ke arah Selayang) terbabit tidak akan dibenarkan dibuka sehingga persetujuan dicapai”. “23 Disember lalu, pihak masjid mendapati terdapat usaha pihak tertentu cuba mengalihkan penghadang batu itu. Pada kita sepatutnya ia tidak berlaku, kerana sekiranya dibuka ia akan memberikan masalah kepada kariah ingin masjid.



Editor : khaulah azwar

Pengerusi PeBT ganti tugas YDP


SELAYANG UTAMA – Ahli Penggerak Belia Tempatan (PeBT) sekarang memegang tanggungjawab sebagai pengerusi peringkat jawatankuasa itu, akan dipertimbangkan memegang tanggungjawab lebih tinggi.

Pembantu Exco Belia dan Sukan Selangor, Y.B Amirudin Shari berkata, kini dicadangkan supaya pengerusi PeBT setiap zon, untuk dilantik sebagai ketua PeBT dalam satu-satu pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Selepas dua tahun, bagi kita pengerusi-pengerusi PeBT di Selangor ini termasuk di Majlis Perbandaran Selayang (MPS) sudah semakin matang. Kita mahu kakitangan PBT, kini hanya bertindak sebagai pihak penasihat pula".

“Manakala pengurusan PeBT akan dilepaskan kepada pemimpin belia. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Yang Dipertua (YDP) PBT dan pembantu pegawai daerah misalnya, boleh menjadi penasihat,” katanya. Timbalan Pengerusi Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) ini berkata demikian kepada Krew TVS selepas merasmikan penutup Boling Antara Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Majlis Perbandaran Selayang (MPS) 2010, di Selayang Mall, di sini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Batu Caves berkata, bagaimanapun perubahan berkenaan yang masih diperingkat perbincangan itu diperlukan, bagi menambahbaik beberapa perkara khususnya bagi melatih kepimpinan.

“Ia baru di peringkat cadangan dan sedang diperhalusi dibawah Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan Negeri. Mesyuarat lalu kita sudah suarakan berhubung cadangan ini dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pun sudah bersetuju.

“Paling cepat dalam masa tiga bulan kita akan mengetahui keputusannya. Ini adalah permintaan peringkat belia sediri yang menyifatkan sudah sampai masanya (mengambil tanggungjawab), disamping kita berharap perjalanan kepimpinan belia ini lebih efisyen,” katanya.

Mengulas berhubung peringkat tertinggi PeBT sekarang dipegang YDP PBT dibantu setiausahanya terdiri kakitangan PBT, Amirudin menyifatkan mereka mempunyai banyak lagi tugas hakiki lain. Katanya pihaknya akan menyemak terlebih dahulu sama ada kakitangan pentadbiran PBT itu boleh menjalankan tugas yang hanya berkaitan dengan pengurusan.

Terdahulu, menurutnya sekiranya kepimpinan belia boleh sampai sehingga ke peringkat negeri, maklum balas terkini golongan itu dikatakan boleh membantu pantauan pelbagai sudut seperti sosial dan ekonomi.

Dalam pada itu, ditanya berhubung peruntukan kewangan kepada setiap zon PeBT sebanyak RM5,000 sekarang sama ada ditambah berikutan cadangan beberapa pihak, Amirudin memberitahu jumlah terbabit kekal.

“Jika ada mahu meminta peruntukan lebih untuk membaik pulih padang dan sebagainya, dibawah jawatankuasa dana setiap negeri terdapat RM1 juta sudah sediakan untuk seluruh Selangor pada 2010.

“Bagi daerah Gombak termasuk sehingga di Kuang sahaja sebanyak RM130,000 diperuntukkan untuk membaikpulih padang futsal, bola dan sebagainya,” katanya. Menurut Amirudin, bagi 2011, RM800,000 telah diperuntukan untuk seluruh Selangor, bagi tujuan dana yang sama, berdasarkan keadaaan kemudahan sukan ada sekarang.



Editor :khaulah Azwar

Janji 100 Hari, BN Resah

Pemimpin Umno BN gelisah mengenai janji 100 hari PR yang diisytihar di Konvensyen Pakatan Rakyat ke 2 pada 19/12/2010. Ini jelas kelihatan daripada kenyataan pemimpin BN termasuk daripada NGO Umno menuduh ini janji yang tidak realistik. Mereka mengeluarkan kenyataan bahawa program ini membazir dan memberi kesan buruk kepada struktur ekonomi negara.

PAS berasa pelik dengan sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin Umno BN yang menuduh ini suatu usaha yang membazir. Semua program yang menguntungkan rakyat dianggap membazir, seperti kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang memberikan air 20 meter padu kepada rakyat di negeri tersebut.

Apabila Datuk Seri Najib Tun Razak hendak membina Menara Warisan 100 tingkat tidak dianggap membazir. Untuk kroni dan anak beranak tidak membazir. Sebenarnya pemimpin BN resah dengan janji 100 hari yang akan dijanjikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat jika diberikan mandat untuk mentadbir negara ini. Rakyat yang berada di bawah pemerintah BN mula membuat perbandingan dengan negeri Pakatan, mereka melihat rakan mereka di negeri Pakatan hidup selesa kerana pemimpinnya siang malam memikir bagaimana untuk memberi kepada rakyatnya, manakala pemimpin BN memikir apa yang boleh diambil daripada rakyat.


Kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, berkata janji pembangkang itu tidak lebih daripada ‘wayang politik’ bagi menutup kegagalan mereka.

PAS hendak mencabar pemimpin BN, siapa yang temberang rakyat? Bukankah pemimpin BN memberitahu rakyat pada 3 Nov 2010 minyak tidak akan naik hingga hujung tahun. Tiba-tiba 4 Disember 2010 minyak RON 95 naik 5 sen.

Sekurang-kurangnya dengan kekangan kewangan yang dialami oleh kerajaan Pakatan Rakyat, tetap dapat melaksanakan iltizam untuk rakyat seperti yang dijanjikan dalam menifesto. Dalam usia yang muda sudah banyak habuan rakyat dapat, walaupun dalam nilai yang kecil. Jelaslah bahawa Pakatan Rakyat teruji dan terbukti.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat


SIMFONI KASIH TAUTAN HATI