Wednesday, September 26, 2012

Penduduk Kesal Slogan 1 Malaysia Prihatin Baiki Pulih Rumah Indah Khabar Dari Rupa

Batu Caves, 27 September : Kesal dengan berbagai janji diberikan parti kompenan UMNO-BN kepada keluarga saya untuk membina rumah prihatin 1 Malaysia, kata Nazmi Shamsudin daripada Kampung Melayu Wira Damai. 
Nazmi menunjukan foto pembinaan rumah yang terbengkalai 1 malaysia Prihatin

UMNO-BN telah janji menyelesaikan masalah keluarga untuk membina rumah baru kerana rumah lama yang keluarga saya duduk begitu dhaif. 

Mereka telah datang kerumah saya pada bulan Ramadhan baru-baru ini sebanyak tiga kali dan setuju menanggung kos pembinaan rumah  tetapi sehingga kini tiada sebarang bantuan diberikan. 

Menurut Nazmi, UMNO telah meminta pihak kontraktor membuka bumbung dan  dinding rumah juga telah dirobohkan. 

Kerja pembinaan telah dilaksanakan separuh jalan apabila pihak kontraktor meminta duit muka bagi membeli  barang keperluan pembinaan. 
Beri khidmat terbaik kepada rakyat, inilah tugas tanggungjawab ana.
 
Ujarnya, saya cuba menghubungi Pemuda UMNO di kawasan ini namun mereka membuat berbagai helah dengan menyatakan tiada peruntukan untuk membina rumah tersebut.
 
Kami rasa terpedaya dan di perkotak katik oleh UMNO. 

Dengan janji kosong diberikan UMNO,  kini  saya dan ibu terpaksa  tangung kos RM5,000 bagi meneruskan kerja membaiki  rumah. 

UMNO tidak memberi sebarang bantuan pada keluarga sebaliknya hanya menampal poster  program 1 Malaysia Prihatin membaikpulih rumah.

Difahamkan, rumah yang  diduduki Nazmi sekeluarga selama 15 tahun  terpaksa dibina memandangkan rumah tersebut begitu dhaif dan sering dilanda banjir setiap kali hujan lebat. 

Jelas Nazmi lagi, saya  hanya berpendapatan RM1000 dan ibu bekerja sebagai "cleaner contrac" di Hospital selayang tidak mampu untuk menanggung kos pembinaan rumah yang berjumlah RM11,000. 

Pendapatan kasar yang begitu rendah terpaksa menanggung kos pelajaran dua beradik dan kini dibebankan pula dengan menyewa rumah RM450 semenjak bulan Ramadhan. 

"Saya  benar-benar rasa kecewa dengan janji kosong yang diberikan UMNO pada keluarga kami. Slogan 1 Malaysia Prihatin Baik Pulih Rumah indah khabar dari rupa. 

Besar harapan agar masalah yang saya hadapi ini dapat perhatian daripada ADUN Batu Caves, Amiruddin Shaari dengan membantu membina rumah kami. 

Kami sekeluarga sudah tidak sanggup lagi menyewa rumah kerana banyak perbelanjaan perlu kami tanggung", kata Nazmi kepada pemberita di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Batu Caves disini petang semalam. 

Sehubungan itu, Pegawai Khas PKM DUN Batu caves, Shaharuddin Abu Bakar pula berkata, insya-Allah masalah yang dihadapi penduduk kita akan cuba usul pada ADUN dan kerajaan negeri Selangor bahagian Exco Perumahan.

Kita akan adakan lawatan turun padang  bersama ADUN ke rumah tersebut  petang esok. Walaupun saya difahamkan pengadu adalah penyokong UMNO. 

Bagi kami, bantuan yang diberikan bukan sebagai gula-gula tetapi menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan rakyat  dalam PRU12 lalu,  katanya.

Menurut Shaharudin, semua bantuan yang diberikan kerajaan negeri dan ADUN adalah hasil kerajaan negeri yang perlu diberikan kepada rakyat tanpa kira parti.
 
Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI