Monday, April 18, 2011

Orang Asal Kemensah inginkan perubahan "Mohon Tanah pertanian & Guru pendidikan"


Kemensah - Orang Asal di sini mahukan perubahan dari sudut pembangunan, ekonomi dan kemajuan pendidikan bagi generasi anak-anak mereka.

En Sabri a/l Ah Hang, Penolong Pembantu JKKK Orang Asal Kemensah ketika ditemui dalam pertemuan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Y.B Shaari Sungib petang semalam melahirkan rasa terharu kerana Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) sudi membantu kaum orang asal di sini.

Semenjak PR memerintah, saya lihat Y.B Shaari sering berkunjung ketempat ini untuk bertemu dengan kita disamping itu bertanyakan segala masaalah yang dihadapi oleh penduduk disini.

Keperihatinan beliau bersama Kerajaan PR amat kita hargai. Disini kami juga ingin mengharapkan perubahan dari semasa ke semasa untuk anak-anak kami. Mereka perlu didedahkan dengan ilmu samaada ilmu akademik mahupun pendidikan islam.

Hari ini saya serahkan surat permohonan mengenai tanah untuk bercucuk tanam menaiktaraf kehidupan orang asal disini dan keduanya mengenai permohonan untuk menyediakan guru-guru pra sekolah. Kami amat berharap kedua permohonan ini dapat perhatian sewajarnya oleh Kerajaan PR kerana ianya merupakan aset penting kepada anak-anak kami.

Katanya lagi,'cukuplah pada saya ibubapa mereka tidak mempunyai pendidikan yang tinggi tetapi kita harap ada perubahan kepada anak-anak akan datang. Mereka perlu dibekalkan ilmu pengetahuan dan menjadi masyarakat yang berguna seperti rakyat lain juga".

Seramai 15 orang berumur antara 7-12thn dan 25 orang berumur 4-6thn. Kami amat memerlukan guru-guru untuk memastikan anak-anak kami menjadi orang yang terpelajar. Setakat ini mereka yang berumur 7-12thn kami menghantar mereka di sekolah Kg. Sg. Pusu. Tetapi bagi anak-anak yang sudah patut menerima pendidikan awal di peringkat umur 4thn masih tidak berpeluang untuk ke sekolah. Mereka banyak menghabiskan masa dirumah bermain dengan teman-teman dan mengikut ibubapa mereka pergi memburu.

Tetapi apabila kami merenung wajah anak-anak ini, kami rasa sedih kerana keadaan ekonomi kami sebagai orang asal tidak begitu menggalakkan untuk memastikan anak-anak kami dapat bersekolah seperti pelajar yang lain. Boleh dikatakan pendapatan kami disini RM250 paling rendah dengan kerja-kerja memburu dan menjual kayu api. Untuk membiayai pelajaran anak-anak rasa menjadi tekanan juga pada kami apabila melihat kenaikan-kenaikan harga barang semakin meningkat yang sekali gus memberi tekanan kepada kami ditaraf fakir miskin.

Tetapi sebagai ibubapa, kami sentiasa inginkan terbaik untuk anak-anak kami. Tiada apa yang lebih berharga melainkan melihat kejayaan anak-anak. Besar harapan kami agar ada pihak terutamanya kerajaan PR sudi membantu kami dengan menyediakan guru tadika ataupun guru tuisyen bagi mendidik anak-anak kami di peringkat pra sekolah.

Dengan keadaan ekonomi dan pembangunan yang semakin membangun di Negeri Selangor ini, kami juga ingin merasakan kejayaan yang di kecapai oleh pemerintahan Kerajaan PR. Kalau dahulu 50thn pemerintahan UMNO-BN nasib kami tidak terbela kami harap perubahan ini akan dibuat oleh Kerajaan PR.

Kami sedih kerana kedudukan kami di kawasan hulu perkampungan ini sering disisihkan oleh Kerajaan Pusat walaupun kami sering berbincang antara satu sama lain dengan pihak Jabatan Hal Ehwal Orang Asal (JHEOA) mengenai keperluan asas kami disini. Pihak JHEOA sering meminta kita hanya bersabar sahaja. Janji-janji yang UMNO-BN taburkan banyak tidak dpat dilunaskan oleh mereka.

Menurutnya tujuan kita membuat permohonan tanah sebanyak 40 hekar ini untuk bercucuk tanam

PAS membunga di bumi Sarawak

KUALA LUMPUR, : Keputusan pilihan raya negeri Sarawak bagi edisi ke 10 telah selesai dengan menyaksikan penyertaan PAS di 5 kerusi Dewan Undangan Negeri belum membuahkan hasil namun ianya sedang mekar membunga.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, realitinya amat sukar bagi PAS untuk menembusi negeri Sarawak yang dianggap sebagai kubu kuat BN sejak lama dulu.

Sungguhpun begitu, katanya penerokaan PAS sejak tahun 2000 yang lalu ke bumi Kenyalang, kini cukup membanggakan.

Tambahnya, tahun 2000, PAS menabur benih perjuangannya di tanah subur bumi Sarawak, pucuknya mula bercambah pada tahun 2006 dan pada tahun 2011 ini, pohonnya telah mekar berbunga.

“Insya Allah, saya optimis bahawa masa depan perjuangan PAS tetap akan membuahkan hasilnya,” ujarnya.

Beliau mensasarkan 5 tahun dari sekarang, pohon yang sedang membunga kini akan berbuah dan tentunya buah yang dihasilkan kelak adalah buah yang manis dan berkualiti.

Katanya, Dewan Undangan Negeri Beting Maro hampir membuahkan hasil apabila menyaksikan BN hanya mampu menang tipis dengan majoriti 391 undi setelah PAS yang diwakili oleh Abang Ahmad Kardee berjaya meraih sebanyak 2,678 undi.

Sementara Abang Addy Alyani Ketua DPP Negeri Sarawak yang mewakili PAS di Dewan Undangan Negeri Sadong Jaya meraih sebanyak 1,074 undi setelah tewas dengan majoriti 2,934 undi.

Demikian juga, Haji Adam Ahid, Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak meraih sebanyak 1,769 undi di Dewan Undangan Negeri Sebuyau setelah tewas dengan 2,276 majoriti undi.

Tambahnya, lebih menarik ialah dua Dewan Undangan Negeri yang julung kali disertai oleh PAS bagi mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihanraya negeri Sarawak edisi ini yang diwakili oleh calon muslimat, turut memaparkan keputusan yang sungguh memberangsangkan sekaligus menunjukkan bahawa masa depan PAS di bumi Sarawak semakin cerah.

Dun Muara Tuang, calon PAS, Noraini Hamzah meraih sebanyak 3,196 undi meskipun tewas dengan majoriti undi yang besar iaitu 7,843 undi.

Dun Tanjung Datu pula, calon PAS, Nani Sahari meraih sebanyak 1,002 undi setelah tewas dengan majoriti 3,216 undi tetapi tidak hilang wang deposit.

“Apa yang ingin saya tegaskan ialah PAS mula meraih undi popular di bumi Sarawak berbanding lebih 10 tahun yang lalu, usahkan mahu meraih sokongan seramai itu, malah kehadhiran kami tidak diterima, dipandang sinis penuh curiga bahkan ada di kalangan pimpinan PAS dihalau dan diherdik oleh penduduk setempat sementara parang di tangan mereka,” katanya.

Hari ini, katanya penubuhan cawangan PAS kian rancak berlaku di negeri Sarawak dan ia adalah signal yang sangat jelas bahawa PAS bukan sahaja bertapak kukuh malah semakin marak berkembang.

Menurutnya, rakyat Sarawak juga tidak lagi takut dan bimbang untuk menyokong PAS dengan berasaskan pengalaman beliau menemui pengundi, tiada lagi muka masam yang ditunjukkan kepada PAS dan tiada lagi rasa curiga terhadap perjuangan PAS.

Beliau mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat bersama rakan-rakan exco yang lain bertekad untuk terus melangsungkan perjuangan PAS ke bumi Sarawak dengan memanfaatkan semaksima mungkin modal sokongan yang telah diperolehi melalui pilihanraya umum negeri Sarawak ini.

Katanya, bermula dengan penubuhan DPP kawasan-kawasan, aneka aktiviti dan pelbagai program akan digerakkan insyaallah.

“Saya sekali lagi mewakili DPPP merakamkan tahniah buat semua petugas PAS khasnya pemuda yang turun melalui kontinjen negeri masing-masing untuk menyemarakkan lagi gerak kerja perjuangan Islam yang didokong oleh PAS,” katanya.

Sesungguhnya, kata beliau perjuangan kita tidak sekadar untuk meraih undi dan menawan kerusi Dewan Undangan Negeri tetapi jauh lebih murni dari itu ialah membawa sinar hidayah Allah swt buat rakyat Sarawak yang telah diabaikan perkembangan agama mereka sejak sekian lama.

“Al-Faatihah, buat al marhum Muhamad Izan Yaakob, petugas PAS yang gigih bertugas dan berjuang di Beting Maro telah kembali kerahmatillah jam 1.30 tengahari kelmarin.

“Takziah buat seluruh anggota keluarga al marhum, semoga ruh almarhum dicucuri rahmat oleh Allah swt dan digolongkan dari kalangan hambaNya yang soleh.

“Insya Allah, DPP Pusat akan memberi sumbangan tenaga dan buah fikir untuk memastikan pohon yang sedang mengeluarkan bunga mekarnya tidak rosak dan dimusnahkan oleh anasir-anasir yang tidak mahu melihat buahnya masak ranum di musim depan. Selamat berjuang buat semua,” katanya.


SIMFONI KASIH TAUTAN HATI