Wednesday, January 29, 2014

TV3 MALUKAN NAJIB DI PAHANG

Kangkung Remix- Najib dan Kangkungnya

Siapa Pun Bertanding Bagilah kerjasama, PAS Belajar Kesilapan Lalu

30 Jan , Batu caves: Entah mengapa saya menjadi penat membaca statement negatif pemuda PAS. Penat membaca SMS dan whatsup rakan-rakan ingin bertanya kan pendapat PRK Kajang dengan meletakkan calon DSAI, dan kenyataan pemuda PAS untuk boikot PRK Kajang. 

Kenangan indah Kuala Krai.  

Saya terdiam dan memikir setiap hari mencari jawapan berdasarkan pengalaman-pengalaman saya dalam penglibatan Pilhanraya umum dan Pilihanraya kecil. Pengalaman yang mungkin tidak sehebat sahabat-sahabat pimpinan lain tetapi ingin saya kongsi sedikit agar kita tidak melakukan kesilapan terus menerus. 

Pemuda PAS jangan keluarkan kenyataan yang merosakkan ukhwah.  Umpama tidak redha apa yang di tetapkan Allah SWT.   


Pada saya siapa pun yangg bertanding PAS/PKR /Dap  saya akan  tetap sumbang tenaga buah fikiran kerana Allah. Buat lah sesuatu kerana Allah bukan kerana orang;emosi. Nanti jika  kita tidak  buat kerana Allah kita tidak dapat apa-apa ganjaran melainkan penat dan dosa serta putus asa..


Belajar daripada sejarah lalu apabila ada kawasan yang boikot tutup bilik gerakan kerana  tidak dapat bertanding. Ungkit semua kerja-kerja di buat selama ini. "Ibarat debu berterbangan amalan kita selama ini". Dengan hati yang tidak bersih dan memboikot PRU11 lalu  kerana tidak meletakkan calon PAS di Batu Caves akhirnya  kemenangan tidak diberi kerana kesatuan hati tiada. Kita pengaruh sahabat-sahabat untuk tidak menjalankan tugas dan bertugas di tempat lain. Allah uji kita semua dengan melihat keikhlasan dalam menjalankan tugas dalam jemaah.

Alhamdulilah saya bukan orang yang mudah di pengaruh. Saya cuba mempertahankan kawasan DUN Batu Caves walaupun petugas PAS ramai lari kawasan lain. Dengan bantuan adik-adik jemaah kampus 20 orang dan makcik pakcik yang sudah berusia, kami bentukkan satu kumpulan dan membuat perang saraf pilihanraya. Memang hati sedih bila fikir kesatuan hati ketika itu. Namun saya sentiasa berdoa sepanjang PR dengan arahan pimpinan PAS dan TGNA, TGHA agar istiqama untuk jalankan tugas di tempat masing-masing. Usah ikut hati seperti rakan yang melakukan. Biarlah mereka kritik kita kerana tidak ikut arahan pimpinan kawasan. 

Namun kita perlu taat pimpinan PAS Pusat dan mempelajari peristiwa peperangan islam. Saya akur dengan menelan kepahitan kritikan sahabat-sahabat kerana tidak ikut arahan PAS kawasan. Allah juga maha mengetahui. mengapa saya perlu taat jika arahan itu tidak betul?? saya tidak mahu amalan saya hilang seperti debu beterbangan. 


Namun pada pilihanraya PRU12 pula laluan diberi untuk PKR bertanding lagi, calon PAS diberi di Gombak. kita buat kerja lagi dengan menerima hakikat mungkin belum tiba PAS bertanding di Batu Caves. Saya tidak dapat bayangkan jika satu hari nanti PAS akan bertanding di Batu Caves. Pasti pemuda-pemuda PAS bersemangat menjalankan tugas di Batu Caves. Begitulah juga muslimat kawasan. Insya-allah sama-sama doakan moga impian kita tercapai. 

Akhirnya  kemenangan di beri apabila PR menang besar walaupun kerusi PAS di kawasan parlimen Gombak sedikit . Inilah perancangan terbaik daripada Allah SWT yang selama ini PR  tidak kesempatan capai kemenangan besar. Ketika usia saya 24 tahun baru meraskan kemanisan kemenangan dalam PAS. sangat teruja sangat manis yang tidak dapat saya gambarkan. Tahniah kepada semua pimpinan dan semua petugas. 

Sahabat-sahabat PAS, pimpinan PKR dan DAP tidak ketepikan pimpinan PAS dengan memberi laluan melantik pimpinan-pimpinan menjadi ahli majlis bagi mencapai misi visi PR. Alhamdulilah akhirnya kesatuan hati dapat di satukan. Jadi mengapa perlu boikot?? Kita kena terima hakikat mungkin PAS belum diterima non muslim sepenuhnya. Namun berdoalah sentiasa moga Islam akan di terima dan berbondong-bondong orang memasuki PAS seperti yang berlaku sekarang PAS telah di terima oleh Non Muslim. Teruskan usaha dakwah ini. 



Suka saya menasihatkan pimpinan PAS terutama golongan muda Usah bertelagah dan mendabik dada. Apabila kita dalam jemaah tidak jemu dengan ilmu usrah maka amalkan ilmu tersebut sebaiknya. Patuh arahan pimpinan selagi tidak langgar syariatnya. 


Jika pimpinan minta kita taat suara pemilihan setelah bermusyawarah maka harus kita mentaatinya untuk kebaikan ummah. 


Sahabat-sahabat semua  yang di kasihi Allah "think positif". Ada hikmahnya 100 ribu rahsia dan terbilang rahsia Allah apabila tiap apa yang berlaku. 


Mungkin jika di takdir Allah DSAI menang nanti ini menjernihkan perbalahan antara Tan Sri Khalid dan  Azmin Ali sebab mereka pasti malu bila bigboss ada dalam pimpinan selangor. Mereka kena "respect" bapanya takut bergaduh depan bapa. Jadi wujudnya DSAI dalam Selangor harap mampu satukan ukhwah mereka kembali. Apakah kita tidak mahu mendapat pahala menyatukan dua hati ini kembali?
Lawan tetap Lawan, Papa Hero Malaysia. vote DSAI


Mungkin juga apabila DSAI menjadi MB Selangor nanti ekonomi bertambah baik bahkan lebih cerah masa depan kita semua untuk menuju Putrajaya. Sekarang umno sudah mula perang saraf. Mereka menggelepor bila DSAI yang bertanding kerana mereka nampak masa depan PR cerah. DSAI antara pimpinan yang jadi gerun kepada UMNO itu sebab berbagai kenyataan PRK Kajang di  buat. Dan sikap kita pula yang cuba memboikot PRK Kajang adalah sangat merugikan. Jernihkan hati perbetulkan niat dalam perjuangan. Jangan kita buat perangai macam UMNO. Jangan mendabik dada. 

Maka saya harap kita dalam PR jangan terpedaya tektik umno hingga lupa tanggungjawab.Muhasabah diri lihat kenyataan TGNA, YDP PAS ,  orang vateren dalam PAS. Mereka ambil positif bersangka baik dalam semua hal. Mereka turun dalam mana-mana PRK walaupun bukan PAS yang beranding. Jangan di sebabkan nafsu amarah kita doa kita terhalang untuk mencapai kemenangan.  Sekali lagi saya merayu semua ahli PAS bersihkan hati perbetulkan niat kita kembali berjuanglah kerana Allah. 

Kalau kawan kita susah bagi kerjesama apabila PAS bertanding tidak mengapa . Kita ramai jentera PAS. kita di ajar minta pertolongn Allah. Berbagai surah perjuangan dan pertolongan yang di ajar oleh alim ulama pada kita. Jadi amalkan. Moga kawan kita dalam PR dapat perbaiki dalam kerjasama dan "respect" antara 1 sama lain.

Maka sama-samalah jernihkan hati usah bertindak ikut emosi;hati. Jaga lidah hati kita dengan baik kerana 2 benda inilah yang akan merosak amal kita jiika tidak di jaga. Yang terbaik daripada Allah SWT juga. 

Sebelum terhenti coretan saya yang lemah ini, sebagai sahabat seperjuangan saya dengan rendah hati memohon maaf jika pandangan saya ini tidak di senangi untuk membetul kesilapan sahabat-sahabat dalam mengeluarkan kenyataan perjuangan.  

Orang mukmin itu bersaudara dan ia merupakan cermin kepada saudaranya. 



Sudah hampir 3 pagi mencari ilham berpandukan pengalaman dalam pilihanraya yang telah di lalui untuk membetulkan keadaan. 


Bagi pimpinan yang di pilih ingatlah amanah yang diberi rakyat sangat berat. Jalankan sebaiknya, bantu rakyat tanpa pilih bulu yang seperti di lakukan oleh UMNO. Buatlah perubahan diri. 

Tanpa rakyat, tanpa gerak kerja jemaah jika Allah tidak redha anda tidak akan diangkat menjadi pimpinan. Maka hargailah peluang yang ada. Bila rakyat minta bantuan hatta sekalipun pimpinan sudah tahu orang tersebut kuat Pembangkang Ahli Pakatan Rakyat. Maka kebajikan mereka perlu dijaga. Ramai yang terlepas pandang. Saya harap kita semua dapat perbaiki niat dalam amalan.  waallahhualam. 

Berjuang memang pahit tapi manisnya di syurga.

Catatan   mjuslimah Gombak cintakan kedamain dan perjuangan ISLAM.  "Kami dengar dan kami patuh arahan pimpinan" Moga PRK Kajang kekal untuk Pakatan Rakyat.Perbetulkan niat berjuanglah kerana Allah. Waallahhualam- Khaulah Al Azwar

Mustafa Ali pula sound Pemuda PAS yang nak boikot PRK Kajang..


Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengingatkan para pemimpin dan ahli-ahli PAS supaya tidak membuat sebarang kenyataan bersifat spekulatif berhubung isu kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang dan isu kedudukan Menteri Besar Selangor.


Menurut beliau, sehingga kini PAS dan Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan isu berkaitan kedudukan Menteri Besar Selangor malah apa yang dibincangkan hanyalah tentang kekosongan Dun Kajang ekoran tindakan Adun daripada PKR yang meletakkan jawatan.

"Secara amalan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat, mana-mana kerusi yang dikosongkan atas apa juga sebab sekalipun, calon yang akan mengisi kekosongan itu adalah daripada parti yang bertanding di kawasan itu sebelumnya.

"Oleh kerana Dun Kajang pada pilihan raya umum lalu ditandingi oleh calon PKR, maka calon yang dipilih untuk mengisi kekosongan itu mestilah daripada PKR," tegas beliau.

Menurut Mustafa, siapa pun calon yang dicadangkan oleh PKR untuk mengisi kekosongan itu akan disokong oleh parti-parti komponen Pakatan Rakyat seperti amalan yang berlaku sebelum ini.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi mengingatkan para pemimpin dan ahli-ahli PAS agar mematuhi keputusan yang telah dicapai secara konsensus oleh Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang dan tidak membuat sebarang kenyataan mahupun ulasan berunsur spekulatif berhubung kedudukan Menteri Besar Selangor.

Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh Isnin lalu mengumumkan perletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh dalam satu surat yang diterimanya pada hari yang sama.

Semalam, Pakatan Rakyat mengumumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih untuk bertanding pada PRK Dun Kajang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat 5 Februari ini bagi membincangkan tarikh dan persiapan PRK tersebut  

Pesanan dari YDP PAS Kota Melaka buat pemuda PAS yang sibuk nak boikot PRK Kajang tu...




Apabila berita tentang Lee Chin Cheh melepaskan jawatan ADUN Kajang tersebar, muncul beberapa orang dari PAS yang bertaraf pemimpin Pemuda mengeluarkan kenyataan.


Dengan meletakkan nilai setiakawan semurah seikat kangkung ada yang mengeluarkan ugutan untuk memboikot kempen PRK bagi DUN Kajang jika PKR gagal memberi penjelasan bertulis munasabah terhadap pengosongan kerusi DUN itu.

Malah tanpa mempedulikan muafakat dan perjanjian yang telah dipersetujui sesama pemimpin yang telah menetapkan DUN tersebut adalah milik PKR, pemuda itu berkata "arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jentera Pemuda PAS Selangor untuk tidak memberikan kerjasama dalam kempen pilihan raya kecil DUN Kajang jika calon yang dikemukakan adalah daripada PKR."

Seorang lagi berkata pihaknya kecewa kerana PKR tidak pernah berbincang dengan PAS mengenai konflik di Selangor sehingga menyebabkan berlakunya pilihan raya kecil Kajang.

“PAS ini apa ? Parti Tupper Ware? Tak bincang sepatah? Tak runding sikit pun? Politik apa ini? Cara dan skil mana digunakan,” soalnya tanpa usul periksa.. apa lagi katanya bacalah di SINI

Persoalannya disini ialah mengapa PKR perlu berbincang dengan PAS untuk menyelesaikan masaalah dalaman PKR?

Masaalah dalaman PKR biarlah PKR sendiri yang selesaikan, kerana selama ini PKR tidak pernah sibuk untuk ambil tahu masaalah dalaman PAS.

Masaalah dalaman yang mengakibatkan tumbangnya Kedah yang ditadbir oleh PAS dalam masa hanya satu penggal, PKR juga tidak mengambil tahu masaalah dalaman PAS yang menyebabkan majoriti PAS merosot dalam PRK Sungai Limau..

Begitu juga dengan pemecatan Husam Musa di Kelantan.. adakah perkara ini pernah dipersoalkan oleh PKR?

Bukan pemimpin UMNO bertaraf Menteri saja rasanya perlu belajar cara berkomunikasi aku rasa pemimpin-pemimpin muda PAS juga wajar turut serta..

Kalau malu nak turut serta atau berada dalam satu kelas dengan pemimpin UMNO yang bertaraf Menteri itu.. belajarlah dari individu yang paling aku hormati dalam persada politik tanah air ini..

Belajar bagaimana caranya beliau menangani isu yang beliau sendiri tidak tahu hujung pangkalnya ini..

Ramai yang menghubungi saya untuk bertanyakan pandangan tentang isu DUN Kajang yang dikosongkan oleh wakil rakyatnya. Saya tidak tahu menahu tentang strategi atau isu yang berlaku sehingga membawa kepada pengosongan tersebut. Justeru, saya perlu menunggu penjelasan dari pihak PKR sendiri yang tentunya mempunyai sebab-sebab tertentu sehingga langkah ini terpaksa dilakukan. Dalam hal ini, sikap PAS tentunya lebih wajar diputuskan oleh Tuan Guru Presiden PAS selaku kuasa eksekutif di dalam parti berdasarkan pertimbangan-pertimbangan semasa.  
Bagaimanapun, saya muak dengan akhbar-akhbar pro UMNO yang memainkan isu kononnya langkah mengosongkan kerusi itu ialah langkah memanipulasi demokrasi. Barangkali UMNO lupa, langkah mereka di Perak pada tahun 2009 itulah langkah yang benar-benar jijik iaitu membelakangkan terus demokrasi dan merampas kerajaan melalui pintu belakang. UMNO jangan berlagak baik sedangkan dosa-dosa mereka di Perak masih segar dalam ingatan.  
Saya suka mencabar UMNO dan Barisan Nasional, jika mereka berpandangan pengosongan kerusi di DUN Kajang itu satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses demokrasi, jangan sekali-kali mereka meletakkan calon di dalam pilihanraya kecil itu nanti.

Kenyataan di atas aku petik dari Facebook TG Nik Abdul Aziz Nik Mat di SINI

Kenyataannya mudah.. tak tahu, cakap tak tahu... tak perlu nak diugut-ugut sahabat sendiri..

Ini pula kenyataan dari YDP PAS Kota Melaka yang wajar dijadikan panduan buat pemuda-pemuda PAS yang sibuk nak boikot kempen PRK Kajang itu..

PAS wajar belajar dlm isu prk DUN Kajang. Walaupun kemelut pengunduran ADUN PKR dikecam byk pihak dgn alasan membazir wang rakyat, tenaga petugas parti, mengkhianati amanah rakyat namun demi survival politik "tindakan drastik" perlu dibuat bg org politik utk masa dpn parti gabungan PR dan sebuah kerajaan yg perlu dipertahankan utk kesinambungan pru 14.  
BN tidak senang dgn kemenangan PR di Sgor bukan baru tapi semenjak 2008 lagi. Pelbagai usaha dirancang BN utk menjatuhkan PR. Isu Teo Beng Hock sbgai contoh bagaimana BN pergunakan SPRM utk memerangkap ADUN DAP. Jadi tidak mustahil perancangan merampas Sgor berjalan sehingga kini ditambah lg Pengerusi Perhubungan Umno Sgor ialah Najib sendiri yg mempunyai rekod merampas Perak dari Pakatan.  
Kalau dilihat isu-isu yg berbangkit di Sgor menggusarkan kita sebagai kjaan mentadbir di S'gor. Bagaimana cukai perlesenan dinaikan bagi peniaga pasar malam, gerai dirobohkan bahkan dlm isu Langat 2 dan kenaikan gaji ADUN serta Exco sbgai contoh telah menyebabkan pimpinan Pakatan bertelagah. Semua ini berpunca dari sikap MB Khalid yg membuat keputusan sendiri dan dilihat mengikut telunjuk pegawai kerajaan negeri . 
Tindakan beliau tidak mencerminkan kehendak parti bahkan melangkaui keputusan Pakatan Rakyat. Perlu diingat, kerajaan yg ditadbir mestilah dipandu oleh parti. Segala dasar mesti dirujuk atau mendapat konsesus parti gabungan.  
Utk rekod beliau pernah mengatakan tidak percaya kpd org politik tetapi lebih percaya kpd pegawai kerajaan. Kita maklum SUK Dato' Khusrin adalah ahli umno yg sedia diperalatkan oleh umno bn. Kebimbangan kita ialah MB Khalid "menjayakan misi" umno menawan Sgor.  
PAS boleh bersuara dlm isu ini tetapi suara kita akan dipandang rendah kerana PAS juga yg menyokong Khalid sbgai MB. Walaupun kita berhujah memberi peluang kedua kpd Khalid utk berubah. 
Dlm isu Perak PAS juga boleh dipersalahkan kerana Nizar tidak membubarkan DUN dikala situasi mendesak bila ADUN-ADUN PR mula diperangkap dgn isu rasuah. Dlm isu Kedah juga PAS dilihat takut utk membuat keputusan menghentikan krisis kepimpinan yg berlaku akibat dari tindakan MB yg membuat keputusan sendiri. 
Apapun yg berlaku PAS sbgai sebuah parti politik perlu melihat dan belajar sepak terajang politik.  
Harun Mohamad
YDP PAS Kota Melaka

Memang.. sifat orang muda cepat panas.. tapi walau panas macam mana sekalipun janganlah melatah tak tentu hala..

Hmmm... hari ini aku tertanya-tanya.. kenapa kebanyakkan tindakan pemimpin-pemimpin muda atau pelapis dalam tak kiralah samada dari parti DAP, PAS atau PKR bersifat kurang cerdik?.. contohnya macam pemimpin muda dari PKR lakukan di SINI 

TG Nik Aziz cabar BN jangan letak calon di Kajang


KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencabar Umno BN supaya tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang jika mereka berpandangan pengosongan kerusi di Dun Kajang itu satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses demokrasi.

Beliau berkata, laporan akhbar pro-Umno bahawa langkah mengosongkan kerusi tersebut adalah langkah memanipulasi demokrasi sangat memualkan sedangkan langkah Umno merampas Kerajaan Perak pada tahun 2009 lebih menjijikkan.

"Barangkali Umno lupa, langkah mereka di Perak pada tahun 2009 itulah langkah yang benar-benar jijik iaitu membelakangkan terus demokrasi dan merampas kerajaan melalui pintu belakang. 

"Umno jangan berlagak baik sedangkan dosa-dosa mereka di Perak masih segar dalam ingatan. 

"Saya suka mencabar Umno dan Barisan Nasional, jika mereka berpandangan pengosongan kerusi di DUN Kajang itu satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses demokrasi, jangan sekali-kali mereka meletakkan calon di dalam pilihan raya kecil itu nanti," kata beliau dalam kenyataannya di laman Facebook.

Beliau juga berkata, sudah pasti PKR mempunyai sebab-sebab tertentu sehingga langkah tersebut terpaksa dilakukan dan PAS menunggu penjelasan PKR berhubung perkara ini.

"Ramai yang menghubungi saya untuk bertanyakan pandangan tentang isu Dun Kajang yang dikosongkan oleh wakil rakyatnya. Saya tidak tahu menahu tentang strategi atau isu yang berlaku sehingga membawa kepada pengosongan tersebut. 

"Justeru, saya perlu menunggu penjelasan dari pihak PKR sendiri yang tentunya mempunyai sebab-sebab tertentu sehingga langkah ini terpaksa dilakukan. Dalam hal ini, sikap PAS tentunya lebih wajar diputuskan oleh Tuan Guru Presiden PAS selaku kuasa eksekutif di dalam parti berdasarkan pertimbangan-pertimbangan semasa," katanya.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam mengumumkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon parti itu pada PRK Dun Kajang.

Kerusi Dun Kajang kosong berikutan perletakan jawatan Adunnya, Lee Chin Cheh yang di isytiharkan oleh Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh kelmarin.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI